Khamis, 17 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - UMNO Dan PAS Tidak Akan Bertelagah - PM

Posted: 17 Dec 2015 07:00 PM PST


Pas tidak mahu kerjasama dengan UMNO seperti ‘perpaduan penyamun’ - Mohamad Fadli

Posted: 17 Dec 2015 06:30 PM PST

amar

Kerjasama antara dua parti itu perlu mengutamakan Islam, bukan berasaskan politik 

KUALA LUMPUR: Pas menegaskan parti Islam itu tidak mahu melihat kerjasama yang sedang diusahakan dengan UMNO diibaratkan seperti 'perpaduan penyamun'.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerjasama sebegitu tidak akan kekal lama dan akhirnya akan kembali berbalah.

Katanya, sebarang kerjasama antara dua parti itu perlu meletakkan Islam sebagai kepentingan utama.

"Kedua-dua parti perlu ikhlas bila bercakap tentang perpaduan. Kena letak kepentingan Islam mengatasi segalanya dan bukan asas pollitik.

"Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana. Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada Khamis.

Turut menyertai forum itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement, Nasharuddin Mat Isa.

Meneruskan hujahnya, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sentiasa terbuka membincangkan soal agama dan ummah.

Katanya, sejarah pernah tercatat 17 tahun lalu apabila presiden kedua-dua parti duduk di atas satu pentas bercakap dalam nada yang sama tentang Palestin.

Kini, sejarah itu berulang kembali apabila kedua-dua presiden UMNO dan Pas duduk di atas pentas yang sama.

"Cuma usaha kerjasama ini tidak di salah anggap dan tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan.

"Cuma Pas tidak setuju gabung jadi parti tetapi boleh kerjasama dan pada masa sama masih boleh bergaduh," katanya.


FMT

Terbaru drp blog Tun M TAKLIMAT NAJIB

Posted: 17 Dec 2015 06:00 PM PST

Terkini : 30 perkara #MAHATHIR perkatakan kepada #NAJIB

1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

VIDEO - Wanita Hindu Kritik Terorisme Islam Lalu Tercengang Jawaban Dr.Zakir Naik Written By canang

Posted: 17 Dec 2015 05:30 PM PST


MARAH TAK KAJI ISU

Posted: 17 Dec 2015 05:00 PM PST


KEKADANG ada ketua marah terus tanpa kaji isu sebenar dan akhirnya sendiri malu bila dijawab dengan bukti kukuh dan akhirnya koyak malu sendiri.

Kesian dan orang begini tidak layak jaga satu organisasi dan jelas kebodohan diri.

Jangan menganggap diri ketua bijak dan yang cuci tandas atau tukang sapu itu bodoh bangang.

Lain kali elak "koyak" tanya duluan dan marah jika main bantai kesani yang di bawah tak akan hormat kala orang bawahan itu bukan anjing yang tak berani nyalak dan menuding.

cuma kekadang kesan hormat kena jawab secara professional elak malu terus2an.kesian dia!



ISMAILY BUNGSU

Pelajar Hilang Dilarikan Guru Posted by Kita Bantai

Posted: 17 Dec 2015 04:30 PM PST



Kajang, 17 Dis: Seorang guru silat lelaki berusia 30-an kini menjadi buruan polis selepas dipercayai melarikan remaja perempuan berusia 13 tahun yang keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Delima, Batu 14, Hulu Langat, pada Ahad lalu.

Lelaki terbabit dipercayai melarikan Sufi Arifah, 13, selepas remaja tersebut keluar dari rumah dalam kejadian jam 1.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, suspek diburu selepas polis mengambil keterangan dari lelaki yang juga anak murid suspek yang mengaku membantu suspek melarikan mangsa.

"Anak muridnya itu mengaku bekerjasama dengan suspek untuk melarikan mangsa. Dia juga ada memberitahu, gurunya akan membawa mangsa ke Thailand untuk bernikah.

"Kita masih menjalankan siasatan bagi memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya telah pun meminta bantuan unit risikan sempadan PDRM untuk mengesan mangsa.

"Kita sudah hantar semua maklumat dan butiran suspek serta mangsa dan operasi mengesan mereka giat dijalankan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis," katanya memetik laporan myMetro.

Tambah beliau, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau kerana merogol.

Sufi dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu apabila bapanya memeriksa bilik anaknya pada 3 pagi dan mendapati dia tiada di bilik tidurnya.

Bapa Sufi, Mohd Rizal Johari, 40, yang bimbang terus membuat laporan polis berikutan kehilangan anaknya.



Maka kekallah lebai Nuar Berahim seorang diri terpenjara . . . Azmin dan Tun mahathir berpisah tiada

Posted: 17 Dec 2015 04:00 PM PST

Buat Semua Pembaca Yang Setia.......

Posted: 17 Dec 2015 03:43 PM PST


Terima dulu hudud baru jalin kerjasama dengan Pas FMT Reporters

Posted: 17 Dec 2015 08:15 AM PST


Datuk Dr Mahfodz Mohamed

UMNO perlu menerima hudud terlebih dahulu jika mahu hubungan kerjasama dengan Pas terjalin

PETALING JAYA: UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu meneruskan kerjasama dengan Pas.
Itu kata dua Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai peringatan kepada parti Melayu itu yang turut dijadikan sebagai syarat penting jika mahu hubungan kerjasama antara dua parti berkenaan menjadi kenyataan.

Menurut beliau, jika UMNO menolak pelaksanaan huku Islam itu, parti tersebut akan menerima nasib sama seperti DAP.

"Kalau awal-awal mereka tak nak hudud, Ma'assalamah," katanya yang menggunakan frasa Arab bermaksud `selamat tinggal'.

"Dasar Islam, kita tak boleh tinggalkan. Kita pun ada syarat. Kalau nak, ada syarat.

"Salah satu sebab kita berpecah dengan DAP pasal dia tak nak hudud," katanya yang dipetik dari themalaymailonline.com.


Menurut Mahfodz lagi, kerjasama antara Pas dan UMNO akan mengambil sedikit masa kerana pengalaman lalu membuatkan kedua-dua parti lebih berhati-hati.

"UMNO kena ubah dasar kepada Islam. Kita tak tolak [mereka] kita belum terima lagi. Perlu kepada perbincangan selanjutnya," ujarnya.


FMT

Mari satukan ‘kabilah’ kita, kata Najib kepada Hadi FMT Reporters

Posted: 17 Dec 2015 07:30 AM PST


najib hadi

Najib menyeru UMNO dan Pas bersatu dan mengelakkan perpecahan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menyeru agar UMNO dan Pas bersatu, kali ini di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Kedua-dua tokoh itu berkongsi pentas dalam program perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, di sini, pada Khamis.

 


.
Kata Presiden UMNO, Islam sendiri menganjurkan agar umatnya bersatu dan mengelakkan kancah perpecahan.

"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip ini. Ia adalah perintah, bukannya pilihan.

"Maka saya ingin nyatakan; saya yang mewakili kabilah saya, Tuan Guru dengan kabilahnya, marilah berpegang dengan ayat (Al-Quran) ini," katanya disambut tepukan sebahagian hadirin.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, Pas masih belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

Menyifatkan ucapan Najib sebagai bagus, beliau juga menegaskan UMNO perlu menunjukkan keikhlasan mereka dari segi pelaksanaan.

"Belum terima, belum tolak. Kita tunggu dan lihat.

"Pas belum buat apa-apa keputusan, (tapi) seperti apa yang Tok Guru (Abdul Hadi) nyatakan, kena dekatkan lagi hubungan berdasarkan agama," katanya ketika ditemui wartawan selepas perasmian.


FMT

Siapa pihak atasan yang bodoh sombong tu haa?

Posted: 17 Dec 2015 07:00 AM PST


Alahaai.....bodohnya mereka ini! Membantu orang yang dalam kesusahan pun kena ikut fahaman politik ke?

Baghal punya kepala daa..........

Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno 'omong kosong' TMI - Published: 17 December 2015

PM Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Disember, 2015.

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup. Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".

"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu.

"Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani. Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.

Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir. Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.

Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.

Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari semalam. "Namun menteri tidak tiba sehingga jam 2 petang. Selepas itulah kami diberitahu mereka marah kerana kami seolah-olah menjaga pusat pemindahan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong.

"Tindakan ini juga menjawab persoalan tentang PAS akan bergabung dengan Umno," kata Nazree dalam satu kenyataan, mengulas kejadian itu dan mengaitkannya dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap. "Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.

Beliau kesal dengan tindakan Umno Kapar yang didakwanya mempergunakan kuasa mereka di peringkat persekutuan untuk mengusir anggota Unit Amal yang berhari-hari membantu mangsa banjir di sekolah di Meru itu. "Kerana mahu mengejar nama dan 'political mileage', apa saja halal bagi Umno.

Tidak adakah perasaan malu menumpang populariti atas usaha orang lain? "Namun ini tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana kebobrokan Umno sudah lama kita ketahui," katanya. –

17 Disember, 2015.

Posted by mountdweller

NASIHAT

Posted: 17 Dec 2015 06:30 AM PST


KEKADANG beriya-iya minta nasihat tetapi bila dinasihati ia bantah seolah kita tak betul. 

Dinasihati dilawan pula berhujah dan yang tadinya menasihati jadi sama berhujah pula jadinya. Hujahnya kelas kambing!

Memang sesuatu yang diperkatakan itu salah dari segi sistem tadbir dan cara tatakelola tetapi bila dijelaskan dengan menekankan yang tepat jelas berdasarkan pengalaman, lalu dikata kita tidak betul pula.

Kekadang dikasih nasihat yang memang caranya berfikir salah dan kemudian dia kata yang menasihati tak betul, maka akan susah jadinya sebab agumentasi yang dinyatakan memang salah dari segi peraturan dan undang2 sistem kerja yang berkaitan dengan hukum buruh misalnya.

Kekadang melihat diri yang meminta nasihat dan kemudian melawan sebenarnya dirinya sendiri susah tak mampu dan belum berjaya.

Kekadang kesan marah, kepingin juga mahu katakan rumah belum mampu beli/menumpang, kereta tak punya dan asyik minta bantuan orang lain maka jika sudah dinasihati tak mahu terima, jalan terbaik lupakan saja dan biarkan ia atasi sendiri atau jika sendiri memang bijak tidak usahlah minta pandangan orang lain.

Memang kekadang orang kita ini kuat cakap dan berlagak menunjuk seolah dirinya betul sedang hakikat sebenar memang salah dan tak tahu buat kerja.

Susah kalau berhadapan dengan orang semacam ini dan jalan terbaik jahit mulut tak perlu nasihat dan biarkan dia sendiri melakukan yang dia kira benar dan betul.


selamat semuanya?


ISMAILY BUNGSU
Sabah

Membaca politik Azmin Ali?

Posted: 17 Dec 2015 05:45 AM PST

ULASAN

MB Selangor Mohamed Azmin Ali (foto)  kini sudah bergelar Dato' Seri. Dia juga khabarnya baru mendapat seorang menantu. Tiada paparan majlis perkahwinan anaknya itu secara mewah. Dua peritiwa itu tentu menggembirakan MB berkenaan. Apa lagi dalam temuramah akhbar dengan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah sempena hari keputeraan baginda, Sultan Sharifuddin ada menyebut fasal bekas dua MB Selangor yang konotasinya kurang menyenangkan.

Bekas MB itu, Muhamad Mohd Taib disebut atau diceritakan pernah berbohong dengan Almaruh Sultan sebelum ini, manakala bekas MB Abdul Khalid Ibrahim juga ditegur kerana menukar fungsi asal PKNS.


Kedua teguran itu tanpa menyebut kelemahan Azmin, (belum lagi?) merupakan satu hadiah kepada Azmin. Azmin tentu gembira dan rasa senang dengan perkara itu dan boleh menganggap dirinya masih belum ada apa-apa masalah dengan Istana, atau tidak melakukan "ulah" yang menyebabkan Istana terkeduh hati. Apa lagi dia baru menerima anugerah tertinggi membawa gelaran Dato' Seri, keadaan Azmin masih berbulan madu dengan pihak Istana.

Atas kesukacitaan Azmin itu saya penulis marhaen juga mahu mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada sdr Azmin dan isteri atas dua keseronokan itu. Pun demikian, ini bukan bermakna untuk saya tidak menulis serba sedikit berhubung perkembangan atau cakap-cakap mengenai MB itu yang berlaku ke belakangan.

Saya sudah berjanji dua tiga hari lepas akan cuba membuat sedikit sorotan dan komenter mengenai diri MB berkenaan tepatnya tentang sikap beliau dalam mendepani krisis dihadapi parti-parti pakatan DAP dan Pas seperti mana yang dipersoalkan.

Reaksi atau ulasan saya ini ialah ekoran beberapa orang termasuk juga pimpinan tertinggi parti pembangkang dan pimpinan PKR peringkat negeri sendiri ada bertanya saya perihal Mohamed Azmin Ali berhubung sikap politiknya yang dianggap semacam "lari cheses" sedikit.

Mereka rata-rata ingin mengetahui apakah MB Selangor itu "inginkan" atau motif politiknya dengan sikapnya terhadap pembangkang, khsnya DAP dan Amanah yang dianggap berbeza dengan pendirian sepatutnya. Azmin dalam berhadapan dengan kemelut antara parti-parti ini brrsikap persis play safe. Penerimaan atau pun ulasan-ulasan Azmin mengenai krisis yang melibatkan Pas dengan DAP dan juga tertubuhnya Amanah seakan tidak sekata dengan majoriti pimpinan Pakatan yang lain, sebaliknya menyeronokkan sebelah pihak lain.

Lebih mengejutkan lagi kenyataan dan pendirian diambil Azmin berbeza dengan rakan pimpinan dalam PKR yang lain ini termasuklah kontras dengan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan Naib Presiden Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan juga dengan Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail.

"Apa sebenarnya berlaku kepada Azmin, Ti... pelik nampak gaya dan gelagatnya ke belakangan ini?" begitu aju seorang pimpinan PKR peringkat negeri Kelantan tatakala datang menziarahi saya. "Takkan demo tidak tahu, apa yang berlaku di sebaliknya?" Tekan pemimpin itu berserekap jarang dengan saya. Dia mengira saya tahu apa yang berlaku di Selangor?

"Apa sebenar yang Azmin mahukan sheikh?" tanya pula bekas pimpinan tertinggi Pas. "Betulkah dia ada agenda yang istimewa?" Lanjut pimpinan Pas itu yang kini sudah jadi pemimpin parti pembangkang, dengan bersungguh lagi. "Atau enta fikir macam mana dengan Azmin ini. Kita kurang senang dengan sikapnya. Boleh percaya ke dia ni?" Pertanyaan itu menyebabkan saya terkejut. Apabila timbul soal "boleh percaya ke" ia sesuatu yang berat. Bahawa telah ada persepsi buruk kepada Azmin.

Pertanyaan-pertanyaan itu meresahkan saya dan kekok untuk saya menjelaskan. Sebab apa yang berlaku itu didasarkan kepada persepsi dan bukannya kenyataan. Ia ditambah pula dengan teori-teori politik yang tidak mustahil boleh berlaku dan dibayangkan akan terjadi.

Memang beberapa kenyataan Azmin mengenai perbalahan Pas dengan DAP dan juga penubuhan Amanah kemudian perwujudan Harapan Baru tidak begitu kondusif. Azmin menunjukkan sikap kurang setujunya dengan semua masalah atau perkara itu. Dengan mengambil kita Azmin seorang ahli politik yang berhemat, bijak mengeksploitasikan keadaan menyebabkan sikapnya menjadi tanda tanya. Gerak badannya dalam hal ini disangsikan.

Semacam sikap Azmin ada kontradik dalam hal ini. Dalam masa puak Amanah dan DAP mahukan Azmin mengambil sikap tegas dengan Pas, Azmin mengeluarkan kenyataan yang Pas diperlukan dan merupakan rakan dalam kerajaan di Selangor. Azmin mengambil sikap membela Pas. DAP dan Amanah kurang gemar dengan pendirian Azmin itu kerana mereka sudah pun memutuskan hubungan dengan Pas. Apa yang patut bagi mereka, Azmin perlu sama melupai Pas atau setidak-tidanya menunjukkan kecenderongan bersimpati dengan Amanah.

Mereka yang fasih politik memahami dilema kecil Azmin dalam berhadapan desakan Amanah dan DAP. Lebih kejam dari itu Amanah dan DAP, mahukan Adun Pas yang menjadi Exco dipecat dan diganti. Demikian juga penjawat politik yang disandang oleh orang Pas ditukar. Ada desakan yang boleh dianggap suara terpencil dari DAP Selangor membuat desakan dan asakan demikian kepada Azmin.

Amanah  tentu menyokong desakan DAP kerana sebagai seteru Pas, Amanah suka kalau Pas tidak lagi bersama PKR dan diganti dengan mereka. Tujuan kewujudan Amanah itu pun sebenarnya untuk menjadi pengganti kepada Pas. Tetapi hasrat itu tidak disetujui oleh Azmin. Sikap inilah menyebabkan Amanah menjadi konfius, dan mempersoalkan pendirian Azmin kepada pihak mana sebenarnya yang dia sayangi.

Apa yang didakwa dan berlaku ke atas Azmin itu disedari dan diketahui pemerhati politik. Bukan sahaja DAP dan Pas tidak senang dengan Azmin, tetapi dalam kalangan PKR juga tidak bersetuju dengan Azmin yang dilihat lebih berpolitik untuk kepentingan diri daripada kepentingan Pakatan Rakyat, atau Harapan Baru.

Mereka yang sebelum ini menentang Azmin kerana tidak suka dengan stail dan gelagat serta politik terlalu profesional Timbalan Presiden PKR jadi semakin menyesali sikap Azmin.

Dalam konteks ini saya secara peribadi melihat penuh keadilan apa yang berlaku dan dilakukan oleh Azmin itu. Pemahaman secara politik hendaklah dibuat. Kenapa dan mengapa Azmin bersikap demikian, harus difikirkan kepada kedudukannya. Sebelum Azmin dihukum ataupun ditohmoh dengan sesuatu semua orang harus menjadi Azmin Ali yang memegang jawatan MB.

Apabila orang memahami kedudukan Azmin itu mereka akan faham kenapa Azmin bersikap play safe. Langkah Azmin itu bijak sebenarnya dan itulah yang perlu diambil oleh beliau. Azmin kena mengukuhkan kedudukannya sebagai MB terlebih dahulu sebelum mengambil kira hal orang lain apa lagi bersifat kepentingan diri atau puak. Kerana paksi baginya ialah jawatan MB. Jawatan itu lebih penting dari segala-galanya, kerana kalau jawatan itu sendiri lemah maka beliau juga akan lemah.

Dalam hal ini Azmin memerlukan seberapa banyak sokongan kepada kerajaanya. Justeru perbalahan DAP dengan Pas dan kewujudan Amanah yang dilihat memberi masalah kepadanya tidak digemari. Azmin tidak ada masa untuk memecahkan kekuatan sesama sendiri. Dari konteks ini saya setuju dengan sikap terbuka dan tidak menujukkan berpihak yang dipamerkan Azmin itu.

Sejak awal menjadi MB lagi saya menyatakan Azmin harus menumpukan kepada kerajaan Selangor daripada memikirkan soal parti. Tugas dan tanggungjawab mengendung kerajaan Selangor adalah berat dan mencabar. Bukan sahaja untuk dia menunjukkan kemampuan dan kebolehannya, memenuhi kehendak rakyat, tetapi juga membersihkan ansir-anasir yang mahu menngoncangkan kedudukannya. Penggambilan kerusi MB oleh Azmin daripada Khalid Ibrahim itu dalam keadaan bergolak dan panas.

Peninggalan Khalid tempoh hari bukan begitu sahaja melainkan meningalkan masalah buatnya. Apa lagi orang yang sepatutnya menjadi MB bukan Azmin tetapi Dr Wan Azizah Wan Ismail. Situasi itu menyebabkan Azmin terpaksa berhadapan dan mengambil hati dua pihak bagi memastikan dia dapat menjadi MB dengan baik dan mendapat sokongan padu.

Mereka yang setia dengan Khalid terutamanya yang mencari makan dengan bekas MB itu perlu dibersihkan Azmin kerana mereka ini akan menjadi masalah. Walaupun suara mereka seperti nyamuk tetapi cukup menganggu tidur Azmin. Dan ternyata halangan ini berjaya dihadapinya. Sedikit demi sedikit Azmin berjaya meredakan atau melumpuhkan serangan hendap terhadapnya oleh mereka yang simpati dengan Khalid.

Selepas setahun menjadi MB perlahan-lahan Azmin menunjukkan kemampuan dan kewibawaanya. Beberapa masalah yang belum selesai dan ditinggalkan Khalid dapat diatasi dengan baik. Perkara paling pokok dan boleh disifatkan kejayaan Azmin ialah apabila beliau berjaya mencairkan rezeb Selangor yang bernilai berbillion ringgit yang dibekukan oleh Khalid Ibrahim.

Kejayaan lain menyelesaiakan masalah air dimana penswastaan air yang menguntung syarikat kroni kini telah kembali menjadi milik kerajaan Selangor semula.

Dalam masa sama kemampuan Azmin juga terserlah apabila beliau berjaya mengkekalkan hubungan baik selaku MB dengan pihak Istana. Pengekalan dan kejayaan ini sangat penting bagi Azmin demi stabiliti kerajaannya. Perlembagaan tubuh kerajaan Selangor benar-benar dihayatinya oleh. Azmin harus dan telah menjaga sebaik mungkin hubungan beliau dengan pihak Istana. Bertolak dari sini juga Azmin cuba menonjolkan kepimpinan Islam dan Melayu di Selangor yang sejiwa dengan kehendak Istana.

Jadi apa masalah Azmin sekarang ini? Yang didesas desuskan dan sehingga ada yang bertanya saya ialah mengenai sikap Azmin dengan Amanah dan DAP tadi disamping sikap baik beliau dengan Pas. Kedua, ialah mengenai usaha-usaha dijalankan oleh pendokongnya untuk mengukuhkan kedudukan Azmin. Dan ketiga, ini satu andaian semata-mata, bahawa Azmin diramalkan akan melupai bosnya, Anwar Ibrahim apabila sampai masanya nanti dan beliau kini sedang giat membina kekuatan sendiri.

Saya telah menjelaskan kenapa Azmin bersikap demikian dalam melayan DAP dan Amanah itu. Bagi saya tindakan Azmin itu adalah sangat baik dan itulah cara berpolitik yang bijaksana. Sesiapa pun yang berkedudukan seperti Azmin akan mengambil sikap berbaik-baik dengan sesiapa sahaja, kerana Azmin tahu dia tidak boleh mempunyai musuh yang ramai. Apa lagi Pas yang berjiwa Melayu dan Islam sepetinya lebih ngam berbanding dengan DAP. Bagi Azmin Pas adalah pemangking kerajaan dipimpinnya.

Apa juga diperkatakan kini ialah tindakan atau tingkah laku orang-orang Azmin yang dikatakan terlebih dalam tindakan. Mereka ini bertindak menjadi panglima kepada Azmin dan merekalah yang menjadi pagar memperkuatkan Azmin. Dalam masa sama, mereka bersikap rakus dengan mencantas mana-mana orang yang dianggap tidak sebulu dengan Azmin. Kelakuan orang-orang Azmin menjadi masalah kepada Azmin.

Perkara ini sudah menjadi sebutan. Kumpulan ini sedang membina pengaruh untuk Azmin. Langsung daripada itu ada yang membuat telahan bahawa ia adalah persiapan untuk masa depan bagi Azmin bertanding merebut jawatan presiden PKR daripada Dr Wan Azizah. Pemenjaraan Anwar Ibrahim selama lima tahun dikatakan bukan sahaja menggembirakan Umno dan Najib Razak tetapi ia turut sama diseronoki Azmin. Azmin meletakkan dirinya di atas dari takdir menimpa Anwar ini.

Sejauh mana benar dan tidaknya, ia diukur kepada sikap Azmin dalam menghadapi nasib malang Anwar yang terkurung dalam penjara kini. Azmin dikatakan membisu dan tidak berbuat apa-apa kempen untuk membebaskan Anwar. Walaupun kempen itu tidak akan mengubah keputusan mahkamah, sekurang-kurangnya mereka yang simpati kepada Anwar mahu MB Selangor itu menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden bergerak bersama presiden untuk mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar.

Persoalan lain tentang Azmin, dan ini paling menakut dan mengejutkan ialah, berdasarkan kepada filsafat politik itu tidak ada yang mustahil, Azmin juga mungkin tidak akan mempedulikan kepada nasib Anwar. Mungkin dalam perhitungannya Anwar sudah berakhir dalam politik dan tempat itu perlu diganti olehnya. Atas kesimpulan itu maka beliau berhak membuat percaturan baru politiknya dan juga politik PKR di masa depan. Bagi mensukseskan ini Azmin boleh melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak dijangkau oleh pemikiran biasa.

Berdasarkan ini salah satu telahan, tidak mustahil kalau PKR juga nanti akan mengikut jejak Pas untuk bersama Umno. PKR dibawah Azmin kelak tidak mustahil akan meninggalkan DAP secara total seperti mana Pas, dan ketika itu akan wujudlah satu persepakatan baru. Kalau ini berlaku ia tidak merugikan asalkan Azmin diberi jaminan untuk terus kekal sebagai MB Selangor. Cukup dulu setakat ini. [wm.kl.6:21 pm 17/12/15]


Najib petik surah Al-Imran tawar kerjasama PAS-Umno

Posted: 17 Dec 2015 05:00 AM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sekali lagi menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

Najib ketika berucap sebelum merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini berkata Islam menggalakkan perpaduan dan mengingatkan bahaya terlibat dalam perbalahan.
 
 
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah Al-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.

Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.

"Berpeganglah kepada tali Allah dan tidak kepada mana-mana tali lain.

"Oleh itu, saya, bagi pihak kabilah saya (Umno) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya, mari kita berpegang kepada ayat ini.

"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya.

Minggu lalu, Najib juga menghulurkan salam perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno.



Harussani Akui Hadi Pernah Jumpa Bincang Penyatuan Dengan UMNO

Posted: 17 Dec 2015 04:04 AM PST




Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui dijemput untuk berbincang dan mencari kerjasama terbaik yang boleh dilakukan UMNO dan PAS.

Jelas Harussani, antara pemimpin yang pernah berbincang berkenaan perkara tersebut termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sekarang ini saya lihat, apa yang diucapkan Perdana Menteri (Najib Razak), Abdul Hadi kepada saya bahawa kedua-duanya menuju ke arah untuk bersatu.

"Walaupun mereka tidak mungkin bersatu dari segi parti, tapi bersatu dengan satu tujuan, bersatu dalam arah mencari perpaduan ummah. Mudah-mudahan ini akan berjaya.

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr Mahathir...minta saya supaya cari jalan, supaya dapat kita satukan (UMNO dan PAS).

"Alhamdulillah, saya telah temui orang-orang ini dan semuanya telah setuju untuk dapat kita bersatu padu," kata Harussani selepas menyampaikan ucapan selaku panelis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Malah, Harussani berpandangan jika parti-parti politik yang memperjuangkan Melayu dan Islam berpecah, maka ketuanan Melayu dan Islam akan kecundang pada pilihan raya akan datang.

"Kita ada dalam dua tahun sahaja lagi, kalau kita berpecah, kita akan kecundang. Kalau kita bersatu balik, InsyaAllah kita dapat mempertahankan ketuanan orang Melayu di Malaysia ini.

"...kerana di situ juga duduknya kekuatan Islam. Kalau kecundang Melayu, kecundanglah Islam di negara kita ini, jadi habislah perjuangan kita," katanya.

Justeru, beliau mahu semua pihak berfikiran waras, bukan tujuan berpolitik sahaja, sebaliknya untuk kepentingan negara.

Beliau yang mengakui wujud titik persamaan antara UMNO dan PAS bagaimanapun berpandangan kedua-dua parti itu tidak akan bergabung sebagai satu parti politik.

"Umpamanya, boleh berlaku kerjasama dalam perkara yang menjadi polisi...yang menjadi faedah, (jadi) kita sokong. Saya ambil contoh, kerajaan Barisan Nasional (BN)..kalau perkara ada kepentingan walaupun parti satu lagi tidak bersatu (sebagai sebuah parti politik), tapi menyokong.

"Jadi kekuatan kita masih ada. Kalau dia sebagai pembangkang terus membangkang, itu akan merosakkan," jelas Harussani.

Harussani juga berharap supaya pemimpin politik tidak bercakaran di mana kesan pertengkaran itu bakal memberi impak kepada rakyat.



Kanak-Kanak Cedera Parah, Kereta Dinaiki Dilanggar Keretapi Posted by Kita Bantai

Posted: 17 Dec 2015 02:00 AM PST


Sebuah kenderaan Toyota Hilux pacuan empat roda terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah keretapi penumpang di Kampung Mandahan hari ini. 

 
 
 
 
KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar keretapi penumpang di Kg Mandahan, kira-kira 23 kilometer dari pekan Papar, dekat sini hari ini.

Sebuah keretapi penumpang yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux pacuan empat roda di Kampung Mandahan hari ini. - Foto BERNAMA
Sebuah keretapi penumpang yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux pacuan empat roda di Kampung Mandahan hari ini. – Foto BERNAMA
Mangsa yang dikenali sebagai Alexander Askon@Mohd Firdaus Abdul Gaffar berumur satu tahun itu cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abdul Rakman berkata ketika kejadian kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Kg Mandahan menuju ke pantai Mandahan.
"Apabila sedang melintasi landasan keretapi, tiba-tiba (pemandu) terkejut mendengar siren keretapi dari arah kanan dan pada masa yang sama enjin kenderaan itu mati menyebabkan ia tidak sempat mengelak dan dilanggar oleh keretapi itu. Kenderaan berkenaan berpusing sebelum terbalik," kata George dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, kata George, pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan cuma cedera ringan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Papar Penolong Penguasa Dunstan Peter berkata ketika kejadian, keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Papar ke Beaufort.
Katanya pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9.22 pagi sebelum menghantar empat anggota yang tiba di lokasi 22 minit kemudian. – BERNAMA

Semua Pemandu Tak Bagi Laluan Kepada Kereta Najib..

Posted: 17 Dec 2015 01:00 AM PST



Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.

Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:

"Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,"

Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.

Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. - Fadzil Khairi.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Isu peruntukan kerusi SUPP, UPP, SPDP dan Teras selesai sebelum pilihan raya

Posted: 17 Dec 2015 12:00 AM PST


denan-satem

Adenan tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru di semua kawasan.

KUCHING: Isu peruntukan kerusi kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan diselesaikan dengan sewajarnya sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sekiranya parti terlibat tidak dapat mencapai kompromi, sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, beliau perlu membuat keputusan tegas untuk mengemukakan satu pasukan kuat dan bersatu pada pilihan raya itu.

Katanya, beliau tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru di sesuatu kawasan kerana ia akan hanya mengelirukan pengundi untuk membuat pilihan.

Beliau berkata berbeza dengan pada tahun 1980-an apabila BN hanya perlu berdepan dengan beberapa "calon Bebas bodoh", kali ini, ia akan berdepan dengan DAP dan PKR.

"Mereka perlu dipandang lebih serius berbanding beberapa "calon Bebas bodoh"," kata Adenan pada sidang akhbar selepas penanggguhan persidangan Dewan Undangan Negeri, di pejabatnya di sini petang ini.
Perpecahan dalam SUPP dan SPDP melahirkan UPP dan Teras yang "mesra BN".



– BERNAMA