Isnin, 18 Januari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BETUL KE INI

Posted: 18 Jan 2016 06:20 PM PST






BETUL KE?


Jokowi mahu pastikan jerebu tidak berulang tahun ini

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan semua pihak berkuasa menjalankan kerja mencegah masalah pembakaran hutan dan ladang di negara itu mulai sekarang. Beliau berkata kerajaan tidak mahu kejadian kebakaran hutan dan ladang secara terbuka yang mengakibatkan pencemaran jerebu di rantau ini tahun lepas tidak berulang.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jokowi-mahu-pastikan-jerebu-tidak-berulang-tahun-ini#sthash.dXNWq9BK.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kalau betul ini baik
tapi tiap tahun
wak joko cakap sama
kah kah kah
TUNGGU LIHAT

-----------

INI KESAH ULAMAK

Posted: 18 Jan 2016 05:00 PM PST




Syaikh Usamah al-Azhari adalah antara ulama al-Azhar yang aku respek dari sudut keilmuannya. Alim dan merendah diri wataknya.
Dia seorang pendokong asyairah yang kuat, dan amat berminat dengan Mafatih al-Ghaib karangan al-Imam Fakr al-Din al-Razi.
Beliau bukan liberal, walaupun ramai anggap bahawa memegang anjing adalah amalan orang liberal. Orang yang kata itu, ternyata jumud Fiqh, sampai tak tahu ttg khilafiyah ttg hukum pegang anjing.
 




------------

KES DISAMBUNG LAGI

Posted: 18 Jan 2016 04:30 AM PST









TAHNIAH
SELAMAT BERJAYA


Pascal bawa kes pembunuhan bapa ke PBB

Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang ditembak mati, Hussain Najadi akan membawa kes pembunuhan bapanya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang Malaysia.

"Peguam kami di Kuala Lumpur, Malaysia, Gobind Singh Deo, telah menasihatkan bahawa adalah sia-sia untuk melalui mahkamah bagi mendapatkan siasatan yang betul oleh Jabatan Peguam Negara dalam pembunuhan Hussain Najadi.

KAH KAH KAH
woit
boleh ke ?
kah kah kah
nanti moon ki
setiausaha agong PBB
akan ditukar kerja
kah kah kah
TERUSKAN BRO


--------------

APA SUDAH JADI BRO

Posted: 18 Jan 2016 02:33 AM PST



 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
 
tergolek dog
Deposit wang RM2.6 bilion yang dikatakan didermakan kepada perdana menteri turut disiasat SPRM. Peguam Negara hari ini berkata kertas siasatan dikembalikan bagi mendapatkan penjelasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Januari, 2016.


------------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan perlu hentikan bawa masuk pekerja asing

Posted: 18 Jan 2016 04:38 AM PST

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun


SHAH ALAM - Pemuda Umno menegaskan kerajaan perlu menghentikan sebarang usaha membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, sektor-sektor di negara ini terutamanya pembinaan perlu didominasi pekerja tempatan bukannya pekerja asing.

"Saya setuju kata-kata Encik Khalid (Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan). Ramai sangat pekerja asing masuk.

"Jadi, kerajaan kena hentikan ambil pekerja asing masuk ke negara ini," katanya pada Wacana Sinar Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian, di sini, hari ini.

‘Tabung Haji, KWAP perlu tuntut RM1.5b daripada 1MDB'

Posted: 18 Jan 2016 04:28 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menggesa Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk menuntut semula RM1.5 bilion daripada 1MDB selepas syarikat pelaburan milik negara itu dikatakan melanggar syarat-syarat perjanjian sukuk.

"Saya mendesak supaya Tabung Haji dan KWAP menggunakan haknya mengikut perjanjian untuk menuntut 1MDB membayar kembali semua baki tertunggak dari terbitan sukuk ini secara serta-merta," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua-dua Tabung Haji dan KWAP adalah pemegang sukuk Bandar Malaysia yang diterbitkan 1MDB yang bertujuan untuk membiayai penempatan semula dan menaiktaraf pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dan juga beberapa pangkalan lain.

Rafizi mendakwa sukuk itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang dinyatakan dan telah melanggar syarat-syarat bon Islam itu.

Beliau berkata mengikut perjanjian berkenaan, Tabung Haji dan KWAP berhak untuk menuntut semua baki sukuk dan bayaran keuntungan dilunaskan serta merta oleh 1MDB kerana syarat-syarat sukuk telah dilanggar.

"Jawapan Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini mengesahkan bahawa Tabung Haji telah melanggan sebanyak RM920.8 juta dari terbitan sukuk oleh 1MDB ini.

"Baki selebihnya dipercayai dilanggani oleh KWAP sebanyak RM579.2 juta,' katanya.

Sehubungan itu, Rafizi menggesa kedua-dua entiti itu untuk mendapatkan semula RM1.5 bilion demi kepentingan awam.

"Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Tabung Haji dan KWAP yang akan menjatuhkan lagi kredibilit Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Bekas pemimpin Umno dakwa ditawar sesuatu untuk tutup mulut

Posted: 18 Jan 2016 04:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman mendakwa bahawa terdapat percubaan untuk menghalang beliau daripada bersuara, terutama kritikannya terhadap parti.

Bercakap sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh, malam semalam, bekas ADUN Sungai Rapat tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai bentuk tawaran yang dibuat itu.

"Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti, tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan negara dari parti.

"Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," kata Hamidah yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Forum Wacana Perdana Selamatkan Malaysia itu diadakan di sebuah hotel di Ipoh dan antara yang menjadi panel adalah Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Pada 24 November tahun lalu, perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemecatan Hamidah daripada parti berikutan gesaan terbukanya supaya Najib meletakkan jawatan.

Sejak itu, Hamidah beberapa kali berkongsi pentas yang sama khususnya bersama pengkritik Najib termasuk pembidasnya yang paling lantang, iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pengubahsuaian Bajet 2016, PM jumpa pelbagai pihak

Posted: 18 Jan 2016 04:24 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan pengubahsuaian Bajet 2016 memberi kesan positif kepada pasaran dan rakyat dalam menangani cabaran ekonomi semasa. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata proses perundingan kini sedang dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi dan ketua industri. 
 
Katanya, dalam masa terdekat beliau juga akan berjumpa kumpulan yang mewakili pengguna serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan proses perundingan dapat dijalankan secara menyeluruh. 
 
"Fokus utama kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi semasa adalah memastikan penyesuaian Bajet 2016 boleh diterima secara positif oleh pasaran dan juga rakyat. 
 
"Sehubungan itu, proses perundingan sedang dijalankan di mana setakat ini saya berjumpa dengan pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi dan ketua industri," katanya menerusi kiriman di Facebook beliau, malam tadi. 
 
Najib berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah proaktif kerajaan dalam memastikan kepentingan ekonomi dan rakyat terus terjamin. 
 
Perdana Menteri bakal membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini, dengan mengambil kira senario ekonomi semasa supaya lebih realistik dengan cabaran pada tahun ini. 
 
Pengubahsuaian bajet akan merangkumi langkah tambahan penegasan baharu mengoptimumkan perbelanjaan dan peranan GLC. 
 
Pelbagai pihak setuju pengubahsuaian bajet berkenaan berikutan kejatuhan mendadak harga minyak dunia selain kelembapan ekonomi dunia.
 
 

Surat terbuka ibu runsing buat Kementerian Pendidikan

Posted: 18 Jan 2016 04:23 AM PST

Raiha Bahaudin


 
"There are many little ways to enlarge your child's world. Love of books is the best of all."
- Jacqueline Kennedy


 Jika tuan puan punya anak-anak sendiri, buku-buku bagaimanakah yang akan diberi kepada mereka?
Ketika saya menulis surat ini, saya baru mendapat perkhabaran luar biasa daripada seorang sahabat sukarelawan yang melawat sekolah persendirian Tunas Perwira dia Tawau.

Sekolah untuk anak-anak pekerja ini biarpun cukup sederhana, tanpa dinding dan berlantaikan tanah punya keinginan untuk memberikan terbaik untuk semua.

Oleh kerana itu, tidak menghairankan bagaimana kita boleh mendapati silibus sastera mereka untuk tingkatan 1 hingga 3, punya analisis lengkap puisi-puisi indah klasik Chairil Anwar yang membicarakan tentang pencarian diri dan ketuhanan.

Apa nasib sastera kita?

Adakah tuan puan yang bekerja di pejabat agam berhawa dingin bertingkat-tingkat boleh menjawab bagaimana sebuah naskhah dengan fantasi cinta dan adegan senggama yang jelas boleh melepasi penilaian sistem pendidikan kita?

Perlu diingatkan bahawa surat ini bukan peperangan antara karya sastera dan pop kerana kita mengetahui bahawa tidak semua karya sastera sesuai untuk anak-anak dan begitu juga sebaliknya.

Kita sendiri dapat melihat bagaimana karya-karya pop Barat yang datang daripada dunia yang dikatakan bebas dan liberal melahirkan karya-karya sai-fai bertih jagung seperti Hunger Games dan The Maze Runner yang bukan sahaja membawa isu-isu tentang penentangan terhadap sistem yang bobrok malah keazaman dan perjuangan.



Nilai-nilai yang kita mahu dibawa oleh anak-anak muda. Tetapi bagaimana dengan buku-buku pop kita?
Cinta fantasi aksi panas

Apa yang tidak disedari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila mereka menghalalkan kisah-kisah cinta fantasi malah dengan aksi-aksi panas masuk ke dalam sukatan pelajaran, mereka telah memberi tanda aras serendah-rendahnya seperti yang telah pun ditandakan oleh filem-filem dan televisyen tempatan.

Usah bermimpi tentang Wawasan 2020 ataupun sekurang-kurangnya pencapaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang mengagumkan kerana kita telah pun menaiki kereta api secara ke belakang.

Besar kemungkinan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah memandang tinggi pun aspek sumbangan sastera kepada perkembangan kemanusiaan.

Saya tidak mengenali penulis novel Pantai Kasih dan saya bersimpati kerana namanya yang menjadi viral dalam label novel cinta tidak bermoral sedangkan lebih banyak novel-novel sebegini di luar sana dan saya menjatuhkan kesalahan ini di tangan Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Bukan kita semua tidak pernah muda dan ingin merasai sedikit kehangatan cinta di dalam buku-buku fiksyen.

Tetapi buku-buku ini boleh didapati di luar dengan label 'romance' terang jelas dan dibaca atas tanggungjawab sendiri. Bukan atas penghalalan rasmi sistem pendidikan.

Sebelum ini saya tidak terpanggil untuk menyumpah seranah novel-novel cinta pop kerana saya merasakan lebih baik memeranginya dengan menulis novel yang baik.

Memberi hasil, bukan sekadar bercakap kosong. Tetapi, keadaan kini sudah melampaui batas.

Mungkin ada yang mengatakan saya merasa terjentik kerana nama watak utama yang melakukan adegan panas di dalam novel ini serupa dengan saya. Mungkin.

Tetapi berpada-padalah menulis.

Macam kita tidak tahu, mereka yang menulis kisah-kisah sebegini, meletakkan wanita di tempat paling bawah adalah penulis-penulis wanita sendiri.

Saya mengharapkan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan sepantas-pantasnya, sebaik-baiknya sebelum kami hilang kepercayaan sepenuhnya kepada pentadbiran anda.

Yang benar,
RAIHA BAHAUDIN
Ibu dan penulis yang rungsing

'Ini Rashid, Rashid kena hentam lepas masuk TV3'

Posted: 18 Jan 2016 04:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Akaun Facebook "Jadilah seperti Rashid" baru-baru ini mencipta fenomena baru di laman sosial apabila membawakan mesej dalam bentuk jenaka satira.

Menerusi watak kartun orang lidi, Rashid menyampaikan nasihat dan pesanan berguna kepada masyarakat sambil menyentuh pelbagai topik dan isu-isu semasa.

Fenomena Rashid begitu cepat tersebar dan dalam tempoh beberapa hari sahaja jumlah pengikutnya mencecah ratusan ribu.

Sehingga kini akaun Facebook Jadilah seperti Rashid disukai lebih 300,000 pengguna Internet.

Populariti watak 'Rashid' yang dikendalikan empat anak muda itu turut mendapat perhatian media arus perdana dan disiarkan dalam slot Buletin Utama di TV3 semalam.

Bagaimanapun kemunculan "Rashid" di TV3 nampaknya tidak disenangi ramai, bahkan ada kalangan peminatnya yang memberikan komen negatif.

Menerusi status Facebook, 'Rashid' memberitahu lokasinya yang berada di Seri Pentas dan akan ditemubual oleh stesen TV berkenaan.

"Ini Rashid. Rashid dijemput untuk ditemuramah. Rashid dah sampai. Rashid dah ready," tulisnya di Facebook.

Ia kemudian dibalas dengan komen-komen mengejek dari peminatnya di Facebook. Antaranya dari pemilik akaun bernama Pak Di.

"Rashid dah bangga diri masuk TV3. Kami tak suka TV3. Kami tak suka Rashid masuk TV3. Rashid dah tak bijak. Jangan jadi seperti Rashid," ujar Pak Di.

Seorang lagi pemilik akaun bernama Farra Ziapa pula berseloroh: "Apakah Allah telah menarik balik kebijaksanaan yang Rashid miliki sebelum ini? Sesungguhnya semua adalah pinjaman semata-mata di dunia,".
Manakala Nezwan Jamil pula berkata "Rashid tarik kahak, Rashid ludah kat atas, kahak jatuh atas kepala Rashid, Rashid marah kat kahak itu."
Selain itu, Abbud Abbasy berkata "Pendapat saya Rashid patut tolak temuramah TV3, Rashid kena bijak berfikir pro dan kontra Dalam membuat kerja amal kena ikhlas, orang akan perhati setiap tindakan, perkataan dan perbuatan. Jangan silap langkah Rashid,".
Barangkali menyedari dirinya menerima kecaman peminat, Rashid menulis satu lagi status di Facebook, kali ini dengan cara yang sinikal.



Jadilah Seperti Rashid
Community · 314,162 Likes
· Yesterday at 3:42pm ·

"Ini Rashid. Rashid hari-hari menonton Buletin Utama TV3. Rashid tak menonton dari pukul 8. Rashid tunggu di penghujung rancangan sebab nak tengok segmen sukan. Rashid hanya mahu tahu 'good news'. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Bagaimanapun peminatnya terus mengecam Rashid. Antaranya Mohamad Hanis yang berkata "Ini Rashid, Rashid dah masuk TV3 suku, Rashid dah mula lupa daratan, jadilah seperti Rashid.
Sementara itu terdapat juga peminat Rashid mempertahankannya dengan penuh emosi.
"Bangang, bila masuk TV3 kata penjilat. At least inilah Rashid ceriakan rakyat Malaysia dengan banyak info diberikan. At least mereka kreatif. Kau orang buat apa? Habis tu kalau mereka masuk (Astro) Awani penjilat jugak? LOL"



AG kembalikan kertas siasatan RM2.6b, SRC kepada SPRM

Posted: 18 Jan 2016 03:31 AM PST

MALAYSIAKINI







Kertas siasatan dua kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini.

Kedua-dua kes itu adalah siasatan RM2.6 bilion yang dimasukan ke akaun bank peribadi Najib dan RM42 juta yang didakwa disalurkan kepada Najib, melalui bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.

"Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat," kata Apandi pada satu kenyataan media hari ini.

Kertas siasatan berkenaan dikemukakan oleh SPRM pada 31 Dis, 2015.

Antara lain, SPRM sebelum ini juga merakamkan kenyataan pengarah SRC International dan dan Najib.

SPRM sebelum ini berkata siasatan awal menunjukkan dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik.

Najib berkata ia adalah daripada lebih satu sumber tetapi enggan mendedahkan penyumbang berkenaan dan pecahan jumlah derma berkenaan.

Beliau juga menafikan sebarang salah laku.

Pascal bawa kes pembunuhan bapa ke PBB

Posted: 18 Jan 2016 03:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang ditembak mati, Hussain Najadi akan membawa kes pembunuhan bapanya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang Malaysia.

"Peguam kami di Kuala Lumpur, Malaysia, Gobind Singh Deo, telah menasihatkan bahawa adalah sia-sia untuk melalui mahkamah bagi mendapatkan siasatan yang betul oleh Jabatan Peguam Negara dalam pembunuhan Hussain Najadi.

"Oleh itu, kami telah membuat keputusan bersama-sama dengan peguam antarabangsa jenayah Nick Kaufman untuk membawa kes ini ke PBB di Geneva, Switzerland," kata Pascal dalam satu kenyataan hari ini.

Nick Kaufman adalah peguam jenayah antarabangsa dan bekas pendakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

Pascal mendakwa ada yang diselindungi dalam kes pembunuhan bapanya.

"Semua petanda yang kami terima setakat ini dari Malaysia menunjukkan ada alasan kukuh untuk mempercayai bahawa terdapat campur tangan kerajaan bagi menutup kes ini," katanya.

Menurut Pascal, Pejabat Peguam Negara dan polis cuba menutup kes selepas dua tahun Interpol mengeluarkan notis merah ke atas dalang yang dikatakan terbabit itu.

Katanya lagi, polis yang berjaya menahan lelaki yang disyaki itu, Lim Yuen Soo juga enggan berkongsi maklumat dan soal siasat dijalankan tanpa kehadiran Gobind Singh, peguam Malaysia yang mewakili keluarganya itu.

Hussain, 76, meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah selepas mereka ditembak ketika muncul dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013.

Penembak itu, Kong Swee Kuan, dijatuhi hukuman mati pada 2014 kerana membunuh.

Lim dipercayai membayar Kong untuk bertindak dan namanya diletakkan dalam notis merah Interpol selepas didapati dia melarikan diri.

Beliau akhirnya ditahan polis pada Oktober tahun lalu ketika kembali ke negara ini tetapi dibebaskan selepas lapan hari dari tahanan atas alasan tiada bukti yang mencukupi.


Mahathir: K'jaan bermasalah jika belanja luar kemampuan

Posted: 18 Jan 2016 03:25 AM PST

Alyaa Alhadjri


 


Dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan semakan semula Bajet 2016 di Parlimen minggu depan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa kerajaan akan menghadapi masalah jika terus berbelanja di luar kemampuan.

"Jika kita kekurangan wang, hidup ikut kemampuan. Jika kita hidup di luar kemampuan, kita akan hadapi masalah," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diasak apa yang beliau lakukan jika dirinya masih menjadi perdana menteri hari ini, memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Menjawab soalan apa yang beliau lakukan jika masih menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata: "Saya telah jawab soalan ini. Jika saya perdana menteri sekarang, saya akan letak jawatan."

"Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sekarang tetapi ia bergantung kepada banyak perkara," kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Proton.

Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran pertama rangkaian terbaru enjin Proton melalui sidang video secara langsung dari pusat kemudahan ujian di England.

Tiga pelajar terkandas di Gunung Brik diselamatkan

Posted: 18 Jan 2016 03:22 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 

BAU: Tindakan pantas pasukan mencari dan penyelamat telah berjaya menyelamatkan tiga pelajar politeknik yang terkandas di Gunung Brik dekat Kampung Tringgus di sini awal pagi tadi.
 
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bau berkata, tiga pelajar terbabit terkandas di atas gunung tersebut sementara seramai 57 orang berjaya turun dan sampai di kaki gunung di Kampung Tringgus.
 
Katanya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan lima anggota bomba, dua pendaki, lima anggota JPAM serta beberapa penduduk kampung berjaya menemui ketiga-tiga pelajar terbabit pada 12.30 tengah malam.
 
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian seorang daripada mangsa lelaki berusia 19 tahun dikenali sebagai Athanasius Petrus berketurunan Iban dalam keadaan lemah dan ditemani dua rakannya," katanya.
 
Beliau berkata, operasi membawa keluar mangsa bermula pukul 12.50 pagi dan tiba di Kampung Tringgus pukul 4.30 pagi dan diserahkan kepada pihak hospital. 


Selangor kerjasama dengan PDRM tangani IS - Azmin

Posted: 18 Jan 2016 03:18 AM PST

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai ancaman Islamic State (IS) kata Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali.
 
Menurut Azmin, Selangor sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan PDRM demi memastikan keamanan dan kemakmuran negeri ini.
 
"Kita sentiasa adakan rundingan dan perbincangan dengan PDRM yang lebih ditumpukan dalam konteks hendak tangani jenayah di negeri ini.
 
"Kita pastinya bersedia bekerjasama dengan PDRM supaya peranan kerajaan negeri dapat dimanfaatkan dalam konteks menjaga keamanan dan kemakmuran negeri Selangor," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Tambahnya, soal pendidikan juga perlu diberikan kepada masyarakat dalam menerapkan konsep kesederhanaan dan keadilan bagi jaminan kemakmuran di negeri Selangor.
 
Azmin juga menegaskan kefahaman tentang agama dan budaya amat penting kerana selangor memiliki rakyat yang pelbagai agama, budaya dan kaum.
 
"Tapi kita tidak boleh jadikan kepelbagaian ini sebagai alasan hendak mengambil satu tindakan yang ekstrem.
 
"Sebenarnya kerencaman ini adalah aset kerajaan negeri untuk saling hormati dan amalkan budaya sebagai rakyat negara Malaysia dan negeri Selangor.
 
"Ini boleh dilakukan melalui pendidikan samada di universiti atau dalam kuliah dan ajaran agama masing-masing supaya konsep kesederhanaan dan keadilan mesti dipertahankan untuk jamin kemakmuran negara dan negeri," ujarnya.
 
Terdahulu, Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta Khamis lalu.
 
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata antara lokasi terbabit adalah pusat beli-belah, pusat hiburan, lokasi pelancongan dan pintu keluar masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang serta pelabuhan-pelabuhan di negeri ini.
 
Beliau meminta orang ramai supaya tidak panik atau cemas kerana situasi keselamatan di Selangor adalah terjamin.
 
 

Ong Kim Swee dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya

Posted: 18 Jan 2016 03:16 AM PST

ANTARAPOSCOM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya selama dua tahun berkuatkuasa dalam masa terdekat.
 
Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad di Wisma FAM di sini pada petang Isnin.
 
Menurut Abdul Mokhtar, pemilihan tersebut dikendalikan 10 panel khas termasuk Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), pengamal media dan persatuan jurulatih bola sepak Malaysia (PJBM).
 
"Saingan amat sengit... setiap calon beri persembahan lebih kurang sama.
 
"Ada plus and minus (tambah dab tolak) tapi kita dah nilai ketiga- tiga calon dan sebulat suara melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi musim 2016-2017," katanya.
 
Abdul Mokhtar berkata pemilihan Kim Swee dinilai berdasarkan pengalaman dan prestasinya memimpin skuad Harimau Malaya selama ini.
 
"Kami mahukan seorang jurulatih yang berupaya membawa kemenangan kepada pasukan negara. Jadi dia memenuhi kriteria yang dikehendaki," katanya.
 
Namun, beliau berkata Kim Swee perlu melengkapkan beberapa kriteria yang ditetapkan FAM yang akan menjadi pengukur prestasinya dalam tempoh dua tahun ini.
 
Antara kriteria tersebut adalah membantu skuad bawah 23 tahun, meningkat ranking Malaysia pada kedudukan 140 yang kini berada di tempat ke-171 dunia, menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 dan melepasi pusingan play off Piala Asia 2019.
 
"Itu antara kriteria yang perlu dipenuhi beliau untuk tempoh dua tahun ini," katanya.
 
Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sebelum ini memangku jawatan tersebut bagi menggantikan Dollah Salleh.
 
Dollah meletak jawatan sebagai jurulatih berikutan kekalahan memalukan 10-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas.
 
 

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib sedang berunding untuk keluar bersama songlapan??

Posted: 18 Jan 2016 06:00 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiapkan siasatan dalam hal ehwal kewangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meluluskan 37 caj kepada Peguam Negara untuk pendakwaan, menurut laporan menggemparkan oleh Sarawak Report yang berpangkalan di London. Penyelidik utama Suruhanjaya dalam kes itu telah dibunuh.

 Laporan itu turut mendedahkan bahawa Najib sedang cuba untuk berunding berlepas melepaskan jawatannya dengan imuniti penuh dan sebanyak RM4 bilion (AS $ 907.300.000) hasil songlapan.

Benarkah ahli politik veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah turut terlibat sebagai broker rundingan kerana Najib percayakan beliau?? 

 Konon ada rundingan di Tokyo dan Dubai. Najib cuba untuk berunding keluar bersama jaminan semua wang yang dicuri! 

 Masalahnya ialah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mahu Najib dan isterinya dipenjara. 

Masalah yang lain : tiga kes pembunuhan berkisar kes melibatkan Najib. Yang pertama adalah pembunuhan itu oleh dua pengawal peribadi beliau daripada Mongolia dan parti Perempuan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. Altantuya berada di tengah-tengah skandal 137 milion Euro berkaitan dengan pembelian kapal selam Perancis ketika Najib menjadi menteri pertahanan. 

Kedua pula melibatkan pembunuhan 2013, Hussain Ahmad Najadi, pengasas AMBank, rumah akaun Najib, yang menurut anak Najadi telah mengadu tentang salah-urus kewangan di pihak Najib dan UMNO. 

Yang ketiga adalah pembunuhan yang mengerikan Anthony Kevin Morais, pendakwa utama untuk kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Najib. Orang ramai akan sangat marah jika Najib dan Rosmah dibenarkan untuk pergi tanpa hukuman.

  Sama ada Peguam Negara Mohamed Apandi Ali bertindak ke atas caj adalah masih belum dapat dilihat. Beliau adalah seorang penyokong setia UMNO yang dilantik ke jawatan selepas Najib menyingkirkan yang terdahulu, Abdul Gani Patail, tahun lepas yang mengemukakan tuduhan berdasarkan kecurian jutaan daripada dana pencen Malaysia Kumpulan Wang Persaraan atau KWAP ke dalam akaun peribadi Najib.

 "Apandi sedar bahawa bukti ini kini telah diedarkan secara meluas dan diketahui oleh semua pegawai tinggi dalam UMNO, membuat cover-up berlarutan amat sukar untuk dilakukan," Rewcastle Brown menulis.

 Peranan pendakwa

 Caj dikatakan telah disediakan oleh Morais, yang mayatnya dimasukkan ke dalam tong drum minyak bersimen itu pada bulan November dan dibuang ke dalam sungai selepas  dia diculik. 

Pegawai Peguam Negara pejabat menafikan Morais mempunyai sebarang peranan dalam siasatan. Walau bagaimanapun, Morais, secara meluas dipercayai pembocor maklumat asal kepada Sarawak Report dan penerbitan lain, meletakkan banyak maklumat pada pemacu USB dan dihantar kepada saudaranya di Atlanta, Georgia dan maklumat lain yang dipercayai.

 Apandi dan Cawangan Khas, unit perisikan polis - yang timbalan ketuanya dipecat tahun lalu pada masa yang sama Ghani Patail telah singkirkan - telah cuba untuk mendapatkan dokumen-dokumen itu semula, mengikut cerita.

 Morais, dalam e-mel kepada Sarawak Report, berkata "Polis terus menjadi lebih agresif dalam usaha untuk mendedahkan sumber-sumber kebocoran. Dan tidak benar-benar cuba untuk menangkap orang gila di atas piramid, mentadbir negara ini ke musnahan ... dan saya tidak pasti jika kita akan dapat menghentikan kerja gila ini. "

 Maklumat ini dikatakan termasuk salinan penyata bank yang menunjukkan bagaimana RM42 juta yang diluluskan ke dalam salah satu akaun peribadi Najib Razak dari 1MDB, di bawah naungan "Tanggungjawab Korporat dan Sosial" pembayaran, sebenarnya dibelanjakan oleh Perdana Menteri.

 Laporan Sarawak dan Wall Street Journal menerbitkan butiran daripada penyiasatan 1MDB yang menunjukkan laluan yang tepat wang:

 Yang RM4 bilion asal telah dipinjam dari KWAP dana pencen awam oleh anak syarikat 1MDB bernama SRC International Sdn Bhd Antara Disember 2014 dan Februari 2015 sejumlah RM42 juta telah disalurkan keluar JPP melalui dua syarikat-syarikat perantara dikawal oleh 1MDB eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil (Gandingan Mentari Sdn Bhd) dan Datuk Shamsul Anwar Sulaiman (Ihsan Perdana Sdn Bhd).

 Shamsul telah ditangkap dan ditemuramah oleh penyiasat. Nik Kamil telah melarikan diri ke Jakarta.

 Membeli belah?

 Najib telah berkata bahawa tiada wang rakyat ini telah dibelanjakan kepada perkara-perkara peribadi. Walau bagaimanapun, mereka yang telah melihat penyata bank berkenaan memberitahu Sarawak Report bahawa terdapat beberapa barangan membeli-belah mahal direkodkan, banyak yang dibeli di perjalanan luar negara.

 "Sebenarnya, perbelanjaan ... agak biasa," Morais berkata dalam e-mel kepada Rewcastle Brown, "bil kad kredit, membeli-belah, pembekal dengan pilihan raya lalu yang tidak  dapat dibayar kerana BNM telah membekukan akaun syarikat proksi yang lain dan seumpamanya. " ~ sumber

Catatan : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan laporan portal Sarawak Report yang kertas siasatannya mengenai SRC International dan "derma" RM2.6 bilion memasukkan 37 syor dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  Baca selanjutnya di sini.

PAS awal-awal sudah merancang mahu mengkhianati pengundinya sendiri

Posted: 18 Jan 2016 02:03 AM PST

Berikut merupakan transkrip kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendedahkan perancangan kerja khianat Pas terhadap para pengundi selepas PRU nanti menerusi kerusi yang bakal dimenanginya nanti.

Rancangannya adalah untuk bergabung dengan mana-mana parti, samada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional semata-mata untuk dapat kongsi memerintah :



Sebenarnya memang teorinya bergabung itu lebih baik untuk menumbangkan kerajaan. Di Malaysia tiada satu parti boleh bersendirian; tak mungkin! Umno sahaja tak boleh memerintah Negara. Pas sahaja tak boleh memerintah. DAP sahaja tak boleh memerintah. Itu realiti politik yang semua kita faham.

 Cuma ada satu benda lain. Iaitu kalau persaingan ini antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, dengan mood yang ada, ada kemungkinan dia berlaku hampir-hampir seimbang di segi kerusi.

 Mungkin kita andaikan… kita andai dia seimbang di mana kedua parti boleh memerintah tapi 'simple majoriti'. Dia tidak dapat total majoriti.

 Katalah, Pas bertanding bersendirian, kita dapat 30 kerusi parlimen, katalah … ataupun 20, ataupun 10!… Katalah Pas dapat, kita ambil yang reasonable , 20 kerusi… Kalau Pas pegang 20 kerusi pada waktu itu, siapa yang pas sokong, dia akan menang!

 Kalau Pas sokong Pakataan Harapan, Pakatan Harapan yang akan memerintah. Kalau Pas sokong BN, BN akan memerintah.

