Khamis, 11 Disember 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja?

Posted: 11 Dec 2014 11:00 PM PST


Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015



Staff Berita Semasa

kenaikan gaji 2015

Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja? Tuntutan kenaikan gaji naik 2015 dan juga bonus bukan sahaja melibatkan penjawat awam & kakitangan kerajaan sahaja malahan juga kakitangan swasta. Ini kerana…. mereka merasakan mereka layak menikmatinya.

Hakikatnya, beban kerja yang lebih berat perlu dipikul mereka tetapi pendapatan yang diterima masih lagi ditakuk lama.

Contohnya Cuepacs yang membela nasib 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Cuepacs malaysia masih lagi kecewa apabila "janji masih lagi tidak ditepati" apabila semakan kenaikan gaji melalui penambaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam tidak ditunaikan sehingga sekarang ini walaupun sudah tidak berapa lama sahaja lagi kita bakal menginjak ke tahun baru 2015.

Dalam pada kerajaan Malaysia mahukan syarikat swasta menaikkan gaji pekerja mereka melalui pelaksanaan gaji minimum di Malaysia, masih ada gaji kakitangan awam di bawah paras kemiskinan peringkat Nasional yang telah ditetapkan pada kadar baru baru iaitu RM880. Sedangkan :

Semakan Kenaikan Gaji 2015 : Ada Gaji Penjawat Awam Bawah Paras Kemiskinan?

Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I : RM805 sebulan sahaja
Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana II : RM820 sebulan sahaja
Gaji kumpulan menengah : masih lagi rendah

Cuepacs Malaysia merasakan untuk apa negara mendapat status negara berpendapatan tinggi sedangkan realiti kakitangan kerajaan masih lagi menikmati gaji yang rendah setiap bulan, dalam pada masa yang sama kos sara hidup semakin hari, semakin meningkat. Setuju?

Dalam keadaan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini dan beban kos sara hidup sekarang ini pun sudah menekan terutamanya ramai penjawat awam di Malaysia, Cuepacs semakin risau, apakah penjawat awam di Malaysia mampu menghadapi cabaran seperti untuk 5 tahun lagi?

KLIK SINI : Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia?

Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!

Kajian semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 masih lagi belum ada sebarang tanda dan lampu hijau daripada pihak kerajaan Malaysia baik daripada segi tarikh dan butirannya.

Cuepacs mahu paras gaji minimum di Malaysia bagi kakitangan awam naik kepada paras RM1,200 sebulan.

Bagi Berita Semasa ada baik semakan kenaikan gaji 2015 bagi penjawat awam bukan sahaja kelompok pelaksana sahaja tetapi meliputi semua peringkat. Dan kerajaan Malaysia usahlah menunggu tuntutan daripada Cuepacs untuk membuat kajian semakan gaji kakitangan kerajaan. Sepatutnya setiap tempoh antara 5 hingga 10 tahun perlu diperbaiki sekim penjawat awam yang sedia ada.

Adakah jikalau Cuepacs tidak minta, ia akan kekal begitu sehingga 20-30 tahun daripada sekarang?

P/S : Jikalau orang atas tidak mampu "berkorban" dengan gaji serta elaun yang dirasakan tidak sepadan, jangan minta orang di bawah untuk berkorban dan sekadar bersyukur sahaja.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 12/12/2014

Pengakuan Seorang Pengurus Yang Ditumbuk Artis Yang Mabuk Di Lobi Hotel

Posted: 11 Dec 2014 10:15 PM PST

 Awalnya mendakwa dirinya disampuk, tetapi terkini seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi Aliff Aziz.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut mendakwa secara tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.



"Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.

"Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.

"Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.

Kesan lebam yang dialami mangsa



"Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat," katanya ketika menceritakan kembali kejadian tersebut kepada media.

Ismail mendakwa dia mengalami kecederaan patah tulang bahu di sebelah tangan kanan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar. Hasil pemeriksaan, doktor memberitahu kecederaan itu memerlukannya pembedahan kecil dengan segera.

"Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000," ujarnya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Kes itu kemudian telah dirujuk ke Balai Polis Chow Kit.

"Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.

"Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini," tegasnya yang mahu penyanyi itu berjumpa dan membuat permohonan maaf padanya dalam tempoh dua minggu sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: MD




KHAS UNTUK SDRKU BADRUL HISHAM SAHARIN Kadang kadang aku naik pening tengok gelagak ahli ahli PKR ni. hang pa nak jadi apa sebenarnya , nak jadi orang , nak jadi anjing atau nak jadi babi , Dah la pemimpin buat banyak hal. kita Pejuang pun nak buat jugak ke , Badrul ko bukan pencacai, ko bukan baru masok PKR, Ko bukan pengampu .Badrul aku kenal hang sejak kita mulakan gerakan Reformasi lagi sejak belom ada Parti keADILan Nasional lagi. selepas tertubuhnya PKN ( Parti keADILan Nasional ) Kita sama sama berjuang ke hulu ke hilir. turun naik mahkamah, turun naik jalanraya bersama. ke seluruh negara berceramah hang dgn cara hang aku dgn cara aku. Pertama ikut Anuar Tahir. kemudian ikut Roslan Kasim. Tujuan kita satu nak menegakkan keadilan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim khasnya Rakyat Malaysia Amnya , waktu itu dalam kepala hotak kita tak fikir kedudukan, pangkat macam Pemimpin keadilan sekarang , Tetapi tuduhan terhadap Azmin Ali ni aku dengar sejak parti di tubuhkan. Pelbagai ,sebagai Pengiring ,pembantu Setiausaha Agong pertama Sdr Anwar Tahir selama 3 tahun , Pengiring dan pembantu Ketua Penerangan Roslan Kassim 2 tahun aku dah tentu di Ibupejabat setiap hari dan ke mana sahaja Anwar Tahir dan Roslan kassim pergi. 2 minggu kita berkampong di Lunas untuk menangkan Saifuddin Nasution yg lupa diri.Siapa pengarah pilihanraya Lunas , apa yang aku tak dengar tentang Azmin Ali ni bermacam macam. mostly dari geng Ezam celaka Dulu. Dulu kita ingat Ezam betul ,last last dia tikam kita dari belakang. Azmin tetap ada bersama kita. Tetapi Azmin Ali sampai sekarang tetap istiqamah dalam perjuangan , tetap ada bersama keadilan , tetap bersama bersama Anwar Ibrahim ,tetapi aku tak nafikan setiap manusia ada melakukan kesilapan ,termasuk Azmin Ali , mungkin yg aku tahu tentang dia semuanya bagus dan baik. tetapi dari mula aku kenal dia berbagai tuduhan ,fithnah yg aku dengar pasal dia belom lagi aku jumpa , belom lagi aku tengok , mana dia semua tuduhan tu .Kalau la kesalahan dia menjatuhkan Khalid Ibrahim aku sokong bro. aku setuju khalid celaka itu di jatuhkan sebab dia lupa diri. dia tak berpijak di bumi yg nyata. itu bukan sebab dia kan? bukan apa bro. aku bukan baru masuk keadilan. aku sama dgn kau bersama keadilan sejak orang langsung tak berani join,tak berani tunjuk tak berani mengaku.,bukan mcm sekarang sekor sekor nak tunjuk berani tunjuk bagus,duduk senang atas kesusahan orang lain. Aku tak nak berkurang ajar dgn ko Badrul , aku kawan ko. kita dalam satu rumah. tapi apa yg ko buat mengembirakan melayu umno celaka , orang yg kita nak jatuhkan , nak humban kerana menipu rakyat , apa yg ko buat sama mcm barua barua. dalam PAS yg menikam Parti itu dari dalam , kalau ko rasa ada yg tidak kena dgn Azmin Azli bawa ke dalam majlis pimpinan, sekali tak jalan ke dua kedua tak jalan ke tiga sampai jalan , mesti ada caranya. Aku rasa ko pun kenal perangai aku. kalau tak betul aku tak kira siapa even Anwar Ibrahim II ,aku bantai. haji hadi pun aku bantai. kalau mahathir celaka kita boleh hentam, najib kita hentam tak kan pimpinan kita buat salah kita diam. tapi masaalahnya mana bukti bukti. aku bukan jenis serang sembrono. tiada bukti yg nyata aku tak masuk bro. berbagai tuduhan terhadap Azmin dari Parti mula di tubuhkan tapi sampai sekarang kosong. Tak kan kerana dia bekas anak angkat mahathir. ko serang dia. itu dulu bro. jadi apa bukti lain ,mana dia? aku pun dok tunggu jugak, ni ko siap buat press conf. panggil Tv3 haramajadah lagi apa cer ni bro. Aku Tv3 nak Interview aku pasal KUCING bro bukan pasal Politik aku tolak, aku tolak. Macam yang aku cakap Kalau mahathir celaka pun kita boleh jatuhkan bro inikan pula pemimpin kita tapi kena caranya , kena gaya nya, jangan lari dari perjuangan kita bro. kita Reformis bukan barua haprak dalam parti. aku tak kisah orang kata aku kosong, tak di pedulikan, Pemimpin tak perduli aku ,tiada jawatan , siapa jamil. Jamil hanya menyalak, hanya melalak no problem bro. tapi ingat aku terlibat sama sama menubuhkan parti ini. Kesenangan mereka sekarang atas kesusahan aku juga. kalau mereka ada maruah mereka akan sedar jadi siapa silap aku Langkah. lebih elok aku tiada jawatan senang sikit aku hentam, cuma aku nak bukti yg benar benar. Ok bercakap pasal ko kata Azmin Ali setuju gelaran Dato Seri Anwar di ambil. come on bro. mustahil ko tak paham situasi di malaysia. Orang melayu masih menggangap Salotan Umpama Tuhan bro, cuba ko letakan diri ko di tempat dia apa yg boleh ko lakukan, ko nak lawan salotan , ko nak di katakan pendurhaka. ingat di malaysia suka atau tidak jawatan menteri besar tu masih kena tunggu kesukaan istana bro untuk menjaga segalanya bagi mereka , tambah pulak kita belah pakatan . aku berani cakap Azmin ali ibaratkan di telan mati emak di luah mati bapak.He is in the position that he cannot do anything! Siapa tahu dalam majlis di raja tu hanya dia seorang belah pakatan ,tak termasuk salotan .yg lain? lagi pun bro Dato Seri Anwar tak heran dgn gelaran tu bro tak heran. dengan gelaran yg tak boleh tolong di Titi sirotalmustaqim nanti bro. Jadi jgn la benda mcm ni ko nak buat nama parti kita busuk bro.Nama ko besar,aku rasa geram bila org seperti ko di hina. tapi ko jgn mulakan , aku amat amat berharap bro ko aku dan kawan kawan reformis yg tinggal jgn jadi barua dalam parti kita. kalau ada yg main tali air kita tengok dulu. ko tetap kawan aku , aku ni manusia yg jenis bukan KAKI JILAT JUBUR PEMIMPIN, Pernah dengar aku puji dan puja mana mana pemimpin termasuk Anwar Ibrahim, buktikan. betul aku pertahankan, benar aku sokong, tak betul aku tibai itu je. aku berjuang dari mula sampai sekarang tiasa satu sen pun PARTI , PEMIMPIN bagi duit. semua duit aku sendiri.pembicaraan Anwar Ibrahim di PUTRAJAYA , sewa teksi pergi balik sehari Rm 50/ berapa hari kita disana. ada siapa tanggung aku, ada siapa bayar aku, tapi ini semua kerana perjuangan kita. so jgn jatuhkan.Aku pernah Minta sumbangan untuk kucing terbiar pun aku di permainkan , di tipu. Kita jgn jadi barua berua dalam PAS belom pegang PUTRAJAYA sudah jadi berok mak yeh , belom apa apa sudah jadi kacang lupakan kulit, belom apa apa sudah tikam kawan dari belakang, belom apa apa sudah perasan bagus, belom apa apa sudah menyalak dan melalak macam anjing. die orang ingat pakai jubah, pakai serban, pakai ketayap,. berjanggut sudah cukup bagus. ok bro aku harap ko paham maksod dan hajat penulisan aku bro ok. Tapi bro kalau kerana tulisan aku ni lepas ni budak budak ko nak hentam aku suruh die orang cermin muka dia orang ok bro. tanya mereka di mana mereka ketika kita di hina dan di caci. ok bro. Salam Reformasi Jamil Bin ismail @ Jamilkucing

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Gambar Ini Amat Memalukan Malaysia.. Saksikanlah!!

Posted: 11 Dec 2014 09:30 PM PST

 

Gambar ni amat memalukan Malaysia. Kain rentang yang terdapat di dalam Stadium My Dinh, di Hanoi, Vietnam bermaksud, 'bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan'. 

Piala Suzuki AFF Separuh Akhir Kedua antara Vietnam menentang Malaysia jam 8.00 malam malam tadi, di Stadium My Dinh, Hanoi dihiasi kain rentang gergasi dalam bahasa Inggeris "Football help us becomes friends, do not do the opposite" yang bermaksud, "bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan".

Ternyata kain rentang berkenaan bukan sekadar hiasan semata, sebaliknya boleh dianggap satu sindiran pedas lagi tajam terhadap sekumpulan samseng bolasepak yang mencetuskan kekacauan dan pergaduhan pada perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 8 Disember lalu. 

Gambar ni amat memalukan Malaysia. Insiden berkenaan mendatangkan malu berganda kepada negara kerana sudahlah anak buah Dollah Salleh tersungkur 1-2 kepada pasukan lawan di gelanggang sendiri, enam penyokong Harimau Malaya pula ditahan polis. 

Lima penyokong lelaki diberkas kerana mengingkari arahan polis dengan membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. 

Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam pada minit akhir perlawanan dan yang lebih memalukan pergaduhan itu dicetuskan oleh provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia. 

Mujur pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokong Vietnam terbabit yang cedera di kepala enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian. 

Sehari kemudian pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang menjejaki 15 orang suspek bagi membantu siasatan kes kekecohan samseng bolasepak di Stadium Shah Alam itu. 

Walaupun sedih dan kesal menyaksikan rakyatnya diserang di stadium Shah Alam, kerajaan Vietnam melalui Duta Besarnya ke Malaysia Pham Cao Phong kelmarin memberi jaminan keselamatan terhadap penyokong Malaysia yang berkunjung ke Vietnam. 

Kata Pham, penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua di Hanoi dan kehaditan mereka akan dialu-alukan. 

Atas semangat sukan dan kawan tiada pun berlaku apa kejadian yang tidak bertamadun zaman babarian yang dilakukan oleh para penyokong Vietnam terhadap penyokong Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi dengan keputusan Harimau Malaya layak kepusingan akhir bertemu Thailand setelah menumpaskan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4.


Bloglist Malaysia

BOCOR: Sultan Selangor Tidak Halang Wanita Jadi MB ?

Posted: 11 Dec 2014 08:45 PM PST


BOCOR: Soltan Selangor Tak Halang Wanita Jadi MB ?  Siapa 'pemain' sebenarnya jika tuanku Soltan Selangor menitahkan baginda tiada tentangan untuk seorang wanita menjadi Menteri Besar Selangor ?   Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor menentang wanita memegang jawatan menteri besar.  "Ada orang yang terlalu cepat mahu mengutuk istana. Mereka menjadikan isu menyatakan beta tidak mahukan seorang menteri besar wanita.  "Laporan-laporan portal berita tertentu membuat dakwaan itu tanpa mengaitkan mereka dengan mana-mana nama," katanya.  "Beta bukan menentang mana-mana wanita untuk menjadi menteri besar tetapi penanda arasnya beliau mesti menjadi seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)."  Sultan menambah bahawa baginda sangat menghormati personaliti wanita seperti Zeti, Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong dan lain-lain pemimpin wanita yang baik.  sumber...Mstar   Greenblacks. Siapa 'pemain' sebenarnya jika tuanku Soltan Selangor menitahkan baginda tiada tentangan untuk seorang wanita menjadi Menteri Besar Selangor ?

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor menentang wanita memegang jawatan menteri besar.

"Ada orang yang terlalu cepat mahu mengutuk istana. Mereka menjadikan isu menyatakan beta tidak mahukan seorang menteri besar wanita.

"Laporan-laporan portal berita tertentu membuat dakwaan itu tanpa mengaitkan mereka dengan mana-mana nama," katanya.

"Beta bukan menentang mana-mana wanita untuk menjadi menteri besar tetapi penanda arasnya beliau mesti menjadi seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)."

Sultan menambah bahawa baginda sangat menghormati personaliti wanita seperti Zeti, Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong dan lain-lain pemimpin wanita yang baik.


sumber...Mstar 

Greenblacks.

Kecewa binaan kualiti rendah Wartawan Sinar Harian

Posted: 11 Dec 2014 08:00 PM PST

Apabila Kontraktor Rumah Mesra Rakyat bina rumah tak berkualiti

 
Keadaan RMR yang siap dibina namun didapati tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
SUNGAI PETANI – Seorang pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Sungai Jagung kecewa apabila projek berkenaan tidak berjalan lancar seperti mana yang telah dipersetujui.

Pengadu, Norakmaliza Abdullah, 29, mendakwa, hasratnya ingin memiliki rumah sendiri hampir tercapai apabila permohonannya kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diluluskan.

"Bagaimanapun, setelah rumah siap dibina pada Oktober lalu, kerja penambahbaikan perlu dibuat berikutan pembinaan yang tidak mengikuti spesifikasi," dakwanya.

Norakmaliza mendakwa, jika dilihat dari pandangan kasar, RMR itu cukup cantik, tetapi setelah diperiksa, ia tidak mengikut spesifikasi.

"Sebaik siap dibina, kakitangan SPNB telah membuat pemeriksaan dan tinjauan ke lokasi tapak, bagaimanapun kecewa apabila beberapa perkara dibangkitkan.

"Antaranya berkenaan pembinaan lantai yang mudah retak, kemasan yang longgar, ketinggian siling tidak mengikut ukuran sebenar, longkang merekah dan ukuran pintu serta benteng bilik air yang senget," dakwanya.

Difahamkan, beberapa masalah lain termasuk bumbung bocor juga berlaku namun selesai apabila baik pulih dilakukan pada peringkat pertama.

"Tetapi masih terdapat beberapa masalah lain yang merunsingkan menyebabkan rumah berkenaan belum mendapat kebenaran untuk diduduki biarpun pembinaan sudah selesai.

"Kita juga dimaklumkan pihak kontraktor diberi tempoh bermula 1 Disember hingga semalam untuk kerja penambahbaikan.

"Bagaimanapun, tiada kerja baik pulih dibuat sehingga hari ini (semalam) ," dakwanya.

Sementara itu, wakil kontraktor menjelaskan, pihaknya sedia maklum berkenaan masalah yang dikemukakan pengadu berhubung perkara itu, namun berhadapan masalah modal pusingan.

"Sebagai kontraktor bertanggungjawab, kami bersedia melakukan kerja baik pulih melibatkan lantai, tebing dan pintu bilik air," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jaminan perkara itu dijanjikan akan selesai sebelum 25 Disember ini.
 
 
KedahLanie

FGV ANALISIS DARI AKBAR

Posted: 11 Dec 2014 07:15 PM PST

Mencari berita tentang FGV, tapi 2-2 akhbar yg kritis ini memaparkan berita yg merisaukan tentang FGV. 
 
1. Akhbar - Focus Malaysia : 

Berita di ruangan depan - maksudnya isu-isu utama : 

Much-Hyped FGV fails to deliver - FGV yang kononnya GAH kini gagal mencapai untung yg di  banggakan!

Intipati - Selepas 2 tahun di senaraikan pada June 2012, harga saham FGV telah menjunam jatuh sebanyak 34%. FGV yg di senaraian pada harga RM4.55 dan pernah melonjak ke paras tertinggi RM5.07 pada bulan Julai tahun yg sama (lebih kurang sebulan selepas di senaraikan). 

Namun, itu sajalah yang boleh di banggakan pencapaiannya, kerana selepas itu harganya terus merudum dan kemuncak penurunannya adalah pada 16 Oktober tahun ini  apabila harganya tinggal RM3.00 saja - jatuh RM1.55sen atau 34% dari harga mula-mula di senaraikan. 


Yang pasti pemegang saham minoriti - yakni para peneroka yang di paksa sebenarnya membeli terbitan saham FGV ni masa mula nak di senaraikan di janjikan harapan setinggi langit.. kini hanya boleh menggigit jari melihat harga sekarang. 
 
Atau mereka tak tau apa-apa pun apa yang berlaku, mungkin masih leka dgn janji-janji PM semasa penyenaraian dulu. Walhal suasana sebenar - kalau katakan lah peneroka dulu ada duit RM1,000 ringgit masa beli saham felda, duit yang seribu tu kini dah tinggi 600 lebih saja pakcik! makcik.. itu lah realitinya.. mana janji Najib nak bagi durian runtuh? Ini bukan durian runtuh, tapi bala runtuh! 
 
 
Selepas penyenaraian - FGV begitu sakan membeli belah dgn duit perolehan dari penyenaraian. Ibarat peneroka baru jadi jutawan.., pembelian mereka seolah-olah orang yang gelap mata dapat duit terpijak. Mereka bershopping bukan di malaysia - tapi di kota London! membeli apartment sampai beratus juta! alasan untuk pelaburan hartanah! walhal ini bukan bidang kepakaran mereka. 


Dalam bidang perladangan - mereka membeli syarikat perladangan Pontian United Plantation pada harga begitu tinggi - 1.2 billion! (1200 juta tu pakcik! banyak kosong..kosong..kosong.. ! bukan sikit tu) , juga membeli syarikat perladangan tak di kenali yg di senaraikan di London pasda harga RM650juta dan juga bekerjasama dgn kerajaan Junta Myanmar ( jika benar)untuk membeli tanah ladang getah di sana ???.. sedangkan kita tahu betapa kejamnnya kerajaan myanmar menyembelih dan membakar lalu menghalau penduduk-penduduk Islam di Myanmar dari kampung2 mereka. 
 
Kita tau mereka ini semua adalah pekerja ladang dan penoreh getah di sana.,  Adakah Felda melibatkan diri dgn 'blood money'? satu perkara yang harus di siasat di mana sebenarnya tanah2 ladang yg di labur felda ini. 
Di mana silapnya? bagaimana boleh silap? Sebelum penyenaraian felda - banyak yang mengatakan penyenaraian ini telah di 'bulldoze' di lakukan secara tergesa-gesa.. sebelum pilihanraya ke -13 , adakah kerana para peneroka felda yang merupakan simpanan tetap BN utk pengundi luar bandar? Bantahan juga di terima dari KPF  dan fakta bahawa lebih 50% dari ladang-ladang milik felda adalah ladang tua.., dan FGV berjanji sebahagian dari duit hasil penyenaraian akan di gunakan untuk penanaman semula pokok tua.. dan membeli tanah ladang baru di dalam dan luar negara.  Terdapat juga persoalan mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi nya. 

Para Penganalisis pasaran juga banyak kali menegur dan menyatakan keresahan mereka tentang cara pengurusan felda yang sangat tidak berhemat (cermat berbelanja dgn bijak). Walhal sepatutnya mereka perlu memperuntukkan rezab tunai mereka untuk penanaman semula yg lagi penting utk menjamin hasil berterusan kepada FGV. 


Para penganalisis juga telah memberi amaran kepada pengurusan berkenaan peratusan begitu tinggi pelabur institusi domestik yang membuatkan pelabur-pelabur baru meminggirkan saham fgv. Umum semua tahu siapa pelabur besar FGV - Felda holding memegang (40%), Lembaga Tabung Haji (7.6%) KWSP (tak dapat di pastikan berapa % terbaru, terakhir di ketahui hampir sama dgn LTH - 7%) , KWAP (Kumpulan wang amanah pencen) - 6.7%) dan 5 tabung agensi pelaburan negeri (antaranya- pahang, sabah, perak?, johor? ) - 5% setiap negeri. 

Buat masa ini - penganilisis pasaran memberikan rating yang sangat rendah kepada FGv, dan potensi FGV juga nampak begitu malap! Harapan untuk pelabur minoriti mendapat keuntungan dari saham-saham FGV mereka sangatlah tipis .. lagi 2-3 tahun pun belum tentu. 

Yang pasti - FGV adalah kaunter perladangan yang paling buruk prestasinya di bursa untuk 2014 . Apa lagi alasan pihak pengurusan untuk menidakkan fakta ini sangat menarik untuk kita tunggu! 

Adakah akan berlaku rombakan besar-besaran terhadap pengurusan FGV? Alasan untuk menuding jari kepada kejatuhan harga sawit bukan lah alasan yang baik untuk menyelamatkan diri! Itu dari sebelum di senarai lagi banyak pihak telah mengingatkan FGV! 



Dari Akhbar kedua - The Edge Weekly - 

An Analysis of FGV's massive downstream losses. 

Analisa dari kerugian besar sektor hiliran (downstream) FGV. 

Kerugian suku ketiga 2014 yang di laporkan oleh FGV sejak penyenaraian berprofil tingginya membuatkan banyak pemerhati pasaran terperanjat besar. 

Syarikat gergasi komoditi pertanian ini melaporkan kerugian bersih RM9.3juta untuk suku ketiga berakhir September 2014 di sebalik perolehan kasar sebanyak RM4.3bllion.

Segmen hilirannya yang berada di malaysia dan Kanada rupanya penyumbang utama kerugian besar ini. Sejumlah RM105.54 juta kerugian di rekodkan dalam segmen ini berpunca dari transaksi derivatif yang berkaitan dgn pasaran hadapan dan kontrak akan datang dan juga perolehan negatif dari margin pemperosesan minyak sawit di malaysia. 

Kebanyakan dari kerugian akibat derivatif dan kontrak komoditi berlaku pada awal tahun ini. 

Alamak.. artikel ini begitu teknikal untuk saya translatekan.. berbelit kepala saya.. jadi saya berhenti di sini..  

teruskan membaca artikel asal di bawah ini.. 




Pada pendapat saya yg kurang  bijak ini - harap Dr. Rosli dapat terus menerbitkan artikel2 berkenaan pemulangan paku buah keras ni! dulu lagi kita dah kata - penyenaraian ini hanya membawa kemusnahan kepada apa yang di usahakan oleh Allahyarham Tun Abd Razak. 

Cuba audit akaun fgv ! kita tengok kemana pegi dana dari IPO! banyak pembelian-pembelian yang harga sangat tak masuk akal! atas kertas.. mmg tulis utk pembelian..,

Selepas ini.. FGV tidak lain hanya akan jadi seperti MAS yg perlu di 'bail-out'.. , yang pastinya duit cukai rakyat lagi akan di guna! 

Dalam FGV sendiri kini dah penuh dgn duit cukai rakyat, duit simpanan rakyat marhaen utk menunaikan haji.., duit rakyat marhaen utk persaraan mereka! baik swasta atau kerajaan! dua-dua tabung persaraan di paksa membeli saham fgv ni., malah tabung angkatan tentera tak terkecuali.. 

Apa nasib peneroka selepas ni? - Yang saya nampak, selepas hasil ladang tiada.., mana felda2 yg dekat dgn kawasan bandar mungkin akan jadi target felda untuk di tukar status tanah menjadi tanah komersil.. mungkin untuk perumahan atau di jual begitu saja kepada mana2 pihak yang berminat! apa saja yang boleh datangkan wang. Asalkan ada yang kenyang.


Gaya Peneroka

Artis Malaysia Khayal Dadah Tumbuk Pekerja Hotel

Posted: 11 Dec 2014 06:30 PM PST

 

Lepas satu isu timbul pula dengan satu isu lain. Berita perkembangan Aliff Aziz sejak kebelakangan pastinya sesuatu yang negatif dan peminat pun ada yang naik muak mendengar kisah beliau dan terbaru, ada dakwaan beliau khayal dadah sehingga bergaduh di hotel.

Aliff Aziz dikhabarkan mengamuk di sebuah hotel penginapan beliau sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Semasa kejadian Aliff Aziz kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila beliau dilaporkan menumbuk salah seorang pekerja di hotel tersebut.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi," jelasnya kepada mStar Online.

Penyanyi ini menambah yang tidak logik untuk beliau timbulkan satu lagi isu ketika ini sedangkan beliau kini dalam usaha memperbaiki namanya yang tercalar dek beberapa insiden negatif yang melanda dirinya sebelum ini.

"Mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu. Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," tambahnya lagi yang mengakui sedang berubat dengan seorang ustaz di SIngapura.


Bloglist Malaysia.

PAS tiada hasrat keluar PR. - Datuk Mustafa Ali

Posted: 11 Dec 2014 05:45 PM PST

 
Lawak beb.. Dah bincang ikut pintu belakang dgn umno beberapa kali tetapi masih nafi tiada hasrat keluar PR... wakaka

        PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

        Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

        "Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
        "Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

        Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

        "Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.
        "Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

        Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

        "Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

        Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

 

Gendang Perang.

Malaysia Bertemu Thailand Di Final

Posted: 11 Dec 2014 05:15 PM PST



PEN TEKAN BLOG | MALAYSIA bakal berentap dengan Thailand pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 5-4 ke atas Vietnam pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, malam ini.

Skuad Harimau Malaya, yang kalah 2-1 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, bangkit dengan kemenangan bergaya 4-2 pada aksi timbal balik untuk mara ke final buat kali kedua selepas 2010.

Thailand pula menang agregat 3-0 ke atas Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, semalam. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina, Sabtu lepas.

Pada aksi malam ini, Vietnam dengan sokongan padu puluhan ribu penyokong mereka terus mengasak kubu skuad Harimau Malaya sebaik sahaja pengadil dari Jepun, Toma Masaaki meniupkan wisel.

Nasib bagaimanapun lebih menyebelahi Malaysia yang membuka tirai jaringan seawal minit ketiga oleh perancang tengah, Safiq Rahim menerusi sepakan penalti.

Masaaki menghadiahkan penalti tersebut selepas pemain tengah negara, Indra Putra Mahayuddin dijatuhkan oleh pertahanan Vietnam, Que Ngoc Hai di dalam kotak penalti.

PEN TEKAN BLOG | http://pentekan.blogspot.com

Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan kemarau jaringan pada kejohanan kali ini dengan meledak gol kedua untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-15 hasil kesilapan pemain tuan rumah.

Tersentak dengan gol tersebut, Vietnam kembali menyusun permainan dan berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Le Cong Vinh pada minit ke-22.

Selang enam minit kemudian, skuad Harimau Malaya kembali menambah duka untuk skuad kendalian Toshiya Miura itu selepas pertahanan mereka, Dinh Tien Thanh tertampan bola ke dalam gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran silang Indra Putra.

Kegembiraan skuad negara berterusan selepas kapten pasukan, Muhammad Shukor Adan berjaya menambah gol keempat pada minit ke-42 selepas menyudahkan tandukan pemain pertahanan, Mohamad Fadhli Mohd Shas.

Bersambung babak kedua, Vietnam mengubah rentak perlawanan dengan menggandakan asakan bagi merapatkan jurang dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Le Cong Vinh menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-78 hasil kelalaian benteng pertahanan skuad negara.

Pasukan tuan rumah berusaha untuk menambah jaringan namun gagal sehingga tiupan wisel daripada Masaaki, sekali gus mencerahkan peluang Malaysia untuk mengulangi kejayaan juara pada 2010 yang dihoskan bersama oleh Indonesia dan Vietnam.

Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada aksi final 2010 untuk muncul juara buat pertama kali.

Sebagai rekod, Malaysia kalah 1-0 kepada Thailand pada aksi final 1996 di Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Perlawanan akhir pertama akan diadakan di Bangkok pada 17 Disember ini disusuli aksi timbal balik pada 20 Disember di sini. - Bernama


http://pentekan.blogspot.com/2014/12/malaysia-bertemu-thailand-di-final.html#ixzz3Ldj4asCz

DAYAK - Dayak bukan sebuah bangsa.

Posted: 11 Dec 2014 04:47 PM PST

DAYAK  Dayak bukan sebuah bangsa. Ia adalah salah satu dari suku kaum dari bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Ini harus difahami oleh semua warga bangsa ini, samada di pihak pemerintah atau suku kaum tersebut. Soal sesuatu suku kaum itu tidak mahu mengaku mereka sebagai tergolong dalam bangsa Melayu itu  terpulang kepada peribadi, tingkat akal dan ilmu mereka. Jika Iban tak mahu mengaku mengaku dia Melayu, itu terpulang. Jika dia tak mahu mengaku dia seorang Iban pun terpulang!  Adalah biasa seorang Cina tak mahu mengaku dia cina, seorang jawa tak mahu mengaku dia jawa, seorang kadazan tak mahu mengaku dia kadazan.. orang sulu tak mengaku dia sulu. Itu adalah hak peribadi.. Melayu tak sedar diri yang nak jadi orang putih pun melambak dalam dunia ini.  Pengkelasan sesebuah bangsa tetap berjalan menurut termanya dalam bidang sosiologi dan antropologi. Ia bukan satu pilihan. 'Bangsa lain-lain' memang tidak ada. Kerajaan sepatutnya mengkelaskan mereka kepada bangsa Melayu.   Ketika membaca surat beranak bapak mertua saya, bangsanya tertulis :Jawa. Macam nak tersembur air liur saya ketawa ketika itu. Saya bertanya isteri saya, 'Mengapa ditulis , 'Jawa' tidak ditulis Melayu? Isteri saya menjawab, itu kena tanya arwah Embah lah..!   Berapa ramai yang masih bengong, hingga polis yang ambil daftar suatu masa dulu pun bengong jugak! Mungkin sbb pendidikan polis dulu2 pun tak tinggi mana...  .. maka Dayak juga perlu faham, bahawa mereka itu Melayu!  Kiyai Reformis
 Ia adalah salah satu dari suku kaum dari bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Ini harus difahami oleh semua warga bangsa ini, samada di pihak pemerintah atau suku kaum tersebut. 
 
Soal sesuatu suku kaum itu tidak mahu mengaku mereka sebagai tergolong dalam bangsa Melayu itu terpulang kepada peribadi, tingkat akal dan ilmu mereka. 
 
Jika Iban tak mahu mengaku mengaku dia Melayu, itu terpulang. 
 
 
 Jika dia tak mahu mengaku dia seorang Iban pun terpulang!
 
Adalah biasa seorang Cina tak mahu mengaku dia cina, seorang jawa tak mahu mengaku dia jawa, seorang kadazan tak mahu mengaku dia kadazan.. orang sulu tak mengaku dia sulu. 

Itu adalah hak peribadi.. Melayu tak sedar diri yang nak jadi orang putih pun melambak dalam dunia ini.

Pengkelasan sesebuah bangsa tetap berjalan menurut termanya dalam bidang sosiologi dan antropologi. Ia bukan satu pilihan. 'Bangsa lain-lain' memang tidak ada. Kerajaan sepatutnya mengkelaskan mereka kepada bangsa Melayu. 

Ketika membaca surat beranak bapak mertua saya, bangsanya tertulis :Jawa. Macam nak tersembur air liur saya ketawa ketika itu. Saya bertanya isteri saya, 'Mengapa ditulis , 'Jawa' tidak ditulis Melayu? Isteri saya menjawab, itu kena tanya arwah Embah lah..! 

Berapa ramai yang masih bengong, hingga polis yang ambil daftar suatu masa dulu pun bengong jugak! Mungkin sbb pendidikan polis dulu2 pun tak tinggi mana...

.. maka Dayak juga perlu faham, bahawa mereka itu Melayu!


Kiyai Reformis

'Melayu ternama' hentam PERKASA, ISMA

Posted: 11 Dec 2014 08:00 AM PST

  
Seorang daripada 25 bekas penjawat awam kanan yang menulis surat terbuka meminta perdana menteri menunjukkan kepimpinannya terhadap kumpulan sayap kanan yang tiada toleransi, melontarkan kritikan pedas pada PERKASA dan ISMA.


Sinchew Daily melaporkan, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin (bawah) membidas dua NGO itu kerana melakukan serangan peribadi, bukan berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat itu.

Katanya, jika tuntutan ISMA dan PERKASA bahawa mereka mewakili sebahagian besar Melayu adalah benar, barulah ia perlu diberi perhatian.

"Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita," katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Dalam laporan itu, beliau berkata semua 25 bekas penjawat awam terlibat amat bimbang jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau.



Malaysiakini.

Air bertakung lagi di KLIA2...??

Posted: 11 Dec 2014 07:15 AM PST

  

 Hujan lebat yang melanda KLIA2 menyebabkan air bertakung sekali lagi di kawasan pelataran lapangan terbang tersebut walau kementerian pengangkutan telahpun berjanji untuk memperbaikinya.

"Kita akan baikinya," kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas melawat kawasan yang ditakungi air di lapangan terbang tersebut hari ini.

Liow yang mengumumkan nama anggota Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 berkata, jawatankuasa itu sudah diarahkan untuk menyiapkan laporannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

"Saya beri mereka tempoh beberapa bulan untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas pelataran KLIA2 dan juga ke atas isu keselamatan," katanya.

Ditanya mengenai masalah yang dikenalpasti oleh kontraktor lapangan terbang tersebut, Liow berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.

Katanya, laporan audit oleh jawatankuasa bebas itu akan didedahkan kepada umum bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Jawatankuasa berkenaan diketuai oleh presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik, Chuan Hean Teik serta tiga lagi anggota.



Malaysiakini

Polis, DBKL gempur 'Occupy UM'...??

Posted: 11 Dec 2014 06:30 AM PST

 
 

Sepasukan anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muncul untuk menggempur tapak perkhemahan 'Occupy UM' pada petang ini.

Pasukan itu tiba pada kira-kira jam 3 petang dan di hadapan pintu masuk Universiti Malaya petang ini dengan dua kereta polis dan satu trak DBKL.



Dalam keadaan hujan lebat, para mahasiwa berkenaan menurut arahan tersebut dan merobohkan khemah berkenaan.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, Safwan Shamsudin berkata, mereka mempertimbangkan untuk mendirikannya semula kelak.



"Kami sudah menurunkan khemah yang kami dirikan, kerana kami tak mahu mereka angkut khemah kami.

"Mungkin kami akan naikkannya semula nanti," ujarnya kepada Malaysiakini.

Katanya, pihak DBKL turut mengarahkan mereka menurunkan salah satu helaian plastik yang dijadikan tempat mereka berteduh.

Tambahnya, kumpulan mahasiswa itu enggan menurunkannya kerana ia menjadi tempat mereka berteduh.

"Sekarang ni hujan lebat, kami Cuma minta tempat untuk kami berteduh," katanya.









Perkhemahan siswa berkenaan masuk hari kedua pada hari ini.

Malaysiakini.

YAB Azmin kata beliau tak ambil hati...

Posted: 11 Dec 2014 05:45 AM PST

YAB Azmin kata beliau tak ambil hati...   YAB Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan  penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri hari ini.    Beliau sebaliknya berkata darjah kebesaran itu yang dianugerahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri dan Dr Ahmad Yunus Hairi adalah sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti mereka sejak  menganggotai barisan pimpinan kerajaan negeri.    "Saya percaya dua tokoh ini banyak memberikan khidmat kepada rakyat Selangor dan sewajarnya diberi penghormatan danvpenghargaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di Klang hari ini.    Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi sebelum ini yang hangat mengatakan beliau akan berada dalam senarai penerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor setelah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik baginda berkuat kuasa 3 November lepas.    Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden PKR turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak menerima sebarang anugerah kebesaran negeri kali ini disebabkan oleh kemelut jawatan menteri besar yang dicetuskan PKR.   Beliau berpendapat adalah terlalu awal untuk dirinya mendapatkan sebarang darjah kebesaran buat masa ini sebab baru 80 hari menerajui pentadbiran kerajaan negeri.      Sementara itu, pemenang pingat emas dalam Sukan Perahu Layar di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 18, berkata beliau terharu menerima Darjah  Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dari Sultan Selangor.       Beliau yang berkerusi roda sebab mengalami luka di bahagian kaki kiri berkata beliau kagum dengan sikap berjiwa rakyat baginda yang sanggup turun dari singgahsana untuk menyampaikan anugerah itu.       Ahmad Syukri yang menjalani kursus pengajian pra diploma dalam perdagangan di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis berkata tumpuannya kini adalah untuk meraih pingat dalam Sukan SEA di Singapura tahun depan.    Beliau adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor.   - Bernama   Malaysiakini. YAB Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengambil hati dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada dua anggota exco kerajaan negeri hari ini. 

Beliau sebaliknya berkata darjah kebesaran itu yang dianugerahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Iskandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri dan Dr Ahmad Yunus Hairi adalah sebagai pengiktirafan

terhadap khidmat bakti mereka sejak menganggotai barisan pimpinan kerajaan negeri. 


"Saya percaya dua tokoh ini banyak memberikan khidmat kepada rakyat Selangor dan sewajarnya diberi penghormatan danvpenghargaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah di Klang hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi sebelum ini yang hangat mengatakan beliau akan berada dalam senarai penerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor setelah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik baginda berkuat kuasa 3 November lepas. 

Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden PKR turut menepis dakwaan kononnya beliau tidak menerima sebarang anugerah

kebesaran negeri kali ini disebabkan oleh kemelut jawatan menteri besar yang dicetuskan PKR.

Beliau berpendapat adalah terlalu awal untuk dirinya mendapatkan sebarang darjah kebesaran buat masa ini sebab baru 80 hari menerajui pentadbiran kerajaan negeri. 

Sementara itu, pemenang pingat emas dalam Sukan Perahu Layar di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 18, berkata beliau terharu menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dari Sultan Selangor.

Beliau yang berkerusi roda sebab mengalami luka di bahagian kaki kiri berkata beliau kagum dengan sikap berjiwa rakyat baginda yang sanggup turun dari singgahsana untuk menyampaikan anugerah itu.

Ahmad Syukri yang menjalani kursus pengajian pra diploma dalam perdagangan di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis berkata tumpuannya kini adalah untuk meraih pingat dalam Sukan SEA di Singapura tahun depan. 

Beliau adalah antara 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor.


- Bernama

Malaysiakini.

Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri??

Posted: 11 Dec 2014 05:00 AM PST


Rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO? Zainuddin: Adakah Mahfuz sedar nasib PAS kelak? 

Adam Abu Bakar, Pengisytiharan penarikan sokongan Dr M terhadap Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca gerakannya,diperhatikan dan senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan Zainuddin Maidin

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Mahfuz Omar sama ada beliau menghitung kedudukan PAS pada masa depan kelak. 

Menurut Zainuddin, Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai ahli PAS yang paling keras dan lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak hal. 

Namun, pada kali ini, Mahfuz bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu bahawa ramai yang layak untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Adakah kenyataan Mahfuz dilakukan setelah mendengar desas-desus ada rundingan damai yang sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri yang suatu hari nanti akan kembali kepada UMNO?" tulisnya di dalam blog www.zamkata.blogspot.com.
 
Katanya, jika desas-desus itu benar mungkin Mahfuz sedang memperhitung akan kedudukan PAS kelak. 

Jelas Zainuddin, Mahathir tidak melihat hanya orang dari UMNO sahaja yang boleh menggantikan Najib setelah keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab. 

"Tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri perlu menerima realiti bahawa UMNO sendiri menjadi penghalang besar untuk menggantikan Najib,"ujarnya. 

Dalam pada itu, tidak ada sesiapa yang menganggap Mahathir tidak relevan dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. 

"Pengisytiharan penarikan sokongan kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca, gerakannya diperhatikan, senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan," ujarnya. 

Bagaimanapun, Najib tidak mengeluarkan Mahathir daripada senarai musuh politik yang paling berbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. 

"Dalam hal ini, tidak mungkin tunggul di sangka hantu kerana kuasa adalah kuasa, yang menjadi teka-teki adalah siapa calon dari dalam dan siapakah calon dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan," ujarnya. 


Posted by mountdweller

Kekasih Disembur Cat Di Dada Dan Di Kemaluan

Posted: 11 Dec 2014 04:15 AM PST

 
Thursday, 11 December 2014.  Kekasih Disembur Cat Di Dada Dan Di Kemaluan  LENGGONG - Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini.  Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah.  Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga.  "Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.  "Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya.  Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.  Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.  "Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.  "Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya.  Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.  Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah.  "Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita.  "Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.  Bloglist malaysia.
GAMBAR HIASAN
LENGGONG - Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah.

Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

"Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.

"Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya.

Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.

"Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah.

"Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita.

"Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah," katanya.



Bloglist malaysia.

ARTIS SEKSI HIDUP MEWAH 'DISARA' DATUK TERKENAL? Kita Bantai

Posted: 11 Dec 2014 03:30 AM PST

 
Salwa Razak
PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad iaitu Salwa Razak enggan melayan cakap-cakap yang mempertikaikan sumber pendapatannya ekoran dia dilihat menjalani kehidupan mewah biarpun karier nyanyian malap berbanding sesetengah artis lain.

Salwa, 29, berkata, dia tidak berhasrat untuk melayan semua tuduhan dilemparkan atau pun mendedahkan perincian tentang kehidupannya kepada umum.

"Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya.

"Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya," katanya kepada media.

Salwa menjawab tuduhan kononnya dia ditaja oleh seseorang selepas dia dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama selain dilaporkan menetap di kawasan mewah di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.


Bagaimanapun Salwa menegaskan keselesaan yang dikecapnya sekarang adalah hasil daripada usaha keras dalam bidang perniagaan yang diusahakan iaitu membuka nurseri pokok selepas menyepikan diri daripada industri muzik sejak dua tahun lalu.

Jelas Salwa, sepanjang tempoh itu juga dia telah merasai pelbagai rintangan yang disifatkan sebagai mencabar sebelum dapat merasai hasil usaha keras tersebut.

"Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.

"Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga," katanya yang turut menjual pakaian bawah jenamanya dan produk kecantikan.

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/artis-seksi-hidup-mewah-disara-datuk.html#ixzz3LZtEE8wN

5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta !! - Malaysiakini

Posted: 11 Dec 2014 02:45 AM PST

Lima bekas tahanan ISA Jadi Kaya...!!!
 
Thursday, December 11, 2014  Lima bekas tahanan ISA Jadi Kaya...!!!   5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta mk - 1:34PM - 11 Dec 2014 Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011.   Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom.   Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari.   Kesemua mereka dianugerah ganti rugi teladan RM30,000 dan empat orang diberikan ganti rugi RM25,000 akibat fitnah terhadap mereka. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail.   Dua lagi hakim ialah Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid.   Posted by mountdweller

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011. 

Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom. 

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari. 

Kesemua mereka dianugerah ganti rugi teladan RM30,000 dan empat orang diberikan ganti rugi RM25,000 akibat fitnah terhadap mereka. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail. 

Dua lagi hakim ialah Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid. 


Posted by mountdweller

Pakatan Rakyat Sabah Ada Bukti jenayah pemberian kad pengenalan benar-benar berlaku.?

Posted: 11 Dec 2014 02:00 AM PST


Mahathir Dan Najib Kecut Perut Dengar Berita Ini..

KOTA KINABALU, 10 DIS: Berdasarkan bukti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCIIIS) ada dua isu besar menunjukkan jenayah pemberian kad pengenalan benar-benar berlaku.

Justeru itu, Pakatan Rakyat Sabah dalam satu kenyataannya semalam tidak mahu menerima kesemua kandungannya, kerana tidak mempunyai ringkasan bukti 18 dari 211 saksi dalam laporan tersebut.

Pakatan Rakyat Sabah juga kesal dengan tindakan anggota siasatan yang tidak menandatangani laporan itu, namun ia tetap diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, dari keterangan lima bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, tindakan itu dibuat dengan unsur politik.

"Jelas ada aktiviti rahsia melibatkan pegawai-pegawai senior dalam Jabatan Pendaftaran Negara yang bertindak atas arahan-arahan politik ketua mereka," kata Lajim dalam satu kenyataan.

Namun katanya di sebalik fakta itu ada penafian terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti rahsia sewaktu siasatan semasa mereka ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Difahamkan Laporan RCI menyatakan pemberian kad pengenalan itu dibuat hanyalah bertujuan untuk mendapat habuan wang ringgit.

Justeru itu, Lajim yang juga ADUN PKR Klias mendesak kerajaan bertindak berdasarkan Laporan RCI yang menyatakan wujud kemungkinan sindiket pemberian kad pengenalan kepada PATI.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Karamunsing bersama-sama Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan Pesuruhjaya PAS Mohamad Aminuddin bagi menyiasat jenayah 'Projek IC'.

Addin.

Universiti tidak faham kebebasan akademik, kata bekas timbalan menteri OLEH MELATI A JALIL

Posted: 11 Dec 2014 01:15 AM PST

Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat pihak pentadbir universiti tidak memahami semangat pindaan akta yang memberikan lebih ruang kepada pelajar dalam politik. 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/10517625_316956708491593_1645438882118097003_o.jpg
Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat pihak pentadbir universiti tidak memahami semangat pindaan akta yang memberikan lebih ruang kepada pelajar dalam politik. 

Tindakan Universiti Malaya (UM) menghukum pelajarnya menunjukkan institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal memahami makna sebenar semangat di sebalik undang-undang membenarkan pelajar berpolitik, menurut bekas timbalan menteri pengajian tinggi yang berperanan dalam pindaan akta itu.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah dipinda, tindakan UM menjatuhkan hukuman kepada pelajarnya kerana menganjurkan pidato umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemahaman akademik dan intelektual yang lemah.

"Kita sudah meminda Seksyen 15 AUKU. Ketika saya masih timbalan menteri saya berjaya melakukan pindaan itu, malangnya kebanyakan pihak pentadbir universiti tidak memahami semangat pindaan," katanya kepada The Malaysian insider di Kuala Lumpur semalam.

Pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada April 2012 membenarkan pelajar universiti memegang jawatan dalam parti politik termasuk organisasi di kampus.

Beliau memberi contoh kes baru-baru ini di mana sebuah kumpulan pelajar universiti awam yang cuba menganjurkan forum bersama Suruhanjaya Hak Asasi (Suhakam) di kampus mereka ditolak.

Tanpa menamakan universiti terbabit, Saifuddin berkata kumpulan pelajar itu menawarkan untuk menaja keseluruhan program, tetapi pihak pengurusan universiti tidak membenarkannya.

"Mereka terpaksa mencari tempat lain pada saat-saat akhir, ini adalah contoh bagaimana pengurusan universiti tidak memahami semangat pindaan Seksyen 15," katanya.

AUKU sebelum ini dikritik kerana menjadi alat menyekat kebebasan pelajar dan menindas pemikiran mereka.
Saifuddin merupakan antara pemimpin Umno yang menyokong pindaan undang-undang bagi membenarkan pelajar berpolitik.

Sementara pindaan akta masih mengawal kebanyakan penganjuran program berbentuk politik dalam kampus, Saifuddin berkata ia mesti dilaksanakan dengan adil dan wajar.

Beliau menggambarkan keputusan UM menggantung dan mendenda Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin adalah amat keras kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Aktivisme pelajar semakin menyerlah baru-baru ini ekoran tindakan kerajaan menyekat kebebasan kampus. 

Aktivisme pelajar semakin menyerlah baru-baru ini ekoran tindakan kerajaan menyekat kebebasan kampus.

"Menghukum Safwan dengan menggantung satu semester dan Fahmi dua semester adalah amat keras. Mereka bukan penjenayah, tidak terlibat menipu peperiksaan yang boleh menerima hukuman sebegitu," kata Saifuddin, yang kini merupakan ketua pengarah eksekutif (CEO) Yayasan Kesederhanaan Global (GMM).

"Saya boleh faham sekiranya universiti mahu mengambil tindakan, tetapi adakah dua semester kepada Fahmi adil dan wajar? Saya tidak rasa begitu."

Selasa lalu, UM memutuskan menggantung Fahmi yang merupakan bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) dan mengenakan denda RM600 kerana menganjurkan program membabitkan Anwar Oktober lalu.

Selain Fahmi, Safwan yang merupakan Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) digantung pengajian selama satu semester serta denda RM300.

Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 berserta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Saifuddin turut melahirkan kebimbangan kesan tindakan keras UM itu terhadap pelajar lain.

"Adakah keputusan itu akan melemahkan pelajar universiti terbabit dengan aktivisme? 
Ya dan tidak.  "Ya kepada sesetengah pelajar dan universiti mungkin berjaya menyebabkan perasaan takut dan tidak kepada mereka yang sabar kerana ia hanya akan menyebabkan mereka lebih kuat dan tidak akan berhenti."

Beliau percaya situasi tersebut tidak akan menyekat pergerakan pelajar menyaksikan kebangkitan sejak kebelakangan ini.

"Tidak kira bagaimana drakonian pentadbiran universiti terhadap aktivis pelajar dan tidak kira apa tindakan termasuk dengan paksaan pengurangan intelek dalam kampus, aktivisme pelajar tidak akan mati ia akan menguatkan dan terus hidup dan bangkit," katanya.

Saifuddin juga bersetuju dengaan pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom yang menyifatkan Malaysia negara unik kerana pelajar pintar dibenarkan belajar di universiti tetapi tidak mempunyai hak bersuara.

"Saya setuju dengan kenyataan Azmi Shahrom kerana ia merupakan hujah kebanyakan kami selama ini," katanya. – 11 Disember, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com.

terkini - Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong ??

Posted: 11 Dec 2014 12:30 AM PST

 
 
Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60.

Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters.

Mana pemegang saham lain Bernama TV?

Posted: 10 Dec 2014 11:45 PM PST

 

Anggota parlimen pembangkang mempersoalkan kenapa pemegang saham Bernama TV (BTV), selain Bernama, kelihatan tidak berminat membantu kewangan syarikat itu.


Memetik ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya, wakil rakyat Kulai Teo Nie Ching berkata, hanya Bernama yang membantu pembayaran gaji pekerja BTV dilanda masalah kewangan.

"Dalam kes ini, apa sumbangan pemilik saham yang lain?" soal anggota parlimen DAP itu.

Bernama mempunyai pegangan minoriti dalam BTV dan membayar gaji pekerja sehinggalah ia tidak mampu lagi melakukannya pada November.

Kali terakhir kakitangan BTV mendapat gaji pada 20 Oktober lalu. Bagaimanapun jumlah yang diberi hanya pendahuluan RM500.

Perkara itu telah diadukan pada Jabatan Buruh.



Malaysiakini.