Isnin, 7 April 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MH370...Debaran memuncak

Posted: 07 Apr 2014 08:39 PM PDT


Selepas hilang pada pagi 8 Mac lalu, 32 hari ekemudian, 8 April, baru pihak berkuasa yang menyiasat misteri kehilangan pesawat MH370 buat kali pertamanya guna kapal selam kecik bawah laut.

Kali ini ia bukan cari kosong, sebaliknya berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh, bagi mengecilkan kawasan carian yang sebelum ini pernah menjangkau separuh dunia.

Kru kapal Australia mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.


Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

"Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

"Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar," katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

"Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi," jelasnya.

Sementara itu, kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga merupakan tempat pesawat yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.-8/4/2014

Hina Nabi: Filem Noah Diharamkan Di Malaysia

Posted: 07 Apr 2014 07:42 PM PDT


Pic:Sinar HarianPic:Sinar HarianSELEPAS Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengharamkan tayangan filem Noah, Malaysia turut membuat keputusan sama.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas filem itu memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh AS.
"LPF memutuskan sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen tersebut maka, filem Noah ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini. Ia juga bertujuan menjaga sensitiviti dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," ujarnya.
Beliau menambah, filem arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada LPF untuk penapisan pada 7 Mac lalu. Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac lalu.
Surah Nuh dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan dari banjir besar namun, ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Bagaimanapun kisah Nabi Nuh juga diceritakan dalam Injil.
Sudah jangka-Crowe
Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.
Crowe menerusi temu bual bersama The Telegraph berkata, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible.
"Secara jujur, memandangkan terdapat perkara dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu," katanya.
Malah, institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar kelmarin turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem itu.
"Al-Azhar memperbaharui bantahannya terhadap apa-apa perbuatan yang menggambarkan rasul dan nabi ALLAH dan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
"Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat Islam," kata institusi itu dalam satu kenyataan sebelum ini.- SH

Hina agama: Kassim Ahmad dibicara 6 dan 7 Mei

Posted: 06 Apr 2014 11:47 PM PDT

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 6 dan 7 Mei ini untuk perbicaraan kes bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad yang menghadapi dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
  
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut pada hari ini.
  
Beliau juga membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris supaya jumlah jaminan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Syarie Ummamuddin Yunus sebanyak RM6,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Kassim dikekalkan.
  
Pada 27 Mac lepas, Kassim, 81, mengaku tidak bersalah di hadapan Ummamuddin terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
  
Hari ini selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi, Kassim turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
  
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Feb lepas.
  
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.
  
Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Di luar mahkamah, ketika ditemui media, Ibrahim berkata pendakwaan akan memanggil lebih 10 orang saksi termasuk peserta seminar.
  
Ditanya sama ada pendakwaan akan memanggil bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merasmikan seminar itu sebagai saksi, beliau berkata pihaknya belum memutuskan untuk berbuat demikian.
  
Lagipun, katanya, setakat ini pihaknya belum merekodkan kenyataan daripada Dr Mahathir. - Bernama

MS - Kassim Ahmad dah ditangkap dan akan dibicara .... Si mamak kutty tu bila lagi?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri selar tahap keselamatan di timur Sabah, bimbang rugikan pelancongan

Posted: 07 Apr 2014 09:36 PM PDT


Datuk Seri Nazri Aziz berkata tahap keselamatan penting bagi menarik pelancong ke Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2014.Datuk Seri Nazri Aziz berkata tahap keselamatan penting bagi menarik pelancong ke Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2014.Selepas para wakil rakyat Barisan Nasional, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyelar tahap keselamatan di Sabah sebagai berada dalam keadaan tidak memuaskan susulan insiden penculikan pelancong wanita warga China dan seorang pekerja Filipina di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Khamis lalu.
Beliau berkata kerajaan sepatutnya lebih mempertingkatkan kawalan keselamatan di Sabah memandangkan ia bukan kali pertama kes penculikan melibatkan pelancong berlaku di negeri itu.
"Apa sekalipun keselamatan di pantai timur (Sabah) adalah penting sekiranya kita nak membawa pelancong masuk, maka ia mesti berada di tahap terbaik.
"Bagi saya amat tidak memuaskan kerana bukan sekali terjadi, tapi dua kali. Saya tidak akan kata puas dengan tahap keselamatan," katanya pada pemberita selepas melancarkan program pembukaan perpustakaan digital antarabangsa di Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.
Insiden penculikan yang berlaku Khamis malam disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek, yang berkata ia tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Dua wanita itu dipercayai dilarikan dari Singamata Reef Resort selepas enam lelaki bersenjata menyerbu resort peranginan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Saman RM100j: Peguam Anwar hilang kelayakan kerana beliau Naib Presiden PKR

Posted: 07 Apr 2014 09:32 PM PDT

Peguam N Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan laporan berkaitan pencerobohan Lahad Datu.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memutuskan, kemungkinannya terdapat konflik kepentingan ekoran kedudukan Surendran sebagai naib presiden PKR dan Anwar pula ketua umum.

Surendran berkata akan merayu terhadap keputusan itu.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mungkin akan mewakili Anwar semasa prosiding yang akan bermula pada 14 April.

Saman itu diambil ekoran laporan mengaitkan Anwar dengan kes Lahad Datu, Sabah, awal tahun lepas.

Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah Tentera tangguh sidang selepas setuju lima daripada tujuh dakwaan cacat

Posted: 07 Apr 2014 09:28 PM PDT


Mahkamah Tentera yang bersidang terhadap pilot Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membuat laporan polis kes dakwat kekal ditangguhkan selepas panel hakim sebulat suara membenarkan bantahan awal oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bahawa lima daripada tujuh tuduhannya cacat.
Presiden panel itu, Saadon Hasnan berkata, perkara ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk memutuskan tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun, katanya dua lagi dakwaan terhadap Mejar Zaidi Ahmad (gambar) akan dikekalkan.
Kes yang dibicarakan di pejabat Lapangan Terbang Sungai Besi dekat Kuala Lumpur ditangguhkan sehingga 10 Jun ini.
Mejar Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu, iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke-13.
Laporan dibuat di hadapan Leftenan Korporal Sharil Aida Sabu pada jam 10.58 pagi ekoran dakwat kekal yang dicalit pada tangannya selepas mengundi hilang apabila dibasuh menggunakan sabun atau pencuci pingan mangkuk.
Zaidi kemudiannya dimaklumkan oleh pihak atasan bahawa Panglima Tentera Udara mengarahkan agar beliau dikenakan pertuduhan melakukan kesalahan bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.
Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.
Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat 8 April 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 07 Apr 2014 09:16 PM PDT

Menteri Di JPM Bentang RUU Saraan Hakim (Pindaan) 2013

Posted: 07 Apr 2014 09:12 PM PDT

Isyarat ping, hubungan dengan satelit di tempat sama sebelum MH370 menjunam ke laut

Posted: 07 Apr 2014 07:39 PM PDT


Carian dasar laut mengikut dua isyarat ping yang dikenal pasti. – Infografik oleh The Malaysian Insider oleh Kamarularif Husain, 8 April, 2014.
Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.
Carian dasar laut mengikut dua isyarat ping yang dikenal pasti. – Infografik oleh The Malaysian Insider oleh Kamarularif Husain, 8 April, 2014. Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.
Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.
Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.
The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Hudud tiada sebarang unsur politik - MB Kelantan

Posted: 07 Apr 2014 07:37 PM PDT

Hudud tiada sebarang unsur politik
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya merupakan kewajipan  berlandaskan ajaran
al-Quran.

Menurutnya, sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk menunaikan solat dan berpuasa, begitulah juga dalam aspek menegakkan undang-undang ALLAH.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengulangi komitmen kerajaan di dalam isu ini  bagi mengingatkan semua pihak bahawa kewajipan kita terhadap al-Quran bukan sekadar membaca dan mengindahkan bacaan.

"Sebaliknya lebih jauh dari itu iaitu dengan mengaplikasikannya di dalam kehidupan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan kali ke-57 di sini, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Kualiti hidup, peluang profesional faktor halang rakyat pulang ke tanah air

Posted: 07 Apr 2014 07:34 PM PDT


Pendapatan yang tinggi, peluang kerja profesional yang lebih baik, dan kehidupan yang sempurna menyebabkan ramai rakyat Malaysia di luar negara berat untuk pulang bekerja di tanah air.
Mengikut statistik agensi pencari bakat negara TalentCorp, seramai 2,500 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara berjaya dibawa pulang, namun jumlah itu masih kecil jika dibandingkan dengan anggaran hampir sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara oleh Bank Dunia pada 2011.
TalentCorp ditubuhkan pada tahun 2011, bertujuan mencari bakat tempatan yang bekerja di luar negara, menerima hampir 4,000 permohonan setakat sepanjang tempoh tiga tahun.
"Ia kombinasi pelbagai faktor, pertama, kualiti kehidupan berhubung kait dengan pendapatan, kedua, peluang profesional dan faktor keselesaan hidup," kata Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corp, Johan Mahmood Merican dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, jurang kualiti kehidupan tidak terlalu besar jika dibandingkan Malaysia dengan negara luar, kata Johan.
"Sebagai contoh, pendapatan di London memang tinggi, tetapi kita mesti tingkatkan kesedaran mereka mengenai kualiti hidup yang efektif selepas kos sara hidup, kadangkala jurang itu tidak terlalu besar," kata beliau.
Bagi peluang profesional, Johan menyifatkan Malaysia masih mampu menyediakan peluang terbaik kerana kedudukan ekonomi  negara yang baik.
"Banyak negara membangun lain di dunia, ekonomi mereka secara relatifnya perlahan, tetapi Malaysia berkembang dengan kukuh,"  kata Johan.
"Bagi faktor ketiga, ia meliputi banyak sebab. Ia benar terdapat beberapa rakyat Malaysia membangkitkan kebimbangan mengenai pendidikan, jenayah, situasi politik."
Paling ramai pemohon program pulang ke Malaysia yang diperoleh Talent Corp adalah dari Singapura, disusuli United Kingdom, China, Australia dan Timur Tengah.
Menurut laporan Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berjumlah US$303.53 bilion (RM991.2 bilion) pada 2012.
Nilai KDNK  Malaysia mewakili 0.49% ekonomi dunia.
Read More / Baca Lagi >>

10 juta Red Bean Army: Lagi tuduhan mengarut terhadap DAP

Posted: 07 Apr 2014 07:22 PM PDT


WIRA1205-launching (22)


KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Tuduhan bahawa DAP merancang merekrut 10 juta 'cybertrooper' Red Bean Army (RBA) dan membayar mereka RM3,000 setiap seorang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sama sekali tidak masuk akal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia bukan saja tidak benar malah UMNO-BN dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di bawah mereka sebenarnya yang melahirkan "cybertrooper paling gila di dunia" untuk menyerang lawan politik mereka.
"Hanya orang gila paling gila saja yang akan percaya dan menerima tuduhan mengarut itu.
"DAP tidak mempunyai 'RBA' dan kami tidak membayar satu sen pun untuk mana-mana 'cybertrooper'," tegas Kit Siang.
Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu berkata demikian sebagai respons kepada cybertrooper dan NGO UMNO-BN minggu lalu yang mendakwa DAP merancang untuk merekrut 10 juta 'cybertrooper' RBA menjelang PRU14.
Read More / Baca Lagi >>

Memali: Mahathir patut sokong Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika benar tidak bersalah

Posted: 07 Apr 2014 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Memali jika benar beliau tidak bersalah dalam tragedi itu.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang RCI perlu ditubuhkan untuk mencungkil kebenaran di sebalik tragedi Memali, terutama berikutan pendedahan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
Pada 27 Mac lalu, Tun Musa mendedahkan bahawa Mahathir sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian pembunuhan 29 tahun lalu di Kampung Memali, Kedah.
"Sudah lebih 20 tahun kebenaran di sebalik pembunuhan 18 orang individu dalam tragedi Memali masih tidak terjawab. Keluarga mangsa sehingga kini masih dihantui peristiwa pada 19 November 1985 itu, jadi RCI sangat diperlukan.
"Adakah Mahathir telah membatalkan arahan Musa supaya menyuruh polis mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah dalam penangkapan Ibrahim Libya? Jika tidak, beliau harus menyokong RCI.
"Rakyat berhak mengetahui punca sebenar di sebalik kematian Ibrahim Libya bersama 13 penduduk kampung dan empat anggota polis," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan.,.!!! Dunia Akhir Zaman...

Posted: 07 Apr 2014 07:02 PM PDT

Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan   
Musa menangis ketika ibu jarinya dicelup ke dalam dakwat untuk 'menandatangani' bon jaminan.
ISLAMABAD -PAKISTAN. Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.

Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.

Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

 Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu.

Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit.

