Rabu, 11 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bung terlintas mahu Sabah keluar Malaysia

Posted: 11 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
 
Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau pernah terlintas untuk menyokong gerakan Sabah keluar dari Malaysia apabila mengenangkan nasib negeri itu yang dilihat seperti 'anak tiri' dalam persekutuan.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Umno itu mengulas isu elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah, yang jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah yang bertugas di semenanjung.

"Kita ini seperti dianaktirikan. Sebab itulah ada gerakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Kadang-kadang rasa terpanggil mahu bersama (mereka). Tetapi saya ingatkan yang itu cerita lain," kata  ahli parlimen Kinabatangan.
 
Malaysiakini

Isu Phua: Sesen pun saya tak ambil, kata Zahid....tapi "rahsia besar maa"..!!!

Posted: 11 Mar 2015 10:30 PM PDT


Walaupun kerajaan enggan menjawab soalan berkaitan 'raja judi' Paul Phua atas alasan rahsia besar,

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menyentuh perkara itu.

Zahid berkata beliau sedar tentang tanggapan umum bahawa beliau terlibat dengan Phua yang ditahan di Las Vegas, ekoran surat penjelasannya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat.

"Saya tahu halal haram. "Tetapi saya dituduh pelbagai perkara susulan surat itu," katanya dalam ucapan dalam seminar berhubung jenayah dan kepolisian di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Sambil memberitahu pengeluaran surat sebegitu dibuat juga oleh menteri-menteri lain, Zahid menegaskan beliau tidak pernah mengambil walau satu sen pun daripada sesiapa.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Segera siasat Jho Low Jho Low dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas 1MDB.

Posted: 11 Mar 2015 09:43 PM PDT



DALAM filem "The International" yang mengisahkan suatu pembedahan oleh Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol), Louis Salinger (Clive Owen) dan AS Peguam Daerah, Louis Salinger (Naomi Watts) menyiasat rasuah dalam bank saudagar fiksyen, IBBC, yang diservis jenayah terancang dan rasuah kerajaan. 

Filem 2009 telah diilhamkan oleh Bank Kredit dan Perdagangan Antarabangsa (BCCI) skandal tahun 1980-an apabila penyiasat dari beberapa negara dan agensi-agensi antarabangsa mendapati bahawa London yang beribu pejabat dan bank Luxembourg yang ditubuhkan terlibat dalam pengubahan wang haram yang besar dan jenayah kewangan, dan secara tidak sah mengawal kepentingan dalam bank besar Amerika.

Tetapi sebelum filem itu dibuat dan kehidupan BCCI sebenar runtuh, kita sendiri mempunyai skandal perbankan yang sama sensasi - Malaysia Finance Bumiputera (BMF).

Kita mungkin menghadapi skandal yang sama dalam bentuk 1Malaysia Development Berhad.

Sudah terdapat persamaan luar biasa antara skandal BMF awal 1980-an dan pembangunan sekitar 1MDB. Walaupun BMF dan syarikat induknya, Bank Bumiputera, telah lama berlalu, skandal 1MDB yang dikatakan masih berlaku.

Jabatan Peguam Negara dilaporkan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara Jabatan untuk menyiasat semua laporan dan aduan berkaitan dengan 1MDB.

Saya ingin mencadangkan agar pegawai yang ditugaskan menonton filem di atas dan belajar daripada siasatan skandal BMF kita sendiri.

9 Anak syarikat berpangkalan di Hong Kong Bank Bumiputera runtuh disebabkan oleh hubungan sumbang dengan berpangkalan di Hong Kong Singapura jurutera awam, George Tan Soon Gin. 


Seperti 1MDB hari ini yang dihantar sejumlah besar dana diperoleh tempatan yang diletakkan di Kepulauan Cayman, Bank Bumiputera menghantar dana di dalam negara yang dijana ke Hong Kong untuk bankroll Tan yang terbang tinggi.

Carrian Group kepunyaan Tan telah banyak meminjam dari BMF dan kemudiannya gagal. Bank Bumiputera menghantar salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, ke Hong Kong untuk bertanggungjawab dan telah dibunuh dengan kejam. Skandal itu akhirnya membawa kepada kebankrapan sehingga meruntuhkan Bank Bumiputera.

Sementara Tan dilihat oleh banyak pihak sebagai orang yang meruntuhkan BMF dan Bank Bumiputera, tuduhan terhadap 1MDB tertumpu di sekitar seorang tokoh koprat anak kelahiran Pulau Pinang, Jho Taek Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Jho Low adalah anak kepada ahli perniagaan Pulau Pinang Tan Sri Larry Low Hock Peng.

Jadi jika BMF / Bank Bumiputera mempunyai George Tan, 1MDB mempunyai Jho Low.9 Keruntuhan BMF melihat sekurang-kurangnya tiga eksekutif kanan kumpulan Bank Bumiputera - semuanya Melayu - dihantar ke penjara manakala Tan bebasi begitu sahaja .

Tiada kes untuk dijawab, isytihar hakim Inggeris (Dennis Barker) selepas satu setengah tahun perbicaraan. Hong Kong ketika itu adalah sebuah tanah jajahan British.

Seorang ahli perniagaan Klang, Man Fook Than telah disabitkan atas pembunuhan Jalil dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Suatu siasatan oleh sepasukan tiga anggota yang diketuai oleh Audit Negara ketika itu, (Tan Sri) Ahmad Nordin mengumumkan penipuan kewangan, pecah amanah dan komplot jenayah. Ahli-ahli lain ialah Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim.

PM Top Pada Senarai Setelah membuat janji yang bermaksud bahawa tidak akan sebarang kerahsiaan dan yang bersalah akan menghadapi hukuman berat undang-undang, Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak kini perlu membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berpegang kepada kata-katanya.

Beliau perlu memastikan bahawa pasukan petugas menjalankan tugasnya dengan telus dan bebas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika ditanya oleh media samada Perdana Menteri akan dimasukkan dalam penyiasatan itu, Khalid menjawab, ya.

Jika Perdana Menteri tidak ada apa yang hendak disembunyikan, dia akan bekerjasama dengan penyiasat dengan senang hati.

Bagi pasukan petugas itu, perkara pertama adalah untuk memastikan bahawa bukti salah laku jenayah dipelihara. Ia hendaklah memastikan segala keterangan tidak dihapuskan atau dibinasakan dan saksi menghilang.

al-Husseyn.

Putrajaya sahkan suntik RM950 juta untuk 1MDB sebagai ‘standby credit’

Posted: 11 Mar 2015 09:01 PM PDT

 
 
Putrajaya sahkan suntik RM950 juta untuk 1MDB sebagai 'standby credit' kerana beban hutang Putrajaya hari ini mengesahkan menyuntik RM950 juta ke dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai "standby credit" untuk syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion itu.

Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata demikian sehari selepas Singapore Business Times melaporkan Putrajaya memberi wang kepada 1MDB.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Pakatan bawa usul cela hakim Liwat II

Posted: 11 Mar 2015 07:30 PM PDT

   


Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan usul untuk mencela lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang memutuskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun atas sabitan tuduhan liwat.

Usul itu dikemukakan kepada Spekaer Dewan di bawah Peraturan Majlis Meyuarat 27 (3) dan 36 (8) dan Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 127 itu menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan mana-mana Dewan Undangan Negeri dilarang membincangkan kelakuan mana-mana hakim kecuali satu usul khusus yang disokong oleh sekurang-kurangnya satu perempat daripada bilangan anggota Parlimen.

Salah seorang daripada MP Pakatan dijangka membentang usul itu hari ini.

KANTOI !!!... Akhirnya pecah tembelang KERAjaan Najib-BN sendiri bayar (RM1,000) peguam Sepol dlm kes Liwat II-Anwar...

Posted: 11 Mar 2015 07:00 PM PDT

Encik Politik's photo.

Kenapa KERAjaan perlu bayar bukannya Saiful.. Ooops terlupa mengikut kata peguamnya kehidupan Saiful SUDAH HANCUR & MUSNAH...

BENARKAH RM1,000 saja ???.. Inilah namanya contoh peguam zuhud demi berjihad maruah lubang dubur Sepol..
 

Ini Punca Puak UG dan Umno Sangat Benci Khalid Samad

Posted: 11 Mar 2015 06:30 PM PDT

        Sesungguhnya, Hj Hadi arkitek UG Selangor tahun 2009!

        Dalam tahun 2009, Haji Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, dan Nasarudin Mat Isa telah berpakat dan merancang untuk bertemu dan berunding dengan Abdullah Badawi dan Khir Toyo, untuk membincangkan penggabungan PAS-UMNO di Selangor, dan pada dasarnya mereka semua telah sepakat untuk melantik Hasan Ali sebagai MB Selangor.

        Kamarudin Jaafar, selaku S/U Agung PAS, telah memanggil Khalid Samad untuk datang ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, walaupun Khalid Samad bukan AJK PAS Pusat pada waktu itu...... Khalid Samad hanya timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu dia dipecat) dan Hasan Ali ialah Pesuruhjaya..... Tapi, Kamarudin Jaafar tetap memanggil Khalid Samad untuk datang..... Dan, kes KJ panggil KS itu lah yang merubah jalan sejarah...... Kalau tidak kerana itu, perjalanan sejarah politik negara sudah tentu akan jadi lain.

        Apabila KS sampai, Haji Hadi belum tiba, tapi Hasan Ali telah ada..... KS pun pergi berhadapan dengan HA, dan berlakulah soal jawab.... KS tanya HA bertubi-tubi, kenapa nak jumpa Pak Lah dan Khir Toyo...? Untuk apa...? Apa yang nak dibincangkan....?

        Akhir sekali, Hasan Ali tak nak bercakap.... Khalid Samad tanya dia tak nak jawab.... Akhirnya, Khalid Samad hilang sabar dan meninggikan suara, menjerit ke arah Hasan Ali : "DATOK!! BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA...? NAK BINCANG APA?"

        Hasan Ali kata, "Bapak saya pun tak pernah cakap macam ni dengan saya."



        Akhirnya Haji Hadi pun sampai..... maka bermesyuaratlah AJK PAS..... menurut plan asal, yang akan pergi mengadap Pak Lah dan Khir Toyo ialah Haji Hadi, Hasan Ali, dan Nasarudin Mat Isa..... tetapi telah dibantah oleh beberapa orang AJK yang lain, akhirnya mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar Mustafa Ali, Khalid Samad dan Nasarudin Mat Isa....... Haji Hadi dan Hasan Ali tidak dibenarkan pergi.

        Maka Khalid Samad, Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan, iaitu di sebuah banglo tidak jauh dari bangunan parlimen.

        Apabila orang UMNO nampak yang datang ialah Khalid Samad dan bukannya Hasan Ali dan Haji Hadi, maka UMNO pun dah tahu bahawa plan kali ini akan gagal.

        Memang betul..... Bila UMNO bentangkan cadangannya, Khalid Samad terus bantah.... Nasarudin dan Mustafa hanya diam, tak kata apa-apa...... Maka, rancangan UG gagal lagi untuk kesekian kalinya.

        Itulah yang saya kata..... Orang yang menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat pada waktu itu ialah Kamarudin Jaafar....... Kalau dia tak panggil Khalid Samad hari itu, sejarah politik tentu akan jadi lain. - the sniper



hello pro UG
apa macam??
macam ni punya belot bukan munafik ke?

Cuba tanya kopiah putih,

Apabila seseorang itu telah berjanji bersatu untuk menumbangkan umno, secara diam-diam dia pula berpakat untuk bersama dengan umno.

Kalau tak faham maksud munafik SILA TANYA KOPIAH PUTIH???

agak-agak apa jawapan si kopiah putih????
agak-agak anda mereka ni sama dengan astora jabat tak?


Posted by Hati Muda


Jangan kita lupa....semasa kempen PRU 13 - Hassan Ali ada memfitnah kononnya DS Anwar Dan Azmin Ali berkongsi isteri.... tanpa ada bukti2 yang kukuh juga tanpa EMPAT ORANG SAKSI yang dikehendaki mengikut Hukum Syarak.




Bila Kena Batang Hidung Sendiri, Baru Nak Bongkar ??

Posted: 11 Mar 2015 06:00 PM PDT

'Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa jawatan pengerusinya yang disandang sebelum ini tidak disambung hanya kerana beliau tidak bersetuju arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk membenarkan bayaran balik pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan menggunakan cek 'post dated' yang akan menyebabkan kerugian sehingga RM14.6 juta kepada Bank Rakyat.  Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa jawatan pengerusinya yang disandang sebelum ini tidak disambung hanya kerana beliau tidak bersetuju arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk membenarkan bayaran balik pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan menggunakan cek 'post dated' yang akan menyebabkan kerugian sehingga RM14.6 juta kepada Bank Rakyat.

"Kalau dia (Hasan Malek) minta untuk saya pertimbangkan permintaanya itu, mungkin saya akan pertimbangkan. 

Tetapi sebaliknya dia mengarahkan saya untuk bersetuju dengan permintaannya itu. Saya tidak boleh bersetuju dengan perkara sedemikian kerana ia membabitkan wang 980,000 orang ahli bank itu."

"Sebagai pengerusi Bank Rakyat, saya harus membuat pertimbangan yang bebas tanpa dipengaruhi atau dikuasai mana-mana pihak," ujarnya lagi.

Jelasnya secara lanjut tentang senario skandal Deepak dan Bank Rakyat, beliau berkata Deepak telah diberikan penyelesaian mudah pembayaran pinjaman untuk tempoh bayaran selama 10 tahun menggunakan 120 keping cek "post dated". 

Beliau akui pembayaran menggunakan kaedah 'post-dated' tidak dipraktis di mana-mana bank di negara ini.

Berikutan tindakan Sabaruddin yang enggan menerima arahan Hasan Malek, kontraknya sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung serta kosong sehingga ke hari ini.

Sabaruddin mendakwa kontraknya tidak disambung setelah menerima arahan Hasan Malek.

Sebagai menjelaskan serta memberikan gambaran sebenar skandal ini, Sabaruddin akhirnya bersetuju untuk mengusahakan buku ini demi menegakkan keadilan terhadap dirinya.

"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) telah menyalahguna kuasa dan isu itu ditutup tanpa sebarang kata putus," katanya.

Ekoran itu, Sabbaruddin turut menggesa pihak berkuasa dan kerajaan supaya satu siasatan dibuat terhadap menteri tersebut.
 

JANGAN CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT !!

Posted: 11 Mar 2015 05:15 PM PDT


Kenapa ramai yang nak cubit puting Shafee Abdullah ??

Pada 19 Mac, Firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir telah mengeluarkan bil yuran perkhidmatan berjumlah RM32,150 kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi perkhidmatan yang diberikan kepada responden untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kes tersebut, firma guaman berkenaan mewakili responden, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Che Mat dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan ketika itu, Shamsuddin Hussain.

Pada 25 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar.

SUMBER Ni tiba-tiba terbaca berita pelik yang kononnya Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya dibayar RM1,000 untuk menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baca di sini Memang payah sangat kita nak percaya....Memang tak masuk akal.

Cer bandingkan dengan kes pengendalian tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas itu. Berapa kos guamannya? RM32,150 kan? Waima kes Anwar di Mahkamah Persekutuan adalah lebih rumit dan memakan masa yang lebih lama. Setahu kita Umno/BN bukan jenis yang lokek...

Pelaburan 1MDB pun sanggup berhutang hingga mencecah RM46 Bilion, bagi kat Ibu lembu NFC pun RM250 juta...tiba-tiba untuk lawan kes nak bunuh karier Anwar hanya bermodalkan RM1,000.00 sahaja?

Tak mungkin, tak mungkin..... Kalau ikut penjelasan lawyeranda : Sebagai panduan am, yuran biasanya dalam lingkungan RM50 hingga ke RM300 setiap satu jam, bergantung kepada tahap kemahiran seseorang peguam itu.

Yuran dari awal kes sehingga ke Dekri Mutlak biasanya akan bernilai diantara RM2000 ke RM10,000 bergantung kepada kerumitan kes tersebut. Upah RM 1K untuk loyar yang ada nama macam Shafee Abdullah ini, memang tak masuk akal sama sekali. Ia sama seperti kesalahan yang dijatuhkan keatas Anwar bersabit kes Liwat 2 , ramai yang susah untuk mempercayainya.

 al-Husseyn.

Najib memalukan....???

Posted: 11 Mar 2015 04:45 PM PDT

'Najib memalukan. Bekas calon ketua pemuda umno Syed Rosli meminta PM Najib letak jawatan kerana telah memalukan negara. Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan tanpa bersoal jawan dengan pihak media.   Begitu juga dengan sidang media tentang MH370. Dia hanya memberi taklimat bukannya sidang media. Menurut Syed Rosli lagi Najib tidak berani menghadapi soalan2 dari wartawan, lalu terus keluar meninggalkan sidang media dan menghampakan begitu ramai wartawan2 dari dalam dan luar negara yang menunggu. Ia cukup memalukan...'

Bekas calon ketua pemuda umno Syed Rosli meminta PM Najib letak jawatan kerana telah memalukan negara. 

Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan tanpa bersoal jawan dengan pihak media. 

Begitu juga dengan sidang media tentang MH370. Dia hanya memberi taklimat bukannya sidang media. 

Menurut Syed Rosli lagi Najib tidak berani menghadapi soalan2 dari wartawan, lalu terus keluar meninggalkan sidang media dan menghampakan begitu ramai wartawan2 dari dalam dan luar negara yang menunggu. Ia cukup memalukan.

Yang Ini Siapa Nak Jawab Ni.......??

Posted: 11 Mar 2015 01:28 PM PDT

Chempaka: 2 calon bebas dipecat dari Umno

Posted: 11 Mar 2015 09:00 AM PDT

Umno telah memecat dua ahlinya - Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin - berkuatkuasa serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Chempaka, lapor Umno online.

Menurut laporan itu lagi, ini berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti yang tidak meletakkan calon bertanding di PRK tersebut.

Sharif berdaftar sebagai ahli Umno Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah pula dari cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Menurut laporan itu lagi, pemecatan mereka dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Surat pemecatan mereka, tambahnya, telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno hari ini yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PRK Chempaka pada 22 Mac ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Selain Shariff dan Fadzilah, dua lagi calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Shariff, 58, merupakan bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan, manakala Fadzilllah, 55, pula merupakan yang dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang.

Kerabu Bersuara.

Mula-Mula Gembira.. Akhirnya Umno Menggelupur

Posted: 11 Mar 2015 08:00 AM PDT

 

Mula-Mula Gembira.. Akhirnya Umno Menggelupur. Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama agar membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan semalam, kini diletakkan semula pada laman sesawang Rumah Putih, "We the People".

Pengeluaran petisyen itu daripada laman sesawang berkenaan diketengahkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan mengapa petisyen itu dibuang tanpa apa-apa penjelasan.

Laman sesawang itu memaparkan mesej: "Petisyen yang anda cuba akses dikeluarkan daripada laman web ini di bawah Dasar Kesederhanaan kami kerana ia melanggar Syarat Penyertaan."

Bagaimanapun, petisyen "Bebaskan Anwar" kini boleh dilihat semula dengan 106,472 tandatangan sudah dikumpulkan setakat ini.

Petisyen itu, yang diserahkan ke Rumah Putih pada 10 Februari, berjaya dan mendapat respons daripada pentadbiran Obama yang perlu mencapai 100,000 tandatangan menjelang esok.
Mula-Mula Gembira.. Akhirnya Umno Menggelupur

Petisyen itu dimulakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R. Malott, yang mengemukakannya kepada laman sesawang itu tidak lama lagi selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Petisyen itu menyatakan "rakyat Malaysia marah" terhadap Rumah Putih kerana tidak berbuat apa-apa apabila hanya mengatakan "amat kecewa" berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.

"DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.

"Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyeksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia," kata petisyen balas itu.

Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia "sangat kecewa".

Ia berkata, perbicaraan Anwar "membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia".


Sumber

Ketua Umno Ini Tunjuk Bodoh Lagi..

Posted: 11 Mar 2015 07:15 AM PDT

 1MDB: Suntikan RM900j, Syed Ali cabar Rafizi



Seorang pemimpin Umno menangkis dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bahawa kerajaan akan menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sewaktu pertemuan dengan ketua bahagian Umno Ahad lalu.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa beliau mendengar perkara tersebut dari seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun penganjur perhimpunan dan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan dakwaan itu sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang".

Beliau juga mencabar Rafizi mendedahkan sumbernya bagi mengesahkan dakwaannya itu dan tidak bersembunyi di sebalik sumber tanpa nama.

"Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

"Jika anda dakwa ada ketua bahagian yang beritahu anda, beritahu kami siapa," katanya.

- Sumber

Dah Lah Banggang - Benggong Pulak !!

Posted: 11 Mar 2015 06:30 AM PDT



Siapa Talibarut Amerika Yang Shabery Maksudkan?

'Salahkan tali barut jika Amerika kacau kita'

Salahkan "tali barut" di negara ini jika Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia, kata menteri komunikasi dan multimedia.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapa "tali barut" yang dimaksudkan.

Tambahya, negara kuasa besar itu hanya menggunakan alasan demokrasi untuk mencampuri urusan sesebuah negara tetapi tindakannya itu selalu pula mengundang huru-hara.

Menyelar petisyen kepada Rumah Putih untuk menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kes liwat, Shabery berkata:

"Mereka (Amerika) tidak kisah, di semua negara yang mereka campuri bukan semakin aman dan demokrasi (tidak) berjalan, sebaliknya huru-hara dan kemusnahan yang menunggu.

"Sekiranya ia berlaku, Malaysia tidak akan sama lagi. Sekiranya ia berlaku, jangan salahkan kuasa besar ini sahaja, tetapi tali barut yang menggapai tangan mengundang gergasi datang ke halaman kita."

Petisyen itu, yang diusahakan oleh seorang bekas dutanya John Malott, sudah mencapai sasaran 100,000 tandatangan pagi tadi, sehari menjelang tarikh akhir esok, sebulan selepas tokoh pembangkang itu dikenakan hukuman penjara.

Petisyen itu dibuang daripada laman web Rumah Putih buat selama 14 jam semalam tetapi muncul semula menjelang tengah malam. Setiap petisyen memerlukan sokongan 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Shabery menempelak negara itu kerana membenarkan semula petisyen tersebut dengan alasan ia mengalami masalah teknikal.

"Kelmarin sistem teknologi maklumat (IT) Rumah Putih mengesan penipuan dalam petisyen meminta campur tangan kuasa besar itu dalam urusan Malaysia. Petisyen itu ditolak dan kita lega kerana kedaulatan negara tidak diganggu.

"Hari ini, kedutaan Amerika Syarikat menyatakan kesilapan sistem IT mereka. Petisyen diterima kembali! Ertinya, campur tangan dimungkinkan.

"Soalan, bagaimanakah sistem IT Rumah Putih yang sepatutnya tercanggih boleh silap? Semua pakar IT tahu (masalah) ini tidak mungkin berlaku. Ini jenaka besar yang memalukan kuasa besar yang mempunyai pakar IT terhebat," katanya.

"Mereka tidak kisah kredibiliti mereka tercemar asalkan matlamat tercapai (untuk campur tangan)".


- mkini

Kesian.....Tak Cerdik Rupanya....

Posted: 11 Mar 2015 05:45 AM PDT

Minyak Bezen's photo.
Gambo ni mb snap di sebuah kilang di Shah Alam. 

Sebelum GST dikuatkuasakan syarikat air ini telah mengambil langkah lebih awal utk mengelakkan dari kerugian.

Cawan, gula, perisa, petrol, gaji pekerja semua diambil kira dalam bisnes utk mengelakkan kerugian. Memang lah bila kita membeli air di mesin tersebut tidak klua resit GST tapi dari bahan² tersebut sudah pastinya dikenakan GST.

Jadi dari mana Menteri Nyanyuk itu mengatakan barang² akan turun selepas pelaksanaan GST?
Yg pasti hanya mereka yg bodoh bangang saja percaya barang² akan turun harga.

‪#‎MacaiBodoh‬

‪#‎kikikiki‬....
 
Minyak Bezen's photo.

MP Umno: Menteri Kabinet pun kena isytihar harta

Posted: 11 Mar 2015 05:02 AM PDT

Baguih punya akal MP UMNO, menteri dia suruh istihar harta mai dia tak payah sebab mp biasa katanya

MP Umno: Menteri Kabinet pun kena isytihar harta

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin berpandangan Menteri Kabinet juga perlu mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Jelasnya, dengan cara tersebut rakyat akan lebih yakin dengan menteri sekali gus dapat memperlihatkan sisi jujur dan amanah perilaku menteri yang dipertanggungjawabkan mentadbir negara.

"Seharusnya begitulah (isytihar harta)," katanya ringkas kepada Sinar Online.

Sementara ditanya bagaimana pula dengan dirinya, Bung berkata beliau bukanlah seorang menteri dan berpandangan beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Saya bukan menteri, hanya ahli parlimen biasa," katanya.

Rafizi semalam dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM11,171, di samping mendapat faedah sebanyak RM4,000 sebulan daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

Di samping mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat, beliau juga mengisytiharkan mempunyai aset sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Pakatan kemuka usul kecam hakim ‘tidak munasabah’ dalam kes Anwar OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 11 Mar 2015 04:00 AM PDT


Usul Pakatan Rakyat di Parlimen antara lain mahu hakim Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana gagal bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.

Usul Pakatan Rakyat di Parlimen antara lain mahu hakim Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana gagal bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.

Pakatan Rakyat (PR) menuntut agar kelima-lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang terlibat menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibahaskan di Parlimen.

Pemimpin PR dipercayai sedang dalam proses menyerahkan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar adalah keputusan "luar biasa" dan tidak disokong secara undang-undang atau fakta munasabah.

"Kelima-lima hakim tersebut cuma menjadi mengiyakan pandangan hakim perbicaraan terhadap kewibawaan (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dan gagal untuk bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.

"Kelima-lima hakim tersebut mengkesampingkan fakta material yang penting terhadap kebarangkalian kisah yang diceritakan Saiful dan tidak menarik kesimpulan yang betul daripada fakta tersebut, perbuatan itu tidak berlaku dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak bersalah atas apa-apa kesalahan," kata petikan usul berkenaan.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada 10 Februari lalu atas kesalahan meliwat Saiful, yang merupakan bekas pembantunya.

Lima hakim yang terlibat dalam kes itu adalah Tun Ariffin Zakaria, Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. – 11 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

#KitaLawan diteruskan hingga Najib letak jawatan, kata penganjur OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 11 Mar 2015 03:15 AM PDT

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #Kitalawan berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #Kitalawan berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

Perhimpunan #KitaLawan akan terus disambung di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur sehingga Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, kata Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #KitaLawan itu berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

"Ia akan diteruskan selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Najib tidak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, perhimpunan solidariti juga akan diadakan setiap malam di hadapan Pusat Tahanan Balai Polis Jinjang atau mana-mana balai polis yang menjadi tempat tahanan mereka yang terlibat dengan #KitaLawan.

"Tindakan pihak polis memanggil dan seterusnya menangkap peserta #KitaLawan pada 7 Mac lalu, selepas ia berlangsung dengan aman, membuktikan yang tuntutan anak muda #KitaLawan mempunyai asas yang kukuh.

"Tangkapan yang dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman menunjukkan mereka terdesak menakutkan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Beliau diarahkan polis hadir ke balai tersebut jam 11.30 pagi ini kerana penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan pada Sabtu lepas.

Beliau yang turut ditemani peguamnya Noorazmir Zakaria mendakwa, anak muda kini dijadikan mangsa dan terus dizalimi hanya kerana berani berkata benar dan sanggup melakukan apa sahaja demi kekal berkuasa.

"Kekuatan #KitaLawan lahir daripada sikap bertanggungjawab dalam sanubari di kalangan anak muda yang benci dengan kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Selagi anak muda ditekan, selagi itulah ramai di luar sana yang bersedia memikul tanggungjawab ini," katanya.

Sementara itu, Noorazmir berkata polis memanggil Fakhrul Razi sejak Ahad lepas untuk memberi keterangan tetapi beliau sewaktu itu berada di Kelantan.

"Hari ini beliau terus datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (dari lapangan terbang)  untuk memberi keterangan dan kemungkinan beliau akan ditahan. Kami sudah bersiap sedia jika beliau ditahan," katanya. – 11 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Posted: 11 Mar 2015 02:30 AM PDT



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan harga ubat-ubatan akan membebankan rakyat

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan harga ubat-ubatan akan membebankan rakyat.

Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya pada sidang media di Serdang, hari ini.

"Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

"Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List saja tidak dikenakan cukai," katanya.

Beliau berkata, tidak dapat dielakkan di mana kos penjagaan kesihatan akan meningkat dengan GST yang akan dikenakan ke atas "semua perkara".

Pengamal perubatan menyuarakan kebimbangan mengenainya sebelum ini dengan Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta mengatakan senarai ubat-ubatan di bawah NEDL meningkat terhadap rawatan susulan penyakit kritikal dan komplikasinya.

Laporan lain turut menyatakan hingga kini, hanya 320 ubat-ubatan mempunyai kadar cukai sifar yang mewakili 13% daripada jumlah keseluruhan 43,000 ubat berdaftar.

Dr Mahathir yang juga bekas doktor, turut menyatakan ia adalah satu "keajaiban" kepada Putrajaya bagi membiayai perubatan percuma di hospital kerajaan memandangkan kos yang semakin meningkat.

"Ketika saya menjadi perdana menteri, kami bimbang bagaimana membiayai perubatan percuma yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

"Pada zaman British ketika saya masih menjadi doktor, ia adalah 1% sebotol campuran ubat batuk. Jadi kerajaan tidak menghabiskan terlalu banyak wang. Tetapi kos perubatan sudah naik.

"Bagaimana kerajaan masih boleh mengekalkan rawatan perubatan percuma adalah sesuatu yang ajaib," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, walaupun terdapat cadangan untuk memperkenalkan sistem insurans namun idea itu yang tidak mengambil kira kepada "Rakyat Malaysia tidak suka untuk membayar apa-apa".

"Terdapat pelbagai cadangan untuk kita memiliki insurans kesihatan. Tetapi rakyat Malaysia tidak suka untuk membayar apa-apa.

"Selagi kita tidak meminta mereka membayar rawatan mereka, saya fikir kita lakukan dengan baik," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara Universiti Perdana dan Universiti California, San Diego (UCSD) untuk program perubatan dan penyelidikannya.

Dalam ucapannya kepada pelajar-pelajar perubatan di universiti itu, Dr Mahathir menyatakan rakyat kini cukup kaya untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta yang "mengenakan sebarang jumlah yang mereka suka".

"Ketika saya menjadi pengamal perubatan swasta, saya hanya mengenakan RM3 untuk rawatan dan RM5 dengan suntikan.

"Saya hanya mengenakan bayaran RM3. Adakah itu sangat mahal? Saya tidak begitu kaya pada masa itu. Tetapi saya mampu lakukannya.

"Oleh sebab itulah saya lebih memberi tumpuan kepada politik. Berbanding dengan apa yang saya lakukan sebagai pengamal perubatan swasta, gaji saya sebagai perdana menteri besar. Saya fikir kerajaan murah hati untuk memberikan jumlah yang besar kepada bekas doktor untuk melakukan sesuatu yang beliau tidak lakukan," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.

Bekas perdana menteri itu berkata, kepentingan kerjasama antara Universiti Perdana dan UCSD diharap dapat menyumbang kepada pembangunan penjagaan kesihatan negara.

"Kita perlu tahu prosedur yang dijalankan di negara lain. Tidak kira berapa banyak yang kita tahu tentang sesuatu, sentiasa ada sesuatu yang lain yang kita tidak tahu.

"Kita tidak boleh mendakwa kita mengetahui segala-galanya. Itulah sebabnya kita perlu bekerjasama dengan orang lain yang pakar dalam penyakit lain. Saya pasti ia akan menyumbang lebih kepada penjagaan kesihatan di negara ini," katanya.

Dr Mahathir juga menekankan kepentingan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah bagi membantu bidang perubatan bersaing dengan dunia luar.

"Saya sentiasa merasakan kita perlu belajar sains dalam bahasa Inggeris walaupun saya seorang negarawan yang mahu mempromosikan bahasa kebangsaan," katanya.

"Tetapi untuk tujuan praktikal, kita perlu mendapatkan arahan mencukupi dalam bahasa Inggeris supaya kita boleh memahami penemuan baru, kertas penyelidikan baru dalam bidang perubatan yang tidak terdapat dalam bahasa kebangsaan tetapi hanya bahasa Inggeris," katanya.

Pada 2003, Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri memperkenalkan semula pengajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris bagi menangani penguasaan kemerosotan bahasa di kalangan pelajar Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah pada 2009 oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas enam tahun Dr Mahathir bersara daripada politik. – 11 Mac, 2015. – 11 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

'Hadi tokoh penyatu selepas Nik Aziz'

Posted: 11 Mar 2015 01:45 AM PDT

 
 
Selepas pemergian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bulan lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tokoh "penyatu dan tempat bergantung" dalam kepimpinan parti, kata Ketua Pemuda PAS , Suhaizan Kaiat.

Beliau menganggap Hadi sebagai antara tokoh besar bergelar 'tok guru ' dalam PAS dan sukar digugat setakat ini khususnya menjelang pemilihan parti itu Jun ini, sekalipun berdepan pelbagai kritikan terhadapnya.

"Beliau tokoh yang sukar dicabar pada waktu ini. Beliau menjadi tokoh utama dalam parti. Tidak ada pemimpin dalam parti yang setara atau lebih tinggi.

"Peranan ini boleh dimanfaatkan, dijayakan untuk menyatukan parti. Selepas Tuan Guru Nik Aziz  tiada, beliaulah tempat ahli-ahli PAS bergantung. Pada saya, selain daripada belau tokoh besar dalam parti, beliau adalah tokoh penyatu dalam parti," katanya.

Diwawancara dengan Malaysiakini semalam, Suhaizan berkata semua pihak dalam parti "menghormati dan akur" dengan keputusan yang dibuat khususnya dalam mesyuarat sekalipun mengakui teguran tertentu dari pemimpin.

"Tapi akhirnya, beliau akan buat keputusan dan semua akur dengan keputusan. Beliau simbol yang baik menyatukan parti," kata menjawab soalan sama ada Hadi patut dicabar dalam pemilihan parti itu Jun depan.

Setakat ini PAS Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk jawatan presiden mencabar Hadi walaupun tetapi lewat petang semalam, beliau menolak pencalonan itu sekaligus mendokong kepimpinan Hadi.

Secara tradisinya, jawatan presiden tidak pernah dicabar. Sejak beliau mengambil alih sebagai presiden sejak 2002 sekurang-kurangnya tiga calon pernah dicalonkan ke jawatan itu tetapi tidak layak kerana hanya mendapat satu pencalonan.

Suhaizan turut menepis dakwaan bahawa naib ketua Kesatuan Ulama Dunia itu "tidak menyatukan" dua kelompok utama dalam PAS - kumpulan pro-ulama dan kumpulan progresif yang mesra dipanggil 'Erdogan'.

Siasatan dakwaan guling Hadi

Namun beliau juga tidak menjawab persepsi akar umbi PAS yang melihat Hadi tidak berperanan mengatasi "pergolakan dan krisis" dalaman parti itu, sebaliknya ulasannya lebih menjurus kepada pemilihan parti.

"Saya... saya tidak pasti sejauh mana saudara mendapat maklumat itu. Dari segi pemilihan di peringkat kawasan belum dibuat lagi. Kita tidak ada bukti lagi. Kena tunjuk dulu (bukti)," katanya sewaktu diasak mengenai pelbagai krisis yang berlaku sebelum pemilihan bermula lagi.

Mengulas dakwaan usaha Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu menjatuhkan Hadi ekoran pendedahan satu rakaman audio, Suhaizan berkata isu itu sedang disiasat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana boleh mengganggu siasatan.

"Siasatan itu untuk menentukan sama ada ada kes atau tidak. Kalau ada kes, ia akan bawa kepada lembaga disiplin untuk tindakan seterusnya," kata Suhaizan sambil memgakui wujudnya perbezaan pandangan atau 'ikhtilaf' di kalangan pemimpin PAS.

Sebelum rakaman audio itu tercetus, Pemuda PAS Kuantan mengadakan demonstrasi depan ibu pejabat PAS mendesak parti mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin tertinggi PAS termasuk Dr Hatta Ramli dan Datuk Husam Musa kerana didakwa mahu menjatuhkan Hadi ekoran terbocornya tulisan dalam Whatapps.

Menganggap perbezaan pandangan sebagai biasa dalam satu organisasi, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu optimis bahawa perbezaaan pendapat dianggap proses mematangkan PAS agar diterima oleh rakyat

"Kalau tak matang, bagaimana boleh diterima oleh semua.

"Ikhtilaf tu biasa. Yang penting menguruskan perbezaan," katanya sambil berharap semua pihak dalam PAS disatukan demi meneruskan harapan kepada semua rakyat.

Malaysiakini

PUNCA RUMAH PUTIH BUAT SILAP GUGURKAN PETISYEN " BEBASKAN ANWAR ' TERSEBAR

Posted: 11 Mar 2015 12:59 AM PDT


Rumah Putih tersilap buang petisyen 'Bebaskan Anwar', kata kedutaan



Selepas penilaian susulan, Rumah Putih mendapati petisyen 'Bebaskan Anwar' yang ditarik keluar semalam tidak mengandungi tandatangan palsu dan dibenarkan dipaparkan semula. – Gambar whitehouse.gov, 11 Mac, 2015.

Rumah Putih hari ini mengaku tersilap menarik keluar petisyen yang disiarkan di laman webnya menggesa pentadbiran Barack Obama membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata semakan penipuan standard Rumah Putih pada 9 Mac mendapati banyak tandatangan yang janggal pada petisyen berhubung pemenjaraan Anwar dan pelbagai petisyen berkaitan isu sama.

"Terdapat banyak petisyen berkaitan isu ini, dan selepas penilaian susulan, Rumah Putih dapati petisyen yang ditarik keluar itu bukan yang mengandungi tandatangan palsu," menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu di laman Facebooknya.

"Bertanggungjawab atas kesilapan itu, Rumah Putih mengaktifkan semula petisyen yang bertajuk 'Make the Release of Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim from Prison a Top Priority for U.S. Policy Toward Malaysia' (Jadikan Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Keutamaan Tertinggi bagi Dasar AS Terhadap Malaysia) itu.

"Ia juga memanjangkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu ditarik keluar. Tiada tandatangan yang dibuang," katanya.

Ia berkata Rumah Putih kemudiannya mendapati, tandatangan palsu itu wujud pada petisyen "Respecting the Sovereign Nation of Malaysia" (Menghormati Kedaulatan Negara Malaysia), dan ia dihentikan buat sementara waktu daripada laman web itu.

Petisyen yang dikatakan itu merupakan jawapan daripada rakyat Malaysia yang "marah" dengan kenyataan Rumah Putih yang menyatakan kekecewaannya terhadap sabitan kes liwat Anwar.

Petisyen itu mendesak Amerika Syarikat "berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia".

"Pada 9 Mac, semakan penipuan standard Rumah Putih menunjukkan sejumlah besar tandatangan yang janggal pada petisyen bertajuk 'Respecting the Sovereign Nation of Malaysia'.

"Selepas diteliti semula, Rumah Putih menghentikan petisyen itu sambil ia membuang beberapa tandatangan yang melanggar terma penyertaan 'We the People' (Kami Rakyat) itu," kata kedutaan itu.

Ia berkata, sebaik sahaja tandatangan yang tidak sah dibuang, Rumah Putih akan mengembalikan semula petisyen itu dan melanjutkan tarikh akhirnya mengambil kira masa yang hilang semasa petisyen itu dimatikan.

Petisyen itu sudah pun dikembalikan ke laman web itu pagi ini, tetapi hanya dengan 12,070 tandatangan.

"Rumah Putih dari semasa ke semasa menyemak beberapa faktor bagi mengenal pasti sebarang tanda kemungkinan wujud penipuan. Tetapi bagi memastikan ia tidak membuang tandatangan yang sah, ia harus melakukan siasatan yang menyeluruh, dan proses ini akan mengambil masa," kata kedutaan itu.

"Rumah Putih akan terus menyemak tandatangan pada semua petisyen bagi mengesan sebarang aktiviti penipuan."

Petisyen "Bebaskan Anwar" itu setakat pagi ini menerima 108,291 tandatangan.

Petisyen itu, yang diserahkan kepada Rumah Putih pada 10 Februari, perlu mencapai 100,000 paling lewat pada esok hari, untuk berjaya dan mendapat sambutan daripada pentadbiran Obama.

Petisyen itu dimulakan bekas duta AS ke Malaysia, John R Malott, yang mengemukakannya kepada laman web itu sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya. – 11 Mac, 2015 ~tmi

Petisyen 'Bebaskan Anwar' di laman web Rumah Putih kini kembali dipaparkan dengan 106,472 tandatangan sudah dikumpulkan setakat ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2015.

Sehingga jam 8 pagi ini, jumlah tandatangan yang diperolehi untuk petisyen ( klik untuk join)  tersebut ialah 106,419 - sehari menjelang tarikh akhir pada 12 Mac.

Petisyen Pro-Anwar itu diusahakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott, dikeluar dari lamanweb White House semalam kerana "melanggar terma peserta".

Ia telah digantung selama 14 jam ketika ia memerlukan kira-kira 4,000 lagi tandatangan untuk mencapai sasarannya.
  

Kedahkini: