ZAKRI ALI |
- Keputusan kes pembunuhan Altantuya akan diketahui hari ini...
- Ada Kah Presiden PAS Akan Tentang Bulan Jun Ini ?
- SULTAN KELANTAN BUAT KEJUTAN...
- QZ8501: Tiada bukti kukuh sokong teori pesawat meletup di udara sebelum terhempas
- Jawi ambil tindakan penganjur konsert K-Pop
- AL FATIHAH : Bekas KP Finas Datuk Mohd Shariff Ahmad Meninggal Dunia
- Peguam utama Zaidi tak hadir tanda protes
- Polis tangkap peguam Eric Paulsen
- RON95 RM1.50/liter awal Febuari ini?
- " ISU K-POP. NAZRI AZIZ TUDING JARI PADA SKMM ??? " tikaq buloh
- Muhyiddin Kata Dia Tak Tahu Menahu Perihal Surat Zahid Kepada FBI
- Tidak wajar Zainuddin marah marah The Star
- KADIR JASIN KUTUK CYBERTROOPER UMNO YANG TAK BIJAK?
- Bom KLCC: Datuk Bandar risau pelancong tak datang
- VIDEO - Kazim Vs Shahril Long : Hujah 'HUDUD'
- Ada Ular Dibawah Katil Anak ??
- VIDEO - Jangan terpedaya kerajaan campuran PAS - Umno - Raja Kamarul Bahrin
- Bersyukur Lah Kepada UMNO/BN kerana 'mereka' ini memberi NIKMAT kpd rakyatnya !!
- Inilah Lelaki Yang Menembak Jatuh MH17...??
- Bunuh Dan Kerat - 9 Warga Myanmar Didakwa
- Pemimpin berlaga pipi .. maka .. apa salahnya rakyat berlaga mulut?
- VIDEO - Mahkamah tentera putuskan Mejar Zaidi dibuang kerja.
Keputusan kes pembunuhan Altantuya akan diketahui hari ini... Posted: 12 Jan 2015 09:30 PM PST Panel yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu, akan memutuskan sama ada akan membenar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan mereka berdua pada bulan Ogos 2013. Anggota lain panel hakim tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar. Azilah dan Sirul dituduh bersama membunuh penterjemah Mongolia itu antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam berhampiran Shah Alam. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, juga didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Bagaimanapun, Abdul Razak telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Hakim Mohd Zaki Yasin mendapati kedua-dua anggota UTK tersebut bersalah membunuh wanita Mongolia itu dan menjatuhkan hukuman mati mandatori. Bagaimanapun, selepas membuat rayuan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan mereka berdua selepas mendapati berlaku penyalaharahan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, yang telah disenaraikan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam satu keputusan sebulat suara. Menurut mahkamah rayuan, antara saksi penting yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan termasuk adikong timbalan perdana menteri ketika itu, DSP Musa Safri. Pihak pendakwaan kemudiannya membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dan keputusannya akan diumumkan hari ini. Malaysiakini membuat liputan secara langsung keputusan itu, yang dijangka bermula jam 9 pagi. Anak Sungai Derhaka | ||||||
Ada Kah Presiden PAS Akan Tentang Bulan Jun Ini ? Posted: 12 Jan 2015 09:00 PM PST Walaupun diasak dengan pelbagai soalan berhubung wujudnya usaha untuk menggulingkan Hadi pada pemilihan parti itu Jun depan, Mohamad yang lebih mesra dipanggi Mat Sabu berkeras untuk tidak mengulas. "Tanya penulis blog, tak ada kena mengena dengan saya. "Anda pergi tanya juga bekas Exco Pemuda PAS yang buat kenyataan mengenainya, tanya orang yang buat kenyataan itu. Jangan tanya saya...saya tak ada kena mengena," katanya ringkas pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat di sini, Isnin. Menjelang pemilihan PAS pada Jun depan, wujud gerakan di media sosial yang membayangkan bahawa Mohamad akan menawarkan diri menentang Hadi sebagai presiden. Lebih menggemparkan apabila bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff pada Ahad secara terbuka menggesa supaya Hadi tidak dicalonkan semula sebagai presiden. Sebaliknya Zulhazmi mencadangkan supaya Hadi menggantikan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur sebagai Mursyidul Am PAS. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS sentiasa terbuka jika ahlinya menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti. "Jawatan dalam parti terbuka untuk dipertandingkan. Jadi terpulang kepada ahli di peringkat kawasan untuk menentukan pencalonan. "Tapi buat masa ini belum sesuai nak cakap mengenai pemilihan. Nanti rakyat anggap politik seolah-olah tak mengenal keutamaan. Pada masa ini kita fokus kepada usaha bantu rakyat yang terlibat banjir," katanya. | ||||||
SULTAN KELANTAN BUAT KEJUTAN... Posted: 12 Jan 2015 08:15 PM PST | ||||||
QZ8501: Tiada bukti kukuh sokong teori pesawat meletup di udara sebelum terhempas Posted: 12 Jan 2015 07:30 PM PST JAKARTA: Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong teori bahawa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 meletup di udara sebelum terhempas di dalam air, kata seorang penyiasat keselamatan pengangkutan Indonesia, hari ini. "Tidak ada data untuk menyokong teori seperti itu," kata Santoso Sayogo, seorang pegawai penyiasat di Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara. Kenyataan Santoso itu bertentangan dengan analisis oleh Ketua Penyelaras Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) Indonesia, Supriyadi. "Analisis saya, berdasarkan bangkai yang ditemui dan penemuan serpihan lain, pesawat itu mengalami letupan sebelum ia terkena air," katanya kepada pemberita. Beliau berkata bahagian kiri pesawat itu seolah-olah sudah hancur, menunjukkan bahawa ada perubahan terhadap tekanan udara yang menyebabkan letupan berlaku. REUTERS/Agensi | ||||||
Jawi ambil tindakan penganjur konsert K-Pop Posted: 12 Jan 2015 07:00 PM PST KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur konsert persembahan artis K-Pop, B1A4, berikutan perbuatan sumbang sewaktu acara hiburan itu berlangsung. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini. "Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' (menjadi bahan berita popular) di media sosial. Video berdurasi lebih tiga minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut. Perbuatan sumbang itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan SukanM Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati." Othman berkata penganjur konsert artis K-Pop B1A4 harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana Jakim pada 2007 telah menerbitkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam tetapi adakah garis panduan berkenaan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk penganjur konsert dan merujuk kepada Jakim terlebih dahulu. "Jakim tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak, penganjur dan pihak yang meluluskan acara hiburan memberi perhatian serius mengenai kebaikan dan keburukan dalam penganjuran acara. "Dalam memenuhi tuntutan agama Islam, sebarang acara yang bertentangan dengan moral, akhlak, tatasusila dan budaya Malaysia tidak wajar dibenarkan, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama Jawi ambil tindakan terhadap penganjur konsert K-PopKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini. "Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menjadi 'viral' di media sosial. Video berdurasi lebih 3 minit yang memaparkan adegan cium itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV yang dirakam pada konsert tersebut. Perbuatan sumbang itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam:"Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati." Othman berkata penganjur konsert artis K-Pop B1A4 harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana Jakim pada 2007 menerbitkan Garis Panduan Hiburan dalam Islam tetapi adakah garis panduan berkenaan diberi perhatian oleh semua pihak termasuk penganjur konsert dan merujuk kepada Jakim terlebih dulu. "Jakim tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak, penganjur dan pihak yang meluluskan acara hiburan memberi perhatian serius mengenai kebaikan dan keburukan dalam penganjuran acara. "Dalam memenuhi tuntutan agama Islam, sebarang acara yang bertentangan dengan moral, akhlak, tatasusila dan budaya Malaysia tidak wajar dibenarkan, tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak," katanya. – Bernama, 12 Januari, 2014. | ||||||
AL FATIHAH : Bekas KP Finas Datuk Mohd Shariff Ahmad Meninggal Dunia Posted: 12 Jan 2015 06:30 PM PST KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Mohd Shariff Ahmad, 63, meninggal dunia malam ini akibat komplikasi jantung. Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor berkata Mohd Shariff dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam di sini pagi tadi kerana masalah jantung. "Ketika menziarahi arwah di hospital petang tadi, keadaannya masih stabil. Kemudian, dalam perjalanan balik, saya mendapat panggilan daripada isteri Allahyarham mengatakan beliau telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama. Isteri Mohd Shariff, Datin Rusila Hashim di laman Facebooknya mengesahkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 7.40 malam tadi. Menurut Rusila, jenazah akan dikebumikan pada pukul 10 pagi esok di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota. Mohd Shariff juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) dan anggota jawatankuasa Profima. Pengerusi CCIG, Jurey Latif Rosli berkata Allahyarham merupakan tulang belakang di sebalik penubuhan persatuan itu pada tahun 2011. Beliau menyifatkan Mohd Shariff sebagai seorang yang berusaha keras untuk membantu industri kreatif serta memperjuangkan industri dalam beberapa persatuan. -- BERNAMA | ||||||
Peguam utama Zaidi tak hadir tanda protes Posted: 12 Jan 2015 06:00 PM PST Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah. Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang. Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:
Malaysiakini | ||||||
Polis tangkap peguam Eric Paulsen Posted: 12 Jan 2015 05:30 PM PST Peguam hak asasi Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur sebentar tadi, dipercayai ekoran tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) beliau kini dibawa ke balai polis Dang Wangi walaupun sudah bersetuju untuk memberikan keterangan esok. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu. "@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields," tulis Khalid di Twitter sebentar tadi. Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen PKR dan pengasas LFL N Surendran berkata polis membawa Paulsen ke firma guamannya Daim & Gamany di Petaling Jaya dan merampas laptopnya. Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Paulsen ekoran tulisannya di Twitter pada Jumaat lalu yang mendakwa Jakim "mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat". Pengerusi Biro Agama pergerakan itu Azmir Yuzaimi Mohd Yunos di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya mendakwa kenyataan itu berunsur hasutan, provokasi terhadap Islam dan mahu tindakan tegas diambil. Tulisan kontroversi itu bagaimanapun dipadamkan setelah dikritik banyak pihak, termasuk ketua polis sendiri, Pemuda PAS dan Utusan Malaysia. Terdapat anggapan bahawa Paulsen merujuk kepada khutbah Jumaat. Pada Jumaat, Khalid dilapor mengesahkan polis akan menyiasat Paulsen bawah Akta Hasutan 1948. Malaysiakini | ||||||
RON95 RM1.50/liter awal Febuari ini? Posted: 12 Jan 2015 05:00 PM PST Harga RON95 telah jatuh ke paras RM1.62 seliter pada 9 Januari lalu, kata Rafizi Ramli. "Keadaan ini akan berterusan dan tidak mustahil menjelang akhir Januari 2015 harga RON95 (mengikut formula yang ditetapkan BN sendiri) akan jatuh ke paras RM1.50 seliter," kata Rafizi. Rafizi juga berkata sistem penentuan bulanan sekarang menyebabkan rakyat Malaysia masih membayar harga RM1.91 seliter, 30sen hingga 40sen lebih mahal yang digelarnya sebagai "cukai tersembunyi". Harapnya Rafizi betul kerana kiraan Rafizi sebelum ini – Tahniah Rafizi, kiraan anda tepat!! Kerajaan juga kena bertindak betul dengan sistem yang ada kini, dapatlah kita merasa RON95 RM1.50/liter Febuari nanti. Cuma Rafizi tak mahu tunggu Febuari, Rafizi nak mingguan sebagai ganti!! Ekeleh.com | ||||||
" ISU K-POP. NAZRI AZIZ TUDING JARI PADA SKMM ??? " tikaq buloh Posted: 12 Jan 2015 04:15 PM PST Tak kiralah siapa bagi lesen. Kementerian pelancongan kah, Kementerian Komunikasi kah, yang pasti korang duduk dalam satu bumbung, duduk bawah UMNO BN. Masa perhimpunan belia dulu pun ber k-pop juga.Jangan dok tuding jari kat pembangkang sudah sedangkan UMNO BN yang memerintah negara. Segala kelulusan dan kebenaran untuk artis luar negara mengadakan pertunjukan atau persembahan harus melalui saluran kerajaan. Korang jawablah nanti, atas dunia korang bolehlah buat ikut suka tanpa mengira halal dan haram. Bila dah jadi macam ni cuma nak salahkan remaja. Punca utama berlaku kejadian langsung tak ambil kira. KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz enggan mengulas isu konsert K-Pop yang menggemparkan negara apabila gadis Melayu dicabul artis ketika program tersebut Sabtu lalu. Menurut beliau, soalan tersebut sesuai diajukan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana aktiviti tersebut berkait rapat dengan bidang kuasa kementerian itu. "Itu kena tanya Kementerian Komunikasi, kerana mereka yang mengeluarkan lesen untuk membenarkan artis luar negara untuk datang," jelas beliau. Terdahulu beliau merasmikan majlis Mesyuarat Pengarah Pelancongan Malaysia Luar Negeri di Hotel Shangri-La. Pada masa sama, Nazri berkata, kementerian beliau akan mengambil tindakan untuk membaik pulih kawasan pelancongan yang terjejas akibat banjir. "Kita akan ambil tindakan selepas banjir, selepas itu kita akan membuat audit, apakah barang-barang pelancongan yang rosak yang memerlukan bantuan kita," katanya. Jelas beliau, pihaknya juga akan memaklumkan kepada Kementerian Kewangan menganai jumlah kos. FMT | ||||||
Muhyiddin Kata Dia Tak Tahu Menahu Perihal Surat Zahid Kepada FBI Posted: 12 Jan 2015 03:30 PM PST KUALA LUMPUR, 12 JAN: Reaksi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Seri Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak tahu mengenai surat Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes raja judi warganegara Malaysia Paul Phua, sangat menghairankan. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mustahil TPM dan menteri Kabinet tidak tahu mengenai skandal tersebut, sedangkan ia menjadi tajuk berita utama didalam dan luar negara setiap hari sepanjang minggu pertama tahun ini. Sedangkan kata Kit Siang, surat Zahid ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada, AS selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua. "Siapa yang membantahnya daripada digunakan dalam prosiding dimahkamah terbuka? Zahid, Peguam Negara, Polis atau Perdana Menteri sendiri? "Sekarang kita tahu bahawa orang itu pastilah bukan Timbalan Perdana Menteri atau menteri kabinet yang lainnya," perli Kit Siang. Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet tidak tahu menahu, dan tidak membincangkan sama sekali isu surat Zahid kepada FBI. Ujar Kit Siang, Muhyiddin dan kabinetnya perlu menerangkan kegagalan mereka menjawab kepada rakyat berhubung skandal tersebut, sekiranya peduli tentang kepentingan dan reputasi negara di persada antarabangsa. Kit Siang turut menasihatkan Muhyiddin untuk membaca semula kenyataannya Khamis lalu, 'Adakah perihal surat Menteri Dalam Negeri kepada pihak FBI yang menjamin integriti seorang warga Malaysia yang didakwa 'raja judi'. Melainkan sekiranya Muhyiddin dan kabinetnya hidup dalam dunia berbeza berbanding 30 juta rakyat Malaysia kerana langsung tidak tahu mengenai skandal tersebut. Peguam mewakili Paul Phua, Tan Sri Shafee Abdullah sebelum ini berkata pihak polis telah tersalah lapor mengenai anak guamnya, manakala Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mendiamkan diri dengan alasan pandangannya akan mempengaruhi perbicaraan kes Paul Phua. Justeru itu kata Kit Siang, sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara perlu memberikan jawapan berhubung isu tersebut, lebih-lebih lagi setiap satu kenyataan daripada mereka sebelum ini, bercanggah antara satu sama lain. "Dan Muhyiddin pula, bolehkah beliau menjawab kenapa hal tersebut gagal dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu? soal Kit Siang. – Roketkini.com | ||||||
Tidak wajar Zainuddin marah marah The Star Posted: 12 Jan 2015 08:00 AM PST SENANDUNG MALAM
Menurutnya kempen itu berselindung di sebalik bahasa Inggeris dan keharmonian agama. Sehubungan itu Zainuddin menggesa orang Melayu sedar peranan akhbar berkenaan. Beliau juga menyamakan akhbar itu seperti sikap parti DAP dan MCA dan orang bernama Wong Chun Wai. Dalam laporan yang dipetik daripada entri terbaru dalam blognya, Zainuddin menyatakan kekesalan terhadap akhbar berkenaan yang langsung tidak menyiarkan isu berkaitan tuduhan liar peguam Eric Paulsen terhadap khutbah Jumaat dikeluarkan Jakim. Dilaporkan peguam itu sebagai menganjurkan ekstrimisme menerusi khutbahnya. Marah marah sungguh bekas Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu itu sehingga meminta seluruh orang Islam di negara ini sedar (menolak -P) dan mendedahkan akhbar The Star yang disokong anasir-anasir perkauman dalam MCA dan juga anasir pelampau Kristian. Kalau hendak dikira kenyataan Zainuddin itu boleh dianggap berunsur menghasut? Saya tersenyum membaca marah marah Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan yang kalah teruk di parlimen Sungai Petani itu. Sebagai seorang Melayu Islam, saya sangat memahami akan kemarahannya itu. Bagaimana pun jadi nak "ssuka" pula bila mengenangkan apa dilakukan Zainuddin semasa berkuasa sebelum ini kontradik dengan sikapnya yang cuba ditonjolkan kini. Untuk pengetahuan Zainuddin, apa yang beliau lakukan sebelum ini semasa menguasai akhbar kumpulan Utusan Melayu Berhad, kini berulang dilakukan The Star dengan tujuan sebagai "kifarah" terhadapnya. Apakah Zainuddin terlupa apa yang beliau lakukan semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu dahulu. Bukankah Zainuddin menggunakan akhbar berkenaan sewenang-wenangnya untuk kepentingan Umno sehingga sanggup menodai etika kewartawanan. Tidakkah Zainddin lupa bagaimana dia mencerca dan memfitnah Pas dan menyembunyikan fakta sebenar apa yang patut diketahui rakyat tentang Pas dan perjuangannya? Menerusi kolom "Awang Selamat" juga Zainuddin pernah disaman kerana menganggap Abdul Hadi Awang sebagai Nabi. Apa yang Zainuddin tidak lakukan menerusi akhbar itu kepada Pas. Tanyalah orang-orang Pas 20 atau 30 tahun lalu mereka sangat sedih dan kesal dengan akhbar Utusan yang ditangani Zainuddin. Zainuddin tidak pernah memberi laporan benar mengenai Pas melainkan mengkeronyok Pas sehabis-habisnya. Peluang dan kesempatan yang Tuhan berikan kepada beliau yang seharus digunakan untuk menguatkan Islam dan Melayu terlepas begitu sahaja kerana Zainuddin syok dengan doktron politik Umno. Sejarah beberapa kali Pas melancarkan pemulauan daripada membeli akhbar berkenaan serta pembakaran akhbar Utusan Malaysia menujukkan sadisnya layanan akhbar berkenaan kepada Pas semasa ditangan Zainuddin dan kemarahan itu tidak dapat ditahan oleh orang-orang Pas. Lantaran itu ada orang Pas akan muntah darah kalau terbaca atau terbeli Utusan. Kebencian dan ketidakpercayaan orang-orang Pas kepada laporan akhbar berkenaan juga adalah bermula dari tangan Zainuddin. Jadi kalau The Star hari ini tidak peka dan prihatin kepada masalah Melayu dan Islam atau menjadi alat kepada anasir jahat, yang dikesalkan Zainuddin itu, Zainuddin tidak perlu menyesalinya kerana apa dilakukan The Star itu ia meniru apa yang dilakukan Zainuddin. Zainuddinlah mengacuankan akhbar menjadi alat perpecahan, menanamkam semangat benci membenci sesama sendiri. Jadi tidak payahlah Zaiunuddin marah-marah dengan The Star atau sikap chauvenis DAP dan juga MCA. Marah pun tidak ada guna, ia hanya boleh menaikkan suhu darah sahaja yang boleh membahayakan kesihatan. Sepatutnya Zainuddin marahkan dirinya 30 tahun lalu lagi untuk menjadi adil kalau dia marahkan The Star hari ini. Hari ini Sazali sudah besar, sudah punya wang dan kuasa, bapa hanya asyik anakku Sazali, anakku Sazali. Hehe..I am sorry. [wm.kl. 7:29 pm 12/01/15] | ||||||
KADIR JASIN KUTUK CYBERTROOPER UMNO YANG TAK BIJAK? Posted: 12 Jan 2015 07:15 AM PST Menurut Kadir Jasin, paraCybertrooper dan pecacai yang diupah Najib sebenarnya tidak bijak dalam mengehentam pengkritik Najib.Beliau mendakwa bahawa para cybertrooper yang kaya raya bukan sahaja gagal menaikkan nama najib, malahan terlalu daif untuk mengkritik apa yang akan Najib lakukan apabila keadaan ekonomi merudum dan harga minyak makin jatuh untuk menampung perbelanjaan mengimport makanan selain menghentam rakyat melalui GST.Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z. Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu. Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit "hint" dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya: 1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013? 2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong? 3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009? 4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan? 5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun? 6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit? 7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah? 8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun? 9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu? 11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi? 12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu? 13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB? 16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik? Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah. | ||||||
Bom KLCC: Datuk Bandar risau pelancong tak datang Posted: 12 Jan 2015 06:25 AM PST KUALA LUMPUR - "Saya bimbang masyarakat negara luar kaitkan ini dengan pengganas kumpulan pengganas Negara Islam (IS), dan takut untuk melancong ke Malaysia, khususnya Kuala Lumpur," demikian reaksi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung ancaman bom terhadap Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang diterima beliau pada Khamis lalu.Menurutnya, ancaman itu boleh memberi kesan kepada kedatangan pelancong kerana membabitkan bangunan ikonik negara. "KLCC merupakan tarikan pelancongan. Jika perkara ini dibesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tak mahu datang," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. "Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu perkara ini menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai," katanya. Ahmad Phesal mengulas berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin bahawa pejabat datuk bandar telah menerima sepucuk surat mengancam untuk mengebom KLCC jika DBKL gagal memasukkan RM10 juta ke dalam empat akaun bank. "Nota ditulis dalam bahasa Melayu dan semua dalam huruf besar," katanya. Difahamkan pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. | ||||||
VIDEO - Kazim Vs Shahril Long : Hujah 'HUDUD' Posted: 12 Jan 2015 05:30 AM PST | ||||||
Ada Ular Dibawah Katil Anak ?? Posted: 12 Jan 2015 04:45 AM PST Seorang suri rumah terkejut apabila menyangka ada ular berbisa di bawah katil ketika mengemas sebuah bilik rumahnya di Taman Kota Laksamana, di sini, kelmarin, sehingga menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedangkan ia sebenarnya getah pengikat rambu Dalam kejadian jam 6 petang itu, suri rumah warga emas yang mahu dikenali sebagai Puan Lim, berkata ketika kejadian, hanya saya dan suami berada di rumah."Selepas mengemas di tingkat bawah, saya masuk bilik tidur anak untuk mengemas dan terkejut apabila melihat ada ular berwarna hitam berbintik di bawah katil. "Saya segera keluar dan menutup pintu bilik sambil menjerit memanggil suami yang kemudian menghubungi JPAM. "Apabila anggota JPAM sampai, mereka membawa penyepit masuk ke bilik berkenaan. "Namun apabila mereka menangkapnya, kami semua ketawa kerana benda yang disangka ular itu sebenarnya getah pengikat rambut," kata Puan Lim yang kemudian memohon maaf kepada anggota JPAM. | ||||||
VIDEO - Jangan terpedaya kerajaan campuran PAS - Umno - Raja Kamarul Bahrin Posted: 12 Jan 2015 04:00 AM PST PAS diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan cadangan membentuk kerajaan perpaduan di saat Kelantan dalam tempoh pemulihan pasca banjir, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, usaha kerjasama di antara PAS dan Umno tidak semudah seperti yang disangka kerana banyak perkara yang perlu dijawab dan ditangani kerajaan persekutuan terlebih dahulu sebelum bergerak ke langkah seterusnya. "Kepada mereka yang terpesona dengan konsep kerajaan perpaduan, sebelum kita bermula mimpi yang indah, lebih baik kita merenung realiti pahit bersama kita selama ini dimanipulasi Umno. "Situasi semasa di mana rakyat Kelantan terutamanya menghadapi tekanan hebat bencana banjir ialah waktu Umno ingin mengambil kesempatan saat kelemahan fizikal dan mental. "Kita tidak harus mengambil keputusan dalam keadaan yang lemah tetapi sepatutnya dalam keadaan yang gagah," katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam. Kamarul Bahrin berkata, PAS tidak mahu lagi silap mengambil langkah seperti mana sejarah politik sebelum ini dan masih dengan pendirian sama. Katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengingatkan supaya parti Islam itu tidak sesekali "jatuh dalam lubang yang sama". Beberapa perkara perlu diperhatikan Umno dengan memainkan peranan lebih baik dan menunjukkan inisiatif ikhlas dalam meyakinkan PAS. "Lebih-lebih lagi Umno mempunyai kuasa lebih besar di peringkat kerajaan persekutuan," katanya seperti dipetik laporan akhbar itu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut membangkitkan beberapa isu yang masih belum mendapat perhatian kerajaan pusat seperti tembok pencegah banjir di Rantau Panjang. Katanya, loji pemproses minyak di tengah laut Kelantan yang dibina Petronas di Selatan Thailand turut menjadi persoalan sama ada kerajaan persekutuan sudi memindahkannya untuk membuka peluang pekerjaan kepada anak Kelantan. "Bilakah kerajaan pusat akan memulakan pembinaan lebuhraya di Kelantan? Keadaan di Kelantan amat menyedihkan kerana berbilion duit royalti dinafikan selama berpuluh tahun. "Sebelum pemimpin Umno ingin menabur janji manis lagi, silalah beri jawapan soalan di atas dahulu. Kata orang putih, 'talk is cheap'," katanya. | ||||||
Bersyukur Lah Kepada UMNO/BN kerana 'mereka' ini memberi NIKMAT kpd rakyatnya !! Posted: 12 Jan 2015 03:15 AM PST BerSYUKURLAH pd UMNO/BN kerana 'mereka' ini memberi NIKMAT kpd rakyatnya Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win BerSYUKURLAH pd UMNO/BN kerana 'mereka' ini memberi NIKMAT kpd rakyatnya Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win | ||||||
Inilah Lelaki Yang Menembak Jatuh MH17...?? Posted: 12 Jan 2015 02:30 AM PST Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu. Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut. Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur. Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17. "Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah. "Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan," katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online. Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut. Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu. "Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu. "Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan," katanya. | ||||||
Bunuh Dan Kerat - 9 Warga Myanmar Didakwa Posted: 12 Jan 2015 01:45 AM PST Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah esok dan lusa. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan. Manakala dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 dan seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu. "Mereka (sembilan lelaki) akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini. Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam. Sejak awal tahun lepas, 21 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan menggunakan semua elemen termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengesan empat lagi lelaki Myanmar yang dipercayai anggota kumpulan suspek pembunuhan yang kini sedang ditahan. Mereka dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627; Lokman dan Gemuk berusia lingkungan 20-an serta seorang lagi yang berusia 30-an dan dipercayai telah keluar dari Pulau Pinang. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kata Abdul Rahim lagi, usaha mengesan kumpulan kedua yang disyaki terlibat dalam kes sama juga giat dijalan dan polis kini mengumpul maklumat mengenai mereka. Beliau berkata ada antara mereka yang identitinya telah dikenal pasti dan dipercayai bersembunyi di beberapa lokasi di negara ini. | ||||||
Pemimpin berlaga pipi .. maka .. apa salahnya rakyat berlaga mulut? Posted: 12 Jan 2015 01:00 AM PST BICARA MINDA: Gegak gempita seluruh negara dengan kejadian beberapa perempuan Melayu bertudung, seronok mempamirkan perlakuan sumbang bersama artis K-pop. Saya mengambil pendekatan sederhana dalam isu ini. Bukan kerna ianya isu kecil, tetapi saya melihat kepada punca kerenah ini terjadi dan berleluasa di negara kita kebelakangan ini. Dalam mentafsir semua isu besar, saya kerap menyusur kepada puncanya? Perlakuan sumbang yang digegak gempitakan kini kerna ianya dilakukan oleh wanita Melayu "biasa" yang saya pasti dalam lingkungan usia 20an. Bagi remaja dalam lingkungan usia sedemikian, tingkah mereka banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dan apa yang mereka fahami melalui tingkah laku individu-individu yang berpengaruh disekeliling mereka. Ringkasnya, pada perkiraan remaja-remaja tersebut; andai Sultan dan isteri pemimpin-pemimpin negara boleh melakukannya, apa salahnya mereka meniru? - Sultan berlaga pipi .. maka .. apa salahnya rakyat berlaga mulut? - Rosmah bergeseran .. maka .. apa salahnya rakyat berdakapan? Kesimpulannya, jika sultan dan pemimpin sendiri gagal menghayati Islam, bagaimana mungkin gagasan penerapan nilai-nilai murni ajaran Islam itu dapat diterapkan dikalangan rakyat biasa? Nak harapkan para mufti? .. Di Malaysia, mufti adalah tunggul mati .. ! NOTA: Saya menulis prihal kelaku Sultan di sini. Salaam Persaudaraan .. Sofi - Kerajaan Rakyat . | ||||||
VIDEO - Mahkamah tentera putuskan Mejar Zaidi dibuang kerja. Posted: 12 Jan 2015 12:35 AM PST "Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti." Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera. Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya. "Semua ini adalah kehendak penguasa politik. Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul - yang bercakap benar atau menipu?" "Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman. Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan. "Jangan sebut 'penguasa politik' kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik)," kata Saadon. Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat "menyesal", "tidak mahu mengulangi kesalahan," dan "faktor-faktor luar" yang boleh dipertimbangkan. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |