Isnin, 28 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib tidak berhak untuk peluang kedua- Syed Saddiq

Posted: 28 Dec 2015 07:00 PM PST



PETALING JAYA: Juara debat, Syed Saddiq Abdul Rahman merayu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar agar menimbang semula seruannya supaya rakyat Malaysia memberikan peluang kedua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Najib, katanya, telah banyak mencampuri urusan siasatan skandal yang turut melibatkan dirinya sendiri, dakwanya di laman Facebooknya semalam.

Antaranya, mencampuri siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis terhadap 1MDB selain memecat bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Campur tangan dalam siasatan yang dikendalikan amat dikesali oleh rakyat marhaen seperti saya. Ini bukanlah kali pertama beliau dan pasukannya bertindak demikian.

"Patik kira Najib hanya layak diberi peluang kedua jika beliau sedia untuk berundur sementara sehingga siasatan ke atasnya selesai," katanya lagi.

Syed Sadiq mengulas kenyataan yang dibuat Sultan Ibrahim dalam satu wawancara di akhbar The Star baru-baru ini, yang antara lain mengatakan"Saya tahu Perdana Menteri telah dihujani pelbagai kritikan, tetapi bagi saya berilah dia peluang.

"Tahun (2015) sudah sampai ke penghujungnya, kita perlu melangkah ke hadapan. Memang ini tahun yang mencabar buat semua, termasuk saya sendiri," katanya seperti dipetik.

Pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga menyifatkan Sultan Ibrahim sebagai "sumbu harapan rakyat".

"Pinjamkan suara Tuanku kepada kami. Najib sudah diberi peluang berulang kali. Kini tiba giliran rakyat pula diberi peluang," katanya lagi.

Bung Mokhtar kantoi berjudi ????

Posted: 28 Dec 2015 06:30 PM PST

Beberapa keping foto yang disebarkan sebuah blog pembangkang, Omakkau memaparkan seorang lelaki yang didakwa, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar sedang berada di dalam sebuah kasino.

Foto berkenaan kemudiaanya dibandingkan dengan dengan beberapa keping lagi foto lain yang diambil dari akaun Instagram isterinya, Zizie Izzetie.

Berdasarkan foto berkenaan, blogger berkenaan mendakwa indivdu tersebut adalah MP tersebut berdasarkan pakaian yang dipakainya dan mahukan penjelasan.


Mohon Ahmad Maslan Terasa Dengan Sindiran Ini

Posted: 28 Dec 2015 06:00 PM PST


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sesetengah pihak yang sepatutnya mencari penyelesaian bagi rakyat di kala kos sara hidup tinggi dan bukan membuat cadangan membebankan lagi rakyat.

Tanpa menamakan sesiapa, Asri berkata, untuk menjadi menteri, seseorang individu itu perlulah bijak dan tangkas. ‎

"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan istimewa untuknya," kata Asri dalam laman Facebook rasmi DrMaza.com hari ini.

Sebelum ini, seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat, rakyat Malaysia melakukan 2 pekerjaan sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Portal Astro Awani memetik Ahmad sebagai berkata, pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

Selepas cadangan menambah pendapatan dikritik hebat pengguna media sosial, ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.  

"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.

"Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal," katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.

AHMAD MASLAN DIBODOHKAN

Posted: 28 Dec 2015 05:30 PM PST


MAKNANYA

DENGAN CARA

BERLAPIK

HANG BODOH

MASLAN



Buat 2 kerja tidak selesai masalah ekonomi, kata Shahrir Samad

Ahli Parlimen Shahrir Abdul Samad hari ini menolak cadangan  Ahmad Maslan agar pekerja berpendapatan rendah membuat kerja tambahan bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
"Itu bukan jawapan untuk menyelesaikan kesusahan mereka kerana langkah itu akan memberi kesan yang serius terhadap kebajikan keluarga kerana lebih banyak masa dan perbelanjaan perlu dikorbankan," kata ahli Parlimen Johor Baru itu
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/buat-2-kerja-tidak-selesai-masalah-ekonomi-kata-shahrir-samad#sthash.fNM9q82p.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kesian 3.85 kena bodoh
kesian ahmad maslan 
kena dibodohkan shahrir
kah kah kah
shahrir ini parti sama
shahrir ini negeri sama
kah kah kah
tapi kalau dah bangang
nak buat macam mana
tapi memang sah
ahmad maslan ini bangang
kah kah kah
macam mana dapat 3.85?
ini mesti tipu pointer
kah kah kah
BANGANG




-----------

BERBAHASA SEDERHANA

Posted: 28 Dec 2015 05:00 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

KEKADANG saya perhatikan ramai kalangan sesama kita ini kala berbahasa politik kasarnya bukan main seperti mengajak berperang bukan mengajak menuju jalan yang benar.

Memang bila memerhatikan keadaan ini menjadikan kita sedih sebab yang diciptanya ialah permusuhan bukan mengerat silaturahim.

Alangkan baiknya kalau berhujah itu sama-sama mencari kebenaran dan bukan sebaliknya.

Kekadang saya jadi tidak tenang dan paling-paling saya usaha mengundur diri dan membiarkan saja yang berkenaan menang dan rasanya cara itu terbaik banding terus berhujah dengan yang suka sangat 
menggunakan nama samaran jelas keikhlasan tidak ada.
salam bahagia dan selamat maju jaya.


ISMAILY BUNGSU
sabah
28/12/2015

Akibat Mentaliti Bodoh Dari Puak2 UMNO Haramjadah......

Posted: 28 Dec 2015 04:30 PM PST

Raja Kumbang's photo.

AKU cadangkan pihak KERAjaan mewajibkan setiap rumah, dan bangunan xkira swasta dan kerajaan buat pintu dan tingkap berbentuk BULAT macam lubang sebab cai2 bangang UMNQ phobia bentuk salib...kehkehkehkehhhhh

Cai bodo sangat...kecik2 xnak mampos...

SEKIAN...
Raja Kumbang's photo.
Raja Kumbang's photo.Raja Kumbang's photo.

Fuyooo.... Banyaknya....Siapa Bayar Ni ??

Posted: 28 Dec 2015 04:00 PM PST

Zahar Jaa's photo.
Untuk Tahun 2013..2014..dan Tahun ni entah berapa pula...
Nilainya saja dah mencecah jutaan ringgit..

Kesian kat Rakyat yg tiada akses Tenaga Elektrik...bertemankan pelita dan lilin saja bg menerangi...

-Tinggi penggunaan bahan elektrik kediaman PM...mungkin Big MaMa Mengha'renn rambutnya setiap masa.....kann...

Kesian Mat Maslan, Tak Tahu Beza Antara Kerja Dengan Jawatan

Posted: 28 Dec 2015 11:09 AM PST


Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?

Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga menggalakkannya sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Untuk mewajarkan kata-katanya itu, hari ini beliau sekonyong-konyongnya cuba tampil dengan hujah lebih kukuh dengan menjadikan dirinya yang kononnya mempunyai tiga kerja secara serentak sebagai contohnya.

Dalam erti kata lain, Ahmad Maslan cuba meyakinkan rakyat bahawa jika beliau yang berbadan kecil dan agak rendah pula boleh memikul tiga kerja dalam satu masa, apalah susahnya untuk rakyat melakukan sekadar dua kerja sahaja.

Kesian Mat Maslan...beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan. Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja.



 




Jawatan yang disandangnya sekarang adalah anugerah, pemberian atau pilihan yang dibuat Najib Razak selaku Perdana Menteri kepadanya dan ia bukanlah kerja tambahan yang dilakukan kerana tidak cukup pendapatan.

Ia jauh berbeza dengan konsep melakukan dua kerja yang dikatakannya digalakkan oleh kerajaan sebelum ini. Lagi pun, semua orang sedia diberikan lebih daripada satu jawatan, tetapi ramai yang mengelak untuk melakukan lebih daripada satu kerja.

Selain itu, tiga jawatan yang diberikan Najib kepadanya itu, kadang-kadang boleh pula dilakukan secara serentak. Misalnya, di pejabat timbalan menterinya, beliau juga boleh berfungsi sebagai ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.


.

Di ketika yang lain pula, tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO boleh juga dilakukan dengan menggunakan perbelanjaan sebagai timbalan menteri. Balik kawasan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen juga biasanya turut menggunakan kemudahan kereta kerajaan yang diperuntukan kepadanya sebagai timbalan menteri.

Maknanya, walaupun ada tiga jawatan, ketiga-tiganya saling menyenangkan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Sudah tentu tiga jawatannya yang disandangnya itu berbeza dengan dua kerja yang dilakukan oleh seorang kerani kerajaan yang misalnya menjual burger atau meniaga secara kecil-kecilan pada waktu malam.

Dua kerja itu bukan saja saling berbeza, bahkan tidak boleh bantu membantu antara satu sama lain, bahkan merupakan kesalahan pula jika menggunakan kemudahan pejabat untuk berniaga atau kerja-kerja sampingan yang lain.

Oleh itu, perbandingan Ahmad Maslan mengenai dirinya itu tidak betul sama sekali. Beliau sebenarnya ada tiga jawatan yang dianugerahkan kepadanya dalam satu-satu masa yang menyebabkan pendapatannya juga bertambah.

Ia berbeza dengan mereka yang melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan. Jika analogi Ahmad Maslan itu mahu diterima pakai, semua pekerja seharusnya juga diberikan satu atau dua jawatan lain yang bergaji secara serentak, bukannya mereka terpaksa melakukan kerja lain yang berbeza untuk menampung kenaikan kos sara hidup.

Lantaran itu, ramai kawan-kawan dalam UMNO bersungut mengenai kenyataan terbaru beliau dengan berkata, Ahmad Maslan lebih kelihatan sebagai seorang cerdik dan pandai apabila beliau mendiamkan diri berbanding jika mula berkata-kata.

Kata mereka, wajahnya yang bersih dan rambutnya yang sentiasa basah dan bersisir rapi itu benar-benar memperlihatkannya sebagai seorang yang boleh diyakini jika belum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Namun, kata mereka, sebagaimana yang sudah banyak kali dibuktikan sebelum ini, sebaik saja mulutnya terbuka dan lidahnya berbicara, segala tanggapan awal mengenai dirinya akan musnah dengan sekelip mata.

Itulah Ahmad Maslan, sehingga di suatu peringkat apabila ramai yang memperlekeh kata-katanya, beliau segera menunjukkan pencapaian pointer CGPA 3.85 yang pernah dirangkulnya sambil berkata, "saya bukanlah bodoh sangat."

Tetapi dalam beliau mengatakan dirinya tidak bodoh itu, rasanya dalam sejarah Malaysia moden, beliaulah  satu-satunya pemimpin politik yang pernah menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan pencapaian semasa belajar kepada umum secara terbuka.

Sudah tentu orang cerdik tidak melakukan perbuatan seperti itu kerana orang cerdik akan menunjukkan kecerdikannya melalui hasil kerjanya untuk dinilai, bukan dengan cara menayangkan sijil.

Dalam isu GST misalnya, terlalu banyak kata-kata yang pernah dilafazkannya, bukan saja tidak masuk akal, malah dakwaannya cukai baru itu akan menurunkan harga barang, sehingga sekarang masih juga tidak menjadi kenyataan.

Dalam cuba menunjukkan dirinya hebat kononnya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, Ahmad Maslan secara tidak langsung telah mempamerkan ketidakcerdikannya kepada umum.

Bahkan, kesungguhannya mahukan rakyat melakukan dua kerja berbanding menumpukan lebih banyak masa untuk keluarga juga menunjukkan kegagalan kerajaan yang dianggotainya dalam meringankan beban kehidupan rakyat melalui pelbagai perancangan dan program selama ini.

Tiada apa kelebihan yang boleh dibanggakan dengan tiga jawatan serentak Ahmad Maslan itu kerana jika diperiksa, ada pengerusi GLC, selain memegang jawatan di syarikat induk, turut juga menjadi pengerusi kepada berpuluh, malah  beratus anak syarikat yang lain.

Bolehkah mereka juga lebih berbangga sambil mendakwa mempunyai beratus-ratus kerja dalam satu masa? (SH 28/12/2015).

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

dollah yankee

dollah yankee


Kah..Kah..Kah..

Posted: 28 Dec 2015 04:00 PM PST


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Guru buat #8kerja tapi satu gaji

Posted: 28 Dec 2015 05:32 PM PST

 | December 29, 2015
Guru telah lama mengeluh kerana dibebani tugas pentadbiran di samping kenaikan kos sara hidup
guru
PETALING JAYA: Berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru pula melakukan lapan kerja (#8kerja) tetapi hanya dibayar satu gaji.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, guru bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.
Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.
Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.
"Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya," sindirnya.
Saranan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.
Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.

HIPOKRIT: HALANG ATLET ISRAEL TAPI BERDAGANG DENGAN ZIONIS

Posted: 28 Dec 2015 04:50 PM PST

PTPTN: PKR DESAK PEMOTONGAN AUTOMATIK UNTUK GAJI RM4,000 KE ATAS

Posted: 28 Dec 2015 04:48 PM PST

Catatan: Membawa cahaya ke Kampung Ulu Papar

Posted: 28 Dec 2015 04:24 AM PST


IMG_8212
UDARA pagi yang nyaman menyapu wajah ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda itu. Sesekali kami yang berada di belakang terpaksa menutup hidung apabila kenderaan menelusur sisa-sisa tanah merah.
Pemandangan sekeliling tak ubah seperti memasuki ke kampung Melayu di Manong. Ada rumah kayu, ada rumah batu, ada warung-warung kecil dan kedai runcit begitu juga dengan bengkel kampung. Bezanya, ada gereja-gereja kecil, ada banyak anjing di depan rumah.
Setiba di kota Jeselton, nama asal bagi Kota Kinabalu, saya sudah berada dalam hutan jauh di pedalaman Ulu Papar. Jalan ke situ melalui pekan Penampang, bumi Kadazan Dusun terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya itu.
Jantung luruh apabila melihat keindahan sungainya yang luas ditemani pokok dan padi bukit menghijau. Terpukau dengan keindahan itu, ia seperti pernah saya impikan sejak kecil. Atau mungkin pernah melihatnya di kaca televisyen. Syurga!
Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong, Kuala Lumpur bosan, sesak, banyak karbon monoksida, "Not adventure like here lah…" katanya sambil membetulkan duduk di sebuah batu tepi sungai. Hampir saya khayal merenung kocakan sungai.
Jimmy ramah, senang didekati dan sangat sederhana. Orang kata dia tak macam ahli politik lain. Dia aktivis! kata seorang kawan yang sungguh-sungguh mengagumi Jimmy. Dia pernah mogok lapar dan dipukul hingga membuatkan pihak berkuasa di Tawau terpaksa akur dengan tuntutannya melibatkan isu bekalan elektrik.
"Hafiz, hidup kau tak lagi flat saja… full off experience and exitement! Sini kita naik bukit, turun bukit, lompat-lompat belakang kereta, masuk kampung keluar kampung, mandi air gunung. Air sini tak sama dengan sungai sana…" kata Jimmy, ketawa kecil.
20151008_155814Saya hanya tersenyum mengangguk-angguk kepala ralit memerhati lenggok deru sungai yang makin membeku. Alangkah indahnya jika saya terbuang di sini tanpa perlu sibuk dengan media sosial, terpisah dengan dunia luar yang bingit dan hanya menguruskan kebun ubi kayu atau padi bukit.
Hari sudah santak petang. Alice, rakan sejawat baru turun ke sungai. Kawan-kawan lain ada baru hendak ke sungai, ada membantu kak Eton dan Francis memasak. Malam nanti katanya akan ada sebuah 'persembahan magik!'
Jarak antara pekan Penampang dengan Kampung Pongobonon, Ulu Papar sekitar 20 kilometer dari pekan Penampang. Tetapi, kami menempuh perjalanan dua jam setengah untuk tiba dengan empat kenderaan pacuan empat roda akibat laluan tanah merah berlopak, tidak stabil dan berbatu-batu.
Mungkin jika tiada projek penanaman getah berkelompok, perjalanan kami akan mengambil masa lebih lama, antara tiga hingga empat jam. Mungkin jadi 'sangat-sangat adventure'.
Dengan projek penanaman getah berkelompok kerajaan itu, akses jalan tanah merah elok sedikit dari sebelumnya apabila traktor dan jentolak digunakan untuk meratakan tanah supaya mudah lori balak keluar masuk mengambil balak yang sudah ditebang bagi menyediakan tanah bagi anak getah pula.
"Pedalaman sudah kurang hutan. Kalau ada pun semua hutan sekunder," kata Ayong masa berbual dengan Julian yang bertubuh lampai yang menjadi pelatih di Tonibung.
Patutlah tak nampak pokok-pokok besar. Paling-palingpun sebesar dua, tiga pemeluk, itupun tidak banyak. Yang lain hanya pokok-pokok hutan yang masih mentah dan pokok-pokok jenis palma, mungkin pokok rumbia yang tak laku.
Tak tahu bagaimana projek penanaman getah berkelompok akan menguntungkan penduduk kampung dan siapakah yang mengambil laba dari balak yang ditebang untuk menyemai anak getah – itulah yang saya, Ayong dan Julian bualkan hampir sepanjang perjalanan dua jam 30 minit sambil terlompat-lompat di belakang kenderaan pacuan empat roda.
Kira-kira separuh perjalanan, kami merentas anak sungai kecil berbatu. Kawasan itu ada beberapa kain rentang dan sepanduk dengan mesej "Hentikan Projek Empangan Kaiduan", "StopKaiduan Dam" dan lain-lain yang mencela pihak yang memusnahkan syurga kecil itu.
Lewat sungai itu, kenderaan kami dipandu lebih perlahan, jalannya curam, berbecak dan lebih kecil.
"Sini lori tak masuk sebab itu jalan lagi teruk…" kata Ayong.
"Hmmm. Tengok sana habis semua…. Tinggal semak saja," sampuk saya.
"Kalau dari satelit, memang nampak semua hijau…" kata Ayong.
"Main tipu itu bah," tambah saya.
Daerah itu menjadi panas apabila kerajaan BN Sabah bersetuju membina Empangan Kaiduan bernilai RM2.8 bilion yang diluluskan pada 13 April 2009. Bagaimanapun, ia mendapat bantahan keras dari kumpulan sivik dan masyarakat Orang Asal.
Mengikut laporan bulan lalu, kerajaan mahu meneruskan projek itu atas alasan untuk menampung keperluan air yang mendesak. Bermakna, seluruh kawasan melibatkan sembilan kampung, akan tinggal kenangan manakala penduduk asal dipaksa meninggalkan tanah warisan nenek moyang mereka.
"Jadi pertanian kelompok itu seperti tindakan buffer (penampan) sebelum semua proses untuk melaksanakan Empangan Kaiduan siap sepenuhnya…?" soal saya.
"Nampaknya begitulah," kata Julian.
Sepanjang perbualan dengan masyarakat setempat, pertanian berkelompok biasanya melibatkan isu sensitif, lebih sesuai dipanggil skandal melibatkan syarikat tempatan yang ada pertalian dengan agensi kerajaan. Ia tidak hanya melibatkan pertanian berkelompok tetapi juga pembalakan haram.
Saya percaya, masih banyak kawasan hutan di Sabah belum diwarta sebagai hutan simpan dan ada keresahan kuat bahawa hutan itu bakal digantikan menjadi hutan sawit sahaja.
Selepas mungkin 20 atau 30 tahun, 'hutan-hutan sawit' itu akan berubah menjadi hutan-hutan konkrit. Tanah berstatus pertanian akan ditukar kepada status komersil. Harganya melonjak dan sudah tentu kerajaan akan mendapat kutipan cukai lebih banyak.
IMG_2542Sebelum tiba di Kampung Pongobonon, kami berhenti makan tengah hari di salah sebuah rumah penduduk yang juga pusat komuniti masyarakat setempat di Kampung Buayan.
Kelilingnya ditanam pokok tembakau, jambu, betik, rambutan. Cuaca panas meruap tak mematahkan semangat walaupun lutut berasa longgar akibat terlompat-lompat di belakang kenderaan pacuan empat rodai.
Merasa juga saya masakan kampung masyarakat Dusun. Nasi ulam dan kerabunya dimakan dengan sup ayam dan beras padi bukit yang ditanam sendiri.
Sembat berbual dengan bekas JKKK kampung, Mositol Sondigon yang berusia 64 tahun. Katanya segala kemudahan percuma, bukan kerana diberi kerajaan tetapi diusahakan NGO. Kemudahan air menggunakan sistem paip air graviti manakala elektrik menggunakan sistem mikro hidro.
Kampung itu terhampar antara bukit dan lembah di pinggir Sungai Ulu Papar. Ia istimewa dengan kewujudan Sekolah Kebangsaan Buayan yang dibina tanpa akses jalan raya. Jarak antara rumah penduduk dan sekolah itu sekitar 300 meter sahaja.
Jadi, kami berjalan kaki menadah terik matahari. Biasanya, jika ada menteri datang melawat kampung, mereka naik helikopter manakala orang kampung terpaksa mengusung motorsikal mereka di jalan tanah merah.
Masa berkunjung ke sekolah itu, sempat bertemu beberapa guru. Rumah mereka hanya seberang padang sekolah. Masa cuti sekolah, mereka berehat santai tak berbaju sambil merokok. Saya bersembang dengan mereka.
Ada seorang guru dari Terengganu yang sudah berkhidmat 15 tahun. Tanpa menyebut namanya, saya bertanyakan pendapatnya tentang Kampung Buayan. Dia kata dia suka. 'Tenang'.
"Macam mana dengan jalan cikgu?" soal saya.
"Itu kami memang dah biasa. Tak ada masalah…" katanya tersenyum. Mungkin tidak mahu mengulas panjang memandangkan kami bawa logo 'Roket'.
IMG_8263Sebenarnya, DAP tiada masalah memasuki kampung pedalaman Sabah. Mereka sentiasa terbuka walaupun ada saja pihak cuba mengeruhkan suasan dengan melontarkan sentimen, DAP parti Malaya (semenanjung). Hakikatnya, DAP parti Malaysia.
Kami kemudian berangkat ke Kampung Pongobonon kerana perlu memasang khemah. Perjalanan ke pedalaman kampung itu bertujuan melihat kejayaan pemasangan sistem mikrohidro oleh NGO Tonibung dengan bantuan modal insan dari Impian Sabah supaya rumah orang kampung tidak lagi bergelap, malah dapat memperoleh elektrik percuma.
Namun, bukan sekejap orang kampung tunggu bekalan elektrik. Jika Tonibung dan Impian Sabah tidak masuk, mungkin penduduk tidak sempat menikmati kemudahan elektrik kerana air Empangan Kaiduan telahpun menenggelamkan semuanya sekali.
Kejayaan itu usaha keras Adrian Lasimbang yang menerajui Tonibung sejak penubuhannya pada 1991. Ia giat memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada penduduk pedalaman melibatkan pembangunan modal insan dan kemudahan asas.
"Kos tak mahal tapi hairan kenapa kerajaan tak boleh buat?" kata Adrian.
"Kalau belum jadi kerajaanpun boleh buat, kalau jadi kerajaan lagi macam-macam boleh buat," tambah Jimmy.
"Baiklah kita mulakan sekarang," kata Adrian
"Satu, dua, tigaaa….yyeeaahh!" semua bertepuk tangan. Lampu di atas kepala kami di rumah pam bercahaya.
IMG_2511Jimmy memetik suis. Malam yang gelita kemudian diterangi lampu, bermula dari rumah pam kemudian rumah tuan tanah dan di tapak kem. Inilah 'magik' NGO Tonibung bersama Impian Sabah membawa cahaya buat penduduk kampung itu.
"Sistem janakuasa akan beri elektrik kepada 12 rumah sekitar sini," kata Adrian.
Dari rumah pam, kami kembali ke tapak kem dengan menyeberang titi gantung, makanan sudah tersedia secara gotong royong, sup ayam, tumis ikan masin, ayam bakar, beberapa jenis kerabu, dua jenis nasi menjadi santapan kami malam itu.
Paling tidak boleh dilupa ialah keenakan 'ikan polian' dalam bahasa tempatan atau ikan kelah segar dari sungai Ulu Papar.
Bukan semua orang boleh ambil ikan di sungai itu, asal sahaja ia di Tagal, perlulah dapat kebenaran penduduk. Jika tidak, boleh didenda Jabatan Pertanian atau secara tradisi, boleh disoget (didenda) – biasanya dengan seekor babi atau kerbau.
Usai makan, Jimmy dan beberapa ahli jawatankuasa DAP Sabah masuk ke rumah bersebelahan kem bersama yang lain untuk beramah mesra dan memberi penerangan. Beliau duduk bersila di tengah-tengah, dikelilingi penduduk kampung.
Gayanya yang spontan dan sederhana itu begitu mencuri perhatian.
"Kita sudah lama di sini. Kita sendiri tengok, parti-parti tempatan di Sabah datang dan pergi sesuka hati mereka. Yang penting bagi mereka ialah kuasa. Lepas dapat kuasa mereka diam-diam di sana.
Tak sama macam kita Roket, DAP. Kami datang terus masuk ke kampung-kampung berjumpa tuan-tuan…." kata Jimmy.
Asap rokok daun berhembus-hembusan. Sempat saya menyibuk di dapur melihat proses perahan tapai ubi yang telah diperam beberapa minggu lalu.
"Ubi-ubi direbus, dimasukkan dalam baldi ni, tabur yis. Biar beberapa minggu…" kata seorang makcik.
"Air yang mula-mula keluar itulah dipanggil 'lehing', sesuai juga buat ubat demam…" kata Francis yang memerah tapai. Baunya tak ubah seperti tapai ubi yang dibungkus dalam daun getah yang dijual di gerai Melayu di kampung. Proses pengeramannya sama sahaja.
Seperti mana-mana perkhemahan, tak lengkap jika tanpa lagu. Kebetulan Adrian, Alice dan Joe Lugai-Lugai boleh bermain gitar. Kami bersuka-ria malam itu dengan menyanyi dan bersembang politik hingga ke pagi.
Suara kami malam itu mengiringi deruan sungai dan salakan anjing di hutan memecah keheningan malam sehingga santak dua pagi.
Esok, ada tugas lain di Kampung Teriang. Entahlah bila lagi akan ke sini? Mungkin, suatu masa akan datang, mungkin beberapa tahun lagi, saya hanya mampu melawat sebuah empangan raksasa yang menelan segala memori manis saya di syurga kecil ini.