WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bincang singkir Khalid secara tertutup, tidak tergesa-gesa, kata Anwar
- Najib selamatkan Khalid Ibrahim?
- Pensyarah: Ramai 'pengampu' di sekeliling PM, menteri
- WAJAH RASIS BERTOPENGKAN AGAMA
Bincang singkir Khalid secara tertutup, tidak tergesa-gesa, kata Anwar Posted: 12 Jul 2014 08:37 PM PDT Perbincangan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam urus tadbir kewangan negeri. "Saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa. Ia perbincangan dalaman dan baik bagi kami uruskannya dalam keadaan yang baik. "Saya selalu berpendapat beliau lakukan tugasnya dengan baik dalam hal kewangan," katanya kepada pemberita selepas memberikan sumbangan kepada anak yatim di kediamannya di Bukit Segambut. Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Khalid minggu lalu. Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu. Anwar berkata, kemelut menteri besar di Selangor tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia akan mencemarkan imej Pakatan Rakyat (PR) di mata rakyat. Katanya, terdapat badan bukan kerajaan (NGO) tertentu yang sudah mula mendesak parti reformasi itu untuk membuktikan prestasi mereka berbeza dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dulu. "Ini kerana jangkaan mereka tinggi dan ramai yang mahu tahu terutama komen NGO yang tidak berpuas hati dengan apa berlaku. "Mereka mahu prestasi berlainan di antara kami dan BN untuk prestasi lebih baik," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan Khalid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis berbuka puasa pada Khamis, Anwar berkata ia pertemuan biasa. Katanya, Khalid sudah pun memberikan penjelasan kepadanya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung perkara berkenaan. "Kami ada sesi bersama MB dan Azizah. Ia jemputan biasa oleh jawatankuasa masjid dan saya fikir ia bukan perjumpaan peribadi. "Segalanya sudah diluahkan dan baik baginya menghadiri majlis itu untuk Selangor. Saya tidak fikir ia jadi isu. "Kami bertemunya malam semalam dan beliau melawak tentang perkara itu," katanya. Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam berkata pertemuannya bersama Khalid pada Khamis tidak membincangkan isu luar biasa. Katanya, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri. "Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri. "Tiada apalah. Saya tidak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn semalam. – 12 Julai, 2014. |
Najib selamatkan Khalid Ibrahim? Posted: 12 Jul 2014 06:31 AM PDT Menurut laman Mstar, Najib berkata:"Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal." Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di Shah Alam, petang semalam. Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih. "(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib sebagaimana dilaporkan laman web itu. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini. Khalid dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu |
Pensyarah: Ramai 'pengampu' di sekeliling PM, menteri Posted: 12 Jul 2014 06:27 AM PDT |
WAJAH RASIS BERTOPENGKAN AGAMA Posted: 12 Jul 2014 06:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |