Selasa, 18 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Rasuah Seks Rumah PPRT, Ibu Tunggal, Mengaku Tak Berslah. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 18 Nov 2014 09:15 PM PST

 
Seorang Pegawai Tadbir Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini terhadap dua tuduhan membabitkan layanan seks sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kedah.
 
Bagi tuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken (KFC), Jalan Limbong Kapal di Alor Setar pada 10.45 pagi, 10 November lepas.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
 
Heris juga dituduh memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama di bilik bernombor 101, Hotel Royale Jalan Putra di Alor Setar pada 2.45 petang, 13 November lepas.
 


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Sekman@Abdullah manakala tertuduh belum melantik peguam.
 
Hakim Azhar Mokhtar menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
 
Heris membayar jaminan berjumlah RM8,000 itu.
 
Sebelum itu, dalam rayuannya Heris memberitahu dia telah berkhidmat dengan Keda selama 33 tahun dan kini merupakan Pegawai Tadbir gred N44.
 
Azhar kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu selain membolehkan tertuduh melantik peguam.
-Bernama.

Ibnu Hasyim.

Najib Bakal Letak Jawatan Bila Isu Ini Meletup?

Posted: 18 Nov 2014 08:30 PM PST

 
Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini.

Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan 'seriousness' untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar.

Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.

Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?

Adakah perhimpunan seperti dahulu juga, yang tiada mempunyai 'substance' yang boleh membawa perbezaan dari sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?

Jika benar perhimpunan agong itu membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah ini?

Jika perhimpunan ini benar-benar menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah? Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang menghimpit UMNO kini.

Bolehkah perhimpunan kali ini menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan mereka sahaja.

Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah 'variation' di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut dan dijawab  oleh pimpinan parti itu dalam perhimpunan itu.

Apakah asas-asas yang mewajarkan usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling 'controversial' itu di Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai 'equity value' yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan 'mitigations' yang betul dari tindakan pemimpin yang 'deceitful' seperti Najib dan rakan-rakan yang menyokong beliau.



Saya bersetuju dengan pandangan ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana pelaburan 1MDB dalam bidang 'equity' ini merupakan pelaburan yang tersangat tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.

Inilah yang di ceburi oleh kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.

Saya mempunyai sedikit  minat untuk menulis tentang isu ini, kerana ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan dan kita semua akan menjadi mangsa 'devilish leaders' yang kita ada hari ini.

1MDB ini merupakan 'financial scandal' yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat untuk melakukan 'scandal' besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.

Kita lihat nanti dalam perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di (high table) dihadapan mereka nanti.

Kita akan memerhati situasi dalam perhimpunan agong tahunan UMNO yang kian reput dari hari ke hari itu. 


Aspan Alias

Baca Ni Tan Keng Liang! Lain kali jangan celupar tak tentu pasal! Ini adalah tuduhan cina Gerakan ni:

Posted: 18 Nov 2014 07:45 PM PST

Penyerahan Bible permainan politik PR Jangan politikkan isu pulang Bible

WARTAWAN SINAR HARIAN

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah SHAH ALAM – Sultan Selangor,

Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu pemulangan 351 naskhah Bible dijadikan isu politik kerana usaha tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa melibatkan mana-mana parti politik.

Satu sumber istana memberitahu keputusan untuk mengembalikan semula naskhah berbahasa Melayu yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibuat sendiri oleh baginda sebagai ketua agama negeri.

"Sejak peringkat awal Tuanku telah berbincang dengan beberapa pihak tertentu tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana parti politik, sebab baginda tidak mahu ada mana-mana pihak mengambil kesempatan.

"Sebagai ketua agama negeri baginda menyedari isu ini amat sensitif, jadi harus ditangani sendiri dengan penuh teliti tanpa menggunakan pendekatan politik," kata sumber tersebut kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut sumber berkenaan, sejak awal rampasan dibuat pihak istana amat prihatin mengenai kontroversi yang ditimbulkan terutamanya oleh beberapa parti politik juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

"Baginda tidak mahu kontroversi berlanjutan dan dihangatkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga akhirnya mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. 



"Oleh sebab itu menggunakan pendekatan sendiri baginda telah menghubungi dan berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini, dan akhirnya mencapai penyelesaian secara bijaksana.

"Tuanku bersyukur kerana isu Bible telah selesai secara baik, dan berharap hal ini jangan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk meraih kepentingan politik," kata sumber berkenaan.

Media melaporkan Kerajaan Selangor telah memulangkan 351 naskhah Bible berbahasa Melayu mengandungi kalimah ALLAH yang dirampas Jais kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

Penyerahan semula itu dengan syarat ketat iaitu kitab terbabit tidak boleh diedarkan di Selangor dan ia hanya untuk kegunaan penganut Kristian di Sarawak.


Posted by mountdweller.

Di Akhir Zaman, Muncul Orang Berwajah Manusia, Berhati Syaitan By canang

Posted: 18 Nov 2014 07:00 PM PST


"KELAK  akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian.

"Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu.

Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.

"Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak memnyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar.

Mereka itu senantiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka berarti kesusahan.

"Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan ma'ruf malah menjadi tertuduh.

Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida'ah, sedangkan bida'ah itu sendiri adalah sunnah.

Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan." [Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu'jam Al-Kabir]

Mendengar informasi yang mengagetkan itu, para sahabat ingin memperjelas lebih dalam, "Ya Rasulullah, sesudahku nanti adakah orang yang memiliki keistimewaan?"

Rasul menjawab ; "Ya masih ada."

"Adakah mereka bertemu denganmu?" tanya para sahabat lagi.

Rasul menjawab, "Mereka sudah tidak bertemu lagi denganku."

"Ya Rasulullah , masih adakah wahyu yang diturunkan kepada mereka?" tanya para sahabat.
Rasulullah menjawab lagi, "Sudah tidak ada lagi wahyu yang diturunkan kepada mereka."

"Ya Rasulullah bagaimana keadaan mereka?"

Sambil bereksperesi sedih, Rasul menjawab, "Hati mereka rapuh bagaikan garam dimasukkan ke dalam air."

Karena merasa penasaran, para sahabat memperjelas lagi kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah, bagaimanakah pola hidup mereka di zaman itu?"

"Mereka hidup bagaikan ulat yang sangat kecil yang berada di dalam cuka," jawab Nabi SAW.

"Ya Rasulullah, terus bagaimana mereka dapat memelihara agama?" desak para sahabat.

"Ibarat memegang api yang membara. Bara diletakkan, api itu akan padam. Dan bila dipegang, tentu akan membakar dirimu," Kata Rasulullah dengan mimik serius.

Para sahabat pun terdiam. Mereka membayangkan betapa di akhir zaman kelak keadaannya sangat mengerikan, sebab kebanyakan dari mereka telah terseret ajaran bid'ah dan membuang jauh-jauh sunnah Rasul.

Hidup mereka dipenuhi dengan nafsu syahwat dan keserakahan, sehingga mereka menghalalkan segala cara.

Memegang ajaran agama -diibaratkan nabi SAW – seperti memegang api yang membara, jika dipegang teguh akan mendapatkan cacian dan dijauhi teman-temannya, tapi bila dilepaskan agamanya akan hancur dan berakibat murka Allah SWT.

Para sahabat pun membayangkan betapa mulia nya orang-orang diakhir zaman nanti yang tetap memegang teguh ajaran agama, tanpa mempedulikan keadaan yang carut marut.

Para sahabatpun makin merasa prihatin dan ngeri lebih dalam begitu mendengarkan keterangan Rasulullah tentang manusia akhir zaman – sebagaimana diriwayatkan ibnu Abbas- dengan sabdanya, "Di akhir zaman nanti akan datang sekelompok manusia yang wajahnya manusia , tapi hatinya setan.

Sifat mereka sangat buas seperti harimau, tidak terbersit sedikitpun dalam hatinya rasa kasih sayang, suka membunuh, dan biasa melakukan perbuatan kotor. Bila didekati mereka mencintaimu. Tapi bila dijauhi mereka mengumpat dan membencimu.

Bila dipercaya mereka khianat. Anak-anak kecil dilingkungan mereka sudah terbiasa berhutang, remajanya sudah bejat moralnya, sedangkan yang sangat jahat Mereka tidak mau lagi melaksanakan Amar makruf nahi Munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan)."

Belum sempat sahabat bertanya, Rasulullah SAW telah menandaskan lagi sabdanya, "Siapa orang yang memuji dan memuliakan mereka akan menjadi orang yang hina, dan siapapun yang meminta sesuatu kepada mereka akan menjadi orang fakir.

Sebab yang mereka tegakkan adalah yang Bid'ah. Dan yang mereka jauhi adalah yang sunnah Rasul.

Ketika keadaan sudah demikian, maka Allah menguasakan mereka kepada pemimpin yang jahat, dan doa mereka tidak lagi dikabulkan Allah." Islampos.


CanangLahnie.

" Minyak Untuk Orang Kaya RON97 Turun 20 Sen Tengah Malam Ini. Terima Kasih BN, Rakyat Marhaen Tetap Derita "

Posted: 18 Nov 2014 06:15 PM PST


Mungkin berita baik untuk rakyat malaysia apabila minyak RON97 akan diturunkan mulai pukul 12 malam ini.

Harga baru yang akan dijual pada malam ini adalah RM2.55sen seliter berbanding sebelum ini Rm2.77sen seliter, manakala RON95 masih kekal pada harga RM2.10 seliter

Harga baru ini berikutan harga minyak dunia sekarang telah jatuh dengan begitu ketara sekali iaitu USD79 setong.

Mudah-mudahan ini adalah pertanda baik untuk minyak RON95 juga diturunkan kerana hampir 90% kenderaan berasaskan petrol di Malaysia mengunakan RON95.

Harga baru bahan api berkenaan mulai tengah malam ini ialah RM2.55 sen seliter berbanding RM2.77 sen buat masa ini.

Pengumumman itu dibuat Kementerian Kewangan petang tadi pada satu pekiling yang dikeluarkan.

 

Polis Thailand Keluar Waran Tangkap Kes Organ Manusia

Posted: 18 Nov 2014 05:30 PM PST


Polis Thailand Keluar Waran Tangkap Kes Organ Manusia  Pegawai polis Thai menunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok semalam, anggota badan manusia yang dijumpai di dalam bungkusan yang cuba dihantar oleh dua rakyat Amerika Syarikat balik ke negara mereka. - Foto Reuters  BANGKOK: Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap dua rakyat Amerika Syarikat (AS) yang cuba untuk mengirim kepala bayi, kaki dan anggota tubuh manusia yang diawetkan ke AS atas alasan objek itu dicuri dari muzium perubatan di negara itu.  Kes itu mendapat perhatian antarabangsa apabila polis Thailand meminta kerjasama pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan dua warga AS berkenaan yang mengembara ke negara jiran terbabit pada Ahad dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pula membantu dengan siasatan di AS.  Polis menyoal siasat Ryan McPherson, 31 dan rakannya, Daniel Tanner, 33, pada hujung minggu lalu di Bangkok tetapi membebaskan mereka dan membenarkan pergi ke Kemboja.  Bagaimanapun, Ketua Biro Penyiasatan Polis Bangkok, Mejar Jeneral Sombat Milintachinda berkata, perkembangan terbaharu yang muncul selepas pemergian mereka menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap berdasarkan dakwaan mencuri, memiliki barangan curi dan membuat pengisytiharan palsu barangan dalam dokumen penghantaran perkapalan.  "Bukti yang kami kumpul mendapati mereka sama ada mencuri organ manusia itu atau mereka beli dari orang lain. Kami perlu menahan mereka untuk soal siasat lanjut," katanya. - AP    Posted by Jeebond BLM

Pegawai polis Thai menunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok semalam, anggota badan manusia yang dijumpai di dalam bungkusan yang cuba dihantar oleh dua rakyat Amerika Syarikat balik ke negara mereka. - Foto Reuters

BANGKOK: Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap dua rakyat Amerika Syarikat (AS) yang cuba untuk mengirim kepala bayi, kaki dan anggota tubuh manusia yang diawetkan ke AS atas alasan objek itu dicuri dari muzium perubatan di negara itu.

Kes itu mendapat perhatian antarabangsa apabila polis Thailand meminta kerjasama pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan dua warga AS berkenaan yang mengembara ke negara jiran terbabit pada Ahad dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pula membantu dengan siasatan di AS.

Polis menyoal siasat Ryan McPherson, 31 dan rakannya, Daniel Tanner, 33, pada hujung minggu lalu di Bangkok tetapi membebaskan mereka dan membenarkan pergi ke Kemboja.

Bagaimanapun, Ketua Biro Penyiasatan Polis Bangkok, Mejar Jeneral Sombat Milintachinda berkata, perkembangan terbaharu yang muncul selepas pemergian mereka menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan waran tangkap berdasarkan dakwaan mencuri, memiliki barangan curi dan membuat pengisytiharan palsu barangan dalam dokumen penghantaran perkapalan.

"Bukti yang kami kumpul mendapati mereka sama ada mencuri organ manusia itu atau mereka beli dari orang lain. Kami perlu menahan mereka untuk soal siasat lanjut," katanya. - AP



Posted by Jeebond BLM

1MDB: Najib dan barisannya patut berundur atau diundurkan 'instantaneously'

Posted: 18 Nov 2014 04:45 PM PST

 
Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya.

Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini.

Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan 'seriousness' untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar yang di selangi oleh lawak-lawak jenaka bodoh oleh pelawak yang datang dari seluruh negara.

Banyak resolusi dan ketetapan telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.

Adakah perhimpunan kali ini masih seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk tangan diatas kepala masing-masing?

Adakah perhimpunan seperti dahulu juga, yang tiada mempunyai 'substance' yang boleh membawa perbezaan dari sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?

Jika benar perhimpunan agong itu membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah ini?

Jika perhimpunan ini benar-benar menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah?

Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan lain.

Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang menghimpit UMNO kini. Bolehkah perhimpunan kali ini menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja.

Perhimpunan agong parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan mereka sahaja.

Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu.

Selebar manakah 'variation' di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut dan dijawab oleh pimpinan parti itu dalam perhimpunan itu.

Apakah asas-asas yang mewajarkan usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling 'controversial' itu di Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai 'equity value' yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan 'mitigations' yang betul dari tindakan pemimpin yang 'deceitful' seperti Najib dan rakan-rakan yang menyokong beliau.

Saya bersetuju dengan pandangan ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana pelaburan 1MDB dalam bidang 'equity' ini merupakan pelaburan yang tersangat tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.

Inilah yang di ceburi oleh kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.

Saya mempunyai sedikit minat untuk menulis tentang isu ini, kerana ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan dan kita semua akan menjadi mangsa 'devilish leaders' yang kita ada hari ini.

1MDB ini merupakan 'financial scandal' yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat untuk melakukan 'scandal' besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB ini.

Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.

Kita lihat nanti dalam perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di (high table) dihadapan mereka nanti.

Kita akan memerhati situasi dalam perhimpunan agong tahunan UMNO, parti yang kian reput dari hari ke hari itu.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

GENG SPEK HITAM...

Posted: 18 Nov 2014 04:00 PM PST

Sebenarnya Yong amat tidak menyokong perbuatan mengedit wajah manusia serupa orang lain atau haiwan atas tujuan menghina.


Tapi pendirian Yong tidak sama dengan geng spek hitam ini:

ADA YANG SPEK MERAH?

Geng spek hitam membuat laporan polis...

Gasak demerlah nak buat laporan...Demer kan sedang menjaga martabat Malaysia.

Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, nama NGO itu...

Tetapi masa wajah TGNA dan Anwar Ibrahim diedit dengan berbagai-bagai bentuk, tidak pula demer buat laporan polis. Macamle TGNA dan Anwar Ibrahim tu bukan orang Melayu, rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tak perlu buat jalinan muhibbah agaknya.

********************

Yang ini taknak buat laporan polis?

MANA DUIT MALAYSIA?

Syarikat Malaysia rugi berpuluh billion tidak jejaskan martabat Malaysiakah?

Jauh bezanya pendirian Yong dengan geng spek hitam...


KOLEKSI GAMBAR ISTERI DATO TERLAJAK LARIS YANG CANTIK JELITA

Posted: 18 Nov 2014 03:28 PM PST


Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita3 
 
Pengasas produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 27, mempunyai seorang isteri jelitawan bernama Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Sejak berkahwin, mereka telah dikaruniakan dua cahayamata iaitu Qadejah Eh Zahra, 4, dan Ibraheem Adham, 2. Mereka kini menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berikut ialah 16 keping foto wajah terkini isteri Datuk Terlajak Laris yang amat cantik.

Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita2
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita1
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita7
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita8
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita12
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita4


Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita5
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita13
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita6
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita11
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita14
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita15
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita16
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita10
Kolekasi gambar isteri Dato Terlajak Laris paling jelita9

Kerajaan Umno@Bn tanggung hutang 1MDB hampir RM20 bilion ??

Posted: 18 Nov 2014 08:00 AM PST


Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menggangarkan Kerajaan menangung hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) hampir RM20 billion.

RafiziMenurutnya, kerajaan menanggung hutang RM9.7 bilion sekiranya syarikat pelaburan itu tidak dapat melunaskan hutang mereka.

Ia katanya termasuk jaminan nyata kerajaan sebanyak RM5.8 billion yang diakui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Selain itu, kerajaan juga menanggung hutang anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd sebanyak RM4 bilion di mana hutang ini diperoleh dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dijamin kerajaan.

"Daripada ketiga-tiga hutang yang diambil oleh 1MDB ini sahaja, jelas Putrajaya berhadapan dengan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion.

"Ini tidak termasuk baki hutang-hutang lain yang jumlah keseluruhannya mencecah RM42 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 yang matlamatnya belum diketahui umum," kata Rafizi pada satu sidang media di Parlimen hari ini.

Oleh sebab itu katanya, rakyat perlu dimaklumkan risiko tanggungan kewangan yang dihadapi Kerajaan Persekutuan yang kini mencecah sekurang-kurangnya RM20 bilion terutamanya mengambil kira prestasi operasi dan kewangan yang ditunjukkan 1MDB setakat ini.

"Dalam keadaan 1MDB tidak boleh menyatakan pun ke mana perginya dana-dana yang memberi tanggungan kewangan besar berjumlah RM20 bilion ini kepada syarikat, sudah tentu rakyat berhak berasa bimbang.

"Jumlah RM20 bilion boleh membina sekurang-kurangnya 40 hospital di seluruh negara. Ia juga boleh membuka sekurang-kurangnya 15 universiti awam baharu.

"Jika dilabur dengan baik, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu berhadapan dengan tindakan yang membebankan mereka," ujarnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

"rasanya macam nak 'buat' anak." -Shahrizat Gamatkan Sidang Di India. - Posted by Ibnu Hasyi

Posted: 18 Nov 2014 07:15 AM PST

 Tuesday, November 18, 2014.  "rasanya macam nak 'buat' anak." -Shahrizat Gamatkan Sidang Di India.  Posted by Ibnu Hasyim  Shahrizat gamatkan persidangan di India....  Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati anggota perwakilan satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang.  Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara lebih 10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 Shahrizat gamatkan persidangan di India....

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati anggota perwakilan satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara lebih 10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 "Nehru's Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment." 

(Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan)
Sebelum itu, anggta perwakilan kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau.

"Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah... rasanya macam nak 'buat' anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya. 

Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya," katanya kepada pengerusi sesi itu, yang menyebabkan para anggota perwakilan ketawa.

Dengan kata-kata pembuka bicara yang menarik itu, beliau meneruskan ucapannya: "Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat. 

Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. 

Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal."

Setelah anggota perwaklan kembali cergas, Shahrizat memperkatakan mengenai Jawaharlal Nehru, perdana menteri pertama India yang memberi sumbangan besar kepada dunia termasuk memperkasakan wanita.

"Saya dapati Encik Nehru mahukan wanita supaya memainkan peranan mereka sebagai warganegara yang saksama dalam pembangunan negara. Tidak seperti di Barat, wanita di India mendapat hak untuk mengundi pada masa yang sama dengan lelaki.

"Sama juga bagi wanita Malaysia yang bertuah kerana Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman berkata 'Sebelum kita berjuang untuk kemerdekaan negara, kita mesti berjuang untuk kebebasan wanita kita'." Shahrizat berkata sesuai dengan semangat Nehru, wanita di Malaysia telah dapat menceburi pelbagai sektor.

"Wanita juga adalah rakan pintar bagi lelaki dalam membangunkan negara, seperti mana yang berlaku di India. 

Kami di Malaysia mengamalkan demokrasi inklusif yang memperkasakan terutamanya golongan muda dan wanita,"kata Shahrizat sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada anggota perwakilan wanita.

Naib Presiden Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi, turut memuji ucapan Shahrizat. "Saya lihat anggota perwakilan wanita memberi tepukan gemuruh. Saya berharap anda mendapat banyak sokongan dalam segala-galanya (yang anda lakukan). Jika mereka tidak (berikan sokongan), anda boleh datang ke sini," katanya dalam nada seloroh.

Pada akhir sesi itu, para anggota perwakilan bergilir-gilir memuji Shahrizat. Seorang anggota perwakilan berkata: "Ucapan anda menyegarkan... hilang rasa mengantuk kami."

Seorang lagi anggota perwakilan pula berkata: "Saya akan menjemput anda menghadiri perhimpunan pilihan raya saya yang akan datang."


- Bernama

'Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk mansuh Akta Hasutan'

Posted: 18 Nov 2014 06:30 AM PST


'Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk mansuh Akta Hasutan'  Akta Hasutan 1948 tidak memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dipinda atau dimansuhkan, kata Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Datuk Dr Denison Jayasooria.  Katanya, isu itu mungkin dibangkitkan sebagai satu percubaan sengaja untuk memutarbelitkan hujah-hujah sama ada untuk mengekal atau memansuhkan akta itu.  Beliau berkata, ada kumpulan tertentu yang menyasarkan masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi institusi beraja.  "Mereka (kumpulan ini) tidak memberi hujah penuh," kata Denison (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menjadi moderator perbincangan meja bulat mengenai Akta Hasutan semalam.  Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Aziz Abdul Rahman baru-baru ini.  MPM, yang menggesa Akta Hasutan dikekalkan atau diperbaiki, dilaporkan berkata persetujuan Majlis Raja-Raja adalah perlu sebelum akta itu boleh dipinda atau dimansuhkan.  Aziz dilaporkan berkata ramai orang bercakap tentang memansuhkan Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun daripada mereka bercakap tentang Perkara 159 (5).  Perkara 159 (5) menyebut bahawa sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.  Mengulas perkara itu, Denison berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, hanya beberapa peruntukan perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, dan Akta Hasutan bukan sebahagian daripada perlembagaan.  - mkini    Posted by Jeebond BLM
Akta Hasutan 1948 tidak memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dipinda atau dimansuhkan, kata Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Datuk Dr Denison Jayasooria.

Katanya, isu itu mungkin dibangkitkan sebagai satu percubaan sengaja untuk memutarbelitkan hujah-hujah sama ada untuk mengekal atau memansuhkan akta itu.

Beliau berkata, ada kumpulan tertentu yang menyasarkan masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi institusi beraja.

"Mereka (kumpulan ini) tidak memberi hujah penuh," kata Denison (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menjadi moderator perbincangan meja bulat mengenai Akta Hasutan semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Aziz Abdul Rahman baru-baru ini.

MPM, yang menggesa Akta Hasutan dikekalkan atau diperbaiki, dilaporkan berkata persetujuan Majlis Raja-Raja adalah perlu sebelum akta itu boleh dipinda atau dimansuhkan.

Aziz dilaporkan berkata ramai orang bercakap tentang memansuhkan Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun daripada mereka bercakap tentang Perkara 159 (5).

Perkara 159 (5) menyebut bahawa sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Mengulas perkara itu, Denison berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, hanya beberapa peruntukan perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, dan Akta Hasutan bukan sebahagian daripada perlembagaan.
- mkini

Posted by Jeebond BLM

DATIN VIE FAIL PENGESAHAN LAFAZ CERAI

Posted: 18 Nov 2014 05:45 AM PST


Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

 


Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana  saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.

VIDEO - MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem.

Posted: 18 Nov 2014 05:00 AM PST


Selasa, 18 November 2014 MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Pertahanan Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Lensa laman sosial: Satu nombor, dua kenderaan? Oleh: AFIX REDZUAN

Posted: 18 Nov 2014 04:15 AM PST

SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.
 
Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.
Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.
duplicate 2Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.
Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.
Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).
Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.
Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.
1467344_774438825956471_3027555485420604218_nKatanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.
Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.
Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.
Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.
duplicate 3Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.
Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.
Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.
-NFN-

Budak-Budak Darjah Bermain Air Banjir ??

Posted: 18 Nov 2014 03:30 AM PST





Sekolah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu. Siap angkat tangan berseronok sakan budak-budak ni dengan banjir. Budak-budak semua pun memang faham tahu nak seronok saja tanpa menghiraukan bahaya yang bakal menimpa.

Yang menghairankan admin ialah tidak nampak ada peranan guru disini. Sepatutnya mereka-mereka ini dilarang daripada bermain air banjir. Kalau diperhatikan memanglah air setakat lutut sahaja tetapi tidak mustahil budak-budak bermain sehingga menghampiri parit yang sudah pasti cukup untuk menenggelamkan mereka.
Faham murid terlalu ramai untuk diawasi. Tapi dimana ada kemahuan disitu ada cara.
 
 
Tikaqbuloh.blogspot.

Pas Semakin Galak Desak DAP Tinggalkan PR....???

Posted: 18 Nov 2014 02:45 AM PST

 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

"Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan," kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankantindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.

Posted by Jeebond BLM.

Kisah Polis Yang Baik Hati Dan Bertanggung Jawab ?

Posted: 18 Nov 2014 02:00 AM PST

 
Di bawah adalah kisah di luar negara Tetapi ini kisah di tempat kita, Malaysia Di dalam negara juga ada ramai polis yang berhati mulia macam ni.

Saya kisahkan cerita dari kawan saya yang rumahnya di rompak di Bandar Jengka Pusat satu ketika dulu. Malam itu rumah beliau dirompak oleh 3 orang perompak yang berdialek Indon 

Beliau dan isteri diikat dan semua barang berharga disapu termasuklah tabung anak beliau yang ketika itu masih di dalam sekolah rendah yang mengandungi lebih kurang RM70.00 hasil simpanan harian lebihan belanja sekolah. 

Bila polis tiba untuk pemeriksaan forensik dan sebagainya, Ketua Polis Daerah Maran kalau tak silap saya bertanyakan anak kawan saya tadi berapa banyak duitnya di dalam tabung yang hilang. 

Melihatkan muka anak kawan saya yang masih takut dan kecewa, Ketua Polis tadi langsung menyeluk poket dan menggantikan duit tabung yang telah dirompak itu. Dan cerita akhirnya saya dimaklumkan ketiga-tiga perompak tersebut ditembak mati di satu sekatan jalan raya. 

Saya dah lupa di mana kejadian tembak itu berlaku. Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri Foto: copyright Kfor.com. Vemale.com - Bagi Weaver, basikalnya adalah benda yang paling ia sayangi. 

Kanak-kanak berusia 13 tahun ini menunggang basikalnya ke sekolah, dan ke tempat-tempat yang baginya menyenangkan. Namun dia sangat sedih ketika beberapa waktu yang lalu, bsikalnya dicuri orang. Ingin mendapatkan kembali basikalnya yang telah dicuri, Weaver melaporkan kehilangannya ke balai polis terdekat. "Ketika seseorang mencurinya dariku, seorang jiran mengatakan bahawa aku harus melaporkan pencurian tersebut," ungkap Weaver, seperti dilansir kfor.com.
 
Gambar Weaver dan John, polis yang baik hati. | copyright Kfor.com Weaver lantas membuat laporan di balai polis Oklahoma. Seorang polis bernama John Idlett menerima laporan kanak-kanak itu dengan baik. Dan yang mengejutkan, John tidak hanya menerima dan menindaklanjuti pelaporan itu sebagaimana mestinya. 

Polis ini tahu bahawa bsikal itu sangat penting ertinya bagi Weaver, kerana itu John kemudian membeli sebuah basikal baru dan menghantarkannya ke rumah kanak-kanak itu. 

Keluarga Weaver sangat terkejut sekaligus gembira. Mereka sangat bersyukur polis yang bertugas mengamankan daerah mereka ternyata sangat bertanggung jawab dan menganggap pencurian tersebut adalah tanggung jawabnya.

Alangkah indahnya dunia ini bila semua orang memiliki kebaikan hati serta tanggung jawab seperti yang dimiliki oleh John sang polis, terutama para pejabat yang pekerjaannya melayani masyarakat luas. - via indah.com
 
Posted by mountdweller.
Kisah Polis Yang Baik Hati Dan Bertanggung Jawab Di bawah adalah kisah di luar negara Tetapi ini kisah di tempat kita, Malaysia Di dalam negara juga ada ramai polis yang berhati mulia macam ni Saya kisahkan cerita dari kawan saya yang rumahnya di rompak di Bandar Jengka Pusat satu ketika dulu. Malam itu rumah beliau dirompak oleh 3 orang perompak yang berdialek Indon Beliau dan isteri diikat dan semua barang berharga disapu termasuklah tabung anak beliau yang ketika itu masih di dalam sekolah rendah yang mengandungi lebih kurang RM70.00 hasil simpanan harian lebihan belanja sekolah. Bila polis tiba untuk pemeriksaan forensik dan sebagainya, Ketua Polis Daerah Maran kalau tak silap saya bertanyakan anak kawan saya tadi berapa banyak duitnya di dalam tabung yang hilang. Melihatkan muka anak kawan saya yang masih takut dan kecewa, Ketua Polis tadi langsung menyeluk poket dan menggantikan duit tabung yang telah dirompak itu. Dan cerita akhirnya saya dimaklumkan ketiga-tiga perompak tersebut ditembak mati di satu sekatan jalan raya. Saya dah lupa di mana kejadian tembak itu berlaku. Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri Foto: copyright Kfor.com. Vemale.com - Bagi Weaver, basikalnya adalah benda yang paling ia sayangi. Kanak-kanak berusia 13 tahun ini menunggang basikalnya ke sekolah, dan ke tempat-tempat yang baginya menyenangkan. Namun dia sangat sedih ketika beberapa waktu yang lalu, bsikalnya dicuri orang. Ingin mendapatkan kembali basikalnya yang telah dicuri, Weaver melaporkan kehilangannya ke balai polis terdekat. "Ketika seseorang mencurinya dariku, seorang jiran mengatakan bahawa aku harus melaporkan pencurian tersebut," ungkap Weaver, seperti dilansir kfor.com. Gambar Weaver dan John, polis yang baik hati. | copyright Kfor.com Weaver lantas membuat laporan di balai polis Oklahoma. Seorang polis bernama John Idlett menerima laporan kanak-kanak itu dengan baik. Dan yang mengejutkan, John tidak hanya menerima dan menindaklanjuti pelaporan itu sebagaimana mestinya. Polis ini tahu bahawa bsikal itu sangat penting ertinya bagi Weaver, kerana itu John kemudian membeli sebuah basikal baru dan menghantarkannya ke rumah kanak-kanak itu. Keluarga Weaver sangat terkejut sekaligus gembira. Mereka sangat bersyukur polis yang bertugas mengamankan daerah mereka ternyata sangat bertanggung jawab dan menganggap pencurian tersebut adalah tanggung jawabnya. Alangkah indahnya dunia ini bila semua orang memiliki kebaikan hati serta tanggung jawab seperti yang dimiliki oleh John sang polis, terutama para pejabat yang pekerjaannya melayani masyarakat luas. - via indah.com Posted by mountdweller a

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Pemberian 'Golden Handshake' RM2.6 Juta Disiasat

Posted: 18 Nov 2014 01:15 AM PST

Isu Pampasan RM2.6 juta, Khusrin Siasat Khusrin?

PETALING JAYA: Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang juga salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI berkata, pihaknya sudah memulakan siastaan berhubung aduan terhadap pembayaran itu.

Dua lagi ahli lembaga pengarah MBI ialah Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Kami akan siasat dan ambil tindakan," katanya mengulas mengenai kekecohan terhadap pembayaran pampasan yang didakwa mambabitkan kira-kira 2.3 peratus daripada rizab MBI berjumlah RM112 juta.

Pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar.

Sumber berkata, malah enam ahli exco yang dipecat oleh Abdul Khalid diberi pampasan berjumlah 17.5 peratus daripada gaji terakhir yang didarab dengan bilangan perkhidmatan mereka.

"Dalam kes pembantu bekas menteri besar, sistem pengiraan yang sama digunakan namun dalam kadar yang tinggi," kata sumber itu.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa'ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

"Tiada siapa yang pertikaikan apabila bekas exco terima pampasan.

"Tapi kenapa persoalan hanya timbul apabila membabitkan orang-orang Khalid," kata sumber itu lagi. -mstar

ULASAN GB

Khusrin ialah salah seorang daripada tiga ahli lembaga pengarah MBI yang luluskan pampasan. Sekarang Khusrin yang sama nak siasat ahli lembaga pengarah MBI! Logikkah begitu?

Kedua, hendak dipersoal dan disamakan dengan bekas exco yang terima pampasan. Bekas exco-exco itu adalah wakil rakyat dan telaah dipecat oleh TSKI, wajar diberikan pampasan. Berbanding dengan lapan orang pembantu bekas Menteri Besar Selangor. Mereka dikatakan meletak jawatan secara sukarela semata-mata kerana TSKI sudah tidak jadi Menteri besar lagi. Mereka tidak dipilih oleh rakyat, tiba-tiba nak dibayar pampasan dengan wang rakyat!

Arahkan segera supaya kesemua yang terima pampasan itu pulangkan semula wang rakyat Selangor. 



Kelab Greenboc

Dia Lupa Akan Kuasa Allah SWT ??

Posted: 17 Nov 2014 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR 17 Nov - Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. 
 
Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

"Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya.

Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo?

"Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo. 
 
Jika bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX Anwar Ibrahim?

"Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas.

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau. http://www.rakyatnews.my