Jumaat, 9 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Kerusi Mahathir Ditiadakan, Satu "Kesipuan" Yang Dasyat!

Posted: 09 Dec 2016 01:50 AM PST

'Saya minta maaf, saya ambil ingatan Istana Negara milik Najib-BN'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap jemputan diterima menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Sebaliknya tanggapan beliau itu meleset selepas undangan itu dibatalkan.

Beliau berkata telah menerima surat jemputan itu dan mengatakan persetujuan untuk hadir pada majlis yang akan berlansung pada 13 Disember ini jam 11 pagi di Istana Negara.


"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

"Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun."

"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional," ujarnya ringkas dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.

Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu bertarikh 5 Disember dan dialamatkan ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Kedua-dua surat yang membatalkan jemputan untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dimuatnaik di laan web Marina Mahathir kemudian menjadi viral di media sosial sejak dua hari lalu. -TDM


Pakatan: Tak manis batal undangan kepada Dr M

Pakatan Harapan berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memanjangkan semula undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana kejadian membatalkan undangan kepada bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kami kesal ini berlaku, ia tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Pakatan tidak boleh berbuat apa-apa, kita berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pertimbangkan."

"Ini kerana semua bekas perdana menteri dan ketua pembangkang diundang. Jadi nampak tak manis apabila ada bekas PM tidak diundang," kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan.

Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.

"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun," kata Syed Danial dalam surat itu.

Saifuddin mengesali jemputan yang sudah diberi terpaksa dibatalkan, terutamanya apabila kepimpinan parti pembangkang mendokong institusi Raja-raja Melayu.

"Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan meterai perjanjian Januari tahun lalu, dan salah satu intipati perjanjian itu menyokong institusi Raja Berperlembagaan."
-FMT




ULASAN GB

Nampaknya institusi raja-raja pun sudah dipolitikkan, sehingga kerusi Tun pun  ditiadakan di Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara. Alasannya:

"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,"

Sedangkan surat penarikan balik undangan kepada TDM itu sudah pun merupakan satu "kesipuan" (meminjam istilah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)!

Dasyat sungguh era Najib ini. Tak cukup buang sana, pecat sini... kini TDM menjadi mangsa dendam politiknya yang seperti tiada kesudahannya.

Rakyat menjadi semakin celik terhadap kedasyatan pemerintahan Najib dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghukum mana-mana pemimpin yang kejam dan zalim. Tidakkah itu sunnatullah yang sentiasa berjalan sepanjang zaman?

Bukan sahaja Najib dan UMNO BN, malah sesiapa juga yang bersekongkol dengannya akan tetap menerima hukumanNya. Ia telah dijelaskan melalui firman Allah dalam Surah Hud ayat 113 yang menjadi tema blog ini:

"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim;
kelak kalian akan dibakar oleh api neraka.
(ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat
dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan."




FEATURED ADS



Tiada ulasan: