Ahad, 10 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Profesional PAS akan tubuh parti baru?

Posted: 09 Aug 2014 11:38 PM PDT

Profesional PAS akan tubuh parti baru?

Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel.

GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PAS TUBUH PARTI BARU?

Posted: 09 Aug 2014 11:28 PM PDT

Pas jangan pecah gara-gara Khalid- MSO

ISU KHALID                                                                                       

Apabila PKR telah menggunakan kuasa perlembagaan yang ada kepadanya untuk memecat Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, Pas sudah tidak ada hak lagi untuk mempertahankan Khalid dalam konteks dia ada hubungan dengan Pakatan Rakyat. Khalid kini bukan lagi warga Pakatan Rakyat. Dia adalah ahli bebas yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. Posisi Khalid dari segi politik dengan Pas samalah dengan kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas.

Bagi orang yang berfikir secara logik dan menghormati perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tidak akan memperdulikan lagi kepada Khalid. Hak dan tanggungjawab itu sudah tidak ada. Sebahagian pimpinan Pas sebelum ini mempertahankan Khalid. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sampai membuat mesyuarat di Kota Bharu untuk mempertahankan Khalid.

Sebelum mesyuarat, Presiden Pas telah membelakangkan keputusan konsensus majlis presiden mengumumkan sokongan terbuka kepada Khalid. Ia diturut bantu oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz juga mempertahankan Khalid.



Kini kerja-kerja Pas untuk mempertahankan Khalid sudah pun berakhir. Seperti dikatakan tadi dari sudut peraturan sebuah organisasi Khalid tidak ada kaitan apa-apa dengan Pas. Mungkin atas sifat manusia (kawan atau jiran) mungkin orang Pas boleh bersimpati kepadanya tetapi bukan dalam konteks politik.

Tanggungjawab dan fungsi berorganiasi ini patut difahami oleh semua orang. Jangan ada kekeliruan pula ada yang mengatakan pemecatan Khalid itu sebagai satu kezaliman. Kepada sesetengah penyokong Pas yang menyayangi Khalid  mungkin kerana termakan buah tangan perlu faham hakikat ini. Tidak apa-apa kezaliman atas pemecatan itu melainkan ia proses politik yang biasa sahaja.

Semasa Hassan Akidah (Hasan Ahli) dipecat oleh Pas satu masa dahulu, apakah ada mana-mana pihak daripada PKR atau DAP mempertikaikan tindakan Pas memecat Hasan Akidah itu. Walhal pemecatan Hasan Akidah itu dibantah oleh segelitir ahli Pas. Mereka menganggap pemecatan itu sebagai tidak adil dan zalim.

Tetapi tidak ada mana-mana pemimpin PKR mempertikaikan tindakan Pas itu. Kenapa? Sebabnya mereka memahami bahawa urusan memecat Hasan sebagai ahli Pas itu adalah sebagai hak mutlak Pas. Rakan Pas perlu menghormati keputusan Pas itu sebagai urusan rumah tangganya walaupun Hasan itu adalah rakan karib mereka. Kenapa pula bila PKR pecat Khalid ada orang Pas yang iseng mempertahankan Khalid? Dimanakah logik dan asasnya?

Mereka yang bersolat hajat di rumah Khalid kerana mempertahankan Khalid juga wajar menghentikan tindakan mereka. Tindakan mereka membela dan mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi. Bahkan tindakan itu diketertawakan kerana ia satu aksi politik yang dangkal.

Macam kedudukan Hasan Akidah sebagai Exco dahulu, ramai yang sayang dengan kedudukan itu dan mahukan Hasan kekal. Tetapi peraturan dan amalan dalam parti menyebabkan beliau terpaksa berundur sebagai Exco kerajaan apabila sudah tidak mewakili mana-mana parti politik. Dalam kes seumpama ini Hasan lebih bermaruah daripada Khalid, kalau Khalid tidak memunggah barang-barangannya di pejabat MB Exco.

Dan Pas sendiri terpaksa mengambil keputusan memedihkan itu apabila Hasan telah melanggar peraturan parti. Nah begitu jugalah tindakan PKR dalam kasus Khalid itu.

Lain lah kalau Khalid akan memohon menyertai Pas esok dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas. Maka orang-orang Pas termasuk mereka yang bersolat hajat boleh terus berkubu di rumah Khalid bersolat hajat, bermunajat dan berzikir meminta proses pengekalkan Khalid sebagai MB atas tikit Pas dikekalkan. Apakah Khalid sudah masuk Pas. Abdul Hadi pun dilaporkan ada memberi jaminan kepada Khalid.

Masa tinggal beberapa jam lagi. Mungkin perbincangan mendalam sedang dilakukan ke mana Khalid hendak pergi selepas ini. Sertai Pas atau berjumpa Sultan minta dibubarkan DUN. Mungkin bagi mereka yang waras akan bertanya apakah Pas sedia menerima Khalid sebagai ahli partinya kemudian kekal sebagai MB?

Apakah tindakan Pas itu sebagai bukan pengkhinatan kepada PKR. Kalau Pas menerima Khalid sebagai anggota partinya, ini bermakna Pas telah menghunuskan pedang perang salid kepada Pas. Saya tidak fikir PKR reda dan sedia menerima hakikat itu. Sebagai janda yang masih belum habis edah PKR tidak sanggup untuk melihat Khalid tidur bersama suami barunya, Pas.

Jika ini juga berlaku Khalid belum tentu selamat. Suka atau tidak, berjaya atau tidak Khalid akan berdepan dengan undi tidak percaya di DUN Selangor. Impilikasi dan risiko ini seharusnya dikaji dengan teliti oleh Pas. Jangan pula Pas menjadi lebai malang yang dikejar tidak dapat yang dicicir tidak kedapatan.

Sokongan moral yang diberikan Pas kepada Khalid sebelum ini sudah cukup untuk menyakit hati PKR dan mengilankan hati DAP. Pas harus bertindak bijaksana menjaga keutuhan persepakatan. Lainlah kalau Pas sudah membuat keputusan akan berpisah dengan PKR dan DAP dan meninggalkan Pakatan Rakyat kerana untuk bersama BN.

Kalau Pas mengambil keputusan meninggal Pakatan Rakyat dan kembali bersatu sekali lagi dengan Umno menerus BN, tindakan ini juga tidak boleh disalahkan Pas. Ia adalah keputusan Pas secara mutlak. PKR dan DAP tidak boleh memberi apa-apa nasihat atau pun ugutan kepada Pas. Atas politik itu sendiri bukan sesuatu yang qadim ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Boleh jadi juga selepas ini Pas berpecah dua menyebabkan akan wujud fraksi baru dalam Pas yang akan membentuk sebuah parti baru?

Kita sedang meneliti hal ini dari jam ke jam. Waktu ini semua pihak penting dalam ketiga-tiga parti itu Pakatan Rakyat sibuk dan sedang rapat mencari solusi terbaik. [wm.kl.12:06 10/08/14]

Saifuddin: Anwar temui 'seseorang yang amat penting'

Posted: 09 Aug 2014 11:19 PM PDT








Perkara ini pimpinan Pas perlu jelaskan kepada Umum.Selain Hj Hadi membela Khalid, penyokong dibawah membuat berbagai aduan? Ini lah yang dikatakan adalah silap jika pas salahkan pkr dan tohmahan dari orang ramai tentang gila kuasa.








Dari pertemuan 8 mata, Pemuda PAS mahu pertemuan 6 mata segera

Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat mencadangkan pertemuan enam mata segera, bukan lagi lapan mata, berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.  

Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat mencadangkan pertemuan enam mata segera, bukan lagi lapan mata, berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014. Berikutan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, Pemuda Pakatan Rakyat (PR) kini mencadangkan pertemuan 6 mata segera, bukan lagi 8 mata.

"Pemuda PAS difahamkan semangat pertemuan ini dan akan dilaksanakan pimpinan utama PR," kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat dalam satu kenyataannya hari ini.

Yang dimaksudkan Suhaizat adalah pertemuan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Sebelum ini, mereka bertiga dicadangkan bertemu secara 8 mata dengan Khalid, menteri besar (MB) Selangor dua penggal yang hendak disingkirkan PKR dan digantikan dengan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  Selain cadangan itu, Pemuda PAS juga mencadangkan PR mewujudkan segera Jawatankuasa Krisis MB Selangor bagi menangani masalah yang akan berlaku.
Berdasarkan pengalaman krisis kerajaan negeri Perak tahun 2009, masa berlalu terlalu pantas pada waktu ini, kata Suhaizan.

"Masa boleh menjadi pedang kepada PR. Pemuda PAS mendesak agar konflik ini dapat ditangani dengan segera secara harmoni melalui Majlis Presiden PR," katanya.

Suhaizan juga mengarahkan semua anggota Pemuda PAS bertenang menghadapi situasi ini.
"Saya memberi arahan kepada semua anggota di seluruh negara agar bertenang, bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan dan tunggu arahan dari Pejabat Pemuda PAS Malaysia. Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku," katanya.

Ekoran pemecatan Khalid sebagai ahli PKR, menyebabkan MB Selangor itu bukan lagi seorang ahli PR.

Pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil, kata Suhaizat.

Pemuda PAS, katanya, sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan.

Dalam mesyuarat Pemuda PAS Malaysia semalam, kata Suhaizan, mereka bersetuju menyokong usaha memperteguh PR seperti yang dipertegas Majlis Syura Ulama dan bersedia menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku. – 10 Ogos, 2014.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


KEMPEN ANTI ZIONIS

Posted: 10 Aug 2014 07:18 PM PDT







KOMENTAR

syabas
tahniah
berjaya
teruskan dan luaskan


Teruskan boikot Israel - PPIM

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel perlu diteruskan oleh masyarakat Malaysia untuk memberi mesej jelas bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),  Nadzim Johan berkata, isu Palestin bukan isu Islam semata-mata tetapi merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan pembelaan masyarakat seluruh dunia.

"Alhamdulillah, kalau lihat dari segi sejarah, kempen boikot Israel yang dilaksanakan kali ini cukup berkesan dan menerima kerjasama yang amat menggalakkan.

KAH KAH KAH
hanya hasan malek
yang tak setuju
jangan jadi
hasan malek





----------

CAKAP DARI GUA MANA?

Posted: 10 Aug 2014 06:38 PM PDT







Azmin nafi rebut jawatan MB Selangor dengan Wan Azizah


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mena‎fikan wujud perebutan jawatan menteri besar Selangor antara dirinya dengan Presiden PKR  Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Siapa kata? Jangan buat spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka PAS di Taman Melewar, Gombak, di sini hari ini.

Mengulas pemecatan  Abdul Khalid Ibrahim‎, Pengerusi PKR Selangor itu berkata tindakan diambil demi menyelamatkan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam krisis ini kita kena bersatu padu, ini yang kita jalankan. Pastikan semua keputusan diambil untuk menyelamatkan parti dan PR.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-nafi-rebut-jawatan-mb-selangor-dengan-wan-azizah#sthash.hg1Hc8ZP.dpuf


KAH KAH KAH
woit
ini cakap betul ke?
ini cakap dari gua mana?
ini cakap dari gua  hira ke?
atau
cakap dari gua batu cave?

KAH KAH KAH



---------

SATU SOALAN HAKIKI

Posted: 10 Aug 2014 06:00 PM PDT


SOALAN

 HAKIKI

tan seri khalid ibrahim
dapat selesaikan hutang
sebanyak 70 juta ringgit
dengan bank islam
bagaimana hutang ini
dapat diselesaikan?
tan seri berjiwa rakyat ini
wajib bukakan rahsia ini
kepada
ramai anak anak muda melayu
yang  sedang  terperangakap
dengan hutang ptptn

NOTA

tan seri sila
jangan kedekut ilmu




SHAH ALAM - Tiada penjelasan 
penuh diberikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai hutangnya yang tertunggak sebanyak RM70juta. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail melalui ceramahnya semalam berkata, PKR


--------------

BERAPA RATUS RIBU YANG DATANG

Posted: 10 Aug 2014 08:30 AM PDT






Semua dijemput hadir untuk mendengar taklimat dan penerangan mengapa TSKI perlu dipecat oleh PKR.



KAH KAH KAH
nak tanya
berapa ribu ratus puluh
orang yang datang
 
woit
demo ni mesti hebat
mesti lebih hebat
dari demo reformasi
lebih hebat
dari demo bersih
 
KAH KAH KAH
 
nota
jangan lupa tunjuk gambar
kah kah kah
 
 
-----------

YAM AMPOON YA MAULANAAA

Posted: 10 Aug 2014 06:17 AM PDT






URUT LIDAH 
JAKIM TAK MARAH
KAH KAH KAH




Ops rumah urut: Sultan minta JAIS jangan campur tangan

Sultan Selangor mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak campur tangan dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, seperti dalam operasi ke atas rumah urut.

Dalam ucapannya ketika pertemuan dengan kakitangan JAIS hari ini, baginda antara lainnya menekankan bahawa jabatan itu sepatutnya hanya bertindak mengikut bidang tugasnya sahaja.


KAH KAH KAH



ya ampooon
setuju ya ampoon
biarkan jais
siasat jembatan
biarkan jais 
siasat loji air
biarkan jais
siasat radio aktif
ini lebih shafie
opps... ini lebih afdal
ini lebih islamiah
tak caya tanya
din reban
opps... din reban ayam

KAH KAH KAH


-----------

LEPAS MEK DOGAL - TESCO PULAK

Posted: 10 Aug 2014 12:23 AM PDT




SYARIKAT ZIONIS ISRAEL
TESCO MILIK ZIONIS 
Boikot McD dah berjaya.. Tesco bermula Ahad.. mungkin ada yg terlepas pandang tentang beberapa lagi syarikat yang menyusahkan umat Malaysia, terutama bangsa Melayu iaitu Court Mammonth dan syarikat perabot terbesar iaitu Ikea. 


Kedua-dua syarikat ini juga dimiliki Yahudi dan berapa banyak wang dari keuntungannya dah disalurkan untuk membantu Zionist di Israel dan bangsa Yahudi di seluruh dunia. Mari kita bersama-sama memboikot kedua-dua syarikat ini dan pastikan ia dilakukan secara serius dan buat macam mana kita buat kat McD.. on KEMPEN ANTI MEK DOGAL DI TERUSKAN
Publish | Delete | Spam

Anonymous
on 8/10/14

-----------

ILMU APA DARI KRISIS SELANGOR

Posted: 10 Aug 2014 12:12 AM PDT






KRISIS

SELANGOR

krisis selangor belum selesai 
krisis akan berterusan
dimana akhirnya
belum jelas

apa yang jelas untuk kita semua
ialah ilmu pengetahun yang wajib
kita pelajari dari krisis ini

politik ialah kuasa
kuasa politik ialah kuasa ekonomi
elit politik tidak  
akan mengundur
 dengan senang
elit ekonomi tidak 
akan mengundur
 dengan senang

DAULAH
akan menggunakan jentera
untuk terus berkuasa
jentera daulah:
spt
sprm
media
jakim 
jais
sultan
mahkamah
semua ini akan digunakan
untuk mempertahankan kuasa

APA ITU ILMU PENGETAHUAN
ilmu pengetahuan
datang dari mengumpul pengalaman
semua ilmu pengetahun datang
dari perbuatan manusia

BELAJAR DARI SELANGOR
diharapkan
anak semua bangsa
akan sedar bahawa
pilihana raya itu
hanya illusi
mengundi itu hanya illusi

BUKAN MENGUNDI
hakikatnya dalam pilihanraya
bukan berapa ramai yang mengudi
tetapi
siapa yang mengira undi
inilah pelajaran dari
krisis selangor






-----------

CARA SELAMATKAN DIRI

Posted: 09 Aug 2014 10:03 PM PDT



PEMEGANG MOHOR 
BOTOL  BESAR

Saya masih MB Selangor, tunggu keputusan Majlis Penasihat Raja-Raja esok, kata Khalid


Khalid Ibrahim mengatakan masih menjadi menteri besar Selangor walaupun selepas PKR memecatnya semalam dan akan meneruskan tugas seperti biasa.

Khalid berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga selesai mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja esok dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada PKR.

"Saya akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja yang ditetapkan pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid selepas menghadiri majlis di Masjid Negeri Shah Alam bersama Sultan Selangor.

Khalid berkata tindakan undang-undang juga akan diambil bagi mencabar keputusan partinya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-

MAHAZALIM 
bersama
 PERMAISURI MAHA LONGGAR

KAH KAH KAH
woit
khalid ada dua pilihan
untuk terus jadi mb
pertama jumpa 
kavita singh
kedua jumpa
pemegang mohor
botol besar
jamin selamat
dunia akhirat

KAH KAH KAH



-----------

ILMU PERLU DI KONGSI

Posted: 09 Aug 2014 09:32 PM PDT





MACAM MANA 
HUTANG 70 JUTA  
DIBAYAR
dengan cepat
dengan pantas
Photo: Situasi sukar bila mana integriti tercemar.  Kita kekal pertahankan dasar dan prinsip KEADILAN.  Share dan baca laporan penuh di http://bit.ly/integritikhalid. Sebarkan!

KONGSI CARA SELESAU UTANG
Suatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. 

Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim.

 Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan anak anak muda bumiputra yang dikatakan ramai bakal diistihar muflis gara gara hutang bank yang tidak seberapa. 

Disebabkan sokongan Majlis Ulama PAS yang tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim itu, saya cukup yakin teknik selesai hutang cara Khalid itu hakak dan boleh dimenafaatkan oleh ramai rakyat Malaysia yang dikejar hutang bank. Mereka boleh on INGAT CARA BACA UTUSAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/9/14




-------

PROJEK TANGKAP JIN

Posted: 09 Aug 2014 07:30 PM PDT





FACE BOOK


Khalid Ibrahim dah kena pecat, macam mana?
LikeLike ·  · Share


CUBA TEKA
siapa dalam gambar?
apa sedang dirancang?
adakah ini sedang bincang
 projek tangkap jin?




-----------