Sabtu, 28 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


RUNDINGAN YANG MEMBUANG MASA

Posted: 28 Jan 2017 06:18 AM PST

 shahbudondotcom


Rundingan bagi mewujudkan kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia  atau Bersatu dengan Pas yang sepatutnya sudah tamat, akhirnya diberi lanjutan masa lagi sehingga 2 Februari depan untuk dimuktamadkan.

Diberitakan masih ada segelintir pemimpin Bersatu yang percaya hubungan dengan Pas masih boleh diwujudkan, meskipun dalam masa yang sama mereka juga sedar ada pemimpin Pas yang masih melakukan serangan berterusan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Tarikh 2 Februari bakal menjadi perbincangan terakhir antara Bersatu dengan Pas. Selepas tarikh itu, tiada lagi perbincangan lain dan masa serta tempat pertemuan sehingga ini belum lagi diputuskan.

Tetapi, sementara Presiden Pas, Hadi Awang kelihatan seperti mempunyai banyak masa untuk menghadiri beberapa majlis dengan Presiden UMNO, Najib Razak, beliau sebaliknya hanya menghantar Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berunding dengan delegasi Bersatu yang diketuai Presidennya, Muhyiddin Yassin dalam pertemuan sebelum ini.
 
 
 
 
Untuk itu, dalam pertemuan pada 2 Februari nanti, Bersatu memutuskan hanya Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden Bersatu yang akan mengetuai delegasi perundingan, sesuai dengan Pas yang masih mengekalkan Tuan Ibrahim sebagai ketua delegasi.

Muhyiddin hanya akan dikembalikan untuk mengetuai delegasi rundingan sekiranya Pas juga menukar Tuan Ibrahim kepada Hadi Awang.

Bagaimanapun,  sehingga ini rundingan pada 2 Februari kekal diketuai akan oleh timbalan presiden kedua-dua parti tersebut.

Apa harapan kepada rundingan itu nanti?

Dalam sidang media selepas mesyuarat MT UMNO semalam, antara yang diumumkan oleh Najib Razak ialah UMNO dan Pas akan sekali lagi berkongsi pentas dalam majlis pelancaran kapal misi Flotilla Rohingya pada 3 Februari akan datang.

Walaupun tidak diumumkan tentang kehadiran Hadi Awang dalam majlis pelancaran itu, tetapi sekiranya Najib hadir, kemungkinan besar Presiden Pas juga sedia melapangkan masanya.

Lagi pun, dengan keghairahan Najib mengumumkan sekali lagi UMNO dan Pas akan duduk sepentas, walaupun mengatakan hanya berkaitan Islam dan kepentingan ummah,  sebenarnya tersirat apa yang lebih besar mahu diraih ialah laba politik daripada majlis tersebut.

Jika benar ikhlas untuk kepentingan ummah dan membantu Islam di Rohingya, pelancaran kapal itu lebih baik dilakukan secara senyap-senyap kerana yang lebih penting untuk dibantu ialah umat Islam yang sedang menderita di Rohingya, bukannya menghebah-hebahkan kehadiran Pas.

Dalam masa yang sama, kenapa Pas saja yang disebut hadir, tetapi tidak parti-parti  politik yang lain?

Yang lebih penting, tarikh  3 Februari itu hanya jatuh sehari selepas tarikh pertemuan antara Bersatu dengan Pas yang dijangka akan memutuskan sama ada akan wujud kerjasama atau tidak antara kedua-dua parti itu.

Agak-agak positif atau negatif rundingan 2 Februari nanti?

Bagaimana Pas mahu berada sepentas dengan UMNO pada 3 Februari itu kiranya pada 2 Februari sudah diumumkan kerjasama politik dengan Bersatu?  


 

Anak pegawai polis beri penyataan palsu didenda RM200,000

Posted: 28 Jan 2017 05:59 AM PST

MalaysiaGazette

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dijatuhkan hukuman denda RM200,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini kerana memberi penyataan palsu berhubung penjualan kira-kira 50 kereta mewah pada 2014.

Mohamad Azhan Hamza, 32, yang merupakan anak bekas pegawai kanan polis Bukit Aman didakwa memberi penyataan palsu berhubung jumlah kereta yang dijual itu antara 2008 sehingga 2013 melalui pengedar kereta di TTDi Cars, Melinium Auto dan Sentimas Sdn. Bhd.

Pada 29 Oktober 2015, tertuduh didakwa di mahkamah kerana memberi pernyataan palsu itu kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, antara pukul 1.45 petang dan 6.30 petang, 16 Julai 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, di Mahkamah Khas Rasuah Kuching, Sarawak, Hakim Nixon Kennedy Kumbong telah menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM25,000 terhadap seorang pengurus syarikat kerana memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang penjawat awam agar tidak mengambil tindakan terhadap dua orang pekerja asing miliknya yang menyalahgunakan pas pelawat.

P.Sivadass,48 didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di No. 250, SMI Industrial Park Phase 3, Demak Laut, Jalan Bako, Kuching pada 20 Julai 2016.

Pada 28 November 2016, Sivadass telah didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh didenda mengikut Seksyen 24 akta yang sama. – MalaysiaGazette


Lelaki hilang mendaki Bukit Broga ditemui

Posted: 28 Jan 2017 05:56 AM PST

Norlaile Abd Rahman
Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman ditemui dalam keadaan letih dan lesu. foto: FB Hiking & Camping

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 20 tahun yang hilang sejak lima hari lalu ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih ditemui selamat.

Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman yang berasal dari Kedah dikatakan mendaki bukit berkenaan bersama enam lagi rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Gambar-gambar dan video yang dimuat naik oleh page Hiking & Camping menunjukkan Mohd. Azarul berada di dalam keadaan sihat walaupun kelihatan letih dan lesu.

Beliau juga telah bertemu dengan ibunya, Rohana Saad yang turut menyertai misi mencari yang dijalankan sejak Isnin lalu.

Selain pasukan mencari dan menyelamat yang merangkumi anggota polis dan bomba, gerakan mencari Mohd. Azarul turut disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan pendaki dan pasukan paranormal.

Semalam, sebuah video yang memaparkan ibu Mohd. Azarul memerah kudratnya demi mencari anak beliau yang hilang tanpa jejak meskipun pasukan SAR sudah membuat pencarian ke atas kawasan seluas lebih 20 kilometer sekitar Bukit Broga.

Video Rohana, 49, yang sedang mendaki dan memanggil nama anaknya dengan nada sayu telah mengundang kesedihan netizen.

Tambahan pula, beliau berjanji akan meneruskan pencarian meskipun misi mencari akan ditamatkan.
Video tersebut telah dimuat naik oleh sukarelawan yang turut menyertai misi berkenaan.- MalaysiaGazette


Ribut: 20 bumbung rumah rosak termasuk 3 blok SJKC Bukit Kemuning

Posted: 28 Jan 2017 05:46 AM PST

OLEH AFIX REDZUAN

169d9d0f-233d-480a-af71-8dc5c6d67f25


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah Daerah Klang akan melakukan siasatan berhubung jumlah kerugian akibat pukulan ribut yang mengakibatkan bumbung 20 buah rumah mengalami kerosakkan teruk di Batu 8, Bukit Kemuning, semalam.

Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar, Suhaimi Shafiei berkata, kejadian itu turut mengakibatkan keseluruhan bumbung asbestos tiga blok Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khee Beng, Bukit Kemuning rosak.

"Tinjauan dilokasi kejadian mendapati banyak bumbung rumah tercabut di merata rata tempat. Ada sebahagian bumbung itu diterbangkan sekitar 100 meter dari tempat asal dan tersangkut di talian elektrik.

"Sekitar 20 rumah terlibat sementara tiga blok SJKC Khee Beng, Bukit Kemuning rosak manakala satu darinya rosak teruk dengan keseluruhan bumbung asbestos bocor dan rosak.

a1d13f6c-11a6-4539-977d-a5deb583edf4

"Saya telah memaklumkan kejadian ribut ini kepada Unit Bencana Negeri dan Pejabat Tanah Daerah Klang akan melakukan siasatan lanjut bagi menilai kerosakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas melakukan lawatan ke lokasi kejadian pagi ini yang turut disertai Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

Mengulas perkembangan sama, Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Khee Beng, Dato' Ng Tiong Seng yang turut menyertai tinjauan berpandangan berkemungkinan besar sesi persekolah tidak dapat diteruskan minggu hadapan dan peruntukan besar diperlukan bagi membaiki kerosakan akibat bencana itu.
-nR

Amanah tunggu hasil rundingan PAS-PPBM

Posted: 28 Jan 2017 05:37 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah bersikap terbuka terhadap rundingan kerjasama sesama parti pembangkang dalam mendepani Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak. 
 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, meskipun PAS sudah menolak kerjasama dengan DAP, adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan awal hala tuju kerjasama di antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 
 
Sesetengah pemerhati melihat kerjasama PAS-PPBM akan terbantut disebabkan adanya kerjasama PPBM bersama DAP.  
 
"Kita akan melihat sehingga apakah hasil rundingan PPBM dengan PAS, kita alu-alukan rundingan itu.
 
"Kalau semua bersedia untuk masuk dalam satu pasukan pembangkang untuk mendepani BN, saya alu-alukan rundingan PAS-PPBM.
 
"Dengan DAP itu, tak apa, itu tak payah cerita pun orang tahu bahawa memang PAS tak boleh terima DAP," katanya kepada Antarapos. 
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan bahawa partinya tidak akan menjalin kembali kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan.
 
Bagaimanapun kata Hadi, pendirian itu berbeza terhadap PPBM, di mana PAS masih terbuka untuk mengadakan kerjasama.
 
Katanya, agenda PAS dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
 
Berkenaan PPBM pula, pintu rundingan masih terbuka, walaupun pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh untuk PAS berbincang sudah berakhir.
 
PPBM dan PAS bakal mengadakan perjumpaan pada 2 Februari depan bagi membincangkan kerjasama politik menuju pilihan raya.
 
Namun ada dalam kalangan pemimpin PAS menjangkakan rundingan itu tidak akan berjaya disebabkan dasar perjuangan PAS dan PPBM jelas bercanggah sama sekali.
 
 

Rafizi Ramli & Khalid Samad ‘Sembah’ Ayam Putih ?

Posted: 28 Jan 2017 04:22 AM PST

 

 
khalid

Dalam satu rakaman video yang dikeluarkan DAP Seputeh merakamkan Rafizi Ramli dan Khalid Abdul Samad sedang 'menyembah' seekor ayam putih yang dikurung dalam sangkar.


Rakaman itu diusahakan oleh Ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok bersempena dengan tahun baharu Cina 2017 yang bertemakan tahun ayam.

Selain Teresa, dua lagi aktivis DAP turut berlakon dalam rakaman tersebut, iaitu Eddie Ng Tien Chee, ADUN DAP Balakong dan Ng Sze Han, ADUN DAP Kinrara.

Walaupun video itu diterbitkan DAP Seputeh yang diketuai Teresa Kok selaku Naib Presiden DAP Kebangsaan, namun DAP turut mengundang tiga tokoh Melayu dari parti sekutunya menjadi pelakon tambahan.

Rafizi Ramli dan Nurul Nuha mewakili PKR dan Khalid Samad mewakili PAN.

Jelaslah, dari pengarahan video itu, skripnya disusun atur oleh DAP, manakala PKR dan PAN sekadar pelakon tambahan untuk menjayakan rakaman itu.

Ingkar arahan, 3 kenderaan hanyut cuba redah jalan banjir

Posted: 28 Jan 2017 12:41 AM PST

MALAYSIAKINI


Akibat tidak mendengar nasihat orang kampung serta mengambil mudah arahan pihak berkuasa, dua kereta Perodua Myvi dan sebuah lori hanyut dibawa arus deras ketika cuba menyeberangi Jalan Bukit Senggeh, di Segamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku secara berasingan dalam tempoh 8.30 malam hingga 4 pagi tadi.

