WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAHATHIR HADIR MENGEJUT-REFORMASI DAN BEBAS ANWAR TURUT SAMBUT BELIAU
- 60 Minutes Australia: Dirty Secret
- State of Fear By Linton Besser, Jaya Balendra, Elise Worthington (4 Corners)
- Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..
- GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN : PAS SENDIRIAN DENGAN PROGRAM NYA , RAKYAT KE DATARAN MENENTANG REGIM
- HIMPUNAN ANTI GST: ‘HARI RAKYAT, HIMPUNAN RAKYAT’ – IMAM JALAN RAYA MAT SABU
- BEKAS CEO SYARIKAT RAKAN 1MDB DITAHAN, DIEKSTRADISI KE AS
MAHATHIR HADIR MENGEJUT-REFORMASI DAN BEBAS ANWAR TURUT SAMBUT BELIAU Posted: 02 Apr 2016 04:41 AM PDT Credit: Anilnetto.com And this is Mahathir (apparently arriving in a Porsche!) to cries of "Reformasi!" and "Bebas Anwar!" How times have changed. (I suppose it would look odd ariving in a Proton, seeing that he has stepped down as Proton adviser.) One eagle-eyed observer pointed out that Mahathir was wearing the same or similar blue check shirt that he and Zaid Ibrahim apparently wore in the LRT on their way to the Bersih 4 rally last year. Must be his 'good luck' protest shirt or something. 'Reformasi' sambut Mahathir di demo bantah GST |
60 Minutes Australia: Dirty Secret Posted: 02 Apr 2016 04:10 AM PDT |
State of Fear By Linton Besser, Jaya Balendra, Elise Worthington (4 Corners) Posted: 02 Apr 2016 04:07 AM PDT |
Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi.. Posted: 02 Apr 2016 01:45 AM PDT Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO. Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah. "Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi. "Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang. "Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,"katanya menerusi kenyataan Facebooknya. Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan. "Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan. "Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu," katanya. -FMT |
GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN : PAS SENDIRIAN DENGAN PROGRAM NYA , RAKYAT KE DATARAN MENENTANG REGIM Posted: 02 Apr 2016 01:25 AM PDT |
HIMPUNAN ANTI GST: ‘HARI RAKYAT, HIMPUNAN RAKYAT’ – IMAM JALAN RAYA MAT SABU Posted: 01 Apr 2016 09:46 PM PDT Himpunan anti GST: 'Hari rakyat, himpunan rakyat' – Imam jalan raya Mat SabuSeluruh lapisan rakyat diseru menyertai 'Himpunan Mansuh GST, Undur Najib' petang ini kerana ia adalah 'hari rakyat' dan 'perhimpunan rakyat' bagi menyatakan bantahan terhadap cukai yang membebankan itu, kata komander perhimpunan, Mohamad Sabu. Mohamad yang juga presiden Amanah berkata, rakyat perlu bersama menyatakan bantahan terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudah setahun dilaksanakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana mereka adalah pihak yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST. "Ahli Parlimen (Pakatan Harapan dan pembangkang) telah menyatakan bantahan mereka di parlimen, pemimpin politik juga sudah menyuarakan bantahan mereka, kini sampai masanya untuk rakyat beramai-ramai menyatakan bantahan kerana hari ini adalah hari rakyat dan hari perhimpunan rakyat," ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline. Sementara itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyertai perhimpunan aman petang ini. Dalam sidang media 31 Mac lalu, Mohamad berkata pihak penganjur telah memaklumkan berkaitan perhimpunan tersebut kepada Mahathir dan tidak menolak kemungkinan beliau akan hadir. Himpunan sempena setahun GST dilaksanakan itu akan bermula jam 2 petang ini dan dijangka berakhir secara aman pada jam 6 petang. Para peserta himpunan akan berhimpun di tiga tempat iaitu Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Sultan dan Pasar Seni kemudian bergerak ke Sogo sebelum berhimpun di Dataran Merdeka. Warna tema perhimpunan adalah hitam dan peserta perhimpunan digalakkan memakai pakaian serba hitam. Sementara itu, ketua pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan menyeru seluruh rakyat Malaysia hadir secara aman dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara. "Kalau ada sebarang provokasi itu bukan daripada peserta himpunan tetapi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin mencetuskan kekacauan," tegasnya. Ketua Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa pula berkata, pihaknya memberikan komitmen penuh terhadap himpunan tersebut dan akan berhimpun di Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka. Seramai 600 petugas keselamatan daripada Unit Tindak DAP (Tindak), Skuad AMK PKR dan Amal Relief Amanah (Arif) akan bertugas mengawal kelancaran himpunan. Menurut Mohamad Sabu juga, pihak polis juga sudah dimaklumkan mengenai himpunan ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak keselamatan. "Kita dah maklumkan kepada pihak polis dan seperti biasa layanan polis sangat baik dan memberikan layanan yang mesra," katanya. Keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST diumumkan perdana menteri dalam seminar Antarabangsa GST di Kuala Lumpur pada September 2014 dan mula dilaksanakan pada 1 April tahun lalu. Pelaksanaan GST, kata Najib adalah penting bertujuan memastikan ekonomi negara lebih mampan dan telus. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah kementerian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem percukaian ini. Walaupun mendakwa GST mampu meningkatkan sumber pendapatan negara dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, namun hutang negara terus meningkat kepada RM800 bilion tahun ini. Dakwaan kerajaan bahawa GST mampu menurunkan harga barangan keperluan harian juga meleset apabila rakyat terus dibebani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan setelah cukai berbentuk regresif itu dilaksanakan. |
BEKAS CEO SYARIKAT RAKAN 1MDB DITAHAN, DIEKSTRADISI KE AS Posted: 01 Apr 2016 09:40 PM PDT Bekas CEO syarikat rakan 1MDB ditahan, diekstradisi ke ASSeorang bekas pegawai syarikat pelaburan antarabangsa dikatakan telah ditahan di Abu Dhabi bagi membantu siasatan penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 'Aabar Investments PJS Ltd' 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny telah ditahan dan dikatakan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat. Aabar merupakan anak syarikat kepada International Petroluem Investment Company. (IPIC) yang terlibat secara langsung dengan 1MDB. Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin menerusi satu kenyataan hari ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilakah tangkapan itu dibuat. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015 Manivanan berkata, penangkapan itu merupakan permulaan dalam siasatan ke atas 1MDB. Katanya, penangkapan itu juga menunjukkan siasatan penuh sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan pastinya akan ada penangkapan lagi akan dibuat selepas ini. "Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ia berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat. Permohonan ekstradisi sedang diproses atas permintaan Amerika Syarikat. "Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita," katanya. Manivanam berkata, penangkapan itu permulaan untuk membolehkan persoalan-persoalan berkaitan 1MDB dapat dirungkaikan. Berdasarkan laporan media sebelum ini, Aabar Investment PJS pada 2012 mengambil alih sehingga 49% kepentingan dalam dua anak syarikat tenaga, Powertek Investment Holdings dan 1MDB Tenaga (Langat) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada syarat bagi pemberian jaminan oleh IPIC untuk bon 1MDB berjumlah RM3.5 bilion. Bayaran itu membolehkan 1MDB membayar pinjaman awal daripada tarikh yang ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion). |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |