Rabu, 11 Mei 2016

kalam Perantau

kalam Perantau


Analisa PRN ke-11 Sarawak: Pengajaran kepada pembangkang

Posted: 11 May 2016 09:09 AM PDT

Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Ketika menulis kolum Kalam Perantau ini, saya tak sempat lagi meneliti secara terperinci keputusan-keputusan pilihanraya negeri Sarawak kali ke-11 pada 7hb Mei, 2016 yang baru diumumkan pada hari tersebut. Sebagaimana yang dijangka, BN berjaya membentuk semula kerajaan negeri Sarawak selepas pembangkang tidak sehaluan pada kali ini.

Gelombang demam Adnan menyebabkan BN berjaya menang 72 daripada 82 kerusi atau 87.8 peratus berbanding BN hanya mendapat 55 daripada 70 kerusi (78.6 peratus) pada PRN 2011. Ini mengulangi kejayaan 2006 apabila BN menguasai 88.6 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada pilihanraya Negeri Sarawak pada 7hb Mei lalu, parti-parti pembangkang peringkat federal terdiri dari PKR-DAP-PAN yang membentuk Pakatan Harapan dan PAS telah mundur setapak ke belakang berbanding pada pilihanraya negeri Sarawak 2011.

Sama ada disedari atau tidak, rakyat Sarawak tidak memberikan harapan pada mereka untuk memerintan malah untuk menang pun sukar bila PKR dan DAP bertembung sesama sendiri sebanyak 6 kerusi menyebabkan DAP dan PKR tewas kepada BN di semua kawasan bertindih. Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu.

Bukan sahaja impian DAP menembusi kawasan bumiputera juga gagal, malah turut hilang 5 kerusi DUN majoriti Cina yang dimenangi sebelum ini. Selepas mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan lima kerusinya pada pilihan raya Sarawak Ke-11, DAP hari ini mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina kembali beralih kepada BN.

Lebih parah 63 calon telah hilang wang deposit dimana PKR (10 calon), PAN (9 calon), DAP (7 calon), PAS (7 calon), STAR (7 calon), PBDS (5 calon) dan 18 calon Bebas dimana 35 kawasan memperlihatkan pertarungan satu lawan satu, 28 (tiga penjuru) 12 (empat penjuru) dan lima (lima penjuru).

Dalam pilihanraya kali ini, DAP menang 7 kerusi sahaja dan PKR pula hanya mampu kekal 3 DUN yang dimenangi sebelum ini. Ketiga-tiga kerusi itu adalah N11 Batu Lintang, N39 Krian dan N81 Ba'kelalan. Manakala DAP pula hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu.

PAS dan parti serpihannya, PAN bukan sahaja tewas di semua kerusi yang ditandingi mereka. PAS bertanding 11 kerusi manakala PAN pula 13. Lebih menyedihkan PAN menentang PAS di 5 kerusi DUN. PAN telah hilang deposit pada kerusi DUN yang ditandingi menentang PAS, Samariang (Nani Shahari, 389 undi), Muara Tuang (Abang Abdul Halili Abang naili, 765 undi), Sadong Jaya (Othman Mustafa, 157 undi), Sebuyau (Andrew Jain, 164 undi)) dan Beting Maro (Andri Zulkarnain Hamden, 103 undi).

Walaupun calon parti Islam berjaya mendapat serba sedikit sokongan  dibeberapa tempat, amat jelas sekali  dalam pertembungan kedua-dua parti ini, undi yang di raih PAS adalah lebih besar, walaupun terjejas oleh kehadiran parti PAN.

Akibatnya, calon PAS juga turut hilang deposit di DUN Sadong Jaya dan Muara Tuang pada kali ini berbanding dengan PRN 2011. Lima lagi DUN yang pertama kali PAS bertanding pada PRN2016, iaitu Pujut, Lambir, Jepak, Samalaju dan Kakus juga turut hilang deposit. Malah PAS juga gagal dapat kerusi sulung yang dicita-citakan di Beting Maro, malah BN menambah majoriti di situ.

Sementara itu, dua parti negeri sarawak, STAR dan PBDS (baru) gagal memberikan saingan pada pilihanraya kali ini berbanding dengan parti pembangkang peringkat nasional. Sesungguhnya keputusan positif  BN di kawasan-kawasan kaum Cina ini mengambarkan populariti Tan Seri Adenan Satem yang luar biasa yang mampu meningkatkan sokongan semua kaum kepada BN.

Barisan Nasional

Kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dengan PBB dan PRS mencatat kemenangan 100 peratus. Malah 11 daripada 13 calon langsung BN juga telah menang pada kali ini termasuk dua Presiden bekas parti TERAS dan UPP, serpihan kepada SPDP dan SUPP.

Parti Cina di Sarawak – SUPP – pula menang tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya dan mendapat nafas baru apabila presidennya, Senator Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada DAP selepas menewaskan penyandangnya Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085. Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian di Batu Kawah meraih 6,414 undi, mengalahkan penyandang Christina Chiew Wang See daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi. Manakala Calon Bebas Liu Thian Leong, bekas pengerusi UPP Batu Kawah, hanya mendapat 1,109 undi, telah hilang deposit.

Manakala Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing memperoleh 5,272 undi mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983, apabila mengalahkan calon DAP Agop Linsong yang hanya 479 undi dengan majoriti 4,793 undi telah hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu.

Sementara Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Tan Sri Adenan Satem, Presiden PBB dan Ketua Menteri terus kekal sebagai ADUN untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu mendapat 6,360 undi berbanding calon PKR, Jazolkipli Numan meraih 468 undi dengan majoriti 5,892 undi.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, kini Yang Dipertua Negeri Sarawak, selepas menerajui Sarawak kira-kira 33 tahun. Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri.

Cukup setakat ini dulu dalam catatan ringkas pemerhatian saya berhubung dengan PRN11.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘PECAT HUSAM: PENGARUH PAS KELANTAN MEROSOT TERUK’

Posted: 11 May 2016 05:50 AM PDT

KUALA KANGSAR: SOKONGAN BUKAN MELAYU KEPADA AMANAH MELUAS

Posted: 11 May 2016 05:43 AM PDT

DUA PRK: MAHFUZ CADANG PAS BERALAH, TANDING SATU KERUSI SAHAJA

Posted: 11 May 2016 05:36 AM PDT

ADUN PAS KUBANG ROTAN KETEPI SOAL POLITIK, TUMPU DEKLARASI RAKYAT

Posted: 11 May 2016 05:32 AM PDT

Komentar Kini

Komentar Kini


ANTARA AGENDA DAJJAL DAN iSLAM

Posted: 11 May 2016 04:20 PM PDT

Sesiapa boleh dakwa mereka memperjuangkan Islam.kerana umat Islam disebut oleh Nabi Muhammad SAW akan berpecah kepada 73 puak.Cuma satu sahaja yang diterima keislamannya, iaitu yang ikut ajaranNya SAW. Maka, 72 puak lagi itu tidak diterima keislamannya.Mereka masih umat Islam dan mengaku muslim dan memang wajar mendakwa mahu memperjuangkan Islam acuan mereka.

Oleh itu, dalam Islam ada yang muslim,  ada yang munafik dan ada yang fasik.ada yang mukmin, jadi, tidak hairan dengan dakwaan dakwaan yang dibuat bahawa saya memperjuangkan Islam Allah telah memberitahu sepertimana FirmaNya yang bermaksud: " Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanya berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri, sesungguhnya Allah maha kaya ( tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk"(surah Al-Ankabut ayat 6)

Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng ketua menteri Pulau Pinang mahu memperjuangkan Islam. Bukan setakat hendak memperjuangkan Islam, malah beliau mahu memerintah Pulau Pinang macam Khalifah Umar Abdul Aziz.

Peliknya, ada juga orang orang Islam dari golongan ulama yang percaya dengan dakwaan tersebut dan lupa dengan kata kata Allah dalam Al Quran yang menyatakan bahawa mereka itu adalah musuh Allah, musuh nabi nabi dan musuh Islam.Pada hal Allah telah memberitahu dengan sejelas jelas bahawa orang kafir suka berbohong dan suka menipu dan berdusta.

Karpal Singh pernah dakwa yang dia bukan kafir.  Kafir, mereka tidak beragama. Atau dengan kata lain tidak ada agama, sedangkan karpal Singh beragama kristian.Dia ada agama.Maka dia dakwa dia bukan kafir.malah ada orang orang kafir marah apabila kata mereka kafir.Orang China yang masuk islam juga sangat sensitive dengan gelaran Kafir kerana orang bangsa mereka yang belum Islam..

Orang umno memang selama lama tidak bersetuju mengatakan orang kafir itu kafir. Gelaran kafir ini bukan kita yang pandai pandai buat. Akan tetapi Allah yang sebut bahawa mereka yang engkar itu adalah kafir.Kan, Islam lawan kafir. Apa akan jadi apabila perkataan kafir tidak ada.Sudah tentu tidak boleh buat perbandingan antara Islam dan kafir.Pasti jadi lebih keliru.

Jika fikir sepintas lalu, semacam  ada kebenaranya, kerana kebanyakan orang Islam setuju bahawa agama Yahudi dan kristian adalah agama samawi, atau berasal dari agama samawi (agama langit).demikian juga dengan Budha. Yahudi pernah dakwa mereka bukan kafir. Kafir sebenar ialah non Yahudi yang wajib  dibunuh.(Talmud)

Persoalan yang timbul sekarang,  apakah seorang muslim boleh dakwa dia memperjuangkan Islam.Jawapnya memang boleh apa sahaja, kerana mereka umat Islam (muslim) yang menganut fahaman yang pelbagai (berbeza) antara satu sama lain.

Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) mendakwa Islam yang beliau perjuangkan itu adalah Islam modern. Itu adalah dakwa presiden Turki (1924-1938) yang buang undang undang Islam dalam kerajaan yang diterajuinya.

Rakyat jelatanya tetap mendakwa diri mereka masih Islam, tidak kurang yang menunai haji di Mekah apabila tiba musim haji, miskipun telah menyatakan "kami tak mahu undang undang Islam (tolak Allah) dalam suatu himpunan tidak lama dahulu.

Dalam kitab mastika hadis, barangsiapa yang mengatakan undang undang Islam tidak sesuai, maka kafirlah dia. Soalnya, mereka bukan kata undang undang Islam tidak sesuai sahaja, malah mereka terang terangan tolak hukum Allah dan berkata, kami tidak mahu undang undang Islam.

Apakah betul dengan dakwa itu,Mereka tetap mengatakan yang mereka berada dipihak yang benar, kerana dia seorang muslim. Mereka lupa seseorang muslim belum tentu dia mukmin beriman dan bertakwa.

Manakala mukmin pula pasti dia beriman dan bertakwa. Oleh itu,belum tentu muslim, seorang  yang beriman dan bertakwa. lebih lebih lagi mereka itu belum lagi diuji dengan ujian yang melayakan mereka dianugerahkan sebagai mukmin sebenar.

Kini, Islam terbahagi kepada banyak puak dan mendakwa yang dia juga memperjuangkan Islam, iaitu Islam mengikut fahaman masing masing yang kita kenalpasti, ada Islam liberal, Islam moden. Mereka mendakwa mereka juga Islam dan memperjuangkan Islam.

Itulah perbezaan fahaman dek salah faham dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW yang rata rata masih mendadik dada akulah yang memperjuangkan Islam tanpa rujuk dengan Al Quran dan hadis.

Perbezaan pendapat ini bukan sahaja berlaku antara umat islam yang berlainan parti, malah dalam parti yang sama juga turut berbeza pendapat.

Misalnya, dalam Pas, Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am Datuk Dr Harun Din. Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bekas menteri Kelantan dengan menteri besar Datuk Ahmad Yaakub.

Presiden membenarkan penggunaan  kalimah Allah kepada orang kafir , tetapi jangan salahguna, sedangkan Datuk Dr Harun Din, mengatakan jadi kafir bagi mereka yang membenarkan kalimah Allah dipakai oleh orang kafir sehingga lupa membenarkan orang kafir menggunakan kalimah Allah merupakan tiket untuk orang kafir menghina Islam. 

Kalimah Allah dibubuh pada selipar.Pada hal Allah telah beritahu dalam Quran bahawa orang orang kafir suka salahguna apa sahaja demi untuk menghina Islam. (istilah "salahguna" tidak ada dalam kamus orang orang kafir. Demikian juga halal haram. Semuanya boleh)

Demikian juga dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat, yang tidak membenar perempuan masuk musabaqah Al Quran, kerana suara perempuan adalah aurat. Tapi Datuk Ahmad Yaakub setelah mengambil alih menteri besar Kelantan, membenarkan perempuan menyertai musabaqah Al Quran yang diadakan setiap tahun itu.

Ini berlaku dalam satu jemaah.Maka tidak menghairankan apabila orang PAN, orang Umno dan orang Islam dalam DAP mendakwa yang mereka juga mahu memperjuangkan Islam, Lim Guan Eng juga mahu memperjuangkan Islam.Dicanang dan dijaja sedemikian rupa.

Sudahlah orang orang islam, mereka berbeza satu sama lain.Ada yang langsung tidak fikir mengenai halal dan haram.termasuk jadi pengamal tegal riba.Inilah bentuk Islam mereka sepertimana yang dinyatakan Rasulullah SAW bahawa umatku berpecah kepada 73 puak. Bayangkan dengan 72 puak yang kita kenapasti sejak dahulu dan kini itu.

Mungkin yang sesat juga boleh berbuat demikian dengan tujuan untuk mengelirukan orang awam ikut turut sesat dan menyesatkan. Yahudi pun tidak mengaku yang mereka kafir. Apatah lagi dengan orang Islam yang muslim.mereka tetap mengaku yang mereka muslim, miskipun tidak solat lima waktu sehari semalam.

Apakah wajar mereka memperjuangkan Islam sepertimana yang didakwakan itu?

Tukar Tiub

Tukar Tiub


APA TERJADI?

Posted: 11 May 2016 06:39 PM PDT





JENG JENG 

APA TERJADI?


Amiruddin letak jawatan Yang Dipertua Pas

ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta.

Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang semalam, namun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.

Sumber terdekat Pas Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin melalui surat rasmi.

MANGGA KE

ATAU

CEMPEDAK
----------

PUTAR - PUTAR JAYA

Posted: 11 May 2016 06:00 PM PDT






APA MAKNA

BERITA INI?

WASPADA



Hati-hati tawaran kerja dari TNB palsu

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.
TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.

KAH KAH KAH

woit

ini maknanya

ekonomi gawat

ramai cari kerja


200,000 graduan

tanam anggur

kah kah kah 

tipu putar belit

kelentong mari

bila piem putar

semua putar

PUTAR JAYA


------------

YA AMPOOOON YA MAULANA

Posted: 11 May 2016 06:00 AM PDT







YA AMPOON

YA MAULANA

INI BERITA

PELIK LAGI

BUAT HAIRAN


TMJ dakwa SB pantau, curi dengar talian telefon


Tengku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa beliau kini dipantau anggota polis cawangan khas (SB).
Tanpa mengetahui alasan di sebalik tindakan itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau juta tidak faham mengapa polis juga "perlukan fail" mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman.
"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," katanya melalui kemas kini di Facebook sebentar tadi.
Kenyataan itu dibuat melalui akaun Johor Southern Tigers.
Menafikan sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.
woit

ini dah berat

ini amat berat

apa sudah jadi

gwa sikit pun 

tidah faham

YA AMPOOON 


-------

MARI KITA BERSEMBANG

Posted: 11 May 2016 05:30 AM PDT






MARI KITA 

BERSEMBANG






----------

DARI PANDANGAN MATA KAWAN LIM

Posted: 11 May 2016 04:30 AM PDT







FACE BOOK


3 hrs · 
Isham Rais terkenal dengan suaranya yang lantang, malah ketawanya pun lebih lantang daripada orang lain. Namun, di sebalik kelantangan ini, mungkin ada bisikan hati, kegusaran malah kepiluan yang tidak pernah kita dengar.

Tulisan berikut dicatat pada tahun 2012, ketika saya bertugas di MerdekaReview. Ya, Isham berani, tetapi bagi setiap insan yang cintakan kebebasan, penjara itu satu igauan.

ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais
Tarikh: 2012-07-20

Mungkin ramai yang terhibur dengan gelagat Hishamuddin Rais yang sentiasa berjenaka, atau dengan sinis memperlekehkan pemerintah, meskipun dirinya pernah diseksa di bawah pemerintahan regim ini. Justeru itu, ramai yang terkejut apabila aktivis yang sering tampil sebagai "pelawak" ini, menangis dalam mahkamah ketika diminta mengisahkan kesan penahanan yang tidak sah itu terhadap dirinya.


Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis.
"Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais.

Seksaan fizikal dan mental

Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi.

Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengisahkan apa yang terjadi pada dirinya selepas mendengar pengalaman isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman, dan diajukan soalan dari bawah pentas. Hishamuddin Rais mendakwa dirinya menolak lawatan keluarga ketika ditahan, dan beliau hanya bertemu dengan ahli keluarganya setahun sekali sama ada pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Beliau tidak mahu orang tuanya datang jauh dari Jelebu ke Kamunting, hanya untuk pertemuan yang singkat.

Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya.

Hishamuddin Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian, kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat. Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan.

Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa.



---------

MARI SEMBANG TWEET

Posted: 11 May 2016 01:14 AM PDT






MARI SEMBANG

TWEET JUMAAT

INI



Jumaat ini, 8malam sembang tweet bersama , dan




TUKANG HASUT

Posted: 11 May 2016 12:00 AM PDT





Isham Rais sang penghasut

Aku berjumpa Hishamuddin Rais buat kali pertama di sebuah 'kafe' bersebelahan ruang upacara pengebumian di jirat Cina di Bukit Petaling. Sambil bersembang dan minum air 100 Plus, Isham kelihatan mengunyah kulit kacang. Separuh sisa kulit kacang yang kami jamah bersama, habis dimakannya. Bantu penghadaman, kata dia.
Semudah itu aku pun percaya. Isham Rais berjaya menghasut aku untuk percaya bahawa kita patut makan kulit kacang untuk "membantu penghadaman". Entah betul entah tidak. Padanlah ramai betul yang takut dengan kemahiran menghasut dimiliki Isham.
baca seterusnya disini:
http://www.malaysiakini.com/letters/341076




--------------

AKU MENULIS LAGI

Posted: 10 May 2016 10:00 PM PDT





DUNIA KITA HARI INI

Ketika kuasa bala tentera Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahu 1975 - saya telah mula berkelana menjadi orang pelarian politik. Ketika Leonid Breshnev pemimpin Rusia meninggal dunia pada 10 November 1982 saya berada dalam  penjara Arthur Road Mumbai. Ketika Mikail Gorbachev mengambil alih pimpinan Parti Komunis Rusia pada tahun 1985 saya telah berada di Eropah. 

Pada tahun 1989 ketika Tembok Berlin runtuh saya masih lagi anak mahasiswa di London. Ketika Bill Clinton mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika pada tahun 1993 - saya menonton siaran langsung  angkat sumpah ini dari bilik saya di Brixton London

Ketika itu pembacaan saya ialah - Perang Dingin telah tamat. Tembok Berlin telah runtuh. Gorbachev sedang menjalankan dasar ' perestroika- keterbukaan'  - untuk Rusia. 

Pada hemat saya pada ketika  itu pemimpin dunia akhirnya telah sedar bahawa perang hanya membawa kehancuran. Saya anggap apabila Perang Dingin tamat maka dunia kita ini akan menjadi lebih makmur.

Dengan latar ini saya mengajukan permintaan untuk kembali pulang ke Malaysia satelah berkelana selama 20 tahun.

Saya silap besar. Bacaan politik saya salah. Aman makmur yang sepatutnya dapat  dituai dari tamatnya Perang Dingin adalah padi hampa.

Hari ini - tahun 2016 - pada hemat saya dunia lebih kacau dari zaman Perang Dingin. Dunia kita ini lebih  porak peranda dari zaman Perang Vietnam. Kemakmuran yang diharapkan pasca Perang Dingin  telah  meresap hilang. 

Untuk anak muda generasi hari ini biar saya terangkan apa itu Perang Dingin. Ini agar mereka tahu akan latar belakang kenapa politik dunia hari ini bergerak saperti sekarang.

Perang Dingin  bermula  pada tahun 1947 - beberapa tahun sesudah tamatnya  Perang Dunia Kedua. Dunia ketika itu dibahagi kepada dua blok. Satu blok kapitalis yang dikepalai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Dan satu lagi blok sosialis yang dipimpin oleh Rusia bersama China.

Rusia dan Amerika ditakrif  sebagai negara super power. Ini kerana dua negara ini memiliki bom nuklear dan pelbagai jenis senjata yang maha hebat. Manakala negara Eropah Barat dianggap sebagai negara Dunia Kedua. Selainya - negara  di Asia, Afrika dan Amerika Latin ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga.  Dari sinilah munculnya konsep negara Dunia Ketiga yang selalu saya guna pakai.

Ketika Perang Dingin bergolak hebat muncul Bung Karno, Gamel Abdel Naseer dari Mesir, Tito dari Yukoslavia, Nehru dari India, Zhou Enlai dari China dan Ayub Khan dari Pakistan.  Mereka ini pemimpin negara Dunia Ketiga yang berjaya  mengadakan Konferensi Asia-Afrika di Bandung pada tahun 1955. Konfrensi Bandung ini menetaskan konsep  Negara Berkecuali - Non Aligned Movement. Ini gerakan Negara-negara Dunia Ketiga yang tidak  mahu menyebelahi  dua kuasa super - Rusia atau Amerika. 

Sejarah dunia juga akan merakamkan - diantara runtuhnya Tembok Berlin dan sebelum berlakunya ledakan World Trade Center New York pada 11 September 2001 - telah muncul satu kumpulan pemikir dan intelektual Amerika. Mereka mengajukan pendapat bahawa kurun ke 21  adalah kurun milik Amerika. Mereka ini  terdiri dari intelektual  berpandangan kanan   yang pro kaum pemodal. Mereka  dikenali sebagai gerombolan neoconservatism - konservatif baru  atau popular dipanggilan Neokon.

Gerombolan kanan Neokon ini telah berkumpul untuk  menetaskan apa yang kini dikenali sebagai garis falsafah PNAC - Project for New American Century pada tahun 1997. Untuk kumpulan kanan ini sesudah tamatnya Perang  Dingin dunia ini hanyalah dunia kapitalis. Dunia kapitalis ini wajib dipimpin oleh Amerika. Mana mana negara yang berpotensi untuk bersaing dengan Amerika wajib dilihat sebagai musuh dan wajib ditundukkan.

Dasar ini untuk pertama kalinya telah diterima pakai oleh Presiden Bush dari Parti Republican. Dasar yang sama juga telah diteruskan oleh Clinton dan Obama walau pun dua Presiden Amerika ini dari Parti Democrat.  

Hari ini dasar  luar dan dasar dalam negara Amerika berpaksikan pandangan kanan PNAC. Gerombolan kanan ini telah berjaya meresapi Rumah Puteh dan memasang sosok-sosok yang berpandangan kanan dalam pelbagai cabang pentabiran Rumah Puteh. Gerombolan ini juga telah meresap masuk ke dalam banyak saluran media dimana pandangan dunia kanan disebarkan.

Tamatnya Perang Dingin yang dicita-citakan akan membawa kesejahteraan untuk umat manusia jelas  telah disabotaj oleh gerombolan Neokon ini. Hari ini porak peranda yang sedang berlaku diatas muka bumi ini adalah hasil dasar kuasa imperial Amerika yang  menjalankan pandangan, cadangan dan falsafah yang telah diajukan oleh gerombolan PNAC.

Gerombolan kanan Neokon ini  bukan hanya berkongsi pandangan dengan gerakan zionis antarabangsa. Sebenarnya ada jalinan kerjasama yang amat erat antara Neokon dengan gerakan Zionis antarabangsa. Amat susah untuk dikenali yang mana Neokon dan yang mana Zionis kerana mereka memakai jubah yang sama.

Salah satu rukun PNAC ialah memastikan Isreal akan terus wujud di bumi Arab. Palestin akan terus dijajah.  Gerombolan Neokon akan memastikan Isreal akan terus mendapat sokong moral, diplomatik, keewangan dan ketenteraan dari Amerika.

Salah satu dari bukti betapa kuatnya pengaruh gerombolan Neokon ini dalam Rumah Puteh ialah apabila Iraq dibawah Saddam diserang. Dunia mengetahui bahawa Saddam tidak terlibat dalam serangan WTC 9/11. Laporan dari 16 badan perisek Amerika telah membentangkan  kepada Presiden Bush bahawa Saddam tidak memiliki ' senjata pemusnah'.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang diarahkan menyiasat  Iraq dan Saddam telah  tidak menemui  apa-apa senjata pemusnah. Malah dunia melihat 'weapon of mass destruction' hanyalah propaganda Amerika.

Tetapi dengan pengaruh Neokon - melalui Naib Presiden Dick Cheney - Presiden Bush telah berbohong. Bush berbohong kepada  Dewan Kongres, kepada Dewan Senate, kepada rakyat Amerika dan kepada dunia. Malah Colin Powell - Setiausaha Negara Amerika - telah terpaksa bersubahat berbohong dipersidangan PBB untuk meyakinkan dunia tentang kenapa Iraq wajib diserang. 

Akhirnya Iraq diserang pada bulan March 2003.  Saddam dibunuh. Senjata - weapon of mass destruction - tidak ditemui. Negara Iraq hancur musnah. Amat jelas garis politik gerombolan Neokon telah berjaya. 

Sebenarnya Iraq dilihat sebagai sebuah negara Arab yang memiliki ekonomi yang kukuh dan bala tentera yang kuat. Iraq  telah teruji berperang dengan Iran. Justeru  Iraq dilihat oleh gerombolan Neokon dan zionis sebagai berpotensi untuk menyerang dan menundukkan Israel. Memusnahkan Iraq bertujuan untuk menyelamatkan Israel. Ini adalah rukun  Neokon.

Satu lagi dasar yang diajukan oleh gerombolan Neokon ini ialah menundukkan mana mana negara yang memilkiki potensi untuk bersaing dengan Amerika. Gerombolan Neokon tidak mahu melihat dunia terbahagi kepada apa-apa  blok saperti dizaman Perang Dingin. 

Mengikut dasar Neokon kurun ini adalah milik kaum pemodal Amerika untuk selama-lamanya. Sistem ekonomi kapitalisma tidak ada saingan dan wajib dipakai oleh semua negara dalam dunia. Semua negara  wajib tunduk dibawah kuasa politik dan kuasa ekonomi Amerika. Dolar Amerika terus menjadi matawang dunia. Mana negara yang cuba bergerak bebas akan diserang. 

Justeru Iraq dan Saddam ditamatkan. Libya dibawah pimpinan  Gadaffy diserang. Gadaffy dibunuh. Kini perang berterusan di Syria dalam usaha Amerika untuk memastikan semua negara  Arab akan tunduk dibawah kuasa Isreal dan Amerika.

Bagaiman semua ini bersangkutan dengan kita di Malaysia ini?

Malaysia dan Asia Teggara tidak akan dapat melarikan diri dari dasar Neokon ini. Dari segi strateji - Amerika melihat China sebagai musuh. Malah berpotensi untuk mengancam Amerika. Tambahan pula China semakin rapat dengan Rusia.

Dua negara bekas  negara  Blok Sosialis ini sedang bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang. Hubungan ekonomi Rusia dan China semakin kukuh. Ini diikat pula dengan perjanjian pertahahan. Semua ini bertentangan dengan dasar PNAC yang melihat Rusia dan China sebagai musuh. 

Amerika membaca China dan Rusia akan mengacam kepentingan Amerika bukan hanya di Asia Tenggara malah diseluruh dunia. 

Justeru Amerika telah membuat dasar 'Pivot Asia'  atau Mempasak Asia. Dasar pertahanan Amerika yang baru ini akan memindahkan bala tentera Amerika dari Eropah dan tempat lain  dan  menempatkan lebih dari satengah bala tentera Amerika  ke Asia. 

Amerika sedang melihat dan membaca bahawa China yang ekonomi semakin kukuh akan menggugat Amerika.  Kerana itu kita sering terbaca Laut China Selatan menjadi wilayah tegang  yang berpotensi meledak. Amerika dan China sedang merebut wilayah  stratejik dan  kaya dengan minyak dan gas ini.

Selat Melaka -  laut  sempit laluan kapal diantara Malaysia dan Indonesia akan juga menjadi laluan yang amat penting untuk China dan Amerika.  Indonesia dan Malaysia akan menjadi anak gadis  cun untuk dipinang  dan dimasukkan ke dalam kelambu oleh Amerika atau China.

Dari segi ekonomi - perjanjian TPPA - telah ditanda tangani oleh negara Asia tanpa China. Ini bermakna negara-negara  yang menanda tangai TPPA  telah diikat dengan kepentingan Amerika. Najib telah menanda tangani TPPA.

NOTA:
Saya menulis ini sebagai satu ingatan. Senin minggu hadapan keputusan rayuan saya akan diumumkan di Putrajaya. Jika didenda maka tulisan ini akan disambung. Jika tidak tulisan ini sebagai rakaman untuk sembilan bulan dari sekarang. Kita lihat apa yang berlaku sembilan bulan nanti. Dalam politik tiga hari ada lah waktu yang amat panjang. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-----------

INI PANDANGAN GWA

Posted: 10 May 2016 09:30 PM PDT






LU SELALU

 TANYA

INI GWA JAWAB

TAPI LU

JANGAN MARAH


TABIK HORMAT PADA SENIMAN

Posted: 10 May 2016 09:00 PM PDT





TBIK HORMAT

PADA SEORANG

SENIMAN

FACE BOOK



Zunar terima anugerah antarabangsa keamanan 2016
Kartunis politik Zunar telah menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland pada 3 Mei 2016.
Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyampaikan penganugerahan tersebut kpd Zunar..
HAKIKATNYA, di negara sendiri yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan karya dirampas.
DAN.. Zunar ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut.
DAN LAGI.. Zunar kini menghadapi sembilan dakwaan hasutan kerana komen kritikal beliau berhubung pemenjaraan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lepas

 
 
 
 
 

------------

LAWAN HUTANG ITU?

Posted: 10 May 2016 08:08 PM PDT






1MDB MAKIN

BANYAK HUTANG



INI HUTANG KITA PUNYA

Posted: 10 May 2016 07:38 PM PDT






APA MAKNA

BERITA INI?
KOMENTAR
ini berita kelmarin
maknanya hari ini
1MDB gagal bayar hutang

maknanya bila 1MDB
gagal bayar hutang
maka hutang ini akan
diambil alih oleh kerajaan
kenapa jadi hutang kerajaan?
kerana ini janji
ketika membuat hutang

apa makna hutang kerajaan?

hutang kerajaan ialah hutang kita semua
ini menjadi hutang rakyat
maka kita semua
wajib membayar hutang
untuk jho low china tembam
enjoy de menjoy di hollywood
untuk riza aziz beli flet di new york

inilah sebab kenapa 
rakyat  mahu najib undur
najib menteri keewangan
najib penasehat 1MDB
najib tahu semua putar alam ini





1MDB berdepan ingkar kedua susulan kupon matang esok

1MDB berdepan dengan kemungkinan satu lagu kemungkiran bayaran setelah kupon pembayaran untuk bon AS$1.75 bilion matang Khamis ini.
Ia susulan kegagalan mereka untuk membayar AS$50.3 juta dalam bentuk faedah untuk bon lain, juga berjumlah AS$1.75 bilion, pada bulan lalu.
Kedua-dua bon itu dijamin oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi tetapi terlibat dalam pertikaian dengan 1MDB berhubung hutang berbillion-bilion dolar.

TETIBA

KITA SEMUA

ADA HUTANG


-----------

MALAM INI HANG TUAH

Posted: 10 May 2016 07:18 PM PDT





HANG TUAH  MALAM INI

ini la akibatnya mengkaji sejarah didalm kelas, didalam library didlam bilik berhawa dingin..berbanding org kafir makan babi, org kafir ini akan turun ke tempat2 sejarah itu utk mencari tanda atau petunjuk2 dari apa yg mereka baca.

semua aktiviti ni memerlukan wang dan negara malaysia yg diperintah oleh umno barisan national, takkan memberikan wang peruntukan itu..kemudian baru la korang tau susahnya meyusun sejarah, mencari susur galur dan lain2 lagi..benar kata tt, universiti terbaik ialah universiti jalanan..

pengalaman menemukan aku dgn org yg bersemangat utk meyusun sejarah2 itu menggunakan duit sendiri.beliau merantau didalam dan dioversea..tahukah anda sekiranya anda melawat kesesuatu tempat bersejarah dimalaysia ni, info dlm bahasa malaysia kebykkan kadang adalah berlainan dgn bahsa ingeris..

tahukah anda bahawa pegawai2 british adalah org2 yg merakamkan segala sungai, lukah2,warna kulit,selera anak2 raja, anak2 sultan, bini2 siame lurah2 gunung2 pokok2 sumber2 asli yg ada on MANA HANG JEBAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/9/16


--------