"Saya harap pengguna jalan raya mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak mengambil mudah amaran tidak melintasi jalan yang dinaiki air banjir," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, menurut seorang saksi Mohd Suhaimi Jantan, 27, jalan utama yang menghubungkan Bukit Kepong dan Segamat itu mula dinaiki air sejak tiga hari lepas.

"Pihak berkuasa dan penduduk telah letak papan tanda amaran arus deras, namun ada yang berdegil mahu meredah jalan ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya kejadian pertama membabitkan kereta Myvi dipandu seorang lelaki berusia 40-an sekitar jam 8.30 malam, manakala kejadian kedua dan ketiga pada jam 3.45 pagi membabitkan sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit dan sebuah Myvi.

"Lori itu cuba meredah air namun tersangkut manakala perodua Myvi yang berada di belakang lori itu pula cuba membuat pusingan-U tetapi kedua-dua kenderaan dihanyutkan arus sebelum tersangkut pada pokok di tepi jalan," katanya.

Menurut Mohd Suhaimi kesemua pemandu dan penumpang tiga kenderaan terbabit selamat setelah sempat keluar daripada kenderaan masing-masing.- Bernama


Mangsa banjir Selangor kekal 346 orang

Posted: 28 Jan 2017 12:28 AM PST

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sebanyak 346 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Sabak Bernam dekat sini, setakat 12 tengah hari tadi.
 
Menurut portal Infobanjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah tersebut kekal sepertimana pagi tadi.
 
Sebanyak 153 orang daripada 45 keluarga ditempatkan di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar dan 164 orang daripada 52 keluarga masih ditempatkan di Dewan Parit Baru, Sungai Air Tawar.
 
Sementara 29 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar.
 
 

PAS teguh bersama Gagasan Sejahtera - Iskandar

Posted: 28 Jan 2017 12:26 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan tetap bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang ditubuhkan bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). 
 
Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sedia menceraikan PAS jika parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu menyertai Pakatan Harapan (PH). 
 
"Setiap parti bebas menetapkan pendirian masing-masing. 
 
"Jika Ikatan hendak meninggalkan Gagasan Sejahtera itu keputusan mereka. PAS akan terus bersama Gagasan Sejahtera," katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos.
 
Malah Iskandar mengambil pendirian untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung kenyataan Abdul Kadir.
 
"Saya tidak mahu membuat spekulasi kepada sesuatu yang belum berlaku.
 
"Tunggulah sehingga ia berlaku,"jawab Iskandar.
 
Dalam pada itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Hadi dan kepimpinan PAS Pusat adalah selepas diperhalusi semua perkara.
 
"Sebarang keputusan yang dibuat oleh Presiden dan pimpinan PAS Pusat adalah setelah dihalusi semua fakta," jelas beliau.
 
Semalam, Abdul Kadir berkata partinya tidak akan mengikuti PAS jika parti itu mahu bekerjasama politik PH.
 
Menurut Abdul Kadir, Ikatan tidak berminat dengan kerjasama tersebut kerana sudah mempunyai Gagasan Sejahtera.
 
Untuk rekod, PAS pada 16 Mac 2016 mengumumkan pembentukan blok pembangkang ketiga bersama-sama Ikatan.
 
"Kalau PAS mahu pergi kami tidak akan sertai. Gagasan, kami sedia berseorangan tanpa PAS.
 
"Sekarang ini kami blok ketiga kami ada juga gabungan dengan berpuluh lagi NGO tetapi soal rundingan nak masuk Pakatan Harapan itu kami tidak terlibat dan kami berminat," kata Abdul Kadir yang dipetik laporan portal semalam.
 
Abdul Kadir bagaimanapun berkata partinya tidak memberi tekanan dan halangan untuk PAS membuat keputusan.
 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan PH.
 
PAS-PPBM akan mengadakan satu pertemuan pada 2 Februari depan berhubung rundingan berkenaan.
 
 

Rakyat ingin perasuah dihukum, bukan sekadar ditahan, kata penganalisis

Posted: 28 Jan 2017 12:17 AM PST

 
SPRM perlu memberi keyakinan kepada rakyat yang setiap penahanan akan dibawa ke muka pengadilan.


awangpawi

KUALA LUMPUR: Walaupun menyambut baik siri tangkapan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rakyat tetap ingin melihat mereka didakwa ke mahkamah dan dihukum, kata penganalisis.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, SPRM perlu memberi keyakinan kepada rakyat yang setiap penahanan tidak akan terhenti di situ.

"SPRM perlu elak persepsi penahanan ini disebabkan pilihan raya umum (PRU) yang semakin dekat.

"Yang ingin dilihat rakyat ialah sejauh mana tangkapan ini berjaya didakwa dan disabitkan oleh mahkamah," kata pensyarah Universiti Malaya (UM) itu seperti dipetik Bernama hari ini.

Beliau mengulas amaran dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kepada ahli politik terlibat rasuah agar menunggu tindakan badan itu.

Dalam warkah terbuka sempena 100 hari memimpin SPRM pada 8 November lalu, beliau juga meningatkan "ahli politik dan pemimpin masyarakat" yang badan itu akan "menentang kebejatan rasuah dan salah guna kuasa".

Sejak siri tangkapan SPRM tahun lalu, masih belum ada ahli politik ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.

Awang Azman berkata SPRM perlu bukti kukuh bagi mengelakkan ahli politik dan "jerung besar" terlepas daripada tindakan.

Katanya lagi, undang-undang berasaskan fakta dan bukan persepsi semata-mata.

"Isu 'ikan bilis' dan 'jerung besar' sering berkumandang setiap kali ada tangkapan dan sabitan. Namun ia memerlukan bukti konkrit kerana ada kalanya ia bersifat persepsi semata-mata.

"Hakikatnya undang-undang berteraskan fakta dan bukti yang cukup kuat," katanya sambil menambah kesilapan teknikal ketika perjalanan kes juga boleh memberi kesan kepada pendakwaan.

Sepanjang Januari, SPRM menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman atas tuduhan rasuah serta 5 individu termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda bagi kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Skandal BMF, Forex 1992: Buka kertas siasatan segera

Posted: 28 Jan 2017 12:14 AM PST

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
 


Kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata. Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10 bilion.

Malah, ia demi menyelamatkan kredibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang sangat besar kewangan. Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam. Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya.

Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



Mengapa syariat Islam dikelirukan?

Posted: 28 Jan 2017 12:10 AM PST

ABDUL HADI AWANG



 
RUU 355 terus menjadi sasaran untuk ditolak oleh sebahagian manusia di Malaysia sekarang, walaupun tujuannya khusus bagi penganut Islam sahaja untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah yang dihina dizaman penjajah dahulu setelah mereka merampas negara dan kuasa Raja-Raja yang melaksanakan Islam di zaman itu. RUU 355 juga menepati kedudukan Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Malaysia dan konsep kebebasan beragama.

Kajian para orientalis yang mengkaji Islam dan masyarakatnya menegaskan bahawa rahsia kemajuan umat Islam termasuk di rantau ini kerana berpegang dengan ajaran Islam yang sebenarnya secara menyeluruh termasuklah dalam aspek pentadbiran dan hukum syariat yang adil sehingga mewujudkan keamanan dan keselamatan, seterusnya berjati diri dengan iman, ilmu dan akhlak mulia.

Negeri Melaka yang bersejarah dicatatkan sebagai tempat pertemuan budaya dan ekonomi serantau dan banyak catatan dipadamkan dalam Sejarah Nusantara, sebahagiannya masih tersimpan dalam arkib di negara-negara  barat secara bertulis. Bahasa Melayu bertulisan huruf Al-Quran yang ditambah dengan huruf yang tidak mampu ditampung oleh huruf Bahasa Eropah yang dipaksa pada hari ini masih tetap ada pengaruhnya di seluruh rantau ini termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Kaum Cham di Kemboja dan Vietnam. Ini menujukkan betapa pengaruh tamadun Islam itu bertapak sehingga segala surat perjanjian dengan semua pihak ditulis dengan Bahasa Melayu dan hurufnya.

Barat yang datang menjajah melaksanakan agenda menghapuskan pengaruh Islam dalam masyarakat serantau dengan niat yang jahat sehingga hari ini. Walaupun mereka sudah keluar dan kita telah merdeka pada sebutan dan tulisannya, sedarlah bahawa kemerdekaan itu dirancang dan diatur supaya kita terus lemah dan bergantung kepada mereka dalam semua perkara. Dalam masa yang sama, mereka meninggalkan saki baki pengaruh melalui pendidikan dan pelajaran yang membentuk jati diri anak negeri yang dijajah supaya menjadi hamba kepada mereka secara halus, seterusnya boleh menjadi khadam meneruskan agenda yang diatur.

Penjajah itu telah mengatur strategi samada dijadikan rantau ini untuk terus digunakan untuk mendapatkan hasil dan rakyatnya dijadikan khadam atau mereka boleh dipanggil kembali menjadi penyelamat yang jahat dan tidak berperikemanusiaan.

Sedarkah bahawa segala gejala negatif yang berselerak seperti kezaliman sesama sendiri, salahlaku kuasa dan harta negara, merebaknya rasuah, jenayah, maksiat, arak, dadah, judi, pergaulan bebas dan semuanya kerana kelemahan ideologi, teori, undang-undang, sistem dan segala warisan peninggalan penjajah yang dikekalkan. Tidakkah sepatutnya kita membuang saki baki peninggalan penjajah bila kita sudah merdeka? Mana yang baik terus dikekalkan, mana yang buruk dibuang dan ditinggalkan.

Islam adalah petunjuk paling sempurna kepada manusia seluruhnya dalam semua urusan dan aspek kejadian kerana Islam ini ciptaan Allah Pencipta seluruh alam.

Umat Islam wajib kembali kepada aqidahnya sendiri kecuali kalau aqidahnya sudah batal dan wajib dihidupkan semula secara ilmu dan ikhlas mencari kebenaran sebelum meninggal dunia kerana wawasan kita adalah wawasan akhirat, wawasan selepas mati.

Adapun orang bukan Islam tidak dipaksa menganut Islam, namun mereka mestilah membuat kajian secara jujur sepertimana mereka membuat kajian terhadap teori dan ideologi barat yang juga bukan berasal daripada China dan India. Pembacaan terhadap Islam hendaklah diambil daripada sumber yang asal, bukannya melalui penulisan orientalis barat yang tidak ikhlas terhadap Islam. Kalau penulisan orientalis itu menjadi rujukannya, penganut Islam juga boleh menjadi sesat dan salah faham terhadap agamanya sendiri.

Sangat malang nasibnya kalau merasa megah kerana merujuk kepada bekas penjajah seperti penyakit yang disifatkan oleh Ibnu Khaldun dalam Kitab Al-Muqaddimah:

"أن المغلوب مولع أبداً بالاقتداء بالغالب" (مقدمة ابن خلدون ص: 73، بترقيم الشاملة آليا)
"Sesungguhnya bangsa yang dikalahkan seringkali tertarik dan terpengaruh dengan bangsa yang mengalahkan dan menjajahnya"

Bangsa Jerman dan Jepun yang kalah perang dunia bangkit bersama jatidiri bangsa dan bahasa masing-masing dan kembali menjadi kuasa besar yang tidak bergantung dengan kuasa besar yang mengalahkannya. Dua negara ini disaksikan kembali menjadi kuat.

Kita kembali kepada masalah mereka yang menolak RUU 355 adalah sebenarnya menghalang Islam kembali membangun umat. Mereka menghujahkan bukan tajuk asalnya RUU 355 tetapi mempersoalkan hukum Hudud, Qisas dan Takzir yang termasuk dibawah bidang kuasa negeri.

Sebenarnya, RUU 355 bertujuan memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya ditinggikan kerana kedudukan Islam adalah Agama Persekutuan mengikut Perlembagaan dan agama lain bebas diamalkan. RUU 355 juga dapat memperkenalkan sistem kehakiman Islam secara terperinci dan meluas dan memperkenalkan konsep hukuman bertujuan mendidik bukannya mendera yang khusus bagi umat Islam sahaja.

Ada yang menjadikan adanya dua sistem mahkamah sebagai alasan. Sebenarnya tidak menjadi salah adanya dua sistem mahkamah atau lebih dalam beberapa aspek kerana perbezaan agama dan budaya yang tidak harus dipaksa seperti contohnya undang-undang keluarga adalah berbeza diantara penganut Islam dan bukan Islam, bahkan sesama bukan Islam juga tidak sama agama mereka. Peraturan restoran Islam dan bukan Islam juga boleh berbeza kerana hukum halal dan haram yang tidak boleh dipaksa terhadap bukan Islam dan undang-undang pusaka turut berbeza.  Ada juga perkara yang tidak boleh dibezakan undang-undangnya seperti undang-undang jalanraya kerana tidak masuk akal kalau dibezakan. Maka janganlah kita kelirukan akal kerana perkara yang berbeza yang dapat diselesaikan melalui dua sistem mahkamah.

Pelaksanaan Islam juga memberi hikmah kepada semua pihak untuk membuat perbandingan diantara undang-undang Islam dan undang barat dalam perkara menyelesaikan masalah bersama yang tidak dapat diselesaikan seperti kadar jenayah, kemalangan jalanraya yang semakin meningkat dan gejala dadah yang tidak dapat di atasi sehingga kini di seluruh dunia.

Islam bersikap tegas dalam perkara nas iaitu ketetapan Allah dan Rasul yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa memaksa orang bukan Islam. Namun Islam terbuka dalam isu kemanusiaan seperti hak asasi manusia mengikut fitrah seperti perlindungan terhadap agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta sehingga Islam mengiktiraf dalam persamaan undang-undangnya dan membenarkan perbezaan terhadap agama dan adat kaum tertentu. Adanya banyak mazhab dalam hukum cabang syariat Islam adalah disebabkan oleh perubahan tempat, masa, dan perbezaan masyarakat.

Sejarah perundangan moden banyak dipengaruhi oleh syariat Islam melalui kajian orientalis dan pergaulan dizaman penjajahan apabila mereka menerima banyak kajian para ulama Islam. Contohnya, demokrasi moden berubah daripada demokrasi purba sehingga wujudnya pilihanraya, apabila mereka membaca sejarah pemilihan ketua negara dizaman awal Islam.

Selain itu juga, teori kalangan ahli falsafah barat untuk menghapuskan peperangan terpaksa menyerah kalah kepada panduan Al-Quran. Terjemahan Al-Quran dijadikan rujukan utama ketika menggubal undang-undang antarabangsa diawal abad yang lalu. Al-Quran mengajar bahawa peperangan menjadi tabii manusia dan menjadi wajib bagi menentang pencerobohan yang melampau tetapi jangan melampau dengan menggunakan undang-undang antarabangsa.

Perbezaan syariat Islam dengan perundangan moden barat adalah dari sudut aspek rohani (hubungan dengan Allah dan Hari Akhirat), adanya perhitungan dosa dan pahala yang tidak ada pada dasar, konsep dan sistem barat. Mereka tidak mengambil contoh pemerintahan Rasulullah S.A.W. yang mengarahkan supaya dibayar diat (ganti rugi) di atas kesilapan tentera Islam terhadap nyawa dan harta musuh dalam satu peperangan. Peristiwa itu berlaku di zaman tidak ada undang-undang antarabangsa seperti hari ini, sebabnya kerana aspek rohani yang tersebut.

Perbandingan di zaman kini adalah peristiwa pesawat MAS ditembak dan hilang, sebelumnya peristiwa pesawat Iran yang ditembak di Teluk, pesawat Libya dan Korea beberapa dekad yang telah berlalu, walaupun ada Mahkamah Antarabangsa dan berbagai-bagai pertubuhan antara negara, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, semuanya laksana sarang labah-labah  sahaja, boleh dirempuh oleh yang besar dan gagah mengikut undang-undang di hutan rimba.

Kejayaan syariat Islam mewujudkan keadilan untuk semua dan keamanan sejagat kerana kehebatannya yang menawan hati manusia sehingga berjaya menjadikan rantau yang dikuasai Islam di Asia, Utara  Afrika dan Selatan Eropah sebagai tumpuan pedagang dan perkembangan sains dan teknologi yang bermanfaat daripada tamadun Islam yang memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Kedengkian barat yang melihat kehebatan ini menyebabkan mereka mencetuskan Perang Salib dan Penjajahan Barat setelah mereka mencapai ilmu duniawi yang dicedok daripada tamadun Islam tetapi berkonsepkan sekularisma yang memisahkan cara hidup daripada agama dan mencetuskan imperialisma yang menindas.

Hari ini dunia barat sedang menerima padahnya apabila tercetusnya krisis nilai kemanusian, kemusnahan moral, politik, ekonomi dan sosial tetapi menyalahkan pihak lain khususnya Islam yang menjadi mangsa utama. Sudah banyak kenyataan menunding jari terhadap Islam daripada beberapa tokoh ilmuan dan politik barat.

Maka percayalah bahawa mereka yang menghalang segala usaha untuk kembali semula kepada Islam adalah khadam upahan yang dilantik di negeri masing-masing yang terperangkap dalam krisis nilai. Mereka boleh menerima negara yang bersih rasuah tetapi boleh kalau pemimpinnya pemabuk, mengamalkan seks bebas dan sebagainya yang lebih besar dosanya daripada rasuah. Mereka boleh menerima pemimpin yang bercakap benar dalam mengerjakan maksiat kerana bagi mereka berani berterus terang walaupun mengerjakan maksiat dan meneruskan maksiat yang lebih besar kerana tidak ada konsep bertaubat dalam kefahamamnya.

PAS tidak boleh terpengaruh dengan mereka yang terperangkap dalam krisis nilai, apa lagi Islam berbeza menentukan nilai kemanusiaannya.

Islam meletakkan sifat yang menyeluruh terhadap fitrah manusia dari segi nilai baik buruknya merangkumi jasad, akal, roh, individu, keluarga, masyarakat, hubungan dengan Tuhan dan alam sekeliling yang tidak ada dalam teori barat yang mengalami krisis nilai sehingga terserlah tanda kejatuhannya.

Perbezaannya, Islam menjadikan segala amalan baik dan buruk laksana hubungan mata rantai yang tidak berpisah. Allah telah menyebut sebab keruntuhan tamadun terdahulu yang dipandang hebat pembangunan kebendaannya:

 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (6) إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (7) الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (8) وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (9) وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (10) الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (11) فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (12) فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (13) إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (14) الفجر.

"Apakah kamu tidak melihat (dengan mengambil iktibar) betapa Tuhan lakukan terhadap kaum Aad, kotanya bernama Iram punya bangunan yang teguh dan tinggi yang tidak pernah dibangunkan sepertinya di negeri lain. Kaum Thamud yang dapat membina bangunannya di batu besar dan bukitnya dilembah kediaman mereka. Firaun (Raja Mesir) yang mempunyai bala tentera ramai jumlahnya. Mereka semuanya melampau di negeri masing-masing, mereka juga banyak melakukan kejahatan dalam negeri masing-masing. Lalu Tuhanmu timpakan ke atas mereka hukuman azab yang membinasakan semuanya. Sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melihat dengan nyata (apa-apa yang dilakukan)."

Sangat malang terhadap kalangan yang tidak senang dengan pertemuan dua parti UMNO, PAS dan NGO Islam kerana perbincangan perkara RUU 355, tetapi merasa senang kalau pertemuan DAP, MCA, GERAKAN dan sebagainya? Umat Islam sentiasa dianggap salah bila adanya sebarang usaha untuk melaksanakan Islam walaupun atas kepentingan bersama demi menyelamatkan semua.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tiada ulasan: