Isnin, 2 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Buat Renungan Kita Bersama................

Posted: 02 Feb 2015 09:30 PM PST



Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. 

Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. 

Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!


Kesedihan atasmu ada 3;

Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! 


Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.


Pertanyaannya adalah:



Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??

Hakikat ini memerlukan renungan.


Usahakan dengan sungguh2;

Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.


Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. 

"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami.

Cubaan keluarkan Sabah dari Malaysia satu penderhakaan, kata ketua polis

Posted: 02 Feb 2015 08:45 PM PST




"PDRM tidak bertolak ansur dengan apa saja perbuatan yang melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan tegas akan diambil.

"Saya beri peringatan kepada mereka yang cuba mainkan isu ini dan hasut rakyat. Tunggulah tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan bola sepak PDRM Liga Super musim 2015, di Putrajaya, semalam.

Ahad lepas, sembilan suspek ditahan selepas disyaki mengedarkan risalah "Sabah, Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)" di beberapa lokasi di tamu (pasar minggu) Tuaran antara 9.50 pagi dan 10.42 pagi.

Berikutan tangkapan itu, sebanyak 113 risalah pelbagai tajuk dan beberapa buah buku dirampas daripada suspek untuk membantu siasatan.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak akan bertolak ansur mengenai perbuatan yang melanggar perlembagaan.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak akan bertolak ansur mengenai perbuatan yang melanggar perlembagaan.

Polis tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang dan boleh dianggap penderhakaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai PDRM di Sabah dan juga Sarawak berhubung perkara tersebut.




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata kesemua sembilan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas rakaman percakapan diambil.

Mengenai seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina, Khalid berkata PDRM masih menunggu pengesahan laporan itu.

"Bergantung kepada Filipina. Kita masih menunggu. Kita tidak dapat mengesahkan bahawa Marwan terbunuh dalam pertempuran di Filipina," katanya.

Laporan media Filipina sebelum ini, menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota lain.

Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, baru-baru ini. – Bernama, 3 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

IGP: Tak perlu bangkitkan lagi isu Altantuya

Posted: 02 Feb 2015 08:00 PM PST

 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membangkitkan berhubung isu motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Mahkamah tertinggi telah buat keputusan, jadi tiada apa lagi yang nak dikatakan.

"Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka yang ingin mengulas lanjut kerana ia mungkin menghina (mahkamah)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan  pasukan peguam Koperal Sirul Azhar apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati tanpa melihat motifnya.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas Cif Insp Azilah Hadri.





Malaysiakini

IGP: Saya akan panggil ketua editor Mkini

Posted: 02 Feb 2015 07:30 PM PST

 
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendakwa Malaysiakini cuba melaga-lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Malaysiakini hari ini bahawa beberapa pegawai polis mengejek tindakan Zahid menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 'raja judi' Paul Phua Wei Seng.

"Saya ingin memanggil ketua editor Malaysiakini (untuk disoal siasat). Ini (artikel) satu perbuatan yang cuba melaga-lagakan PDRM dan menteri.

"Ini tak boleh dibiarkan. Kalau (perkara) ini terus dimainkan oleh Malaysiakini, dia sengaja mengundang masalah. Jadi, janganlah nak melaga-lagakan PDRM dengan menteri atau dengan sesiapa juga.

"Nak lapor perkara fakta, laporlah. Kalau ada pegawai polis (yang tak setuju) beritahu saya siapa mereka. Siapa mereka yang cakap mengenai perkara ini?

"Saya minta berhati-hati dalam melaporkan perkara seperti ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Malaysiakini hari ini melaporkan terdapat beberapa pegawai polis secara terbuka mengkritik Zahid yang menulis surat sokongan untuk Phua kepada FBI walaupun dia dikaitkan dengan sindiket judi haram.

Phua pernah disabitkan kesalahan jenayah di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.

Phua kini sedang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas, AS pada Julai lepas.

Berikutan itu, Zahid menulis kepada FBI bahawa bahawa Phua tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K dan membantu Malaysia dalam urusan keselamatan negara.

Gadis maut dikelar teman lelaki di tepi lebuh raya ??

Posted: 02 Feb 2015 07:00 PM PST


GAMBAR HIASAN:


Seorang gadis meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping hari ini.
   
Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.
   
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari tadi.

"Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan... terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Beliau berkata orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis.
   
Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
   
Sementara itu, seorang pemandu lori sebuah kilang membuat kabel di Taman Perindustrian Bemban dekat Batu Gajah meninggal dunia berikutan kejadian samun di kilang berkenaan awal pagi tadi.
   
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata V Arunasalam, 62, yang berasal dari Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.
   
Beliau berkata dalam kejadian itu, seramai tujuh pekerja serta dua pengawal keselamatan diikat dan dikurung dalam sebuah kontena.
   
Suspek dipercayai terdiri daripada kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang, katanya.
   
Suspek melarikan 12 telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM3,500, dua televisyen LCD, set home teater dan barang kemas, yang kesemuanya merupakan milik pekerja.
   
Sebanyak 15 gulung kabel turut dilarikan, katanya.

Sementara itu, mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemui di sebuah rumah kedai di Taman Kimsar di Butterworth malam tadi.
   
Mayat Mohd Hasrulhakim Abd Rahman, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar dalam oleh pemilik rumah berkenaan pada jam 8.10 malam.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata kali terakhir lelaki itu, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Seberang Jaya, dilihat ialah pada Rabu lepas.
   
"Lelaki berkenaan menyewa bilik di tingkat dua rumah itu. Menurut pemilik rumah, beliau terpaksa memecahkan pintu bilik lelaki itu apabila terhidu bau busuk dari bilik itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Menurutnya berdasarkan pemeriksaan  forensik, lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lepas dan keadaan mayatnya juga berulat dan mereput.
   
Pemilik rumah berkenaan berkata lelaki itu dilihat kurang sihat, kurus dan badan berbau busuk dipercayai mengalami masalah kesihatan.
   
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
   
- Bernama

ISMA jawab Tariq: Ikut fatwa bukan taksub

Posted: 02 Feb 2015 06:30 PM PST

 
 
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, merujuk kepada fatwa merupakan mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam.

Sehubungan itu,  menjawab kenyataan sarjana terkemuka dunia Islam Prof Tariq Ramadan, Abdullah berkata, tidak wajar menggelar pihak yang merujuk fatwa sebagai taksub.

"Saya fikir kita menggelarkan orang yang rujuk pada fatwa sebagai taksub, itu tak betul.

"Seolah-olah memberi imej negatif kalau kita merujuk kepada fatwa.

"Kita  jangan anggap rujuk fatwa dianggap taksub. Tetapi itu mekanisme biasa dalam konteks perundangan Islam," katanya.

Semalam, Tariq (atas), profesor Pengajian Kontemporari Islam di Universiti Oxford, menasihatkan umat Islam supaya tidak terlalu taksub dengan fatwa.

Bercakap di Kuala Lumpur,  cucu kepada pengasas gerakan Islam berpengaruh Ikhwanul Muslimin Hassan Al-Banna itu, berkata umat Islam juga perlu membangunkan pendapat sendiri.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abdullah membangkitkan keadaan yang mana  tidak semua individu mampu membuat hukum atau berijtihad sendiri sendiri dalam sesuatu perkara.

"Yang tak mampu berijtihad boleh ikut fatwa. Jadi, kita dalam syariat ada kelonggaran begitu. Tak boleh paksa semua orang supaya berijtihad.

"Saya tak faham kenapa dia (Tariq) kata taksub. Dalam syariat Islam, kita biasa sahaja dan saya rasa jabatan agama Islam kita ini adalah yang terbaik," katanya lagi.

'Bimbang suasana kelam kabut'

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad pula berpendapat, fatwa merupakan perkara yang mesti diikuti bagi masyarakat Islam.

Walaupun Islam tidak menghalang untuk bertukar pandangan dan pendapat, namun katanya, perkara itu juga perlu diteliti.

"Fatwa berdasarkan alim ulama. Kalau beri pendapat, itu isu lain. Pendapat itu, kalau bercanggah dengan fatwa ia tak dapat diamalkan oleh orang ramai.

"Kita bercakap dalam bingkai agama, kalau pendapat mengenai teori sosial atau politik tidak ada masalah. Kalau ia berkaitan akidah dan hukum-hakam Islam, di situ akan memberi masalah," katanya.

Ismail Mina (atas) juga berkata jika semua orang memberi pendapat bercanggah dengan fatwa, suasana akan menjadi kelam kabut.

"Orang macam ini (keluarkan pandangan sesuka hati) perlu disekat daripada memberi pendapat yang bercanggah.

"Bukan soal bimbang mempengaruhi sahaja, tetapi ditakuti kefahaman agama mereka ini terpesong dengan ajaran yang difatwakan," katanya.
 
 
Malaysiakini

VIDEO : Penampilan Istimewa Ustaz Abdullah Khairi....Malam Pertama di Alam Barzakh...

Posted: 02 Feb 2015 06:00 PM PST


Sahabat Yang Jujur Dan Ikhlas..............

Posted: 02 Feb 2015 05:30 PM PST

Assalamualaikum sahabat2 fb ku... Apa khabar sahabat2 ku hari ni ?? Semoga Allah melindungi kita dan memberi kesihatan yg baik pd kita dgn rahmat dan kasih sayang Nya. Aamiin.. " Biar sakit d mata jgn sakit d hati"... Jika kita memilih teman yg terlalu sempurna d mata..hati kita x akan tenang...setuju ??? Pilihlah insan yg iklas menerimamu seadanya...di situlah kebahagian mu... In Sya Allah..

Assalamualaikum sahabat2 fb ku...

Apa khabar sahabat2 ku hari ni ??


Semoga Allah melindungi kita dan memberi kesihatan yg baik pd kita dgn rahmat dan kasih sayang Nya. Aamiin..


" Biar sakit d mata jgn sakit d hati"...


Jika kita memilih teman yg terlalu sempurna d mata..hati kita x akan tenang...setuju ???


Pilihlah insan yg iklas menerimamu seadanya...di situlah kebahagian mu...


In Sya Allah..

Beliau wira bagi sesetengah orang tetapi pesalah bagi pihak yang lain.

Posted: 02 Feb 2015 05:00 PM PST

Hari Terakhir Mejar Zaidi Sebagai Seorang Tentera

 
Mejar Zaidi Ahmad hari ini menghabiskan hari terakhirnya sebagai pegawai tentera udara selepas dipecat ekoran isu sidang media berhubung dakwat kekal dalam pilihan raya.

Sesuai dengan imej beraninya itu, Zaini juga membayangkan akan bergiat lebih aktif termasuk bertemu langsung dengan orang ramai.

"Mulai hari ini siapa nak tempah ceramah sudah boleh. Allahuakbar!" katanya dalam mesej ringkasnya kepada Malaysiakini.

Zaidi berkata beliau hari ini dipanggil menghadap komander pangkalan udara Butterworth untuk dibacakan sijil pengesahan hukuman yang ditandatangani panglima tentera udara pada 27 Januari.

"Bermakna mulai dari tarikh itu saya bukan lagi seorang anggota tentera," katanya.

Beliau juga berkata selepas ini akan melalui proses pemberhentian seperti membuat MyKad, memulangkan barangan dipinjam dan mengisi beberapa dokumen berkaitan.

"Alhamdulillah harap-harap bayaran pencen dan ganjaran dibayar penuh dengan tiada pengurangan dan sebagainya," katanya.

Bila Lagi Kerajaan M'sia Nak Haramkan Arak? - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 02 Feb 2015 04:30 PM PST

 

   

Gambar ini tersebar di internet.


BILA lagi Kerajan Malaysia nak mengharamkan arak? Malaysiakini melaporkan, tiga wakil rakyat PAS hari ini menggesa pengharaman jualan arak di kedai serbaneka di Melaka diperluas ke seluruh negara.
Nasrudin Hasan (Temerloh), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) menyatakan perkara itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini.
Mereka juga menegaskan bahawa dasar itu pernah dilaksanakan oleh bekas exco PAS di Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada 2009 berdasarkan peruntukan dalam enakmen jenayah negeri. Hasan yang pernah menyandang jawatan naib presiden PAS dipecat  pada 2012 ekoran tindakannya yang merugikan parti.

"Ia (penjualan arak) termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasulullah SAW dalam urusan pemprosesan serta penyediaan arak.
 
"Kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara.
 "Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama," kata mereka.
Kerajaan Melaka dilapor akan mengharamkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di kawasan majoriti Melayu dan Islam. 
 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam kenyataan berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat exco. 
 
Bagaimanapun komposisi kaum bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilakukan.
Sementara itu, parlimen Singapura telah meluluskan akta kawalan minuman keras (bekalan dan kepenggunaan) pada bacaan kali kedua pada hari Jumaat lepas, 30 januari 2015. 
 
Menteri kedua Hal Ehwal dalam Negeri Singapura, S Iswaran dilaporkan menyatakan bahawa parlimen meluluskan akta tersebut kerana alasan yang kukuh untuk kementerian itu mengambil tindakan proaktif bagi menghadkan penjualan dan kepenggunaan alkohol dalam Singapura.  (IH)

PAS yakin mesyuarat Pakatan akan diadakan menjelang 10 Februari OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 02 Feb 2015 04:00 PM PST

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kata akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 10 Februari.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kata akan bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum 10 Februari.

PAS yakin mesyuarat pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya diadakan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas beliau 10 Februari ini.

"Saya akan bertemu Anwar sehari dua ini untuk membincangkan perkara ini dan ia sudah dimaklumkan kepada sekretariat," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.

Pertemuan beliau dengan Anwar itu bertujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan.

"Saya akan menerangkan kepada beliau apa yang berlaku, khasnya dalam PAS dan merintis mesyuarat majlis pimpinan PR," kata Mustafa yang sejak kebelakangan ini sering bertelagah dengan pimpinan DAP, termasuk mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk berdebat dalam isu pelaksanaan hudud dan pilihaan raya kerajaan tempatan.

Anwar sebelum ini menyuarakan harapan agar mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PR itu dapat diadakan sebelum beliau menghadapi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Katanya, pihaknya mahu PR duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh keputusan kes liwatnya itu, bagaimanapun, sehingga kini, dua parti itu masih belum mencapai kata putus untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan mereka.

"Saya merayu mereka bersabar dan bawa semula ke meja perbincangan dan harap dapat jumpa sebelum tarikh 10 Februari. Tetapi malangnya kami masih belum ada persetujuan dengan tarikh (perbincangan)," kata Anwar semalam.

Kali terakhir mesyuarat Majlis Pimpinan PR ialah pada Oktober lalu, manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak menyertai mesyuarat itu sejak lebih setahun lalu.

Beliau sentiasa diwakili timbalannya Mohamad Sabu, namun sejak mesyuarat menentukan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, DAP bertegas mahu Hadi sendiri menghadiri mesyuarat itu.

Ini kerana, Hadi dikatakan pernah melanggar keputusan bersama yang dicapai PR semasa mesyuarat Majlis Presiden yang dihadiri Mohamad. – 2 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Pakatan perlu bincang kemungkinan Anwar ke penjara, kata Mahfuz OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 02 Feb 2015 08:00 AM PST

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan perbincangan tentang siapa yang akan mengisi jawatan ketua pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan amat penting.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan perbincangan tentang siapa yang akan mengisi jawatan ketua pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan amat penting.

Pakatan Rakyat (PR) perlu sepakat bawa ke meja perundingan untuk bincangkan kemungkinan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, walaupun parti Islam itu masih belum mengambil sebarang pendirian mengenai perkara itu, PR perlu setuju kembali ke meja rundingan bagi membuat keputusan penting demi kelangsungan gabungan parti pembangkang itu.

Ini termasuk, katanya, membincangkan siapa yang akan menjadi ketua pembangkang seterusnya jika Anwar dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah dalam memutuskan rayuan pusingan terakhir kes liwatnya itu.

"Kita kena balik kepada meja rundingan di bawah PR. PAS pula harus akur dengan sebarang keputusan itu.

"Lagipun kita tidak ada jumlah yang cukup untuk melayakkan ahli Parlimen kita dilantik sebagai ketua pembangkang," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.



Kenyataannya itu senada dengan Anwar semalam yang merayu kepada rakan parti dalam PR – khususnya DAP dan PAS – berhenti berbalah dan mengadakan mesyuarat antara pemimpin parti sebelum 10 Februari, tarikh Mahkamah Persekutuan dijadualkan menyampaikan penghakiman terhadap rayuan bagi sabitan kes liwatnya.

Anwar berkata demikian susulan perbalahan yang berterusan antara PAS dan DAP berkaitan beberapa perkara, terutama dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud.

Pada masa sama, majlis kepimpinan PR dilaporkan tidak mengadakan mesyuarat selama lebih 6 bulan.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut mengenai perlunya membincangkan isu ketua pembangkang yang baru sebaliknya meminta kedua-dua parti "bawa berbincang semua pertelingkahan antara mereka."

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dilaporkan berkata beliau yakin Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan yang memihak kepadanya.

Mahfuz hari ini mengingatkan ahli parti, keputusan memberikan jawatan tersebut kepada Ketua Umum PKR itu sebelum ini juga dibuat berdasarkan semangat kesepakatan di kalangan PR, maka amalan itu harus diteruskan.




"Dulu kita beri kepada Anwar juga, walaupun DAP mempunyai kerusi yang lebih dari PKR, itulah satu kesepakatan. Dan PAS akan sedia terima siapa saja jadi ketua pembangkang," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mengenai kes liwat Anwar, Mahfuz berkata beliau setuju peguam bela Anwar mempunyai hujah yang kuat dan beliau akan dibebaskan, mengatakan sejak awal lagi beliau berpendapat kes itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

"Pendakwaan ini tidak wajar. Cukup jelas ia suatu yang tidak ada merit untuk didakwa. Laporan perubatan jelas membuktikannya," katanya.

Menurut beliau yang juga ketua whip PAS di Parlimen, pendirian PAS sedari awal ialah, jika mahkamah memutuskan memenjarakan Anwar, ia akan menambahkan lagi krisis ketidakpercayaan kepada insitusi kehakiman.

Sementara itu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, isu pelantikan pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang tidak pernah dibincangkan lagi secara rasmi antara rakan PR dan PAS.

Katanya, ia tidak berbangkit kerana PAS yakin Anwar akan terus kekal dengan jawatan tersebut dan akan dibebaskan semasa keputusan rayuan pusingan terakhir kes liwatnya itu.

"Saya mendoakan beliau (Anwar) akan dibebaskan. Sebagai rakan dalam PR, kita tidak pernah bincang untuk menggantikan pimpinan yang lain, kerana yakin beliau akan dibebaskan.

"Kita yakin dengan segala hujah yang dibentangkan peguam bela beliau dalam mahkamah," katanya kepada Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut meminta ahli PAS mengadakan solat hajat agar keadilan memihak kepada Anwar.

"Kehadiran ramai pimpinan parti sepanjang perbicaraan membuktikan sokongan PAS kepada beliau. InsyaAllah semoga beliau dibebaskan," katanya menurut akhbar itu semalam. – 2 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

Artis tempatan lebih layak jadi ‘Datuk’, bukan Jackie Chan, kata pengamal industri OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 02 Feb 2015 07:30 AM PST

Pelakon popular Jackie Chan dikurniakan anugerah Datuk sempena Hari Wilayah semalam, namun penggiat industri hiburan tempatan mempersoalkannya kerana gelaran itu tidak bermakna bagi artis luar negara.

Pelakon popular Jackie Chan dikurniakan anugerah Datuk sempena Hari Wilayah semalam, namun penggiat industri hiburan tempatan mempersoalkannya kerana gelaran itu tidak bermakna bagi artis luar negara.

Gelaran atau pangkat lebih bermakna sekiranya diberi kepada artis tempatan kerana mereka bekerja dan menetap di negara ini, kerana ia tidak bermakna kepada artis luar negara di peringkat antarabangsa, kata pengamal industri hiburan tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak mempersoalkan penganugerahan gelaran "Datuk" yang diterima pelakon Hong Kong Jackie Chan, namun yakin dia tidak akan menggunakan gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.

Malah, Jurey berkata, adalah lebih "manis" jika artis daripada kalangan anak-anak tempatan dianugerahi gelaran tersebut berdasarkan sumbangan mereka kepada negara.

"Lebih elok kita bagi orang yang lebih berjasa, tapi hak penganugerahan itu hak mutlak kerajaan, kalau pemilihan itu dibuat Kementerian Wilayah Persekutuan, meraka berhak dapat. Kita tidak mempersoalkan siapa-siapa yang terima, tapi bagi kita, kalaulah dipertimbangkan orang-orang yang berjasa di Malaysia ini lebih baik.

"Kita tahu anugerah itu di luar negara itu tiada nilainya, tapi di Malaysia ada, kita tidak tahu apa sebab Jackie dipilih, tetapi kita tidak persoalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Chan, 60, dikurniakan anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Ia menimbulkan kritikan meluas di laman Facebook dan Twitter, dengan pengguna mempersoalkan sumbangan pelakon antarabangsa itu kepada Malaysia.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, Malaysia sendiri mempunyai artis yang lebih layak menerima gelaran tersebut atas sumbangan dan jasa mereka kepada industri seni tanah air.


Namun, amalan yang dapat dilihat di negara ini, katanya, adalah artis hanya akan menerima penganugerahan dan gelaran selepas kematian mereka.

"Orang seni bila dah meninggal baru nak bagi gelaran, kita perlu iktiraf artis kita dahulu, baru artis luar kerana jasa artis Malaysia lebih banyak.

"Adakah Jackie Chan buat sumbangan kepada negara yang kita tidak tahu, ada laksanakan tanggungjawab sosial tapi kita tidak dengar? Kita minta badan bertanggungjawab kaji, orang seni kita yang lebih baik lebih afdal jika terima gelaran," katanya.

Zed turut menyifatkan tindakan itu ibarat kata pepatah, "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

"Orang seni di Malaysia banyak dipinggirkan, bila diperlukan baru dipakai, tapi di sini kita ingin bertanya, kami ingin tahu, apa justifikasi yang membolehkan beliau menerima gelaran?" katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di laman mikro blog Twitter miliknya berkata Chan merupakan pelakon popular dan mempunyai ramai peminat di Malaysia, dan mampu mempromosikan negara sekaligus melayakkan beliau menerima gelaran Datuk berkenaan.

"Jackie Chan pelakon yang banyak peminat di Malaysia dan boleh promosi Malaysia, khususnya Kuala Lumpur dan memang layak.

"Banyak yang lupa Police Story yang dibintangi Jackie Chan pengambarannya di Kuala Lumpur filem yang popular," kata Tengku Adnan.

Sementara itu, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki berkata lebih bermakna jika gelaran berkenaan diterima mereka yang pernah berkorban untuk negara seperti mereka yang membantu mangsa banjir tempoh hari.


"Ia akan lebih bermakna jika gelaran Datuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang menjadikan negara berbangga dengan sumbangan mereka.

"Beri gelaran Datuk kepada  mereka yang merisikokan nyawa untuk orang lain ketika banjir la...berikan gelaran Datuk ini mempunyai maknanya! Itu pendapat saya," tulis Afdlin di laman Facebook.

Pelawak itu juga secara sini meminta agar Chan menetap di Malaysia.

"Tahniah. Rakyat Malaysia akan bergembira sepanjang tahun. Apa kata tinggal dan menetap di Malaysia? Kami berbesar hati jika anda dapat mengajarkan kami membuat filem yang lebih baik," kata Afdlin. – 2 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Ngeh beri Ismail Sabri 48 jam kemuka permohonan maaf OLEH EILEEN NG

Posted: 02 Feb 2015 07:00 AM PST


Datuk Ngeh Koo Ham menidakkan dakwaan menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan beliau mempunyai pegangan dalam rangkaian Old Town White Coffee serta beliau anti Islam.
Datuk Ngeh Koo Ham menidakkan dakwaan menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan beliau mempunyai pegangan dalam rangkaian Old Town White Coffee serta beliau anti Islam.

Datuk Ngeh Koo Ham akan mengemukakan saman terhadap menteri Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam Old Town White Coffee dan anti Islam.

Penasihat DAP Perak itu berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Sabri untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

"Tidak benar sama sekali beliau menuduh saya anti Islam dan mempunyai pegangan dalam Old Town White Coffee.

"Saya tidak pernah, dalam seumur hidup saya ada pegangan dalam Old Town White Coffee," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya, Ngeh berkata, khabar angin itu adalah dakwaan lama yang sering diulang-ulang sejak dahulu.

Ngeh berkata, dirinya juga bukan anti Islam seperti didakwa Ismail sebaliknya menegaskan, beliau turut menjalankan aktiviti sosial bersama komuniti Islam di Perak, di kawasannya di Parlimen Beruas.

Tambahnya, laporan polis akan dibuat terhadap Ismail di Ipoh esok bagi menuntut menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (KPDNKK) itu mengemukakan permohonan maaf.

Penasihat DAP itu juga terkejut kerana Ismail, yang merupakan seniornya semasa di Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, akan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sedemikian.

"Secara peribadi, saya mengenali beliau, beliau boleh menghubungi saya untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan sedemikian," katanya.

Melalui laman Facebook miliknya, Ismail menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan masyarakat Cina yang masih enggan menurunkan harga barang meskipun harga bahan api mengalami penurunan.

Menteri KPDNKK itu berkata, melalui boikot, selaku kumpulan besar mewakili pengguna, orang Melayu mempunyai kuasa untuk mendesak peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.

Ismail memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pemimpin DAP.

"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.


"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti Islam," katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.

Status Ismail Sabri itu mendapat sokongan ramai pengikut dan rakannya di Facebook.

Ngeh hari ini memberitahu The Malaysian Insider beliau akan mengemukakan saman terhadap Ismail kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam Old Town White Coffee dan anti Islam.

Penasihat DAP Perak itu berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada Ismail untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu. – 2 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ismail Sabri enggan minta maaf, bukan Ngeh seorang saja di Perak OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 02 Feb 2015 06:15 AM PST

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak pernah katakan beliau merujuk kepada Datuk Ngeh Koo Ham secara spesifik dan beliau menggunakan perkataan 'dikatakan' semasa membuat kenyataan. –

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak pernah katakan beliau merujuk kepada Datuk Ngeh Koo Ham secara spesifik dan beliau menggunakan perkataan 'dikatakan' semasa membuat kenyataan. –

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan memohon maaf kepada Datuk Ngeh Koo Ham berhubung status Facebook yang ditulisnya semalam, mengatakan ia tidak ditujukan khusus kepada penasihat DAP Perak itu.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata, Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas, bukanlah satu-satunya individu dengan nama itu yang berada di Perak.

"Ngeh… Dia seorang sahaja ke di Perak? Saya tidak sebut Ngeh Koo Ham. (Dan) Saya sebut 'dikatakan'," katanya dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai statusnya di Facebook itu yang menggesa pengguna Melayu memboikot kedai makan Cina seperti restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya milik keluarga Ngeh.

"Saya dah kata 'dikatakan'," kata Ismail.

Ismail semalam mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.

Mengambil contoh kopitiam itu, beliau menulis:

"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan keluarga Ngeh DAP Perak yang terkenal anti-Islam.


"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu."

Ngeh hari ini berkata akan mengemukakan saman terhadap Ismail kerana mendakwa dirinya mempunyai pegangan dalam rangkaian kopitiam itu dan menuduhnya sebagai anti-Islam.

Katanya, tempoh 48 jam diberikan kepada Ismail untuk mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

"Tidak benar sama sekali beliau menuduh saya anti Islam dan mempunyai pegangan dalam Old Town White Coffee.


"Saya tidak pernah, dalam seumur hidup saya, ada pegangan dalam Old Town White Coffee," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya, Ngeh berkata, khabar angin itu merupakan dakwaan lama yang sering diulang sejak dahulu.

Beliau juga menafikan beliau seorang yang anti Islam seperti dakwaan Ismail dan menegaskan, beliau turut menjalankan aktiviti sosial bersama komuniti Islam di kawasan Parlimennya di Perak.

Katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Ismail di Ipoh esok bagi menuntut menteri berkenaan mengemukakan permohonan maaf.


Pemimpin DAP itu juga terkejut kerana Ismail yang merupakan bekas seniornya semasa belajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sanggup mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sedemikian.

"Secara peribadi, saya mengenali beliau, beliau boleh menghubungi saya untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan sedemikian," katanya. – 2 Februari, 2015.


www.themalaysianinsider.com/bahasa/article. -

Pesawat rasmi negara keliling dunia pada kos RM500,000, kata PKR

Posted: 02 Feb 2015 05:30 AM PST


Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000, dakwa PKR hari ini.

Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut didakwa menggunakan laluan Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur.

"Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!

"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam analisa yang dijalankan Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.

Lee juga mendesak penjelasan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut.

"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang' ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.

Lee juga berkata, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.

"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir," katanya.

Jet rasmi kerajaan kontroversi tersebut akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.

Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia kerana percutiannya dipendekkan.

Putrajaya juga sehingga hari ini tidak menjelaskan tentang individu yang menggunakan pesawat rasmi tersebut. – 5 Januari, 2015.



The Malaysian Insider

Pesawat rasmi negara keliling dunia pada kos RM500,000, kata PKR


Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000, dakwa PKR hari ini.
Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut didakwa menggunakan laluan Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur.
"Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!

"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini. Dalam analisa yang dijalankan Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
Lee juga mendesak penjelasan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut.
"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang' ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.
Lee juga berkata, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.
"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir," katanya.
Jet rasmi kerajaan kontroversi tersebut akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.
Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.
Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia kerana percutiannya dipendekkan.
Putrajaya juga sehingga hari ini tidak menjelaskan tentang individu yang menggunakan pesawat rasmi tersebut. – 5 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-rasmi-negara-keliling-dunia-pada-kos-rm500000-kata-pkr#sthash.cZ93thGZ.dpuf

'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'

Posted: 02 Feb 2015 04:45 AM PST

 
Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

"Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.

"Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

"Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun," katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan "Rakyat Hakim Negara".

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

"Mudah-mudahan saya bebas.

"Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu," katanya.

Tak banyak ulas kes

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.

"Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

"Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
"Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).

"Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

sumber...mkini

Sambutan Tahun Melawat Selangor 2015 di Dataran SACC Mall.

Posted: 02 Feb 2015 04:00 AM PST

 

 

 

 

 

 

 


Dua Anggota Polis Didakwa Rogol Pelajar Ditahan Reman..???

Posted: 02 Feb 2015 03:26 AM PST


PETALING JAYA: Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, polis mengesahkan.

Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai polis dengan keretanya.

"Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan.

"Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian mengambil butir-butir dirinya," kata Azmi.

Pelajar itu mendakwa pada hari yang sama, dia menerima panggilan daripada pegawai yang didakwa menuntut bayaran rasuah itu.

Azmi berkata gadis itu mendakwa pegawai itu membawanya ke pusat beli-belah berdekatan, selepas mengambilnya dari asrama dan memaksanya melakukan seks oral di dalam keretanya.

"Katanya, pegawai itu kemudian membawanya ke tandas pusat beli-belah dan memperkosanya. Dia memberitahu, jika tidak melakukan apa yang disuruh, dia akan ditangkap," kata Azmi.

Menurut laporan mangsa, pegawai itu tidak berhenti di situ. Gadis itu mendakwa lelaki itu telah menghubunginya lagi sehingga minggu lalu untuk meminta mengadakan hubungan seks.

 "Selepas menerima laporan itu, kita menahan dua pegawai terbabit pada Ahad. "Kami akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua lelaki dan menyiasat dakwaan mangsa dengan teliti," katanya.

Azmi berjanji akan melakukan tindakan pantas dan tegas jika dakwaan itu terbukti benar.

-mstar-

Apa agenda Mustafa Ali sebenarnya nih?

Posted: 02 Feb 2015 12:45 AM PST

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kata trend enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik adalah petunjuk tahap kekecewaan rakyat terhadap PR dan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat (PR) Perak menggesa pemimpin tertinggi PKR, DAP, dan PAS segera mengadakan mesyuarat Majlis Presiden secara tertutup bagi menyelesaikan krisis hubungan antara tiga parti itu yang semakin memburuk, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pengerusi PR Perak itu berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan beberapa pemerhatian, antaranya majoriti rakyat kini melalui fasa "apathy" politik dan enggan terlibat secara aktif dalam aktiviti politik seperti era tahun 2008 hingga 2013.

Katanya, trend itu adalah petunjuk tahap kekecewaan mereka terhadap PR dan Barisan Nasional (BN).

"Kamu juga memohon supaya Majlis Presiden bermesyuarat secara berjadual dan arahan-arahannya diperturunkan dengan berkesan dan pantas," kata bekas menteri besar Perak itu dalam satu kenyataan hari ini. – 2 Februari, 2015. -

Sumber Komen al-Husseyn : Saya amat setuju dengan kenyataan DS Nizar diatas.

Tetapi saya amat tidak faham kenapa perlunya diadakan satu pertemuan dengan Anwar bagi tujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan. Bukankah Anwar senantiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan tersebut?

Masalahnya adalah dipihak Hj Hadi sendiri. Tiada masalah kalau Hj Hadi bersetuju untuk berbincang.

Tetapkanlah sahaja tarikh pertemuan itu, nescaya PKR dan DAP akan menyambutnya dengan tangan terbuka. Pakatan Rakyat telah lama ditubuhkan, bukan baru nak ditubuh.Apa agenda Mustafa Ali ni sebenarnya? Ada pra-syarat tertentukah?

Sangat mencurigakan bila beliau memberitahu: "Saya akan bertemu Anwar sehari dua ini untuk membincangkan perkara ini dan ia sudah dimaklumkan kepada sekretariat," Pertemuan beliau dengan Anwar itu bertujuan merintis jalan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sudah lama tidak diadakan.

Susah sangat ke nak berjumpa?

Seolah-olah baru nak tubuhkan Pakatan Rakyat.


Kenyataan Pensyarah Kontroversi Ini Pasti Menyakitkan Hati Orang Melayu

Posted: 02 Feb 2015 12:00 AM PST

Penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah menjelaskan dirinya yang sering dilabel "lebih Melayu daripada Melayu" adalah kerana orang Melayu sendiri takut bersuara kerana mahu menjaga kuasa politik.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Terengganu itu turut menyifatkan dirinya tidak pernah membenci golongan bukan Islam, sebaliknya hanya bermusuh dengan golongan "ultra kiasu".

"Saya tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya (Cina). Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh.

"Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara ini.

"Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk kuasa politik," tulisnya dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Ridhuan Tee berkata, "ultra kiasu" yang selama ini dimaksudkan dalam penulisannya merupakan golongan musuh Islam yang mahu menghancurkan agama Islam.

Katanya, golongan sedemikian tidak mahu kalah dan mahu menjadi juara dalam segala hal.

"Saya merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR, DAP dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu, raja serta Perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam Barisan Nasional (BN).

"Orang Melayu pun boleh menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis," katanya.

Pensyarah kontroversi itu juga mendakwa tidak salah jika Islam mendapat kelebihan di Malaysia kerana ia  sememangnya dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Ridhuan, dia tidak berniat membenci bukan Islam tetapi terdapat segelintir mereka yang tidak pernah bersyukur.

"Umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti rampasan bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa jabatan agama," katanya mengulas rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tahun lepas.

"Ultra kiasu yang mengatakan khutbah Jakim ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana.

"Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem," katanya merujuk dakwaan peguam Eric Paulsen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

malaysian insider

MASA UNTUK HASAN MALEK TURUN KE PADANG DAN BUKAN MAIN AYAM LAGI

Posted: 01 Feb 2015 11:15 PM PST


Sekarang adalah masa terbaik bagi pemborong dan peniaga untuk menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak yang berlaku sebanyak tiga kali sejak kaedah pengapungan harga dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, dalam perbinca­ngan bersama pihak industri, perkara ini telah dibangkitkan memandangkan harga barang boleh diturunkan jika tidak ada pengambilan keuntungan berlebihan.

Menurut Hasan, dalam beberapa pertemuan yang diadakan itu, pihak industri daripada peringkat pengilang, pemborong, pembekal sehingga peruncit memberi reaksi positif terhadap gesaan ini.



"Beberapa barangan mungkin mengalami penurunan manakala harga barangan lain dijangka kekal. Ini yang dinyatakan pihak industri," katanya .

Hasan diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya para peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga petrol dan diesel berkuat kuasa hari ini.

Gesaan ini berikutan tindakan peniaga yang sebelum ini se­ring menjadikan alasan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk mereka menaik­kan harga barangan.

Dalam pengumuman semalam, harga minyak R0N95 kini dijual pada harga RM1.70 seliter berbanding RM2.26 pada 1 Disember lalu.

Sementara itu, Ke­tua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, orang ramai dinasihatkan menjadi pengguna yang bijak.

"Pengguna juga disaran menyemak harga lebih 130 barangan keperluan di portal rasmi KPDNKK sebelum melakukan pembelian. Lakukan perbandingan untuk dapatkan harga terbaik," jelasnya.

LANTAK HANGPA LA....