Khamis, 28 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Akhbar Thailand hina Najib

Posted: 28 May 2015 11:30 PM PDT


najib,karikatur
Karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.


PETALING JAYA: Sebuah akhbar Thailand menyiarkan karikatur kartun yang dianggap menghina negara ini.

Ia menunjukkan seorang pegawai polis sedang memegang penyodok dengan tanah di hadapan timbunan tengkorak dengan diperhatikan dengan tiga wanita yang yang mewakili tiga kaum utama di negara ini.

Selain itu, karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.

"Terang-terangan kartun ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan", antara kapsyen yang tertera dalam ruangan berkenaan.

Selain itu, ia juga memperlekeh kempen pelancongan yang sedang dipromosi Malaysia dan mengaitkannya dengan isu pelarian Rohingya.

Kartun yang terbit dalam akhbar The Nation dikesan oleh wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai yang kemudian bertindak berkongsinya dalam halaman Facebook beliau.

DAP gesa presiden 1MDB henti putar belit fakta

Posted: 28 May 2015 10:45 PM PDT


Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua desak Presiden 1Malaysian Development Berhad Arul Kanda Kandasamy berhenti putar belit fakta berhubung penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua desak Presiden 1Malaysian Development Berhad Arul Kanda Kandasamy berhenti putar belit fakta berhubung penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy perlu berhenti memutar belitkan fakta dan berterus-terang sama ada beliau pernah atau tidak memberikan penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura atau mana-mana bank seperti yang didedahkan laman Sarawak Resport baru-baru ini, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Arul perlu jujur mengakui dakwaan syarikat pelaburan yang bermasalah itu menyerahkan surat palsu menggunakan 2 nama bank diberikan kepada Bank Negara Malaysia.

"Lebih banyak dia cuba lari daripada topik, lebih besar risiko beliau memalukan diri sendiri nanti," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini. – 29 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Umno mempermainkan PAS dalam isu hudud, kata Ahmad Awang - OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 28 May 2015 10:00 PM PDT

 
Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.
Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa," katanya.

Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.

"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.


Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.


















Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.

Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.

Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.

Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.

"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.

Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.

Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. – 29 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Konsep ‘kepimpinan ulama’ PAS diperkenalkan Mat Sabu mungkin makan dirinya OLEH KC NAZARI

Posted: 28 May 2015 09:15 PM PDT

Konsep kepimpinan ulama diperkenalkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam parti itu mungkin akan memakan dirinya

Konsep kepimpinan ulama diperkenalkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam parti itu mungkin akan memakan dirinya.

Menjelang pemilihan PAS bulan depan, konsep "kepimpinan ulama" yang mengubah parti Islam itu mungkin akan memakan diri pihak memperkenalkannya termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dalam ucapannya di Universiti Malaya baru-baru ini, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata konsep itu dibawa sekumpulan pemimpin muda PAS 30 tahun lalu termasuk dirinya selepas melawat Iran.

Bekas ahli Parlimen selama tiga penggal itu berkata, konsep itu kini digunakan sesetengah pihak sebagai pelantar untuk mendapatkan kuasa dalam parti.

Katanya, ketika ini terlalu ramai individu yang cuba dimuliakan dengan panggilan "tuan guru" sedangkan sehingga sekarang hanya 2 individu layak menerima gelaran itu iaitu bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"(Bekas presiden PAS) Datuk Fadzil Noor sendiri menolak apabila beliau cuba digelar tuan guru.

"Sekarang ini bila dah dapat kepimpinan ulama, ada orang ambil peluang tunggang atas kepimpinan itu untuk ambil alih kepimpinan (parti).

"Sedangkan ilmu mereka kita dapat rasai kekurangan dan sebagainya," kata Mohamad semasa pembentangan tesis ijazah sarjana mengenai perjuangannya dalam PAS, baru-baru ini.

Mengikut trend di peringkat negeri dan kawasan, pemilihan PAS akan datang bakal menyaksikan golongan konservatif memenangi hampir keseluruhan jawatan dipertandingkan di peringkat pusat.

Kumpulan konservatif dijangka memenangi pemilihan PAS dan orang seperti Mohamad akan tersingkir.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa ahli PAS memilih kedua-dua presiden dan timbalan presiden daripada golongan ulama.

Dalam pemilihan kali ini, Mohamad dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini sangat popular sebagai ahli panel program Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Penulis tesis Mohd Ikhwaniata Taib bercakap kepada tetamu pada pembentangan tesisnya di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Penulis tesis Mohd Ikhwaniata Taib bercakap kepada tetamu pada pembentangan tesisnya di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Penulis tesis tersebut Mohd Ikhwaniata Taib berkata, Mohamad mendapat inspirasi daripada pergerakan politik di Iran pada lewat 1970-an kerana beliau antara pemimpin pelajar terawal yang berpeluang melawat negara itu selepas revolusi dicetuskan ulama besar Ayatollah Ruhollah Moosavi Al Khomeini.

Semasa revolusi Iran pada 1979, Khomeini mengetuai perlawanan rakyat menjatuhkan diktator Shah Reza Pahlavi dan menubuhkan republik Islam.

"Mohamad dan Dewan Pemuda PAS pada masa itu membawa balik dari Iran konsep kepimpinan ulama. Beliau cuba membuktikan ulama Iran hebat berdepan Amerika, Perancis, Rusia.

"Sedangkan pada masa itu, ulama di Malaysia, adakah hanya mampu membaca doa? Oleh itu konsep kepimpinan ulama dijalankan di dalam PAS pada ketika itu," kata mahasiswa yang baru menamatkan pengajian ijazah sarjananya.

Katanya, kepimpinan ulama juga diperkenalkan PAS untuk mengimbangi pengenalan nilai Islam dalam pentadbiran negara dilakukan perdana menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pandangan Ikhwaniata itu, yang terkandung dalam tesisnya bertajuk "Perjuangan Mohamad Sabu dalam PAS 1978-2013", turut disokong penyelia ijazah sarjananya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Redzuan berkata, konsep kepimpinan ulama pada asalnya dicetuskan pengasas Harakah, Subky Abdul Latif, namun ia dilaksanakan Mohamad.

"Saya masih ingat lagi, Subky antara yang terawal berkata, kita mesti jadikan kepimpinan ulama sebagai satu model dalam PAS.

"Ia diikuti kumpulan lain yang merasakan ia wajar dilaksanakan untuk memartabatkan Islam. Jadilah PAS hari ini di bawah kepimpinan ulama.

"Dan terima kasih kepada Mat Sabu kerana meletakkan kepimpinan ulama dalam PAS," katanya. – 29 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Mahkamah arah Gani fail pembelaan dalam 30 hari

Posted: 28 May 2015 08:30 PM PDT

  

 Mahkamah Tinggi mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan pembelaan terhadap saman pendakwaan berniat jahat yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan dan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof dalam tempoh 30 hari.

Arahan itu dibuat selepas Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menolak untuk menangguhkan Gani dan lain-lain memfailkan pembelaan melibatkan saman bernilai jutaan ringgit.

"Tidak ada alasan yang istimewa untuk membenarkan penangguhan," katanya.

Oleh itu mahkamah menetpkan 29 Julai sebagai pengurusan kes.

Ramli dan Rosli (kanan) memfailkan saman secara berasingan bagi pendakwaan berniat jahat terhadap Gani dan beberapa lagi dalam kes yang dikenali sebagai skandal 'Copgate'.

Hakim Vazeer pada tahun lalu menolak permohonan Gani untuk membatalkan kedua-dua saman itu.

Mahkamah Rayuan juga pada Januari tahun ini menolak rayuan Gani utnuk membatalkan saman bernilai RM47 juta yang difailkan oleh Rosli dan saman RM148.5 juta yang difailkan oleh Ramli.

'Polis upah peguam sebab AG enggan bertindak'

Posted: 28 May 2015 08:00 PM PDT

 
 

Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk mengelakkan peguam itu membantunya.

Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani, Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.

Katanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.

Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.

"Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.

"Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di mahkamah sejak awal lagi," kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.

PERKASA bimbang hak Bumiputera disamaratakan dengan kaum lain - oleh: Adam Abu Bakar

Posted: 28 May 2015 07:30 PM PDT

 
Ibrahim-Ali_rmk11_jakim_600

Dokumen RMK11 langsung tidak menyentuh strategi memperkasa ekonomi Melayu dan Bumiputera menjelang 2020.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) bimbang hak Melayu dan Bumiputera disamaratakan dengan kaum lain menjelang 2020.

Ini kerana, Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11) langsung tidak mencerminkan agenda Melayu dan Bumiputera sebagai suatu agenda negara, kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

"Saya amat bimbang kepentingan Melayu dan Bumiputera akan disamaratakan dengan kaum-kaum lain.

"Saya menjangkakan 70 peratus penduduk di negara ini adalah Melayu dan Bumiputera menjelang 2020 tetapi persoalannya di sini ialah apakah kita mampu menguasai lebih 30 peratus ekonomi negara?," katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim akan menghantar 'Nota Perhatian' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk menyemak semula dan membuat pindaan pada RMK-11.

"Daripada sejumlah 389 muka surat dokumen utama RMK-11 dan 601 muka surat kerta-kertas strategi yang disediakan kerajaan, tidak sampai lima peratus pun kandungan dokumennya menyentuh strategi ekonomi Melayu dan Bumiputera," tegasnya.

Katanya, selain terlalu umum, kandungan RMK11 juga tidak memperlihatkan hasrat untuk menjamin kepentingan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Nik Abduh Kata Hudud Dan UG Adalah Mainan Orang Bawahan

Posted: 28 May 2015 07:00 PM PDT

 

KUALA LUMPUR: DAP begitu konsisten menyuruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat biarpun parti Islam itu berkali-kali menegaskan mereka akan terus kekal dalam gabungan parti pembangkang, kata ahli parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, beliau tidak mengetahui apa niat sebenar DAP yang berterusan menyerang PAS menjelang muktamar part itu Jun ini.

"Saya tak tahu apa tujuan DAP yang sebenar, tetapi nampak DAP begitu konsisten menyuruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedangkan kita berkali-kali sebut kita tidak akan keluar bahkan komitmen kita dengan Pakatan tinggi.

"Isu Hudud dan Unity Goverment tidak sepatutnya memecahkan Pakatan Rakyat kerana ia mainan orang bawah, spekulasi, tidak sepatutnya pimpinan tertinggi masuk dalam isu ini.

"Hudud misalnya, kita tekankan tak kan lah kerana hudud ni nak pecah pakatan rakyat, hudud ini keadilan, pakatan rakyat dibina untuk keadilan, kalau hudud ini zalim layaklah berpecah," katanya kepada Astro AWANI di lobi parlimen hari ini.

Hubungan DAP dan PAS semakin renggang mutakhir ini dan ramai melihat Pakatan Rakyat akan berpecah akibat pergeseran dua parti ini.

PAS tetap dengan pendirian mereka mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan, manakala DAP berkeras bahawa ia tidak selari dengan perlembagaan negara.

Akibat ketegasan PAS dalam isu hudud, DAP mendakwa beberapa pemimpin PAS antaranya, Abdul Hadi cenderung untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya sebelum ini mendakwa, hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati Presiden Pas itu bersama UMNO.

Mengulas perkara berkenann, Abdul Hadi berkata, buat masa ini, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan partinya.

Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan parti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar kelak.

Pesara polis kata bekas timbalan pendakwa raya di belakang dakwaan rasuah OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 28 May 2015 06:30 PM PDT



Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.''

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuf hari ini mendedahkan bekas timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan bertanggungjawab ke atas pendakwaan kes rasuah beliau pada 2007.

Ramli berkata, beliau tidak menyebut dalam kenyataan saksinya siapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpakat dengan bekas bosnya, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, untuk mengenakannya.

"Beliau adalah Nordin Hassan walaupun saya secara peribadi tidak merujuk kepada beliau dalam kenyataan saksi saya," katanya ketika disoal balas peguam Tan Sri Cecil Abraham dalam kes saman RM20 juta yang difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap SPRM.

Ramli, yang menjadi saksi kepada Rosli berkata, sebab itulah beliau memasukkan Nordin sebagai defendan dalam saman RM128.5 juta kes pendakwaan berniat jahat pada 2011.

10 orang defendan dalam saman Ramli termasuk Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Musa.

Nordin, ketika itu bertugas di Jabatan Peguam Negara, dipinjamkan ke SPRM di mana beliau merupakan ketua pendakwaan.

Beliau ketika ini merupakan pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pada 2009, Ramli dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Rosli, kawan rapat Ramli, menyaman Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai beliau dan kerajaan kerana konspirasi mencederakan reputasinya, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Ramli memberitahu mahkamah hari ini, SPRM pertama kali mendakwa Rosli pada 2007, ketika itu ia dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, untuk menghalang peguam itu dari membantunya.

"Saya suspek utama tetapi mereka sasarkan dia. Ini bertujuan menghalang Rosli dari membantu saya."

Beliau berkata, Rosli mengalami kerosakan kolateral dan menjadi mangsa SPRM dan pendakwaan itu kerana beliau sebelum ini membantunya menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh Cheng Poh, seorang ketua kongsi gelap.

Goh, yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

Semalam, Ramli memberitahu mahkamah Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit baginya dan pegawainya untuk membantah permohonan Goh.

Sebaliknya, beliau diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen, tetapi Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada jabatan itu.

Ramli, dalam pemeriksaan balas, berkata Gani memanggilnya ke pejabatnya untuk membincangkan hal Goh dan pada mesyuarat itu, timbalan ketua polis negara ketika itu Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dan ketua pendakwaan di Jabatan Peguam Negara ketika itu, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga turut hadir.

Katanya, pada pertemuan itu beliau diminta memberikan satu fail yang mengandungi maklumat sulit mengenai pemberi maklumat yang memberikan kenyataan terhadap Goh.

"Timbalan ketua polis negara itu mengarahkan saya menyerahkan fail itu kepada Jabatan Peguam Negara dan saya melakukannya dengan bantahan kerana hanya menteri dalam negeri boleh mempunyai akses kepada dokumen sebegitu," katanya.

Ramli berkata, beliau kemudiannya dapat tahu yang fail itu diserahkan kepada SPRM atas arahan Gani.

Beliau berkata, Gani dan Musa memperolehi kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan hartanya dan kemudian mendakwanya rasuah.

Disoal balas peguam Rosli, Chetan Jethwani, Ramli berkata, ia membantah fail itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana ia sangat sulit dan hanya pegawai fail kes itu sahaja yang tahu kandungannya.

"Itu sebabnya mengapa saya bantah, kerana pemberi maklumat akan hilang kepercayaan kepada polis dan tidak akan menawarkan maklumat."

Ramli juga berkata akibat daripada pakatan sulit Musa dan Gani untuk menyingkirkannya daripada hierarki polis dan tuduhan rasuah itu, beliau dinafikan kenaikan pangkat.

Katanya, Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2006 mengenal pasti beliau sebagai calon berpotensi untuk jawatan ketua polis negara.

"Anggota suruhanjaya dan bekas ketua polis negara, Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri Omar memberitahu saya nama saya dicadangkan kepada Agong," katanya.

Ramli berkata, seorang lagi anggota suruhanjaya dan bekas timbalan ketua polis negara, Allahyarham Tan Sri Mohd Sedek Mohd Ali, juga memberitahunya pihak berkuasa sedang menyemak latar belakangnya untuk kenaikan pangkat.

Ramli, yang merupakan pengarah CCID antara 2 Mei 2006 dan November 11, 2007, ditahan kerja berikut pertuduhan rasuah itu. Beliau bersara pada 1 Mac 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam ditangguhkan hingga 8 Jun. – 28 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
TAN SRI MUSA HASSAN HARUS DITAHAN DAN DISIASAT  !!

Ubah dasar penswastaan ‘Mahathirisme’- Khalid Ibrahim Khairil Ashraf

Posted: 28 May 2015 06:00 PM PDT


Model Mahathirisme mewujudkan golongan rentier yang berkuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.

khalid-ibrahim_mahathir_600KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan dasar penswastaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mewujudkan orang tengah yang mendapat keuntungan atas angin atau 'rentier'.

Katanya, golongan itu sangat berkuasa sehingga mampu menentukan jatuh bangun seorang pemimpin politik termasuk Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata, golongan rentier ini diberi projek, tender atau konsesi hasil hubungan istimewa dengan pemerintah walaupun tidak mempunyai kepakaran dan modal.


Sebagai balasan, kelas 'rentier' itu akan 'menaja' atau 'menderma' dalam aktiviti politik pihak kerajaan sehingga terbentuk satu hubungan selesa.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tidak hairanlah jika 'produk' Mahathirisme ini mempunyai kuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.

"Saya sedar mungkin sesetengah pihak mahu mempertahankan bahawa dasar penswastaan selama 20 hingga 30 tahun ini telah mencipta golongan usahawan dan korporat berjaya terutama di kalangan Bumiputera sebagai bukti kejayaan dasar affirmatif 'agenda Bumiputera'.


"Namun, kita tidak dapat nafikan bahawa dengan model Mahathirisme ini, hanya 20-30 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia telah terpilih sebagai anak didik atau kroni," katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan model penswastaan 'Mahathirisme' dirombak segera supaya tidak timbul lagi kes "privatisation of profits' dan 'nationalisation of losses" di mana kerajaan akhirnya terpaksa mengguna pakai dana awam untuk mengambil alih syarikat swasta yang gagal.

"Justeru, bermula hari ini, saya syorkan agar hanya pengurusan dan kutipan hasil sahaja yang boleh diswastakan manakala aset kekal milik kerajaan," katanya.

Menyentuh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Khalid mencadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengubah pendekatan supaya tidak dianggap 'gula-gula politik'.

Antaranya, Khalid mencadangkan pemberian BR1M berdasarkan konsep produktiviti iaitu hanya warga negara Malaysia yang bekerja di bawah pendapatan paras minimum layak menerimanya supaya bilangan guna tenaga dapat ditingkatkan.

"Atau digantikan dengan pemindahan tunai bersyarat untuk tujuan spesifik yang ditetapkan sepeti kupon makanan, baucar yuran pengajian tinggi, bantuan perumahan (sewa atau pemilikan), bantuan kecemasan atau bencana dan sebagainya," katanya.

PEGUAM NEGARA HARUS BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP TUN MAHATHIR.

Ubah dasar penswastaan ‘Mahathirisme’- Khalid Ibrahim Khairil Ashraf

Posted: 28 May 2015 05:30 PM PDT

 
khalid-ibrahim_mahathir_600

Model Mahathirisme mewujudkan golongan rentier yang berkuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan dasar penswastaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mewujudkan orang tengah yang mendapat keuntungan atas angin atau 'rentier'.

Katanya, golongan itu sangat berkuasa sehingga mampu menentukan jatuh bangun seorang pemimpin politik termasuk Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata, golongan rentier ini diberi projek, tender atau konsesi hasil hubungan istimewa dengan pemerintah walaupun tidak mempunyai kepakaran dan modal.

Sebagai balasan, kelas 'rentier' itu akan 'menaja' atau 'menderma' dalam aktiviti politik pihak kerajaan sehingga terbentuk satu hubungan selesa.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tidak hairanlah jika 'produk' Mahathirisme ini mempunyai kuasa di belakang tabir dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri serta menjatuhkan yang sedia ada.

"Saya sedar mungkin sesetengah pihak mahu mempertahankan bahawa dasar penswastaan selama 20 hingga 30 tahun ini telah mencipta golongan usahawan dan korporat berjaya terutama di kalangan Bumiputera sebagai bukti kejayaan dasar affirmatif 'agenda Bumiputera'.

"Namun, kita tidak dapat nafikan bahawa dengan model Mahathirisme ini, hanya 20-30 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia telah terpilih sebagai anak didik atau kroni," katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan model penswastaan 'Mahathirisme' dirombak segera supaya tidak timbul lagi kes "privatisation of profits' dan 'nationalisation of losses" di mana kerajaan akhirnya terpaksa mengguna pakai dana awam untuk mengambil alih syarikat swasta yang gagal.

"Justeru, bermula hari ini, saya syorkan agar hanya pengurusan dan kutipan hasil sahaja yang boleh diswastakan manakala aset kekal milik kerajaan," katanya.

Menyentuh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Khalid mencadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengubah pendekatan supaya tidak dianggap 'gula-gula politik'.

Antaranya, Khalid mencadangkan pemberian BR1M berdasarkan konsep produktiviti iaitu hanya warga negara Malaysia yang bekerja di bawah pendapatan paras minimum layak menerimanya supaya bilangan guna tenaga dapat ditingkatkan.

"Atau digantikan dengan pemindahan tunai bersyarat untuk tujuan spesifik yang ditetapkan sepeti kupon makanan, baucar yuran pengajian tinggi, bantuan perumahan (sewa atau pemilikan), bantuan kecemasan atau bencana dan sebagainya," katanya.

SAYA ENGGAN PALSUKAN BUKTI TERHADAP ANWAR IBRAHIM - BEKAS KETUA CCID RAMLI YUSUFF.

Posted: 28 May 2015 05:00 PM PDT

 
Bekas Ketua CCID, Dato Ramli Yusuff memberitahu mahkamah hari ini, 28 Mei 2015 dalam kejadian mata lebam itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan. 

Ramli berkata, dia kemudiannya disuruh Musa Hassan yang ketika itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah untuk memalsukan bukti. 

"Musa berkata dia dihantar Peguam Negara ketika itu AG Mokhtar Abdullah dan DPP Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar." 

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya. 

Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang. 

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani." (MI)
al-Husseyn.

"ALLAH MAHA MENGETAHUI - BERKAT KESABARAN DS ANWAR IBRAHIM, AKHIRNYA SATU PERSATU TERBONGKAT MEMBUKTIKAN BAHAWA LIWAT 1 & 2 SEMEMANGNYA ADA KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN BELIAU."


TANGKAP DAN PENJARAKAN SEMUA YANG TERLIBAT !


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar PAS

Posted: 28 May 2015 04:30 PM PDT

 

Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang 'laman hantu' di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini.

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli PAS pada realitinya berbeza dari imej yang ditonjolkan mereka selama ini.

Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini.

Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini.

Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan PAS.

Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.

"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.

"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.

Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.

Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.

Semalam, peguam Zulhazmi Sharif pula mendedahkan dalam Facebook miliknya, pihak yang bertanggungjawab di belakang kesilapan mencetak kertas undi Muktamar PAS 2013 lalu yang menyebabkan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi, mengambil tanggungjawab dan menawarkan peletakan jawatan.

Asmuni diserang dengan hebat, termasuk oleh menantu presiden PAS, yang juga ahli Majlis Syura Ulama (MSU), Zaharudin Mohamad, kerana kesilapan yang bukannya dilakukan olehnya tetapi oleh seorang pemimpin PAS lain.

Zulhazmi tidak menamakan pemimpin PAS berkenaan tetapi menulis, "Hamba Allah itu lepas dari pertanggungjawaban sehingga hari ini, malah hamba Allah itulah yang 'pulun' buat rang undang-undang persendirian untuk (ahli Parlimen Marang) sekarang."

"Siapa Hamba Allah itu, hangpa cari sendiri lah.. silap-silap selepas pemilihan kali ini dia akan ketepikan Datuk Mustafa Ali untuk jadi setiausaha agung," tulisnya lagi.

Baru-baru ini, Zaharudin juga membuat pendedahan besar ketika berdialog dengan naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Beliau berkata, MSU membuat keputusan penting tentang hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat (PR), namun ia belum diumumkan lagi.

Ekoran itu anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil membuat kenyataan meminta MSU mendedahkan keputusan yang dibuat, yang sepatutnya menjadi rahsia di kalangan ahli MSU sahaja.

Faiz dalam postingnya itu bertanya, benarkah MSU dalam satu forum pada 24 Mei lalu membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam PR.

"Jika benar, apakah keputusan yang dikatakan dibuat MSU itu? Sama ada MSU mahu kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada PR?" soal Faiz, juga seorang peguam, dalam tulisannya itu.

Muktamar parti itu dari 4 hingga 6 Jun ini akan diadakan di Kuala Selangor.

Ia bakal menyaksikan hampir semua jawatan utama dipertandingkan termasuk jawatan presiden di mana Hadi akan ditentang bekas pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang.

Turut dicabar ialah timbalan presiden Mohamad Sabu yang akan berdepan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mempertahankan jawatannya. – tmi

 

Soalan lebih agresif jika Arul, Shahrol berbohong- Nur Jazlan - Mohamad Fadli

Posted: 28 May 2015 09:15 AM PDT

 
jazlan,tony,arul,shahrol

PAC tidak akan bersimpati jika Arul dan Shahrol didapati berbohong berada di luar negara pada tarikh yang sepatutnya mereka hadir sesi pendengaran, 26 Mei lalu.


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan bertolak ansur sekiranya mendapati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi berbohong.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan bertindak lebih agresif dalam sesi pendengaran pada 10 Jun ini jika mendapati Arul dan Shahrol sebenarnya berada dalam negara pada 26 Mei lalu.

"Memandangkan mereka tahu kami serius, mungkin mereka perlu lebih masa untuk bersedia. Kami beranggapan mereka akan datang dengan niat jujur untuk beritahu kami apa sebenar berlaku.

"Namun kali ini kalau ada bukti mereka menipu kami, maka soalan akan lebih agresif daripada biasa akan ditanya. PAC tidak akan bersimpati," katanya kepada media di Parlimen pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula berkata, Arul dan Shahrol perlu menjelaskan kepada PAC apakah mesyuarat penting sehinggakan mereka tidak dapat hadir prosiding itu.

"Di manakah mereka berdua pada hari kejadian tersebut (26 Mei). Adakah mereka berada di Dubai ataupun mengadakan penerbangan pantas ke Singapura? Ataupun mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?.

'Mereka hanya memberitahu mereka berada di luar negara. Kami tidak berpeluang bertanya lanjut," katanya.

Kerajaan kaji semula GST mengikut kehendak rakyat FMT Reporters

Posted: 28 May 2015 08:30 AM PDT

 
hassan malek,gst

Kajian semula itu termasuk jenis-jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam senarai pengecualian cukai.


PETALING JAYA : Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi diubah suai mengikut kehendak rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kajian semula itu termasuk jenis-jenis barang yang akan dimasukkan ke dalam senarai pengecualian cukai.

"Kita sedang kaji suara rakyat, suara pengguna. Kita akan ubah suai jika ada keperluan. Sebelum ini kita sudah sediakan panduan harga pengguna berhubung pelaksanaan GST. Ada (barang) yang naik, ada kekal, ada turun. Itu sebagai panduan sahaja.

"Ini akan kita ubah suai dari semasa ke semasa. Kementerian akan melakukan kajian impak, kesan GST," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat beberapa premis di Asia City, Kota Kinabalu pada Rabu, lapor Utusan Malaysia.

Hasan berkata, kerajaan memerlukan aduan atau maklum balas daripada pengguna untuk melaksanakan kajian semula itu.

Saham FGV jatuh: Pahang rugi hampir RM500 juta - fgv FMT Reporters

Posted: 28 May 2015 07:45 AM PDT

 

fgv

Kerajaan Pahang memiliki lima peratus saham dalam FGV atau menyamai 182 juta unit saham.
PETALING JAYA: Kerajaan Pahang dikatakan menanggung kerugian hampir RM500 juta akibat kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) ke paras terendah RM1.92 seunit.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Chean Chung berkata, nilai saham yang dimiliki Kerajaan Pahang hanya bernilai RM349,440,000 susulan kejatuhan itu.

Ini bermakna, katanya, kerajaan Pahang menangung kerugian sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015.

Untuk rekod, Kerajaan Pahang memiliki lima peratus saham dalam FGV atau menyamai 182 juta unit saham.

Kerajaan Pahang membeli saham itu pada 2013 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM829,954,466.25 dan ketika itu harga saham RM4.55 seunit.

Chean Chung berkata, peneroka yang telah membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,580 semasa ia disenaraikan, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,024 kerana saham itu kini hanya bernilai RM1,536.

"Saya faham bahawa Felda merupakan aset penting dan sentimental bagi Pahang, dan kerajaan UMNO/BN membuat pelaburan saham berkenaan, mungkin dengan niat untuk menjana pendapatan.

"Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian beratusan juta atas kesilapan kerajaan ini," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu berkata, kerugian itu menimbulkan persoalan adakah Kerajaan Pahang membuat pinjaman untuk membeli saham FGV.

Dia juga mahu Kerajaan Pahang memberi penjelasan adakah peneroka yang menanggung kerugian akan dibantu.

"Siapakah yang mewakili Negeri Pahang untuk menguruskan pelaburan dalam FGV dan apakah strategi Pahang untuk berhadapan dengan kemerosotan nilai ini," katanya.

Berpuasa setahun pun tak mampu bina rumah besar” Adam Abu Bakar

Posted: 28 May 2015 07:00 AM PDT


ibrahim ali

Ibrahim menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadapi pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.


KUALA LUMPUR: Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.

"Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.

"Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah," katanya.

Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.

"Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu.

Masih Ada Rupanya Yang Banggang !!

Posted: 28 May 2015 06:15 AM PDT

Minyak Bezen's photo.

Baru je nak bercuti, nak tenangkan fikiran yg bercelaru dah ada org nyayuk buat kenyataan bodoh. Panas jer hati ni nk duk diam²..

Kenapa bongok sgt pemikiran bagan serai ni sampai mengalahkan Ahmad maselang. Aku rase otak bagan serai ni terkena tahi semasa dalam perut lgi kot.

Kikiki....

Jamil Khir: Pastikan hudud ikut perlembagaan

Posted: 28 May 2015 05:30 AM PDT

 

Menteri di Jabatan Pertada Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Perkara itu, kata Jamil, bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.

"Oleh yang demikian, pemaksaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara terjaga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) (kiri).

Ng mahu tahu pendirian kabinet terhadap enakmen hudud Kelantan serta rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyentuh hasrat PAS untuk meminda akta itu, bagi membuka laluan pelaksanaan hudud, Jamil menjawab kerajaan mengambil maklum untuk mencadangkan rang undang-undang itu semasa mesyuarat pertama, penggal ketiga, sesi Parlimen ke-13 lalu.

Beliau juga berkata kerajaan sentiasa berusaha memartabatkan keadilan syariah.

Perkara itu, katanya lagi, termasuk memperluas kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah, menyemak semula kedudukan hakim syariah serta memantapkan pendakwaan di mahkamah itu.

- mkini

Perkukuhkan Pakatan Rakyat !!

Posted: 28 May 2015 04:45 AM PDT

 
Pembinaan Rumah Budiman - bukti sumbangan bakti Ketua Pemuda kepada rakyat Kelantan Yang nak cabar Suhaizan Kaiat kata Suhaizan lembab tu tapi apa yang dia buat untuk mangsa Banjir Mega? 

Setidak-tidaknya hormatilah jasa orang lain walaupun dia bukan anak Kelantan.Ko ada apa untuk dinilai prestasi kamu? 

Nak berwacana pun kecut! 

Laporan Audit Projek Perumahan Rakyat Budiman(PRB) 27hb Mei 2015 Pemuda PAS Pusat telah membuka akaun PRB sejurus selepas banjir besar melanda Kelantan Disember 2014 untuk tujuan membina Rumah Budiman. 

kaun atas nama Tabung Kemanusiaan Pemuda(nombor akaun 564025400100 - Maybank). Akaun ini dibuka sehingga 30hb bulan Jun 2015. 

Setakat akhir April 2015 sumbangan yang diperolehi adalah RM576,216.25. Perbelanjaan yang ditelah dikeluarkan adalah RM203,715.28. 

Item perbelanjaan terbesar adalah kos pembinaan sebanyak RM190,249.00 melibatkan pembinaan 8 buah Rumah Budiman. Baki akaun adalah sebanyak RM372,500.97 Penyata penerimaan dan perbelanjaan PRB telah di audit oleh Juruaudit Bertauliah Muzammil Bin Hafiz. 

Atas rasa tanggungjawab Pemuda PAS terhadap duit rakyat yang diamanahkan maka kami bentangkan laporan penerimaan dan perbelanjaan PRB sehingga 30hb April 2015 untuk rujukan semua. Bersama ini disertakan laporan yang berkaitan. 



SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS PUSAT.

Mahathir - '1MDB terlibat ubah wang haram?'

Posted: 28 May 2015 04:00 AM PDT

 

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan tekanan ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan mempersoalkan sekiranya 1MDB terlibat dengan pengubahan wang haram dengan pengetahuan perdana menteri itu.

Bekas PM itu merujuk kepada dana dari Cayman Islands yang kononnya disimpan di Singapura.

"Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

"Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering.

"Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?," soal Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

Saham Felda Jatuh Ke Paras RM1.92, Bakal Dikeluarkan Dari Senarai Bursa Malaysia

Posted: 28 May 2015 03:15 AM PDT

 


Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 (RM1.92 pada hari semalam 27 Mei 2015 5.01 ptg -GB) menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar.

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

"Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar," katanya kepada Harakahdaily.

Berdasarkan semakan saham FGV pada jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham.

Yang menjadi kebimbangan, katanya, prospek harga saham FGV akan kekal rendah dalam tempoh dua hingga enam tahun dan jauh sekali untuk mencapai nilai saham RM4 hingga RM5 sesaham.

Ini kerana katanya, beberapa faktor penting akan menekan harga saham FGV iaitu harga minyak sawit rendah, kos pengurusan FGV agak tinggi, dan hasil buah sawit yang terhad kerana 50% pokok sudah tua.

"Dalam jangka masa pendek ini enam badan dan dana awam terbabit akan terus tanggung kerugian yang besar.

"Kenapa badan ini melabur begitu banyak dalam FGV sedangkan FGV sebuah syarikat perladangan khasnya kelapa sawit. Risiko barang-barang sektor pertanian ini sangat tinggi. Kita hairan mengapa syarikat ini sudah tahu risiko tinggi tetapi terus melabur dalam FGV," soal beliau.

Justeru, katanya, Anak menuntut pengurusan badan-badan dana awam ini memberi penjelasan mengenai perkara ini sama ada kepada pendeposit Tabung Haji dan pencarum KWSP.

"Ini adalah perkara yang kita perlu beri perhatian, sepatutnya pemegang saham ini melabur dalam pelaburan yang selamat dan menguntungkan bukannya berisiko tinggi. Akhirnya rakyat yang menampung kerugian ini," katanya.




ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:


Seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, perkataan-perkataan jelek dan hina itu akan kembali kepada penuturnya. Masihkah ingatkan kita tentang perkataan HARAMJADAH yang dituturkan oleh seorang PM bernama Mohd Najib kepada peneroka FELDA yang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV)? Apa jadi akhirnya? Najib ditimpa HARAMJADAH sampai ke hari ini dan sebuah akhbar melaporkan FGV bermungkinan terpaksa dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia kerana mengalami kerugian yang berterusan...

Penyelewengan Najib Sudah Terbongkar !!

Posted: 28 May 2015 02:30 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggunakan laman webnya sekali lagi, kali kedua dalam 10 hari, menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan kebanyakan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya "tidak adil dan mengelirukan."

Sambil menegaskan beliau menerima kritikan dengan "fikiran terbuka," Najib juga meminta bekas perdana menteri itu berundur, mengatakan walaupun pemimpin yang lebih tua harus dihormati, tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya mentadbir negara.

"Malaysia ialah sebuah demokrasi. Saya dilantik oleh Umno, dan oleh rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.

"Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat boleh menjalankan hak demokrasi mereka menerusi peti undi.

"Tambahan pula, banyak daripada kritikan Tun itu tidak adil atau mengelirukan."

Menulis menggunakan kata-kata yang agak keras menjawab tuduhan Dr Mahathir terhadapnya, Najib berkata bekas perdana menteri itu hendaklah menyiasat terlebih dahulu sama ada apa yang didengarnya dari orang di sekelilingnya adalah benar sebelum bercakap mengenainya.

Saham FGV Terus Merudum...

Posted: 28 May 2015 01:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo. Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir
Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion. 

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar.

Berdasarkan semakan saham FGV pada jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham.

Yang menjadi kebimbangan, prospek harga saham FGV akan kekal rendah dalam tempoh dua hingga enam tahun dan jauh sekali untuk mencapai nilai saham RM4 hingga RM5 sesaham.

(Kredit to: YB Dr. Rosli Yaakop)

Suami Nur Syaleza bebas dari tuduhan membunuh FMT Reporters

Posted: 28 May 2015 01:00 AM PDT

 
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah,bebaskan

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan dan melepaskan Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar daripada tuduhan membunuh.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Norazman Bashah, 34, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No. 115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.