Selasa, 1 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tewas pemilihan isyarat ahli tolak Khalid jadi MB

Posted: 01 Jul 2014 05:36 AM PDT

Ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di  Kuala Selangor, dua ahli parlimen PKR mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan menteri besar Selangor.


MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata penolakan pada akar umbi memberi isyarat politik supaya Khalid tidak terus mengetuai pentadbiran negeri itu, lapor Berita Harian hari ini.




"Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.




"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin," katanya seperti dilapor akhbar itu.





Pada pemilihan cabang itu baru-baru ini, Khalid tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S Manickavasagam merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang mendapat 515 undi manakala Manickavasagam memperolehi 701 undi.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.

Dalam akhbar itu juga menyebut, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi itu demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

Menurut akhbar itu lagi, Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.

Katanya lagi tidak sepatutnya mana-mana pemimpin mengeluarkan kenyataan mendesak parti mengekal jawatan mereka. 



Tukar Tiub

Tukar Tiub


EEE JADI BATU API

Posted: 01 Jul 2014 07:00 PM PDT





EEE BUAT ONAR LAGI
ini sengaja
nak gaduhkan
melau dengan cina

Zam: Pergi mampuslah MCA...

Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri  Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

"MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan," katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.



KAH KAH KAH
woit
ini india
gaduh dengan cina
melayu tolong jangan
masuk campur

KAH KAH KAH




---------

KANTOI - NAK TUTUP CERITA

Posted: 01 Jul 2014 06:00 PM PDT




KAH KAH KAH
bayangkan 
menteri luar malaysia menipu
media malaysia semua 
kaki angguk tak banyak
soalan yang mengali fakta

kepada media malaysia
dikatakan tak ada kes rogol
dikatakan kerajaan new zealand
benarkan si perogol pulang

nasiab baik ada internet
kita tahu
 apa yang telah berlaku

terima kaseh kepada
arwah ronald reagan

sexual_assault1_300

Amaran hubungan keruh dengan New Zealand

Menteri Luar New Zealand Murray McCully berkata, jika diplomat Malaysia yang dituduh terlibat dalam serangan seksual di Wellington tidak dibawa ke muka pengadilan, hubungan antara kedua-dua negara pasti terjejas.

McCully dilaporkan berkata Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) jelas mahukan diplomat itu, yang kini berada di Malaysia, didakwa, lapor stuff.co.nz.

Dokumen dedah M'sia mahu tuduhan digugurkan

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini

NASIB BAIK
ADA INTERNET


sexual_assault1_300










------------

ADA LAGI SAEKOR MALAON

Posted: 01 Jul 2014 02:30 PM PDT











KOMENTAR

ini pandangan 
bekas ketua hakim negara
malaon ini
memiliki pandangan rasis

lalu persoalan timbul
bagaimana dengan
segala keputusan yang
diambil oleh malaon ini dahulu

apakah keputusann itu wajar
atau perlu dinilai kembali

apa pandangan
dan  komen

dari pembaca


Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPN

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.


KAH KAH KAH

----------

KANTOI MANTOI

Posted: 01 Jul 2014 07:08 AM PDT


           Kebanggaan parti
Pic terkini Mohammed Rizalman Bin Ismail, Pegawai Diplomat yang menghadapi tuduhan kesalahan seksual di New Zealand yang cuba disembunyikan oleh Wisma Putra. Kantoi!!  Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/01/New-Zealand-Diplomat-Sex-Assault/
Pic terkini Mohammed Rizalman Bin Ismail, Pegawai Diplomat yang menghadapi tuduhan kesalahan seksual di New Zealand yang cuba disembunyikan oleh Wisma Putra. Kantoi!!
Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/01/New-Zealand-Diplomat-Sex-Assault/

KAH KAH KAH

woit
ini  muka
kawan baik
rais yatim

KAH KAH KAH



------------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 01 Jul 2014 03:38 AM PDT





REDUP

 RENYAI

malam kelmarin
mendongak ke langit
nampak 
anak bulan
dah besar
dah 
macam  tiga hari

lalu teringat
telok kemang
dimana anak bulan dilihat
dengan teropong

sekarang tak ada lagi
semua disusun
mengikut keperluan
hujung minggu
inilah buktinya
agama itu
disesuaikan dengan masa
dan zaman

awal pagi
langit biru 
puteh cerah 
bergumpal gumpal

petang redup renyai
guruh sayup didengar
dari sana 
dari sini


jai dan ezi
beri tekanan
untuk keluar rumah

puasa hari ke tiga
santai dan mantai

SAHUR
kelmarin sahur 
di kampong baru
tidak lagi melangan
restoran tikus
kini buka meja baru
belum cukup kerap mampir
untuk beri komentar

sahur nasi minyak
tanpa lauk
hanya sayur  tougeh
bersama teh o kosong
ini sebahagian dari projek
lima kilo

kg baru tak ramai orang

masjid sejarah kg baru
telah dirobohkan
untuk ubah suai
abislah sejarah warisan
parti ketuanan melayu
obses dengan projek
obses dengan yang baru

HUJAN SAMPAI
hujan turun
mengiringi  kesampaian
waktu berbuka

ini suasana sedih
kerana 
inalah masa 
inilah ketika
mak cik adik kakak
berjualan

kita yang puasa gumbira
dalam kesejukan

PANASKAN
orang peranchis kata
rien spesial
hari ini gwa tak ada spesial

tak ada yang baru
semua yang semalam
dipanaskan
untuk berbuka


SELAMAT BERBUKA

------------

APA ITU BANGSA

Posted: 30 Jun 2014 10:38 PM PDT











                      APA ITU 

                      BANGSA

Selama tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara kaum dan bangsa.

Tulisan saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia.

Harus diakui hari ini, dari pengamatan saya, masih ramai Orang Melayu tidak mahu menerima Orang China dan Orang India sebagai warga negara. Masih ada – secara sedar - Orang Melayu menganggap Orang China dan Orang India sebagai kaum imigran. Orang China dan Orang India dianggap kaum pedatang. Malah dari hujah kaum pendatang kini satu pandangan baru telah muncul. Kini Orang China dianggap Penceroboh ke Tanah Melayu – perosak tamadun Melayu.

Pandangan-pandangan ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat kepada Orang Melayu.

Malah para menteri dari United Malays National Organisation secara tertutup akan mempertikaikan peranan Cina dalam MCA atau India dalam MIC. Para penyokong dan pemikir Parti ini juga mempertikaikan apakah manafaatnya MCA dan MIC bersama dalam Barisan Nasional.

Dari segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan Ketuanan Melayu.

Ini tidak pula bermakna PKR atau PAS lebih cerah pandangan. Terdapat juga ahli PAS atau ahi PKR jika dicarik kulit jingganya akan terserlah resapan kesasauan Ketuanan Melayu. Ini bukan dongeng. Ini fakta. Ucapan-ucapan pekauman ini terhambur dimulut pemimpin atau ahli PKR/PAS kerana perasaan itu sentiasa berkubang dalam otak mereka.
Pada hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran.

Semua yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh patin dari tempoyak.

Dalam tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other. Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang Lain/The Other.

Teori Yang Lain ini mucul salepas datangnya penjajah. Teori ini sering diguna pakai oleh akademia di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam penganalisan mereka terhadap masing-masing negara. Teori Yang Lain ialah pengalaman anak tanah jajahan pasca kolonial.

Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi.

Kesampaian Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut dengan kuasa.

Justeru dari sinilah lahirnya jati diri. Dari Yang Lain inilah lahirnya kesedaran KeMelayuan. Kuasa penjajah yang tidak peduli dengan budaya tempatan membakulkan sesiapa sahaja yang mereka temui sebagai Anak Tanah Jajahan. Anak tanah jajahan ada yang dijadikan hamba abdi, ada yang dijadikan kuli, ada yang dijadikan gundek dan ada juga yang dijual sebagai barang dagangan.

Kaum penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu. Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL

Pengalaman – nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu, malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA.

Justeru kita boleh rumuskan bahawa Semangat Nasionalisma ini adalah perasaan kekitaan hasil dari pengalaman bersama kerana dibuli, diinjak-injak, dihina, dibunuh dan diburu oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perasaan benci kepada penjajah – benci kepada Yang Lain - inilah yang menjadi asas mendirikan negara bangsa atau nation state.

Mendirikan negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat. Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku.

Apa itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang sama.

Apakah syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia.

Dari fakta sejarah kita telah memahami bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kemudian diambil pula oleh Belanda. Kita membaca bagaimana Dutch East India Company menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Kemudian kita melihat bagaimana British East India Company membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Kemasukan China dan India ini melahirkan satu lanskap baru dalam polity Tanah Melayu.

Di zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British. Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak

Semua ini berlaku sebelum kesampaian satu lagi kumpulan THE OTHER - YANG LAIN – Yang Lain yang saya maksudkan ini ialah Orang China dan Orang India yang akan dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi.

Pengalaman ini tidak ada dalam hari sanubari masyrakat Cina atau India yang datang kemudian. Mereka mungkin terbaca, mungkin membaca sejarah – lalu bertemu dengan nama saperti Tun Fatimah, Tok Janggut atau Datuk Bahaman. Untuk jenerasi Yang Lain yang baru datang ini Maharaja Lela mungkin hanya nama stesen monorail. Hang Jebat mungkin hanya nama stesen LRT – tidak lebih dari itu.

Walhal untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif kesedaran Aku Ini Siapa?

Corpus tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini.

Hakikatnya ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah, bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu.

Apakah yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-40-45




------------------

BARU SEKARANG NAK LAPOR

Posted: 30 Jun 2014 09:45 PM PDT






SOGOK GERENTI LULUS


SOGOK GERENTI LULUS
Belajar 10 minit, tidak perlu habiskan ujian Bahagian Dua

Kuala Lumpur: Hanya dengan sogokan antara RM150 hingga RM500, anda gerenti lulus ujian memandu tanpa bersusah payah menghadiri kelas memandu atau risau 

Itulah tawaran diberikan tenaga pengajar sekolah memandu untuk calon yang ingin mengambil lesen memandu sama ada motosikal, motosikal berkuasa tinggi atau kereta.

Untuk gerenti lulus lesen motosikal (Kelas B2) calon dikenakan bayaran tambahan RM150; motosikal berkuasa tinggi (Kelas B) sebanyak RM200 dan kereta (Kelas D) dikenakan bayaran RM500.




KAH KAH KAH
woit
baru sekarang sedar
baru sekarang nak lapor
kes beli lesen memandu
dah berlaku berkurun-kurun

apakah ini kerana
nak alih cerita
nak alik pandangan 
kerana harga bbarang naik
orang makin resah
hanya tunngu nak
ke jalan raya!


--------------

SIAPA PEROGOL ITU?

Posted: 30 Jun 2014 09:18 PM PDT





Diplomat charged with sexual assault returns home from New Zealand

Man from unnamed country claims diplomatic immunity from charges of burglary and assault with the intent to rape

A diplomat has evaded sexual assault charges in New Zealand by claiming diplomatic immunity and returning home, officials said.

New Zealand police said the man, who is in his 30s, followed a 21-year-old woman last month and assaulted her. He has been charged with burglary and assault with the intent to rape, each of which carries a maximum prison sentence of 10 years.

A New Zealand judge has suppressed the man's name and details of the case that could identify him. Government lawyers have interpreted that order as including naming the diplomat's home country.
New Zealand's government sought a waiver of diplomatic immunity so the man could face trial in New Zealand, but was rebuffed by the man's home country, which sent him home within days of the incident on 9 May.

The prime minister, John Key, said it was his "very strong preference" that the man faced trial in New Zealand.

NOTA
berita dari akhbar GUARDIAN
kata mamat ini dah pulang
malayasia?



Wisma Putra sahkan diplomat Malaysia suspek kes pencabulan seks di New Zealand

1 Jul — Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan. Menteri Luar Anifah 


KAH KAH KAH
woit
kes ini
entot entot
tak dapat lari

mari kita teka
mamat ini siapa?

ada pembaca tahu?
siapa ada maklumat
sila buka cerita
entah entah sepupu
perogol amah
atau sepupu pembunuh

KAH KAH KAH





---------------

MALIKUL SIAP SIAGA

Posted: 30 Jun 2014 08:36 PM PDT





TELAH 

SEDIA

malikul sembab siaga
dengan pisangnya
jika 
rosmah menceraikan
isterinya

KAH KAH KAH

---------