Tukar Tiub |
- HUSAM SAMAN ANAK ROSMAH
- HUSAM CARI RIZA AZIZ
- KEMALUAN BESAR
- LAGI 28 HARI
- LAGI DUA PULUH SEMBILAN HARI
- BARU MASUK KERJA
- LANGKAH TERBAIK
- KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT
- FBI CARI MALAYSIAN OFFICER 1
- SATU LAGI PENCERAHAN
- BANK NEGARA PUTAR ALAM
- INGATAN AWAL DARI TT
- DEMO ANAK MUDA
- KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT
Posted: 14 Aug 2016 07:40 PM PDT JENG JENG JENG HUSAM DAH SAMAN Kami mahu bawa balik wang negara, kata Husam dalam samannya di Amerika15 Ogos 2016 Bekas naib presiden Pas, Husam Musa mengaku beliau bersama bekas setiausaha politik Mahathir Mathias Chang menyaman lapan pihak di Amerika Syarikat kerana 'mencuri' wang negara melalui 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). "Kami telah menamakan lapan defendan dalam tuntutan untuk membawa balik harta negara yang dicuri ini tanpa menyentuh aset yang telah dibekukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika kerana itulah adalah tugas kerajaan," kata Husam kepada Malaysia Dateline. Menurut beliau, tindakan ini mula dibincangkan sejak pilihan raya Sarawak sedang berjalan lagi dimana beliau dan Matthias telah bertemu dengan peguam dari Amerika dan membuat keputusan untuk membuat saman itu. JAHAT BUDAK DUA EKOR INI BILA SAMAN MAKA KES INI JADI JENAYAH INI NAMANYA TANGKAP ANAK UNTUK TANGKAP AYAH BIJAK BIJAK --------------- |
Posted: 14 Aug 2016 07:11 PM PDT |
Posted: 14 Aug 2016 06:30 PM PDT KEMALUAN BESAR Sekarang gue mau tau bila parti Pas akan mula kemukakan saman kepada SR. Jangan bikin malu pada waalaun dibawah yang tak sabar parti dia ajar sama itu SR. Lagi satu...harap pak ulamaak jawab "YA atau TIDAK" tuduhan SR ni. Jangan main kuntau dan bagi walaaun bawah ni dengan kemaluan besar. Kalau tak saman dalam 7 hari mulai dari sekarang...maka jawapan dari tuduhan SR adalah "YA...YA..ADA"...dan dah pun guna beli kereta. Kalau "YA" pas akan mampus dan mengecut!!!!! on LANGKAH TERBAIK Publish | Delete | Spam Tegang tak pancut on 8/14/16 BUAT U TURN Kita tunggu dan lihat....jk pas tk jd saman kita bt andaian..... andaian yg mybe tepat...mungkin sipi sipi.... tp ada dekat dekat persamaan.... di kala itu pas jgn kata kami fitnah....andaian....saja sebab ..... 90 juta. Sebab byk U turn.... sebab byk kluar kluk klik kluiuk keliet..... jadi pas jgn marahkan...kami... on MARI BELAJAR BAHASA Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/14/16 SOTONG Hehehheh.. Hadi kenal queen counsel di UK... jangan jangan si counsel yang hadi maksudkan tu... Sotong kot..kakkakakakakakaka on TIGA PULUH BAHASA SWAHILI DIDI KOTA BELUD on 8/14/16 JEPUNG Cadangan destinasi yang sesuai untuk melesapkan diri 1. Jepung ( makang sushi) 2. Jerman ( free preview xxl) 3. Ganu ( stor amanat kapilkan umngok) 4. Selangor ( main jentik-jentik pakaian dewa-dewi) on HADI HILANG DIMANA? Anonymous on 8/14/16 90 JOTA DEDAK 1. Keluar kenyataan bahawa dedak 90 jota tu tak lojik. 2. Tuduhan Dedak 90 joota tu perlukan 4 saksi 3. Takanlah kerajaan umgnokleptokrasi bodoh sangat, sampai nak bagi dedak kepada pembangkang yang tidak mahu ke putrajaya (berlegar di potarjaya sahaja) 4. Labelkan tuduhan itu sebagai jebon, baruan pil kuda, broker , taghut, sikulutot, kapil dan sebagaimana label yang pernah disebut selama ini 5. Keluarkan amanat terbaru 6. Bercuti ke jerman atau jepun sebelom ke uk 7. Buat majlis baju sedondon 7 langkah diatas adalah dari pengamatan langkah pencak silat sepak terajang pis selama ini on LAGI 30 HARI Anonymous on 8/14/16 HAJEE HADEE Mesej khas dari Hajeee Hadeee: Assalumun ala alTiiTii, anna la' afham la. Suriusli.. Fulley kicik aaa'rab ga? Thalasun tu affa? Fukan sittun walmilyuuni ka? Lenggali, alTiiTii wajiiibun speaking alarabiyyun la. on TIGA PULUH BAHASA SWAHILI Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/14/16 KALENDER KUAM JIN 30 hari tu kalendar mana? Kalau guna kaedah harun djin biasanya dia guna kalendar kaum jin. Kalendar kaum jin 1 tahun bersamaan 1 hari kalendar gregorian. Jika ikut kiraan tu maknanya lagi 30 thn baru surat saman tu sampai ke uk. Lagi satu, mahkamah di england yg hadi maksudkan tu mahkamah yg mana satu? Mahkamah bunian ke? #ulamakmakandedak on LAGI 30 HARI Anonymous on 8/13/1 ------------ |
Posted: 14 Aug 2016 06:00 PM PDT |
Posted: 14 Aug 2016 06:00 AM PDT |
Posted: 14 Aug 2016 05:30 AM PDT INI BIASA BARU MASUK KERJA BARU NAIK PANGKAT TOWKAY BELUM KENAL LENDIR BELUM CAIR GETAH BELUM LEKAT MENTERI KE POLIS KE SEMUA HEBAT SEMUA KERAS BILA BARU2 KERJA LEPAS 6 BULAN SEMUA LEBAT SEMUA LUBANG JADI LOHE Serah diri atau tunggu kami, amaran pesuruhjaya baharu SPRM Dzulkifli Ahmad berkata tidak mustahil amaran itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti perlakuan rasuah. PUTRAJAYA: Hentikan rasuah dan salah guna kuasa sekarang atau bersedia berdepan tindakan tegas pasukan penguatkuasaan. Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekali gus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka. "Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah. "Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak peguam negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif semalam. BERANI BUKA KES KEVIN ALTANTUYA 1MDB SCORPENE KALAU HEBAT BUKA LAAAA --------------- |
Posted: 14 Aug 2016 05:00 AM PDT TERBAIK BILA MUSUH JATUH TERUS SEPAK PIJAK TERAJANG TEKAN HINNGA MAPOOOOOS JANGAN BAGI PELUANG BERNAFAS Riza Aziz dan dua lagi dinamakan dalam saman berkumpulan di ASBekas setiausaha politik Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan AdunN Salor, Husam Musa menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Najib sebagai defendan. Matthias dan Husam memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB. Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan. Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan pada Selasa di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter. Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio. Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC. Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan. Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB. MAKNANYA MEREKA INI WARGA M'SIA ADA HAK TAPI JANGAN SAMAN CINA TEMBAM BIAR MEREKA BERGADUH KAH KAH KAH ---------------- |
Posted: 14 Aug 2016 02:43 AM PDT |
Posted: 14 Aug 2016 12:30 AM PDT FBI - CARI MALAYSIA OFFICIAL NO 1 Pada 20 Julai 2016 yang lalu satu dunia telah heboh. Semua akhbar dunia buat laporan. Semua tv dalam dunia ada berita ada tentang sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch. Hanya di Korea Utara, Malaysia dan Negara Johor berita ini tidak ada laporan media dan liputan tv. Ini sidang akhbar bersejarah. Orang Puteh kata ' unprecedented'. Orang Melayu kata ' tak pernah terjadi. Ini sidang akhbar nak rampas harta Riza Aziz a.k.a Anak Rosmah dan Jho Low a.k.a China Tembam. Peguam Negara Amerika nak rampas harta Anak Rosmah dan China Tembam yang berjumlah 1 bilion dollar. Ini kiraan awal. Mungkin jika semua terkumpul jumlah boleh menjadi 3 bilion dolar. Tapi gua sudah buat silap. Gua silap besar. Dalam tulisan gua yang lalu gua kata Puan Loretta Lynch telah diapit oleh tiga pegawai. Ini tidak tepat. Ini tidak betul. Ini satu kesilapan besar. Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah diampit oleh empat sosok bukan tiga. Aduh. Silap besar kerana gua tulis tiga pengapit. Empat sosok ini bukan kecik anak. Bukan pegawai kerajaan. Mereka ini tiang negara Amerika. Biar gua tulis siapa ada di sidang akhbar itu. Besama Peguam Negara Amerika ialah :- Timbalan Peguam Negara Puan Leslie Caught Weld yang juga Pendakwa Raya California, Encik Richard Weber Kepala Sisatan Jenayah Kastam/Perbedaharan, Puan Eileen Decker - Pendakwa Raya California dan Encik Andrew Mccabe. Disini gua nak royak kesemua empat sosok ini memang gedebe besar dalam pentabiran kerajaan Amerika. Dari empat sosok ini ada seorang lagi yang lebih besar dari besar. Lagi godang dari Rumah Godang. Sosok ini bernama Andrew Mccabe. Siapa Encik Andrew Mccabe ini? Andrew Mccabe ini ialah orang kedua dalam FBI- Timbalan Pengarah FBI. Sosok ini bukan kecik anak. Ini membuktikan kes Anak Rosmah dan China Tembam di Amerika ini bukan kes rompak seluar dalam. Bukan kes seludup dadah. Bukan kes pecah rumah. Bukan kes curi kasut di masjid. Ini kes sejarah yang paling besar dalam alam samesta ini. Tak pernah kes saperti ini berlaku dalam dunia. Apa yang tak pernah berlaku? Pertama - Tak pernah berlaku jumlah harta yang akan dirampas. Harta Pablo Escobar - samseng dadah dari Colombia pun tidak sampai 1 bilion dolar. Kedua - Tak pernah berlaku Peguam Negara di apit oleh Timbalan FBI dalam satu sidang akhbar. Ini 'unprecedented'. Justeru sidang akhbar pada 20 Julai 2016 adalah sejarah dunia. Apa dia FBI ini? FBI ialah Federal Bureau of Investigation - Penyiasat Persekutuan Amerika. Badan ini boleh menyiasat semua kes besar di Amerika. Kuasa FBI melintasi sempadan 50 buah negeri Amerika. Malah FBI boleh juga menyiasat diseluruh dunia jika kes yang disiasat berkait dengan kepentingan Amerika. Berbanggalah kamu wahai Bani Ketuanan Melayu kerana kamu telah berjaya mencatat sejarah. Sejarah bukan hanya tercatit di Amerika tetapi menjadi sejarah dunia. Bila gua dengar nama FBI datang menyiasat gua jadi kecut mecut. Kalau gua Anak Rosmah, kalau gua China Tembam - gua akan makan ubi gadung, gua akan telan 200 gram cendawan tahi lembu, gua makan satu gengam pucuk kecubung dan gua kunyah 10 butir buah perah mentah. Untuk melicinkan tekak - gua akan minum satu liter air ketum dari Bendang Raja Kedah. Jika tercekik dan hendak menyedapkan selera gua basuh dengan air champagne Dom Perignon. Inilah jalan terbaik untuk dua ekor yang sedang dicari oleh FBI. Pada hemat gua lebih baik mereka berehat dari dunia ini dari terus berhadapan dengan FBI yang tidak diketahui bila ajen-ajen FBI akan menerkam. Lebih baik terus tidur rehat dari terus dalam ketakutan tak tahu bila FBI akan menyerkup. Yakinlah cakap gua - segala peguam jenis Shafie, segala bentuk duit rasuah, segala macam hadiah beg Birkin kulit buaya, segala emas dan cincin berlian dalam dunia ini tidak akan berjaya lagi melepaskan Anak Rosmah dan China Tembam dari tangkapan FBI. Kendati Rosmah menghadiahkan saekor buaya jantan berkulit lembut dari Afrika untuk dijadikan beg kepada Encik Andrew - kes 1MDB ini tetap akan berjalan. Amin. Teliti sekali lagi siapa yang berada dalam sidang akhbar itu. Timbalan Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya California. Ini bermakna kes ini sedang berjalan di California. Kerana rumah Anak Rosmah dan harta China Tembam berada di California. Juga kerana syarikat filem Red Granite Pictures milik Anak Rosmah dan China Tembam berdaftar di California. Pengarah Siasatan Jenayah juga bersama. Jenayah? Saheh - pengarah siasatan jenayah ada bersama. Ini lagi gempak. Apabila Pengarah Siasatan Jenayah ada bersama disidang akhbar ini membuktikan dengan jelas akhirnya Anak Rosmah dan China Tembam ini akan didakwa dalam kes jenayah. Jenayah apa yang mereka lakukan? Biar gua terangkan disini apa sebenarnya kes 1MDB yang sedang terbarai di Amerika. Penerangan dan pencerahan ini gua tujukan khusus untuk Bani Ketuanan Melayu yang sedang melompat, menangis, meraung dan menjerit mengatakan bahawa kes 1MDB ini bukan kes jenayah tapi kes sivil. Malah Peguam Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa tidak ada apa-apa salah laku dalam 1MDB. Ini NCA - No case to answer. Mengikut lojik Bani Ketuanan Melayu mustahil seorang Tan Seri Peguam Negara bercakap bohong. Lagi pun Tan seri ini telah naik Haji. Naik Hajah pun telah masuk kali kedua. Juga si Tan Seri telah berumrah lebih dari lima kali. Mengikuit mazhab Sunnah wal Rasuah sosok sabagini lebih bersih dan lebih puteh dari kain cucian sabun Fab. Khalas. Memang saheh lagi tepat buat filem dan memiliki syarikat buat filem bukan satu jenayah. Beli kondo memang bukan jenayah. Beli hotel untuk pelaburan memang bukan jenayah. Beli lukisan Van Goh atau Monet juga bukan satu jenayah. Beli gambar bogel pun bukan jenayah. Beli kapal terbang jet pribadi juga bukan satu jenayah. Berpoya dan enjoy de menjoy sambil berbogel dengan Paris Hilton mustahil satu jenayah. Justeru yang mana jenayah? Dan apa dia jenayah Anak Rosmah dan China Tembam di Amerika? Apa sangkut paut Amerika dengan 1MDB? Ha ha ha. Mari sini gua nak royak. Kes harta Anak Rosmah dan China Tembam menjadi kes jenayah kerana semua duit yang membeli harta dan pelaburan itu adalah duit curi. Duit Anak Rosmah dan duit China Tembam telah dicuri dari 1MDB. Mereka jadi kaya raya kerana mencuri duit 1MDB. Menggunakan duit curi, duit jual dadah atau duit rasuah kemudian membeli rumah di Country Height Kajang atau di Mesir atau di Abu Dhabi atau di Qatar atau di Saudi bukan satu kesalahan. Memiliki duit curi atau duit dadah atau duit rasuah bukan satu jenayah dalam negara-negara ini. Malah duit sademikian dianggap rezeki dari Allah. Tetapi dalam negara kapir saperti Amerika duit curi dan duit rasuah yang digunakan untuk membeli harta dianggap jenayah. Di Amerika ada undang-undang melawan pekara ini. Curi duit kerajan dan rasuah ini dipanggil kleptocracy. Apa di kleptocracy ini? Kleptokrasi ejaan Melayunya. Kleptokcracy ini bahasa Greek yang memberi makna - kerajaan di kepalai oleh pencuri dan perasuah. Pada bulan Ogos 2006 Jabatan Kerajaan Amerika - State Department America ada memberi penjelasan apakah makna undang- undang yang baru diluluskan ini. Hakikatnya undang-undang ini melawan dan menumpaskan kerajaan yang dipimpin atau dikepalai oleh perasuah atau pencuri. Kalau tak yakin apa yang gua tulis - sila baca dari laman State Department of America. Semua diterangkan dengan jelas saperti matahari jam 12. Dalam kata yang senang kleptokrasi ini ialah kerajaan penyamun, kerajaan kaki rembat atau kerajaan kaki songlap. Mengikut undang-undang Amerika ini kerajaan yang mengamalkan kleptokrasi wajib dilawan, wajib ditumpaskan, wajib dihapuskan kerana negara yang mengamalkan kleptokrasi menjadikan warga negara itu terseksa. Suasana ini membahayakan dunia. Undang-undang Amerika ini pula boleh digunakan untuk seluruh dunia. Apakah masih ada lagi yang tidak faham? Yang menjadikan kes 1MDB ini kes bersejarah dan menjadi kes berat ialah duit curi ini telah digunakan oleh Anak Rosmah dan China Tembam dalam Amerika. Duit curi ini dibawa masuk kedalam bank Amerika. Kalau tetiba Puan Loretta Lynch membuat sidang akhbar nak rampas harta Sultan Berunai atau harta Syarikat Balak Nik Abbaduh - maka ramai akan bersetuju untuk mentakrifkan bahawa kerajaan Amerika sudah gila. Tetapi dalam kes Anak Rosmah, China Tembam dan 1MDB tidak ada sesiapa yang mengatakan Puan Loretta ini sasau. Oppsss…. silap. Gua silap lagi. Memang ada kumpulan dan individu malah Menteri yang telah berkata bahawa Peguam Amerika ini sasau dan tersasar. Siapakh mereka ini? Jangan ketawa dan jangan menangis. Mereka yang berkeras menuduh Loretta Lynch sasau dan tersasar terdiri dari kaum kerabat Bani Ketuanan Melayu. Rata-rata mereka ini penyokong tegar dasar ketuanan Melayu dan ahli parti United malays National Organisation. Bani Ketuan Melayu dan suku sakatnya amat bebal untuk memahami kes 1MDB ini. Atau mereka sengaja membebalkan diri. Pelik tetapi benar - Bani Ketuanan Melayu bertempik marah kepada Puan Loretta Lynch. Mereka menuduh Peguam Negara ini campur tangan dengan hal dalaman Malaysia. Opps… tertiba Bani Ketuanan Melayu menjadi nasionalistik. Menjadi anti-Amerika. Gua hanya ada satu nak tanya Bani Ketauan Melayu - kenapa Bani Ketuanan Melayu tidak menentang TPPA? Tunggu minggu depan gua jawab. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ------------ |
Posted: 14 Aug 2016 12:00 AM PDT KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH TELAH LAMA PILIHAN RAYA DIHARAMKAN Pakatan Harapan dakwa 30,173 pengundi di Perak dipindahkan tanpa menerima notis SPR 13 Ogos 2016 Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 telah mendapati terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka tanpa menerima notis dari SPR. Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 mendapati terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka tanpa menerima notis dari SPR. Dalam satu kenyataan bersama Nizar Bin Jamaluddin (Ketua Pembangkang Dun Perak), Nga Kor Ming (DAP), Senator Dr Muhammad Manuty(PKR) dan Haji Asmuni Awi(Amanah) semalam menyatakan setelah merujuk kepada penwartaan senarai pengundi-pengundi terbaru penggal suku kedua yang diwartakan oleh SPR pada 29/4/2016 didapati jumlah tersebut adalah jumlah paling besar jika dibanding dengan negeri-negeri yang lain. "Seramai 118,784 orang seluruh negara telah mengalami nasib yang sama dengan Perak menjadi negeri yang mempunyai pindaan & hijrah jumlah pengundi yang paling tinggi seramai 30,173 orang atau sebanyak 25.4% dari jumlah tersebut," katanya. Pakatan Harapan juga mendapati bahawa kawasan yang mengalami penghijrahan pengundi terbesar berlaku di 10 kerusi Marginal yang mampu menentukan keputusan PRU-14 di negeri ini. 10 kerusi DUN tersebut mengalami secara purata penghijrahan pengundi seramai 1,814 orang di setiap DUN, satu keadaan yang cukup luar biasa. " Kami mendapati dalam 4 kerusi DUN, penghijrahan pengundi adalah lebih tinggi dari keputusan majoriti pada PRU-13 dan ini adalah satu perubahan yang amat terkejut. "Keempat-empat kerusi DUN ini adalah DUN Selinsing, Changkat Jering, Pasir Panjang dan Changkat Jong," katanya. Selaras dengan prinsip ketelusan & keadilan, kenyataan itu menggesa SPR dengan segera memaklumkan kepada pengundi sendiri jika alamat atau pusat mengundi mereka telah ditukar. "Pengundi sendiri yang dipindah tempat mengundi tanpa notis boleh dianggap satu penipuan dan penyelewengan yang secara sengaja untuk memihak kepada Barisan Nasional. "Tindakan sedemikian merupakan pengkhianatan kepada sistem demokrasi negara kita," katanya. Pihak Pakatan Harapan dalam keyataan sama memberi amaran, sekiranya SPR gagal memberi penjelasan yang telus dan memainkan peranan berkecuali, pihaknya terpaksa membuat laporan polis dalam tempoh terdekat supaya memelihara sistem demokrasi berparlimen supaya suara rakyat sebenar dijaga. BERAPA KALI MAHU BERI PENCERAHAN DALAM DUNIA KE3 DALAM NEGARA ZALIM DALAM NEGARA RASUAH TIDAK ADA SEJARAH TIDAK PERNAH BERLAKU MUSTAHIL TERJADI PERTUKARAN KERAJAAN MELALUI PILIHANRAYA DALAM PRU 14 NAJIB AKAN MENANG BESAR SPR SEDANG MEYUSUN SEMUA JENTERA DIARAH UNTUK MEMASTIKAN PAKATAN HARAPAN KALAH MASIH TAK PERCAYA LAGI TUNNGU DAN LIHAT ------------ |
Posted: 13 Aug 2016 11:00 PM PDT f. book Suara Rakyat Like This Page · 23 hrs · 'Mission Accomplished' !!! Tahniah buat Gabenor BNM baru.. MALAYSIA BOLEH !!!.. Siasatan di Malaysia mmg handal2 belaka lagi efisien coz leh settle skandal 1MDB lebih cepat berbanding negara2 luar yg lembap nak siasat.. HA !! HA !! HA !! ---------------------- |
Posted: 13 Aug 2016 10:30 PM PDT INGATAN jangan ada mimpi janga ada angan angan akan menang PRU14 kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan telah lama pilihanraya di haramkan ingatan awal dari tukar tiub FACE BOOK Jeng..!! Jeng..!! Jeng..!! Jaga2 degan SPR . penipuan dgn rancangan jahat mereka..!! ANDA KENAL TAK siapa Pengerusi SPR yg baru dilantik baru2 ini ?? Dia adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Annuar Musa.. ------------ |
Posted: 13 Aug 2016 09:30 PM PDT |
Posted: 13 Aug 2016 08:30 PM PDT KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |