WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- BONUS KAKITANGAN AWAM GAJI JANUARI 2015?
- Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs & Cadangan Anda?
- Dewan Ulama usul PAS keluar Pakatan?
BONUS KAKITANGAN AWAM GAJI JANUARI 2015? Posted: 15 Oct 2014 04:06 AM PDT Tarikh Pembayaran Bonus Bajet 2015 Muktamad Pada Januari 2015. Tuntutan Cuepacs Ditolak!Tarikh Pembayaran Bonus Bajet Muktamad Pada Januari 2015. Tuntutan Cuepacs Ditolak : Keputusan telah pun dibuat. Pengumuman telah pun disiarkan. Setelah tuntutan Cuepacs Malaysia masih juga tidak dilayan sebelum ini ketika waktu pembentangan Bajet 2015, Cuepacs telah melancarkan satu lagi tuntutan denganharapan mereka dapat meringankan sedikit sebanyak beban kewangan kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah menjelang pembukaan tahun baru 2015. Oleh itu Cuepacs yang dikatakan membawa aspirasi jutaan penjawat awam di Malaysia telah berharap sangat supaya kerajaan Malaysia mempertimbangkan supaya pembayaran bonus kakitangan awam yang hanya dibuat bayaran pada Januari 2015 diawalkan dengan harapan mampu meringankan sedikit sebanyak beban kewangan yang ditanggung kalangan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan serdahana serta berkeluarga lebih-lebih melibatkan persediaan anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan 2015 kelak. Tarikh Pembayaran Bonus Bajet 2015 : Cuepacs VS Kerajaan Malaysia?
Kerajaan menolak bulat-bulat permintaan Cuepacs tersebut melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk kakitangan awam ini telah pun diluluskan dalam pembentangan Bajet 2015 Malaysia. Oleh itu mengikut peraturan kewangan ia sepatutnya bayaran bonus hanya boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2015. Nampaknya kepada kalangan kakitangan awam yang sudah berkeluarga bersedia atau tidak, perlulah menggunakan duit sendiri buat sementara waktu menjelang hujung tahun ini. Seperti tahun lepas pembayaran bonus Bajet 2014 contohnya telah dibayar pada 2 Januari 2014. KLIK SINI: Tarikh Bayaran Bonus Disember 2012 & Januari 2013. Pembayaran Kali Kedua Minimum RM1,000! Walaubagaimanapun berdasarkan rekod laporan Berita Semasa pada bonus Bajet 2013 pula, kerajaan telah membuat bayaran bonus pada bulan Disember 2012 dan Januari 2013 kepada kakitangan awak tetapi tidak untuk kali ini. Apa respon anda pula? |
Posted: 15 Oct 2014 04:02 AM PDT Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs & Cadangan Anda?Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs Bakal Dituruti? : Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana…. Ini kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan yang mendesak berbanding pemberian bonus "one off". Bukan mereka tidak bersyukur. Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST April 2015 kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang diumumkan. Jauh sekali angkanya.
Jika sebelum ini, Datuk Seri Najib pernah berjanji kepada kakitangan awam untuk melakukan semakan elaun kakitangan kerajaan 2015 seperti di bawah ini : KLIK SINI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!! Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?Terbaru dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik selepas April 2015 berskala besar selepas ini. Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan kos semasa hari ini. Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini. Apa responbalas dan harapan mahupun cadangan 1.52 juta kakitangan awam terhadap usaha Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik berskala besar kali ini? |
Dewan Ulama usul PAS keluar Pakatan? Posted: 15 Oct 2014 03:39 AM PDT OLEH : AMIRULMUKMININ |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |