ZAKRI ALI |
- Mukhriz akhirnya bersuara pertahan Muhyiddin, Shafie FMT Reporters
- Sunnah Nabi Tak Ajar Ambil Dana Pertanian RM256 Juta .......
- LEBIH MASA : BAYAR ITU HAK PEKERJA
- Masjid Batu 6 Terbakar Ketika Ustaz Azhar Idrus Mengajar (Gambar) Tranungkite
- Kerana kritik Najib, lapan Ketua UMNO digantung enam tahun Adam Abu Bakar
- Yang Hadir PAU Dapat Habuan Duit Raya ?
- kota o kota
- Jadilah lelaki sejati, dan tinggalkan UMNO – Azalina Adam Abu Bakar
- UMNO/BN akan dapat perhitungan jika pembangkang menang PRU FMT Reporters
- Muhyiddin tidak tercela dengan hal remeh FMT Reporters
- Zaid Ibrahim ramal Muhyiddin tidak kekal lama - Khairil Ashraf
- UMNO Pulau Pinang bidas menteri suruh rakyat makan ‘nasi dengan kicap’ Faiz Zainudin
- Kerjasama Pas, UMNO, satu tawaran yang baik – Ku Li - Faiz Zainudin
- Negara bermasalah angkara Najib Mohamad Fadli
- Rani Kulup ingatkan kumpulan G25, kalau mati gali kubur sendiri FMT Reporters
- Serangan terhadap Najib, ujian Allah- UMNO Kedah Adam Abu Bakar
- Zairil: Umno, bukan DAP, bertanggungjawab skandal YaPEIM, Tabung Haji - FMT Reporters
- Wakil Pahang cadang BR1M dibayar RM500 setiap bulan FMT Reporters
Mukhriz akhirnya bersuara pertahan Muhyiddin, Shafie FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 10:45 PM PST Keputusan Najib Tun Razak tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan besar yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti. Beliau berkata, keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti. "Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat. "Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat. "Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti," katanya pada majlis makan malam di Saloma Bistro pada Jumaat. Hadir sama, ibubapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Muhyiddin dan Shafie. Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sebelum ini lantang mendesak Najib meletak jawatan turut hadir majlis makan malam itu. Mukhriz mengakui beliau berhadapan dengan risiko kerana menganjurkan majlis makan malam itu tetapi ia tidak bermakna tetamu yang hadir mahu menghancurkan UMNO. "Saya akui saya mengambil risiko sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah tetapi jawatan itu tidak penting kerana apabila kita mati, apa yang kita perlukan hanya doa anak-anak. "Perlembagaan parti dan negara tidak menyatakan adalah salah mengadakan majlis seperti ini. Ini adalah hak selagi kita melakukan perkara betul, UMNO akan kekal selama," katanya. FMT |
Sunnah Nabi Tak Ajar Ambil Dana Pertanian RM256 Juta ....... Posted: 11 Dec 2015 10:00 PM PST SHARIZAT IKUT SUNAH NABI Teringat Sharizat berucap di perhimpunan UMNO dan tiba2 teringat ia suapi seorang yang tua usia dan sekaligus teringat nabi suapi yahudi buta yang dalam masa sama memaki-maki nabi. Ini barulah pemimpin namanya dan yang tinggalnya di kondo siap menjenguk dan melihat di bawah kalau-kalau Sharizat yang kita kasihi ada melawatnya. Inilah pemimpin yang harus dicontohi dan nanti kita kenduri potong lembu diraya korban dan daging-dagingnya disedekahkan kepada yang miskin tentu namanya lagi menjulang setinggi langit. Lagi mendapat pujian syukur alhamdulillah NURLIYANA ABDULLAH |
LEBIH MASA : BAYAR ITU HAK PEKERJA Posted: 11 Dec 2015 09:15 PM PST Yang berkenaan bercuti dan tuntutan di atas meja menunggu untuk ditanda tangani. Orang lain tidak boleh tandatangan konon meski sepatut diserah/amanah yang kedua. Kesan lebih seminggu konon, lalu dijawab "sudah lewat masanya seminggu" dan kesannya over time untuk 5-6 orang itu tidak dibayar. Patutkah yang menuntut disalahkan? Ini hak titik peluh orang dan HARUS dibayar meski jumlah tidaklah banyak sangat tetapi itu kerja halal bagi yang kecil gaji itu cukup besar maknanya. Jangan sesuka hatinya guna kuasa menekan dan kasih bodoh kakitangan bawahan sebab itu namanya TIDAK ADIL dan bolehlah dikatakan tidak peka kesusahan orang lain. Saya meski kekadang berkerja lebih masa dan jarang tuntut sebab saya biar Allah membayar sumbangan saya tetapi yang saya bangkit orang lain yang perlu duit ada anak bini dan sanggup berkerja lebih masa. Kamu ingatlah, saya akan FIGHT hal ini hingga dapat dan saya simpati yang di bawah. Jangan kerana kamu tidak ngam dengan yang lain dan yang lain dijadikan mangsa seolah dikasih BUDU dan barangkali mereka takut untuk fight kesan talkut kena benci, tetapi kamu silap saya masih ada memerhatikan tingkah kamu yang berlagak bijak padahal budu. Jelas tiada hati perut langsung dan tidak layak duduki kerusi berkenaan seolah milik bapanya. NURLIYANA ABDULLAH |
Masjid Batu 6 Terbakar Ketika Ustaz Azhar Idrus Mengajar (Gambar) Tranungkite Posted: 11 Dec 2015 08:33 PM PST Sebuah masjid di Kuala Terengganu dikatakan mengalami kebakaran ketika penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus sedang menyampaikan ceramah agama lewat malam tadi. Gambar yang disebarkan melalui media sosial itu kini viral. Menurut pengirim yang menghubungi sebentar tadi, kebakaran tersebut dikatakan berlaku di Masjid Batu Enam dan berpunca dari kerosakan penghawa dingin. "Dengar-dengar kes aircond meletup.. Masjid Batu 6 terbakar, tengah Ustaz Azhar mengajar," kata pengirim yang tidak dikenali kepada sebentar tadi. Menurut pengirim itu lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan sehingga kini. Namun tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dilaporkan berhubung kejadian tersebut. Tinjauan di laman Facebook Ustaz Azhar juga gagal menemui sebarang maklumat mengenainya. Pihak cuba menghubungi beliau untuk pengesahan, namun gagal. -suara tv Kerengga |
Kerana kritik Najib, lapan Ketua UMNO digantung enam tahun Adam Abu Bakar Posted: 11 Dec 2015 04:30 PM PST Mohamad Zin berkata, penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam parti Melayu itu telah mati. Hukuman itu berkuatkuasa pada 2 Disember lalu, iaitu pada hari mereka dipanggil menghadap Lembaga Displin UMNO. Mangsa, Datuk Mohamad Zin Mustapa dari cawangan Taman Datuk Haji Abdul Samad berkata penggantungan ini membuktikan demokrasi di dalam parti Melayu itu telah mati. "Dengan jelas, tindakan ini diambil bagi menutup mulut kami daripada menyuarakan perkara yang benar berkenaan UMNO," jelasnya. Sebelum ini, mereka dalam satu sidang media mendesak Najib meletakkan jawatan ekoran pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Ia membabitkan isu 1MDB dan juga wang derma berjumlah RM2.6 bilion. Jelas beliau lagi, keputusan ini juga menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Razak bukan seorang gentleman seperti yang cuba diuar-uarkan. "Nampaknya beliau (Najib) keliru dengan maksud sebenar 'gentleman'. Dimanakah 'gentleman'nya presiden sehingga orang yang mengkritiknya perlu dihukum seperti kami? "Seorang pemimpin berjiwa besar akan menerima segala teguran yang ditujukan kepada beliau," katanya. FMT |
Yang Hadir PAU Dapat Habuan Duit Raya ? Posted: 11 Dec 2015 04:00 PM PST Tu la hangpa. Kami ajak pi pwtc tak mau. Tengok macam kami. Bas percuma. Siap dapat duit poket. Lepas la nak shopping kat Jalan TAR lepas habis PAU. Kita enjoy!!! |
Posted: 11 Dec 2015 08:30 AM PST Kota tidak lagi membawa makna dan segalanya keindahan tidak lagi seperti dulu lalu kitapun semakin menjauh dan semula memikir untuk kembali seperti yang kita sama rasakan itu. rindu mendengar bunyi dedaunan di semak2 di belakang rumah dan rindu bebunyi burung yang bermain di dahan2 dan kala malam kita mendengar suara2 malam di sekitar sambil sesekali kita melihat bulan pucat di langit diam tanpa bicara apa-apa. kala di sekitar lembah kinabalu, kita merasakan angin membawa salam lalu merembas siap menyapa gubug2 sekitar berbukitan dan menatap puncakmu kinabalu damai itu terasakan sangat meski ada luka terbenam dalam ingatan kekal abadi. di halaman rumahku di desa sejauh mata memandang ada sawah hijau menguning dan kerbau siap menyapa sambil melintas di hadapan rumah di tebasan padi dan segalanya cukup damai dan menyenangkan sekali kelihatanya. begitulah kota tidak lagi menjanjikan kebahagiaan dan kota mengajak kita untuk segera kembali kepadannya yang satu dan hidup memang menyesakkan. memang pahit sangat terasakan segalanya entah siapa saja yang bisa mengerti apa yang kurasakan. terlalu pahit menikam sukma! ISMAILY BUNGSU sabah |
Jadilah lelaki sejati, dan tinggalkan UMNO – Azalina Adam Abu Bakar Posted: 11 Dec 2015 07:45 AM PST Azalina berkta demikian apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai serangan berterusan yang dibuat oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib. KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin yang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak digesa supaya keluar, gesa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. "Saya tidak kira jawatan apa yang disandang. Jika ada niat untuk membantu pembangkang dan bersikap yang memberi keuntungan kepada pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan, secara jujurnya, saya tidak tahu kenapa anda masih ada di dalam parti. "Ini adalah negara bebas. Jika anda tidak gembira, anda seharusnya pergi. Jadilah 'gentleman'. Jadilah lelaki sejati, dan pergilah," katanya. Azalina berkta demikian apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai serangan berterusan yang dibuat oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib. Sebelum ini, Mahathir dalam tulisan di blognya mendakwa Najib cuba memberikannya wang sogokan. FMT |
UMNO/BN akan dapat perhitungan jika pembangkang menang PRU FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 07:00 AM PST Fakta itu adalah perbandingan yang boleh dilihat tentang yang yang berlaku sebelum dan sesudah PRU 2013 yang lalu Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berpendapat, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja pasti akan ditubuhkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara. Bagi menguatkan lagi pandangannya itu beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press menggariskan beberapa perkara bagi menyokong pendapatnya itu di blog kadirjasin.blogspot.my. Ketika PRU 2013
Katanya, pada masa ini mereka boleh lagi untuk membela pemimpin (Najib) tetapi ia tidak mungkin berlaku setelah nyawa politik mereka tercabut. "Adakah logik mengharapkan sokongan kepada UMNO/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?," soalnya. FMT |
Muhyiddin tidak tercela dengan hal remeh FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 06:15 AM PST Beliau seorang pemimpin Umno yang telah membuktikan kesetiaan pada parti, yang berbeza dengan kesetiaan pada tuan Presiden Selaku Setiausaha Agung Umno, Ku Nan selayaknya bingung dengan tindak-tanduk Muhyiddin, tetapi Rahman nampaknya terlepas pandang sesuatu yang penting. Apa yang akan berlaku sekiranya Muhyiddin menghadirkan diri ke taklimat itu? Bayangkan sahaja ketegangan yang mungkin berlaku. Apakah soalan-soalan yang akan diajukan? Bagaimana kalau dia menyangkal penjelasan Najib? Tentunya keadaan seperti itu tidak membantu taklimat itu, Najib dan Muhyiddin. Kedua-duanya nampaknya lega tidak perlu bersua muka. Bukankah Najib juga yang mengatakan dirinya mengigil marah bila mendengar ucapan Muhyiddin dan Mahathir? Apa perasaan Najib sekiranya beliau terpaksa menatap wajah lelaki yang meludah ke mukanya di satu acara yang dihadiri kira-kira 1,000 orang dan disiar secara langsung? Pasti menggegarkan! Adakah itu yang Umno mahukan? Ada beza antara aduan berasas dan hal remeh-temeh. Lagipun, Muhyiddin sedia maklum akan penjelasan Najib berhubung soal 1MDB dan derma yang disalurkan ke akaun peribadi. Mungkin juga, penjelasan itulah yang mendorong beliau menyuarakan penentangan terhadap tuan Presiden. Sekiranya beliau membuat keputusan setelah memikirkan isu berkenaan, kehadirannya hanya akan mengaibkan Najib, tanpa perlu beliau menuturkan sepatah perkataan pun. Muhyiddin nampaknya tidak mahu bergelumang dalam permainan politik taraf rendah. Rakan-rakan parti mungkin beria-ria mahu melabel beliau pengkhianat, tetapi Muhyiddin tetap mengelak menyerang mereka secara peribadi. Sikap yang menyegarkan. Ada beza antara kesetiaan pada Najib dan kesetiaan pada parti, dan Muhyiddin nampaknya telah menunjukkan bahawa kesetiaan pada parti itulah yang menyebabkan beliau mengambil tindakan yang dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap tuan Presiden. Apakah menyeru penyingkiran seseorang presiden itu menyamai pengkhianatan terhadap parti? Melabel seruan itu sebagai suatu pengkhianatan sebenarnya karut dalam suasana demokrasi kerana pemilihan parti yang menentukan samada tuan Presiden kekal atau tersungkur, itupun selepas beberapa siri rundingan dijalankan dan budi bertukar tangan. Umno mahu Muhyiddin spaya berdiam diri, bersuara mengikut saluran yang betul, memahami tempatnya dalam parti, supaya berputus asa, dan menurut perintah. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah, Muhyiddin mendahulukan prinsip mengatasi hidup membisu dikelilingi keselesaan, sikap yang wajar dihormati. Apapun yang berlaku pasca PAU 2015, Muhyiddin Yassin telah membawa dirinya dengan perilaku yang selayaknya ada pada seorang pemimpin. Maka, pemimpin-pemimpin pro-Najib barangkali perlu menghargai ketidakhadiran Muhyiddin pada Selasa malam. Sebaliknya, rakyat yang perlu mengadu kerana tidak dapat mendengar penjelasan Najib. FMT |
Zaid Ibrahim ramal Muhyiddin tidak kekal lama - Khairil Ashraf Posted: 11 Dec 2015 05:30 AM PST Jika mengikut sejarah UMNO, mereka yang menentang Presiden akan dipecat daripada parti. PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim meramalkan Muhyiddin Yassin tidak akan kekal lama sebagai Timbalan Presiden UMNO.Bekas menteri undang-undang itu menjelaskan, sejarah parti itu menunjukkan mereka yang menentang Presiden akan dipecat daripada parti. "Kerana it cara bagaimana parti itu (UMNO) diuruskan. Para pemipin cenderung untuk berkelakuan dengan cara itu. ""Mereka tidak dapat menerima kritikan, mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Saya dipecat daripada UMNO kerana pandangan saya tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya dalam satu wawancara khas bersama Free Malaysia Today di kediamannya. Menurutnya, UMNO bukan merupakan sebuah parti yang matang, progresif, moden dan demokratik dan beliau turut berasa ragu-ragu bahawa parti itu akan berubah. "Itu sebabnya anda mempunyai menteri-menteri dan pemimpin UMNO yang sentiasa memuji Najib kerana itu cara mereka hidup. Mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kecuali dengan menyokong Presiden," jelasnya. Zaid yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti diktator. Beliau berkata, ini kerana ahli-ahli dalam UMNO tidak boleh mencabar Presiden Parti terbabit iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. "Khairy (Jamaluddin) menyokong diktator..tetapi kerana dia fikir dia akan berjaya satu hari nanti, (sebab itu) dia berkelakuan seperti itu. UMNO adalah diktator," jelasnya. Menurutnya, ada sesetengah pemimpin UMNO buta mengenai perkara itu dan ada sesetengahnya menerimanya, terutama yang bijak seperti Ketua Pemuda UMNO. "Tetapi mereka fikir itu merupakan cara bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri," katanya. FMT |
UMNO Pulau Pinang bidas menteri suruh rakyat makan ‘nasi dengan kicap’ Faiz Zainudin Posted: 11 Dec 2015 04:45 AM PST Sebagai menteri, mereka seharusnya mengeluarkan kenyataan yang munasabah untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang khususnya selepas perlaksanaan GST. Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, menteri tidak sepatutnya menyalahkan pihak perniaga apabila harga barang naik, sebaliknya perlu menggunakan kuasa yang dimiliki untuk membetulkan dan mengawal keadaan. "Dulu Datuk (menteri) kata, ada GST barang turun, ni macam mana barang naik pula?, (kita) tanya Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, (mereka kata) oh.. nak buat macam mana perniaga naikkan harga! "Oi!!..jadi menteri ada kuasa, gunalah kuasa, ini dia (menteri) kata harga ayam naik jangan makan ayam, harga ikan naik jangan makan ikan, harga ketam naik jangan makan ketam, harga udang naik jangan makan udang, (habis yang duduk makan) mereka di atas meja ni (menteri-menteri)," katanya semasa ucapan perbahasan presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis, yang diikuti sorakan kuat daripada perwakilan dan pemimpin tertinggi UMNO lain dalam dewan. Tidak cukup dengan kritikan itu, beliau turut membidas kenyataan menteri yang didakwanya tidak masuk akal apabila meminta rakyat makan nasi dengan 'kicap' sekiranya tidak mampu membeli barangan selepas dikenakan GST. "Kita, dia (menteri) suruh makan apa, nasi dengan toyu (kicap). Harga minyak naik (menteri jawab) tak payah naik kereta, naik kereta lembu, munasabahlah sikit kalau nak cakap pun, nak cakap dengan rakyat, biarlah munasabah," katanya. Jelasnya, kenyatan tidak munasabah yang dikeluarkan menteri akan memberi kesan buruk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana gagal melantik menteri yang berfikiran matang. FMT |
Kerjasama Pas, UMNO, satu tawaran yang baik – Ku Li - Faiz Zainudin Posted: 11 Dec 2015 04:00 AM PST Walaubagaimanapun keputusan untuk Pas dan UMNO bekerjasama terletak pada akar umbi kedua-dua parti. Katanya, walaupun ia merupakan saranan yang baik dibuat presiden parti, namun ia perlu diputuskan suara akar umbi di kedua-dua parti. "Saya rasa ia tawaran yang baik tetapi ia bergantung kepada sama ada akar umbi di kedua-dua parti akan menyokongnya di peringkat kedua-dua parti," katanya ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat. Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usaha UMNO mengajak Pas berkerjasama adalah mustahil kerana perbezaan ideologi antara kedua-dua parti itu. Katanya, UMNO dan Pas hanya boleh bekerjasama sekiranya mereka mewujudkan satu pakatan dalam Pilihan Raya akan datang. Pada masa sama Razaleigh turut mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak membenarkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada perhimpunan kali ini, katanya ia satu perkara yang sudah pun diputuskan. Katanya, kemelut yang berlaku dalam UMNO menyebabkan perwakilan yang hadir berada dalalam keadaan serba salah, samaada mahu menyokong Muhyiddin atau presiden parti. "Lihat reaksi daripada perwakilan sebentar tadi apabila ada pihak yang menyindir pemulauan terhadap beliau (timbalan presiden). (maka) disitu jelas membuktikan rasa tidak puas hati perwakilan," katanya. FMT |
Negara bermasalah angkara Najib Mohamad Fadli Posted: 11 Dec 2015 03:15 AM PST Masalah hari ini berpunca dari skandal 1MDB, yang menurut Sanusi Junid angkara Najib tidak boleh mengawal kelakuannya. Bercakap di satu sidang media pada Khamis, bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid mendakwa sebahagian besar masalah yang dihadapi hari ini berpunca dari skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya angkara Najib tidak boleh mengawal kelakuannya. "Kita lihat Najib ini telah dikelilingi orang seperti Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan penerbit filem 'The Wolf of Wall Street," kata beliau. Katanya lagi, rakyat tidak perlu berhadapan dengan kenaikan kos hidup sekiranya 1MDB tidak wujud. "Jika tiada 1MDB, kita tidak akan berhadapan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga minyak, tol dan barang-barang harian." Sanusi menegaskan kesetiaannya kepada UMNO, tetapi dalam nada yang meratap perubahan parti itu. "Kita tidak mahu lihat UMNO jatuh, kerana kita sayang dengan jasa yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lepas. "Kita tidak mahu disebabkan satu pemimpin, negara hancur," kata beliau. FMT |
Rani Kulup ingatkan kumpulan G25, kalau mati gali kubur sendiri FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 02:30 AM PST Kumpulan G25 ini terdiri dalam kalangan pesara kerajaan berjawatan tinggi dan ada yang bergelar Tan Sri PETALING JAYA: Abdul Rani Kulup menyindir kumpulan bekas penjawat awam G25, apabila mencadangkan agar anggota kumpulan itu menggali kubur sendiri jika meninggal dunia.Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu berkata, dia membuat cadangan itu ekoran kumpulan terbabit sering mengeluarkan kenyataan bercanggah berkaitan hukum agama hingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penganut Islam. "Saya tidak faham dengan tindakan G25 ini. Saya pun pesara kerajaan dan G25 ini semua pesara kerajaan berjawatan tinggi dan ada yang bergelar Tan Sri. "Tetapi kumpulan ini macam tidak ada pelajaran kerana sering mengeluarkan kenyataan berkaitan agama yang boleh mencetuskan permasalahan dalam kalangan umat Islam," katanya yang dipetik dari sebuah laman portal. Abdul Rani turut menegaskan, agar polis mengambil tindakan tegas dengan menyoal siasat kumpulan terbabit kerana sering menyentuh isu yang melibatkan sensitiviti agama. Dalam pada itu, dia yang membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tampil membantu polis dalam menyiasat Presiden G25, Noor Farida Ariffin dan mengambil tindakan tegas terhadapnya sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak menghina hukum Allah S.W.T dan perundangan negara. FMT |
Serangan terhadap Najib, ujian Allah- UMNO Kedah Adam Abu Bakar Posted: 11 Dec 2015 01:45 AM PST Perwakilan Kedah, Datuk Othman Aziz berkata ujian tersebut diberikan kerana Allah percaya Najib mampu menangkis setiap serangan dari pelbagai sudut. Perwakilan Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, ujian tersebut diberikan kerana Allah percaya Najib mampu menangkis serangan itu. "Bukan semua boleh jadi Perdana Menteri. Seorang sahaja. Sebab Allah pilih dia (Najib) sebab dia insan terpilih. "Sebab itulah, sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di asak kiri, kanan, depan, belakang dan atas, bawah. Sebab dia Perdana Menteri! "Cuba kalau kita, kita lari awal dah," ujarnya sewaktu perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 pada Jumaat. Jelasnya lagi, Najib mampu menggalas tugas beliau kerana mempunyai kehebatan dan profesional dari aspek pengurusan. "Datuk Seri Najib ni, dia di atas ekoran kehebatan profesional management, dia ada delegasi dan tools of management," ujarnya lagi. Katanya, rakyat tidak seharusnya memikirkan atau mengambil alih tugas Perdana Menteri. "Jadi, saya hendak habaq (katakan), kita jangan dok pi rosot (kusutkan) kepada kita fikir macam PM. Tidak boleh, kita buat kerja yang duduk di bawah itu," katanya. Beliau juga menggesa agar semua ahli parti mencari ilmu, malah mengingatkan supaya ketua bahagian masing-masing membuat kerja seperti 'yang berhormat' dan juga menteri. "Yang kita, bukan kerja kita, kita jangan dok buat. Sebagai ketua bahagian pi cara YB, cara menteri besar. Atur elok dah. "Jadi kita ni ada sense of belonging. Ada hak bersama. Kita parti besar, Datuk Seri tidak boleh buat kerja seorang. "Saya hendak minta balik kepada asas. Kita kena buat kerja dengan ikhlas. "Kita mai (datang) ini pun sebab kita anggap sebagai ibadat," katanya. FMT |
Zairil: Umno, bukan DAP, bertanggungjawab skandal YaPEIM, Tabung Haji - FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 01:00 AM PST Hakikatnya, Umno yang selama ini mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini, kata pemimpin Melayu DAP itu. Menjawab ucaptama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, Zairil bahkan berkata bukan DAP yang bertanggungjawab keatas beberapa kontroversi melibatkan amanah orang Melayu-Islam. "Siapakah yang bertanggungjawab bagi skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di mana dana hasil sumbangan orang ramai didakwa digunakan bagi membiayai seorang pemimpin Wanita Umno dan keluarganya? "Bagaimana pula dengan dakwaan penggunaan duit Yayasan Tabung Haji untuk menyelamatkan 1MDB? "Tidak dilupakan juga skandal Mara yang membabitkan pembelian hartanah bernilai ratusan juta ringgit di negara-negara asing pada harga yang dikatakan terlalu tinggi," ujar Zairil. Najib dalam ucaptamanya pada Khamis berkata rakyat hanya punyai dua pilihan iaitu: menyokong pakatan yang dipimpin UMNO atau pakatan yang dikuasai DAP. Najib menambah negara akan diperintah oleh golongan yang anti perjuangan Islam dan menolak perjuangan Melayu sekiranya pengundi menolak UMNO. "Adalah mustahil untuk orang Melayu hilang kuasa di negara ini. Bukan sahaja hampir kesemua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu, malah dari segi ekonomi pun, kebanyakan sektor juga dikawal jika tidak dimonopoli oleh ahli peniaga Melayu dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang diterajui orang Melayu," jawab Zairil. Malah, tambah beliau lagi, DAP mengiktiraf kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang bukan sahaja perlu dihormati tetapi juga diperkasakan. Perakuan itu, menurut Zairil, dizahirkan melalui pelbagai dasar dan program kebajikan yang memanfaatkan orang Melayu dan penganut agama Islam di Pulau Pinang. "Dari segi politik dan perundangan pula, kedudukan orang Melayu tidak mungkin dicabar, kerana apa-apa pindaan yang berdampak ke atas hak Melayu memerlukan bukan sahaja majoriti dua pertiga di Parlimen tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. "Jika beliau (Najib) begitu berani, sila jawab dengan lurus dan jelas: mana RM2.6 bilion?" soal Zairil. FMT |
Wakil Pahang cadang BR1M dibayar RM500 setiap bulan FMT Reporters Posted: 11 Dec 2015 12:15 AM PST Bayaran RM500 setiap bulan itu adalah wajar memandangkan keperluan kos sara hidup yang tinggi ketika ini Datuk Shahaniza Shamsuddin memberikan cadangan itu selepas melihat masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada ketika ini yang secara tidak langsung menghimpit kehidupan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Tak salahkan kalau kerajaan bayar penerima BR1M setiap bulan daripada setahun tiga kali seperti sekarang ini. "Sebulan RM500 untuk penerima BR1M dan kalau bayar selama 12 bulan, baru RM6,000 sahaja setahun. Bukan banyak pun jika nak dikira kos sara hidup yang tinggi sekarang," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Jumaat. Mengulas lanjut Shahaniza berpendapat, banyak perkara yang tidak kena dilakukan kerajaan berkaitan BR1M kerana ramai dalam kalangan pemohon yang sepatutnya mendapat hak mereka tetapi tidak menerima sebaliknya, pemberian itu diberikan kepada mereka yang tidak layak. "Macamana perkara itu boleh berlaku, itu saya tak boleh nak cakap tetapi kerajaan perlu peka masalah ini sebab ianya akan memberi kesan buruk kepada kerajaan. "Kerajaan dah cuba memberi yang terbaik tetapi akibat kesilapan begini, orang akan bercakap di sana sini tentang ketidakadilan pemberian BR1M oleh kerajaan," ujarnya. Dalam pada itu, Shahaniza mengingatkan para menteri supaya berhati-hati apabila mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada pihak media. Ini kerana katanya, jika kenyatan tersebut dikeluarkan tanpa ada fakta yang bernas ia hanya akan menyusahkan mereka yang berada di Bahagian untuk menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan daripada rakyat. "Minta tolonglah kalau bercakap tu, cakap benda yang betul dan bernas. Janganlah buat kenyataan yang hanya membuatkan rakyat marah. "Kami di kawasan susah nak menjawab apabila menteri membuat kenyataan yang berbelit-belit," katanya. FMT |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |