Khamis, 22 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja - Staff Berita Semasa

Posted: 22 Jan 2015 11:15 PM PST


rizab antarabangsa malaysia

Rizab Antarabangsa Malaysia "Hilang" RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja : Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut. 
Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.

BACA SINI : Buat Loan Kereta 2013 (7 Tahun Max). Personal Loan 10 Tahun BNM Nafi,
 Julai 2013 Tetap Dilaksanakan!

Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?

Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :

  • Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
  • Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
  • Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah "hilang" sebanyak RM73.08 bilion.

P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja. 

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat

Posted: 22 Jan 2015 10:30 PM PST

 


RIYADH: Raja Abdullah bin Abdulaziz mangkat pada Jumaat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana diraja.

Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.

Raja Abdullah, 90 tahun dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru.

Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.

 

 

Artikel berkaitan DUNIA

Bukan mudah untuk membina nama dalam perniagaan.

Posted: 22 Jan 2015 10:00 PM PST

Luahan Hati Sedih Pengasas Qu Puteh Apabila Gambarnya Dijadikan Bahan Lawak Di Laman Sosial

 
Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.

"Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh," luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.

Tagline 'Qu Puteh barulah puteh' sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.

"Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.

"Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang," katanya.

"Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya," katanya.

Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.

Tabah hati Datuk Vida ini. Kagum kami dengan semangat beliau.

Dua TNC UM Ditukar Kerana Tidak Tegas Dan Pro Pakatan

Posted: 22 Jan 2015 09:30 PM PST


Universiti tertua negara Universiti Malaya (UM) bakal kehilangan seorang lagi tokoh akademik terkemuka dan mengembalikan debat mengenai kebebasan akademik di institusi pengajian Malaysia apabila Putrajaya enggan menyambung khidmat profesor, hanya kerana tidak menyokong Umno, dedah satu sumber.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor tidak akan disambung kontraknya sementara seorang lagi timbalan naib canselor Datuk Dr Rohana Yusof yang menguruskan hal ehwal pelajar "terlalu berlembut" dengan pelajar, kata sumber itu lagi.


Kontrak selama tiga tahun Hamdi tamat 31 Disember lalu dan kini merupakan pensyarah biasa di Fakulti Kejuruteraan UM dan dikatakan bakal mengambil cuti belajar (sabatikal) tidak lama lagi.

"Saya difahamkan nama saya tidak diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk disambung semula selepas dihantar oleh UM," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Tiga minggu selepas mengosongkan jawatannya, UM masih belum melantik timbalan naib canselor yang menguruskan hal akademik.

Sementara Rohana dikatakan akan ditukar kerana insiden baru-baru ini yang melibatkan kebebasan pelajar.

"UM akan mendapat seorang TNC HEP yang lebih keras elepas Rohana didakwa gagal mengawal pelajar," kata satu sumber universiti itu yang mengatakan, di bawah jagaan Rohana, demonstrasi besar-besaran di UM berlaku termasuk memecahkan pagar universiti ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus itu selepas universiti mengharamkan program tersebut.

Di bawah Rohana, pelajar juga berkhemah di kampus November lepas untuk memprotes tindakan disiplin terhadap 8 rakan mereka yang membawa Anwar masuk.

UM yang ditubuhkan pada 1949 melahirkan ramai pemimpin negara, menteri dalam kerajaan, ahli politik dan pemimpin masyarakat. Tetapi pelantikan pihak yang mengetuai universiti dibuat kerajaan pusat.



Sumber berkata menurut rekod Hamdi, dia dianggap sebagai profesor termuda dan cemerlang di universiti itu apabila dilantik sebagai profesor penuh pada 2010 ketika berumur 39 tahun, semasa menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan UM.
Hamdi yang berasal dari Muar merupakan zamalah kepada Institution of Mechanical Engineers (United Kingdom) dan jurutera berdaftar dengan UK Engineering Council.

"Walaupun pencapaiannya amat cemerlang, termasuk dalam pentadbiran dan antara yang terbaik, tetapi khidmatnya tidak disambung," kata satu sumber yang menyifatkannya kerugian besar kepada UM.

"Potensi Prof Hamdi ni sangat besar."

Sumber menyalahkan naib canselor UM kerana terlalu lemah dan terlalu menurut kehendak Umno.

"Tidak ada ruang untuk berbeza pandangan kerana menyokong Umno merupakan kriteria utama," kata sumber.

UM juga bakal kehilangan Prof Datuk Dr Redhuan Othman jika memilih untuk tidak meneruskan khidmatnya selepas bersara tahun depan.

Khidmatnya sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial tidak disambung sebelum ini atas alasan sudah hampir bersara selepas tempohnya tamat Jun tahun lepas.

Tahun lepas Redhuan disingkirkan sebagai pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya UM (UMcedel) selepas kajian mereka tidak menggembirakan parti pemerintah.

"Suatu yang amat malang jika ini berlaku kerana Redhuan sudah membuktikan kecemerlangan, termasuklah menghasilkan graduan PhD teramai dalam konvokesyen lalu.

"Dengan tren pelantikan lepas bersara yang berlaku sebelum ini dan khidmat beliau yang masih diperlukan, isu ini mungkin tidak timbul.

"Lagipun semua dekan dan ramai profesor baru bersara sebelum ini dilanjutkan perkhidmatan," kata sumber.

UM sebelum ini melantik semula Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Prof Datuk Dr Yaacob Harun yang sudah pencen.

Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) Prof Datuk Dr Mansor Mat Isa turut dilantik walaupun sudah pencen.

Sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin sebagai naib canselor yang baharu, pelbagai isu melanda UM.

Amin gagal mempertahankan dan tidak mempunyai pendirian apabila Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas berhubung isu krisis Perlembagaan di Perak.

Terbaru pendiriannya dalam isu hukuman gantung dua semester terhadap Fahmi Zainol kerana membawa Anwar masuk ke kampus.

Kebanyakan warga UM tidak berpuas hati dalam kes ini universiti terlalu mengambil sikap memihak.

Bagaimanapun UM membenarkan pemimpin Umno bertemu pelajar, tetapi Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan alumuni UM tidak dibenarkan.

Lebih lucu apabila pihak pentadbiran UM membenarkan staf pulang awal pada hari tersebut atas alasan berlaku gangguan elektrik.

"Lucu, biasanya staf boleh pulang awal jika berlaku cuti tengah minggu yang bertembung dengan Deepavali atau Hari Raya Haji.

"Bagus juga Anwar datang kerana kami boleh balik awal", kata satu sumber daripada kakitangan pentadbiran.

Amin dikatakan terlalu lemah dan tiada pendirian dalam pembela kakitangan dan kepentingan UM selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bermula 8 November 2013.

Berbeza dengan Ghauth yang dikenali kerana ketegasannya dalam mempertahankan kakitangan akademik daripada diganggu orang politik.

Ketegasan beliau membenarkan UM menikmati kebebasan akademik ketika memimpin universiti tertua itu.

– tmi


Fadhilat Cium ANAK

Posted: 22 Jan 2015 09:00 PM PST


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.

Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. 

Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************


Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.


Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************


Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.


Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
*************


Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.


Nota:
---------------------


Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...

Klu dah mati bru nk cium dan peluk...itu dah takde maknanya lg. Dah jd mayat kaku...takde rasa apa selain kesal.

Sempadan baru p'raya untuk PP tak lama lagi

Posted: 22 Jan 2015 08:30 PM PST

  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon untuk menggunakan dewan di negeri itu bagi mempamerkan draf kawasan pilihan raya terkini.


Ekoran keadaan itu, jawatankuasa persempadanan semula negeri akan mengadakan perbincangan meja bulat pada pagi 26 Januari di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.

Undangan telah dihantar oleh SPR untuk memberi taklimat kepada orang awam termasuk parti politik dan NGO berhubung cadangan persempadanan semula.

Anggota parlimen Bayan Baru MP Sim Tze Tzin, yang juga anggota jawatankuasa itu, menyifatkan perkara itu sebagai "perlu perhatian segera".

Bahan pameran mungkin termasuk sempadan baru pilihan raya dan senarai daftar pemilih untuk pilihan raya umum akan datang, kata Sim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"SPR harus menjalankan sesi ini dan mengumpul pandangan dan bantahan daripada semua pihak berkepentingan sebelum sempadan pilihan raya terkini dan daftar pemilih diwartakan," katanya.



Malaysiakini

Zahid ke imigresen 'disambut' lelaki berang ??

Posted: 22 Jan 2015 08:00 PM PST

  
 Lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ke Jabatan Imigresen mendapat 'sambutan' mengejutkan.

Beliau diserbu individu tidak puas hati berhubung sistem baru pendaftaran permit pekerja asing secara atas talian.

Berdasar video dirakam KiniTV, lelaki 40-an itu berdepan sendiri dengan Zahid dan pegawai imigresen yang mengiringinya serta menghamburkan kritikan tanpa henti dengan nada tinggi.

Lelaki itu kedengaran membangkitkan isu orang tengah dan pendaftaran insurans melalui atas talian, tetapi tidak jelas konteks percakapannya.

"Nak tangkap saya, tangkaplah. Saya cakap terus terang depan menteri. (Orang tengah) kata nak bagi imigresen sikit, (pihak) ini sikit.

"Tolonglah, buang birokrasi ini. Kita nak buang (unsur) rasuah. Berhentikan segala-galanya," kata lelaki yang berkemeja kotak-kotak itu.

Zahid pula bagaimanapun serius dan tenang mendengar rungutan itu walaupun ia menarik perhatian orang ramai yang mengerumuni.

Malah, sebahagian mereka kelihatan mengambil gambar dan merakam video melalui telefon bimbit.

"Awak dengar sendiri," kata Zahid kepada pegawai-pegawai imigresen di sebelahnya ketika berdepan rungutan lelaki itu.

Menjawab soalan berkaitan unsur rasuah itu, pegawai imigresen yang mengiringi Zahid antaranya menjelaskan:

"Sebab itu kita buat undang-undang online (atas talian), itu sebenarnya," katanya.

Timbalan Zahid, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 19 Januari lalu menjelaskan Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing secara atas talian bertujuan menangani peranan orang tengah yang mengenakan caj berlebihan.

'Mahu lihat keberkesanan'

Sementara itu, dalam video kira-kira 3 minit itu juga kelihatan pihak yang mahu orang ramai dan juruvideo memberhentikan rakaman masing-masing.

Bercakap kepada media selepas itu, Zahid (kiri) berkata lawatannya ke ibu pejabat imigresen di Putrajaya bertujuan melihat sendiri keberkesanan sistem baru Jabatan Imigresen itu.

Beliau mengakui terdapat rungutan beberapa syarikat yang selama ini berurusan melalui kaunter dan terpaksa beralih kepada Internet.

"Tetapi untuk tempoh sehingga akhir Februari, kita memutuskan supaya sistem atas talian, juga disekalikan sistem kaunter.

"(Ini) agar pihak syarikat dapat membiasakan diri (dengan) permohonan dan pendaftaran atas talian," katanya. 



Malaysiakini

Jangan menyesal kalau Umno kalah kata Sanusi Junid.

Posted: 22 Jan 2015 07:30 PM PST

BEKAS MB KEDAH Tan Sri Sanusi Junid

SHAH ALAM – Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mempertahankan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno yang disifatkannya sebagai teguran untuk kebaikan parti itu.

Dalam satu rakaman video dimuat naik di YouTube oleh Blog Parti Melayu, kelmarin, Sanusi berkata, pandangan Dr Mahathir mengenai perubahan yang diperlukan dalam Umno patut dipertimbangkan oleh pemimpin parti itu.

"Kalau pemikiran dia (Dr Mahathir) betul, macam mana? Kita menyesal nanti apabila kita kalah, waktu itu sudah terlambat.

Tun Mahathir barangkali dia tak mahulah dia dipersalahkan jika kita (Umno) kalah nanti, itu saja," katanya dalam rakaman singkat bertajuk 'Antara Mahathir dan Najib' itu.

Menurutnya, konflik mula timbul kerana Dr Mahathir dan Najib yang juga Presiden Umno mempunyai pandangan berbeza mengenai cara memastikan survival parti itu. "Saya kenal (Dr Mahathir), dia memang nak Umno dan BN menang.

Cuma dia fikir dasar BN kena tukar, itu pandangan dia. Dia bukan nak BN dan Umno kalah. "Bagi Najib pula, dia nak Umno menang (tetapi) dia juga nak ada di situ (kekal dalam Umno)," katanya.

Sanusi yang pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah berkata, kumpulan yang menentang pandangan Dr Mahathir adalah mereka yang ingin mengekalkan status quo, dasar dan pemimpin dalam Umno.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir lebih memikirkan kemenangan BN sama ada dengan menukar pemimpin atau dasar parti itu.

"Tapi saya nampak respons daripada pihak-pihak yang menyerang Tun Mahathir, mereka tak baca macam itu. "Tun Mahathir, Daim bukan nak jadi Perdana Menteri.

Mereka dah berumur, pernah jadi menteri dan Perdana Menteri," katanya merujuk kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang turut mengkritik kerajaan secara terbuka. Menurut Sanusi, sebagai orang lama dalam politik, mereka ingin berkongsi pemikiran dan pandangan mengenai hala tuju parti itu.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Kisah Selebriti Tempatan Yang Pernah Terlibat Dadah Kita Bantai

Posted: 22 Jan 2015 07:00 PM PST

 
selebriti tempatan yang pernah terlibat dadah

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an, berusia 43 tahun yang ditahan  bersama wanita berusia 33 tahun di Keramat, dipercayai positif dadah jenis heroin hari ini merupakan kes pertama bagi 2015 yang melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan artis atau selebriti tempatan.

Seperti artis-artis di barat yang tidak lari daripada pengaruh dan penggunaan dadah, artis-artis Malaysia juga tidak terkecuali daripada gejala ini.


Berikut ialah senarai artis-artis Malaysia yang pernah dikatkan dengan kesalahan penggunaan dadah:


selebriti tempatan yang pernah terlibat dadah

Shereen, pelakon/penyanyi

Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Pada 23 Mac 2005 Shereen bersama teman lelakinya dan dua rakan mereka dituduh mengambil dadah methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C1-1-C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang pada pukul 2 pagi 15 Mac 2005.

Saleem - Iklim, penyanyi

Pada 12 Mac 2005, anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini didapati bersalah memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa pada Julai 2004.

Saleem terpaksa menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.

Samzy Fuzette, pelakon

Samzy Fuzette A. Samad, pelakon dan abang kepada Zizie Ezette dan Shahizy Sam didakwa memiliki syabu, ditahan di Bukit Antarabangsa pada 11 April 2005. Dadah tersebut disimpan di dalam 10 paket plastic lutsinar di dalam beg milik Samzy.

Samzy disabit kesalahan dan hukuman penjara 30 bulan serta tiga sebatan dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Baby Erin - Res2, penyanyi

Bekas penyanyi Kumpulan Res2, Lily Zarina Khalil atau Baby Erin ditahan bersama pelakon Samzy Fuzette Abdul Samad serta empat yang lain, mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dan menghisap dadah jenis syabu atau pun methamphetamine.

Ameng - Spring, penyanyi

Penyanyi terkenal dari kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kini sedang menjalani hukuman di penjara.

Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah manakala isterinya, Sabariah Zakariah pula dibebaskan.

Jamal Abdillah, penyanyi

Jamal Abdilah ditahan  pada 18 Jan 2007 bersama dengan sepupunya di sebuah rumah rehat di Teluk Intan kerana disyaki memiliki dadah.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui satu tiub dadah dipercayai syabu di dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.

Jamal pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih selama hampir lima tahun.

Zack - New Boyz, pemain bass

Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada awal 2013 pemain bass kumpulan New Boyz itu telah ditahan reman selama tiga tahun di Penjara Sungai Buloh, dilepaskan hukuman gantung apabila didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir

Benjy, pelakon

Khaeryll Benjamin atau Benjy, anak kepada Allayarham biduanita Azean Irdawaty juga terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Benjy ditangkap bersama teman wanitanya di Segambut pada 11 Mac 2010 ditahan kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Dalam serbuan, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pada masa itu, Benjy sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun manakala teman wanitanya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Benjy terlepas hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
membawa hukuman mati mandatori.

Pada 27 Jun 2013,  Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Saiful Apek, pelawak/pelakon

Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.

Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelawak itu membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.

Saiful Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Radhi - O, penyanyi

Bekas penyanyi kumpulah Old Automatic Garbage (OAG), Mohd Radhi Razali ataupun Radhi-O telah mengaku menjadi hamba dadah sejak berumur 15 tahun dan telah menjalani pemulihan dadah di Pengasih pada Januari 2011.

Radhi kini menjalani hidup bebas dadah.

Zarina Anjoulie, model/pelakon

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul ditahan kerana didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 dan positif dadah jenis 'methampetamine' bersama seorang rakan lelakinya di Armanee Condominium di Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 30 Disember 2013.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram ketika pertuduhan tersebut dibacakan oleh Majistret Nazri Omran. Mereka berdua boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dendan RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah.

Ezad - Exist, penyanyi

Ezad Exist yang berusia 35 tahun telah ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu pada 20 November 2014.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Ezad menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

Sumber: Astro Awani

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/kisah-selebriti-tempatan-yang-pernah.html#ixzz3Pb4p0X00

Artis Kecam Anggota Polis Rakam, Sebar Video Zamani

Posted: 22 Jan 2015 06:30 PM PST

 
PETALING JAYA: Para artis mengecam pihak polis khususnya individu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi Zamani dipaksa menyanyi ketika ditahan bagi membantu siasatan kes dadah.

Satu hashtag yang dikenali #BantahTindakanPolisKpdZamani telah diperkenalkan dilaman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati akibat penyebaran video itu selain menganggap perbuatan berkenaan adalah biadab.

Antara artis yang meninggalkan pesanan dalam hastag berkenaan ialah Tomok sambil mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit.

Pelakon Sharifah Sahora dalam hastag yang sama turut menegur polis yang disifatkannya mungkin telah kemaruk apabila menangkap seorang artis dan kemudian menyuruhnya menyanyi.

Turut sama melahirakan kekesalan mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Elfira Loy dan Taufik Batisah.

Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Akibat penyebran video itu, Khalid Ibrahim berjanji untuk mengambil tindakan terhadap idividu terlibat merakam dan menyebarkan video itu.
 
Batu Vs Kayu

SIAPA Individu Arah Sirul Azhar Ke Australia??

Posted: 22 Jan 2015 06:00 PM PST

Individu yang arah Sirul Azhar ke Australia adalah brilliant. Mungkinkah ada perancangan pihak tertentu supaya Sirul Azhar boleh buka cerita sebenar di Australia....tidakkah anda terfikir bahawa pemergian Sirul ke Australia mungkin dirancang oleh seseorang yang berkepentingan?

Siapa yang arah Sirul Azhar ke Australia? Namun, individu yang arah Sirul Azhar ke Australia adalah brilliant. Selama mana Sirul berada di sana, hukuman gantung akan ditangguhkan. Mungkin proses menjadi lebih rumit.

Pelbagai andaian boleh dibuat, diharap Sirul Azhar berani untuk mendedahkannya. Persoalan yang bermain di fikiran semua adalah, siapa yang mengarahkan Altantuya dibunuh? Dan apa motifnya?


Peluang bawa pulang Sirul tipis dan makan masa, kata penganalisis
Usaha membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman maut kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ke negara ini mungkin tipis dan akan memakan masa yang lama, kata penganalisis. 
Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Putrajaya hanya mempunyai satu pilihan untuk Sirul ke Malaysia, iaitu melalui permohonan kepada mahkamah Australia. 
Beliau berkata, kes itu rumit kerana langkah membawa kes itu ke mahkamah Australia adalah untuk mengkaji sama ada wujud pengecualian terhadap prinsip asas undang-undang negara tersebut yang tidak membenarkan hukuman mati terhadap pesalah. 
"Ada kerumitan dalam kes Sirul Azhar ini. Kita tahu Australia mempunyai sekatan ekstradisi terhadap Sirul Azhar kerana undang-undang mereka melarang perintah ekstradisi jika pesalah terlibat dikenakan hukuman mati. 
"Oleh itu, proses ekstradisi akan menjadi lebih sukar. Permohonan perlu dibuat kepada kerajaan Australia. Jika gagal, kerajaan akan membawa perkara ini ke mahkamah Australia. Jika gagal di mahkamah, maka usaha secara diplomatik akan berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia. 
Permohonan itu hanya boleh dibuat sekiranya Malaysia berjanji tidak menjalankan hukuman mati ke atasnya. 
Sebelum ini, akhbar Sydney Morning Herald ada melaporkan Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permintaan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar
Mengulas lanjut kenyataannya dalam Utusan Malaysia, Nik Ahmad Kamal menjelaskan sekiranya rundingan diplomatik itu berjaya dan Sirul berjaya dibawa pulang, ada kebarangkalian Sirul disyaratkan untuk tidak dihukum mati di Malaysia. 
Beliau berkata, perkara itu akan merumitkan keadaan kerana Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. 
"Hubungan diplomatik dengan Australia amat baik setelah kes kehilangan MH370. Kes Sirul Azhar mungkin akan membawa isu baru dalam hubungan diplomatik kedua negara. 
"Perjanjian yang dipersetujui Malaysia dan Australia ini mengandungi tanggungjawab dan pengecualian serta prosedur berkaitan ekstradisi kedua-dua buah negara," katanya. 
Menurut beliau, perkara itu amat jelas melalui Perjanjian Antara Kerajaan Malaysia dan Australia Berhubung Ekstradisi yang ditandatangani pada 15 November 2005. 
Sirul Azhar dan Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009. 
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan. 
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka. 
Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. 
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

 malaysian insider

RIZAB Negara Merosot US$19 Billion Kata Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Posted: 22 Jan 2015 05:15 PM PST

12 Cadangan Kepada Najib Dan Kerajaan Untuk Langkah Jimat Cermat Bagi Menghadapi Krisis Ekonomi 2015.

Kedudukan ekonomi kita tidak krisis walaupun kita susun semula pelan perancangan kewangan kita. 

Pembangkang perlu bersama-sama kerajaan bagi mengatasi kesan kejatuhan harga minyak kata Zahid Hamidi (disini) walaupun berulang kali menteri kita sebut kedudukan ekonomi kita tidak krisis langsung. 

Lagipun, kejatuhan nilai matawang kita bagus untuk negara. Patut sangat la kita berharap agar nilai matawang kita terus jatuh dan jatuh dan jangan naik-naik lagi sampai bila2 sebab ia sangat bagus untuk negara ye tak?

KAH KAH KAH



Ayat-ayat memperbodohkan umat oleh menteri2 dan geng2 kerajaan kau neh memang betul2 kelakar bangang. Punya la Najib cuak dengan ayat krisis. Dikatakan kerajaan sedang buat langkah penyesuaian ekonomi bagi menyesuaikan perbelanjaan kerajaan dengan keadaan semasa akibat ;

- Kejatuhan harga minyak

- Yang seterusnya menyebabkan nilai ringgit jatuh

- Kejatuhan harga minyak di peringkat global menyebabkan perolehan kerajaan berkurangan melalui PETRONAS

- Kejatuhan matawang ringgit Malaysia menyebabkan industri yang berkaitan import dan hutang negara yang menggunakan matawang USD kian tinggi disebabkan nilai pertukaran matawang.

- Bila hasil pendapatan semakin berkurangan, maka kena la susun semula bajet yang melibatkan perbelanjaan kerajaan yang cover ;

1. Pembangunan baru dan sedia ada

2. Baikpulih kemudahan

3. Projek2 yang membabitkan pembinaan

4. Gaji kakitangan awam

5. Perkhidmatan dan alat ganti

6. Majlis keraian dan program2 yang babitkan agensi kerajaan

Ini kerana bajet sedia ada tak sesuai lagi dengan keadaan semasa disebabkan pendapatan yang diraih adalah kurang berbanding dengan apa yang telah diperuntukkan pada sebelumnya.

Untuk rekod, rizab Malaysia juga merosot seperti yang diumumkan oleh gabenor bank negara baru-baru ini.

Lihat ;



DATA Rizab Bank Negara (Sumber BNM)
 
- Akhir tahun 2014 = US$116.0 bilion
- Akhir tahun 2013 = US$134.9 bilion
- Akhir tahun 2012 = US$139.7 bilion
 
Dan ya ya ya.  Malaysia tidak gawat dan tidak menghadapi krisis ekonomi. Cuma kita saja je buat kelakar bangang bila susun semula cara kita memperuntukan perbelanjaan dalam sektor tertentu. Dan kita saja je buat kelakar bangang bila kita seru rakyat jimat cermat dalam satu forum bertajuk soal-jawab bagi menghadapi kesan kejatuhan harga minyak global dan penyusutan nilai ringgit. Betul tak Najib?

Haha.

Tapi syukurlah. Pelan kerajaan rancang GST pada tahun 2015. Walaupun pendapatan boleh raih susut dengan penjualan minyak oleh PETRONAS, kerajaan ada sumber pendapatan baru menerusi GST.

Aku tak rasa pemimpin2 negara akan gabra sebab akhirnya rakyat macam ko dan aku juga akan 'bail-out' masalah ekonomi kat negara neh walaupun kerajaan taknak sebut ianya sebagai krisis. 


Jadi jujur dan berterus terang not apart of their attitude pun. Biarlah menipu asal nampak bergaya dan bagus depan media walaupun tindakan tersebut dianggap kelakar yang bangang.

Hasil complication cadangan-cadangan yang aku baca dan aku sendiri ada fikirkan beberapa darinya, berikut adalah 12 langkah yang sebenarnya Najib dan kerajaan patut buat bagi memastikan sasaran kerajaan untuk berjimat cermat sampai kepada matlamat. 


Dan ya, nasihat jimat cermat itu sepatutnya dimulakan oleh kerajaan dan bukannya asyik alih ke rakyat je. Macam la kami yang membazir dan menyeleweng wang negara. Tak pasal2 kami plak yang kena jimat cermat.

Pertama. Semua elaun yang diberikan kepada semua jenis monarki ditarikbalik serta merta. Ia tak termasuk gaji kepada kakitangan dia. Sekadar elaun yang dikhususnya untuk monarki dan kaum kerabat mereka semata-mata. Nak duit, suruh mereka kerja.

Kedua. Semua agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain disatukan bagi memastikan kecekapan agensi kerajaan. Contohnya PERMATA dan KEMAS. Satukan terus.

Ketiga. Semua gaji yang membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dipotong kerana tak berbaloi dengan tugas yang ditawarkan oleh mereka. Pegawai tertinggi neh maksudnya yang betul2 power dan jenis gaji puluh2 ribu sebulan.

Keempat. Semua kenaikan gaji yang membabitkan kakitangan di peringkat atasan dan wakil rakyat samada di peringkat Dun dan Parlimen dibekukan dan ditarikbalik sehingga ekonomi kembali stabil.

Kelima. Semua program2 kerajaan yang tak bermanfaat dan tak memberikan impak kepada rakyat dan nilai tambah kepada kerajaan dimahsuhkan serta merta. Contohnya. PERMATA. PLKN. Semua operator PLKN juga harus diberikan pampasan sewajarnya sekurang2nya mereka boleh hidup sehinggala mendapat pekerjaan atau perniagaan gantian yang lain.

Keenam. Najib dan semua menteri perlu berhenti ke luar negara menggunakan pesawat peribadi. Sebaliknya menggunakan pesawat awam. Kos lawatan luar negara menteri sangat tinggi dan banyak penjimatan boleh dilakukan jika menteri2 mula keluar negara menggunakan pesawat awam. 


Bahkan kos lawatan untuk sekitar Malaysia pun tinggi. Maka, menteri2 kini perlu berhenti gunakan helikopter dan pesawat awam sebaliknya naikla kenderaan dan hadap jalan traffic jam macam rakyat kebanyakan.

Lihat ;



Ketujuh. Penyusunan semula kakitangan awam. Pertindihan tugas, bilangan kakitangan yang ramai tetapi kerja tiada, datang office boleh huha huha minum kopi punyala senang dan santai sangat kerja mereka disebabkan takde kerja, manakala di sektor2 tertentu kekurangan kakitangan awam seperti sektor perubatan namun tidak pula diserapkan tenaga kerja yang baru dan terlatih. 


Ini kerajaan kena kaji balik dan susun betul2. Sektor tertentu mempunyai lebihan kakitangan awam sehingga ia tidak diperlukan, manakala sektor yang memerlukan pula kekurangan. Apahal macam neh pula kan.

Kelapan. Kecilkan saiz kabinet. Kita ada banyak menteri dan timbalan menteri tapi hasil kerja kebanyakkan dari mereka haprak. Langsung tak menyelesaikan masalah rakyat yang sebenar. Buang duit pembayar cukai.

Kesembilan. Buang semua penasihat2 menteri dan perdana menteri yang takde fungsi. Contohnya si Shahrizat tue. Dah berhenti sebagai menteri dilantik pula jadi penasihat khas Najib dalam hal ehwal wanita. 


Apa gunanya ada menteri wanita kalau kau nak pakai nasihat Shahrizat? Berapa tah gaji dia sebulan. Kat situ je dah jimat ribu2 aku rasa. Itu baru sorang penasihat khas Najib. Belum yang lain2. Penasihat khas konon. My foot la kau. Jangan lupa buang juga firma2 asing yang Najib lantik untuk melakukan kajian2 dan kerja2 tertentu yang mana kos upah mereka sangat mahal.

Kesepuluh. Kerajaan kena susun semula perjanjian2 bangang mereka seperti sewa kenderaan rasmi, sewa bangunan kerajaan di Putrajaya, IPP, perjanjian tol berat sebelah yang memaksa kerajaan terpaksa keluarkan pampasan jika konsesi tol disekat dari menaikkan kadar tol. Itu semua bangang. Ya. Bangang. Berapa banyak kerajaan dapat jimat jika kesemua perjanjian berat sebelah ini dapat dikaji?

Kesebelas. Kerajaan telah peruntukkan banyak wang untuk menjaga banduan dalam penjara, bukan? Bagaimana jika kerajaan tukar sikit cara menjaga mereka. Contohnya. Bagi penjenayah ringan, kerajaan hukum mereka bekerja di estet dan ladang2 dan industri2 yang orang kita malas nak buat sebab ia kerja berat. Kerajaan bekalkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada industri, kurangkan kebergantungan kepada tenaga asing. 


Letakkan la cip ke rantai pengesan yang macam penjara kat US buat tue supaya banduan dalam parol tak boleh lari dan jika lari mereka boleh dikesan semudah ABC. Hantar mereka pergi balik gunakan kenderaan khas, kerajaan boleh buat duit tapi jangan kejam sangat. 

Buatla pembahagian 80% - 20%. 80% banduan punya, 10% kerajaan punya sebagai cukai manakala 10% yang lain pula tampung perbelanjaan2 am banduan ketika dijaga oleh kerajaan sepanjang berada dalam tahanan seperti kos makan minum, pengangkutan dan sebagainya.

Keduabelas. Tiap2 tahun jabatan audit sentiasa mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan. Sepertimana konsep pinjaman Amanah Ikhtiar, kalau seorang peminjam lari, maka yang lain-lain kena ganti. 


So seperti itulah yang kerajaan kena amalkan sekarang. Jika mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam pecah amanah, salah laku, kantoi menyeleweng, songlap, balon duit projek, curi duit pembayar cukai, buat projek yang merugikan, maka kesemua kakitangan awam dari atasan sampai bawahan kena potong bahagian masing2 ikut percentage bagi ganti semula duit yang rugi itu. 

Nampak macam kejam tapi memang ini jek cara nak ajar korang. Kurang2 kakitangan awam boleh belajar untuk tidak bersubahat. Sebab bila kantoi dia pun kena bayar sekali. Betul tak?

HAHAHAHAHA..



Ameno World

Wow! Cantiknya Mereka Pakai Tudung.Tapi, Indonesia Ketinggalan.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 22 Jan 2015 04:45 PM PST


MUI Riau: Kehebatan Polwan tak berkurang jika berhijab
Polis wanita Indonesia pakai tudung..

WOW! Memang cantik bila anggota polis wanita pakai tudung. Tapi,bagi Indonesia agak ketinggalan. Ini kerana Majelis Ulama Indonesia (MUI) Provinsi Riau terpaksa mendesak Plt Kapolri Komjen Badrodin Haiti segera mengeluarkan peraturan yang membenarkan polis wanita (Polwan) memakai tudung atau hijab.

"MUI akan segera menghantar surat kepada Kapolri langsung, atau melalui Kapolda Riau yang intinya kami memohon Kapolri yang baru untuk segera mengeluarkan peraturan membenarkan Polwan menggunakan hijab," kata Ketua MUI Riau Prof Dr H Mahdini di Pekanbaru, seperti dilapor Antara Rabu (21/1 ).

Mahdini berkata, hal itu menanggapi turunnya telegram Kapolda Riau yang menegaskan peraturan larangan bagi Polwan memakai tudung.  
 
Mahdini mempersoalkan komitmen pemimpin tinggi Ibu Pejabat Polis yang pada akhir 2013 lalu memberikan janji untuk segera mengeluarkan peraturan tentang tudung bagi Polwan.

Bahkan, saat itu Ibu Pejabat Polis dikhabarkan sudah mereka bentuk beberapa model tudung dan warnyanya. Namun, Mahdini mengaku kecewa rancangan itu tidak kunjung direalisasikan hingga Kapolri Jenderal Sutarman melepas jabatannya dan sementara ini digantikan oleh Komjen Badrodin Haiti sebagai Plt Kapolri.

"Sudah 68 tahun Polri ada, artinya lebih dari setengah abad, jadi tidak ada alasan lagi untuk tidak membenarkan Polwan berjilbab," katanya.

Selain itu, dia berkata, Indonesia adalah negara dengan majoriti muslim di dunia. Menurut dia, profesionalisme dan kehebatan Polwan tidak akan berkurang ketika mereka yang muslim memakai tudung.

"Justru ketika mengenakan hijab akan memberikan rasa nyaman bagi saya peribadi. Selain itu, hijab bukan sekadar menutup aurat tapi juga menjaga kewibawaan sebagai wanita muslim," ujarnya. (IH)
 
 
Ibnu Hasyim

Nik Aziz: Doktor Mungkin Buka Alat Bantuan Pernafasan

Posted: 22 Jan 2015 04:00 PM PST

TGNA TERKINI: Belum Berapa Sihat Tapi Positif


Alat bantuan pernafasan yang digunakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan ditanggalkan jika keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan yang lebih positif.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, Mursyidul Am PAS itu diserang batuk dipercayai akibat jangkitan.

"Oleh kerana semalam ramai tetamu yang masuk ziarah, ayahanda batuk sedikit. Justeru doktor menasihati agar pelawat hanya diizinkan untuk melihat dari luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

"Jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan menanggalkan alat bantuan pernafasan," katanya menerusi kenyataan pada petang Khamis.

Mengulas lanjut Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu bahawa keadaan kesihatan ayahnya itu bertambah baik serta mampu berkomunikasi.

"Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya. Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air.

"Doktor belum menggunakan perkataan 'sihat', sekadar ada perkembangan positif," katanya.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Isnin malam berikutan tahap kesihatannya yang menurun sejak banjir besar melanda Kelantan bulan lepas, selain menghidap kanser prostat.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) HUSM pada Selasa petang akibat keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan. -mstar

ULASAN GB

Marilah kita terus doa agar Allah menyembuhkan TGNA 
 
 
Kelab Greenboc

Chef Wan Masuk Hospital Dek Jangkitan Kuman Di Paru Paru

Posted: 22 Jan 2015 08:30 AM PST

 


Chef selebriti dan personaliti TV terkenal, Datuk Chef Wan kini ditahan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang akibat mengidap penyakit bronkitis iaitu radang pada salur bronkus dalam paru-paru menurut laporan mStar Online dan status terkini pelakon Serina Redzuawan.

Menerusi Instagram beliau hari ini, Serina Redzuawan kongsikan sekeping gambar Chef Wan yang kini berada di hospital selain mengharapkan peminat dan keluarga mendoakan kesejahteraan ayahnya itu yang kini masih dalam rawatan.

"Serina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa. Doktor tidak benarkan sebab papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit. To all my fans and family please doakan papa cepat sembuh dari bronchitis infection," tulisnya.

Chef Wan pula menerusi Instagram beliau memuat naik sekeping gambar menunjukkan biliknya di hospital tersebut yang dikhabarkan bernilai RM3,800 satu malam. Menerusi gambar tersebut, wad itu kelihatan seperti hotel mewah penuh bergaya. Semoga cepat sembuh Chef Wan!

(rtky/m)


Ustazah UMNO Cium Tangan Bukan Muhrim, Ini Jawabnya.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 22 Jan 2015 07:30 AM PST

 
 
BEBERAPA ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter.
Ustazah seksi?

Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh. Ramai yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga yang diharamkan dalam Islam.

Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya.. Begitu lama jawapan dari Ustazah UMNO itu dinantikan, akhirnya beliau menjawab juga dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" Sinar Harian.

Beliau menjawab satu soalan yang mempersoalkan "Apakah hukumnya Muslimah bersalam dan mencium tangan bukan muhrimnya?".

Antara jawapan Ustazah UMNO itu ialah "Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram"

Itu jawapan Mashitah.. seorang Ustazah UMNO..

Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram..

Itulah.. kerana wang, pangkat dan kuasa.. pemimpin UMNO akan berusaha untuk menghalalkan apa saja perbuatan mereka.. hatta ianya telah termaktub dalam hukum Allah sekalipun... 

Video: Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram - UAI 
 
 

Anwar-Najib: Anwar diperangkap? Tapi aku tak fikir pula Anwar sebodoh itu

Posted: 22 Jan 2015 07:00 AM PST



Tak mustahil Anwar 'cumbu' dengan PM pula.  

Adakah mustahil untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin?

Bagi wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, jawapannya tidak.

Kadir berkata kritikan Dr Mahathir dan Daim terhadap pentadbiran Najib dianggap "ancaman" yang boleh menggugat kedudukannya dan perlu disegerakan berbanding ancaman Anwar.

"Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quid pro quo (timbal balas) antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai 'isu-isu' yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.

"Kata ungkapan Inggeris birds of a feather stick together (dua pihak dengan kepentingan sama boleh bekerjasama)," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Sebelum ini Anwar dilaporkan sedia mengemukakan "bukti" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan melibatkan Daim.

Langkah PKR membangkitkan isu itu juga mendapat liputan media arus perdana seperti TV3. Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) berkata dalam politik tiada musuh yang kekal. Sebaliknya.

Katanya lagi, yang kekal hanya kepentingan bersama. "Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. 


"Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir lagi.

Anwar masuk perangkap Dalam tulisannya juga, Kadir berkata langkah menjadikan Anwar sebagai "protagonis utama" untuk menyerang kedua-dua tokoh itu dilihat secara tidak langsung mempertahankan diri Najib. Kadir berkata Najib sedar bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh dalam kerajaan.

"Jadi melaga-lagakan bekas 'tiga sahabat' itu adalah strategi bijak. "Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.

"Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP (media arus perdana) tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan," katanya.


Posted by mountdweller.

Bila harga gula dunia naik...buat pandai... Bila harga gula dunia turun...buat bodoh...

Posted: 22 Jan 2015 06:30 AM PST

Surah Al - Ikhlas

Posted: 22 Jan 2015 05:45 AM PST


Sesiapa yg membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang
membaca Al-Quran sekali khatam. 

𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼☘𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼 Sesiapa yg membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam. 𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼𾀼  #assalammualaikum #jom_tambah_pahala #allahuakhbar

Zamani Slam Dibuli Polis Dilokap Dan Gambarnya Dirakam

Posted: 22 Jan 2015 03:59 PM PST



Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.

Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.

Orang Ramai Bantah Polis Buli Zamani Dalam Lokap - ROTIKAYA

Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.

Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Sumber- rtky

 

Status kes Paul Phua didengar hari ini

Posted: 22 Jan 2015 04:15 AM PST

 
 
 Mahkamah Amerika Syarikat mengadakan pendengaran hari ini untuk menentukan nasib Paul Phua, individu yang dirujuk dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) negara itu.

Difahamkan, pendengaran status berkenaan merupakan satu bentuk perbicaraan awal di mana pihak pendakwaan dan pembelaan serta tertuduh bertemu di hadapan hakim sebelum perbicaraan penuh.

Dalam pendengaran status tersebut, hakim akan menyemak semula kes dan peguam akan membincangkan mengenai bukti dan menyusun pendengaran ke atas usul yang difailkan dan tawaran pengakuan yang mungkin dikemukakan.

Hakim juga boleh menetapkan tarikh perbicaraan semasa pendengaran status tersebut, sekiranya tiada penyelesaian dicapai di antara pendakwaan dan pembelaan.

Paul Phua dan anaknya, Darren Phua menghadapi tuduhan perjudian haram di mahkamah Amerika Syarikat di Nevada, selepas operasi pihak berkuasa negara itu ke atas kasino Caesars Palace kerana menjalankan perjudian sukan dalam talian secara haram.

Dua beranak itu kini bebas dengan jaminan sementara menunggu pendengara status yang akan diadakan pada 22 Januari, menurut Pejabat Peguam Negara AS dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Las Vegas Review Journal melaporkan bahawa Phua dan anaknya dibebaskan dan diarah memakai gelang kaki dengan pengesan GPS di sebuah kediaman di Las Vegas.

Warga Baram rayu pertolongan Dr M

Posted: 22 Jan 2015 03:30 AM PST

 c 
Gabungan NGO antiempangan, Save Rivers Sarawak mengutus surat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa agar bekas perdana menteri itu merintis usaha mempromosi teknologi baru bagi menggantikan teknologi empangan mega.


Mereka mahu Mahathir menyentuh mengenai kajian terbaru Oxford University berkenaan ekonomi empangan mega dalam ucapannya pada hujung bulan ini.

Kajian yang dirujuk Save Rivers itu melibatkan sampel 245 empangan hidroelektrik di 65 negara berbeza di antara 1934 dan 2007, yang menyebut bahawa empatan seperti itu tidak ekonomik.

Mahathir dijangka akan menyampaikan ucaptama di persidangan International Energy Week di Borneo Convention Centre di Kuching pada 27 hingga 29 Januari.

Save Rivers juga meminta untuk bertemu dengan Mahathir di Kuching bagi membincangkan mengenai masa depan tenaga di Malaysia.

Daim: Najib perlu belajar dari Dr M

Posted: 22 Jan 2015 02:45 AM PST

  
 Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis.


Daim berkata, Najib sepatutnya merujuk kepada bekas perdana menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa perdana menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu.

"Saya kata, 'dalam pengurusan krisis, anda perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau'," kata Daim.

Katanya, negara lain akan mengisytihar darurat kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain.

Najib bagaimanapun bertindak sebaliknya ketika banjir semakin buruk.

Daim bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud bahawa Najib gagal, namun katanya perdana menteri sepatutnya tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis.

Dalam soal itu, Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya.

Berita Ini Pasti Tidak Mengejutkan Anda

Posted: 22 Jan 2015 02:00 AM PST

 
Berita ini pasti tidak mengejutkan anda. Moleklah tu.. blogger Umno, RBF Online sebar berita palsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. Yang bestnya, rujukan berita dari Utusan Online. Blogger yang suka sebar palsu dan pernah di saman dan kali ini terkantoi kerana sebar palsu dari Utusan.

Namun, Utusan nafikan penyebaran berita palsu tersebut. Oleh itu, masyarakat umum boleh menilai kredibiliti mereka dalam menyebarkan berita.

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz 
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam.


Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik. 
Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. ~utusan

Inflasi turun antara 2.5 hingga 3.5%

Posted: 22 Jan 2015 12:30 AM PST

 
 
Kerajaan menjangka kadar inflasi akan turun antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada tahun ini berbanding unjuran asal iaitu pada 4 hingga 5 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unjuran tersebut telah mengambil kira pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Beliau berkata kadar inflasi negara akan turun disebabkan pengurangan harga minyak yang mendadak iaitu lebih daripada 50 peratus, kerana terdapat lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

"Ini bererti bahawa pengguna-pengguna di Malaysia akan mendapat tambahan pendapatan boleh guna yang lebih, dan ini akan membantu mereka dari segi kemampuan untuk membeli dengan nilai yang lebih besar," kata beliau dalam program Soal Jawab terbitan TV3, yang disiarkan malam ini.

Program itu dihoskan oleh Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah Datuk Charon Mokhzani, yang juga Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad.

Semalam, pada majlis perutusan khas tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata tambahan pendapatan boleh guna bagi rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar RM7.5 bilion, berikutan pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini.

"Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak RM3 bilion," katanya.

Pada awal tahun ini, kerajaan telah mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95 sebanyak RM1.91 seliter, daripada RM2.26 seliter sebelum ini, RON97 RM2.11 seliter (RM2.46 seliter sebelum ini) dan diesel RM1.93 seliter (RM2.23 seliter sebelum ini).

Perdana Menteri berkata pelaksanaan CBP pada April tahun ini merupakan masa yang terbaik, dalam keadaan inflasi yang agak rendah.

Beliau berkata dengan kadar enam peratus, CBP dapat memberikan hasil tambahan kepada negara berikutan penurunan harga minyak, yang merupakan salah satu sumber kewangan negara.

"CBP akan memberikan kita pendapatan yang lebih berasaskan kepada asas yang luas, cukai pendapatan dan bersifat progresif. Jadi ini membuktikan bahawa keputusan yang dibuat kerajaan adalah sesuai," kata beliau.

Semasa ditanya mengenai tindakan peniaga yang gagal menurunkan harga barangan apabila harga minyak berkurangan (setelah menaikkan harga disebabkan kenaikan harga minyak), Najib berkata perlunya satu sistem penguatkuasaan yang lebih berkesan di samping pengguna yang berhemah.

Beliau berkata para pengguna harus bjiak membuat penilaian dan tidak membeli daripada kedai-kedai yang tidak mengurangkan harga ataupun mengenakan harga yang terlalu tinggi.

"Mereka seharusnya memilih tempat di mana mereka akan mendapat harga yang adil," tambahnya.

- Bernama