Selasa, 3 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Penjenayah Ini Pernah Lawat Menara Kembar & M/Negara.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 03 Feb 2015 10:00 PM PST

 
Boumeddiene (kiri) dan Coulibaly.


PETALING JAYA: Penyerang pasar raya Hyper Cache di Paris, Amedy Coulibaly dan isterinya dilaporkan telah berkunjung ke Malaysia apabila beberapa gambar dalam dokumen mahkamah menunjukkan pasangan itu berada di lokasi tumpuan pelancong di Kuala Lumpur.

Dilaporkan dalam Washington Post pada Isnin bahawa dokumen mahkamah yang diperoleh akhbar harian Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan Coulibaly, 32, dan isterinya, Hayat Boumeddiene, 26, mengambil gambar secara individu di Menara Kembar Petronas, Masjid Negara dan sebuah lagi masjid yang dipercayai di Terengganu.

Gambar-gambar yang tidak bertarikh itu diperoleh daripada siasatan polis pada 2010. 


Dilaporkan pada 10 Januari lalu bahawa dokumen kehakiman Perancis berhubung pencarian polis terhadap kediaman Coulibaly pada 2010 telah menemui antaranya beberapa negatif dan gambar tidak bertarikh kepunyaannya semasa lawatan ke Malaysia, termasuk surat rasmi bagi memohon pemalsuan dokumen.


Media asing sebelum ini melaporkan pasangan itu bercuti ke Malaysia namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan itu tidak pernah memasuki Malaysia. 

Coulibaly merupakan rakan karib kepada pasangan adik beradik yang terlibat dalam serangan Charlie Hebdo, Cheris, 32, dan Said Kouchi, 34.

Pasangan beradik itu membunuh 11 orang dan mencederakan 11 yang lain di pejabat akhbar mingguan Paris itu pada 7 Januari lalu. 


Ia diikuti serangan pada 9 Januari di pasar raya yang dilakukan oleh Coulibalu, mengorbankan empat orang dan menahan 15 tebusan, sebelum polis membuat serbuan dan membunuhnya.  

Boumeddiene meninggalkan Paris 2 Januari lalu, dilaporkan menuju ke Syria. (mStar)

Suria FM mendekati Rally - Lihat siapa pandu kereta rally !

Posted: 03 Feb 2015 09:30 PM PST


Kini Naim Tahak, Haim Othman, Linda Onn dan Adibah dah didedahkan kepada teknik pemanduan kereta Rally. TAJ International College (TIC) telah mengajar Naim Tahak, Halim Othman, Linda Onn dan Adibah Cara Pemanduan Rally 31 Jan 2015

TAJ International College (TIC) telah bersama-sama Suria FM dalam satu program "Cabaran Grandstan Suria" di mana TIC memberikan panduan dan teknik pemanduan rally dan cara menjadi crew kepada pendengar bertuah Suria FM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutf TIC Selangor selaku Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy "TIC mempunyai satu pasukan TIC Motorsports Team dan memfokuskan kepada aktiviti sukan pemotoran dan pada hari ini pihak kami bersyukur kerana dapat bersama-sama Suria FM untuk memberikan pendedahan tentang dunia rally".

Bersama sama beliau iailah Penolong Jurulatih yang juga merupakan staff TIC iaitu En Faidzal Alang yang merupakan pemandu ralli dan telah menjuarai berberapa kejohanan ralli tempatan.

Naim, Halim, Adibah dan Linda diberi tunjuk ajar oleh Azad dan Faidzal di dalam kenderaan ralli sebenar dengan cara dan teknik pemanduan di litar ralli yang di taja oleh Sepang Circuit.

Mereka diberikan peluang menaiki kenderaan dengan dipantau oleh Azad dan Faidzal. Pada akhir sesi mereka menunjukkan satu peningkatan pemanduan yang amat baik dan kami dapat lihat bagaimana seronoknya mereka.

Naim dan Adibah mencatat masa terpantas pada 3 pusingan Rally Special Stage mengatasi masa Halim dan Linda.

Walau bagaimanapun krew Halim dan Linda mencatat masa terpantas di dalam pertandingan berasingan iaitu kecekapan dan kepantasan menukar tayar.

Pasukan krew Halim dan Linda diberikan voucher RM450 seorang untuk mengikuti kelas Advanced Driving daripada TAJ International College.

Makanan pada krew dan pemandu telah ditaja oleh Mangkuktingkat.com dan "MVM Lazat" dengan pelbagai juadah yang lazat dan sedap untuk semua hadirin.

Menurut Azad, TIC Motorsports Team akan cuba beraksi bersama-sama barisan pelumba ini untuk pelbagai acara trek dan rally pada tahun 2015 dan beliau amat berterima kasih kepada pelbagai penaja yang menaja pasukan beliau pada kali ini.

TAJ International College (TIC) ialah sebuah IPTS yang menawarkan pelbagai program SKM, Diploma dan Ijazah dan masters kepada pelajar.

Bagi pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan ilmu automotif serta pendedahan kepada industri automotif dan motorsports, bolehlah dapatkan maklumat di www.tic.edu.my

Atau boleh hubungi dengan email kepada: azad@taj.edu.my atau faidzal@taj.edu.my

TIC bakal membuat kemasukan pada bulan Februari 2015 ini dan sama-samalah belajar di TIC bagi pelbagai kursus jangka panjang dan jangka pendek.

Di Advanced & Performance Driving Academy, seperti mana Naim , Halim, Adibah dan Linda ikuti, TIC akan menggilap dan mengasah bakat pelajar di dalam sektor automotif dan sukan bermotor.

TIC mengalu alukan para pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia dan SPM untuk melanjutkan pelajaran

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi :-
 


Azad Jasmi,
Ketua Pegawai Eksekutif,
TIC Selangor
azad@taj.edu.my
0133016666

Get your own Poll! Rabu, 4 Februari 2015 TAHNIAH PR KEMAMAN - ADUN PAS TURUT BERSAMA ANWAR MALAM TADI MALAM tadi Selasa (03/2/15) Program Ceramah Perdana "Rakyat Hakim Negara" telah diadakan di Perkarangan Pejabat PKR, Kemaman yang mana pemidato utamanya adalah Sdr Anwar Ibrahim. Aku ingin sekali melihat situasi dan sambutan program tersebut apatah lagi diadakan di Negeri Terengganu dan di kawasan kubu kuat Umno di Terengganu. Sebelum bertolak ke sana, aku bertanyakan YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR yang juga Ketua Cabang Kemaman samada program jadi atau tidak diadakan. Beliau berkata, program tetap berjalan tetapi beliau amat bimbang kerana hujan lebat yang tidak berhenti sejak jam 3.00 petang akan menjejaskan kehadiran orang ramai. Sewaktu aku menghubungi Rafizi sekitar jam 08.00 malam dan hujan masih lagi turun di Kemaman, katanya. Oleh kerana sudah berjanji dengan rakan, aku bertolak juga ke Kemaman walaupun dari Kuantan ke Kemaman sememangnya hujan agak lebat. Sampai di lokasi ceramah, hujan terus turun dan kebanyakan yang datang sedikit demi sedikit semuanya berpayung. Ada juga yang duduk berteduh di kaki lima bangunan kedai berhampiran dan juga di hentian bas berdekatan. Hanya satu khemah yang disediakan, sudah tentu tidak dapat menampung yang hadir. Alhamdulillah, di dalam keadaan iklim cuaca yang sedemikian dan iklim politik terutamanya di Terengganu yang kita semua tahu, jumlah kehadiran malam tadi di dalam keadaan cuaca hujan tidak berhenti tidaklah mengecewakan. Rafizi perlu bersyukur kerana orang ramai tetap hadir di dalam keadaan cuaca seperti itu. Anwar pun di dalam ucapannya menyatakan beliau merasa bangga kerana kekuatan semangat rakyat sekitar Kemaman yang sanggup meredah hujan. Aku yang hadir malam tadi menganggarkan sekitar seribu yang datang termasuk yang berada di kaki-kaki lima dan berteduh di hentian bas. Ada yang menjangkakan tiada ahli-ahli PAS yang datang. Jangkaan ternyata meleset, bukan saja ahli PAS malah Adun PAS juga turut hadir malam tadi. Tahniah PR Kemaman. Dicatat oleh WFAUZDIN NS Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Menteri UMNO Cukup Biadap Dan Memalukan Bangsa, Agama Dan Negara.

Posted: 03 Feb 2015 09:00 PM PST

Dyana Sofya, Malay DAP activists condemn minister over racial boycott.
 DAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — Picture by Yusof Mat IsaDAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — 

Picture by Yusof Mat IsaDAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders.

KUALA LUMPUR, Feb 3 — A group of Malay youth activists from DAP today demanded that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob start doing his job instead of inciting racial tension by calling for a Malay boycott of Chinese businesses.

The group, which includes Dyana Sofya Mohd Daud who is the political secretary to party veteran Lim Kit Siang, said it was irresponsible of the agriculture and agro-based industry minister to have made such a remark when the country's inflation had nothing to do with race.

"The issue of price hikes is not caused by racial identity and religion. But it is caused by the failure of the Barisan Nasional government in managing its economic policies well," the group said in a statement.

The other signatories on the statement were Syerleena Rashid, Edry Faizal, Muhammad Nazreen, Young Syefura, Raja Ahmad Iskandar Fareez, Masyhur Abdullah and Shakir Ameer.

The group stressed that Ismail Sabri's ministry has failed in its duty to monitor businesses that take advantage of consumers, especially middlemen who wield considerable control on the price and supply of goods.

They said the responsibility falls on the minister to take proactive measures to address this issue, instead of making a scapegoat of ethnic communities.

Ismail Sabri's call has triggered a firestorm of criticism from both friend and foe alike, who have accused him of racism and sedition for his racially-specific suggestion that Malays boycott Chinese traders.

In the now-deleted statement, Sabri said that Malays could use their power as the majority race to press minority Chinese traders into lowering their prices by withdrawing their patronage.

"As long as Malays don't change, the Chinese will take advantage to oppress the Malays," Ismail had said.

The police are now investigating the minister over his remark.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/
DAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — Picture by Yusof Mat IsaDAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, Feb 3 — A group of Malay youth activists from DAP today demanded that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob start doing his job instead of inciting racial tension by calling for a Malay boycott of Chinese businesses.
The group, which includes Dyana Sofya Mohd Daud who is the political secretary to party veteran Lim Kit Siang, said it was irresponsible of the agriculture and agro-based industry minister to have made such a remark when the country's inflation had nothing to do with race.
"The issue of price hikes is not caused by racial identity and religion. But it is caused by the failure of the Barisan Nasional government in managing its economic policies well," the group said in a statement.
The other signatories on the statement were Syerleena Rashid, Edry Faizal, Muhammad Nazreen, Young Syefura, Raja Ahmad Iskandar Fareez, Masyhur Abdullah and Shakir Ameer.
The group stressed that Ismail Sabri's ministry has failed in its duty to monitor businesses that take advantage of consumers, especially middlemen who wield considerable control on the price and supply of goods.
They said the responsibility falls on the minister to take proactive measures to address this issue, instead of making a scapegoat of ethnic communities.
Ismail Sabri's call has triggered a firestorm of criticism from both friend and foe alike, who have accused him of racism and sedition for his racially-specific suggestion that Malays boycott Chinese traders.
In the now-deleted statement, Sabri said that Malays could use their power as the majority race to press minority Chinese traders into lowering their prices by withdrawing their patronage.
"As long as Malays don't change, the Chinese will take advantage to oppress the Malays," Ismail had said.
The police are now investigating the minister over his remark.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dyana-sofya-malay-dap-activists-condemn-minister-over-racial-boycott#sthash.L8PGSs7V.dpuf
DAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — Picture by Yusof Mat IsaDAP's Dyana Sofya Mohd Daud led a group of party members to sign a statement condemning Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob for inciting racial tension through his call for Malay consumers to boycott Chinese traders. — Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, Feb 3 — A group of Malay youth activists from DAP today demanded that Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob start doing his job instead of inciting racial tension by calling for a Malay boycott of Chinese businesses.
The group, which includes Dyana Sofya Mohd Daud who is the political secretary to party veteran Lim Kit Siang, said it was irresponsible of the agriculture and agro-based industry minister to have made such a remark when the country's inflation had nothing to do with race.
"The issue of price hikes is not caused by racial identity and religion. But it is caused by the failure of the Barisan Nasional government in managing its economic policies well," the group said in a statement.
The other signatories on the statement were Syerleena Rashid, Edry Faizal, Muhammad Nazreen, Young Syefura, Raja Ahmad Iskandar Fareez, Masyhur Abdullah and Shakir Ameer.
The group stressed that Ismail Sabri's ministry has failed in its duty to monitor businesses that take advantage of consumers, especially middlemen who wield considerable control on the price and supply of goods.
They said the responsibility falls on the minister to take proactive measures to address this issue, instead of making a scapegoat of ethnic communities.
Ismail Sabri's call has triggered a firestorm of criticism from both friend and foe alike, who have accused him of racism and sedition for his racially-specific suggestion that Malays boycott Chinese traders.
In the now-deleted statement, Sabri said that Malays could use their power as the majority race to press minority Chinese traders into lowering their prices by withdrawing their patronage.
"As long as Malays don't change, the Chinese will take advantage to oppress the Malays," Ismail had said.
The police are now investigating the minister over his remark.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dyana-sofya-malay-dap-activists-condemn-minister-over-racial-boycott#sthash.L8PGSs7V.dpuf

Kaji dulu pendidikan seks secara menyeluruh – Nik Nazmi

Posted: 03 Feb 2015 08:30 PM PST

Kaji dulu pendidikan seks secara menyeluruh – Nik Nazmi   KUALA LUMPUR 2 FEB- Kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu modul pendidikan seks secara menyeluruh sebelum melaksanakannya kepada pelajar, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, meskipun cadangan itu dilihat wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki berusia 16 tahun ke atas dilihat tidak relevan dan boleh dipersoalkan.

KUALA LUMPUR 2 FEB- Kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu modul pendidikan seks secara menyeluruh sebelum melaksanakannya kepada pelajar, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Katanya, meskipun cadangan itu dilihat wajar, namun langkah mewajibkan hanya pelajar lelaki berusia 16 tahun ke atas dilihat tidak relevan dan boleh dipersoalkan. 

"Isu pendidikan seks di sekolah ada keawajarannya, tapi apa yang menimbulkan kemusykilan bila pelaksanaannya hanya kepada pelajar lelaki dan tidak kepada pelajar perempuan. 

"Bagi saya, isu ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak tanpa memberi kecenderungan kepada pelajar lelaki semata-mata. 

"Oleh sebab itu, kita tekankan kepada kerajaan supaya mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. 

"Malah kajian itu juga perlulah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pakar kesihatan, pakar psikologi dan golongan agama," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pejabat Suara Keadilan, bersama barisan pimpinan dan Exco AMK hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bakal melaksanakan pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas pada tahun 2016.

Persatuan Cina buat laporan polis terhadap Ustaz Kazim

Posted: 03 Feb 2015 08:00 PM PST

Persatuan Cina buat laporan polis terhadap Ustaz Kazim  BANGI, 2 Feb – Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias kerana didakwa membangkitkan isu perkauman dalam satu ceramah beliau.  Laporan itu dibuat oleh pengerusi persatuan penduduk kampung berkenaan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.  http://www.ismaweb.net/2015/02/persatuan-buat-laporan-polis-terhadap-ustaz-kazim/


BANGI, 2 Feb – Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias kerana didakwa membangkitkan isu perkauman dalam satu ceramah beliau.

Laporan itu dibuat oleh pengerusi persatuan penduduk kampung berkenaan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.

WILFRED TAK SETUJU ANWAR

Posted: 03 Feb 2015 07:30 PM PST

 

WILFRED TAK SETUJU ANWAR
( kesan Sarawak negeri contoh)

RAMAI kata pentadbiran Sarawak bagus serta di sana boleh dijadikan contoh.

Apakah bila Sarawak tiada UMNO boleh dikata terbaik dan dijadikan contoh?

Sarawak juga punya minyak dan 95% tetap ke Malaya.
Untuk ke ulu2 jauh pedalaman kena berhari2 untuk sampai lantaran jalan tiada dan umumnya kena guna sungai dan berjalan kaki.

Yang jelas Sarawak negeri termiskin no empat di Malaysia.
Anwar lewat ucapan hanya kata bukan negeri boleh dijadikan contoh.

ISMAILY BUNGSU

Kemana Ustaz2 UMNO ??

Posted: 03 Feb 2015 07:00 PM PST

 

Ini Lah PM 1Malaysia ! 

KALAU DS Anwar Yang Begini, Menyalak Lah 

Anjing2 Gila Belaan UMNO

Bila Najib, Takda Sekor Pun Mufti/ Ustaz2 Berani Nak Tegur 

Masyarakat Jangan Terpengaruh Dengan Hasutan Menteri Ini !!

Posted: 03 Feb 2015 06:30 PM PST

Kenyataan Umum
 

Kenyataan Umum 3 Februari 2015  Masyarakat Jangan Terpengaruh Dengan Hasutan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani  Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggesa Melayu untuk memboikot cina adalah satu kenyataan kurang matang dan memualkan. Inilah satu lagi bentuk pemikiran terjajah kepimpinan negara yang masih lagi terbelenggu dengan kefahaman perkauman sempit. Apabila seorang pemimpin menitipkan kata-kata

Masyarakat Jangan Terpengaruh Dengan Hasutan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggesa Melayu untuk memboikot cina adalah satu kenyataan kurang matang dan memualkan. 

Inilah satu lagi bentuk pemikiran terjajah kepimpinan negara yang masih lagi terbelenggu dengan kefahaman perkauman sempit. Apabila seorang pemimpin menitipkan kata-kata "Selagi itulah Cina akan tindas Melayu" secara terbuka akan menganggu-gugat keharmonian kaum.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersetuju sekiranya saranannya adalah untuk memerangi peniaga-peniaga yang menipu harga tanpa mengira warna kulit. 

Melayu, Cina, India atau peniaga-peniaga asing yang terus mengambil kesempatan meraih keuntungan yang besar dalam keadaan ekonomi yang lembap ini harus diberikan pengajaran. Akan tetapi, Menteri memilih subjek perkauman sebagai asas hujahnya.

Menteri sepatutnya memberikan tumpuan dan fokus kepada pengusaha pengangkutan seperti kenderaan perdagangan, lori-lori, bas sekolah, bas awam dan sebagainya untuk turut sama menurunkan harga tambang mereka. Kelompok-kelompok ini juga sangat lantang bersuara dan menaikkan tambang mereka semasa harga bahan bakar naik. 

Tetapi Menteri terus mensasarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Bagaimana peniaga runcit dapat menurunkan harga jika pengeluar dan pemborong masih mengekalkan harga sedia ada?

SAMM juga ingin mengingatkan Menteri untuk turut bertindak terhadap Tenaga Nasional Berhad. 

Sebagai sebuah pemain monopoli industri tenaga, TNB sebenarnya sedang meraih keuntungan berlipat kali ganda dengan penurunan harga bahan bakar dunia ini. 

Tetapi pernahkah kita terdengan suara-suara daripada Menteri dan Pengurusan TNB untuk menurunkan harga tarif? 
Menteri jangan selektif bila bercakap dalam isu penurunan harga barang ini. Sebagai seorang anggota kabinet, Menteri mempunyai suara untuk mendesak TNB segera menurunkan harga tarif.

SAMM menyeru agar masyarakat Cina khususnya peniaga-peniaga Cina yang jujur dan masyarakat Malaysia keseluruhannya tidak termakan dengan dakyah dan omongan tidak bijak dari Menteri ini.

Tidakkah Menteri terfikir apa yang akan terjadi kepada ekonomi domestik sekiranya semua peniaga-peniaga Cina mengambil ketetapan menutup perniagaan mereka secara serentak sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan tersebut?

Mohd. Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Kebangsaan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Semuanya ada peluang untuk membuktikan kebaikan, tetapi tidak diambil kesempatan itu

Posted: 03 Feb 2015 06:00 PM PST


Semua pihak tidak mahu mengambil kesempatan keemasan yang ada pada pihak masing-masing untuk membuktikan ketelusan masing-masing dan usaha untuk mempertahankan apa yang ada kepada mereka.

UMNO masih belum bertindak untuk mengambil kesempatan keemasan untuk parti itu diyakini ramai dengan pengunduran barisan kabinet pada hari ini dan bersara. Mereka tahu ini merupakan kesempatan untuk mereka untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka dalam kerajaan. 
 
Mereka (ahli-ahli jemaah kabinet) rela kerajaan sekarang menghadapi risiko kekalahan dan kehilangan sokongan dari rakyat kerana perlakuan dan kelemahan mereka.

MIC sedang bergolak dan tidak mahu mengakui yang parti itu dipimpin oleh yang lemah dan mereka tidak mahu mengubah sikap mereka menghadapi cabaran masa depan dan hari muka.

DAP tidak mahu mengambil kesempatan untuk membuktikan yang mereka adalah jujur dan tidak berbohong dengan rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS dalam isu pilihanraya kerajaan tempatan. Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali telah mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat secara terbuka tetapi LGE memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu respons kepada cabaran Mustapha itu.

Dalam politik elemen persepsi ramai adalah elemen yang terpenting dan jika LGE tidak mahu memberikan reaksi terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS itu, maka ia boleh dipersepsikan sebagai membenarkan apa yang diperkatakan oleh Mustapha dalam isu ini terhadap LGE dan DAP. 
 
 
 
 
Pihak DAP bolehlah memberikan alasan secara loyar buruk kenapa tidak ada respons dari pihak DAP, tetapi hakikatnya DAP tidak akan berdiam diri jika ada alasan untuk menunjukan yang mereka itu benar. Dalam isu ini LGE berdiam diri dan mengelak dari memberikan komen, jauh sekali untuk berdebat seperti yang diminta oleh pihak Mustapha Ali itu.

Malahan beberapa hari yang lepas LGE mengarahkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kerana tidak hadir bersama beliau dalam majlis makan malam di Serdang.

LGE marah-marah dengan Azmin  Ali kerana tidak memberikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan lambat bertindak untuk memberikan kedudukan dan tempat untuk pemimpin DAP duduk dalam Majlis Daerah-Daerah dalam negeri Selangor. 
 
Beliau merupakan orang yang pertama memberikan ucapan tahniah kepada Azmin semasa Azmin diangkat menjadi Menteri Besr Selangor, katanya. Beliau memberikan amaran yang Azmin akan ditimpa nasib yang sama seperti Khalid Ibrahim jika beliau (Azmin) tidak melakukan apa yang DAP kehendaki.

Rupa-rupanya ucapan tahniah LGE itu menjadikan Azmin terhutang budi untuk memenuhi segala tuntutan beliau dalam hal pentadbiran negeri Selangor itu sedangkan rakyat tahu LGE sentiasa bersama Wan Azizah dalam perebutan kerusi MB itu semasa isu Khalid Ibrahim di Selangor dahulu. 
 
Ramai yang tahu yang menyokong Azmin untuk menduduki kerusi itu adalah dari kelompok lain dan bukannya dari kelompok DAP khususnya LGE. Tetapi oleh kerana beliau pantas menghantar ucapan tahniah itu maka beliau mengharapkan Azmin memenuhi tuntutan beliau dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri Selangor.

Sekarang ini kita perlu memahami yang menerima ucapan tahniah dari LGE itu amat tinggi harganya kerana ucapan tahniah beliau itu mesti diberikan 'reciprocal' yang besar dan turut sahaja kehendak dan tuntutan beliau.
 
Alasan ini tentulah satu alasan yang bersifat kebudak-budakan sedangkan beliau adalah pemimpin yang terutama dalam parti DAP itu. Beliau jugalah yang mahu diakui ramai sebagai jaguh perpaduan dan ketelusan dalam semua bidang.

Pada hemat saya LGE mempunyai mulut yang lebih cepat dari pemikirannya. Di antara mulut dan pemikirannya tidak seimbang dan ini akan memberikan masalah kepada parti pimpinannya.

Kadang-kadang seseorang itu akan mudah lupa semata-mata kerana sudah merasakan kuasa sedikit sebanyak. Saya pernah berkata yang UMNO memakan masa empat puluh tahun untuk sesat, tetapi parti ini mungkin menjadi sesat serta-merta selepas mendapat kuasa jika diizinkan menguasai kuasa kerajaan negara ini.


VIDEO - Cameron Highland Dah Parah, Penguatkuasa Gagal Bendung Penceroboh - Muhyiddin Kantoikan Siapa?

Posted: 03 Feb 2015 05:30 PM PST

 


Dah lama tak layan berita tv3. Hari neh tergerak ahti nak melayan berita tv3. Dan ada beberapa perkara menarik yang tv3 laporkan. 

Tak disangka-sangka berita tv3 turut laporkan bahawa punca harga barang tidak turun walaupun harga minyak dunia sudah turun adalah disebabkan kejatuhan nilai ringgit di pasaran. 

Buang tabiat ke apa TV3 kau neh? Tetiba je jadi jujur.

KAH KAH KAH

Satu lagi yang menarik dilaporkan oleh TV3 ialah tentang persatuan IKHLAS yang mahu kerajaan ambil tindakan untuk desak peniaga besar dan pemborong2 besar turunkan harga barang. 


Jangan hanya tahu desak peniaga kecil dan hukum mereka dengan denda dan saman sedangkan pemborong dan peniaga besar dibiarkan terus bermaharajalela. Yes. Aku sokong point IKHLAS sebab kerajaan sepatutnya tumpu pada peniaga2 besar. 

Yang asyik kacau peniaga2 kecik jek dah kenapa. Katanya. Sehingga ke hari ini tiada mana-mana peniaga besar dan pemborong2 besar yang pernah dihukum oleh kerajaan. 

Balik2 yang kena peniaga kecik. Peniaga kedai makan, kedai runcit, pasar tani dan sebagainya. Yang meniaga besar-besar mana kerajaan pernah usik.

Bagus. Point bagus dia neh.

Tapi pelik la juga kan. Macam mana la boleh terlepas kat tv3. Terang2 kot kritik kegagalan KDNPKK dalam isu tersebut. Hasan Malek, kau kena serang ek?

KAH KAH KAH

Berbalik kepada tajuk asal artikel. Di berita tadi Muhyiddin Yassin sebenarnya tanpa sedar atau mungkin juga sedar dan sengaja telah mengantoikan beberapa pihak dalam isu pencerobohan tanah di Cameron Highland.

Katanya ;


1. Keadaan penerokaan haram di Cameron Highland dah parah.

2. Pemantauan yang ketat dan berterusan pun takde effect apabila perkara yang sama masih berlaku dan berulangan sehingga kini.

3. Walaupun terdapat pihak2 yang meneroka tanah secara berlesen namun ianya masih menceroboh.

Aku cuba fahamkan point ketiga Muhyiddin. Fikir punya fikir akhirnya aku dah faham. Bukan semua tanah2 di Cameron Highland dibenarkan untuk diteroka meskipun kau mempunyai lesen.

Tetapi tanah2 itu tetap diterokai oleh pihak2 tertentu dan pihak2 ini pula sikit pun tak takut dengan langkah penguatkuasaan yang dijalankan selama berbulan2.

Sehingga kini.

Kau ada tengok tak mana-mana malaon jerung kena tangkap, dakwa dan hukum atas isu pencerobohan di Cameron Highland? Takde kan.

Balik2 pekerja yang kena tangkap.

Then habis cerita.

Nanti banjir balik, rumah musnah, orang hilang, ada yang mati ke apa ke baru kecoh balik.

Lepas beberapa bulan senyap.

Then banjir balik. Kemudian ada orang mati lagi. Marah lagi. Dan senario yang sama di ulang-ulang selama berpuluh2 tahun. 


Kalau macam ini cara kerajaan selesaikan masalah memang sampai aku dan ko semua mati pun tak settle2. Macam buat bulatan. Pusing2 ke situ balik.

Fikir punya fikir punya fikir pun memang tak logik gila penguatkuasa gagal bendung pencerobohan. Kau ada kuasa ada pangkat bahkan ada backup dari polis dan tentera. 


Kerajaan fully support tindakan penguatkuasaan kalau ko tengok menerusi media massa. Tapi still. Kerja2 pemantauan masih gagal menyekat penerokaan haram.

Apa kes?

Timbalan menteri perdana menteri declare terang2. Keadaan penerokaan tanah samada haram ataupun halal di Cameron Highland sebenarnya dah parah. 


Dah parah. Kau tahu. Dah parah. So takan la tak boleh tutup terus jangan bagi sapa-sapa keluar masuk jika tujuannya nak meneroka tanah. 

Apa yang menghalang kerajaan kau daripada bersikap tegas kepada peneroka2 tanah tersebut? Samseng sangat ke peneroka2 tanah haram di Cameron Highland tue sampaikan dari sultan kepada penguatkuasa biasa pun gagal nak kawal dan bendung kegiatan tersebut? 

Ke yang bagi lesen dengan yang melakukan pemantauan adalah pihak2 yang serupa? Cuma tukar baju ikut keadaan dan situasi bagi mengaburi mata rakyat?

KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri woi.

Petanda Terbaru BN Bakal Melingkup

Posted: 03 Feb 2015 05:00 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) terkilan dengan bidasan Presiden dan Ketua Pemuda MCA yang sepakat dengan Ketua Pemuda DAP agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri disingkir dari jawatannya selepas mengeluarkan kenyataan mengenai peniaga Cina.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, pendirian dan keceluparan Liow Tiong Lai dan Chong Sin Woon mempamerkan pendirian sebenar MCA, yang lebih mementingkan DAP.

"Mereka melindungi mereka yang cauvinis, dari membantu kerajaan menangani masaalah yang dihadapi rakyat, maka, saranan yang dicetuskan Ismail mendedahkan pendirian sebenar MCA.

"MPM tidak terkejut dengan bidasan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Siong, sebab kita semua tahu DAP memang cauvinis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Hasan mengulas catatan di laman Facebook Ismail yang menyarankan pengguna, terutamanya Melayu, memboikot peniaga-peniaga Cina yang degil dan enggan menurunkan harga barangan pengguna.

Ismail bagaimanapun tidak menyarankan memboikot secara menyeluruh namun hanya peniaga-peniaga Cina degil yang enggan menurunkan harga barangan pengguna.

Dalam pada itu kata Dr. Hasan,  walaupun kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong yang lebih berhemah berbanding Tiong Lai dan Sin Woon, Andy dilihat terbelit dengan fakta yang mengaitkan insiden ini dengan kenyataan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai sumbangan komuniti bisnes Cina.

"Jika Andy merujuk kepada kenyataan itu, dia juga sepatutnya menyarankan peniaga-peniaga Cina yang dimaksudkan Ismail agar lebih bertanggungjawab dan patriotik dalam berniaga, bukan sebaliknya.

"Orang Melayu akui sumbangan komuniti bisnes Cina kepada pembangunan negara, tetapi tidak bermakna mereka boleh menindas pengguna sewenang-wenangnya," jelasnya.

Sementara itu ujarnya, MPM menghargai kenyataan Ketua Wanita MIC, M. Mohana dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menyokong kenyataan Ismail.

"Bagi mereka yang membidas saranan Ismail terutama Presiden MCA dan Ketua Pemudanya, binalah budaya berpolitik berhemah dan budaya politik setiakawan, jangan jadi duri dalam daging.

"Orang Cina sudah lama menyampah kepada MCA, itu sebabnya MCA kian tak popular.

"Orang Melayu yang memberi muka kepada MCA. Jangan sakitkan hati orang Melayu dan jangan sampai nanti orang Melayu pula yang menyampah kepada MCA," katanya. 
 
 
Addin

DAP akan hadir mesyuarat Pakatan kalau Hadi beri komitmen sama

Posted: 03 Feb 2015 04:30 PM PST


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata DAP akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata DAP akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu.

DAP memberikan komitmen akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) membincangkan isu-isu yang masih tidak selesai antara mereka sekiranya PAS juga memberikan komitmen yang presidennya akan menghadiri mesyuarat itu, kata Anthony Loke hari ini.

Merujuk laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memetik sumber mengatakan pimpinan PAS pusat menegaskan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu memohon maaf kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu nanti.

"Soal mohon maaf tidak timbul, DAP akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR dengan kehadiran presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Saya ingin menegaskan yang soal perlunya Lim Guan Eng memohon maaf kepada Mustafa tidak timbul sama sekali. DAP tidak akan dan tidak pernah tunduk kepada apa-apa tekanan daripada mana-mana pihak," kata ahli Parlimen Seremban itu dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP meluluskan satu resolusi sebelum ini yang menegaskan, pimpinan tertinggi DAP hanya akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR dengan kehadiran Hadi.

Ini bagi mengelakkan keadaan di mana apa-apa keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu tidak direstui kemudiannya oleh Hadi.

Katanya, polemik yang timbul mengenai isu pilihan raya kerajaan tempatan sejak dua minggu lalu juga jelas menunjukkan terdapat suara daripada pimpinan PAS sendiri, termasuk beberapa ahli Parlimen dan pemimpin veteran PAS, yang menyatakan sokongan mereka secara terbuka mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara.

"Kami ingin mengulangi pendirian kami yang semua usaha dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang ke arah matlamat tersebut sudah dimaklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Hadi dan Mustafa. Dan tidak pernah ada bantahan daripada mereka sebelum ini.

"Matlamat untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan juga amat jelas selari dengan agenda dan Dasar Bersama PR," katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini merayu agar mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PR dapat diadakan sebelum beliau menghadapi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan kes liwat pada 10 Februari ini.

Beliau merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Katanya, pihaknya mahu PR duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh itu. – 3 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kenyataan Ismail Sabri realiti, bukan rasis, kata Noh Omar OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 03 Feb 2015 04:00 PM PST

Bekas menteri Kabinet Datuk Seri Noh Omar berkata kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dilihat dalam keseluruhan konteks, kerana pengguna sendiri yang akan menerima faedah daripadanya.

Bekas menteri Kabinet Datuk Seri Noh Omar berkata kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dilihat dalam keseluruhan konteks, kerana pengguna sendiri yang akan menerima faedah daripadanya.

Bekas menteri Kabinet Datuk Seri Noh Omar mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mengatakan kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu yang menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina bukanlah satu ungkapan rasis.

Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor itu berkata, kenyataan Ismail perlu dilihat dalam konteks menyeluruh kerana pengguna sendiri yang akan menerima faedahnya.

"Apa yang dinyatakan Ismail Sabri satu realiti. Kalau boikot harga barang, yang akan mendapat faedahnya rakyat. Tidak kira orang Melayu, Cina atau India.

"Ayatnya perlu dibaca secara keseluruhan. Saya baca kenyataan Ismail Sabri, saya tidak nampak di mana ada rasis, beliau memberikan kenyataan menyeluruh.

"Kalau kita faham kenyataannya itu, kesannya kepada rakyat Malaysia. Kalau harga turun, semua rakyat dapat faedah," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Selangor hari ini.

Ismail mencetuskan kemarahan orang ramai selepas membangkitkan isu berbaur perkauman menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga dari kalangan kaum Cina.

Katanya, saranan itu ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.

Dalam kiriman Facebook pada Ahad, Ismail mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina seperti Old Town Whitee Coffee yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Semalam Tan Sri Joseph Kurup mempertahankan kenyataan Ismail yang menggesa orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina untuk menurunkan harga barang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan itu berkata, Ismail mempunyai niat yang baik menyeru pengguna tidak berkunjung ke premis perniagaan yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Beliau menggesa orang ramai, sebagai contoh Bumiputera, membuat penguatkuasaan sendiri dengan tidak berkunjung ke premis yang menaikkan harga barang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Kurup enggan melabel gesaan Ismail itu sebagai rasis dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ditanya sama ada beliau akan cuba mendapat penjelasan lanjut, Kurup berkata: "Jika saya ada masa bercakap dengannya, beliau akan jelaskan."

Noh berkata, jika pengguna dapat memainkan peranan memboikot kedai yang menaikkan harga barang, maka faedahnya akan kembali kepada pengguna kerana penggantungan sepenuhnya tidak boleh diletakkan pada kerajaan.

Beliau turut mencabar Pakatan Rakyat (PR) mengadakan demonstrasi menurunkan harga barang selepas pemimpin pembangkang berhasrat untuk berdemonstrasi ketika harga minyak dinaikkan.

"Saya cabar PR buatlah demonstrasi beritahu pada rakyat bila harga minyak turun, harga barang masih naik.

"Dulu pembangkang, Rafizi kata barang naik sebab harga minyak naik. Sekarang ini harga minyak sudah turun, mengapa harga barang naik?" katanya merujuk kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

"Sekarang ini kalau PR betul-betul percaya kepada konsep harga minyak berkait dengan harga barang-barang, mereka kena buat demonstrasi pula. Mengapa mereka diam, mengapa tidak mahu buat demontrasi?"

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mempersoalkan perjuangan PR selepas mengambil pendekatan berdiam diri ekoran harga barangan yang masih tidak diturunkan.

Katanya, sikap pemimpin PR itu jelas menunjukkan mereka hanya tahu berpolitik, menghasut rakyat dan menanam perasaan benci kepada rakyat.

"Hari ini terbukti tuduhan PR satu tuduhan palsu, fitnah dan hanya hendak dapatkan publisiti murah dari segi politik," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di Kuil Subramaniam di Kuala Selangor hari ini, Noh mengingatkan agar semua kaum di Malaysia tidak mencampuri urusan agama lain.

Katanya, masalah yang berbangkit antara agama perlu diselesaikan secara perbincangan agar segala salah faham dapat dileraikan.

"Kita jangan bercakap bagi pihak agama orang lain, kalau orang Islam biar cakap soal agama Islam. Orang Hindu mereka cakap soal Hindu kerana kita kadang-kadang tidak faham agama satu sama lain.

"Hari ini kita nampak sudah mula pihak tertentu mula campur tangan hendak menghina agama lain. Ini satu perkara yang cukup bahaya.

"Kalau sudah mula tidak menghormati satu sama lain, maka tindakan tegas mesti diambil demi kebaikan negara kita sendiri dan masa depan perpaduan negara kita," katanya. – 3 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.

Kalau Anwar ke penjara, Pas akan bergaduh besar?

Posted: 03 Feb 2015 03:15 PM PST

  Mauduk yang berkisar dan bergeser dalam kepala orang ramai terutamnya pencandu politik ialah mengenai nasib Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. 

Tarikh itu telah ditetapkan hari memutuskan apakah Anwar kekal bebas seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ataupun dia akan dihantar ke penjara berhubung kes liwat yang dituduh terhadapnya.


Anwar masih tersenyum walaupun pintu penjara terbuka.
Anwar sudah menyatakan kesiap-sigaanya untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Q-sera sera katanya. 
Kepada keluarganya juga sudah pasti beliau sudah memberi "gemanat taruh" dan juga khutbah akhir bagi menghadapi kemungkinan hitam kali kedua. Anwar sendiri sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental dan fizikalnya.

Sebagai seorang pejuang Anwar tidak merasakan apa-apa yang perlu ditakuti. Sunah orang berjuang yang berhadapan dengan pencorba dihafalnya. 
Anwar sendiri sejak mula menerjunkan diri dalam perjuangan menentang arus sudah insaf dan sedia maklum yang sebelah kakinya sudah berada dalam penjara.

Dia sudah bersedia seperti mana yang selalu diserunya. Kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi laut, "lawan tetap lawan". 
Anwar bukan sahaja berumah tetapi sengaja membina rumah di tepi laut kandati dia tahun amokan gelombang sangat dahsyat dan zalim. 
Beliau boleh berumah atas bukit atau jauh dari pantai kerana dia ada kesempatan itu kalau dia mahu, tetapi itu tindakan hipokrit dan itu bukan Anwar Ibrahim.

Jadi tentang Anwar tidak perlu dipertikai dan didebatkan. Apa yang hendak kita suluh ialah bagaimanakah nasib Pakatan Rakyat amnya dan PKR selepas (sekiranya) beliau direhatkan. Siapakah yang akan mengemudikan Pakatan Rakyat. 
Apakah Dr Wan Azizah Wan Ismail masih betah untuk berdepan dengan situasi yang memeritkan itu seperti mana dilaluinya sebelum ini apabila suaminya itu direngkukkan dalam penjara selama enam tahun?

Ada orang mengatakan Azizah sudah tidak larat. Saya tidak setuju kenyataan itu kerana perjuangan tidak mengenal usia dan gender. 
Lagipun Azizah bukan bersendirian dalam serba kekerdilan dan kedaifannya, kerana beliau mempunyai anak dan pengikutnya tersendiri. 
Tidak mudah untuk serikandi itu mengalah dan berundur. Tua bukan alasan. Tiada istilah "monopuse" dalam jihad.

Atau PKR akan dikemudikan oleh Mohamed Azmin Ali. Jika mengambil kira kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR ia secara automatik tugas mengemudikan PKR, Azminlah sosok yang menjadi juara mengerakkan aspirasi perjuangan Anwar. 
Azminlah pemikul tanggungjawab bakal ditinggal Anwar. Azmin bukan sekadar sahabat yang setia sehidup semati, melentang makan embun meniarap makan debu bersama Anwar, tetapi pemikul amanah perjuangan.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini dimana akhirnya berjaya menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang menjadi kudis gatal waktu malam kepada PKR, dan diganti dengan Azmin adalah transisi yang disediakan untuk menghadapi apa juga kemungkinan berhubung nasib Anwar Ibrahim.

Hari ini dengan kedudukannya sebagai MB Selangor satu-satu jawatan tertinggi dipegang oleh pemimpin PKR sewajar peranan Azmin dihormati. Penyatuan PKR selepas Anwar akan dibawa dan diteruskan oleh Azmin. 
Tampaknya PKR tidak ada masalah sekiranya Anwar ke penjara kerana Azmin mampu menanganinya. Kecualilah ada budak-budak pemikul bendera hitam yang tidak pernah merasa puas akan menganggu dan memprotes Azmin.

Bagi PKR tidak ada apa-apa persoalan. Sebalik apa yang menjadi tanda tanya, macam manakah keadaan Pakatan Rakyat apabila Anwar berada dalam penjara. Apakah Pakatan Rakyat akan berantakan yang kemudian nanti menjadi gemulah?

Sebelum ini orang tahu yang bersungguh mahu melihat Pakatan Rakyat kekal dan menjadi cabaran kepada UBN ialah Anwar. Anwarlah yang bertungkus lumus mencari formula merapatkan saf dalam Pakatan Rakyat. 
Semua pihak mengakui kalau tanpa Anwar, Pas dan DAP yang berlainan ideologi dan senantiasa saling curiga mencurigai antara satu sama lain tidak mungkin duduk bersama kalau tanpa Anwar menjadi gamnya.

Jadi kalau Anwar sudah tidak ada, siapakah pula akan bertindak menjadi mediator. Peringatan Anwar supaya Pas dan DAP agar jangan bergaduh membayangkan kebimbangan calon PM daripada Pakatan Rakyat itu mengenai masalah Pakatan Rakyat sewaktu beliau bercuti sabbatical.

Saya ada firasat tersendiri tentang apa yang akan berlaku selepas ini dengan melihat kepada gelagat dan perkembangan dalam Pakatan Rakyat khasnya sikap dan ulah sesetengah pemimpin Pas dan DAP yang "berkekah" sesama sendiri. 
Apa yang berlaku bukan nature dalam dunia politik tetapi ia semacam diaturkan atau diorkestra demikian rupa untuk mencapai matlamat yang diangan-angankan.

Sesetengah pemimpin Pas dan DAP seolah sudah hilang kepercayaan antara satu sama lain. Perasaan curiga mencurigai sangat tajam antara mereka. 
Usaha sepadu bagi mengukuhkan Pakatan tidak tamnpak lagi dan mereka mudah peduli kepada hal-hal remeh dan bersikap kebudak-budakan. 
Apakah mereka termakan dengan umpan pihak musuh yang berusaha meretakkan hubungan sesama mereka.

Bertolak daripada keadaanya ia memberi gambaran menakut mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar sudah diberkas menerusi mahkamah oleh para konspiratornya daripada Umno. Saya tidak nampak berlaku perpecahan dalam PKR tetapi apa yang akan terjadi kepada Pas membimbangkan. 
Walaupun akan ada puak yang memprotes dan menolak Azmin, yang menjadi pengemudi PKR tetapi ia tidak akan sampai ke peringkat keparahan dialami Pas kelak.

Pas akan pecah memandangkan wujud dua kumpulan dalam parti itu yang akan mengambil sikap atau menjadi Anwar sebagai faktor untuk meluaskan sengketa. 
Puak yang selama ini pesimis dan skeptikal dengan Anwar sudah pasti gembira dengan ketiadaan Anwar. Mereka akan membawa Pas keluar dari Pakatan Rakyat. 
Tindakan inilah nanti akan berlaku konflit dalam Pas. Puak yang mempercayai Pakatan Rakyat boleh muncul menjadi kuasa baru dalam PRU 14, akan tetap mahu mengekalkan Pas berkolobrasi dengan PKR dan DAP.

Konflit inilah nanti akan membawa pergaduhan dalam Pas. Sekiranya Anwar dipenjarakan 10 Februari nanti saat Pas menentukan kerjasama dengan PKR dan DAP akan ditentukan dalam muktamar parti tersebut yang dijadual Jun nanti. 
Seandaianya Pas mengekalkan kepimpinan teratas yang ada hari ini, tidak syak lagi Pas akan dibawa keluar daripada Pakatan Rakyat manakala sebilangan yang tidak setuju akan terus kekal bersama Pakatan. Anwar akan menjadi titik akhir dan faktor menentukan masa depan Pas dengan Pakatan Rakyat.

Saat ini perbalahan "kurba" (besar)  akan berlaku dalam Pas. Keadaan dan kemungkinan ini yang perlu dihindarkan sekiranya mahu mencatat sejarah baru di negara ini, persalinan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. 
Tanpa menguar-uarkan Umno sangat mengharap perpecahan dalam Pakatan Rakyat kerana perpecahan akan menyuburkan akarnya untuk terus berkuasa.

Anwar apa keadaan pun tetap menjadi faktor penentu kepada masa depan baik kepada parti pemerintah atawa parti pembangkang. [wm.kl.10:16 pm 02/03/15]


Krisis MIC berlarutan, Subramaniam tak hadir sambutan Thaipusam OLEH MD IZWAN

Posted: 03 Feb 2015 08:00 AM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) dengan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel di Batu Caves hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) dengan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel di Batu Caves hari ini.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini tidak hadir ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri turut hadir, membayangkan krisis kepimpinan parti India tersebut masih berlarutan.

Najib, yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) semasa lawatannya pagi ini, ditemani Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang sedang bertelagah dengan Subramaniam berhubung isu pemilihan parti.

Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan ketika ditanya mengenai ketiadaan Subramaniam dalam sambutan hari ini menjelaskan, beliau sedang sibuk menguruskan perkahwinan anaknya.

"Anak dia kahwin semalam, dia (Subramaniam) masih sibuk dengan persediaan.

"Anak beliau kahwin semalam, jadi dia sibuk dalam minggu ini," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada Najib ada menyuarakan cadangan atau menggesa MIC menyelesaikan konflik dalam parti semasa pertemuan dengan pemimpin hari ini, Saravanan berkata tiada sebarang arahan atau keputusan diberikan kepada mereka.

"Hari ini kita sambut perayaan, tidak ada apa-apa dikatakan oleh perdana menteri," katanya.

Mengenai krisis dalam parti yang timbul sejak ia diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengadakan pemilihan semula, Saravanan melihat sambutan hari ini sebagai tempat terbaik bagi pemimpin parti itu merapatkan silaturahim sesama mereka.

"Hari ini kita lihat perayaan Thaipusam sebagai perayaan bukan sahaja keagamaan, tetapi lebih untuk mengutamakan silaturahim di kalangan pemimpin masyarakat India, khususnya MIC," kata Saravanan.

Saravanan yang bersetuju pemilihan semula parti tersebut perlu diadakan menegaskan, ia perlu dilaksanakan selari dengan perlembagaan parti.

"Saya sendiri bersetuju, pemilihan semula akan menyelesaikan semua masalah dalaman parti. Tetapi bukan begitu senang.

"Semua orang kena faham, MIC ada perlembagaan sendiri. Bukan mana-mana menteri atau mana-mana pemimpin boleh buat keputusan untuk adakan pemilihan semula," katanya.

Krisis dalaman MIC menjadi semakin parah apabila RoS pada 5 Disember tahun lalu mengeluarkan arahan kepada parti itu supaya mengadakan pemilihan baharu dalam tempoh 90 hari bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Perintah pemilihan semula parti itu dikeluarkan berikutan penyelewengan yang didakwa berlaku pada perhimpunan agung parti itu di Melaka pada 30 November, 2013.

Susulan itu, dua pemimpin tertinggi parti itu menunjukkan mereka tidak boleh bertentang mata bagi menyelesaikan masalah sambil Palanivel kelihatan mahu menghapuskan barisan kepimpinan parti yang menyokong Subramaniam.

Walau bagaimanapun, pada 29 Januari, Palanivel mengeluarkan kenyataan mengatakan kedua-dua mereka setuju "berdiam diri" dan mengadakan moratorium bagi mengelak krisis parti bertambah buruh.

Palanivel berkata moratorium itu akan memberi peluang kepada beliau dan Subramaniam "suatu tempoh yang bukan dalam keadaan krisis" bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Moratorium itu juga, katanya, akan membolehkan beliau dan Subramaniam berjumpa perdana menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak bagi mencari penyelesaian terbaik kepada krisis parti. – 3 Februari, 2015.


/www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-mic.

Saravanan: Saya tunjuk pistol sikit saja

Posted: 03 Feb 2015 07:15 AM PST

 
 
Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan berkata, beliau hanya menunjukkan "sedikit" sahaja daripada pistol yang dibawanya semasa menghadiri sidang media di ibu pejabat MIC minggu lalu.

Katanya, pistol itu dibawa bagi mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk mengugut atau menakutkan sesiapa.

"Saya simpan untuk pertahankan diri. Sebab itu nampak sikit. Bukan nampak pistol (penuh). Nampak sikit saja.

"Senjata diberi untuk menjaga keselamatan saya. Saya mesti bawa.

"Tapi tak sampai nak ugut sesiapa atau takutkan. Nampak sikit saja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Pada Jumaat lalu, satu gambar menunjukkan pistol milik Saravanan, tersentil di pinggang seluarnya telah menjadi perhatian meluas di Facebook.

Gambar itu dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.  Dilaporkan ia berlangsung tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu,  yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan itu, menimbulkan kekecohan.


Malaysiakini

'Awas sebelum MIC ditinggalkan orang India'

Posted: 03 Feb 2015 06:30 AM PST

 
 
Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan pemimpin parti itu supaya menyelesaikan segera masalah dalaman parti.

Ini kerana, Samy berkata, sekiranya krisis itu berpanjangan MIC akan berdepan dengan masalah sokongan kepada parti.

"Kekuatan MIC perlahan-lahan semakin jatuh. Jika mereka tidak ambil tindakan (selesaikan masalah parti), MIC akan kehilangan sokongan.

"Bila hilang kekuatan, masyarakat India akan tinggalkan MIC," kata Samy kepada pemberita semasa ditemui pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves hari ini.

Selain itu, Samy Vellu turut mengingatkan, sebagai seorang presiden, Datuk Seri G Palanivel sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi kemelut MIC.

Bimbang MIC tiada lagi

Kata bekas presiden paling lama itu, beliau bimbang jika MIC tidak wujud lagi sekiranya tiada sebarang tindakan yang dibuat Palanivel.

"Jika kita mahu menyelesaikan masalah-masalah dalam parti sekarang, presiden mesti ambil tindakan.

"Presiden mesti jadi orang nombor satu, selepas itu orang lain boleh ikut cadangan yang diberi oleh orang belia.

"Jikalau beliau tidak ambil tindakan yang sesuai, saya takut MIC tidak ada lagi," katanya lagi.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).

Ekoran pelbagai pertikaian yang berlaku, Palanivel dan Saravanan kini akan mengambil pendekatan berdiam diri sehingga masalah dalaman itu selesa


Malaysiakini


 

PAS: Turunkan harga barang kawalan dulu

Posted: 03 Feb 2015 05:45 AM PST

 
 
Kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang sedia ada menyebabkan harga barang tidak turun seiring dengan harga baru minyak, kata PAS.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan sepatutnya menunjukkan teladan dengan menurunkan harga barang kawalan seperti gula dan minyak masak terlebih dahulu.

Begitu juga dengan tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam yang turut berada bawah kawalan kerajaan, katanya lagi.

"Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa," kata Mahfuz.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menggesa orang ramai memulau peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang seperti harga minyak.

Kenyataannya itu mengundang kritikan banyak pihak yang melihatnya sebagai perkauman.

Bermula 1 Februari, harga baru bahan bakar itu turun antara 11 hingga 21 sen ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz juga membangkitkan, sehingga ke hari ini, kerajaan tidak pula menyatakan hasrat menurunkan harga barang bawah kawalannya.

"Adakah ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri ingin menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan? " sindirnya.

PAS bagaimanapun senada dalam pelaksanaan kempen penurunan harga barang ekoran kejatuhan harga petrol dan diesel.
 
Malaysiakini

'Kami semua Ismail Sabri' di KL

Posted: 03 Feb 2015 05:00 AM PST


 
Seramai kira-kira 100 orang pemuda dan mantan pemuda Umno hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menunjukkan solidariti terhadap Datuk Seri Ismail Sabri.

Mereka membawa poster bertulis "Kami semua Ismail Sabri" sebagai tanda sokongan.

Mereka yang mula berkumpul kira-kira jam tiga petang di Cafe Riverside petang ini, hadir bagi memberi sokongan kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu berhubung kenyataannya yang menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina.

Antara yang turut hadir pada majlis petang ini ialah exco Pemuda Umno Fathul Bari dan Arman Azha Abu Hanifah. 


Malaysiakini

Giliran KJ Pula Seru TNB Turunkan Kadar Tarif Elektrik.

Posted: 03 Feb 2015 04:15 AM PST

Akhirnya. Ada juga seorang menteri yang berakal dalam membicarakan isu tarif elektrik TNB.

Dalam pada menteri2 gila seperti Ahmad Maslan dan Ismail Sabri dok meroyan sakan desak peniaga turunkan harga barang, dorang lupa ke taikun2 besar seperti TNB tak turun2kan pula caj perkhidmatan mereka sejajar dengan penurunan harga bahan api.

Apa kes?


Owhh.. oleh kerana ianya TNB. Ianya GLC. Macam adik beradik ASTRO juga yang kerajaan ada saham didalamnya, buat apa kita desak syarikat2 macam tue turunkan harga barang dan perkhidmatan mereka sejajar dengan penurunan bahan bakar ye tak? 


Cukupla kerajaan dah memperbodohkan umat dengan batalkan kenaikan tarif bagi tahun 2015. Itupun laju2 penyokong UMNO yang bangang tepuk tangan. Syukurla.

KAH KAH KAH

Kata KJ menerusi portal FMT ;  
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas harga minyak telah turun melibatkan kuasa pengguna.

Katanya, dalam keadaan harga minyak telah turun, pengguna seharusnya memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.
"Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan, pulau sahaja.

Kalau terlalu tinggi, lapor kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan mereka boleh menguatkuasakan Akta Pencatutan.

"Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun," katanya dalam status laman sosial Facebook miliknya.

Khairy berkata, mesej yang penting dalam isu seperi ini ialah kuasa pengguna dan pengguna seharusnya menggunakan kuasa mereka.

"Libatkan diri dengan kumpulan pengguna dan aktivis. Nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga yang terlalu tinggi pada media sosial," ujarnya.

KJ kata apa? Dia kata hari tue ketika TNB minta jemaah menteri naikkan kadar semasa adalah merujuk kepada keadaan kos bahan api yang meningkat.


Tapi sekarang KOS BAHAN API dah turun.
So TNB gila bila nak turunkan tarif dorang?

Ada laju2 turunkan ke tak macam menteri sewel desak peniaga2 kecil turunkan harga barang?

What the fak!

Yang besar disayangi. Yang kecil dicari salah depan belakang.

 

Ameno World

10 Feb: Pemimpin DAP yakin Anwar bebas

Posted: 03 Feb 2015 03:30 AM PST


KUALA LUMPUR 3 FEB: Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke percaya Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada 10 Februari ini.

Ini berikutan keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas tuduhan kes Fitnah II terhadap dirinya yang ditetapkan pada tarikh itu.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, rakyat perlu lebih berusaha, bersabar dan tetap bersama Pakatan Rakyat untuk meneruskan usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sedikit sahaja masa lagi.



"Saya tetap yakin bahawa Anwar akan dibebaskan pada 10 Februari nanti," ujarnya.

Keyakinan itu disuarakan beliau ketika berceramah di Seremban Ahad lalu pada program Siri Jelajah Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Maut Ketika Selfie Dengan Keretapi

Posted: 03 Feb 2015 02:45 AM PST

 

Gara-gara mahukan 'selfie berani' dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api.

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu mengorbankan tiga pelajar kolej, lapor The Times of India.

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Takub, Iqbal dan Afzal. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan berusia 20-an dan merupakan pelajar sebuah kolej.

Memetik laporan tersebut, rakan mangsa yang maut, Aneesh berkata, beliau bersama tiga rakannya tersebut sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal.

Menurut pegawai polis, Sanjay Kumar memberitahu, keempat-empat pelajar berkenaan ingin 'selfie' dengan keretapi yang sedang bergerak.

Aneesh, yang sedang mengambil gambar memberitahu, mereka tidak sempat mengelak keretapi tersebut.





Bloglist Malaysia

Padan muka kau Ketua Polis Negara !

Posted: 03 Feb 2015 02:00 AM PST


"Is he warning all of us?

"For if he is, let me tell him, don't play the fool with me. Don't warn or threaten us," Gobind said in a statement.

Padan muka kau Ketua Polis Negara.. Kau ingat rakyat bodoh macam menteri Umno? .. Kau ingat kau boleh buat rakyat macam kau.. jadi barua Umno BN? .. 


Kau jangan buat-buat tak tau, ramai yang pakai uniform polis tu .. SETAN..!  Kau ingat rakyat bacul macam kau? Hello Khalid, kes polis sial perasuah ni .. kenapa engkau buat buta macam bangkai..? Sorry la ..  

Kerajaan Rakyat dapat rasakan, kes pembunuhan Altanttuya ni.. Najib dan Rosmah terlibat sama.. itulah sebabnya Ketua Polis Negara takut sangat nak siasat.. dan kalau siasatpun .. ala kadar jer.. macam haramjadah !


PETALING JAYA: The MP for Puchong has taken on the Inspector General of Police for warning people against asking any more questions regarding police investigations into the murder of Altantuya Shaariibuu.

In a statement, Gobind Singh Deo said members of the public, as well as journalists, lawyers and even DAP elder Lim Kit Siang wanted to know the motive behind her murder, something that was never revealed yet resulted in the conviction of two men who have since been sentenced to death by hanging.

Saying Khalid Abu Bakar did not have the right to warn anyone from asking any more questions about the murder, Gobind added, "I am a Member of Parliament. It is my duty to question and Khalid can rest assured, I will continue to question."

He also insisted, that as IGP, Khalid had to "learn to respect" the people's right to know the truth, and as such was duty bound to answer.

"So I ask him to state again. Did the police probe motive for the killing of Altantuya Shaariibuu?

"If no, why not?. If yes, do the police know who directed her killing and why?" Gobind asked.

He also said, "If the IGP cannot take the pressure of questions any longer, and if he thinks he can get me for asking, for carrying out my duties as MP, l dare him to come. I will take him on."

Mongolian Altantuya was shot in the head, then blown up with C4 explosives in 2006. 


Her former lover Abdul Razak Baginda was acquitted without his defence being called and no motive was established or revealed as to why convicted killers, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar of the Special Action Unit (UTK) would have wanted to see her dead. 


Kerajaan Rakyat.

Mahathir 'Ganti' Anwar??

Posted: 03 Feb 2015 01:15 AM PST

Mahathir 'Ganti' Anwar??  Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.  Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

"Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib.

"Sekarang bos yang disanjung sejak 20 tahun lalu, kini dia yang paling mahu Najib berhenti. Kalau kita lihat di laman web dan Twitter Tun Mahathir, banyak yang dia hentam Najib," katanya pada Ceramah Rakyat Hakim Negara di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini.

Mohamad berkata, tindakan Mahathir itu menunjukkan bukan calang-calang orang yang mengkritik pemerintahan Najib hari ini dan rakyat seharusnya boleh membuat penilaian.

Sementara itu, beliau berkata, BN kini berada dalam keadaan 'tenat' berikutan masalah parti komponennya iaitu MIC dan MCA. "Tiada jalan lain untuk rakyat buat perubahan.

MIC bukan lagi parti, tapi akan diswastakan kepada Umno. MCA pula ada, tapi sudah ditelan zaman 'ibarat gerakan kubur tidak bertanda'.

"Jangan BN berpecah, kita pun berpecah. Sebab itu kita perlu bersatu padu sekarang dan inilah masa terbaik untuk PR mengambil alih pentadbiran negara," katanya.
 

Keluaga Dakwa Mangsa Diculik Sebelum Dikelar Leher

Posted: 03 Feb 2015 12:33 AM PST

 
Pelajar Ipta yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya. Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada menghubungi ibunya memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun

ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunuskan pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira - kira 11.00 pagi

"rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek katanya," ketika ditemui di unit Foreksik Hospita kuala kangsar, semalam

katanya mangsa dipercayai mengikut suspek kerana mengenali lelaki itu apatah lagi diugut dengan pisau sebaik rakan mangsa menghubungi ibu Nur Syuhada ahli keluarga kemudian mencari mangsa dan menghubungu telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab

keluarga mengetahui kejadian itu apabila bapanya menghubungi bapa suspek. bapa suspek memberitahu suspek suspek kelar mangsa, sebelum meraka pergi ke balai polis untuk pengesahan katanya

katanya pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu mengenali suspek tetapi bukan pesangan kekakasih.

Cerita Sebenar Remaja Perempuan Yang Mati Dikelar Leher



Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan, katanya.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, minta maaf dan dia telah buat silap katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata Dia tak mampus lagi ke?

Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian, katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.