Khamis, 12 November 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis cadang perhimpunan aman warga teksi di Padang Merbok

Posted: 12 Nov 2015 07:30 PM PST


Polis mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini

Polis mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini.

Polis hari ini mencadangkan kepada penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi mengadakan program berkenaan di Padang Merbok dan bukannya di Dataran Merdeka pada 18 November ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata cadangan itu diutarakan kepada penganjur kerana lokasi asal perhimpunan anjuran Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang iaitu di Dataran Merdeka dilihat akan mengganggu pergerakan trafik pada hari perhimpunan nanti.

Bagaimanapun, katanya pihak penganjur perlu memperoleh kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

"Sehingga kini tiada kebenaran diberi memandangkan pihak penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Sementara itu, Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Kamarudin Mohd Hussain berkata pihaknya secara dasarnya bersetuju terhadap arahan polis untuk menjalankan perhimpunan itu di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu akan bermesyuarat semula pada Sabtu ini untuk mencapai kata putus berkaitan lokasi perhimpunan itu.

"Kami juga masih menunggu jawapan datuk bandar Kuala Lumpur untuk meluluskan permohonan berhubung lokasi perhimpunan.

"Oleh itu, saya menyeru pemandu teksi di sekitar Lembah Klang untuk menyertai perhimpunan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi perbincangan bersama polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Beliau menyasarkan seramai 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang menyertai perhimpunan selama lima jam yang bakal bermula pada 12 tengah hari sehingga 5 petang pada 18 November ini.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pihaknya mencadangkan 3 lokasi bagi pemandu teksi berkumpul iaitu di Jalan Conlay, Masjid Wilayah serta Padang Merbok pada 10 pagi sebelum perhimpunan bermula pada 12 tengah hari.

Katanya, antara objektif utama perhimpunan ini adalah mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi Uberteksi dan Grabcar yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi ketika ini.

Kamarudin pada masa sama turut bertegas tiada sentimen politik dalam penganjuran perhimpunan ini tetapi ianya hanyalah untuk memartabatkan hak pemandu teksi. – Bernama, 12 November, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Peguam negara akui bertanding atas tiket Umno dalam PRU 1990 OLEH LIONEL MORAIS DAN ANISAH SHUKRY

Posted: 12 Nov 2015 07:00 PM PST


Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini.

"Ya, saya pernah jadi calon tetapi semua orang perlu diingatkan setiap suruhanjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan perlu angkat sumpah untuk menegakkan undang-undang.

"Jadi berat sebelah apa yang mereka cakap ini?," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Datuk Ariff Yussof, yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU pada 2004, kemudiannya dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2008.

Apandi berkata beliau sendiri dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 20013, iaitu 13 tahun selepas bertanding dalam PRU pada 1990 itu.

Peguam negara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan beliau bertanding sebagai calon Umno pada 1990.

Apandi kemudian ketika menjadi hakim bagi satu kes di Mahkamah Tinggi Kelantan, diminta memberi respons terhadap permohonan melucutkan kelayakannya mendengar kes itu dengan alasan beliau akan berat sebelah.

"Saya menjadi calon untuk Umno pada PRU 1990 adalah situasi yang sudah lama, 14 tahun lalu," tulis Apandi, ketika menolak permohonan berkenaan pada 18 April, 2004.

Dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pada Selasa, Apandai menafikan beliau pernah memegang jawatan bendahari Umno Kelantan, meskipun pelbagai laporan menyatakan sebaliknya.

Apandi berkata jawatan rasmi tertinggi dipegangnya ialah ketua Pemuda Umno di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tetapi bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu dengan cepat berkata jawatannya dalam Umno "tiada apa-apa" dan tidak ada kaitan dengan jawatankuasa penerangan negeri.

Beliau juga dikenali sebagai "penasihat undang-undang" Umno kerana mengendalikan petisyen pilihan raya parti itu selepas PRU pada 1982.

Tetapi, dalam Perlembagaan parti, tidak wujud jawatan penasihat undang-undang, kata Apandi.

Walaupun ada yang berkata tanpa memegang jawatan, tempoh yang lama dalam Umno akan menyebabkan beliau terhutang budi kepada parti itu, Apandi berpendapat sebaliknya.

Beliau berkata, beliau menghabiskan lebih banyak masa di Majlis Peguam; 12 tahun, berbanding 9 tahun dalam Umno.

"Saya jadi mangsa tanggapan salah kerana setahu saya, tempoh singkat salam dalam Umno – jelasnya saya tidak memegang sebarang jawatan tinggi – digunakan (terhadap saya) untuk mengatakan saya orang Umno dan sebagainya.

"Tetapi, sebaliknya, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam," katanya. – 12 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Peguam negara akui bertanding atas tiket Umno dalam PRU 1990

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. "Ya, saya pernah jadi calon tetapi semua orang perlu diingatkan setiap suruhanjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan perlu angkat sumpah untuk menegakkan undang-undang.
"Jadi berat sebelah apa yang mereka cakap ini?," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Datuk Ariff Yussof, yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU pada 2004, kemudiannya dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2008. Apandi berkata beliau sendiri dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 20013, iaitu 13 tahun selepas bertanding dalam PRU pada 1990 itu.
Peguam negara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan beliau bertanding sebagai calon Umno pada 1990.
Apandi kemudian ketika menjadi hakim bagi satu kes di Mahkamah Tinggi Kelantan, diminta memberi respons terhadap permohonan melucutkan kelayakannya mendengar kes itu dengan alasan beliau akan berat sebelah.
"Saya menjadi calon untuk Umno pada PRU 1990 adalah situasi yang sudah lama, 14 tahun lalu," tulis Apandi, ketika menolak permohonan berkenaan pada 18 April, 2004.
Dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pada Selasa, Apandai menafikan beliau pernah memegang jawatan bendahari Umno Kelantan, meskipun pelbagai laporan menyatakan sebaliknya.
Apandi berkata jawatan rasmi tertinggi dipegangnya ialah ketua Pemuda Umno di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tetapi bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu dengan cepat berkata jawatannya dalam Umno "tiada apa-apa" dan tidak ada kaitan dengan jawatankuasa penerangan negeri.
Beliau juga dikenali sebagai "penasihat undang-undang" Umno kerana mengendalikan petisyen pilihan raya parti itu selepas PRU pada 1982.
Tetapi, dalam Perlembagaan parti, tidak wujud jawatan penasihat undang-undang, kata Apandi.
Walaupun ada yang berkata tanpa memegang jawatan, tempoh yang lama dalam Umno akan menyebabkan beliau terhutang budi kepada parti itu, Apandi berpendapat sebaliknya.
Beliau berkata, beliau menghabiskan lebih banyak masa di Majlis Peguam; 12 tahun, berbanding 9 tahun dalam Umno.
"Saya jadi mangsa tanggapan salah kerana setahu saya, tempoh singkat salam dalam Umno – jelasnya saya tidak memegang sebarang jawatan tinggi – digunakan (terhadap saya) untuk mengatakan saya orang Umno dan sebagainya.
"Tetapi, sebaliknya, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam," katanya. – 12 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-akui-bertanding-atas-tiket-umno-dalam-pru-1990#sthash.NMPzZ7hY.dpuf

Seketul daging yang bernama ‪#‎HATI‬ Perbanyakan istighfar untuk mensucikan hati ~~

Posted: 12 Nov 2015 06:30 PM PST

Hurul Tin's photo. Nabi Muhammad s.a.w bersabda~~

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;


1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
 
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)

Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.


3. Hati yang sakit (qalbun maridh)



Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."




#‎Riwayat_Muslim‬

Ada rasuah sembunyi-sembunyi, ada yang terbuka

Posted: 12 Nov 2015 06:00 PM PST

Abdul MalikIshak Bin Madihi's photo. Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamed berucap pada "2nd Annual Malaysia's War on Corruption Symposium 2015" bertempat di Pullman Bangsar,Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR - Rasuah secara sembunyi-sembunyi harus dikesan dan dihalang daripada menjadi rasuah yang diberi secara terang-terangan, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebagai insan yang telah memimpin negara ini selama bertahun-tahun lamanya, analisisnya sendiri mendapati terdapat dua peringkat rasuah di negara ini.

"Ada rasuah secara sembunyi-sembunyi dan ada rasuah diberi secara terang-terangan," kata Dr Mahathir pada Simposium Memerangi Rasuah Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata, rasuah secara sembunyi berlaku apabila seorang pegawai yang korup tahu bahawa perbuatan itu salah dan ia merupakan satu kesalahan untuk melakukan perbuatan itu, lalu melakukannya secara sembunyi-sembunyi tanpa orang lain mengetahuinya

"Jika ini tidak ditangani, rasuah secara terang-terangan akan berlaku di mana ia kelak menjadi hakikat kehidupan, sesuatu yang berlaku dan anda menerimanya.

"Anda tidak perlu menentangnya kerana semua orang memberi dan semua orang menerima dan ada juga kadar khas... bagi kerja ini, anda memberi sebanyak ini dan untuk kerja itu, anda memberi sebanyak itu.

"Apabila keadaan ini berlaku, (amalan) rasuah menjadi lebih besar kerana semua orang yang terjebak dalam kegiatan ini akan mendapat habuannya daripada rasuah.

"Pada peringkat ini, ia menjadi sukar (untuk dibendung) terutamanya jika orang di peringkat paling tinggi juga menerimanya... baik presiden, perdana menteri ataupun menteri.

" Semua orang menerima rasuah dan tidak ada orang yang memberitahu bahawa anda melakukan sesuatu yang salah atau menyalahi undang-undang," kata beliau.

Dr Mahathir berkata satu cara yang mungkin boleh digunakan bagi mengesan rasuah di peringkat tertinggi ialah dengan melihat gaya hidup mewah seseorang.

"Gaya hidup mewah, seperti memiliki banyak kereta mewah...seseorang yang korup tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang rasuah dan ia bersifat fizikal serta boleh dilihat," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, gaya hidup mewah tidak cukup untuk menjadi bukti di mahkamah.

"Mahkamah mahu melihat orang tampil ke hadapan dan memberitahu 'dia menerima wang daripada saya'," kata Dr Mahathir. - Bernama.

PENYELEWENGAN TERUS TERBONGKAR.......

Posted: 12 Nov 2015 05:30 PM PST




Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mempersoalkan penggunaan dana sebuah yayasan berkaitan kerajaan berjumlah RM223,000 untuk aktiviti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 24 April lalu.


Pengarah NOW, Akmal Nasir ( gambar ) mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang tersebut sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei 2015.



"Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar individu menerima RM223,000 daripada (sebuah) yayasan untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

"Jika ia, apakah bentuk program yang dijalankan ketika PRK Rompin? Apakah bukti program tersebut dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan?," soal Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.



Kata Akmal melalui pemeriksaan beliau, tiada sebarang aktiviti melibatkan yayasan tersebut diadakan di Rompin.

"Jika tiada program ke mana wang tersebut pergi. Kita minta sebagai yayasan yang dipertanggungjawab di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kalau tidak pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil menjawab soalan saya,"

"Isu di sini yang kita bangkitkan. Satu salah laku wang tersebut. Kalau program dilaksanakan dan kalau program menguntungkan calon untuk menang agak payah kerana undang-undang kempen PRU (RM200,000) seorang calon adalah had maksimum.

Jelasnya, jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya yang menyumbang kepada yayasan ini kecewa kerana wang derma mereka disalahgunakan.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahgunakan dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.

Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber laporThe Malaysian Insider

Isu 2 ; Pendedahan dari NOW, satu penyelewengan dan salah guna kuasa......



















INI DIA CARTA CYBER NAJIB????

Posted: 12 Nov 2015 05:00 PM PST

Polis tak akan ‘membabi buta’ tangkap Dr M, kata Kadir Koh Jun Lin

Posted: 12 Nov 2015 04:30 PM PST





Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya bersedia ditahan polis, namun bagi penyokong setia bekas bekas perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya pihak polis tidak akan berbuat demikian.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu berkata ini adalah di sebalik tindakan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan yang menyukarkan kerja polis.

"Saya tidak fikir mereka akan tangkapnya. Terlalu tinggi harganya untuk menangkap Mahathir. Mungkin saya salah, tetapi saya tidak lihat bahawa polis akan membabi buta dan ghairah untuk menangkapnya," katanya pada satu persidangan mengenai rasuah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mahathir semalam bahawa beliau bersedia untuk menghadapi tuduhan berhubung kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4 pada akhir Ogos lalu yang lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.

Kadir juga berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang tindak balas besar-besaran terhadap kerajaan sekiranya Mahathir ditangkap.

Ini kerana, katanya rakyat negara ini akan membiarkan orang lain melakukan apa yang mereka tidak suka dan tidak sanggup tampil mempertahankan hak mereka.

Tambahnya, beliau percaya bahawa perjuangan dirinya dan Mahathir akan tewas kerana berlawan di padang yang tidak sama rata.

Kadir tidak menyebut secara khusus perjuangan yang dimaksudkannya tetapi dipercayai merujuk isu 1MDB dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang didakwa diterima oleh Najib.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku.


Malaysiakini

Derma RM2.6 bilion: Najib setuju beri keterangan kepada SPRM Mohamad Fadli

Posted: 12 Nov 2015 04:00 PM PST


sprmPerdana Menteri akan beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam membantu siasatan memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Perdana Menteri berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.

"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.

"Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Najib berkata, beliau sedia bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Beberapa jam sebelum itu, SPRM menerusi kenyataan media memaklumkan pihaknya akan mengambil keterangan Perdana Menteri setelah pihaknya menghubungi Pejabat Perdana Menteri.

"SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemu bual beliau (Najib) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan siasatan," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Abu Kassim berkata SPRM mensasarkan untuk melengkapkan siasatan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat badan itu boleh mengakses kepada dua pengarah SRC International iaitu saksi penting yang masih berada di luar negara dan diambil keterangan mereka.

"Pun begitu ia tidak menghalang SPRM daripada memanggil Najib untuk diambil keterangan," jelasnya.
Beliau berkata sementara SPRM berhasrat menyelesaikan siasatan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion dengan segera, namun badan itu tidak akan berkompromi dari segi kepentingan bukti dan saksi-saksi penting.

Katanya, SPRM akan memaklumkan status siasatan dari semasa ke semasa kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Beliau berkata, sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPRM mengambil kira harapan semua pihak termasuk kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada awal Oktober.

"SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

FMT

Azmin perli Khalid kerana tak datang DUN tapi ‘tweet’ - Faiz Zainudin

Posted: 12 Nov 2015 08:00 AM PST

Azmin juga menyalahkan media kerana melaporkan berita tidak benar bahawa kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan tarif air selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya. 

azmin-ali,khalid-ibrahim 

SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membidas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menulis 'tweet' tidak tepat berhubung isu kenaikan tarif di Selangor.

Katanya, Khalid sepatutnya datang Sidang Dewan Negeri Selangor bukan hanya tahu 'tweet' 
 menyebabkan media melaporkan berita tidak betul.
"Sebentar tadi dia (Khalid) tweet. 

Tidak perlu tweet sebab dia ADUN, datang (sidang DUN), kalau tweet panjang saya nak kena jawab. Duduk dalam Dewan sebab kerusi ada, kalau tidak mahu kerusi beritahu.

"Dia tweet tidak ada rasional munasabah untuk naikkan tarif air Selangor. bila dia tweet, TV3 ikut, kita ikut benda yang baik, yang tak baik jangan ikut," katanya semasa sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, beliau kesal kerana ada media yang tidak bertanggungjawab melaporkan seolah-olah kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air bagi merosakkan imej kerajaan negeri.

"Saya kecewa kerana ada pihak media yang tidak bertanggungjawab yang telah melaporkan seolah-olah kerjaan negeri bersetuju menaikkan tarif air, ini satu pembohongan, fitnah dan saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media khususnya TV3 sekiranya mereka terus membuat pembohongan ini," katanya.

Katanya, apa yang beliau bentangkan pada Rabu ialah Kerajaan Selangor akan memastikan sebarang kenaikkan tarif air tidak akan membebankan rakyat bukannya bersetuju menaikkan tarif seperti yang disebarkan media.

"Untuk memastikan sebarang kenaikan tarif air tak akan membebankan pengguna dan rakyat Selangor.. di mana saya sebut bahawa kerajaan negeri telah setuju naikkan tarif air? Ini satu pembohongan," katanya.


FMT

AMANAH: Azmin sibuk hari ini 648 Shakira Buang

Posted: 12 Nov 2015 07:30 AM PST


Ekoran kesibukan menteri besar menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya dapat membuat kunjungan hormat ke pejabat Mohamed Azmin Ali, pagi ini.

"Pagi ini kita hanya dapat buat kunjungan hormat dan hanya membincangkan bagaimana memperkukuhkan hubungan parti di Selangor serta sokongan kami kepada menteri besar," kata Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir ketika ditemui Malaysiakini.

Beliau ditemui di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Sebelum itu Anuar menemui Azmin di pejabat beliau kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dapat ditemui Malaysiakini kira-kira dua jam kemudian.

Selain Anuar, turut hadir ialah Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan pengarah komunikasi parti itu, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Azmin sebelum ini dilaporkan bercadang mengadakan pertemuan dengan pimpinan AMANAH pada hari ini untuk berbincang dengan pelbagai isu, khususnya membabitkan hala tuju kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Harapan.

Kerjasama macam biasa

Ia antaranya termasuk menyelesaikan tuntutan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya Pakatan Harapan menandatangani perjanjian bersama kerajaan Selangor.

Desakan itu dibuat kerana setakat ini Selangor belum mengisytiharkan negeri itu ditadbir oleh gagasan Pakatan Harapan walaupun Pakatan Rakyat - yang ditubuhkan dengan PAS - diumum berkubur.

Anuar ketika diminta mengulas perkara tersebut, menafikan ada membincangkan isu pakatan berkenaan.

"Kami tak bincangkan perkara itu (status kerajaan Selangor). Ia hanya kunjungan hormat sebab Azmin sibuk dengan sidang DUN tapi terima kasih kerana masih dapat luangkan masa.

"Kami berkawan dan tak ada masalah langsung, tak ada nak demand, (beri) kata dua semua itu tak timbul di pihak AMANAH," tegas Anuar.

Malah, Anuar berkata kerjasama antara kerajaan negeri dengan AMANAH sehingga kini masih berjalan.

"Kerjasama berjalan seperti biasa, adalah masalah sikit-sikit tapi ia boleh diselesaikan.

Sementara itu, mengulas kenyataan Khalid (gambar) yang mendakwa kerajaan negeri ada 'wanita simpanan' Anuar berkata ia bukan pendirian parti.

"Tak ada, itu kenyataan off cut dan tak perlu dibesar-besarkan. Tak semestinya apa yang dinyatakan itu merupakan pendirian parti.

Diminta mengulas kerjasama dengan PAS pula, Anuar meminta soalan itu diajukan kepada parti tersebut.
"Itu kena tanya PAS," kata Anuar sebelum berlalu pergi.


Malaysiakini.

Amanah sokong penuh Azmin Faiz Zainudin

Posted: 12 Nov 2015 06:45 AM PST


amanahIni bermakna Amanah menerima keputusan Azmin Ali mengekalkan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang memimpin kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan Pas.


Perkara itu itu dinyatakan oleh pimpinan Amanah ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Azmin di SUK pada Khamis, yang diketuai Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

"Menteri Besar menghargai sokongan bulat parti Amanah yang dinyatakan dengan jelas oleh Presiden Amanah dalam pertemuan ini," kata Setiausaha politik Azmin, Shuhaimi Shafie.

Katanya, pertemuan khas antara Menteri Besar dan pemimpin Amanah pada Khamis hanya membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14 ) bukannya hala tuju pentabiran kerajaan Selangor.

Pertemuan lebih satu jam itu, turut dihadiri Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengarah Strateginya, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Komunikasi, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Sebelum ini media melaporkan, pertemuan Azmin dan Amanah adalah bagi membincangkan hala tuju kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan susulan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).

Azmin mendapat tekanan hebat kerana enggan memecat Exco Pas dalam pentadbiran negeri selepas PR tidak wujud lagi dan enggan menerima Pakatan Harapan di Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini membuktikan pimpinan DAP dan PKR terpaksa menerima keputusan Azmin untuk mengekalkan Pas dan menolak Pakatan Harapan di negeri itu.


FMT

Saya tetap tegur walaupun nyawa jadi taruhan – Husam Musa Mohamad Fadli

Posted: 12 Nov 2015 06:00 AM PST


husamTeguran itu berlandaskan pegangannya untuk terus mengkritik sekiranya kerajaan negeri dan Pas membuat kesalahan.

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa menegaskan beliau tidak akan berhenti membuat teguran mengenai kerajaan perpaduan walaupun keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, teguran itu dibuat berlandaskan pegangannya untuk terus menegur sekiranya kerajaan negeri dan Pas membuat kesalahan.

"Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, InsyaAllah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Husam sebelum ini mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit isterinya Isnin lalu, yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berharap kerajaan negeri menimbang tegurannya dengan sebaiknya.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk," katanya lagi.

Husam telah membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu berhubung ugutan yang diterimanya.

"Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan.

"Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan," katanya.

FMT

Betul Ker Husam Pergi, Baik Untuk PAS ??

Posted: 12 Nov 2015 05:15 AM PST



Dewan Ulama PAS sudah menunjukkan jalan keluar kepada Datuk Husam Musa selepas serangan terhadap presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bagaimanapun jika perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia akan benar-benar menguntungkan parti Islam itu?

Penganalisis politik sendiri berbeza pendapat tentang impak pada PAS jika Husam, yang dianggap anak didik ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, keluar parti.

Prof Ahmad Atory Hussain berpandangan mana-mana parti politik memerlukan seseorang yang "radikal" bagi memastikan ia kekal relevan.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika semakin ramai golongan yang "lantang" meninggalkan parti, PAS akan dilihat dikuasai sesetengah golongan sahaja.

"Tinggallah PAS dengan golongan ulama yang konservatif.

"Bagi sesetengah pihak, ada yang suka orang yang agresif kerana penting bagi parti untuk dapatkan idea baru. Tapi saya lihat PAS tak begitu gemar orang yang mempunyai idea-idea baru," katanya.

Atory juga melihat tindakan anggota parti itu keluar parti berlaku kerana usaha menjadikan PAS parti yang sesuai dengan peredaran semasa dilihat sebagai tindakan menentang.

Bekas pengajar berkaitan politik dan pentadbiran awam itu juga melihat keadaan yang melanda PAS kini sama seperti yang pernah berlaku dalam Umno.

"Kita bimbang trend ini berlaku dan akan menjadi seperti negara Arab yang mana golongan bijak pandai lari.

"Dan apa yang jadi di negara Arab sekarang, tinggal pak lebai yang memerintah," katanya.

Ahli akademik 59 tahun itu juga menyatakan kebimbangan PAS menjadi sebuah parti pak turut jika Husam dan anggota parti yang sealiran dengannya mula meninggalkan parti Islam itu.

"Pandangan saya, semua parti sukakan orang yang yes man (pak turut). Lagi ramai yes man lagi bagus pada mereka," katanya sambil ketawa.

Duri dalam daging

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat Husam wajar keluar daripada PAS kerana tidak lagi "sehaluan" dengan pendirian parti.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, sebagai anggota PAS, Husam tidak patut memburukkan parti secara terbuka.

"Kalau berterusan begini (kritik parti) akan timbul masalah dan dari segi jangka masa panjang, (ia) akan bawa kesan tak baik pada parti.

"Kalau ingin terus bersama PAS perlu ada mekanisme yang lebih baik supaya tidak menjadi isu besar dalam PAS.

"Kalau tak mahu keluar parti tak perlu cakap secara umum apa kelemahan parti," katanya.

Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berkata, kenyataan yang dibuat Husam membayangkan PAS kini kucar-kacir.

Katanya, kritikan terhadap bukanlah satu masalah tetapi sekiranya ia menimbulkan ketegangan, individu tersebut tidak sesuai terus berada dalam parti tersebut.

"Ramai ahli dari parti lain kalau tak senang dengan pimpinan buat kenyataan di luar (parti). Kalau kerap sangat sehingga membawa kepada isu besar, tak sesuai ada dalam parti," katanya.

Justeru itu, bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14, Dr Nik Ahmad (gambar) menasihatkan PAS supaya memastikan tiada "duri dalam daging" dalam parti.

"(Anggota) Yang tak beri kebaikan harus keluar.

"Proses untuk mencari duri dalam daging ini perlu bagi berdepan pilihan raya umum ke-14. Saya rasa semua parti perlu melalui proses ini bagi bersiap sedia hadapi pilihan raya akan datang," ujarnya lagi.

Menang jadi arang, kalah jadi abu

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu ditimbulkan Husam, termasuk mengkritik Presiden Hadi dan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ketika ramai pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, Husam (gambar) antara yang masih setia bersama parti itu.

Husam melalui politik penuh warna-warni bermula daripada seorang pegawai Nik Aziz sehinggalah kepada kepada seorang exco kanan Kelantan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu terkenal dengan kempen menuntut royalti minyak negeri itu sebelum ini.

Persoalannya jika Husam terasak keluar dengan kasar, adakah keadaannya nanti ibarat yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang?

Husam akan mengumumkan keputusannya di Kota Bharu malam esok.






Husam tidak perlu akur kepada ulama naif

Posted: 12 Nov 2015 04:30 AM PST


 
PERSIMPANGAN

Khabar pada malam 13 November (malam esok) Husam Musa akan berceramah di Kota Bharu Kelantan. Ceramah Husam ini merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong beberapa hari lalu yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman Pas yang melibatkan presiden parti tersebut bernama Abdul Hadi Awang.

Ceramah Husam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau membisu walaupun Pas berkemelut ekoran tertubuhnya AMANAH. Husam beruzlah (menyunyikan diri) seketika tanpa mempedulikan politik kerana uzur.

Toh, sebaik pulih dari keuzuran Husam tidak menunggu lama untuk memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dan ahli politik bagi membetulkan apa-apa keadaan yang dikira pincang pada akalnya dan perlu diperkatakan demi rakyat dan negeri.

Kerana isi ceramahnya malam itu terkena kena ke atas batang hidung presiden, ia menjadi kontroversi dan panas. Mereka yang mentaksubi Hadi dan menganggap dia adalah peribadi ulama sejati; sambil membela Hadi, membaling tuduhan kesat kepada Husam. Berbagai-bagai cacian dan nesta dilemparkan kepada Husam tanpa melihat kebenaran atau justifikasi apa yang didedahkan Husam.

Juak-juak dan para permuja Hadi marahkan Husam. Serban dan jubah Hadi telah menutup minda mereka untuk daripada melihat dunia secara realiti. Tidak menjadi masalah kalau "pahlwan lembu" yang membelasah dan membalun Husam dalam facebook dan media baru sebagai mempertahankan tindakan huduh Hadi. Tetapi apabila Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad sendiri meminta Husam keluar Pas dan menyertai parti AMANH, ia dianggap sudah melampau. Mahfodz beranggapan Pas sebagai hak mak bapak dia.

Isteri Husam Diugut Bunuh.. Tayar Salahuddin Di Toreh..

Posted: 12 Nov 2015 03:45 AM PST




Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.

"Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan," kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berhubung perkara itu.

Sementara itu keganasan nampaknya tidak terhad kepada keluarga Husam saja kerana Salahuddin sendiri mengalami 'cabaran' yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan AMANAH di Kelantan.


Pagi tadi, kata Salahuddin, salah satu tayar kenderaan pacuan empat rodanya ditoreh dipercayai dengan benda tajam.

Menurut bekas Naib Presiden PAS itu, beliau bersama rakan pada awalnya tidak menyedari sabotaj tersebut sehinggalah kenderaan yang mereka naikinya hilang kawalan dan hampir merempuh sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyifatkan ia cuma "kerja budak-budak nakal".

Katanya, tayar ditoreh itu adalah yang berada di bahagian kiri depan kenderaannya.

- mkini

Zahid cetus kekecohan di Dhaka, tangguh MOU pekerja

Posted: 12 Nov 2015 03:00 AM PST



Mnteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamidi mencetuskan kekecohan di Bangladesh selepas beliau menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.

Zahid berbuat demikian selepas menghantar surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa "cadangan syarikat terpilih Malaysia" mesti dimasukkan ke dalam MOU.

"Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.

"Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan," kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam surat bertarikh 6 November.

Beliau tidak menyatakan mana syarikat yang dimaksudkannya tetapi adalah dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entitit tunggal dan eksklusif" untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.

Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".

Kaitan Bestinet dan Synerflux

Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid , Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.

Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.


Semakan Malaysiakini, bagaimanapun, mendapati Synerflux dikaitkan dengan Bestinet, melalui firma lain iaitu JR Joint Resources.

Pengarah Bestinet termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Azmi Khalid dan bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Tengku Omar Tengku Bot.

Tengku Omar juga adalah pengarah di JR Joint Resources, syarikat di mana pengarah Synerflux Nor Alizat Pungot berkhidmat.

Malaysiakini telah menghubungi Synerflux, JR Joint Resources dan Bestinet untuk mendapatkan komen mereka.

- mkini

Kegagalan Najib Razak

Posted: 12 Nov 2015 02:15 AM PST



Pandangan dunia mengenai MalaysiaMinggu lepas Perdana Menteri akhirnya mengaku bahawa 1MDB adalah satu perniagaan yang gagal.


Walaupun Perdana Menteri kita adalah seorang billionaire (kerana lebih RM2.6 billion terbukti dijumpai di dalam akaun peribadi beliau), dan beliau merupakan ketua penasihat 1MDB, syarikat tersebut ternyata gagal untuk mencapai misi yang patut dicapainya.


Setelah berbulan-bulan sebelum ini Perdana Menteri memaklumkan kita semua bahawa aset 1MDB melebihi liabiliti, dan cuba menipu mengatakan 1MDB tidak pernah kerugian lagi, ternyata semua kata-kata tersebut adalah kosong semata-mata. Ianya tidak lebih hanyalah untuk meyedapkan hati sendiri sahaja.


Ini kerana, rakyat sudah bijak mengkaji dan berfikir bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya untuk 'mewangikan' bangkai yang busuk seperti 1MDB.


Kini setelah ternyata tiada apa bukti yang boleh ditunjukkan untuk menidakkan kebenaran, mereka beralih kepada hujah bahawa pelan rasionalisasi 1MDB sedang menunjukkan kejayaan.


Amat berbeza sekali tujuan 1MDB ditubuhkan dan tujuan pelan rasionalisasi tersebut. Pada asalnya 1MDB kononnya akan meningkatkan ekonomi Malaysia dengan terbinanya Bandar Malaysia, dan turunnya kadar letrik negara kerana pembelian IPP serta penyenaraiannya di dalam bursa. Pendek kata, 1MDB akan memakmurkan Malaysia dengan pembangunan ekonomi yang mampan tanpa menggunakan hutang kerajaan yang besar.


Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh kerana penyelewengan telah berlaku dan wang berbilion telah hilang, maka tujuan 1MDB ditubuhkan telah bertukar kepada proses pembayaran balik hutang yang lebih banyak bertimbun. Maka bermulalah proses menjual semula aset aset yang telah dibeli melalui hutang, supaya wang yang akan diperolehi digunakan untuk membayar balik hutang-hutang tersebut. Tersenyum lah para pemberi hutang dan bank-bank yang berkaitan.


Rakyat Malaysia akan kehilangan aset-aset tersebut kepada pihak swasta dan pihak luar; hanya kerana Perdana Menteri dan konco-konconya di dalam 1MDB tidak tahu bagaimana hendak berniaga. Mereka cuma tahu menghilangkan wang sahaja. Hinggakan tidak cukup untuk membayar pinjaman mahupun bunga pinjaman. Tanah yang sepatutnya tanah kerajaan yang dikhaskan untuk pembangunan bumiputera juga mungkin akan terjual kepada pihak asing.



Bahkan wang rakyat berjumlah RM950 juta telah diberi oleh kerajaan untuk menolong 1MDB melangsaikan bunga pinjaman. Alangkah baiknya wang tersebut dapat diguna untuk membayar konsesi tol supaya rakyat tidak payah menampung kenaikan harga tol yang tinggi. Ini tidak, wang tersebut hangus cuma untuk membayar kepada peminjam sahaja.


Disebabkan Perdana Menteri pada mulanya cuba menipu rakyat dengan mengatakan semua berkenaan 1MDB adalah baik-baik sahaja akan tetapi bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru selamanya. Oleh itu sememangnya kita boleh isytihar bahawa kepimpinan Perdana Menteri ini adalah yang terburuk di dalam sejarah Malaysia.


Semasa isu RM2.6 billion mula dibocorkan kepada umum oleh suratkhabar Wall Street Journal, Perdana Menteri telah memfitnah Tun Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa bekas perdana menteri itu telah bersekongkol dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau melalui tuduhan yang tidak betul.


Fitnah tersebut terbukti tidak benar apabila bukti bukti yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa memang betul Perdana Menteri telah menjadi seorang billionaire di dalam tahun 2013. Dari mana atau untuk apa wang tersebut tiba tiba muncul, tidak pula diberitahu. Bahkan ramai di dalam Umno yang terperanjat dan siasatan pun dimulakan. Malangnya, beliau telah memecat orang-orang yang sedang menyiasat bukti-bukti tersebut.


Pandangan dunia mengenai pemimpin Malaysia


Perdana Menteri juga berkata bahawa punca Tun Dr Mahathir marah kepada beliau kerana kononnya Perdana Menteri tidak mahu menjadi proksi.


Akan tetapi, oleh kerana umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri tidak tahu mentadbir negara dengan betul dan ternyata lebih cuba melindungi kroni-kroni beliau seperti Jho Low dan juga lebih mementingkan orang yang tidak cerdik tapi cuma tahu menjadi setia membabi buta sahaja, maka adalah lebih baik jika Perdana Menteri ini mempunyai proksi.


Mengapa? Supaya dia dapat dipimpin tangan dan diperbetulkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik (seperti melambatkan penyiasatan ke atas dirinya, meletakkan orang-orang yang mengampu dan melindungi beliau), dan akhirnya cukup pandai untuk meletakkan Malaysia di landasan yang betul.


Daripada mengikut telunjuk Amerika dalam hal TPPA atau menjadi pak turut kepada Jho Low dalam hal 1MDB lebih baik jika beliau menjadi proksi kepada penasihat-penasihat yang lebih bagus dan tidak berkepentingan. Sebenarnya Perdana Menteri patutnya menjadi proksi kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengarlah dan lihatlah reaksi rakyat Malaysia terhadap kepimpinannya. Buat apa mendengar reaksi dari tukang ampu dan tukang kipas di kalangan menteri kabinet?


Mereka cuma tahu menjaga periuk nasi diri sendiri sahaja; bukannya untuk rakyat. Pangkat 'wakil rakyat' itu hanya pada nama sahaja. Mereka cuma wakil kepada perut masing-masing.


Langkah seterusnya untuk Perdana Menteri lakukan adalah dengan segera mengakui bahawa ekonomi Malaysia sedang goyah dan kadar matawang ringgit tidak sebagus dulu. Usahlah beliau dan menteri-menteri kabinet membuat ucapan yang kedengaran amat tolol dan terpekik pekik mengatakan ekonomi Malaysia adalah utuh dan kuat.


Kita tidak mahu dipimpin oleh para pemimpin yang buta tuli terhadap realiti dan hanya tahu menyelamatkan diri sahaja.


Amat malang bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang suka membuat ucapan yang tidak benar dan tidak berani berdepan dengan masyarakat umum. Dua kali beliau lari dari majlis yang beliau patut hadiri.


Beliau seringkali mengatakan tidak pernah menggunakan wang RM2.6 billion untuk tujuan peribadi tetapi di mana buktinya? Mana butiran perbelanjaannya? Mana resit-resit bayaran apabila ianya dikatakan digunakan untuk memerangi ISIS dan Yahudi? Setakat cakap menghabiskan air liur sahaja mana mungkin orang yang ada otak akan percaya.


Perdana Menteri sepatutnya duduk di atas landasan moral yang tinggi (moral high ground), di mana sebelum rakyat tertunggu-tunggu berbulan lamanya, beliau terlebih dahulu sudah menerangkan dan memberi bukti secukupnya. Beliau tidak patut berdolak dalih atau menyalahkan orang lain. Inilah yang wajib ada pada orang yang bermoral tinggi. Bukannya diam menikus apabila Majlis Raja Raja menasihati beliau. Atau lari bertempiaran dari majlis-majlis yang beliau patut hadiri.


Perdana Menteri yang bermoral tinggi patutnya sudah lama meletakkan jawatan kerana apabila jawatan sudah tidak dapat dipertahankan lagi, maka lebih baik berundur daripada jawatan tersebut terus dicemuh, dihina dan dikecam masyarakat. Kerusi perdana menteri sepatutnya tidak boleh kehilangan rasa hormat.


Perdana Menteri bukannya tahap seorang kriminal yang menyorok dari tindakan undang undang walaupun seringkali mendabik dada mengatakan beliau pahlawan bugis yang pantang berundur bila sauh dilabuhkan untuk berlayar. Jika tidak mahu berkelakuan seperti Perdana Menteri yang gagal untuk bermoral tinggi, adalah lebih baik melepaskan jawatan dan terus berdepan dengan ujian undang-undang.


Itulah sebaik-baik pilihan agar Umno dan Barisan Nasional dihormati semula oleh masyarakat tempatan dan luar negara.


Terima kasih.

Tukar pemimpin gagal supaya rakyat kembali sokong UMNO - FMT

Posted: 12 Nov 2015 01:30 AM PST


anina1Ahli UMNO diseru supaya sedar bahawa menyelamatkan parti lebih penting berbanding Presiden kerana UMNO adalah parti yang menjadi pemacu kemajuan negara dan pejuang perpaduan kaum. 



oleh Anina Saadudin

Tidak pernah dalam sejarah UMNO, Presidennya dihantui dengan isu korupsi seburuk ini.

Ini kerana UMNO (pencetus Perikatan) adalah sebuah parti yang ditunjangi perjuangan suci menuntut kemerdekaan dan perpaduan kaum.

Parti yang paling berjaya mengekalkan keharmonian kaum disamping memacu pembangunan progresif dalam tempoh hanya 58 tahun merdeka.

Tiada yang sehebat UMNO dipersada politik dunia dalam mengekalkan kuasanya berlandaskan prestasi kepimpinan.

Namun, setinggi manapun gunung, jika ia diitakluki oleh pemimpin yang salah dan menunjal tanah untuk kepentingan sendiri maka gunung tersebut pastinya akan segera runtuh sedikit demi sedikit.

Ia bukan salah parti yang telah berjasa besar kepada bangsa dan negara. Ia adalah salah pemimpin-pemimpin yang bernafsu besar terhadap kuasa dan tamakkan wang ringgit.

Adalah satu kerugian besar jika parti dan sistem ini musnah dek kemabukan dan kegilaan kuasa dan wang. Oleh itu, UMNO perlu diselamatkan supaya mampu untuk terus memacu pembangunan demi masa depan anak Malaysia.

Yakinlah, anak Malaysia akan kembali mempercayai UMNO sekiranya pemimpin yang gagal ini ditukar.
Jika kita meruntuhkan parti yang baik, ia umpama membakar kelambu dek kerana seekor nyamuk yang sebenarnya hanya membunuh mimpi dan impian anak Malaysia.

Mengapa sukarnya ahli UMNO menerima hakikat bahawa mempertahankan parti itu lebih penting daripada hanya mempertahankan seorang pemimpin yang telah terbukti tiada jiwa bangsa dan mempertahankan legasi ketinggian darjat seorang Presiden.

UMNO tidak hanya perlu mempertahankan darjat seorang Presiden, UMNO perlu mempertahankan darjat agama, bangsa dan negara di persada dunia.

Anina Saadudin merupakan bekas ahli Wanita UMNO Kampung Padang Mat Sirat Langkawi.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

Langat 2: Rakyat Selangor tanggung rugi RM 800 juta – Noh Omar FMT Reporters

Posted: 12 Nov 2015 12:45 AM PST


noh omarSelangor boleh jimatkan RM800 juta jika kerajaan negeri Selangor tidak politikkan isu air

SHAH ALAM: Rakyat Selangor terpaksa menanggung kerugian RM800 juta akibat keangkuhan kerajaan negeri yang sebelum ini melengahkan pelaksanaan Projek Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2017.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, rakyat menanggung rugi apabila kerajaan negeri terpaksa membina dua loji rawatan air baharu di Labohan Dagang Kuala Langat dan Semenyih 2.

Menurutnya, peruntukan besar itu kononnya sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan kelewatan Projek Langat 2 yang difahamkan akan tertangguh sehingga 2019 nanti.

"Soalnya, kenapa kena belanja lebih dan Projek Langat 2 sehingga kini masih tertangguh sampai empat tahun lagi? Inilah contoh dasar kerajaan negeri yang lebih suka berpolitik dari menyelesaikan masalah rakyat.

"Sedangkan jika projek itu diteruskan meskipun ketika itu Pakatan Rakyat memerintah Selangor, pastinya projek sudah boleh siap seperti yang dirancang.

"Hari ini kerajaan negeri di laporkan mahu bina loji rawatan air baharu dan untuk membinanya difahamkan menelan belanja RM800 juta," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, hanya kerana menunjukkan kuasa selepas berjaya menawan Selangor pada 2008 lalu, semua projek BN termasuk Langat 2 terpaksa dihentikan.

Isnin lalu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, kerajaan Selangor akan membina dua loji rawatan air baharu iaitu Loji Rawatan Air Semenyih 2, Hulu Langat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat yang menelan belanja sebanyak RM800 juta sementara menanti siapnya projek Langat 2.

Pembinaan itu menurut Azmin adalah bagi mengurangkan krisis kekurangan bekalan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri negeri yang mana proses tender bagi kedua-dua projek itu masing-masing akan bermula pada Disember tahun ini dan Mac tahun depan.


FMT

Shafie dukacita siasatan 1MDB, RM2.6 bilion ‘dilambatkan’ Khairil Ashraf

Posted: 12 Nov 2015 12:00 AM PST


shafie-apdal_1mdb_600_1Pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.

PETALING JAYA : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Datuk Seri Shafie Apdal mempertikai kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Katanya, tindak-tanduk melambatkan proses penyiasatan amat mendukacitakan apabila pasukan penyiasat dirombak, ahli-ahlinya dipecat atau ditukar jabatan malah di dalam keadaan tertentu ada yang dinaikkan pangkat untuk digantikan dengan ahli-ahli yang baharu.

Beliau berkata, keadaan itu telah menambahkan kekalutan dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan dua isu tersebut.

"Krisis keyakinan yang sedia ada hanya dapat diselesaikan jika kebenaran dipertemukan.

"Sepertimana yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja, kebenaran hanya boleh diraih jika kepimpinan dan badan badan kerajaan menyempurnakan amanah secara telus, berkredibiliti dan berintegriti," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 7 Oktober lalu, Muhyiddin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.

Beliau berkata, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut itu tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menambah, pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.

Beliau turut menyokong titah Majlis Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober lalu bahawa sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan segera dan saksama, pemasalahan itu mampu menggugat ekonomi, kemakmuran dan keselamatan negara Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya dengan sepenuh hati menjunjung dan menyambut baik titah Majlis Raja-Raja Melayu tersebut. Ia merupakan satu-satunya nasihat terpenting Majlis Raja-Raja kepada kerajaan berdasarkan kesulitan dan situasi semasa yang dihadapi sekarang.

"Lebih membimbangkan bila tempoh penyiasatan telah diumumkan untuk diselesaikan hanya di dalam masa tiga hingga enam bulan yang akan datang," kata Shafie.


FMT.

Skandal YaPEIM bukti agensi kerajaan disalahguna Khairil Ashraf

Posted: 11 Nov 2015 11:15 PM PST


nowTidak hairan apabila betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuhkan bagi membantu Muslim di negara ini, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela.


PETALING JAYA : Pendedahan National Oversight and Whistleblowers (NOW) berhubung Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membuktikan kecenderungan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan individu.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, ia juga menunjukkan satu lagi bukti daripada banyak bukti lain bagaimana dana awam diseleweng untuk politik naungan.

Menurutnya, lebih malang lagi apabila agensi YaPEIM merupakan yayasan yang dimandatkan untuk membantu orang Islam di Malaysia dan sebahagian daripada wang dana agensi terbabit hasil sumbangan orang ramai.

"Pendedahan ini mengingatkan kita kepada kes penggunaan duit Lembaga Tabung Haji untuk membeli sebidang tanah pada harga RM188.5 juta daripada syarikat 1MDB yang ditimbuni hutang, lantas memberikan keuntungan atas angin sebanyak RM184 juta kepada 1MDB.

"Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain pernah didakwa menggunakan wang zakat Wilayah Persekutuan untuk membiayai kos guaman mereka," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu turut percaya, sekiranya semua agensi dan yayasan serupa disiasat, lebih banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa akan dijumpai.

"Maka, tidak hairanlah apabila betapa banyak sekalipun institusi atas nama Islam ditubuhkan bagi membantu Muslim di negara ini, umat Islam di negara ini tetap tidak terbela.

"Jelas, nama agama Islam di negara ini sering dicemari oleh institusi dan agensi agama yang bukan sahaja menyeleweng dana dan tidak menjaga kebajikan umat, malah lebih berminat untuk mengawal moral masyarakat atau menganjurkan program 'keagamaan' semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, dia mencadangkan agar kerajaan bukan sahaja menjelaskan dakwaan penyelewengan terbabit, tetapi perlu segera merombak semula pengurusan YaPEIM.

Katanya, ini bagi membolehkan yayasan itu diurus secara profesional dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkannya dengan baik dan bukan menjadi sumber habuan serta naungan politik semata-mata.
Sebelum ini, NOW mendakwa wang daripada YaPEIM telah digunakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada Mei lalu.

NOW turut mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di YaPEIM mencecah hampir RM1 juta setahun.


FMT