Jumaat, 17 Oktober 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tarif air naik: Hadi, puak UG punya pasal

Posted: 17 Oct 2014 02:52 PM PDT

Oleh: WEBMASTER
Akibat sikap terlalu mempertahankan Khalid Ibrahim dalam krisis Selangor, rakyat negeri itu menerima padah apabila perjanjian Langat II yang didedahkan MB Azmin Ali semalam, bakal menaikkan kos air mentah daripada 1 sen per kubik meter kepada 10 sen yang akan dibayar kepada kerajaan Pahang sebaik sahaja loji Langat beroperasi.

Kos air mentah naik 90 peratus, tentulah kos air yang diproses akan melambung. Kerajaan Persekutuan sengaja menaikkan kos membina loji Langat II melalui teknologi sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC). Teknologi tersebut hanya digunakan untuk merawat air dari sungai yang tercemar teruk, iaitu pada tahap empat. Namun air sungai Pahang tidak tecemar dan tidak memerlukan belanja tinggi bagi merawatnya.

Perjanjian tergesa-gesa

Perjanjian air ditandatangani kerajaan BN dan Khalid Ibrahim ketika PKR sedang berusaha keras menukar MB yang dilihat condong kepada BN dalam mengendalikan proses penstrukturan industri air Selangor.

Salah satu daripada dua perjanjian pembinaan loji Langat II ditandatangani pada hari raya kelima Aidilfitri lalu.

Biasanya pegawai-pegawai tinggi di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bercuti untuk seminggu berhari raya. Namun kerana kerajaan BN terdesak untuk meneruskan rancangan Langat II - ketika Khalid Ibrahim hampir digantikan oleh Dr Wan Azizah - perjanjian terpaksa disediakan pada hari  cuti perayaan. Perjanjian tergesa-gesa ini mengandungi pelbagai mark up harga yang biasa dilakukan oleh BN untuk menolong kroni. Projek Langat II yang pada asalnya dianggar bernilai RM2 bilion kini dispekulasikan meningkat kepada lebih RM3 bilion.

Kesemua kos ini akan dimasukkan ke dalam bil air yang bakal ditanggung oleh pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. PKR dan DAP membantah perjanjian yang dilakukan secara senyap-senyap oleh Khalid Ibrahim itu. Namun PAS tidak membantah, malah merekalah penyokong kuat kepada usaha merompak wang rakyat Selangor ini.

Hadi mempertahankan Khalid habis-habisan. Sanggup mencaci Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sanggup tidak lagi bersemuka dengan pemimpin DAP. Puak UG dalam PAS seperti Tantawi bersungguh-sungguh membela Khalid, mewujudkan NGO Gerak 2.0. Anak Nik Aziz, Nik Abduh berhari-hari menyediakan hujah menghentam puak Anwarisme, Erdogan dan siapa sahaja yang pro Pakatan dalam PAS.

Sekarang di manakah mereka? Dulu berucap berapi-api mempertahankan polisi Khalid. Apabila tarif air dikhabarkan akan naik di manakah mereka? Mengapakah mereka tidak meneruskan usaha memberi penjelasan bahawa polisi Khalid Ibrahim adalah yang terbaik buat Selangor?

Inilah kerja konspirasi ahli politik PAS dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyusahkan hidup rakyat Selangor. Mereka bukan anak jati Selangor tetapi akibat campurtangan mereka, rakyat Selangor menderita. Zaharuddin @ Din Ayam menantu Hadi Awang boleh pulang ke Terangganu selepas mendapat laba dan saham dari Kumpulan Perangsang Bhd , Tantawi boleh balik ke Pahang dengan senang hati, abang Raja Petra warganegara United Kingdom yang rapat dengan sepupunya sultan Selangor dan menjadi orang penting di GLC Selangor boleh pulang ke British. Tetapi rakyat Selangor tiada tempat hendak lari dan terpaksa menanggung kos berbilion ringgit daripada kerja-kerja busuk sekumpulan oportunis tersebut.

Inilah akibatnya politik Islam disalahgunakan. Islam mengajar agar pemimpin memimpin untuk kebajikan  umat. Namun politik yang diamal oleh puak UG PAS ini tidak ada ubahnya dengan polisi Umno. Mereka berkomplot merompak duit rakyat melalui kenaikan tarif.

Apa yang diamalkan puak UG ini bukan politik Islam tetapi politik yang mengikut hawa nafsu. Tiada guna Dewan Ulama dan para ustaz PAS bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid tetapi berakhir dengan kenaikan kos.

Rakyat Selangor tidak reda dengan komplot politik PAS yang menyusahkan hidup mereka. Penulis yang merupakan anak kelahiran Selangor, membesar dan menetap di Selangor amat marah dengan cara berpolitik golongan agamawan ini.

Penulis mencadangkan sebagai hukuman Hadi, Tantawi, Nik Abduh perlu mendermakan gaji ahli parlimen mereka ke dalam tabung khas bagi menyerap kenaikan tarif air Selangor. Begitu juga Zaharudin dan abang Raja Petra yang rapat dengan istana Selangor dan didakwa telah menggagalkan usaha PKR menghalang perjanjian Langat II apabila sultan dinasihati agar terus membenarkan Khalid Ibrahim mentadbir negeri meskipun Dr Wan Azizah telah memperolehi majoriti 30 kerusi DUN pada 14 Ogos lalu.

Semua komplot pemimpin PAS ini perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka. PAS Selangor wajar memikul tanggungjawab menggantikan mereka dalam pemilihan parti itu pada tahun hadapan. Sekiranya gagal maka rakyat Selangor tawar hati untuk mengundi pemimpin yang menaikkan kos hidup hanya untuk mempertahankan seorang MB yang dipecat daripada PKR.

Tarif air selangor mungkin naik, kos empangan tinggi

Posted: 17 Oct 2014 02:48 PM PDT

OLEH: Amirulmukminin
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu Selangor diberikan kuasa dalam membuat keputusan berhubung projek Langat 2.

Menurutnya, ini kerana pada masa kini kerajaan Persekutuan tidak membincangkan perincian teknikal projek loji rawatan air itu dengan Selangor.

Sebaliknya penglibatan kerajaan negeri adalah apabila kerajaan Persekutuan memohon untuk mengambil alih tanah di Hulu Langat dan dalam kebenaran merancang.

"Setelah kontraktor dilantik oleh kerajaan Persekutuan, barulah Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal loji rawatan air Langat 2 untuk fasa pertama. 

"Kerajaan negeri berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan.

"Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi," kata Azmin ketika membahaskan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memetik dua contoh tentang keterlebihan dalam projek tersebut.

Menurutnya, loji itu akan menggunakan teknologi dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).

"Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk. 

"Apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah?" tanya Azmin.

Beliau turut mempersoalkan peningkatan kos sebanyak sepuluh kali ganda apabila Langat 2 beroperasi dengan air daripada Sungai Semantan di Pahang.

"Kerajaan Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per isipadu meter kepada Pahang bagi bayaran air mentah tersebut.

"Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per kubik meter sahaja," katanya.

Menurutnya, peningkatan kos itu akhirnya pasti akan dipindahkan kepada pengguna yang terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MINAH DAH BUNTING

Posted: 17 Oct 2014 06:30 PM PDT



Taja Artis : Bukan Penjelasan Selebriti Yang Ditagih Tetapi Kumpulan Perubatan Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menghargai usaha Rozita Che Wan untuk memberikan penjelasan sebagai respons balas kepada isu tajaan rawatan bersalin oleh KPJ Ampang Puteri.

Namun begitu, yang dipersoalkan adalah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang menaungi Hospital Ampang Puteri bukanlah Rozita Che Wan. Mengapa KPJ masih berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan asas keputusan memberikan tajaan tersebut.

Maka, rakyat Johor tidak menagih penjelasan Rozita Che Wan tetapi jawapan konkrit daripada anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp) itu. KPJ perlu bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana JCorp dan KPJ adalah merupakan syarikat sayap pelaburan Negeri Johor.

Malah, sebelum ini beberapa keputusan pelaburan, perniagaan dan promosi yang dilakukan oleh JCorp telah menyebabkan kerugian besar termasuklah Amanah Saham Johor satu ketika dahulu. Sudah pastilah, rakyat negeri ini sebagai stakeholders tidak rasmi mempunyai hak untuk mengetahui asas keputusan tajaan tersebut.

Kepada Rozita Che Wan, SAMM Johor tidak berniat mempertikaikan rezeki yang diterima oleh bakal anaknya tetapi apalah salah kiranya Rozita Che Wan mempunyai sedikit jiwa yang besar dan menjadi seorang selebriti yang "Noble" dengan menolak pemberian KPJ ini, sebaliknya meminta KPJ membantu ramai lagi orang-orang susah yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan daripada mereka.

Hadzril Rizal
Penyelaras
SAMM Johor



---------

PAGI ESOK KOLUMPO KITO PUNYO

Posted: 17 Oct 2014 07:57 AM PDT







KUALA LUMPUR ZINE FEST 2014
Kuala Lumpur Zine Fest 2014 (KLZF14) bakal diadakan pada 18 Oktober 2014 di Dataran Undgrnd, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Acara ini diadakan dibawah acara utama iaitu Kuala Lumpur Writers and Readers Festival atau nama komersilnya Kolumpo Kita Punya!

Antara mereka yang akan berdagang di acara kali ini adalah penerbit-penerbit zine seperti Norifumi, Fragranfrantik, Psychotic Art Zine, Mosh dan lain-lain. Beberapa kolektif penerbit zine juga bakal turut serta seperti Geng Gelabah, 321 Go Create dan Serak-serak.

Disamping itu, pelbagai karya DIY/independen yang lain akan dijual seperti hasil seni, muzik dan juga pakaian. Kebanyakannya adalah hasil buah tangan pengusaha DIY tempatan.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik dan puisi dari artis-artis independen tempatan seperti The Mindless Show, Orkes Rakyat Tertindas, Jabatan Audio dan Petak Daud. 

MENGENAI KUALA LUMPUR ZINE FEST
KLZF kali ini adalah kali keempat penganjurannya. Ia mula diadakan pada tahun 2010, kemudian pada tahun 2012 dan 2013 di tempat-tempat yang berlainan. Sambutan untuk KLZF pada tahun lepas di MIA Arts Center sangat menggalakkan, jadi ia diteruskan tahun ini dan diharapkan berterusan di tahun-tahun mendatang.

APA ITU ZINE?

Zine merupakan publikasi amatur yang diterbitkan sendiri oleh penulis. Kebiasaannya ia dibuat dirumah dan dicetak/diperbanyak dengan menggunakan teknik yang murah seperti fotostet. Topik dan tema zine yang popular diketengahkan dalam zine-zine di Malaysia adalah seperti muzik, literature, puisi, politik dan komik.

Tarikh: 18 Oktober 2014
Tempat: Dataran Undrgrnd (bawah Dataran Merdeka)
Masa: 10 pagi-10 malam
Masuk percuma

Hubungi: 017-963-93-16 (Nizam)


atau 012-254-37-14 (Atiqah)



------------

LAGI HUDUD BERHUDUD

Posted: 17 Oct 2014 06:00 AM PDT






INI CONTOH HUKUM HUDUD




KULIAH RADIO BANGSAR
bangang punya pas..mbodo2kan org..satu dunia tahu saudi n qatar pbiaya Fsa. semua tahu askar amerika yg hilang dulu dijadikan pembebasan kpd 5 warga arab. kelima2 warga arab ni ada hukuman mati di saudi, kmudian ditawarkan pencen kpd familynya dgn syarat jd kepala taik fsa.warga amrika ditebus di us, di kelima2 warga arab itu ditebus di qatar.walhal mrk bukan warga qatar..hudud pe lancau..tak abis2 mbodokn org dgn hudud..kuliah rb(radio bangsar bukan RT) smlm mmg hebat..syabas..

ketika selangor ditgn umno, yg ada hnaya belly dancing halal utk ahli umno je. skrang selangor bwh pakatan, takkan ceramah ust don atau ust/ustz tv alhijrah je. takkan kuliah mhukum.syorkan lebih byk program mcm RB..kalo tak mampu, bg je RB buat..aku masih ingat satu ayat ketika di show pust komuniti suabngjya " jgn biarkan kemanisan anda dirampas". masa tu bro tt kata kalo tak paham2 gak maksudnya, lebihbaik jgn mgabiskan oksigen.. on BERHUDUD HUDUD DI HUDUD
Anonymous
on 10/17/14

KELUARGA RAJA 
Nak cakap pasal Qatar ... Keluarga Al-Thani tu pakai duit gas / minyak untuk konon2nya pembangunan negara kecik mereka serta songlap sebahagian besar duit itu dalam bentuk Qatar Foundation. Siapa chairwoman utk Qatar Foundation? Emak kepada Emir yg baru naik takhta tahun lepas tu lah. Kawan baik suami Mat Monggol tu. 

Qatar Foundation pakai duit utk mcm2 acara promosi termasuk menaja kelab bola Barcelona. Ada sekali tu bayar Pavarotti USD1.6 juta utk membuat persembahan singakt kat Qatar. Harga petrol kat Qatar tu baru QR 1.00 per liter walaupun mereka tidak memproses minyak yg digali / curi dari Iran tu. Cerita pasal minyak / gas yg di curi dari Iran ini menjadi perbalahan antara Iran dan Qatar dah lama.

 Qatar mengambil kesempatan mengerudi konon2nya mencari minyak di perairan negara dia tapi bila menggerudi tu boleh konar baring lak arah sempadan Iran. Selagi Iran masih tak stabil selagi itu Qatar mencuri gas / minyak Iran kat laut tu. Inilah negara Qatar pengamal hudud yg Kelantan on BERHUDUD HUDUD DI HUDUD
Suku Samdol
on 10/17/14










-----

PASMA MAKIN POP

Posted: 16 Oct 2014 08:46 PM PDT







Jangan tumpang nama parti,

kata PAS Terengganu kepada PasMa 

PAS Terengganu mencabar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

"Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-tumpang-nama-parti-kata-pas-terengganu-kepada-pasma#sthash.amm2Yu8s.dpuf


KAH KAH KAH

apa makna berita ini?
maknanya pasma
makin pop
maknanya pasma  
makin cool
maknanya pasma
jadi ikutan anak muda






---------------

PROGROM SEBELUM MASUK PENJARA

Posted: 16 Oct 2014 08:00 PM PDT





SEBELUM 

MASUK 

PENJARA


SOLIDARITI BERSAMA ANWAR IBRAHIM



21 Oktober 2014 (Selasa)
1) 3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
LOKASI : Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang
Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)
22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah
1) 12 .00 tghari - Sambutan Rumah Terbuka Deepavali
Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang
LOKASI : No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4 ,
Batu Kawan, Pulau Pinang




2) 7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah
Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau
LOKASI : Jalan 5 , Cinta Sayang Resort Home ,
Sg Petani, Kedah
3) 8.00 - 12.00 mlm – Himpunan Solidarity Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani
(Depan Hospital Lama, Sg Petani)
4) 9.00 - 12.00 mlm - Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
Bersama: YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu
23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak
1) 12.00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pulau Pinang
LOKASI : Dewan Jubli Home, Sg Dua, Pulau Pinang
2) 2.00 ptg - Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk
Yb Lee Khai Loon
LOKASI: Pusat Perniagaan Alma
3) 5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
LOKASI: MH Hotel, Ipoh
4) 7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
LOKASI: Kediaman M Tinagaran, No 1, Jalan Bandar Baru 3,
Bandar Baru Tambun
5) 9.00 - 12.00 mlm - Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Batu 3, Temoh, Tapah, Perak
24 Oktober 2014 (Jumaat) - Terengganu
1) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Dataran Pulau Warisan, Kampong China,
Kuala Terengganu
25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang
1) 9.00- 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Pusat Khidmat PKR Cabang Maran,
Taman Bandar Baru Permai 2,
Maran , Pahang
26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor
1) 6.30 - 9.30 mlm – Majlis Makan Malam
LOKASI: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah
2) 8.00 – 11.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka
(Belakang CIMB)
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor
27 Oktober 2014 (Isnin) – Selangor
1) 7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
LOKASI : Kediaman  Anwar Ibrahim, Bukit Segambut,
2) 7.00 - 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
LOKASI : Dewan Civic MPPJ, Petaling Jaya
TEATER : BILIK KABINET
3) 8.30 - 12.00 mlm – Himpunan Perdana Solidariti Bersama
 Anwar Ibrahim
LOKASI : Stadium MPSJ 3K,
Jalan SS 13/1e, Subang Jaya, Selangor
TURUT BRSAMA :
YAB AZMIN ALI
YAB LIM GUAN ENG
SDR MAT SABU 

DAN PIMPINAN UTAMA PAKATAN RAKYAT

--------

KAH KAH KAH PAGI JUMAAT

Posted: 16 Oct 2014 07:49 PM PDT








MINTA MAAF
jika menggangu selera makan
minta maaf jika terganggu
hujung minngu
KAH KAH KAH

BERITA TIPU MELAYU

Posted: 16 Oct 2014 07:18 PM PDT





KOMENTAR
apa makna berita ini?

berita ini bertujuan
untuk menipu pembaca
menipu?
bagaimana menipu?

berita ini dipaparkan
untuk menggambarkan sprm
menjalankan tugas
bukan makan gaji buto
juteru sekali sekala
wajib ada tangkapan
sekali sekala wajib ada dakwaan

ini mondus operandi
ini cara kerja sprm

jadi yang dijadikan mangsa
ialah kes 300 ringgit
yang di jadikan contoh
ialah kes 900 rinngit
korpral pow mat rempit
pekerja dbkl pow warung tak berlesen

rasuah berjuta juta
saperti 250 juta hilang
dalam kandang lembu shahrizat
tidak ada dakwaaan

rasuah 645 juta ringgit pkfz
tak jadi apa apa

rasuah kapal selam scorpene
termasuk altantuya di bunuh
tak jadi apa apa

inilaha dia contoh
negara ketuanan melayu

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Dua anggota polis dan dua pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan...
JOHOR BAHRU 16 Okt. - Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM900 untuk melepaskan tiga lelaki yang disyaki...

  • Mengapa SPRM senyap tentang Skandal PKFZ, Rakyat ...

    maidoali.wordpress.com/.../mengapa-sprm-senyap-ten...
    Translate this page
    Nov 9, 2009 - Ini bermakna wang rakyat sebanyak RM645 juta hilang begitu sahaja. ...Berapa banyak pula duit rakyat yang sudah dilesapkan kalau seluruh ...
  • PKFZ | maidoali.wordpress.com

    maidoali.wordpress.com/tag/pkfz/
    Translate this page
    Dec 14, 2009 - Posts about PKFZ written by admin. ... Ini bermakna wang rakyat sebanyak RM645 juta hilang begitu sahaja. ... Berapa banyak pula duit rakyat yang sudah dilesapkan kalau seluruh projek PKFZ yang bernilai lebih RM7 ...
  • Detikdaily - Angkara siapa semua ni ha!

    www.detikdaily.net/v6/modules.php?name...file... - Translate this page
    Feb 6, 2010 - Masa BN dulu berapa ramai Melayu telah lari ke Tanah Besar . ... buat pilihanraya, aku masih disokong rakyat, lepas tu enjin hilang ke, PKFZ berulang ke ... defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, ...
  • Tak Nak BN - RM12 bilion duit PKFZ hilang kita diamkan,...

    https://www.facebook.com/permalink.php?id...
    Translate this page
    RM12 bilion duit PKFZ hilang kita diamkan, mahkamah pun kata tiada yg ... Sathish Sreedharan Nair asalkan orang BN pasti boleh lepas !!..semua ada share juta juta mah ! ... Mahmud Awang berapa 12 billion? sikit tu mana sampai laksa lagi!
  • KAH KAH KAH

    woit
    jangan lah tipu melayu
    jangan tipu mak cik felda
    jangan tipu pak cik felda
    nanti jadi  bodoh
    lagi tambah bangang

    KAH KAH KAH



    -----------

    DIALOG RAKYAT

    DIALOG RAKYAT


    Noh Omar Malu Nak Mengaku Beliau Menangis Bila Azmin Jadi MB

    Posted: 17 Oct 2014 06:11 AM PDT

    KELAB GREENBOC


     
    Tiada Siapa Menangis Kerana Kerusi MB Selangor' - Azmin

    "Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

    Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

    "(Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis. Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional)," katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

    Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba 'mengusik' Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya.

    Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik.

    "Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk saya bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti.

    "InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk pelaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar)," katanya.

    Konflik pelantikan menteri besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin.

    Dr Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS. -mstar


    Noh: Azmin jadi MB atas linangan air mata orang lain

    KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar atas linangan air mata orang lain.

    Walaubagaimanapun, dakwaan Noh itu ditentang oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, antaranya Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan.

    "Ahli Parlimen Tanjong Karang cemburu," kata Ahli Parlimen Kapar itu.

    Walaubagaimanpun ia dinafikan oleh Noh yang juga merupakan Ahli UMNO.

    Noh turut menambah bahawa beliau bersimpati dengan arkitek 'Langkah Kajang' dan juga dua ADUN PAS yang digelar broker oleh partinya sendiri.

    Bahkan Noh turut menyatakan sejak Azmin menggalas tugas sebagai Menteri Besar, pelaburan di negeri Selangor semakin merudum.

    "Kini pelaburan di Selangor sudah jatuh ke tangga nombor 5," katanya.

    Dalam pada masa yang sama, Noh turut meminta penjelasan daripada Azmin mengenai perancangannya untuk membangunkan universiti milik kerajaan negeri Selangor iaitu Unisel.

    "Mampukah Azmin menaikkan taraf Unisel di Selangor ini?" soalnya.

    Persoalan Noh itu langsung dijawab oleh Azmin dengan menyatakan bahawa jawatan sebagai Menteri Besar ini bukannya satu keistimewaan tetapi adalah satu tanggungjawab.

    "Beri saya peluang untuk bentangkan Belanjawan 2015. Dalam Belanjawan 2015 itu nanti, saya akan tumpukan kepada salah satu teras utama iaitu pendidikan," kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.
    -FMT

    LIHAT VIDEO DI SINI


    ULASAN GB

    Semasa krisis MB Selangor berlaku, kita lihat Noh Omar dan UMNO beriya-iya memberikan sokongannya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata semua 12 wakil rakyat Umno di Selangor menyokong Khalid, sama dengan pendirian PAS (UG) ketika itu.

    Tiba-tiba pengumuman dari istana melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

    Noh Omar terkedu lantaran pelannya untuk mencari dan mencuri peluang tidak kesampaian.....

    Kalau tak tahu undang-undang tanyalah peguam, kata Kula kepada Khairy

    Posted: 17 Oct 2014 06:01 AM PDT

    m_kulasegaran

    Roketkini.com


    IPOH,: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sepatutnya bertanya kepada peguam jika tidak faham undang-undang dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang angkuh, pesan Naib Presiden DAP M Kula Segaran.

    Beliau mengulas 'tweet' Khairy berhubung acara 'Berjalan demi Keadilan' anjuran Majlis Peguam semalam bagi menuntut kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang menjadi senjata menyerang ahli politik dan aktivis.

    Meremehkan acara itu Khairy berkata, gerakan menuntut pemansuhan akta zalim itu tidak akan mendapat sokongan kerana tidak menawarkan perlindungan kepada rakyat terhadap ucapan yang dilihat melampau.

    Kata Kula, Khairy sepatutnya tahu bahawa negara mempunyai undang-undang yang cukup untuk menangani ucapan melampau dan menyeru kebencian.

    "Jelas ada sesuatu yang salah apabila kerajaan bukan sahaja tidak menunaikan janji untuk memansuhkan akta itu, malah ia menjadi senjata menyerang pihak yang mengkritik kerajaan.

    "Tetapi menteri lepasan Universiti Oxford ini gagal mengaku, atau memilih untuk tidak mengakuinya. Semalam, beliau meremehkan acara itu.

    "Jika benar beliau tidak tahu undang-undang, tanyalah peguam. Bukannya bercakap seolah-olah beliau adalah pakar," katanya yang juga seorang peguam.

    Pagi semalam, ratusan peguam lengkap berpakaian sut berhimpun di Padang Merbok, Jalan parlimen dan berarak ke Bangunan Parlimen.

    Pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong dan menyerahkan memorandum, menuntut Datuk Seri Najib Razak menunaikan janjinya dua tahun lalu untuk memansuhkan akta tersebut.

    Kula yang turut hadir semalam dalam himpunan itu berkata, akta tersebut adalah 'barah' yang ditinggalkan penjajah British lebih 50 tahun lalu.

    "Akta Hasutan sudah tidak relevan lagi. Ia perlu dimansuhkan kerana hanya menjadi senjata kepada kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan menyerang pengkritik kerajaan," ujarnya. – Roketkini.com

    Hasan Malek Semakin Tidak Relevan Sebagai Menteri

    Posted: 17 Oct 2014 03:25 AM PDT

    shahbudindotcom


    Selepas dikritik kerana komennya yang tidak matang mengenai harga ayam, bersyukur dan bukan mengadakan bantahan bila minyak naik serta kemudian tentang cendol pula, Hasan Malek terus dikritik kerana kempen bawa bekal ke sekolah yang dianjurkan kementeriannya di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

    Kempen bawa bekal ke sekolah itu bukan saja dianggap idea lapuk, tidak relevan dan kitar semula, ramai juga berkata, "takkan tahap ini saja idea menteri" untuk menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang sedang ditanggung rakyat.

    Hakikatnya, membawa bekal ke sekolah bukanlah perkara asing bagi murid luar bandar sejak dulu lagi. Sekarang pun ramai lagi yang melakukannya. Tetapi oleh kerana semakin ramai ibu-ibu yang turut bekerja untuk menampung pendapatan keluarga, maka semakin ramai yang tidak berkesempatan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak mereka.

    Di bandar pula, oleh kerana majoriti ibu-bapa bekerja dan kadang-kadang pula tidak tentu masa, budaya membawa bekal ini amat jarang sekali diamalkan. Bukan kerana tidak mahu tetapi tiada kesempatan dan luang masa untuk melakukannya.

    Lagi pula, kaitan membawa bekal dalam suasana kehidupan sekarang dengan peningkatan kos sara hidup, amat jauh sekali dan memperlihatkan idea paling lekeh daripada seorang menteri. Jika sekadar untuk bekal ke sekolah, memberi dua atau tiga ringgit wang belanja adalah lebih menjimatkan berbanding kos penyediaan memasak sendiri.

    Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai harga barangan keperluan, idea kempen membawa bekal ini tidak lain menunjukkan tandusnya idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tersebut. Kalau pun tidak mahu turun ke pasar-pasar meninjau harga barangan, temuilah pembekal untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan, bukannya dengan meminta budak-budak sekolah membawa bekal.

    Sejak kerajaan menaikkan harga minyak, bukan saja harga barang di pasar meningkat, bahkan banyak barangan lain seperti gas memasak, minuman dalam tin dan pelbagai jenis yang lain turut meningkat.

    Takkan nak minta rakyat bersyukur dan memuji pemimpin bila kenaikan demi kenaikan ini berlaku?

    Lebih malang lagi apabila ada pengusaha cendol di Kuala Selangor menurunkan harga jualannya sebanyak 20 sen, Hasan Malek turut teruja dengan sikap peniaga itu dan meminta peniaga yang lain mencontohi sikap itu.

    Apakah cukup tugas menteri sekadar meminta saja? Kalau kerajaan boleh menaikan harga minyak kerana kekurangan wang dalam perbendaharaan, apakah pula logiknya meminta peniaga menurunkan harga barangan bila minyak naik?

    Yang lain pula berkata, Hasan Malek ini sebenarnya tidak faham bahasa sindiran daripada peniaga cendol? Ramai yang berkata, peniaga cendol berbuat demikian kerana ingin menyindir kerajaan, sebab itu harga cendol yang diturunkan pun 20 sen juga, bukannya 10 sen atau 30 sen.

    Tetapi menteri tak faham. Walaupun kena sindir tetapi dibalas dengan pujian pula.

    Setelah komennya mengenai harga ayam, kemudian meminta rakyat bersyukur bila minyak naik, diikuti dengan pujian terhadap peniaga cendol yang jelas menyindir kerajaan dan terbaru mengadakan kempen bawa bekal untuk murid-murid sekolah, Hasan Malek didapati semakin jauh daripada kelayakan dan kemampuan yang sewajarnya untuk terus berada dalam kabinet kerajaan.

    Sementara Najib gah dengan idea-idea transformasi, Hasan Malek masih terbelenggu dengan pemikiran kuno dan basi. Kedudukannya dalam kerajaan lebih menjadi beban dan bahan ketawa rakyat semata-mata. (SH 16/10/2014)




    Pasukan Ukraine Mula Kumpul Barang Milik Mangsa

    Posted: 17 Oct 2014 03:19 AM PDT

    RAKYATNEWS


    alt
     
     
     
    THE HAGUE - Kerajaan Belanda berkata pasukan mencari Ukraine mula mengumpul pelbagai barangan milik mangsa pesawat MH17 di tapak lokasi nahas termasuk pasport, beg pakaian, barang kemas dan patung permainan kanak-kanak.
     
    Kementerian Keselamatan dan Kehakiman Belanda dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 40 anggota membabitkan agensi penyelamat bencana Ukraine menyertai operasi terbaharu yang masuk ke lokasi nahas di timur Ukraine, semalam.
     
    Empat pegawai Belanda dan satu kumpulan khas OSCE turut berada di lokasi nahas.
     
    Lapan pakar forensik akan berlepas ke Ukraine untuk memeriksa barangan milik mangsa sebelum mereka pulang semula ke Belanda.
     
    Semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terbunuh apabila pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu,
     
    Laporan siasatan awal menunjukkan pesawat ditembak dari luar mengginakan objek berkuasa tinggi dengan beberapa pakar penerbangan percaya ia adalah satu serangan peluru berpandu. - AP

    Pemuda PKR Pasrah Jika Anwar Ke Penjara

    Posted: 17 Oct 2014 03:17 AM PDT

    RAKYATNEWS


    alt



    KUALA LUMPUR - Pemuda PKR hari ini memberikan janjinya untuk tidak membuat protes terhadap keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenapikan hukuman penjara lima tahunnya ekoran meliwat Saiful Bukhari Azlan.

    Naib Ketua Pemuda PKR, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, mereka kini telah bersiap sedia menghadapi apa sahaja keputusan mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

    "Ada dua kemungkinan, tapi kita harap Anwar dibebas dan dilepaskan," katanya di ibu pejabat PKR, hari ini.

    Jelas Radzlan lagi, Pemuda PKR juga telah pasrah sekiranya Anwar dimasukkan ke penjara dan akan bersikap aman serta berharap tiada perkara buruk akan berlaku pada hari tersebut.

    "Ini adalah kemungkinan yang kita tidak mahu berlaku," ujarnya lagi.

    Ditanya sama ada kebangkitan semangat reformasi seperti pada 1998 akan berulang, Radzlan enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan Pemuda PKR akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika Anwar dipenjarakan.

    Sementara itu, Radzlan menggesa rakan dalam PAS dan DAP untuk turut serta menyatakan sokongan kepada Anwar semasa hari penentuan tersebut.

    Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

    Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Anwar tetapi memberikannya penangguhan sementara menanti keputusan rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan.

    Anwar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

    Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas bagi hukuman penjara yang lebih berat.

    Sistem Giliran Untuk Elak Rasuah

    Posted: 17 Oct 2014 03:09 AM PDT

    Oleh: NICHOLAS CHENG DAN RAZAK AHMAD
     
     
    Salah seorang Pengarah Kastam Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 24 September lalu, terhadap lapan pertuduhan menerima suapan RM80,000 daripada dua individu sejak dua tahun lepas.
     
     
    PETALING JAYA: Serius dalam usaha membanteras gelaja rasuah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini mengamalkan sistem penggiliran di kalangan pegawai termasuk pengarah negeri untuk berkhidmat di negeri dan bahagian lain dengan lebih kerap.


    Para pegawai hanya akan dibenarkan untuk memegang jawatan di negeri maksimum sehingga tiga tahun.

    Selepas itu mereka akan ditukarkan ke negeri atau bahagian lain.

    Langkah itu dilakukan selepas dua Pengarah Kastam Negeri dan 28 pegawainya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok yang dilepaskan tanpa membayar cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

    Susulan itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jabatan itu akan mengambil beberapa pendekatan untuk membendung gelaja rasuah.

    Sistem penggiliran pegawai adalah sebahagian daripada kajian semula prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengelak kewujudan ruang penyalahgunaan kuasa dan kegiatan rasuah terutamanya di lokasi hotspot seperti pintu keluar masuk Malaysia.

    "Kami melakukan penggiliran dari semasa ke semasa. Pendekatan terkini yang dilakukan terhadap pengarah negeri ditukar dua tahun lalu sejak saya mengambil alih.

    "Namun pada 1 Oktober, saya mengeluarkan perintah bahawa beberapa pegawai kini akan dipindahkan dari satu negeri ke negeri yang lain.

    "Mereka yang kekal di negeri masing-masing juga perlu bertukar jabatan," kata Khazali dalam satu temu bual selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Menara Star pada Khamis.

    Beliau berkata, lebih 200 pegawai yang juga dinaikkan pangkat baru-baru ini sudah dipindahkan ke negeri lain dalam amalan sistem ini.

    Pegawai ranking tertinggi dan pengarah negeri juga akan dipindahkan apabila dan ketika diperlukan.

    "Sebaik-baiknya, mereka tidak boleh ditempatkan di satu negeri untuk tempoh lebih tiga tahun.

    "Namun, kita juga perlu mempertimbangkan kebajikan pegawai yang mungkin sudah berkeluarga di tempat mereka sedang bertugas," katanya.

    Khazali berkata, jabatan itu juga akan meningkatkan prosedur kerja dengan meletakkan pemantauan ketat ke atas penilaian dan pentaksiran barangan oleh jabatan itu.

    "Unit Integriti dan Disiplin kami juga akan memantau setiap tingkah laku dan gaya hidup pegawai untuk memastikan sekiranya mereka menerima rasuah. Unit itu akan diketuai oleh seorang pegawai yang dipinjamkan dari SPRM.

    "Sebagai sebahagian daripada program saya, saya akan berbincang dengan beberapa pegawai saya di setiap negeri untuk memastikan pentingnya usaha keras dalam meningkatkan integriti jabatan itu," katanya.

    Pada bulan lalu, SPRM menahan beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes menyeludup keluar barang-barang tanpa membayar cukai eksais.

    Setakat ini, seramai 28 pegawai didakwa menerima rasuah sehingga RM500,000.

    Hasil tangkapan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.1 juta, 10 buah kereta mewah dan sebuah rumah kedai serta membekukan 200 buah akaun yang mengandungi wang bernilai RM6 juta, didakwa milik pegawai yang ditangkap.

    Kebimbangan wacana Islam masa depan

    Posted: 17 Oct 2014 03:01 AM PDT

    MALAYSIAKINI


     


    Pendebatan antara wacana Islam progresif dan Islam murni adalah perkembangan pendebatan yang sering menuntut penjelasan.

    Sebagai contoh, perkembangan dua kelompok aliran ini yang berpusat kepada pendebatan permasalahan Al-Quran dan Sunnah dan bagaimana wacana tersebut harus dihidupkan.

    Fenomena pendebatan kelompok aliran yang menuntut kepada pemurniaan teks suci Quran ini secara tidak langsung ia akan menuntut kepada pentakrifan idea 'al-ruju' (kembali) iaitu merujuk kepada Quran dan Sunnah yang boleh menghasilkan dua pandangan keagamaan yang saling berlawanan iaitu regresif dan progresif.

    Kebimbangan ini bagaimana menarik untuk melihat perkembangan yang terjadi di Indonesia khususnya antara kaitan langsungnya wacana demokrasi dan bagaimana idea progresif itu berkembang kemudian telah dinyahkan melalui pendekatan perkembangan wacana idea konservatif.

    Sebagaimana kerisauan ini, perkara ini telah menuntut salah seorang pengkaji di Indonesia Martin van Bruinessen menjelaskan perkembangan ini terjadi setelah perubahan iklim politik akhirnya menuntut wacana yang mengembalikan kembali idea konservatif daripada permulaan wacana konservatif.

    Kemudian dipindahkan perkembangan ide Islam liberal dan progresif lalu titik akhir mengembalikan balik idea konservatif itu bermula ketika sekitar tahun 2005.

    Inilah fenomena wacana idea yang berlaku kepada Muslim Indonesia sehingga pendukung kelompok wacana Islam progresif atau liberal ini ditolak dan difatwakan sesat haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUIN) bahawasanya idea tentang sekularisme, pluralisme, dan liberalisme ini agama yang bertentangan dengan Islam.

    Perkara ini dinyatakan beliau adalah pertembungan tentang konflik perkembangan kontemporari Islam Indonesia dan kembalinya konservatif awal abad 21.

    Kelompok yang mendakwa membawa idea Islam murni ini seringkali mengutuk dan memberi ancaman dengan mengambarkan idea yang bertentangan mereka ini dianggap sebagai virus atau perosak.

    Gambaran ini ditujukan kepada kaum liberal yang membawa ajaran yang bertentangan oleh mereka iaitu kaum yang menjaga kebelangsungan metod klasik dalam pentafsiran Quran dan mempertahankan superioriti Islam.

    Penguasaan puak konservatif

    Penentangan mereka kepada idea sekularisme dan pluralisme ini membuktikan wacana di masa hadapan Islam amat membimbangkan di nusantara bagaimana idea ini berkembang di Malaysia bahawa kelompok konservatif ini sering menguasai kuasa, wacana dan memberi ancaman kepada ajaran yang bertentangan baginya.

    Menurut Bassam Tibi, seorang intelektual yang terkenal kelantangannya perihal wacana Islamis, bahawasanya kegagalan kelompok ini iaitu lebih tepat menurutnya kaum fundamentalis seperti yang dibahaskannya dalam tulisannya, 'The Challenge of Fundamentalism Political Islam and The New World Disorder' adalah disebabkan kegagalan kelompok tersebut dalam memahami pentakrifan dan penggunaan istilah makna seperti sekularisme dalam keadaan perkembangan masyarakat muslim hari ini.

    Baginya lagi, kelompok ini sering membentuk wacana yang membentuk yang berpaksikan politisasi agama dalam keadaan wacana yang memberi kepentingan tujuannya.

    Menurutnya lagi, sekularisasi akan menjadi masalah apabila hanya difahami melalui marginalisasi agama dalam kehidupan harian iaitu kewujudannya melemahkan lembaga keagamaan dalam masyarakat.

    Tetapi sebaliknya, Bassam Tibi mengetengahkan konsep sekularisasi itu sebagai proses pengembangan sosial iaitu wujud asasnya pemberian autonomi yang lebih luas terhadap keghairahan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

    Baginya lagi, perkembangan ini membentuk peradaban yang berkehadapan iaitu islam harus didepolitisasi dan menerima kemajmukan intelektual dan sekularisme.

    Muhammad Arkoun juga dalam lewat wacana sekularisasi dalam perkembangan ini mengkritik bahawa ia akan mengembalikan warna Islam itu berbentuk ortodok atas pengertian iaitu melindungi diri dari dominasi hegemoni barat lalu mengembangkan ajaran Islam yang sempit, eksklusif dan kekerasan.

    Ketidakmampuan kelompok konservatif ini dalam berhadapan kemajmukan intelektual dan persoalan masa kini memberi kesan besar terhadap proses pengembangan wacana kemajmukan yang berlaku.

    Ulil Abshar Abdalla, sarjana dan pendiri Jaringan Islam Liberal (JIL) yang kontroversi telah dihalang untuk berdiskusi dibimbangi membawa aliran yang bertentangan  yang dianggap boleh mengundang kepada ajaran Islam liberal.

    Risau yang perlu dicermati

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Ulama Malaysia bertindak membantah kehadiran Ulil Abshar yang diundang untuk berdiskusi. Perkembangan ini bukanlah perkara baru yang disuarakan Jakim dalam membantah diskusi dan kebebasan bersuara.

    Ada sisi kerisauan yang perlu dicermati dalam menghadapi situasi begini. Ini harus dicermati sebagaimana yang terdapat dalam renungan yang mustahak argumen diskusi akal dan pengetahuan di mana telah diperdebatkan oleh Ziauddin Sardar dalam karyanya Reading The Quran: The Contemporary Relevance of The Sacred Text of Islam.

    Menarik untuk dicatat renungan diskusi ini bagaimana beliau telah mentafsirkan bahawasanya Quran sentiasa digandingkan bersama konsep "mendengar" melalui penelitiannya dalam surah al-Mulk ayat ke-10 yang bermaksud:

    Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka."

    Menurut Ziauddir Sardar lagi, bahawa setiap argumen bernalar memiliki kontra argumen iaitu kefahaman datang tidak hanya melalui penalaran. Tambahnya lagi, kita juga di tuntut mendengarkan kontra argumen (hujah balas atau sanggahan) dan mempertimbangkannya dalam proses penalaran.

    Ini menunjukkan bahawa kefahaman sejati bukanlah hanya menuntut kepada penghujahan yang satu hala tanpa didasari konsep berfikir, melihat dan mendengar sehingga dicapai di dalam hati untuk berfungsi.

    Maka menurut al-Quran, betapa pentingnya pengetahuan didapati melalui diskusi dan mendengar argumen pihak lain lewat kritik, autokritik dan kontra kritik.

    Mengambil pengajaran Indonesia, sememangnya kita di Malaysia polemik menuju kepada ketegangan antara kaum dan agama semakin menjadi-jadi dan kebebasan bersuara semakin dihalang.

    Mengenali MUI di era pasca Soeharto, yang menampilkan imej Islam dalam bentuk 'moderat puritan' iaitu yang berpegang kepada aliran ortodoksi Sunni sehingga dekad terakhir telah mengalami perubahan penafsiran yang lebih puritan dan lebih literalis.

    Pergeseran wacana Islam, MUI

    Menuju Islam yang puritan ini hasil daripada perkembangan wacana yang terjadi dalam MUI akhirnya membawa kepada penjelmaan kuasa kawalan Islam di Indonesia.

    Keterlibatannya dalam wacana publik di fasa transisi MUI ini begitu merisaukan bagi kaum liberalis ini untuk mendapat tempat dalam wacana ruang awam.

    Di fasa transisi ini perubahan wacana MUI tidak lagi tertumpu kepada pemerintahan sebaliknya menfokuskan hal-hal fundamentalis agama dalam ranah awam di mana inilah titik tolak kepada keberadaan aliran konservatif dan puritan agama ini.

    Pergeseran wacana dan aktiviti MUI ini harus dilihat latar belakangnya bagaimana aliran radikali islam berkembang selepas mundurnya Soeharto, sebagai contoh Front Pembela Islam (FPI) iaitu gerakan fundamentalisme yang obsesi dalam memberlakukan syariat islam dan penolakannya secara hitam putih terhadap hal yang berasal dari barat.

    Mereka berusaha menerapkan konsep ajaran Islam secara menyeluruh tetapi gagal memahami metod dan pemahaman mereka dalam teks agama begitu sempit. Kefahaman sempit dalam memaknai ayat Quran membuktikan kegagalan FPI dalam bersikap adil dan kompromi dengan agama lain.

    Hai ini bukanlah perkara yang baru kepada muslim nusantara antara Indonesia dan Malaysia, malah semenjak tentangan pihak yang mencabar autoriti keagamaan dan pengamalan Islam di Malaysia telah menyaksikan kemunculan idea konservatif ini semakin mendapat tempat dalam wacana kekuasaan politik Malaysia.

    Para konservatif muslim Malaysia masih mengambil jalan kekerasan dan sekatan untuk melumpuhkan segala aktiviti intelektual yang menggugat autoriti aliran agama majoriti.

    Pemerintah masih tidak berani dalam menghadapi ancaman lewat perbezaan aliran sebegini. Kerisauan begini, seharusnya kita cermati untuk tidak menjadikan muslim Malaysia terus dalam keadaan tertutup menerima perbezaan.

    Politik ortodok yang menghalang kebebasan bersuara dan menyekat segala aktiviti dialog dan intelektual adalah bukan dari sifat muslim yang baik. Masa hadapan muslim progresif dan idenya tetap mesti diteruskan dalam membangun muslim peradaban yang tidak membawa kepada muslim radikal.

    Kepecayaan agama didasarkan kepada pilihan bukan keyakinan buta mahupun kepercayaan tradisi sebaliknya Islam itu berkembang melalui idea progresif yang menuntut keadaan zaman.




    (*) MOHD SYAZREEN ABDULLAH  aktivis Lingkaran Islam Traditional (LIT).

    4 wanita berjemur di PD tanpa coli dikesan

    Posted: 17 Oct 2014 02:53 AM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di Port Dickson semalam sedang dikesan.
      
    Jurucakap polis berkata satu laporan mengenai perkara itu diterima pada pukul 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.
      
    Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yang berlaku kira-kira pukul 2 petang semasa cuaca panas terik.
      
    Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya.
      
    Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu.
      
    "Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan," jelasnya.- Bernama

    KP Gerakan persoal protes peguam, timbalan puji

    Posted: 17 Oct 2014 02:50 AM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mempersoal sama ada perarakan peguam membantah Akta Hasutan semalam mencapai matlamatnya dan beliau juga tidak teruja dengan kehadiran peserta.

    Hal itu bertentangan dengan timbalannya Andy Yong yang menyertai perhimpunan itu dan memuji usaha Majlis Peguam itu.

    Kedua-dua pemimpin Pemuda Gerakan itu bersetuju bahawa Akta Hasutan perlu ditukar.

    Susulan perarakan itu, Yong, seorang pengamal undang-undang, berkata beliau bangga bahawa Presidennya Datuk Mah Siew Keong diberi "penghormatan" untuk wakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima memorandul daripada majlis itu.

    Himpunan 28 Okt: AMK S’ngor kerah anggota, sedia pasukan keselamatan

    Posted: 17 Oct 2014 02:47 AM PDT

    Oleh Ermizi Muhamad


    PETALING JAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyokong penuh mobilisasi #RakyatHakimNegara (RHN) yang dilancarkan baru-baru ini bagi menzahirkan solidariti kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Justeru, seluruh anggota AMK dari 22 Cabang seluruh negeri itu akan digerakkan untuk berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini, tanggal perbicaraan akhir kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan.

    rakyat"Kita percaya setiap kemungkinan yang akan berlaku terhadap kes Datuk Seri Anwar, tapi kita tetap berharap beliau akan dibebaskan.

    "Namun setiap kemugkinan yang berlaku ini akan kita hadapi dengan profesional dan aman tanpa mendatangkan sebarang perkara yang tidak baik," kata Ketua Sekretariat Mobilisasi RHN, Mohd Radzlan Jalaludin.

    Beliau yang juga Naib Ketua AMK Pusat berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

    Lewat petang Rabu lalu, AMK menganjurkan flashmob pertama yang diketuai Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad di tepi jalan raya berdekatan Pejabat Adun Seri Setia di Subang Indah, Petaling Jaya.

    Semalam pula, flashmob sama diteruskan di Selayang.

    Mengulas lanjut, Mohd Radzlan berkata, AMK Selangor juga akan menyediakan pasukan keselamatan yang dianggotai 300 anggota.

    "Skuad ini berperanan mengawal keadaan dan keselamatan rakyat yang hadir untuk menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini," jelasnya.

    Mimbar: Pemimpin Islam jangan bolot kekayaan

    Posted: 17 Oct 2014 02:43 AM PDT

    MALAYSIAKINI



     
     
     
    Seminggu selepas pembentangan Bajet 2015, mimbar Jumaat hari ini memberi amaran kepada pemimpin umat Islam agar sentiasa beringat dengan balasan Allah andai bertindak menyeleweng dan tidak menguruskan kewangan negara dengan baik.

    Mimbar antara lainnya menggariskan kesalahan membolot kekayaan, mengambil hak rakyat atau tindakan yang menzalimi atau merugikan pihak tertentu.

    Sebaliknya, pemimpin berkenaan perlu mencontohi nilai yang ditunjukkan Nabi Yusuf dalam menguruskan harta dan ekonomi: ketaqwaan, kewibawaan dan akhlak terpuji.

    "Mimbar amat yakin bahawa dalam menyusun dan mengurus harta rakyat ini, pihak pemerintah mengambil tauladan daripada kewibawaan Nabi Yusuf dan ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam".

    Ia menjelaskan bahawa Najib Yusuf berpandukan kepada prinsip "al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan."

    "Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan, menindas dan mengambil hak rakyat, mementingkan diri sendiri dan segala bentuk penyelewengan atau perkara yang menzalimi dan merugikan pihak tertentu," teks itu dipetik.

    Mimbar seterusnya menyeru agar urusan pentadbiran dijalankan dengan cara terbaik bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan.

    "Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat pemerintah untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi.

    "Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa tanggunjawab memakmurkan negara ini adalah amanah daripada Allah dan amanah ini akan diperhitungkan di akhirat nanti."

    Mimbar juga mengingatkan sekali lagi bahawa amalan menguruskan harta secara bijak dan berhemah merupakan seruan Islam.

    "Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita kepada pemerintah selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran," teks itu dipetik.
     

    Azmin nafi tandatangan surat letak jawatan

    Posted: 17 Oct 2014 02:40 AM PDT

    MALAYSIAKINI


    Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menafikan bahawa PKR telah memaksanya supaya menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh sebelum memegang jawatan itu.

    "Takde, takde, itu tak benar," katanya kepada pemberita di Masjid Kg Raja Uda, Klang hari ini.

    Beliau diminta mengulas komen di Malaysia Today apa yang didakwa emel antara Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dalam emel itu, Rafizi didakwa mencadangkan Azmin menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh untuk membolehkan parti itu menggunakannya jika beliau tidak mematuhi arahan.

    Azmin juga menafikan bahawa Rafizi telah dilantik sebagai setiausaha agung PKR untuk "mengawal beliau".

    "Tidak, itu keputusan parti," katanya.

    Harga internet di Malaysia mahal

    Posted: 16 Oct 2014 09:39 PM PDT


     
     
    KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

    "Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

    "Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka," katanya, semalam.

    Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

    Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

    Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

    "Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

    "Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik," katanya.

    Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

    Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

    "Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia," katanya.

    Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

    PPS tidak berdaftar, beza dengan Rela

    Posted: 16 Oct 2014 09:37 PM PDT

    SINAR HARIAN

    Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid Hamidi
     
     
    KUALA LUMPUR - Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan pertubuhan yang bukan hanya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) malah tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan penubuhan PPS namun ia tidak dibawa ke persidangan Dun Pulau Pinang sebagai sebuah enakmen atau undang-undang.

    Beliau menjelaskan bahawa Skim Rondaan Sukarela (SRS) diwujudkan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pula
    ditubuhkan di bawah Akta Pasukan Sukarelawan 2012, dua akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

    "Maka SRS dan Rela tidak perlu didaftarkan dengan ROS kerana ia ditubuhkan di bawah akta yang telah diluluskan," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) mengapa PPS perlu didaftarkan dengan ROS.

    Ahmad Zahid berkata, perkara itu tertakluk kepada soal perundangan di bawah kuasa kerajaan pusat yang berhubung kait dengan aspek keselamatan serta
    pertahanan.

    "PPS mahu bertindak sebagai pasukan keselamatan namun terdapat 11 laporan polis dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dan sembur gas pemedih mata kepada orang awam," katanya.

    Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mendakwa keselamatan negeri adalah tanggungjawab menteri besar dan ketua  menteri, Ahmad Zahid berkata, soal keselamatan dan pertahanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

    "Kita tahu bahawa dalam negara, soal keselamatan dan pertahanan adalah bidang kuasa kerajaan pusat, jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai kerajaan pusat, maka ia adalah di luar undang-undang," tegasnya. - Bernama

    Tahniah dan terima kasih Tamrin

    Posted: 16 Oct 2014 09:29 PM PDT


    Oleh MAJDAN DAGANG 


    DATUK Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar menghantar surat keluar PAS pada 15 Oktober 2014 setelah menyertai parti ini pada tahun 2012. Seperti selalunya, PAS tidak akan memujuk mana-mana tokoh untuk menyertai partinya dan tidak menghalang jika mana-mana ahlinya atau pemimpinnya yang ingin keluar.

    Saya tidak begitu kenal dengan Tamrin dan hanya sekali sempat bersamanya ketika kami sama-sama melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub yang baru dilantik menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Subuh pada hari yang sama kami menaiki satu kereta ke Masjid Pulau Melaka dan selepas berjumpa dengan TG Nik Aziz kami kembali ke hotel. Sambil bersarapan kami berbual-bual kosong dan tidak menyentuh pun soal politik semasa. Usai bersarapan kami melakukan kunjungan hormat ke pejabat menteri besar yang baru.

    Dengan Almarhum bapanya, Tun Ghafar saya juga hanya sempat sekali membuat wawancara khas untuk dimuatkan dalam sebuah majalah. Ketika itu Tun tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Banyak perkara yang dilontarkan oleh Almarhum Tun Ghafar dan lebih daripada separuh wawancara itu tidak boleh disiarkan kerana banyak perkara "off record"!

    Berbalik kepada Tamrin, beliau tidak menyatakan sebab-sebab keluar daripada PAS. Namun tindakannya saya sifatkan lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang lain.

    Tamrin keluar daripada Umno apabila berasa parti itu sudah tidak serasi dengan dirinya. Adalah lebih baik dia keluar dan boleh mengkritik Umno secara terbuka sama ada dipentas ceramah mahupun di forum.

    Seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang pernah keluar Umno ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

    Bukan tidak boleh mengkritik Umno dan pimpinannya ketika masih dalam parti, tetapi mestilah ada adab dan salurannya. Berbeza jika sudah keluar, segala penyelewangan dan salah laku boleh didedah dengan lebih terbuka.

    Begitu juga apabila Tamrin berasakan PAS sudah tidak serasi dengan dirinya, maka beliau bertindak keluar PAS.

    Tamrin tidak menggunakan forum atau ceramah parti lawan untuk memburuk, menghentam dan mengkritik perjalanan PAS ketika masih ahli parti.

    Beliau tidak menubuhkan parti dalam parti untuk memecah-belahkan PAS dari dalam. Tamrin mungkin sudah mengkritik PAS sebelum ini mengikut saluran yang sepatutnya, namun jika sudah tidak serasi, jalan terbaik ialah keluar sahaja.

    Bagi saya, beliau keluar Umno demi prinsipnya dan keluar PAS juga demi prinsipnya.

    Itu lebih baik daripada menjadi ahli parti yang mengkritik dasar parti, yang masih mengaku ahli tetapi menubuhkan NGO yang kerjanya mengadakan ceramah dan forum mencela parti sendiri kerana enggan mengikuti kehendak parti lain yang dasarnya tidak meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai dasar parti.

    Betul, PAS ada kelemahan, sama ada organisasinya mahupun sebahagian pemimpinnya. Tetapi itu bukan tiket untuk meruntuhkannya. Bukan juga tiket supaya tunduk kepada parti lain yang fikrahnya tidak Islam. Ahli partilah yang bertanggungjawab memperkuatkannya, bukan jadi anai-anai yang merosak secara senyap.

    Tamrin meninggalkan Umno kerana dikatakan parti itu sudah tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Dia bercerai talak satu dengan Umno dan berkahwin dengan PAS.

    Tamrin memasuki PAS tetapi tidak membawa agenda peribadinya seperti sesetengah orang yang memasuki PAS. Ada orang yang diberi peluang jadi ahli dan YB PAS tetapi masih kekal dengan agenda jemaah lama. Wala' mereka bukan pada PAS tetapi jemaah sebelum ini. Apabila berlaku krisis, baru tahu siapa mereka.

    Tamrin masuk PAS tanpa bawa sebakul borang penyokong yang kononnya turut serta. Tamrin masuk dengan membawa dirinya sahaja. Beliau juga tidak masuk dengan membawa jawatan YB atau sebagainya.

    PAS pula tidak tawarkan apa-apa jawatan kepadanya. Tetapi Tamrin tetap berceramah di pentas PAS bagi membantu parti itu dapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya.

    Walaupun sudah berada dalam PAS, beliau tentunya tidak ikut proses tarbiah macam sesetengah ahli. Jadi tidak peliklah jika tinggalkan PAS, sedangkan orang yang rangka modul tarbiah pun boleh lompat ke parti lain, apalah sangat mereka yang tidak masuk tarbiah.

    Ini bukan salah tarbiah, tapi bergantung kepada orang itu sendiri. Zaman nabi pun ada yang solat belakang nabi dan hari-hari mengadap nabi tetapi boleh berpaling tadah.

    Perjuangan Islam bukan mudah, segalanya terpaksa dikorbankan – harta, pangkat, jawatan, masa dan tenaga. Ramai yang gugur di tengah jalan akibatnya.

    Ramai yang tidak sanggup berkorban kerananya, tetapi sekurang-kurangnya tidak runtuhkan jemaah. Jangan jadi parasit. Jika zaman nabi pun ada parasit, apalah sangat pada zaman ini.

    Allah akan bagi kemenangan apabila sampai masanya. Akibat mahu cepat menang, ramai yang terkeluar daripada landasan perjuangan.

    Dalam hal ini, tindakan Tamrin lebih terpuji! Dalam politik, kawan bukan selamanya kawan dan musuh bukan selamanya musuh; musuh kepada musuh adalah kawan kita dan kawan kepada musuh kita adalah musuh!

    Apapun tahniah dan terima kasih kepada beliau dan selamat maju jaya.

    Jika itu pilihan Tamrin - TG Nik Aziz

    Posted: 16 Oct 2014 09:26 PM PDT

    RIZAL TAHIR


    KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.

    Bagaimanapun katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan bukannya dengan keluar parti.

    "Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.

    Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

    "Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

    "Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap," ujarnya

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam. - HARAKAHDAILY

    IS: Sertai PAS untuk berjihad

    Posted: 16 Oct 2014 09:23 PM PDT

    DR RIDUAN MOHD NOR


    Isu Kumpulan Militan Islam (IS) di Syria dan Iraq sehari dua ini menjadi fokus penting dalam media arus perdana dalam dan luar negara, seolah-olah ada perancangan jahat untuk meletakkan Islam di kandang orang salah.

    Pemimpin negara pula terus menghangatkan isu ini, lebih lagi  kerana  ada pembabitan rakyat Malaysia dalam IS serta berjuang di Syria, malah berjuang dengan pelbagai kumpulan jihad di sana. Kelihatan secara licik untuk mengaitkan PAS dengan kumpulan jihadist ini untuk tujuan politik regim negara ini, sekaligus menghambat pengaruh PAS daripada bukan Islam.

    PAS secara tegasnya memberi pendirian bahawa tidak terlibat dengan gerakan IS, tidak bersetuju dengan kaedah IS serta melarang keras ahli-ahlinya menyertai IS. IS tidak diikitraf sebagai kumpulan jihad yang betul sebagai kenyataan Majlis Kesatuan Ulama Islam Sedunia, juga Majlis Haiah Ulama Syria, bahkan oleh imam Masjidil Haram yang tersohor, Sheikh Dr Abdul Rahmaan Sudais.

    PAS konsisten dengan pendekatan muwajahah silmiyyah atau pendekatan perjuangan secara aman di negara ini, usaha memenangkan PAS yang membawa nuansa Islam terus digerakkan dengan sabar, sistematik untuk menebarkan pengaruh supaya masyarakat memilih Islam sebagai manhaj kehidupan.

    Seharusnya masyarakat faham erti jihad dan perjuangan sebenar. Jihad dan perjuangan Islam amat luas pengertiannya. Berdakwah kepada masyarakat yang jahil adalah jihad, berjuang menegakkan syariat Islam dalam ruang konteks demokrasi melalui pilihan raya  melalui parti politik adalah jihad, bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim juga adalah jihad, belajar ilmu pengetahuan dan menyampaikan ilmu juga adalah jihad. Kesemua ini ganjarannya syahid jika diizinkan Allah.

    Islam membela ummah yang tertindas, konflik Syria telah menyaksikan antara pasukan bersenjata menghalakan senjata diantara satu sama lain dan ini pernah dibimbangi oleh ar Rasul SAW. Dengan latarbelakang yang sangat rencam, tidak mudah untuk membuat analisa tentang apa yang sedang melanda Syria.

    Jalur FSA , mahu pun ISIS atau kelompok mujahidin yang lain, konflik berdarah untuk melunsurkan regim Bashar kelihatan semakin menumpahkan darah sesama Islam , bahkan dalam kelompok para pejuang. Campurtangan asing dengan agenda tertentu apatah lagi dengan kedudukan geopolitik Syria yang sangat penting di Asia Barat.

    PAS konsisten dengan manhaj Islam yang diajar oleh ar rasul SAW, mengajak manusia dengan penh hikmah, memanfaatkan ruang demokratik yang ada untuk membentuk euforia Islam seterusnya memerintah dengan keadilan Islam., Islam adalah agama perdamaian, bukan kekerasan. Jika berperang pun, penuh dengan etika dan disiplin pperangan.

    Islam agama lemah lembut, toleransi, keamanan, sejahtera, dan selamat. Islam menentang keras keganasan apatah lagi dilakukan terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita, warga emas serta rumah ibadat agama lain. Justeru tidak boleh diterima pendekatan membunuh orang awam, tawanan, wartawan, merogol para wanita, memaksa bukan Islam mengucap syahadah serta memperhambakan manusia.

    Persepsi yang cuba ditanam mengenai IS tidak lain adalah  gambaran negatif yang cuba dipotretkan ke atas pejuang dan perjuangan Islam. Malah cubaan jahat media musuh bahawa PAS menyokong kelompok ini adalah tidak benar.

    Media musuh mahu Islam dilihat sebagai ganas, kejam, jahat, tidak peri kemanusiaan, kasar, dan usaha menyuntik jarum Islamophobia ke dalam masyarakat sebagaimana tragedi yang berlaku pada 11 September 2001 yang lalu.

    Hasrat musuh Islam adalah menjarakkan masyarakat bukan Islam daripada Islam, serta membina suatu halangan dakwah bagi Islam kepada masyarakat bukan beragama Islam.

    PAS seupaya mungkin cuba merobohkan tembok kaca ini dengan terus berdakwah, bahkan melakukan pemuafakatan politik dengan bukan Islam.

    Untuk anak muda yang semangat bergelora, PAS adalah wadah untuk kamu mengenali Islam dan beramal dengannya. Harakatul ummah ni menyediakan program untuk kamu menterjemaahkan gejolak iwa cintakaan Islam.

    Pelbagai platform disediakan seperti Amal, DACS, ARC, Nisa, Ameerah, pelbagai program mengasah potensi generasi anak muda. Kerajaan juga sewajibnya mesra program dan wadah Islam , antara langkah yang boleh dibuat adalah  menyediakan alternatif buat umat Islam memberi sumbangan mereka untuk agama dan negara.

    Pertubuhan Islam seperti NGO yang berdaftar perlu diperbanyakkan lagi atau digalakkan penyertaannya. Selain itu, PAS adalah jawapan terbaik bagi mereka yang mencari pahala untuk berjihad, berdakwah dan berkorban untuk Islam.

    (*)  Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah.

    Saman Adun BN: Calon PAS bawa ke Mahkamah Persekutuan

    Posted: 16 Oct 2014 09:20 PM PDT

    HARAKAHDAILY 


    KUALA LUMPUR: Dua calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan kelayakan dua Adun BN Perak.

    Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki yang masing-masing bertanding di Dun Manong dan Rungkup pada PRU13 lalu, telah mengemukakan saman pemula bagi membatalkan kemenangan Adun BN Mohamed Kamil Shafie dan Datuk Shahrul Zaman Yahya.

    Mereka memberi alasan bahawa kedua-dua Adun BN itu bukan penduduk negeri itu apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

    Menurut mereka, kedua-dua wakil rakyat BN itu tinggal di luar Perak, dengan itu melanggar Perkara 30 Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukkan bahawa seorang ADUN mestilah penduduk tetap Perak semasa dipilih.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bagaimanapun semalam menolak rayuan tersebut.

    Hakim Mohamad Ariff berkata mahkamah berpendapat bahawa saluran sedia ada untuk mencabar pemilihan seseorang calon adalah dengan mengemukakan petisyen pilihan raya seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    "Kita hormati dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Tetapi kita akan terus perjuangkan hak kita mengikut saluran undang-undang yang masih ada.

    "Sata telah berbincang dengan peguam, dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan," kata Misbahul Munir ketika dihubungi Harakahdaily.

    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tahun lalu membenarkan permohonan kedua-dua Adun BN untuk membatalkan kedua-dua saman itu selepas memutuskan bahawa adalah tidak sesuai bagi calon PAS untuk mencabar keputusan pilihan raya umum dengan mengemukakan saman pemula.

    Pada PRU13 lalu, Jamil yang meraih 7,174 undi kalah kepada Mohamed Kamil yang mendapat 7,405 undi.

    Misbahul Munir yang mendapat 5,802 undi pula kalah Shahrul Zaman yang memperoleh 6,415 undi.

    Kedua-dua mereka diwakili peguam Chan Kok Keong manakala Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman diwakili Datuk Hafarizam Harun dan Choo Shi Jin. - HARAKAHDAILY

    Bantu mahasiswa elak ikat perut

    Posted: 16 Oct 2014 09:17 PM PDT

    ARIF ATAN






    KUALA LUMPUR: Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) mengorak langkah melaksanakan agihan makanan tengahari percuma bermula 15 Oktober lalu.

    Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim berkata, program yang dinamakan Kasih Mahasiswa kepada mereka yang memerlukan itu dijadualkan pada setiap hari Rabu dengan agihan sulung di Akademi Pengajian Islam.

    "Alhamdulillah, acara sulung kami selepas solat Zohor ini berjalan lancar. Saya bersama sahabat aktivis berjaya mengedarkan 200 pek nasi Arab ayam yang disumbangkan penaja.

    "Sekurang-kurangnya tiada mahasiswa UM yang terpaksa mengikat perut tidak dapat makan hanya kerana kesempitan wang," ujarnya.

    Menurut Khairol, bagi minggu berikutnya, mereka akan mengagihkan makanan di fakulti yang berbeza pula dengan sasaran kepada golongan pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Istimewa (PERMIUM).

    "Sehubungan itu, kami amat memerlukan sumbangan dana bagi meneruskan program ini," tambahnya.

    Sumbangan wang tunai boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 164258533432, atas nama Khairol Najib Hashim. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada emel  khairol.pmium@gmail.com atau no tel 013-4056247. - HARAKAHDAILY

    Anggota PBB: Tahniah, tapi jangan sekadar jadi 'tukang angguk'

    Posted: 16 Oct 2014 09:14 PM PDT

    SALMIYAH HARUN


    KUALA LUMPUR: PAS merakamkan tahniah di atas kejayaan Malaysia yang dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperolehi 187 undi daripada 192 negara yang mengundi.

    Bagi PAS, dengan kejayaan itu Malaysia perlu memainkan peranan yang berbeza dengan anggota keselamatan yang dahulu dalam di mana mereka banyak mendiamkan diri dalam  isu-isu yang dibentangkan di PBB.

    Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, isu-isu yang melanda negara-negara di Timur Tengah selain Palestin perlu diketengahkan oleh Malaysia.

    "Malaysia perlu bersuara dalam isu-isu pembelaan umat islam misalnya Palestin yang menjadi nadi perjuangan orang Islam.

    "Ini yang diharapkan, jangan menjadi anggota hanya sekadar terangguk-angguk kerana kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang berkuasa veto di PBB,"katanya.

    Ini merupakan kali keempat Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC. Kali terakhir negara menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

    Malaysia diumumkan anggot tidak tetap bersama Angola yang memperoleh 190 undi, diikuti Venezuela (181), dan New Zealand (145).

    Tema kempen pencalonan Malaysia sebagai ahli tidak tetap kerusi UNSC adalah 'Keamanan dan Keselamatamn melalui Kesederhanaan' dan pencalonan Malaysia diberi perakuan oleh 10 buah negara Asean pada 29 September 2013 dan Kumpulan Serantau Asia Pasifik pada 29 Januari lalu.

    Pemilihan kali ini, Malaysia wakil tunggal Asia Pasifik yang menganggotai kerusi berkenaan bagi tempoh 2015-2016 manakala Fiji pula akan mewakili Asia Pasifik dua tahun berikutnya. - HARAKAHDAILY

    AMK tempelak Syed Ali amal politik kuno

    Posted: 16 Oct 2014 09:09 PM PDT

    MALAYSIAKINI



     


    AMK menempelak Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menyifatkan kempen solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang keputusan kes Liwat II hujung bulan ini sebagai tidak wajar kerana mempersenda badan kehakiman negara.

    Naib Ketua AMK Fahmi Fadzil berkata kenyataan pemimpin Umno itu menunjukkan beliau masih mengamal budaya politik kuno dan membayangkan tidak memahami perlembagaan dan undang-undang di negara ini.

    "Hak untuk berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara atau menyatakan pandangan adalah hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    "Malah mempersoal sistem atau undang-undang adalah asas dan tunjang demokrasi yang perlu dijunjung dan dihidupkan, dari semangat mempersoal sesuatu inilah kepentingan rakyat dapat dibela dan dijamin, dan kezaliman ditentang," katanya.

    Dalam kenyataanya semalam, Fahmi yang juga pengarah komunikasi PKR menyeru rakyat tidak takut menyatakan pendirian sekaligus menyokong Anwar dalam kempen 'RakyatHakimNegara' itu pada 28 dan 29 Oktober ini.

    Kelmarin Syed Ali yang juga setiausaha Umno Wilayah Persekutuan menggesa polis memantau dan mengambil tindakan awal terhadap penganjuran kempen itu menjelang keputusan penting kes tersebut.

    Pemimpin kanan Umno Kuala Lumpur itu juga berkata, kempen Pemuda PKR  itu hanya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah yang akan membuat keputusan.

    "Tindakan AMK menganjurkan kempen seumpama ini seolah-olah mempersenda badan kehakiman di negara ini perlu diambil tindakan sewajarnya. Bagi saya sistem undang-undang di negara ini adil dan saksama," katanya.