Jumaat, 21 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

Dasar Perumahan Negara - apa bakal dilakukan Najib?

Posted: 21 Oct 2016 04:03 AM PDT

NURUL IZZAH ANWAR
 
ULASAN - Sudah menjadi lumrah kepada setiap menteri kabinet yang baharu untuk mewujudkan dasar-dasar yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Malangnya, sejauh manakah kabinet perdana menteri Malaysia mengkaji impak bagi setiap keputusan yang diambil?

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam terpinga-pinga apabila diajukan persoalan tentang Skim Pinjaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) DBKL melibatkan skim rent to own sebelumnya.

Di dalam Dewan Rakyat, Noh menjelaskan skim sewa beli rumah dengan syarat rumah PPR akan ditetapkan pada RM3,000 supaya ia selaras dengan penerima BR1M dan mudah untuk kementerian membuat semakan sama ada mereka yang dapat rumah ini terdapat dalam senarai tersebut.

Beliau dakwa skim sewa beli atau rent-to own oleh KPKT yang akan diumum Perdana Menteri sebentar lagi untuk perumahan PPR merupakan tawaran kali pertama tidak tepat sama sekali.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah melaksanakan penjualan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur sejak tahun 2009 lagi.

Penjualan ini memberi peluang kepada warga kota membeli rumah kos rendah di bandar dengan permulaan harga RM 21, 500 hingga RM 35, 000 melalui bayaran sewa tetap.
Pada Disember tahun 2013, seramai 1,096 pembeli menerima dokume
n penjualan rumah mengikut skim pembiayaan khas penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan tawaran pinjaman menerusi bantuan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Secara keseluruhannya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menjual 45,358 unit rumah dibawah skim ini. Namun, 21,850 unit rumah, iaitu hampir 50 peratus dibawah bekalan skim ini tidak mampu dibeli penyewa.

Walaupun Skim Pembiayaan Khas penjualan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam memudahkan penyewa membeli dan memiliki rumah, tetapi masih ada kelompongan yang menyukarkan penyewa mendapat tawaran pembelian rumah PPR dan PA DBKL.

Kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan ke atas pinjaman sebanyak 6.5 peratus, di mana 1 peratus adalah untuk kos perkhidmatan dan 5.5 peratus kepada KWSP.

Pada kadar 6.5 peratus selama 25 tahun, harga rumah asal boleh mencecah dua kali ganda iaitu daripada RM35,000 kepada RM70,800. Sewajarnya skim yabg diwujudkan bukan hanya memudahkan, sebaliknya menambah beban kepada rakyat.

Sekiranya kadar dua peratus digunakan, sama seperti yang diberi oleh kerajaan BN kepada projek NFC, peminjam akhirnya hanya perlu membayar sebanyak RM44,400.

Hakikatnya kini, pihak kementerian akan mengulangi kesilapan yang sama sekiranya memperkenalkan dasar yang membebankan orang awam.

Pada 8 September 2016, Noh telah mengumumkan bahawa pihak pemaju boleh diberikan status yang serata dengan peminjam wang.

Malah, para pemaju berhak mengenakan kadar setinggi 12 hingga 18 peratus pada orang awam untuk pinjaman perumahan.

Meskipun kadar faedah ini menghampiri dua kali ganda kadar yang ditawarkan oleh skim pembiayaan khas penjualan PPR yang lalu, Tan Sri Omar tergamak menggambarkan kadar faedah sebegini tinggi sebagai "situasi menang-menang" yang "memberi peluang kepada pembeli membeli rumah dan pemaju menjual rumah iaitu situasi menang-menang."

Kuasa KPKT dalam meluluskan pengeluaran lesen dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 sebaiknya dimansuhkan.

Cadangan ini mampu mengawal selia saluran pinjaman kewangan yang seharusnya berpaksikan Bank Negara.

Kuasa pemberian lesen pinjaman oleh KPKT menjadi konflik kepentingan kepada Menteri, termasuklah dalam hubungan dengan pemaju untuk memperoleh keuntungan sedangkan keutamaan kedua-duanya adalah untuk menolong orang awam yang berpendapatan rendah.

Isu pemberian pinjaman oleh pemaju ini bukan hanya ditentang oleh pihak pembangkang, tetapi ditentang juga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau melihat modul yang dicadangkan oleh KPKT akan mewujudkan perniagaan yang kurang mampan antara pemaju dan pembeli.

Di samping masalah kadar faedah yang terlampau tinggi dan ketidaksesuaian pemaju untuk memberi perkhidmatan pinjaman wang, terdapat beberapa persoalan yang membimbangkan saya dengan Skim Sewa Beli PPR-PA ini.

Apa jaminan pembeli mampu melunaskan bayaran, sedangkan pada kadar bank 4 peratus hingga 8 peratus juga sudah ramai yang terkandas.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu menyatakan kajian dalam menetapkan kaedah menentukan kadar faedah dalam pinjaman PPR-PA yang berpatutan kepada penyewa untuk mendapatkan unit rumah.

Kedua, berdasarkan kajian DBKL yang dijalankan pada tahun 2015, sebanyak 35 peratus daripada 46,454 unit PPR dan PA dipercayai disewa oleh penyewa asal yang berdaftar dengan DBKL kepada penghuni lain, contohnya seperti pekerja asing.

Apakah kaedah dan rancangan menteri untuk pengawasan dan tindakan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan unit PPR yang telah menghalang peluang warganegara yang layak dan berkehendak perumahan kos rendah untuk menyewa ataupun membeli unit PPR?

