Ahad, 3 Mei 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Permohonan reman ditolak kerana tuduhan tidak munasabah FMT Reporters

Posted: 03 May 2015 09:30 PM PDT

 
gst3_600

Antara tuduhan yang diberikan polis kepada mahkamah ialah menconteng, buang batu, mercun, jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan Henti Rasuah.

PETALING JAYA: Tuduhan tidak munasabah yang diberikan pihak Polis antara sebab mahkamah menolak permohonan reman beberapa pemimpin pembangkang berhubung penganjuran Batal GST pada 1 Mei lalu.

Antara tuduhan yang diberikan oleh polis antaranya:

  • menconteng
  • bom asap
  • buang batu
  • mercun
  • jerit Batal GST, Hidup Rakyat dan henti rasuah
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan telah disebarkan menerusi media sosial.

Arul ditahan selepas diminta menyerah diri kepada pihak polis

Turut dibebaskan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga, Anthony Loke daripada DAP, Dr Hatta Ramli daripada Pas dan Rafizi Ramli daripada PKR.

Mereka dibebaskan pada 2 Mei selepas ditahan secara berasingan.

Sementara itu, Arul memaklumkan 29 peserta bantahan itu masih ditahan setakat ini dan merayu sokongan orang ramai.

BN akan menang di Rompin sebab penduduk terima GST- Hasan Malek - FMT Reporters

Posted: 03 May 2015 08:45 PM PDT


hasan-malek
Penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN yang telah menggunakan pendekatan cara orang kampung. 

ROMPIN: Penduduk di Rompin telah menerima baik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, penduduk di Rompin menerima GST hasil penerangan yang baik dan penuh keikhlasan oleh BN menggunakan pendekatan cara orang kampung.

Hasan berkata, dengan penerimaan baik GST itu memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

"Saya yakin BN akan menang dan mempertahankan kerusinya. Terpulang kepada cara kita untuk menambah undi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Bazar Ramadhan (SBR) 2015 di Kuala Rompin pada Ahad.

Mengulas lanjut penerimaan GST oleh penduduk di Rompin, Hasan berkata kesimpulan itu dibuat hasil tinjauan di beberapa kampung yang mendapati mereka telah menerima sistem pencukaian baharu tersebut.

"Saya mengakui pada peringkat awal, memang saya meragui dengan pelbagai cerita dan tomahan yang dibuat-buat, direka-reka untuk menunjukkan rakyat rasa gelisah dan risau.

"Tetapi apabila kita turun ke bawah, mereka dapat terima bahawa GST memudahkan mereka berurus niaga dan memberi keyakinan untuk pembangunan yang lebih pesat," katanya.


FMT

MB Pahang: Undi BN untuk lebih fahami GST

Posted: 03 May 2015 08:00 PM PDT

 
 

Jika pengundi Rompin memilih Datuk Hasan Arifin sebagai anggota parlimen, calon BN itu boleh menjelaskan salah faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana BN adalah kerajaan yang memerintah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di Rompin hari ini, beliau berkata ramai pengundi salah faham mengenai cukai yang baru dilaksanakan itu namun penjelasan yang cukup boleh memahamkan mereka.

"GST akan menjadi isu (dalam pilihan raya kecil) dan memberi kesan bagaimanapun, Insya-Allah, pengundi akan memilih BN," katanya.

Pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Selasa ini menyaksikan Hasan berdepan cabaran Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

Sebelum itu dalam ucapannya, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata berdasarkan trek rekod menunjukkan Hasan adalah pilihan untuk pengundi Rompin.

"Sebagai pemimpin veteran yang pernah menjadi ADUN, exco kerajaan negeri, timbalan menteri besar, pengalaman Hasan boleh dilihat oleh semua rakyat. Beliau akan berada di Parlimen.

"Jika Perdana Meteri Datuk Seri Najib membuat rombakan kabinet, mungkin Hasan akan menjadi menteri. Ini sesuatu yang perlu kita fikirkan juga," katanya yang diiringi tepukan hadirin.

VIDEO - Nurul Izzah: Berilah Peluang Kepada Calon Yang Bersedia Berkorban Untuk Masa Depan Negara

Posted: 03 May 2015 07:30 PM PDT


VIDEO - Lim Guan Eng: Kak Wan Adalah Pelajar Yang Terbaik Di Royal College Of Surgeons Di Ireland

Posted: 03 May 2015 07:00 PM PDT


VIDEO - Nurul Izzah: DS Anwar Dah Kurus 3-4 Kilogram, Tapi Nyanyian Lagu Azizah Masih Kukuh

Posted: 03 May 2015 06:45 PM PDT


VIDEO - Azmin Ali: Muhyiddin, Yang Buat Pilihanraya Ini Kamu

Posted: 03 May 2015 06:00 PM PDT


DUA PEMIMPIN DAP PERAK MENANG KES SAMAN NSTP BERJUMLAH RM300 RIBU !

Posted: 03 May 2015 05:30 PM PDT

Panglima Perang's photo. FITNAH KERAJAAN KELANTAN BERI TANAH KEPADA DUA PEMIMPIN DAP BAGI MEMUJUK MEREKA SETUJU LANTIK NIZAR SEBAGAI MB PERAK ... MAHKAMAH PERINTAHKAN NSTP, BERITA HARIAN DAN WARTAWANNYA BAYAR RM150,000 KEPADA NGA KOR MING DAN NGEH KOO HAM.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk 'Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP' yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.

Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.

Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.

"Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka," jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.

Beliau turut menjelaskan bahawa mahkamah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat mereka tidak terlibat dengan aktiviti pembalakan, dan hanya melakukan aktiviti penanaman semula.

"Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam melakukan penanaman semula di tanah terbabit.

"Malah Jabatan Alam Sekitar melalui surat pada September tahun lalu merakamkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana memenuhi kesemua syarat-syarat penilaian kesan alam sekitar (EIA)" jelas Ngeh lagi.

Tambah Ngeh, kebebasan media tidak bermakna media bebas untuk menyebarkan pembohongan.

"Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kami bertanggungjawab memastikan orang ramai tidak dikelirukan dengan pembohongan," ujar beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Ismail Sabri Tak Benar Wan Azizah Pijak Kaki Di Pejabatnya Jika Menang P. Pauh

Posted: 03 May 2015 05:00 PM PDT


Zack Ahmad's photo. DAP desak Ismail Sabri tarik balik kenyataan.

DAP mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan yang tidak membenarkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjejak kaki ke kementeriannya jika calon PKR itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu dianggap sebagai "biadap dan kurang ajar" kerana ditujukan kepada seorang wanita dan wakil rakyat.

"Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Macam mana rakyat Malaysia yang nak masuk ke lobi pejabat kerajaan pun tak boleh.

"Saya minta Ismail tarik balik dan minta maaf atas kenyataan yang biadap terhadap seorang wanita, rakyat Malaysia dan wakil rakyat ini.

"Saya harap Ismail Sabri, jangan bertindak liar. Kalau Kak Wan (Azizah) nak masuk lobi kementerian dan (kemudian) dihalau, itu sudah lebih (melampau)," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Wat Siam Tanah Liat di Permatang Pauh hari ini. 

Pada Jumaat lalu Ismail dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak membenar Wan Azizah memasuki lobi pejabat dekat kementeriannya jika presiden PKR itu menang pilihan raya kecil Permatang Pauh. 

MP Bera dilapor berkata "tiada alasan" untuk beliau membenarkan Wan Azizah masuk ke bahagian lobi pejabat di kementeriannya tambahan pula ADUN Kajang itu dari pembangkang.

Sebaliknya Ismail Sabri dilapor berkata beliau akan meluluskan dana projek pertanian jika calon BN Suhaimi Sabudin yang membuat permohonan berkaitan dengannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran turut mengecam kenyataan Ismail Sabri itu yang dianggapnya melanggar Akta Pilihan Raya kerana didakwa percubaan melakukan rasuah secara terang.

Beliau yang juga seorang peguam berkata bawah seksyen 10(a) Akta Pilihan Raya 1954, seseorang yang dianggap bersalah melakukan rasuah jika dia menawarkan satu janji yang dikira bernilai kepada pemilih sebagai memujuk mereka memilih calon tertentu.

- mkini

Posted by Jeebond BLM

 KOMEN:

 
Zack Ahmad's photo.Subhanallah !! Kata kata sombong dan bongkak dari seorang Menteri UMNO kepada seorang isteri yang dianiaya. 
 
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU TUNJUKKAN LAH KEBESARAN MU YA ALLAH - ENGKAU LAKNATI LAH ORANG YANG SOMBONG DAN BONGKAK INI DENGAN TIDAK MERASA BELAS KASIHAN TERHADAP SEORANG ISTERI YANG TELAH PEMIMPINNYA SENDIRI MEMFITNAH DAN MENGANIAYA BELIAU SEHINGGA BELIAU DIPENJARA. 
 
 KAMI POHON YA ALLAH AGAR MENTERI YANG SOMBONG INI DIBERI PENGAJARAN OLEH MU, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Hadi Awang Gesa Hidupkan Semula Kerajaan Perpaduan (UG)

Posted: 03 May 2015 04:30 PM PDT

 
Hadi buat u-turn; UG tali hayat Najib?

Media Singapura di dalam satu wawancara dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melapurkan gesaan memeranjatkan beliau: untuk dihidupkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Government - UG).

Lapuran yang bertarikh 1 Mei itu antara lain melapurkan Presiden PAS itu berkata masalah yang melanda sekarang ini adalah kerana kelemahan Umno. Ianya bukan sebab Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Abdullah Ahmad Badawi menurut lapuran Today Online.

Gagasan UG yang mula diperkatakan Hadi pada 2008 mendapat reaksi negatif ketika itu sehingga mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ianya menjadi polemik hingga menimbulkan masalah dalaman yang hingga kini masih memberi kesan kepada PAS.

Namun setelah kematian Nik Aziz, usaha mendekati Umno semakin jelas dengan isu pindaan Rang Undang-Undang Syariah menjadi "jambatan".


Apapun, kenyataan Hadi di Singapura ini amat mengejutkan.

Beberapa tahun lampau beliau menyatakan idea UG hanya terpakai di waktu Abdullah. Bahkan beliau pernah menyatakan Najib terlalu banyak skandal untuk UG dibincangkan bersama Najib.

Di musim "U-turn", sekali lagi PAS melalui kenyataan Hadi ini membuat U-turn (setelah U-turn yang dibuat Pemuda PAS Penang beberapa hari lalu dalam isu sokongan calun di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh).

Gesaan UG Hadi ini juga memberi isyarat seoalah-olah beliau memberi sokongan kepada Najib yang semakin hebat diserang Dr Mahathir. Umum mengetahui, usaha membina jambatan UMNO-PAS dibuat kem Najib, tidak dengan kem Tan sSri Mahyuddin Yassin yang dilihat bersama Dr Mahathir.

Beberapa soalan timbul dari gesaan Hadi di Singapura ini.

Kenapa Hadi membuat "U-turn" dalam menghidupkan kembali gagasan UG, tidak sampai 6 bulan kematian Tok Guru Nik Aziz - penentang kuat gagasan UG?

Apakah PAS, melalui Hadi terikat dengan "hayat" Najib menerajui Umno?

Dan yang lebih besar, apakah ada pakatan "sulit" antara kem Najib dan Hadi dalam menghadapi serangan Dr Mahathir?

Kelihatannya, Hadi memberi talian hayat kepada Najib dengan hidupnya kembali gagasan UG. – 3 Mei, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Polis ‘rempuh’ kereta Tian Chua sebelum tangkap, kata saksi OLEH KC NAZARI

Posted: 03 May 2015 09:00 AM PDT

 
Pembantu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Mohd Huraimi Mohd Husri (tengah) memberitahu penyokong Pakatan Rakyat dan media tentang bagaimana Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2015.

Pembantu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Mohd Huraimi Mohd Husri (tengah) memberitahu penyokong Pakatan Rakyat dan media tentang bagaimana Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya semalam.

Pembantu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Mohd Huraimi Mohd Husri (tengah) memberitahu penyokong Pakatan Rakyat dan media tentang bagaimana Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya semalam.

Dua pembantu Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang mendakwa melihat sendiri majikan mereka dikasari dengan ganas sewaktu ditangkap di Seberang Jaya semalam.

Mohd Huraimi Husri, 18, pengiring Chua yang memandu keretanya berkata majikannya itu menerima panggilan telefon dimaklumkan akan ditangkap selepas selesai berceramah di Seberang Jaya sekitar jam 11.40 malam tadi.

Namun beliau diarah Chua agar terus ke Yayasan Aman di Penanti bagi membolehkan tangkapan berlaku di sana dan kelihatan lebih "kemas".

"Tetapi apabila kami sampai dekat lampu isyarat berhampiran bulatan Seberang Jaya, 2 kereta polis menghimpit kami dan satu darinya merempuh kereta kami sehingga terkena cermin sisi kami.

"Polis berlari ke arah kereta kami dan menarik YB keluar dan cuba menolaknya masuk ke dalam kereta polis," katanya kepada wartawan yang menunggu di luar ibu pejabat polis daerah Seberang Perai tengah pagi ini.

Huraimi berkata beliau secara bersembunyi merakam insiden tangkapan Chua namun dipukul di kepala dari belakang oleh polis selepas diketahui berbuat demikian.

Salah seorang pembantu Tian Chua menunjukkan tanda geseran pada kereta Chua selepas dilanggar polis semasa beliau ditahan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2015.Salah seorang pembantu Tian Chua menunjukkan tanda geseran pada kereta Chua selepas dilanggar polis semasa beliau ditahan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2015."Entah macam mana seorang polis kedengaran berlari dari arah belakang saya, melompat memukul kepala dan terus menolak saya ke atas jalan raya dan menekan kepala saya.

"YB Tian yang melihat kejadian itu sewaktu cuba ditolak ke dalam kereta polis berpesan kepada mereka agar tidak mengapa-apakan saya kerana saya tidak terlibat dalam hal ini," katanya.

Beliau kemudian ke Yayasan Aman sebelum dinasihatkan penyokong di situ untuk membuat laporan polis.

Seorang lagi pengiring Chua, Chin Sin Pang, 55 turut melihat kejadian itu kerana turut berada di dalam kereta pada masa kejadian.

Menurutnya, kira-kira 10 orang anggota polis di dalam 2 kereta dan bermotosikal terlibat dalam operasi menangkap Chua yang dikenali sebagai Tian Chua semalam.

"Saya rakam video beliau ditolak ke dalam kereta dan rambutnya ditarik-tarik polis, tetapi polis yang nampak saya rakam minta saya padamkan semuanya," kata Chin.


Salah seorang pembantu Tian Chua menunjukkan tanda geseran pada kereta Chua selepas dilanggar polis semasa beliau ditahan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Mei, 2015.

Apabila enggan, telefon beliau dirampas dan polis sendiri memadamkan semuanya tanpa kebenaran beliau, kata Chin.

Beliau kemudian dibawa polis bersama Chua ke IPD Seberang Perai Tengah.

Beliau menceritakan insiden penangkapan ini sewaktu bercakap kepada wartawan bersama ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah di luar IPD Seberang Perai Tengah selepas dibebaskan dari tangkapan semalam.

Sementara itu, Sivarasa kesal dengan cara polis mengendalikan insiden tangkapan itu.

"Mereka menangkapnya seperti beliau ini penjenayah yang melarikan diri.

"Saya mahu ketua polis negara jelaskan kenapa orang-orangnya berlagak seperti penyangak beruniform dalam tangkapan ini," kata Sivarasa. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

PKR belum selamat di Permatang Pauh, kata penganalisis OLEH KC NAZARI

Posted: 03 May 2015 08:30 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum memberi arahan kepada ahli parti untuk menyokong calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan ini dilihat akan membawa elemen sabotaj.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum memberi arahan kepada ahli parti untuk menyokong calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan ini dilihat akan membawa elemen sabotaj.

Pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang untuk menyokong kembali PKR di Permatang Pauh belum tentu menjamin kemenangan dengan majoriti besar, kata penganalisis politik Dr Azizuddin Mohd Sani.

Ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum mengeluarkan arahan jelas kepada ahli parti dan penyokong agar mengundi Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata Azizuddin.

Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata akan wujud elemen 'sabotaj' terhadap PKR.

"Sekarang ini ada arahan pusat agar mereka membantu kempen. Namun, bantu kempen ini satu perkara dan mengundi pula satu perkara lain.

"Kemungkinan perpecahan undi itu akan berlaku juga. Ini kerana mereka ini seperti dipaksa memberi sokongan kepada PKR dalam pilihan raya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata penyokong dan ahli-ahli PAS tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN), namun mereka boleh memilih untuk tidak keluar mengundi atau membuang undi rosak.

Katanya, hanya dengan arahan jelas presiden PAS sahaja PKR boleh memastikan mereka kekal menang dengan majoriti besar.

"Hadi sepatutnya campur tangan dan bagi arahan agar ahli-ahli PAS memangkah Dr Wan Azizah. Tetapi sekarang ini tiada arahan," katanya.

Tanpa Hadi memberi arahan jelas kepada ahli PAS supaya memangkah Dr Wan Azizah dalam pilihan raya, ia akan menunjukkan kompromi antara dua parti tersebut kelihatan hanya sementara.

Tanpa Hadi memberi arahan jelas kepada ahli PAS supaya memangkah Dr Wan Azizah dalam pilihan raya, ia akan menunjukkan kompromi antara dua parti tersebut kelihatan hanya sementara.

Pemuda PAS Pulau Pinang pada Rabu menukar pendirian mereka yang sebelum ini bertegas tidak berkempen untuk PKR.

Pendirian itu dibuat atas alasan PKR menolak hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah bagaimana pun berkata mereka kini memutuskan untuk mematuhi pendirian PAS Pusat.

Pendirian itu diambil selepas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata tindakan akan diambil terhadap Yusni kerana melanggar ketetapan PAS Pusat.

Sementara itu, turut mengutarakan pendapat sama dengan Azizuddin adalah penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian.

Katanya, Hadi perlu memberi arahan jelas agar ahli PAS memangkah Dr Wan Azizah.

"Kalau PAS sudah bersetuju berkempen, sudah tentu akan ada perubahan trend.

"Tetapi, sejauh mana pengundi akan keluar dan mengundi PKR belum dapat dipastikan. Ini kerana presiden PAS masih belum mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.

"Kita lihat mereka seperti ada kompromi di belakang tabir tetapi ia mungkin bersifat sementara sehingga pilihan raya ini selesai," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Dr Ahmad Tarmizi Talib pula berpandangan pendirian terbaru Pemuda PAS itu tidak membawa apa-apa perubahan kepada kempen PKR.

"Majoriti kemenangan PKR tidak penting kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat mereka.

"Dalam sistem pilihan raya kita, menang dengan majoriti satu undi pun dikira menang," katanya.

Selepas seminggu kempen berlangsung, Hadi masih belum muncul di Permatang Pauh untuk menjayakan kempen PKR.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sewaktu ditanya tentang perkara itu berkata ia sebahagian dari "permuafakatan" Pakatan Rakyat (PR) agar Hadi menumpukan perhatian kepada kempen PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Rompin.

"Hadi menumpukan kepada kempen PAS di Rompin dan kita pula tumpukan kepada kempen PKR di sini.

"Inilah permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," katanya sewaktu ditemui selepas ceramah anti-GST di Guar Perahu.

Sejak tahun 1982, kerusi Permatang Pauh disandang silih berganti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah.

Dalam pilihan raya kecil ini, Dr Wan Azizah berdepan pertarungan 4 penjuru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu akan berentap dengan calon BN Suhaimi Sabudin, calon bebas Salleh Ishak, dan Azhar Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia.

Kerusi P44 Permatang Pauh kosong selepas Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas dipenjarakan selama 5 tahun kerana disabitkan bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Lembaga Pengampunan turut menolak petisyen pengampunan yang difailkan Anwar.

Kira-kira 70% pengundi Permatang Pauh adalah Melayu dan ia terbahagi kepada 3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Tian Chua dikasari, dipaksa tunggu 2 jam sebelum ke lokap - OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 03 May 2015 08:00 AM PDT

Zack Ahmad's photo.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menunggu 2 jam sebelum polis membenarkan beliau berehat di lokap.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang menunggu 2 jam sebelum polis membenarkan beliau berehat di lokap.

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang mendakwa dikasari polis semasa ditahan di Pulau Pinang semalam, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi menunggu siasatan ke atas perhimpunan pada Hari Pekerja pada Jumaat.

Chua berkata beliau sampai di balai pada 3.15am tetapi terpaksa menunggu 2 jam sebelum akhirnya dibenarkan untuk berehat di dalam lokap.

"Tunggu dari 3 pagi hingga 5 pagi Subuh – bayang2 IO belum ternampak. Kalau tak bersedia lakukan siasatan, baik masukkan lokap, kurang2 boleh tidur." tulis Chua yang dikenali sebagai Tian Chua dalam akaun Twitternya, @tianchua.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya ini taktik yang digunakan untuk menghukum aktivis-aktivis yang ditahan dan menyebut nama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan akaun Twitter beliau, @KBAB51.

Difahamkan yang Chua mungkin akan dilepaskan dengan jaminan hari ini selepas polis merekodkan kenyataannya, tetapi ini hanya boleh disahkan kemudian selepas menunggu arahan seterusnya, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Ahli Parlimen itu merupakan ahli politik ke-4 yang ditahan polis berhubung perhimpunan pada Jumaat selepas penahanan berprofil tinggi peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Hatta Ramli, dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan pada malam Jumaat.

Polis juga menahan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan di rumahnya pada tengahari Sabtu dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang ditahan beberapa jam lebih awal apabila beliau tiba di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan dilepaskan malam itu selepas polis merekodkan kenyataan mereka.

Setakai ini, polis menahan 36 orang. Daripada jumlah tersebut, 29 ditahan reman untuk 3 hari bagi membantu siasatan untuk aktiviti vandalisme semasa perhimpunan sementara yang lain disiasat kerana berhimpun secara haram dan menghasut.

Pagi ini, ahli sekretariat ‪#‎KitaLawan‬ Fariz Musa hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk merekodkan kenyataannya.

Tidak jelas sama ada dia akan ditahan hari ini seperti mereka yang lain yang hadir untuk membantu siasatan.

Difahamkan polis juga menghubungi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau dijangka akan direkodkan kenyataan esok. – 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Kerajaan peruntuk RM13 juta untuk usahawan Bumiputera Pulau Pinang

Posted: 03 May 2015 07:30 AM PDT

 
Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM13 juta kepada usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun ini bagi menggalakkan penyertaan mereka dalam bidang keusahawanan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Dana Pembangunan Usahawan MARA itu akan diagihkan kepada seluruh usahawan Bumiputera yang berkecimpung dalam pelbagai bidang keusahawanan.

"Kita sedar dan tahu ini merupakan salah satu hala tuju yang perlu kita bagi tumpuan untuk membolehkan bukan hanya mengupayakan bidang keusahawanan, meningkatkan pendapatan mereka, bahkan juga kita yakin sampingan dari segi peluang yang akan diperoleh, iaitu bidang pengangkutan, peluang pekerjaan.

"Jadi kita mahukan 'job creator', perlu kita tingkatkan supaya usahawan ini dapat dimajukan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama usahawan bumiputera Pulau Pinang hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang Muhamad Farid Saad.

Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata selain pemberian dana, kerajaan turut menyediakan program latihan kepada para usahawan dalam usaha melahirkan usahawan yang lebih berdaya maju dan kompetetif.

Katanya usahawan Bumiputera di negeri ini perlu menggunakan peluang sedia ada dengan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"Usahawan Bumiputera di Pulau Pinang boleh menggunakan peluang yang ada ini untuk meneroka pasaran perniagaan mengikut minat masing-masing dan ia termasuk produk makanan, membaiki kenderaan, pakaian ataupun perkhidmatan," katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie turut menyampaikan Anugerah Usahawan Ikon Bumiputera Pulau Pinang 2014 kepada usahawan berjaya di Pulau Pinang. – Bernama, 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ahli Parlimen, aktivis tonton perlawanan Mayweather-Pacquiao sementara tunggu polis

Posted: 03 May 2015 07:00 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menunggu 4 jam bagi pegawai penyiasat untuk tiba memulakan soal siasat terhadapnya serta Fariz Musa

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menunggu 4 jam bagi pegawai penyiasat untuk tiba memulakan soal siasat terhadapnya serta Fariz Musa.

Dua ahli Parlimen dan seorang aktivis sempat menonton perlawanan tinju terbesar hari ini sementara menunggu polis dari awal pagi untuk disoal siasat tentang perhimpunan Hari Pekerja pada Jumaat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditahan bersama ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa pagi ini – selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk disoal siasat tentang peranan mereka dalam perhimpunan tersebut berkata mereka sedang menunggu pegawai penyiasat (IO) tiba.

"Ramai pegawai di sini tetapi IO masih belum sampai. Kami menonton CSI (Crime Scene Investigation) kemudian perlawanan tinju antara Floyd Mayweather dan Manny Pacquaio," kata Khalid.

Khalid dan Fariz berada di balai polis selama 4 jam sementara Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang dikenali sebagai Tian Chua dibawa ke sana hampir 12 jam lalu. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ada peningkatan sokongan terhadap BN di Permatang Pauh, kata Shafie

Posted: 03 May 2015 06:30 AM PDT

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sokongan dan penerimaan daripada pengundi Permatang Pauh terhadap BN dilihat semakin meningkat sepanjang program turun padang yang dianjurkan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sokongan dan penerimaan daripada pengundi Permatang Pauh terhadap BN dilihat semakin meningkat sepanjang program turun padang yang dianjurkan

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencipta sejarah baharu dengan memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata keyakinan itu berdasarkan kepada sokongan dan penerimaan daripada pengundi Permatang Pauh terhadap parti itu yang dilihat semakin meningkat sepanjang program turun padang yang dianjurkan.

"Tanda-tanda (kemenangan) itu ada. Rata-rata orang kampung yang saya temui pada program walkabout (tinjauan mesra) menyatakan datuk seri jangan bimbang sangat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama usahawan bumiputera Pulau Pinang, di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata, selain itu isu-isu berbangkit yang membelenggu Pakatan Rakyat juga menyumbang kepada peningkatan sokongan itu memandangkan ada dalam kalangan pengundi sudah mula tidak mempercayai parti dalam pakatan pembangkang.

"Kita dapat melihat bagaimana pihak lawan dalam keadaan agak bercelaru di antara parti PKR dan PAS, PAS dan DAP nampak ketara jentera mereka tidak selari. Saya yakin ini merupakan petunjuk bahawa pengundi nak cari parti, sokong parti yang bersatu iaitu Barisan Nasional," katanya.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata pengundi di Permatang Pauh mahukan seorang wakil rakyat yang amanah, konsisten dan fokus dalam memperjuangkan nasib penduduk di kawasan itu.

Katanya, calon BN bagi PRK Permatang Pauh Suhaimi Sabudin mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik kerana beliau merupakan anak tempatan yang akan sentiasa berada di kawasan Parlimen itu setiap masa.

"Apa yang penting mendampingi para pengundi dan menemui mereka seramai yang mungkin, engage with them (dampingi mereka). Kita yakin dengan adanya pelancaran manifesto BN, ini menampakkan komitmen calon kita dalam membantu masyarakat di peringkat Permatang Pauh.

"Ia terbukti bahawa beliau mempunyai hasrat, niat dan cita-cita sebagai anak watan Permatang Pauh untuk membela dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan kesihatan. Insya-Allah kalau diberi amanah, saya yakin kerana beliau biasa kerja, rajin kerja selaku Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh," katanya.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan setelah disabitkan kesalahan liwat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. – Bernama, 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.


Hadi tidak pasti siapa protes calon PKR Permatang Pauh

Posted: 03 May 2015 06:00 AM PDT





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mungkin golongan yang membuat protes terhadap calon PKR Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mungkin golongan yang membuat protes terhadap calon PKR Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan yang membuat protes terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyan PAS Sabah di Kota Kinabalu hari ini, beliau berkata mungkin golongan itu adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Hadi berkata beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.

Mengenai pendirian PAS Pusat berhubung ahli Pakatan Rakyat (PR) Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan PAS dalam PR Sabah, Hadi berkata terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun PAS masih anggota PR Pusat.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza.

Katanya PAS akan melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara ini secara demokrasi dan PAS mengemukakan hukum hudud di Kelantan serta undang-undang jenayah syariah di Terengganu kerana parti itu menang besar dalam beberapa pilihan raya umum lalu di negeri berkenaan. – Bernama, 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Soal pemilikan rumah akan sentiasa diutamakan, kata Najib

Posted: 03 May 2015 05:30 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan terus memberi perhatian kepada soal pemilikan rumah termasuk membabitkan warga Felda. –

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan terus memberi perhatian kepada soal pemilikan rumah termasuk membabitkan warga Felda. –

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan terus memberi perhatian kepada soal pemilikan rumah dalam usaha menjaga kepentingan rakyat.

Menurutnya, ini termasuk pemilikan kediaman dalam kalangan warga Felda.

"Soal milikan rumah akan saya sentiasa utamakan demi kepentingan rakyat, termasuk warga Felda," kata Najib dalam catatan di akaun Twitternya hari ini.

Semalam, perdana menteri berkata kerajaan menawarkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara jual-beli kepada generasi baharu Felda di kawasan Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini.

Dalam kenyataan melalui laman Facebook PMO Malaysia semalam, Najib berkata kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat mengenai pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan Felda khususnya untuk generasi baharu. – Bernama, 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ketua Umno bahagian mula sedar rakyat tak sokong Najib

Posted: 03 May 2015 05:00 AM PDT


Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tindakan nekad dan keberanian Syed Ali dalam menyuarakan isu 1MDB terbukti apabila semua akhbar yang menyokong Datuk Seri Najib Razak tidak menyiarkannya kecuali akhbar The Star semalam.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata tindakan nekad dan keberanian Syed Ali dalam menyuarakan isu 1MDB terbukti apabila semua akhbar yang menyokong Datuk Seri Najib Razak tidak menyiarkannya kecuali akhbar The Star semalam.

Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan sudah wujud kesedaran di kalangan ketua Umno bahagian kini yang sokongan mereka kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak bukanlah mewakili sokongan rakyat secara keseluruhannya.

Bekas menteri penerangan itu berkata, antara ketua Umno bahagian yang lantang membuat kritikan terbuka ialah Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Siapakah yang mengatakan semua ketua bahagian Umno hanya mengangguk dan menerima apa sahaja alasan dan cerita dari pemimpin negara dalam isu yang menimbulkan keraguan dan prasangka buruk menggelorakan perasaan rakyat di seluruh negara?

"Sudah ada pemimpin bahagian Umno yang sedar sokongan 'berbaju merah' kepada pucuk pimpinan tidak dapat lagi mewakili sokongan rakyat.

"Mereka tidak sahaja membacanya di laman media sosial atau portal berita tetapi mendengarnya sendiri di majlis-majlis kenduri perkahwinan, di surau dan masjid, di kedai-kedai kopi, di perbincangan terbuka dan tertutup peringkat atasan dan akar umbi," katanya menerusi entri terbaru di blognya, Zamkata.

Zainuddin berkata tindakan nekad dan keberanian Syed Ali dalam menyuarakan isu 1MDB terbukti apabila semua akhbar yang menyokong Najib tidak menyiarkannya kecuali akhbar The Star semalam.

Katanya, apa yang dilakukan Syed Ali ini menurut peradaban Umno sebagai halus dan bijaksana dalam membawa perubahan kepada pucuk pimpinan negara.

"Ini membuktikan sokongan dengan baju merah tidak bererti di dalam hati, tidak parah dan menyerah kalah.

"Syed Ali yang diketahui pernah ke hadapan dalam isu-isu sensitif yang menjadi keluh kesah rakyat, umpamanya meminta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhenti, nampaknya tidak lagi dapat  membendung perasaannya sendiri dalam isu 1MDB.

"Syed Ali mahu flamboyan billionair Low Taek Jho yang dikaitkan dengan 1MDB dipanggil segera untuk menghadapi  siasatan polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Akauntan  Negara," katanya.

Sementara itu, bekas ketua pengarang akhbar Utusan Melayu itu turut mendedahkan Najib hanya akan berundur jika permintaan itu datangnya daripada pimpinan Umno sendiri.

Beliau berkata perkara itu disampaikan oleh seseorang yang pernah memegang  kuasa besar di negara ini melalui satu khidmat pesanan ringkas.

"Apa yang saya dengar, beliau tidak akan berundur melainkan Umno memintanya berundur," kata pemimpin itu kepada Zainuddin.

Syed Ali yang kecewa dengan kelembapan pasukan petugas khas ditubuhkan pada Mac bagi menyiasat operasi dana pelaburan strategik 1MDB, mendesak Low dipanggil untuk disoal siasat.

Katanya, nama Low sering timbul apabila syarikat pelaburan negara itu disebut, termasuk dalam beberapa siri pendedahan dibuat laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Kami menunggu dari awal Mac. Tiada sekelumit pun yang diperkatakan mengenai siasatan oleh pasukan petugas khas ini, yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

"Ada satu nama yang kerap timbul apabila isu dakwaan penyelewengan dana milik negara itu dibangkitkan. Tak lain tak bukan, Low Taek Jho.

"Pasukan itu, yang bergerak perlahan macam siput, belum memanggilnya untuk disoal. Dan kita tak tahulah sama ada mereka akan memanggilnya atau tidak," tulisnya di blog Umno Cheras. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Pengumuman Najib tentang rumah Felda bukan gula-gula pilihan raya, kata Hishammuddin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 03 May 2015 04:30 AM PDT


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tengah) berjalan bersama Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin (kiri) selepas melawat jentera pilihan raya parti BN bagi Rompin, Pahang hari ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (tengah) berjalan bersama Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin (kiri) selepas melawat jentera pilihan raya parti BN bagi Rompin, Pahang hari ini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata harga RM90,000 bagi rumah generasi kedua berbanding RM125,000 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dilaksanakan ke seluruh kawasan Felda seluruh negara, bukan setakat hanya di Parlimen Rompin.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

"Harga rumah generasi kedua Felda itu buat berperingkat-peringkat, soalan itu akan disampaikan kepada Datuk Razali Ibrahim...yang penting apa yang diharapkan, apa yang dibangkitkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin mendapat perhatian perdana menteri," kata Hisham, ketika sidang media di Rompin hari ini.

Menteri pertahanan itu berkata, pengumuman Najib itu juga bukan gula-gula untuk masyarakat Rompin bersempena PRK yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei ini, sebaliknya, ia hanyalah kebetulan.

"Kebetulan ianya dibangkitkan ketika PRK. Pendekatan pembelaan kepada generasi kedua, ia tidak kepada Rompin semata-mata, tetapi semua, itulah asas perjuangan kita daripada arwah Tun Abdul Razak," katanya, merujuk kepada pengasas Felda, dan bapa kepada Najib.

"Saya rasa banyak yang disandarkan keputusan itu adalah kebajikan generasi kedua.

"Ia bukan sama ada hendak menang PRK atau tidak, itu mungkin perkara yang boleh membantu," katanya, dan menambah pengumuman Najib itu diharapkannya menjadi perkara positif bagi generasi kedua Felda.

Mengulas lanjut berkenaan strategi PAS yang bakal menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu dalam PRK Rompin, lebih fokus kepada kawasan Felda dalam kempen mereka, Hishamuddin berkata keputusan pilihan raya nanti bakal membuktikan sama ada kaedah mereka itu berkesan atau tidak.

"Kita tunggu kepada keputusan, sama ada kempen mereka berkesan atau tidak," katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri taklimat daripada jentera BN negeri Johor di Rompin turut mengingatkan agar parti itu tidak mengambil mudah PRK tersebut.

"Jangan ambil mudah Rompin, maklumlah hari bekerja lepas cuti panjang.

"Insya Allah, bila jentera bahagian, negeri bekerjasama, apa yang kita harapkan akan jadi satu kenyataan," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dalam satu kenyataan berkata, PAS mencabar Najib agar memberikan harga rumah yang sama kepada semua generasi kedua dan ketiga Felda sebagaimana yang diberikan kepada warga Felda di Rompin.

Beliau berkata tindakan memberikan harga lebih murah dan mekanisma lebih baik kepada warga generasi kedua Felda di Rompin menggambarkan sememangnya warga Felda terabai selama ini.

"Kalau bukan kerana adanya PRK Rompin, G2 dan G3 Felda di Rompin akan terus terabai. Ini membuktikan PAS membuat keputusan yang tepat untuk bertanding di Rompin kali ini," katanya.

"Rungutan harga rumah yang mahal dan mekanisma yang tidak membantu G2 and G3 memiliki rumah merupakan agenda utama dalam setiap dialog dengan warga Felda."

Beliau turut berkata, tanpa PRK Rompin, Najib tidak akan mengumumkan penurunan harga tersebut.

"Teapi hanya kerana bimbang dengan kebangkitan G2 dan G3 Felda dalam PRK Rompin kali ini, maka datangnya durian runtuh sedemikian daripada Najib," katanya.

"Sebagai perdana menteri, PAS menyeru Najib agar bertindak sebagai perdana menteri bagi seluruh negara. Jangan hanya kerana henak selamatkan kedudukan dan undi di Rompin, lalu kita isytihar pelbagai habuan hanya bagi kawasan PRK sahaja."

Hishammuddin bagaimanapun mempersoalkan kenyataan PAS itu, dan berkata sepanjang pentadbiran parti Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) tersebut, tiada sebarang program yang dianjurkan mereka untuk membantu warga Felda.

"Tiada satu benda pun yang mereka cadangkan untuk Felda di negeri yang mereka perintah," katanya. – 3 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Perhimpunan Bantah GST cemari KL – Ahmad Maslan - FMT Reporters

Posted: 03 May 2015 04:00 AM PDT

 
ahmad maslan, GST

Menurut Ahmad Maslan jika GST tidak baik kenapa dilaksana di 170 negara.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik status di laman Twitternya, menyelar mereka yang menyertai Perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara pada Jumaat.

Dalam status yang sama, Ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kebaikan pelaksanaan cukai berkenaan.

"KL yg indah tapi dicemari demonstrasi jalanan. Jika GST tak baik kenapa dilaksana 170/193 (88%) negara di dunia?", tulisnya ringkas.

Ia dibuat selepas dua hari perhimpunan yang diadakan di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai berkenaan.

Sebelum ini kebanyakan kenyataan Ahmad Maslan menimbulkan pelbagai kontroversi dan sehingga beberapa pihak meminta beliau supaya mendiamkan.

Peguam Negara Disuruh Letak Jawatan ??

Posted: 03 May 2015 03:30 AM PDT


Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mei, 2015.

Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan.

Utusan Malaysia memetik kelewatan pendakwaan di bawah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan GST dalam desakan rakyat bagi beliau meletakkan jawatan.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyarankan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tugasnya dan seringkali berlaku kelewatan pendakwaan.

Kolumnis Awang Selamat menyifatkan sudah tiba masanya Gani meletakkan jawatan, memandangkan faktor umur dan kesihatan yang menjejaskan tugasnya sebagai peguam negara.

"Khabarnya Gani sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan. Pada kesempatan ini, doakan beliau segera sembuh.

"Secara peribadi, Awang berpendapat tidak wajar Gani terus dibebankan dengan tugas berat dan mencabar. Komitmen dan jasanya selama 12 tahun menyandang jawatan itu tidak boleh dinafikan sesiapa," tulis Awang Selamat dalam "Bisik-bisik Awang Selamat" yang disiarkan edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.

Selain menggesa Gani meletakkan jawatan, Awang Selamat turut membuat spekulasi siapakah calon yang layak menduduki jawatan tersebut.

"Dengan kontrak perkhidmatan yang dijangka tamat tidak lama lagi, Awang tidak fikir beliau mahu meneruskannya walaupun ditawarkan.

"Sampai pada tahap tertentu dalam kehidupan, kesihatan dan ketenangan untuk bersama keluarga jauh lebih bernilai. Biarlah orang baharu pula mengemudi cabaran. Siapakah orangnya," soal Awang Selamat.

Awang Selamat berkata kelewatan dalam melakukan pendakwaan oleh Gani sekali gus memberi kesan kepada imej kerajaan yang mendukung prinsip ketegasan penguatkuasaan.

"Itulah persepsi yang pada umumnya ada asas. Namun ada kalanya Awang bersimpati dengan peguam negara, Gani Patail yang sentiasa dihentam biar pun atas kelemahan pihak lain," katanya.

Awang Selamat berkata desakan untuk Gani meletakkan jawatan semakin kuat apabila ianya membabitkan kelewatan isu pendakwaan ke atas peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Sebenarnya isu kelewatan pejabat peguam negara bertindak bukan baharu. Paling panas dan menjadi perhatian sebelum ini adalah isu hasutan dan penghinaan terhadap agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

"Rumusan mereka, pejabat peguam negara akhirnya menjadi penghalang kepada tuntutan untuk bertindak tegas, yang implikasinya kepada imej kerajaan," tulis Awang Selamat dalam akhbar milik Umno itu. – 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

SAMM dakwa pihak berkuasa ada agenda FMT Reporters

Posted: 03 May 2015 03:00 AM PDT

 
samm

Pihak berkuasa didakwa membiarkan kekecohan berlaku dalam Perhimpunan Batal GST dan hanya bertindak selepas kekecohan itu telah lama berakhir dan peserta sudah bersurai.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesyaki pihak berkuasa mempunyai agenda tertentu apabila membiarkan kekecohan berlaku dalam Perhimpunan Batal GST pada 1 Mei.

Pengarah Propaganda SAMM, Eddy Noor Reduan mendakwa, pihak berkuasa gagal mengawal kekecohan dan sengaja membiarkan insiden itu berlanjutan.

Dia mendakwa, pihak berkuasa hanya membuat tangkapan selepas kekecohan telah lama berakhir dan peserta perhimpunan telah bersura, malah tangkapan dilakukan secara rambang.

"SAMM mengesyaki pihak berkuasa mempunyai agenda tertentu. Apakah ia menjadi satu alasan untuk melibatkan NGO anak muda seperti SAMM?" katanya.

Susulan dakwaan SAMM terlibat dalam kekecohan, Eddy menafikannya dan mengesahkan tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang laluan yang digunakan.

Katanya, siasatan juga mendapati tiada seorang pun ahlinya yang terlibat dalam kekecohan pada hari berkenaan.

SAMM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


FMT

Ahli PKR Selangor mahu ‘sauk’ Wan Azizah di Permatang Pauh OLEH KC NAZARI

Posted: 03 May 2015 02:30 AM PDT

 Ketua SAUK  Mazli Saring berkata, kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Mei, 2015.
 
Ketua SAUK Mazli Saring berkata, kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu.

Ketua SAUK Mazli Saring berkata, kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu.

Sekumpulan kira-kira 20 individu yang mendakwa diri mereka ahli PKR Selangor mengadakan sidang media di Pulau Pinang hari ini bagi membantah pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Menamakan diri mereka sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK), kumpulan yang diketuai Mazli Saring mengatakan kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu.

Namun katanya Dr Wan Azizah bertanding dalam PRK Kajang pada tahun 2014 tetapi gagal memberikan khidmat terbaik dan kini sibuk pula bertanding di Permatang Pauh.

"Kami masih sayangkan parti. Kenapa begini jadinya?

"Presiden sepatutnya kempen dalam PKR untuk wujudkan perpaduan dalam parti.

"Bukan maksud kami untuk suruh tolak Wan Azizah tetapi kenapa selepas kes Anwar, Wan Azizah datang semula untuk bertanding," katanya yang mengaku terlibat dalam kempen PRK 2008 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mazli sebelum ini mengetuai NGO pro- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikenali sebagai Pakatan anak-anak Selangor menyokong menteri besar Selangor (Pasmeb) sewaktu kemelut berlangsung.

Mazli bagaimanapun menafikan kempen mereka kali ini mempunyai kaitan dengan Pasmeb.

Beliau bersama dua orang lagi 'anggota jawatankuasa' SAUK mengenakan kaca mata hitam sewaktu sidang media berlangsung.

Di belakang mereka pula terdapat beberapa individu memegang poster dengan lambang PKR dan wajah personaliti PKR.

Di antara mesej yang tertulis pada poster itu adalah "Anwar ke Mahkamah Syariah Bukti PKR Sokong Hudud", "Tun M dan Azmin Perlu Digabungkan", dan "TQ Rafizi dan Nurul Izzah kerana sokong hudud". – 3 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Seloka Pantung PRK Permatang Pauh - "SOKONG KAK WAN" - Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB

Posted: 03 May 2015 02:00 AM PDT

 
SOKONG KAK WAN - SELOKA PANTUN PRK PERMATANG PAUH.
 

Patah tingkah lagu, suaranya mendayu
Gerisik merdu, gemanya mengawan
Pengundi Permatang Pauh saya merayu
Bertekad anda 7 Mei ini, undilah Kak Wan.

Lebam mata DSAI, Rahim Noor balun
Kesalahan dinafi, jarinya menuding
Kak Wan, bukan calun sebarang calun
Pelajar cemerlang di menara gading.

Yahanana, Yahanana, banana oh banana
Tanak nasi beriani Arab, didalam kawah
Kak Wan doktor pakar, hidupnya sederhana
Bukan seperti Rosmah boros dan mewah

Pulun jerami disusun, jadikan bantal
Mengkuang dianyam dikalang geta
Calun PR-PKR wirawati orangnya kental
Berkorban juang, untuk rakyat jelata.

Seluarnya pentelon, baju pula kemeja
Pakaian yang sedondong Aci dan Nana
PRK Permatang Pauh bukan saja-saja
Akibat dendam kesumat umNO durjana.

Batang besi, disepoh dibuangnya karat
Disepoh dibakar dicanai, disakai membara
Permatang Pauh tunjang Pakatan Rakyat
Pengalang umNO(b) bN hancurkan Negara.

Jahil tak erti makna, JKKK lagak bijak
Nak makan pula laksa, dah jemu usrah
Najib - Mahayuddin dok bertekak retak
Kemuncak persaingan dah menjadi barah.

Kapal berlaboh di Tongkang Pecah
Muatannya sarat, cengkeh cili dan ragi
Padahnya PR bersengketa berpecah
bN mendapat laba, PR memungut rugi.

Pak Pandir Mak Andih cerita hikayat
Hikayat perosa lama, menjadi hikmat
Tekad umNO(b) hancor Pakatan Rakyat
Nak jajah Negara sampai ke kiamat.

Sekarang lampu letrik, dulu pasang pelita
Pelita menerangi cahaya, buat mengaji
Alami susah payah, ramai yang dah berjaya,
Pemimpin Pakatan rayat hentilah bersengketa

Rapatkan saf, gembeling tenaga ator strateji
PRU14, bertekad kita melangkah ke Putrajaya.
Tarikat Tajali ajaran Ahmad Laksamana
Mufti fatwakan haram, serta mahkamah

GST, pemeras rakyat terpaksa dilaksana
Untuk membayar hutang Najib & Rosmah.
Pak Lang bertanjak keris, berkain sampen
Sampen keris songsang, warnanya merah

Dipakai bergaya dimajlis hari, raja sehari,
PRK Permatang Pauh Najib tak mai kempen
Takutkan pengundi, sergah tanya dan marah
Kalau diajukan hukom menyanyi dan menari?

Najib menari menyanyi macam berok kera
Maksiat dalam Negara, dinegara yang jauh
Imam Wasatiyah, amalannya disangsi,

DS Anwar Ibrahim umNO(b) telah penjara
Ayuh kuborkan umNO di Permatang Pauh
Boktikan soladariti rakyat ikon Reformasi.

Cukup untuk ini kali, ini hari
Esok ku tulis lagi kalau masa member.


Oleh: IBN ABDULLAH ALAWAB
1 MEI 2015 (JUMAAT) 12 REJAB 1436