Sabtu, 23 Julai 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUBUH SAH MAGHRIB

Posted: 23 Jul 2016 08:24 PM PDT








DATUK SUBUH DAH MAGRIB (6.30) on MALAYSIAN OFFICIAL 1
Publish | Delete | Spam
Anonymousat 9:37 PM



------------

RAKYAT BERTANYA

Posted: 23 Jul 2016 07:30 PM PDT





MINTA BANTUAN

CARI ORANG

HILANG





-------------

MEDIA KAPIR HARBI FITNAH LAGI

Posted: 23 Jul 2016 06:30 PM PDT





LAGI FITNAH

DARI MEDIA

KAPIR HARBI

























Van Gogh and Monet paintings seized in 1MDB corruption investigation

The artworks were seized following a request from the US, one of several countries looking into alleged massive fraud at the Malaysian state fund

Switzerland has seized a painting by Vincent Van Gogh and two others by Claude Monet as part of the global investigation into Malaysia's scandal-tainted sovereign wealth fund, an official said Friday.

The works were seized following a request from the United States, one of several countries probing alleged massive fraud at the Malaysian state fund 1MDB, said Swiss justice ministry spokeswoman Ingrid Reyser.
"The operation is over and we confiscated the three paintings," Reyser told AFP in an email.
She declined to comment on where the paintings had been kept or the individuals involved.
Earlier this week, the US justice department filed lawsuits seeking to reclaim more than $1bn in assets linked to stolen or laundered 1MDB funds.
Artworks by Monet and Van Gogh were among the assets listed in the lawsuit filed at a California federal court.
The BBC reported that the artworks were identified as Vincent Van Gogh's sketch La Maison de Vincent a Arles and Claude Monet's Nympheas avec Reflets de Haute Herbe and Sainte-Georges Majeur.
Malaysian prime minister Najib Razak is facing mounting pressure over the scandal.
Authorities in the US, Switzerland and Singapore are investigating claims that the prime minister, his relatives and associates syphoned off enormous sums of public money.
The assets targeted for US seizure include royalties from the 2013 financial crime caper The Wolf of Wall Street starring Leonardo DiCaprio.
The film, directed by Martin Scorsese, was produced by a company owned by Najib's stepson Riza Aziz, using more than $100m diverted from 1MDB, according to the US justice department.
Both Najib and 1MDB have consistently dismissed allegations of wrongdoing as political attacks by his opponents.

-----------

KALAU LEMANG MASIH ADA

Posted: 23 Jul 2016 05:30 AM PDT





KALAU 

RENDANG 

KETUPAT 

MASIH ADA


GERMAN DISERANG PENGGANAS

Posted: 23 Jul 2016 04:30 AM PDT





Munich attack: what we know – and what we don't know

Ten people were killed – one of whom appears to be the gunman – and at least 10 injured in a shooting at a shopping centre in the Bavarian capital



Washington Opened The Gates Of Hell In Iraq: Now Come The Furies


The late, great critic of the American Imperium, Chalmers Johnson, popularized the salient concept of "blowback". That is, the notion that if you bomb, drone, invade, desecrate and slaughter—collaterally or otherwise— a people and their lands, they might find ways to return the favor



AMARAN TELAH

DIBERI PADA

6/9/2002

JIKA IRAQ

DISERANG

PINTU NERAKA

AKAN TERBUKA
SEKARANG

SETAN TELAH

KELUAR DARI

NERAKA 

HURU HARAKAN

EROPAH  DAN

KITA SEMUA





Attack on Iraq will open the gates of hell, Arabs warn
Author: 
By Anne Penketh
Publication Date: 
Fri, 2002-09-06
CAIRO/LONDON, 6 September — Baghdad and fellow Arab states warned US President George W. Bush yesterday that attacking Iraq will "open the gates of hell" in the Middle East, although White House officials pressed ahead with a drive to win support for their war plans.

European and other nations, however, continued to give the thumbs down to Bush's aim of toppling the Baghdad regime, despite his pledge to state his case against Saddam Hussein to the United Nations and seek congressional approval for any military moves to oust the Iraqi president.

Arab League chief Amr Moussa rounded off a foreign ministers meeting in Cairo with a warning that a US strike against Iraq would "open the gates of hell" in a region already "angry and frustrated" at Israel's actions against the Palestinians during their nearly two-year conflict.


"We will continue to work to avoid a military confrontation ... because we believe that it will open the gates of hell in the Middle East," Moussa told a news conference after the two-day meeting ended with a statement rejecting "any threat of attack" against Iraq.



-------------

BUAT LAPORAN POLIS

Posted: 23 Jul 2016 03:00 AM PDT



RAJA MAHRAJA


Rani Kulup dah buat laporan polis atau belom? Kabir Harbi dah nak kepong Malaysian Offical 1 tu. Buatlah laporan polis cari siapa dia Malaysian Offical 1 tu!! Kah Kah Kah on INI GAMBAR FITNAH
Publish | Delete | Spam
Suku Samdol
on 7/23/16




---------------

PENGURUS HOTEL GERMAN CARI TON TON WI

Posted: 23 Jul 2016 02:30 AM PDT





SIAPA KENAL

TON TON WI

sila beri tahu
ton ton wi
agar jangan risau
FBI tidak cari dia
yang sedang cari
 ton ton wi
ialah
pengurus 
hotel otto berlin
apa tujuan masih
belum jelas


-----------

SEPUPU SUDAH BELOT

Posted: 23 Jul 2016 01:00 AM PDT








BERITA INI

SAHEHKAN

SEPUPU NAJIB

SUDAH BELOT


Malaysia alu-alukan siasatan negara asing bantu selesai isu 1MDB

 | July 22, 2016
Hishammuddin berkata, Malaysia tidak boleh menghalang negara lain menyiasat 1MDB.




PETALING JAYA: Malaysia mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa negara lain bagi membantu kerajaan mencari penyelesaian terhadap isu 1MDB, kata Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.
"Kita tidak boleh halang sekiranya mereka nak buat siasatan. Bagi saya, kalau mereka siasat boleh membantu kita mencari penyelesaian dan mereka yang dikenal pasti dibawa ke muka pengadilan nanti, perdana menteri sendiri menyatakan tiada siapa boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang.
"Ini termasuk undang-undang di negara-negara berkaitan sama ada di Switzerland, Amerika Syarikat atau Singapura," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama Menteri Pertahanan di ibu negara, hari ini.
Kelmarin, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman untuk menyita aset-aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dibeli dengan wang dipercayai dilesapkan daripada 1MDB.


KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

KENYATAAN

MAT AZALINA

APA KATA 

PURTAN INI

KAH KAH KAH


-----------

SUDAH BELOT

Posted: 23 Jul 2016 12:00 AM PDT









MANA KHAIRY


MENGAPA DIAM

TAK LAWAN

LORETTA LYNCH

SUDAH BELOT?

SAJE TANYA

KERANA DULU

LAWAN 

CONDOLISA RICE



Son-in-law of Malaysian PM leads anti-US protest - Taipei Times

www.taipeitimes.com/News/world/archives/2006/07/29/2003320911
Taipei Times
Jul 29, 2006 - Malaysian protesters demonstrating against the US administration and ... Secretary of State Condoleezza Rice was meeting with other foreign ministers. ... shouted Khairy Jamaluddin, theprotest leader, as riot police held him ...


----------

MALAYSIAN OFFICIAL 1

Posted: 22 Jul 2016 11:00 PM PDT





DATUK SUBUH

siapa tahu dia
dimana  dia berada
sekarang?

siapa jumpa
datuk subuh
sila beritahu dia
malaysian official 1
bukan dia
FBI nak tanya pekara lain


------------

DIPAKSA SAKIT

Posted: 22 Jul 2016 10:30 PM PDT





SEKARANG

BARU RAKYAT

MALAYSIA 

FAHAM KENAPA

PENGARAH SPRM

DIPAKSA LETAK

JAWATAN


SPRM telah bekerjasama dengan FBI

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam satu kenyataan ringkas hari ini berkata, kerjasama itu tertumpu pada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan penggubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

"Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengenai 1MDB, SPRM telah menjalinkan kerjasama dengan FBI kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini," katanya.

Kelmarin, DOJ AS memfailkan  saman untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa  dari syarikat tersebu yang  bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion.

‎Difahamkan, pihak DOJ telah memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.



KAH KAH KAH

ABU KASSIM

TELAH DIPAKSA

SAKIT LEPAS TU

DIBERHENTIKAN

KAH KAH KAH




-----------

INI GAMBAR FITNAH

Posted: 22 Jul 2016 09:00 PM PDT






AWAS

INI GAMBAR

FITNAH

DISEBAR OLEH

MEDIA YAHUDI

KAPIR HARBI

-----------

FUKWA FUKWI

Posted: 22 Jul 2016 08:30 PM PDT




KEEP COOL
keep cool wahai mufti pahang..kalo duit 1mdb takda, duit genting ada lagi..so apa perlu risau..keluarkan je fatwa berdosa makan duit rasuah..abis cerita.bukan najib rosmah dengar pun..itu pun takut.mana mufti2 seantaro malaysia,keluarkan la fatwa..

nanti ada mufti kata, berdosa rasuah dikalangan rakyat tetapi tiada la berdosa sekiranya seseorg itu raja, sultan, perdana menteri atau presiden agama islang seulamak, ini kerana rakyat itu tiada la pelajaran dan golongan2 atas seperti sultan,raja, perdana menteri, presedin ulama itu adalah org2 terpelajar lagi bijakfulus maka segala yg haram adalah halal baginya..kahkahkah.. on FITNAH KAPIR HARBI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/22/16



-----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


1MDB: Bagaimana Amerika jumpa bukti tetapi Malaysia tidak?

Posted: 23 Jul 2016 05:28 AM PDT


 

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

PAS menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Siasatan harus menumpukan kepada dua aspek. Pertama, pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah. Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Kedua, aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Kedua-dua ini perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun.

*  Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS 

Kerjasama Dengan Mahathir: Orang Azmin Faham ‘Luka Lama’ Wan Azizah

Posted: 23 Jul 2016 12:33 AM PDT







SHAH ALAM: PKR menghormati pendirian Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersabit pengalaman lalu beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mahu berkerjasama dengan parti itu, kata Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.


Beliau menegaskan PKR maklum akan 'luka lama' yang dirasai Wan Azizah ekoran "penganiayaan" terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu, namun berharap satu penyelesaian yang memuaskan boleh di capai.

"Kita akan membincangkan hal ini dalam tempoh terdekat. Saya fikir kita akan melakukan sesuatu dan Wan Azizah mempunyai pandangan politik tertentu.

"Kita kena faham sensitiviti yang dialami Wan Azizah dan keluarganya rentetan apa yang dilakukan Mahathir pada 1998. Kita tidak boleh menyalahkan Wan Azizah, jikalau beliau rasa agak kurang selesa dengan gerakan Mahathir.

"Tetapi suatu perkara yang akan diperincikan, kita mahu melonjakkan sokongan rakyat, jika boleh pergi dalam empat atau sepuluh peratus, saya fikir ia sudah memadai untuk menukar kerajaan di Malaysia," kata Shafie ketika diwawancara bersama Antarapos, baru-baru ini.

Shuhaimi mengulas pendirian dan sokongan PKR terhadap pengumuman Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baru, sekaligus menjadi salah satu komponen dalam gagasan pembangkang.

Mahathir memecat Anwar daripada Umno dan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan menuduhnya sebagai seorang homoseks dan tidak bermoral.

Semasa pemerintahan Mahathir, Anwar di hukum penjara lapan tahun atas tuduhan sodomi dan salah guna kuasa sebelum di bebaskan pada 2004 selepas Tun Abdullah Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri baru.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR sebelum ini mengkritik sokongan pemimpin tertentu PKR terhadap Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir.

Namun beliau kini mengambil sikap terbuka dalam usaha Mahathir memperkukuhkan pakatan pembangkang dan penubuhan parti baru.

Bagaimanapun Wan Azizah tidak banyak mengulas lanjut berhubung usul permuafakatan PKR dengan parti baru yang bakal diasaskan oleh Mahathir itu.

Shafie yang juga ADUN Seri Muda berpandangan gabungan pembangkang bersama Mahathir kelak akan membuahkan hasil, terutamanya dalam pentadbiran negeri-negeri dibawah gabungan PH.

"Ini satu usaha yang perlu digembleng kerana matlamat utama PH dan rakan pembangkang lain untuk menggantikan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isu-isu skandal 1MDB, hutang RM2.6 bilion, kenaikan harga barangan dan penurunan nilai Ringgit Malaysia yang menjadi beban dan terpaksa dipikul rakyat.

"Gabungan ini akan menambahkan sokongan rakyat terbanyak terhadap satu perubahan yang telus dan bertanggungjawab," ujarnya AP

Kembalikan ISA Untuk Kekang Daesh

Posted: 23 Jul 2016 12:28 AM PDT


Kerajaan perlu mengkaji keperluan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekang fahaman Daesh daripada berkembang di Malaysia.


Seruan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, GMMF, Ustaz Dr. Nasharuddin Mat Isa sewaktu sesi Sidang Khas: Ancaman Daesh Bertapak di Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Utusan Malaysia semalam.

"Idea ini mungkin sedikit kontroversi, namun kita tak dapat nafikan ia berkesan dalam tangani anasir yang mengancam keselamatan negara," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI 

Kes saman Anwar: Khairy beri keterangan dulu

Posted: 23 Jul 2016 12:19 AM PDT

Bernama 


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan terlebih dahulu memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar memberitahu media bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan Anwar supaya Khairy yang merupakan defendan memulakan keterangannya terlebih dahulu dalam perbicaraan kes saman itu.

Katanya mahkamah menetapkan 19 September untuk mendengar keterangan Khairy.

Pada kebiasaannya, dalam kes sivil, plaintif yang akan memulakan keterangannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun Anwar yang merupakan plaintif memohon supaya Khairy memberi keterangannya dan mengemukakan bukti terlebih dahulu berhubung dakwaannya terhadap Anwar bagi tujuan justifikasi atau perlindungan bersyarat sebelum plaintif dipanggil atau menyangkal dakwaan itu.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari 2008.

Katanya perkataan fitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web, termasuk dalam portal Malaysiakini.com.

Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Oktober 2010 berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.- Bernama

'Perang' #BeStrongPM di media sosial

Posted: 23 Jul 2016 12:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


Media sosial menjadi medan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak ketika isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Malaysian Official 1 terus diperkatakan.

Menggunakan hashtag #bestrongPM pelbagai kata-kata semangat dan perangsang untuk perdana menteri dimuat naik bagi menunjukkan sokongan kepada beliau.

Bagaimanapun masa yang lama tidak diperlukan untuk kempen menyanggah sokongan itu muncul apabila pengguna lain media sosial mempersendakan hashtag berkenaan.

Antara lain mereka mengaitkan Najib dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.

Semalam DOJ mengemukakan saman sivil untuk menyita pelbagai harta tanah serta aset yang disyaki dibeli menggunakan dana awam yang diperoleh daripada 1MDB.

Beberapa nama muncul dalam laporan pihak berkuasa AS berkenaan, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.

Turut menarik perhatian ramai ialah individu tidak dinamakan tetapi dirujuk dokumen berkenaan sebagai "Malaysian Official 1".


Ekoran siasatan berkenaan pihak berkuasa beberapa negara lain turut membuat sitaan, termasuk Singapura dan Switzerland.

Sementara itu kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung siasatan 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.

"Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...," katanya.

Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? soal Salahuddin

Posted: 23 Jul 2016 12:08 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub


Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib?

Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelaburan kedua negara itu.

Malah dua daripada tiga individu yang disiasat Jabatan Kehakiman AS itu mempunyai kaitan rapat dengan beliau iaitu orang kepercayaannya yang mencetuskan ide penubuhan 1MDB, Jho Low dan anak tiri beliau sendiri, Riza Aziz.

Salahuddin menambah, kenyataan Najib bahawa kerajaannya selama ini tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang juga diragui kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk mendakwa mereka yang terlibat malah laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Anggota kabinet Najib juga, tambah Salahuddin perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB kerana secara konsisten menafikan wujud salah laku dan penyelewengan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Tindakan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau selari dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Hong Kong terhadap uusniaga 1MDB namun pentadbiran Najib khususnya Peguam Negara berpendapat syarikat tersebut bebas daripada sebarang salah laku.

Najib semalam berkata, kerajaannya memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS dan menyifatkan langkah itu selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

Kerajaan juga, katanya akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Najib tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB kerana siasatan itu 'langsung tidak mengaitkan nama beliau'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mendakwa 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Siasatan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau tiada kaitan dengan Najib.

"Apa yang disiasat adalah berkaitan 'money laundering' (pengubahan wang haram) ke atas tiga individu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (Paca) di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.

Menurut Salahuddin, adalah amat memalukan bagi Najib dan rakan kabinetnya untuk menafikan sebarang pembabitan terhadap penyelewengan dana 1MDB sedangkan ia membabitkan jumlah yang besar dan sudah menjadi bahan berita di peringkat global.

Lebih mengecewakan adalah sikap majoriti ahli Umno yang berdiam diri dengan skandal mega negara ini sedangkan ia telah mencemar nama negara di peringkat antarabangsa.

Siapa pun ‘Malaysian Official 1’, kerajaan mesti bertanggungjawab

Posted: 23 Jul 2016 12:04 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Abdul Aziz BariAbdul Aziz Bari


Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, berkata kerajaan tidak perlu berdolak-dalik terhadap pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, sebaliknya mesti bertanggungjawab kerana 1MDB adalah syarikat kerajaan Malaysia.

Ini katanya termasuklah melalui campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan kerajaan yang disifatkannya sebagai cubaan 'mengawal kerosakan' itu bagaimanapun tidak menjadikan kerajaan dilihat bersih sebaliknya seolah-olah mengesahkan segala pendedahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk parti-parti pembangkang, portal Sarawak Report dan blog-blog politik sebelum ini.
"Siapapun Malaysian Official 1 itu, 1MDB tetap milik kerajaan Malaysia. Kerajaan kena bertanggungjawab, kena jawab, dan yang akhirnya pada saya, Yang di-Pertuan Agong kena ambil tindakan. Jangan beri amaran lagi, perlu desak Najib buat tindakan yang sepatutnya," tegasnya ketika dihubungi Roketkini.
Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu, pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang telah memalukan imej negara tersebut sekaligus menunjukkan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB seolah-olah tidak berkelayakan atau bersekongkol dengan Najib.

"Maknanya seolah-olah agensi kita seperti polis kita, penyiasat, Peguam Negara kita, sama ada lemah atau tak berkelayakan atau tak bekerja atau bersekongkol dengan Najib," ujar beliau.

"Ini sudah sampai ke tahap kritikal, kalau kerajaan tak buat apa-apa, dia boleh tenggelam, dan siapa yang bersama dia baik Peguam Negara, baik polis, mungkin akan tenggelam bersama. Kita tak mahu negara kita tenggelam bersama dia,

"Dia nak tenggelam tak apa. Tapi rakyat tak nak tenggelam dengan dia," tegas Aziz.

Ditanya mengenai analisis pihak tertentu yang mengatakan BN akan menang besar jika pilihan raya diadakan sekarang, Aziz berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan demikian.

"Kalau dia kata boleh menang kenapa pilihan raya yang dicadangkan di Pulau Pinang macam-macam dia kata?  Kalau dia yakin masuklah (buat pilihan raya)," ujar beliau.

1MDB: Husam ajak seluruh negara solat hajat

Posted: 22 Jul 2016 11:38 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Husam bersama penduduk Kg LautHusam bersama penduduk Kg Laut


Adun Salor, Datuk Husam Musa menyeru semua rakyat beragama Islam di seluruh negara mengadakan solat hajat ketika berhadapan kehilangan berbillion wang negara akibat skandal 1MDB.

"Kalau kita di kampung hilang barang bernilai 700 ringgit kita solat hajat, minta orang alim berdoa dan ada sesetengah kita jumpa bomoh, takkan sekarang wang kita lesap berbillion semua diam dan tak buat apa-apa," kata beliau ketika minum pagi bersama penduduk Kampung Laut di Tumpat semalam.

Kerajaan Singapura sahaja katanya teleh membekukan sejumlah 240 juta Dolar Singapura yang bersamaan 790 juta ringgit Malaysia.

"Di Amerika aset yang dikaitkan dengan 1MDB bernilai 1 billion telah disita oleh pihak kerajaan manakala berbillion lagi telah lesap kerana didapati telah digunakan untuk membayar kepada pusat perjudian bagi melangsaikan hutang," katanya,

Semua wang itu katanya adalah wang rakyat yang terang-terang telah hilang dan tentu seperti mustahil untuk dapat dikembalikan semula.

Langkah paling realistik berhadapan situasi ini ialah seluruh rakyat bersolat hajat dan munajat memohon Allah menunjukkan jalan hingga mereka yang bertanggungjawab diadili dan harta yang hilang dikembalikan.

"Kepada yang buat sendiri, buat sendiri di rumah masing-masing, kepada yang ada kesempatan buat berjamaah buat sekadar yang sesuai," ujar beliau.

Husam melawat Kampung Laut untuk mendengar sendiri rungutan penduduk yang penempatan mereka akan diambil untuk tapak kampung Warisan.

Mengulas perkembangan itu beliau melahirkan rasa terkejut kerana masih berlaku perlaksanaan projek yang tidak terlebih dahulu dirundingi dengan penduduk setempat.

"Ketika kita ambil alih Kelantan pada 1990, satu tragedi sedang berlaku di kampung Sabak di mana hakisan laut menyebabkan beberapa kampung di situ kini lenyap terus ditelan ombak," katanya.

Beliau yang berkunjung ke situ dengan arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mendengar cerita orang kampung tentang projek penghadang ombak yang dibuat berhampiran kampung itu yang langsung tidak berunding dengan penduduk.

"Walaupun orang kampung bukan pakar dan ada pengetahuan teknikal tinggi, mereka memiliki pengetahuan berdasarkan pengalaman," katanya.

Pengalaman tentang aliran air masa lalu dan hujan serta banjir membolehkan mereka boleh mengagak apa akan berlaku jika sesuatu projek baru dijalankan.

"Mereka beritahu arwah Tok Guru semua yang mereka beritahu akan berlaku kepada pengurus dan jurutera projek telah menjadi kenyataan dan akhir kampung warisan mereka kini hilang dari peta dan sejarah," katanya.

Seperti juga di Kampung Laut kata beliau amat pelik jika penduduk asal yang mewarisi tempat berkenaan tidak dibawa berbincang dengan teliti.

"Ini projek kampung warisan, yang bermaksud semua yang ditinggal orang dulu di sini dapat kepada kita sekarang dan akan datang.

"Apa makna warisan kalau kita kena lari dan orang lain datang ambil?," soal beliau.

Tunku Aziz: Siasatan AS terhadap 1MDB 'keajaiban dunia moden'.

Posted: 22 Jul 2016 11:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kekurangan komunikasi dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah antara beberapa perkara yang menimbulkan tanda anya kepada beliau.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal berita Malaysia Outlook, beliau yang merupakan bekas Penasihat Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu mempersoalkan kaedah yang digunakan dalam memperoleh maklumat sebagai apa yang beliau sifatkan 'keajaiban dunia moden'.

"Bagaimana seseorang boleh melakukan siastan menyeluruh dan profesional tanpa mendapat dan memperoleh maklumat daripada sumber utama seperti para pegawai 1MDB dan pihak berkuasa berkaitan lain termasuk pegawai perundangan Malaysia," katanya.

Saman sivil bagi mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang didakwa diseleweng diumumkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada Rabu.

Tunku Abdul Aziz berkata adalah dikesalkan Amerika memilih untuk memerangi rasuah merentasi sempadan dengan berselindung di sebalik bayangan prinsip moral yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan.

"Malah dalam niat yang sama, walaupun tidak menamakan sesiapa, mereka meletak motif tidak baik kepada perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) dan menyerang reputasi dan wataknya, tanpa boleh memberikan sebarang bukti.

"Perlu kita mengingatkan diri kita bahawa tiada langsung sebarang petunjuk dalam mana-mana sisastan yang dijalankan pihak berkuasa setakat ini di Switzerland dan Malaysia bahawa Najib telah mencuri apa-apa pun daripada 1MDB," tegas Tunku Abdul Aziz.

Beliau berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang mengandungi penggubal undang-undang daripada kerajaan dan pembangkang, selepas berbulan-bulan melakukan siasatan dan sentiasa berunding dengan Ketua Audit Negara, baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang melepaskan perdana menteri daripada sebarang dakwaan salah laku.

"Secara ringkas, dakwaan terhadap beliau adalah tidak bertimbang rasa, berdendam dan tidak serius. Dalam semua keadaan, Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di bawah undang-undang.

"Apa yang mengejutkan ialah terdapat ramai antara kita yang tidak dapat menerima kebenaran yang perdana menteri adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," tambah beliau.- Bernama

Awang Adek kembali aktif politik hadapi PRU14

Posted: 22 Jul 2016 11:25 PM PDT

MALAYSIAKINI


Selepas menamatkan tugasnya sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada 7 Julai lepas, Datuk Dr Awang Adek Hussin kini kembali aktif dalam arena politik khususnya bagi menguatkan kedudukan Umno Kelantan menghadapi pilihan raya umum Ke-14 (PRU14).

Sepanjang berkhidmat sebagai duta besar selama dua tahun tiga bulan, beliau masih merupakan ketua Umno bahagian Bachok namun jawatan itu dipangku oleh timbalannya Datuk Dr Ilias Hussain.

Awang Adek berkata beliau bertekad meneruskan perjuangannya selagi mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi terutama di bahagian Bachok.

"Dalam tempoh terdekat ini, saya akan bersama-sama Dr Ilias dan anggota jawatankuasa Umno bahagian Bachok bagi mengatur strategi memperkuatkan parti,"katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri di kediamannya di Perupok semalam.

Awang Adek berkata Umno bahagian Bachok akan berusaha untuk menawan kembali kerusi Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang yang kini dikuasai oleh PAS.

Ditanya pengalamannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat,beliau berbangga dapat berkhidmat di sebuah negara yang amat berkuasa di dunia sama ada dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan kecanggihan teknologi.

"Sepanjang berada di negara itu, saya berusaha merapatkan jurang persefahaman untuk menggalakkan bidang pelaburan dan merapatkan hubungan antara rakyat bagi faedah kedua-dua negara," katanya.

Beliau menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 31 Mac 2014.- Bernama

PRN Pulau Pinang: Pemuda Pas arah jentera siap sedia

Posted: 22 Jul 2016 11:11 PM PDT


Afnan Hamimi Taib Azamudden
Afnan Hamimi Taib Azamudden


SHAH ALAM – Pemuda Pas Pulau Pinang telah mengarahkan jenteranya supaya bersiap sedia dengan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam negeri itu dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia memandangkan kedudukan negeri itu memandangkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berhadapan dua pertuduhan salah guna kuasa dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 daerah Barat Daya kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng juga dikatakan berhadapan dengan kemungkinan dipenjara jika beliau disabitkan kesalahan.

"Kami bersedia menghadapi segala kemungkinan sama ada berlaku PRN dalam waktu terdekat atau sebaliknya. Kami telah mengadakan mesyuarat khas dan mengarahkan semua jentera pemuda di seluruh negeri bersiap sedia untuk menghadapi PRN.

"Kami memberi kepercayaan penuh kepada Pas Negeri dan Pusat untuk membuat keputusan berkaitan PRN ini dalam masa terdekat," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri perlu meletakkan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik parti masing-masing.

"Walaupun kerajaan negeri berhak membubarkan Dun mengikut saluran demokrasi, namun tindakan ini dilihat lebih kepada bermotifkan politik meraih populariti dan tidak mendahulukan kepentingan rakyat.

"Politik begini jauh berbeza dengan politik Islam yang meletakkan kepentingan negara dan ummah mengatasi kepentingan individu dan kelompok tertentu," katanya lagi.

Selain didakwa di atas tuduhan salah guna kuasa, Guan Eng juga dituduh mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah harga pasaran.

Rancangan PRN yang akan diadakan lebih awal itu dikatakan tidak direstui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah.


Ke mana pergi Jho Low, Riza?

Posted: 22 Jul 2016 11:02 PM PDT

OBT
 

KENYATAAN Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kelmarin untuk memfailkan permohonan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat perhatian seluruh dunia.

Melalui kenyataan Peguam Negaranya Loretta E Lynch yang panjang lebar itu, jelas menunjukkan dua watak yang penting dalam isu berkaitan 1MDB ini perlu ditumpukan oleh banyak  pihak.

Mereka adalah ahli perniagaan Jho Low dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Penolong Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan yang menulis dalam kolumnya berpendapat, sehingga hari ini, Jho Low dan Riza bukan sahaja tidak dikenakan tindakan undang-undang, malah ke mana kedua mereka pergi pun sukar dikesan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah cuba memanggil mereka untuk memberikan kenyataan berhubung dengan isu  yang sedang disiasat, namun gagal.

Pihak pengurusan 1MDB sendiri pun tidak mempunyai inisiatif untuk memanggil mereka membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.

"Sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan secara mendalam mengenai peranan mereka dalam 1MDB, sudah tentu isu 1MDB tetap tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila," kata Tian Yan dalam tulisannya.

Beliau menyoal apakah peranan yang dimainkan mereka berdua sehingga mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam skandal 1MDB ini.

Kata beliau lagi, kerajaan kini tiada pilihan lagi selain perlu bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memastikan semua aset milik 1MDB dikembalikan semula kepada Malaysia.

Gerakan Pulau Pinang siap sedia

Selepas berita Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan ingin membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya Negeri (PRN) lebih awal, Gerakan Pulau Pinang turut bersiap sedia untuk menghadapinya.

Pengerusi Gerakan, Teng Chang Yeow sendiri mengakui beliau telah memendekkan cutinya untuk kembali ke Pulau Pinang bagi mengetuai partinya membuat persiapan sekiranya Dun dibubarkan.

Chang Yeow ketika bercakap kepada Orientaldaily, beliau sepatutnya mengambil cuti selama enam bulan sejak dua bulan lepas.

Bagaimanapun, beliau kini perlu memikul tanggungjawabnya bagi memastikan semua kerja persiapan menghadapi PRN dapat dilakukan dengan lancar.

Beliau berkata, semua senarai calon partinya turut akan dikemas kini bagi memastikan Gerakan berada di kedudukan yang terbaik untuk menentang DAP dalam PRN kali ini.

Manakala satu lagi komponen BN, iaitu MCA turut tidak terkecuali untuk membuat persiapan menghadapi PRN.

Menurut Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, MCA sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, cuma apa yang dikesalinya ialah kenapa Guan Eng begitu terdesak untuk mengadakan PRN lebih awal.

"Sebelum ini, PRU dan PRN dijalankan secara serentak. Jika PRN diadakan lebih awal, ia pastinya menyusahkan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Galak umat Islam melancong ke Taipei

Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei menggalakkan umat Islam di Malaysia melancong ke negaranya memandangkan ia sebuah destinasi pelancongan menarik.

Menurut pengerusinya, Chen Yeh-shin, pihaknya telah menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk pelancong beragama Islam dari negara kita, ini termasuklah mempunyai lebih daripada 100 buah restoran halal di seluruh Taipei.

Selain itu, beliau berkata, terdapat juga pelbagai pakej pelancongan menarik yang turut disediakan dengan harga promosi yang berpatutan.

"Antara Taiwan dan Malaysia selama ini mempunyai hubungan yang rapat dari segi perdagangan dua hala.
"Hubungan kedua-dua negara ini kini boleh dipertingkatkan lagi melalui bidang pelancongan dan pertukaran budaya," katanya kepada Sin Chew Jit Poh

'Hanya mahu raih populariti'

Posted: 22 Jul 2016 11:02 PM PDT


Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah


KOTA BHARU - Pas menyifatkan hasrat Pulau Pinang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, hanya untuk meraih populariti dan sokongan rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat di negeri terbabit.

"Tapi benda tak jadi, dan kita tidak sepatutnya memperjudikan masa depan rakyat, sebab kalau bubar Dun, kos perjalanan PRN agak besar, setakat untuk menyelamatkan seorang ahli politik dengan PRN, ia tidak patut berlaku.

"Bila mahu buat PRN, banyak ura-ura timbul dan ia bergantung kepada pandangan umum, sama ada nak fikir positif atau negatif, tapi ramai melihat ia berunsur kepada kepentingan politik," katanya mengulas khabar angin berhubung pembubaran Dun Pulau Pinang yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan difahamkan perbincangan antara PKR sedang berjalan bagi membincangkan perkara tersebut.

Mohd Amar berkata, Pas tidak terlibat dalam sebarang perbincangan berhubung perkara itu.

"Pas tidak terlibat (perbincangan) mengenai PRN itu, setakat mana perkembangannya, itu kita tahu," katanya.

Mengulas parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau lebih suka ambil sikap tunggu dan lihat kerana perjalanannya masih awal.

"Kita tengok dulu perjuangan parti itu, siapa pemimpin mereka dan sebarang usaha menjatuhkan BN amat dialu-alukan, di mana Pas sendiri berazam untuk tukar kerajaan pada PRU14," katanya.

Sedia jumpa Khairy bila-bila masa

Posted: 22 Jul 2016 11:00 PM PDT

SINAR HARIAN
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan baginda untuk berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu yang melanda persatuan itu.

"Bila-bila masa pun boleh jumpa," titah baginda ringkas semasa ditemui selepas Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2016 di sini, malam tadi.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa beliau sedang menunggu untuk menghadap baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang pada minggu depan.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan.

Khairy juga memberitahu beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail pada minggu lalu dan akan memikirkan penyelesaian kepada permasalahan itu selepas berjumpa Tengku Abdullah.

Ditanya mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa beliau mempunyai pemacu simpanan mudah alih (pendrive) yang mengandungi pelbagai maklumat rasuah dalam FAM, Tengku Abdullah enggan mengulas lanjut.

"Itu kena tanya pada orang yang ada pendrive itu," titah baginda ringkas.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Raszak, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengumumkan hasrat berundur daripada menyarung jersi Harimau Malaya.

Tunku Ismail dalam kenyataannya mendakwa keputusan pemain itu berpunca daripada program dalam skuad kebangsaan dan sikap tidak bertanggungjawab FAM serta FAM dibelenggu rasuah. - Bernama