Terakhir dan terpenting, pengumuman belanjawan hari ini merupakan peluang terbaik PM untuk mengembalikan kredibiliti sistem kewangan yang berpaksikan bank negara dan bukan mengutamakan kebajikan kroni seperti pemaju pilihan.

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 sewajibnya dimansuhkan oleh Perdana Menteri yang setakat ini tampaknya tidak mengendahkan pelbagai garis panduan dan akta di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

NURUL IZZAH ANWAR adalah ahli parlimen Lembah Pantai merangkap naib presiden PKR.

Mana ada logo haram dan syubhah, kata Jakim

Posted: 21 Oct 2016 12:41 AM PDT

MALAYSIAKINI

Di tengah-tengah kehangatan isu pretzel dog, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta orang ramai menjauhi fitnah dalam isu persijilan halalnya.

Facebook bahagian hab halal badan itu hari ini menjelaskan mereka hanya mengeluarkan logo halal sahaja.

"Sehingga ke saat ini tiada logo atau pengesahan haram/tidak halal atau logo syubhah dikeluarkan.

"Jauhi fitnah, moga dirahmati Allah," menurut tulisan ringkas di media sosial itu.

Saranan supaya Jakim memperkenalkan logo haram pernah muncul kira-kira enam tahun lalu yang dibuat oleh ketua Pemuda PAS ketika itu Nasrudin Hassan.

"Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram," katanya.

Gesaan pada Julai 2010 itu dibuat susulan lambakan produk haram yang membimbangkan.

Semalam, gesaan serupa dibangkitkan penyair popular dan lantang Pyanhabib Rahman di Facebook beliau.

"...satu dunia tahu Malaya negara Islam dan rakyatnya Muslim sejak azali dilarang mendekati-memakan benda-benda tidak halal maka apa barang kita kalut pasal sijil `halal'?

"Bukankah yang sepatut dan sebetulnya ialah sijil `haram'?" katanya.

"Contoh: kedai jual arak, kedai jual nombor ekor patut digantung tanda `haram' malah kalau si Asmawi jual kasut kulit katak atau si Rosly jual mi sup daging ular, gantung saja tanda 'haram' dengan logo Jakim di pintu masuk kedai."

Pemenang anugerah hak asasi 7 negara pertahan Maria

Posted: 21 Oct 2016 12:34 AM PDT

Anne Muhammad

Pemenang-pemenang Hadiah Gwangju untuk Hak Asasi dari pelbagai negara tampil menyatakan sokongan kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah yang berdepan hukuman bunuh.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Rama Ramanthan, mereka menentang keras ugutan padanya dan menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak yang terlibat.

"Kami ada mendapat khabar kereta anaknya disimbah cat dan terdapat cubaan untuk menakut-nakutkan beliau, keluarga dan rakan-rakan.

"BERSIH 2 adalah sebuah organisasi yang terlibat, seperti kami, dalam perjuangan yang sah untuk mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan yang bersih dan perbezaan pendapat yang betul.

"Kami menyeru pihak berkuasa di Malaysia untuk melindungi kebebasan untuk perbezaan pendapat dan untuk melindungi Maria Chin Abdullah dan mereka yang lain-lain," kata mereka.

Kenyataan bersama itu melibatkan Basil Fernando (Hongkong), Sushil Pyankurel (Nepal) dan Hermien Y Kleden (Indonesia), Adilur Rahman Khan (Bangladesh), DaIndindeniya Gamage Jayanthi (Sri Lanka), Irom Sharmila Chanu (India), Latifah Anum Siregar (Papua, Indonesia) dan Ng Shui Meng (Laos).

Antara tokoh terkenal yang pernah memenangi Hadiah Gwangju termasuk pemimpin rakyat Timur Leste Xanana Gusmão dan ikon kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi.

Maria, pemenang terbaru hadiah daripada Korea Selatan itu, sebelum ini diugut bunuh melalui gambar manipulasi menunjukkan seseorang ala-IS mengacungkan senjata tajam padanya.

Maria juga membuat laporan polis ini mengenai ancaman terhadap anak-anaknya, selepas kereta anak lelakinya disimbah dengan cat merah.

Dasar Perumahan Negara - apa bakal dilakukan Najib?

Posted: 21 Oct 2016 12:34 AM PDT

Nurul Izzah Anwar 

ULASAN - Sudah menjadi lumrah kepada setiap menteri kabinet yang baharu untuk mewujudkan dasar-dasar yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Malangnya, sejauh manakah kabinet perdana menteri Malaysia mengkaji impak bagi setiap keputusan yang diambil?

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam terpinga-pinga apabila diajukan persoalan tentang Skim Pinjaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) DBKL melibatkan skim rent to own sebelumnya.

Di dalam Dewan Rakyat, Noh menjelaskan skim sewa beli rumah dengan syarat rumah PPR akan ditetapkan pada RM3,000 supaya ia selaras dengan penerima BR1M dan mudah untuk kementerian membuat semakan sama ada mereka yang dapat rumah ini terdapat dalam senarai tersebut.

Beliau dakwa skim sewa beli atau rent-to own oleh KPKT yang akan diumum Perdana Menteri sebentar lagi untuk perumahan PPR merupakan tawaran kali pertama tidak tepat sama sekali.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL telah melaksanakan penjualan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur sejak tahun 2009 lagi.

Penjualan ini memberi peluang kepada warga kota membeli rumah kos rendah di bandar dengan permulaan harga RM 21, 500 hingga RM 35, 000 melalui bayaran sewa tetap.

Pada Disember tahun 2013, seramai 1,096 pembeli menerima dokumen penjualan rumah mengikut skim pembiayaan khas penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan tawaran pinjaman menerusi bantuan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tiada ulasan: