Rabu, 30 Mac 2016

kalam Perantau

kalam Perantau


Tiada kerajaan campuran, mungkinkah Terengganu bertukar Menteri Besar lagi?

Posted: 30 Mar 2016 02:58 AM PDT

Oleh : Shuhaimi Al-maniri

Ramai juga yang bertanya tentang perkembangan politik Terengganu ekoran usul undi tidak percaya Adun Kijal, Dato' Seri Ahmad Said, mantan Menteri Besar Terengganu. Kata mereka, takkan habis begitu sahaja.

Tiba-tiba sahaja 'sportlight' politik dihalakan kepada Negeri Terengganu. Dato' Seri Abdul Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang bersifat 'low profile' dalam politik nasional tiba-tiba menjadi perhatian semua pihak.

Ahmad Razif dalam wawancara ekslusif dengan A Jalil Hamid, Syed Umar Arif dan Koi Kye Lee ketika melawat The NSTP memberitahu tidak ada 'snap polls' untuk pilihanraya negeri Terengganu telah menjadi berita utama Berita Harian dan NST pada Isnin, 28hb Mac, 2016.

Menteri Besar juga beritahu tidak akan ada kerajaan campuran di Terengganu walaupun keadaan "api dalam sekam" politik UMNO di Terengganu sejak Ahmad Said digantikan oleh beliau dan begitu yakin pembangkang terutama PAS menyokong perancangan 'Transformasi Terengganu Baru' yang diilhamkan oleh beliau sebagai Menteri Besar sejak hampir 2 tahun lepas.

Semua boleh baca dan saya tidak bercadang untuk komen berhubung dengan pandangan Menteri Besar Terengganu. Cuma dalam satu laporan beliau ada menyebut, “Apa berlaku kepada saya sekarang tidak penting, jika ditakdirkan saya terpaksa berkorban, saya rela demi memastikan UMNO dan BN terus kekal berkuasa pada PRU-14 nanti,” katanya yang dipetik dari Bernama beberapa hari sebelum itu,

Terengganu dapat Menteri Besar baru lagi?

Sungguhpun begitu, cakap-cakap politik di kalangan orang-orang UMNO sedang rancak semula dengan kemungkinan Ahmad Razif akan dipaksakan berundur untuk memberikan seorang dikalangan exco yang ada sekarang ini untuk menjadi Menteri Besar yang baru dalam masa terdekat bagi meredakan kemarahan dari 'kem Ahmad Said' terutama selepas Ahmad Razif mengambil tindakan balas menarik peruntukan diuruskan Adun Kijal.

Nama ADUN Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee sekali lagi dikatakan sedang memanaskan suhu politik Terengganu dengan menjadi sebutan pelbagai pihak akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam masa yang terdekat.

Perkara ini sukar untuk ditolak begitu sahaja. Dalam kolum Kalam Perantau pada Jumaat minggu lepas bertajuk, Selepas Kedah, giliran politik Terengganu bergolak? saya ada menulis, "setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Dato' Abdul Razif Abdul Rahman yang lebih terkenal dengan jolokan "Menteri Besar Seberang Takir" ini mampu atau tidak bertahan sehingga akhir penggal ini".

Ternyata UMNO bernasib baik kerana PAS sejak mengamalkan 'politik matang dan sejahtera' tidak mengambil kesempatan untuk mengangguk di air keruh kepada masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO Terengganu sekarang ini walaupun PAS didesak parti serpihannya, Parti Amanah Nasional (PAN) yang tidak mempunyai seberang kerusi dalam DUN Terengganu supaya tidak melepaskan peluang yang ada sekarang.

Malah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satipul Bahari Mamat dalam kenyataan media sebelum ini jelas tidak campurtangan dan terlibat dalam hal politiking dalaman UMNO ini kerana tidak bersetuju dengan cara menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara 'paksa' seperti yang dilakukan oleh UMNO keatas kerajaaan Daud Samad (PAS) di Teregganu pada tahun 1961 dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PR) di Perak pada tahun 2009.

Terpulanglah kepada UMNO untuk mempertimbangkan sama ada perlu untuk tukar Menteri Besar Terengganu sekali lagi ataupun tidak? Bagi Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu dalam kenyataan medianya, Razif-Ahmad Said berbalas dendam, rakyat dapat apa? menyebut, "…MB sepatutnya mencari kekuatan sendiri dengan menonjolkan kejayaannya sepanjang dua tahun pemerintahannya……".

Bagi pihak rakyat, jika Ahmad Razif supaya tidak berdendam dengan mana-mana Adun bila ingat melakukan Transformasi Terengganu Baru. Beliau bukan sahaja tidak sepatutnya mengambil alih pengurusan peruntukan Adun Kijal kepada Pejabat Menteri Besar tetapi memberikan kepada semua Adun yang dipilih secara demokrasi hak yang sama mengendalikan peruntukan dun masing-masing seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan bertemakan 'Membangun untuk Islam' pimpinan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004).

Rakyat Terengganu akan lebih menghargai seorang Menteri Besar yang mampu membangunkan negeri Terengganu secara bersepadu supaya rakyat Terengganu dapat melihat pembangunan 'Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air' yang boleh dibanggakan oleh rakyat negeri ini.termasuk juga yang berada di Besut atau pun Kemaman.

Sama ada UMNO untuk menukarkan Menteri Besar atau tidak, terpulang kepada mereka kerana mereka masih menguasai kerajaan. Siapa pun jadi MB Terengganu, tiada apa pun untuk dibanggakan rakyat.

Pada rakyat selagi Ahmad Razif mengekalkan style politik kuno UMNO yang diwarisinya secara turun termurun, selama itu tidak berlaku Transformasi Terengganu Baru.

Saya pada mulanya kagum juga bila Ahmad Razif memberikan tagline kerajaannya, Transformasi Terengganu Baru (TTB). Setelah hampir dua tahun menunggu untuk melihat perubahan yang drastik dalam style pengurusan kerajaan negeri dibawah kepimpinan beliau, ternyata ianya tidak berlaku.

Pada rakyat tidak ada makna tagline politik kerajaan Ahmad Razif, Transformasi Terengganu Baru (TTB) jika masih mengulangi apa yang dilakukan oleh Menteri Besar dari Umno yang tidak mengagihkan wang pembangunan bagi DUN yang diwakili pembangkang untuk menguruskannya secara saksama.

Apatah lagi sekiranya pembangunan yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu sekarang ini pun tidak merata dan hanya ditumpukan kepada DUN sendiri sahaja sehingga timbul jolokan 'Menteri Besar Seberang Takir'.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


DEMO BUDAYA TEGAR

Posted: 30 Mar 2016 07:00 PM PDT







TiGA HARi

DULU PEMANDU

TAXI BERDEMO

HARi INI 

PEGUAM DEMO

DEMO JADI

BUDAYA TEGAR




Majlis Peguam gesa ahli himpun bantah gangguan polis

Majlis Peguam telah mengedarkan pekeliling menggesa ahli Badan Peguam Malaysia untuk berhimpun sebagai bantahan terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gangguan atau campur tangan polis dalam urusan mereka.

"Ahli-ahli Badan Peguam dijemput hadir di sekretariat Majlis Peguam dan di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada empat ahli," petik pekeliling itu

KAH KAH KAH

woit

apa nak buat 

sah demo

budaya kita

sah demo

cara kita

sabtu ini 

demo anti GST

KAH KAH KAH
------------

BERAPA BILION

Posted: 30 Mar 2016 06:00 PM PDT






BERAPA

BILiON

JUMLAH

DUIT iTU?



Najib tak pernah sebut pemberian AS$375 juta, kata Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata Najib tidak pernah menyebut berhubung pemberian AS$375 juta daripada seorang putera Arab Saudi sebelum ini.
Mengulas laporan oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang menerbitkan sepucuk surat mengenai pemberian itu, Tajuddin yang juga adalah timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata, ia sesuatu yang sukar dipercayai.
KAH KAH KAH

woit

makin bertambah

makin banyak

makin ramai

duit masuk

biar betul

KAH KAH KAH


-----------

HARI INI - BUKU REHMAN RASHID

Posted: 30 Mar 2016 05:30 AM PDT






HARI INI

gwa jarang keluar hari siang
panas macam sekarang
lagi gwa takut
tapi tengah hari ini
gwa pergi publika 
ada pelancaran buku rehman rashid
 mamat ini junior gwa di sekolah dulu 
towkay cetak ialah jafaar ismail
lagi junior
tapi 
gwa kenal jeff ini bukan disekolah
tapi zaman gwa
berkelana di australia

ramai kawan kawan sezaman
datang merayakan 
buku ke dua rehman
tapi
semua terperanjat gwa
masih bebas kah kah kah
dr. anis  tabib nafsu syahwat
tukang lancar buku
pun sama hairan 
kah kah kah

bersama dalam dewan
presiden & bekas presiden mcoba
juga pak samad said
juga raja ahmad
juga alex king kong
juga saidah rastam
dari kelas gwa  tak ada yang datang
kemudian
kami semua bergambar-gambar
lalu gwa ketawa  
kah kah kah
gwa cakap :ini last picture show
sebelum gwa pergi kajang
atau 
gwa pergi sungai buluh
gwa ada sebulan satengah lagi
kah kah kah
lalu gwa teringat kembali
zaman sekolah dulu
zaman pakai seluar pendek
zaman kena dc
tetiba seorang junior gwa
datang dan berkata:
aku masih ingat ucapan kau
gwa pun ingat ucapan gwa
tahun 1969 dalam dewan hargreaves

lalu aku teringat kembali
malam itu - malam khamis itu
malam sesudah beberapa bulan
berlakunya peristiaw 13 mei
dan 
pada 16 mei nanti
gwa ke putrajaya
mahkamah rayuan
mungkin gwa bebas
mungkin gwa masuk penjara
orang belgium kata
c'est la vie
rehman rashid kata:
look it up


-----------

MAKIN MENJADI JADI

Posted: 30 Mar 2016 05:00 AM PDT







RASUAH

MAKiN

MENJADI JADI




RASUAH
Rasuah rasuah rasuah! Ranking malaysia sebagai negara rasuah pun dah makin meningkat. Siapa yang gagal? Tak perlu salahkan najib seorang. Pembangkang juga gagal, sebab tak berani asak PM. Tok lebai ulamak pun gagal sebab tarbiah tak berkesan. Tok lebai bangga pakai jubah tapi berjalan, makan minum dan hirup oksigen di negara pengamal rasuah, masih nak mendabik dada sebagai ahli syurga? 

Tapi yg paling gagal adalah rakyat malaysia, sebab takut lawan pemimpin rasuah. Masih berbangga dgn tanahair? Berbahagialah rakyat thailand, indonesia dan filipin sebab berjaya halau pemimpin korup. Durian spring konon! Slow mcm sial, negaraku dah tiada anak anak muda? Atau anak anak muda dah ikut pemimpin tua yg rakus? Semoga datang bantuan dan hidayah dari langit untuk memberi kekuatan pada rakyat malaysia. Amin. on KES MARA DI AUSTRALIA BILA NAK SIASAT?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/26/16


Pengurus besar syarikat GLC nafi terima rasuah
KUALA LUMPUR - Pengurus besar anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap 14 pertuduhan memperoleh suapan wang tunai hampir RM2 juta dan sebuah kereta BMW, tiga tahun lalu.

Dr Shahanom Uthman ,52, mengaku tidak bersalah pertuduhan tersebut.

Shahanom didakwa sebagai Pengurus Besar (Projek dan Servis) Transformer Manufacturing Sdn Bhd telah memperoleh wang tunai RM1, 351,000 daripada Pengarah Bina Mekar Sdn Bhd Ahsang Sabri sebagai upah memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Dia juga didakwa menerima wang tunai RM530,000 dan sebuah kereta BMW daripada Te Boon Chun bagi tujuan yang sama.

KES KES SEDANG MENUNGGU

Koperal didakwa terima rasuah RM4,000


Kontrak kantin sekolah: Guru besar hadapi 2 pertuduhan

Sabitan rasuah bekas Pengurus Besar Mimos kekal

Isu seleweng RM100j: Pegawai MoA pula direman

Bekas pegawai kanan Bernas dituduh terima rasuah




MAKiN TOROK

YANG INI

TUKANG KAWAL

LAWAN RASUAH

TAPi MAKAN

RASUAH JUGO
Enam anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah

PETALING JAYA - Enam anggota penguat kuasa antara sembilan  individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Selangor  kerana  disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang  secara tidak sah di  Lapang Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA2, petang tadi.


-----

SABTU PETANG

Posted: 30 Mar 2016 04:30 AM PDT




DATARAN 

MERDEKA 

SABTU PETANG 

JAM 2:00


-------------

APAKAH AKAN ADA SIASATAN?

Posted: 30 Mar 2016 01:40 AM PDT




SOALAN:


apakah peguam

negara arah

satu siasatan?



LAPORAN POLIS TERHADAP ARULKANDA KANDASAMY

Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah.

Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan.  Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara:

1.    Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB

2.    Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB

3.    Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember 2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB

Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO.

Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan ("limits of authority" atau LOA) yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah sebanyak dua kali:

      i.        Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah

    ii.        Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank

Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya disiasat secepat mungkin.

Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.

Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------

KATAK HIJAU SEKALI LAGI

Posted: 30 Mar 2016 12:18 AM PDT




K HIJAU ITU - SEKALI LAGI


Pada 5 May 2006 saya telah menulis tentang Katak Hijau. Tulisan ini telah tersiar dalam beberapa portal berita termasuk RiceCooker. Ini berlaku sepuluh tahun dahulu.

Dalam tulisan itu saya menulis tentang zaman saya membesar di Jelebu. Dizaman itu  dimana sahaja ada sawah, lubuk atau paya  pasti ada katak hijau. Katak hijau ini akan meloncat mengambor ketika saya memancing atau memasang tajur. Kadang kala saya terperanjat apabila dengan tetiba Sang Katak ini melompat ke dalam lubok. Ketika itu saya anggap Si Katak Hijau ini menggangu saya. 
Empat puluh tahun kemudian saya menulis tentang katak hijau ini bukan sebagai haiwan yang menggangu tetapi sebagai metapora terhadap iklim dunia dan perubahan cuaca di Malaysia. Semenjak  pulang ke tanah air satelah dua puluh tahun berkelana saya  tidak lagi dapat bertemu dengan katak hijau. Malah di Jelebu sawah padi telah tidak wujud.  Sawah padi dan katak hijau yang menjadi latar zaman kanak kanak saya telah hilang untuk selama-lamanya.

Iklim dan cuaca dunia telah berubah. Berubah dengan pantas. Perubahan inilah yang bertanggung jawab menghilangkan sawah dan katak hijau.

Bulan dulu saya telah pulang ke Jelebu untuk bermalam di Rumah Pusaka. Pelajar ilmu alam akan diberitahu bahawa wilayah Jelebu berlawanan dengan  wilayah Taiping. Jelebu ialah daerah yang paling kering di Malaysia manakala Taiping  yang paling basah.

Bayangkan apakah agaknya cuaca di Jelebu   pada bulan Febuari 2016. Siangnya  amat-amat kering lagi panas. Diwaktu malam cuaca berubah menjadi  amat-amat sejuk. Ini kesejukan malam yang berjaya membangunkan saya.  Dalam gelap saya meraba-raba  mencari kain selimut yang tebal. Lalu tercapai hamparan toto. Ketika dalam toto  yang membaluti badan,  saya teringat kembali malam-malam miskin  tanpa alat pemanas ketika berkelana di Eropah.

Justeru, saya tidak perlu menjadi pakar kaji cuaca atau ahli sains dengan ijazah yang berjela-jela untuk merumuskan bahawa cuaca dunia sedang berubah dan malapetaka sedang menunggu ditepi pintu. Hilangnya sawah dan katak hijau di Jelebu adalah panduan saya.

Pada satu ketika dahulu saya kagum dengan modeniti. Saya bersama merayakan modeniti. Malah saya menulis dan memberi pencerahan agar kita sesama menyambut dan merayakan modeniti.  Sekarang semuanya telah beralih. Pencerahan  telah sampai kepada saya.

Pada tahun 60'an diera Perang Vietnam. Dizaman zaman  rock n roll. Dizaman John Lennon dan Mick Jagger -  telah muncul satu kumpulan anak muda yang menimbulkan perbincangan  dan debat tentang alam sekitar. Anak-anak muda ini telah memecah ruyung untuk membuka wacana tentang gaya hidup moden. 

Anak anak muda ini megajukan satu gaya hidup alternatif.  Mereka mengkritik gaya hidup konsumer moden. Mereka menolak hidup yang berasaskan harta benda. Justeru gaya dan falsafah hidup mereka berlawanan  dengan gaya hidup masyarakat borjuis dalam arus perdana. Justeru mereka dihina, dijadikan bahan lawak dan diperlekah. Mereka diistilahkan sebagai Hippie. 

Satu ketika dahulu dalam tahun 1976  dalam kota Melbourne Australia saya ternampak satu grafiti ditembok bangunan Drummond Street. Terpampang tulisan : Pedal Power. Dalam bahasa Melayu bermakna kuasa kayuh. Pada ketika itu saya tidak faham apa makna grafiti ini.

Hari ini tahun 2016 saya telah mendapat pencerahan. Saya telah memiliki kefahaman tentang makna grafiti itu. Bila saya teringat akan grafiti itu  saya bertanya pada diri saya sendiri  apakah kita semua telah terlambat?

Dalam hati kecil saya bertanya jika pada tahun 1975  umat manusia ini berhenti sabentar dan melihat dan memahami grafiti yang saya terbaca di Melbourne - apakah katak hijau dan sawah padi akan  kekal di Jelebu? Saya tidak memiliki jawapan kepada soalan ini.

Yang dapat saya jawab ialah pada tahun 2016 saya bukan lagi anak muda. Saya juga tidak menjadi seorang hippie. Tetapi semenjak tahun 60'an lagi anak-anak muda hippie ini telah menerangkan bahawa gaya hidup moden kita ini  sedang membawa malapetaka. Mereka melaungkan pekara ini ke hulu ke hilir. Mereka bersuara sambil mencakar dinding dengan grafiti.

Ramai menjadi vegeterian makan sayur dan  menolak memakan apa sahaja bentuk daging dan hidupan. Mereka menubuhkan NGO Greenpeace. Mereka  berdemo  membantah kewujudan  Mc Donald.  Mereka membantah pembunuhan ikan paus.  Mereka melawan pembalakan yang menghancurkan alam. Mereka bangun melawan pembinaan empangan yang membunuh perjalanan air. Mereka mengajukan - pedal power - kayuh basikal sebagai cara bergerak.

Anak anak muda hippie ini secara jujur telah telah memberi ingatan kepada anak semua bangsa kita bahawa alam  bumi manusia ini dalam bahaya. Ingatan ini telah diberi  lebih dari 50 tahun dahulu.  Amaran ini muncul sebelum kelahiran  Siti Nurhaliza, Mawi atau  Kugiran Bangsart. Ini dizaman Kampong Pantai Dalam masih dipanggil Pantai Dalam dan bukan Bangsar South.

Anak muda  ini telah membuat tunjuk perassan. Mereka berdemo menentang siapa  dan apa sahaja yang dianggap pemusnah alam. Kilang, pabrik dan loji yang mencemar alam menjadi sasaran. Syarikat yang rakus memusnahkan alam sekitar dilawan. Negara pemilik kompeni pengotor alam diumumkan kepada dunia untuk diboikot.

Ramai anak muda ini  ditangkap dan dipenjara kerana mahu menyelamat  alam sekitar. Pada 10 Julai 1985 kapal Rainbow Worrior milik NGO Greenpeace telah diletupkan di perlabuhan Auckland New Zealand. Kapal ini membawa aktvis Greenpeace yang menentang percubaan peledakan bom nuklear Peranchis di Luat Teduh.  Greenpeace berpendapat ledakan bom nuklear ini akan mencemarkan laut dan bumi milik anak semua negara. Maka mereka berhak untuk membantah. 

Hasilnya - seorang jurugambar anak muda keturunan Belanda-Sepanyol gugur menjadi mangsa. Kapal Rainbow Worrior telah disabotaj. Hari ini fakta  membuktikan kerajaan Peranchis bertanggung jawab  melakukan  pengkhianatan ini.

Ditanah air kita sendiri seorang aktivis alam sekitar hilang. Anak kelahiran Swiss yang membantu pejuang Bangsa Penan di Serawak telah dilaporkan hilang pada 10 March 2005 yang lalu. Hingga ke hari ini kita  tidak mengetahui bagaimana anak muda ini 'dihilangkan dan siapa yang menghilangkan' Bruno Manser.

Semua yang belaku ini membuka mata hati saya untuk melihat kembali apa itu modeniti.

Dari pemahaman saya - modeniti mengajukan falsafah bahawa manusia dengan fikrahnya boleh menundukkan alam. Mengikut falsafah   ini manusia   hanya perlu mengkaji dan memahami hukum-hukum dan fitrah alam. Dengan segala ilmu pegetahuan  alam ini  dapat ditunduk atau dijinakkan. Alam yang  telah jinak boleh dikawal dan ditundukkan untuk  menjamin keselesaan kehidupanan umat manusia. 

Inti falsafah moden ialah : Manusia moden bukan hidup bersama alam tetapi memperhambkan alam. Tujuan alam ditunduk dan dijinakkan ialah untuk keselesaan hidup umat manusia.

Falsafah modeniti  dan ajaran modeniti ini cukup enak didengar. Malah selama lebih dari 200 tahun falsafah ini telah menjadi juru mudi dunia kita ini. Pada tahun 1781 James Watt di Birmingham England telah membakar arang batu untuk memasak air dan menimbulkan wap yang boleh mengerakkan injin. Inilah permulaan Revolusi Industri. Dari sinilah bermula gaya hidup moden.

Tetapi hari lebih dari 200 tahun sesudah  kelahiran kereta api kuasa wap hingga kemunculan LRT di Bangsar manusia moden sedang berhadapan dengan hutang piutang  yang wajib dibayar kepada alam. Jelas modeniti yang kita rayakan selama ini  bukan datang dengan percuma. Ianya wajib dibayar. Alam bumi manusia ini  sedang menuntut  anak semua bangsa  membayar hutang tersebut.
Pada 22 dan 23 March 2016 -  untuk pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia sekolah di Kedah dan Perlis telah ditutup kerana panas. Malah Kementerian Pelajaran membuat arahan jika panas melintas 37 Celcius maka sekolah akan terus ditutup. 

Pada tarikh yang sama juga cuaca alam yang panas ini telah menewaskan konstable Azizan Ayob - anak muda berumur 23 tahun. Anak muda ini telah meninggalkan  dunia di Hospital Daerah Segamat  akibat Luar Buasa Strok Haba ( Heat Stroke). 

Cuaca panas saperti yang kita alami  sekarang ini belum pernah terjadi di Malaysia. Malah suhu panas yang sedang melanda belum pernah berlaku dimana-mana dalam dunia ini. 

Pada tahun 2015 di Karachi  dan di wilayah Sind Pakistan lebih  kurang  2000 warga telah tewas apabila suhu panas naik mencecah 49 Celcius. Binatang dalam zoo dan binatang ternakan telah mati terhampar kerana panas. Manakala di India lebih dari  2500 telah tewas bulan Mei 2015 yang sama.

Hari ini ketika saya mengarap tulisan ini cuaca diluar bilik saya amat panas. Kipas saya berputar. Saperti warga dari Chuping Perlis yang mandi tujuh kali sehari akibat kepanasan saya juga melakukan pekara yang sama. Saya memakai celana pendek dan tidak berbaju untuk menghadapi cuaca ini.  

Minggu lalu saya terbaca satu tulisan tentang cuaca dari akbar The Guardian London. Mengikut laporan akhbar ini - dari kajian para ilmuan dan pakar cuaca pada bulan Febuari yang baru berlepas jumlah karbon dalam alam kita ini paling tinggi semenjak 66 juta tahun. 

Dari laporan National Oceanic and Atmospheric Administration NASA pula saya terbaca bahawa suhu kepanasan bumi dan laut telah naik sebanyak 2 darjah Fahrenheit. Ini satu rekod samenjak suhu dunia mula dicatat pada  tahun 1880.
Bila saya membaca semua ini saya teringat kembali kepada si Katak Hijau. Katak Hijau di Jelebu telah menjadi petanda  dan menjadi korban awal tentang kesampaian El-Nino. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-----------

LAGI LAWAK DARI RAJA LAWAK

Posted: 29 Mar 2016 10:19 PM PDT





RAJA LAWAK

BUAT LAWAK

ATAU DAP

CAKAP BOHONG


DAP berkeras Ku Li dalang SD


Menurut DAP, akuan berkanun menyingkir Najib dan mengangkat Ku Li sebagai PM memang wujud dan diketahui oleh semua wakil rakyat pembangkang
KUALA LUMPUR: Anthony Loke berkeras mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pernah mengedarkan akuan berkanun (SD) terhadap Najib kepada ahli-ahli Parlimen lain.
Bercakap kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata "wakil daripada kem Tengku Razaleigh" telah mengedarkan SD itu antara bulan Julai dan Sept tahun lalu.
Wakil rakyat DAP itu juga berkeras mempertahankan bukan sahaja dokumen itu wujud, tetapi kewujudannya diketahui oleh semua ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Malah, seorang daripada mereka mendakwa bertemu Ku Li.

RAJA LAWAK

SUDAH MULA

BERSILAT LIDAH

PUTAR SANA

PUTAR SINI

KAH KAH KAH
----------------

KENAPA TERUS HEBOH

Posted: 29 Mar 2016 09:39 PM PDT






TAJUK BERiTA

HARI iNI

DARI  AKHBAR

SiNAR HARiAN




30 Mac 2016
SHAH ALAM - Sejuta tandatangan yang dikumpulkan melalui Deklarasi Rakyat tidak akan memberi kesan terhadap kedudukan Najib.


29 Mac 2016
KALAU TAK ADA

IMPAK KENAPA

HEBOH SANGAT

MACAM INI

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH


--------------

FBI AMERIKA TERUS SIASAT

Posted: 29 Mar 2016 09:00 PM PDT






BERITA

DARI LUAR

NEGARA



PM Najib's Wife Said to Ask US to Call Off FBI Probe


Rosmah pushes Ambassador Yun to ask to fold New York Attorney's investigation, sources say
Rosmah Mansor, the wife of Malaysian Prime Minister Najib Razak, has repeatedly called US Ambassador Joseph Y. Yun in the US Embassy in Kuala Lumpur in a vain attempt to get the United States Attorney Preet Baharara for the Southern District of New York to call off his investigation into financial dealings involving the scandal-ridden 1Malaysia Development Berhad fund, sources say. 
The story of Rosmah's attempts to rein in the US investigation is circulating widely in Kuala Lumpur's small diplomatic circles. They say that despite the fact that other investigations are ongoing in Switzerland, Singapore, the United Kingdom and France on another case, they think the Americans most likely to bring charges if there has been wrongdoing.
Yun is said to have told Rosmah that Bharara operates independently of the State Department and the Foreign Service, and that not even President Obama would be able to influence the investigation if he wanted to.
Attempts to verify the story through the US Embassy went unanswered.
"She has been told, 'If you have done nothing wrong, don't worry about it,'" a source said. "'The United States is a country of laws. '"


KAH KAH KAH

I REST MY KES

MI LORD

KAH KAH KAH
--------------

DATUK ROCK n ROLL

Posted: 29 Mar 2016 08:30 PM PDT





ROLLING STONES
The Rolling Stones .. keajaiban kelapan dunia .. anggotanya takat ini senantiasa di lindungi Allah dari segi kesahjeteraan dan kesihatan .. mereka kaya-raya tapi mereka tak tahu pun mereka kaya .. purata umur mereka 73 tahun tapi masih melompat ligat nyanyi lagu tagih tenaga-rock .. 

Mick Jagger penyanyi utama dah entot dan beri "happines" pada 40,000 wanita .. badan mereka langsing tak buncit atau bandingkan dengan badan Tantawi yg hari-hari cerita makan cara nabi. Semoga kumpulan ini diberi kesihatan utk meneruskan kerja seni mereka .. dan dibuka hatinya untuk beriman dengan Allah .. amin. on ROLLING STONES
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 3/26/16






------------

NAK ULUR ULUR FBI

Posted: 29 Mar 2016 08:00 PM PDT







FBI SEDANG

SIASAT

KES NAJIB

MENDOBI DUIT


'Duta AS tak bercakap dengan Rosmah isu siasatan 1MDB'

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk memberhentikan siasatan terhadap 1MDB.
Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.
"Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.
"Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu ini dalam laporan Asia Sentineldengan isteri perdana menteri (gambar)," katanya.

OOO JANG OOOI

BULEH KO KITO

AJAK FBI NI

JUMPO JUMPO

MANOLAH TAU 

KOK BULEH

AJAK MINUM2 

BULEH DEEN 

BELANJO SIKIT

MANO TAU KOK

BULEH ULUR2

KAH KAH KAH


-----------

JUMPA DI DATARAN MERDEKA SABTU INI

Posted: 29 Mar 2016 07:39 PM PDT






DATARAN 

MERDEKA

JUMPA

DI DATARAN 

MERDEKA

SABTU INI

JAM 2 PTG


----------

BERAPA BANYAK - 2 BILION ATAU 4 BILION

Posted: 29 Mar 2016 07:20 PM PDT





UUUMANG AAiI

BERAPO JANG?

DUO KO

OMPEK KO

BERAPO BiLION



------------