 Jadi kursi Pas ni walaupun dia 20 puluh, dia sangat mahal tuan-tuan. Masa tu mahallah nih! Masa tu mahal tuan-tuan! Sebab itu saya minta kalau masuk PAS, masuk sekarang, waktu mahal payah benar, tuan-tuan, kita mengubah lagi!

Jadi bila kita 20 kerusi, kalau kita sokong BN, kalau kita sokong Pakatan Harapan, Pakatan Harapan memerintah. 
 Jadi pada waktu itu, kita punya demand yang tinggi. Kita boleh buat keputusan – Kami boleh sokong dengan syarat, terima Islam sebagai agama. Hukum Allah sebagai peraturan. Halalkan apa yang Allah halal, haramkan apa yang Allah haramkan. Siapa yang setuju terima syarat PAS, kita akan sokong.
 Pada waktu itu kita sangat mahal. Mungkin kata Umno/BN , OK kami terima, Kami bersedia! OK, kita sokong!
Jika Ustaz : Kalau Umno tak buat? Kita tarik sokongan – tumbang kerajaan! Sebab kita menentukan kerajaan. Kalau kita tarik sokongan, maka akan tumbang kerajaan. Pada waktu itu … ini dipanggil teori – 'minority control majority'.
 Sekarang sistem politik Malaysia, majoriti Melayu, minoriti Cina, tapi Cina kontrol politik Malaysia! Minoriti yang kontrol majoriti. Tapi itu dalam konteks mood mengundi … yang kita bincang ni kerusi… kerusi ni lebih kuat dari mood pengundi, sebab mood pengundi akan berubah. Tapi kerusi , katalah kita dapat 20, ni konfom kita punya 20! Sebab itu Pas mesti ada bai'ah. Kena ada bai'ah calon ni. 

 Ada orang tanya Ustaz : kalau lepas ni ada lagi bai'ah? Memang, baiah ni wajib, cuma yang kita putus dalam syura, yang talaq isteri itu tak adalah…

 Yang talaq isteri tak adalah…talaq isteri tu almarhum Tok Guru Nik Aziz melihat ada kepentingan di Kelantan pada waktu itu. 

 Kita kena ada bai'ah sebab kalau kita 20 kerusi, Umno tak cukup dua lagi nak menang, dia beli tuan-tuan! Beli! Bukan timbang kilo…. Dia beli macam harga emas tu, dia pakai gram! Jadi kalau tak ikat dengan Allah, tak ikat dengan sumpah, mungkin dia akan lompat. Ikat pun keluar lagi!

Komen al-Husseyn:

TITM kata : "Sekarang sistem politik Malaysia, majoriti Melayu, minoriti Cina, tapi Cina kontrol politik Malaysia!" Alahai.....malaslah nak komen stetmen bodoh macam ni. Tapi, orang PAS boleh telan kenyataan itu bulat-bulat walaupun parti yang perintah Malaysia selama ini adalah Parti orang Melayu, PM semua Melayu, Menteri-menteri Kanan semua Melayu, Menteri Besar (kecuali Pualu Pinang) semua Melayu, Sultan semua Melayu, Hakim Negara Melayu, Peguam Negara Melayu, Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara semua Melayu, KSN Melayu, KSU dan Pengarah Jabatan Kerajaan 99% Melayu, SUK negeri semua Melayu, DO semua Melayu, Ketua-ketua Kerajaan Tempatan semua Melayu.... Semua peringkat membuat keputusan ialah Melayu....Tapi Melayu masih tetap dikuasai Cina yang minoriti???

Nak tanya soalan mudah kepada TITM : PAS bertahalluf dengan PKR di Selangor sekarang ini, apakah PAS Selangor telah menetapkan syarat sebagaimana yang TITM sebutkan itu -  Kami boleh sokong dengan syarat, terima Islam sebagai agama. Hukum Allah sebagai peraturan. Halalkan apa yang Allah halal, haramkan apa yang Allah haramkan ??

Kita masih ingat bagaimana Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi orang telah peletakan jawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang sebagai menghormati usul Dewan Ulama mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP. Mereka tanpa didesak mana-mana pihak terlebih dahulu bertindak meletakkan semua jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Pulau Pinang.

Sebaliknya, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengarahkan semua pemimpin PAS Pulau Pinang yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu tidak meletak jawatan seperti disarankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sangat tidak masuk akal untuk Pas bekerjasama sedangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Tetapi orang Pas lebih berpegang kepada jawatan daripada prinsip hingga begitu liat untuk melepaskan jawatan di Pulau Pinang. Fulus! Fulus!

Dimanakah prinsip Pas bila dengan sewenang-wenangnya mahu bersama pula dengan musuh yang dilawannya sewaktu PRU? Bukankah ini satu pengkhianatan kepada para pengundinya? PAS awal-awal lagi sudah merancang untuk mengkhianati para pengundinya sendiri.

Siasatan SRC, RM2.6 bilion balik ke tangan SPRM, Peguam Negara mahu penjelasan

Posted: 18 Jan 2016 12:38 AM PST

Pejabat Peguam Negara hari ini mengumumkan kertas siasatan berhubung isu SRC International dan "derma" RM2.6 bilion dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan berkata ia bagi mendapatkan penjelasan daripada SPRM.

 "Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM," kata kenyataan tiga perenggan itu.

 "Jabatan ini juga mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat." Pada 31 Disember, SPRM berkata ia sudah menghantar kertas siasatan itu kepada peguam negara selepas mengambil keterangan hampir 100 individu termasuk penderma RM2.6 bilion.

 SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion daripada SRC, dan bukan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengecam Apandi dengan meramalkan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap siasatan SPRM itu.

 Apandi membidas Dr Mahathir dengan berkata beliau akan membuat keputusan tanpa takut dan pilih kasih. – 18 Januari, 2016.~ sumber

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


AGAMA - MAMPU KAH SEMUA ORANG BERCAKAP MENGENAINYA?

Posted: 17 Jan 2016 08:34 PM PST

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Hak-hak yang terdapat dalam Islam

Posted: 18 Jan 2016 12:48 AM PST

ISLAM sebagai satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah SWT, tidak pernah meninggalkan
sesuatu ajarannya dengan kabur hingga manusia menjadi celaru dan meraba-raba hingga boleh membawa kesesatan yang tidak berkesudahan.

Justeru, antara ajaran Islam yang jitu lagi terarah kepada kebenaran, ia memperkenalkan kepada manusia sejagat beberapa hak yang mesti ditunai dan dihormati, hak kepada Allah, hak kepada Rasulullah, hak kedua ibu bapa, hak muslim sesama muslim yang lain dan hak jiran adalah antara ajaran Islam yang berjaya membentuk jati diri muslim yang unggul dari segi pegangan, kepercayaan dan pelaksanaan hidup yang diredai Allah.

Hak kepada Allah

Allah SWT adalah matlamat hidup setiap muslim, Dialah yang menjadikan segalagalanya di muka bumi ini untuk kelangsungan kehidupan mereka tanpa sebarang masalah, ia juga adalah
kemudahan buat mereka untuk melakukan ibadat kepada-Nya, justeru hak Allah yang mesti ditunaikan oleh setiap manusia adalah seperti berikut:

1. Mentauhidkan-Nya pada zat, nama, sifat dan perbuatan- Nya dengan kefahaman yang mendalam pada Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah.

2. Tidak beribadat melainkan hanya kepada-Nya, kerana Dialah Yang Mencipta, Memberi rezeki dan menerima segala permohonan hamba-hamba-Nya.

3. Bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang tidak terhingga, nikmat hidup, kesihatan, makanan dan lain-lain.

Hak kepada Rasulullah

Perutusan baginda Rasulullah sebagai nabi dan rasul terakhir merupakan satu nikmat yang paling besar kepada seluruh manusia, kerana kerasulan baginda adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan hidup kepada cahaya dan menunjuk-ajar mereka kejalan kebenaran.
Hak Rasul yang wajib umat Islam tunaikan ialah dengan mencintainya, mentaati ajarannya, melaksana ajaran dan meninggalkan larangannya.

Hak kedua ibu bapa

Islam amat menitik-beratkan persoalan institusi kekeluargaan yang berasaskan kasih-sayang, antara ajaran Islam ialah menghormati kedua ibu bapa yang diletakkan selepas taat kepada Allah dan Rasulullah.

Kedua ibu bapa berhak untuk dihormati, ditaati serta dipatuh segala perintah keduanya seperti yang diarahkan Allah dalam al- Quran.

Menurut ajaran Islam, seorang ibu lebih perlu ditaati, kerana ibu telah mengandungkan anak-anaknya, melahir dan menyusukan mereka, hal ini diperakui oleh baginda Rasulullah menerusi sebuah hadis ketika seorang lelaki bertemu baginda dan bertanya, Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang berhak untuk ditaati perintahnya, baginda menjawab: Ibumu (sebanyak 3 kali) dan pada kali keempat barulah baginda sebut ayahmu.

Hak muslim sesama muslim

Umat Islam sesama mereka adalah bersaudara, bagaikan batu-bata yang memperkukuh bangunan antara satu sama lain, mereka berkasih-sayang kerana Allah berasaskan ajaran al-Quran dan petunjuk baginda Nabi Muhammad s.a.w. untuk menuju satu umat yang kuat.

Justeru bagi mengekalkan kasih sayang yang sedia ada, Islam menganjurkan agar mereka menunaikan hak-hak bagi tujuan tersebut, antara lain menjawab salam, menziarahi ketika mereka sedang sakit, sahut undangannya, mendoakan ketika bersin, mengurus jenazah hingga ke perkuburan.
Kesemua hak jika dapat dilakukan dengan baik, umat Islam pasti akan berjaya dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan khususnya ketika mereka berada di zaman yang penuh dengan fitnah sekarang ini.

Hak jiran

Jiran merupakan anggota masyarakat yang paling hampir dengan diri kita, dia diumpamakan oleh baginda sebagai anggota tubuh badan manusia, malah digambarkan sebagai golongan yang sepatutnya boleh menerima harta pusaka.

Hak yang sepatutnya diberikan kepada jiran antara lain, memberi salam jika mereka orang Islam, menjenguknya jika sakit, mengucapkan takziah atas sesuatu musibah, mengucapkan tahniah atas sesuatu kegembiraan, menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, bersabar atas karenahnya.

Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, mengganggunya, apatah lagi mencuri harta bendanya, malah mereka patut diberi sokongan untuk meneruskan kehidupan jika didapati mereka berada dalam kesempitan.