Audit: 14 peratus peniaga "Tukar" gulung tikar

Posted: 07 Apr 2014 06:46 PM PDT

Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar  
Mesin Pos yang tidak digunakan pemilik kedai Tukar.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 peratus daripada 70 kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengalami kemerosotan nilai jualan manakala 14 peratus lagi gulung tikar.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, kedai-kedai yang mengalami kemerosotan nilai jualan antaranya berpunca dari persaingan dengan  pasar raya berdekatan.

Kedai yang menutup perniagaan mereka pula adalah kerana menghadapi masalah kekurangan modal dan kesukaran peserta mendapat bekalan barang jualan sebab tidak memaksimakan pulangan ke atas jualan stok sebagai pusingan untuk pembelian stok seterusnya.

Terdapat peserta yang bertukar milik kedai selain menutupnya disebabkan peniaga kekurangan modal dan klausa dalam perjanjian pinjaman tidak terdapat larangan kepada peserta Tukar untuk menjual (kedai tersebut) dalam tempoh perjanjian berkuat kuasa, menurut laporan itu.Read More / Baca Lagi >>

Audit: RM17.25j beli kasut Rela

Posted: 07 Apr 2014 06:44 PM PDT

SHAH ALAM - Pengurusan perolehan bagi 150,000 unit kasut (combat boot) adalah tidak teratur dan tidak menjaga kepentingan kerajaan serta tidak mendapat harga lebih rendah apabila perlu membelanjakan RM17.25 juta.
Laporan Ketua Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan, oleh itu tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab kerana ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan.

"Pada awalnya, setelah mengambil kira syor dan perakuan Jawatankuasa Penilaian Teknikal, harga terendah yang ditawarkan petender adalah RM16.20 juta (RM108 sepasang) dan tertinggi RM19.67 juta (RM131.10 sepasang).

"Bagaimanapun, disebabkan petender harga yang terendah menghantar dua sampel untuk satu tender yang sama dengan nama syarikat sama adalah tidak adil dan wajar, urus setia Lembaga Perolehan B, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan supaya petender itu tidak dipertimbangkan untuk pembekalan combat boot Rela," menurut laporan itu.

Audit: Alatan Ghaib @ Aset Hantu

Posted: 07 Apr 2014 04:33 PM PDT

Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan sebanyak 482 peralatan bernilai RM2.58 juta di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dan Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, dikategorikan sebagai 'aset hantu' atau peralatan tiada di lokasi (V4L).
Menerusi pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat semalam, sehingga 31 Ogos 2013 sejumlah RM9,346 yuran masih dibayar bagi 26 peralatan V4L di HTAR sementara baki 419 peralatan lagi tidak dapat disahkan status yurannya, sebaliknya yuran untuk peralatan berstatus sama di HTF sudah dihentikan.

Semakan lanjut terhadap 26 peralatan V4L berkenaan mendapati Notis Untuk Mula/Tamat Perkhidmatan (SNF) sudah dikeluarkan bagi 12 peralatan, manakala 14 lagi tidak dapat disahkan kerana tiada salinan SNF dikemukakan untuk semakan.

Bagaimanapun, bayaran yuran bagi peralatan itu masih diteruskan dan jumlah lebih dibayar bagi peralatan berkenaan untuk tempoh antara lapan hingga 38 bulan ialah RM4,497.
FotoPENGERUSI Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) dan Ambrin menunjukkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, semalam.

Berdasarkan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disertakan dalam laporan audit itu, 31 aset dijumpai semula di HTF, manakala di HTAR sebanyak 218 peralatan dikenal pasti tiada di lokasi dan laporan polis dibuat, 218 peralatan dilupuskan, tiga peralatan dipindah keluar dan enam peralatan dijumpai dan masih digunakan.

Ghafur desak Junaidi letak jawatan, bubar Esscom

Posted: 07 Apr 2014 04:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh  (kiri) mendesakTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) meletakkan jawatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibubarkan.

Beliau yang kecewa dengan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna berkata, jawapan Junaidi agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong, mengecewakan rakyat Sabah.

"Jika timbalan menteri tidak mahu minta maaf, letak jawatan.

"Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ghafur, penubuhan Esscom juga perlu dibubarkan kerana ianya tidak mampu menangani masalah pencerobohan di perairan negeri itu.

Beliau mencadangkan satu pasukan dibentuk dan diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri sendiri.Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan

Posted: 07 Apr 2014 04:22 PM PDT


Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu dibubarkan selepas beberapa siri penculikan masih berlaku di kawasan berkenaan walaupun lebih RM100 juta dibelanjakan oleh kerajaan, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghapor Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memandang serius isu berkenaan dengan meletakkan kawasan tersebut di bawah satu kementerian berkaitan.
"Esscom ini tidak sukses. Jadi saya cadangkan kepada Perdana Menteri agar bubarkan Esscom. Kita mahu satu kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan yang mengetuai ini semua.
"Ini kerana Esscom tiada yang arahkan. Bolehkah dia beri arahan kepada ketua polis negara?
"Bolehkah dia beri arahan kepada komander tentera? Tiada yang mahu dengar (mereka)," katanya semasa di Dewan Rakyat sewaktu membentangkan usul keselamatan Sabah di Parlimen hari ini.
Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, diculik sekumpulan lelaki jam 10.30 malam pada Khamis.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek yang menyifatkan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Wanita warga China berkenaan berusia 28 tahun dan berasal dari Shanghai.
Read More / Baca Lagi >>

MCA Selangor tidak setuju dengan BN, menentang rampasan Bible

Posted: 07 Apr 2014 04:15 PM PDT


MCA Selangor yang tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas kitab Bible dalam bahasa Melayu dan Iban, melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Barisan Nasional (BN) yang bersetuju dengan dengan rampasan Bible bahasa Melayu Alkitab dan Bap Kudus.
Tindakan Jais merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban Januari lepas membimbangkan pelbagai pihak kerana ia disifatkan melanggar hak beragama orang bukan Islam dan juga larangan penggunaan 40 perkataan Arab yang terkandung dalam undang-undang negeri Selangor.
"Kita memang tidak setuju dengan tindakan Jais, kerajaan negeri Selangor perlu jelaskan mengapa mereka membiarkan perkara begitu berlaku, Bible untuk orang Kristian tidak sepatutntya dirampas," kata Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
MCA tidak diwakili dalam DUN Selangor selepas semua calonnya kalah dalam Pilihan Raya Umum Mei 2013 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

India holds world's largest election

Posted: 07 Apr 2014 04:10 PM PDT

British journalists demand release of Al Jazeera staff

Posted: 07 Apr 2014 04:08 PM PDT

Families of jailed journalists speak out

Posted: 07 Apr 2014 04:07 PM PDT

What you need to know about a black box

Posted: 07 Apr 2014 04:06 PM PDT

Pilot: Black boxes designed to handle the worst conditions

Posted: 07 Apr 2014 04:06 PM PDT

U.S. Navy on MH370 search: We are cautiously optimistic

Posted: 07 Apr 2014 04:05 PM PDT

US secretly sending anti-tank weapons to Syrian rebels - reports

Posted: 07 Apr 2014 04:04 PM PDT

Egypt upholds jail sentence of activists

Posted: 07 Apr 2014 04:02 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GST lulus, Pakatan pamer poster bantahan

Posted: 07 Apr 2014 05:33 AM PDT


Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Poster yang antaranya bertulis "Tolak GST" itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.

Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.

Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.

Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.

Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan.




Peristiwa Sebelum Kiamat - Ustaz Wadi Annuar (Streamed live on Apr 5, 2014)

Posted: 07 Apr 2014 05:28 AM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB KENA PAU LAGI

Posted: 07 Apr 2014 06:08 PM PDT




Najib cadang pembinaan 'Jambatan Persahabatan

PUTRAJAYA 7 April - Najib Razak hari ini berkata, beliau telah mencadangkan pembinaan 'Jambatan Persahabatan' untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura.

Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau.

Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di sini. - TIEWNAMA


KAH KAH KAH
woit
ini mesti pasal gambar

sila teka
gambar siapa?

KAH KAH KAH



--------

DARI BRIXTON KE BANGSAR

Posted: 07 Apr 2014 11:23 AM PDT





DARI BRIXTON
SELAMAT
KE BANGSAR
tim teater bukan teater
selamat sampai ke klia jam 11:30 malam isnin

semua selamat
semua senyum

ucapan terima kaseh kepada
anak semua bangsa
yang membantu
dalam apa sahaja bentuk
untuk menjayakan
pementasan teater bilik sulit
di semenanjung hingga ke  uk

TUJUH ORANG ANAK MUDA
tujuh orang anak muda dari teater bukan teater
akan memiliki keyakinan diri
satelah hampir satu bulan di uk
saperti kata mafiz dalam dari jemapoh
' masa muda inilah untuk melihat dunia...'

SELAMAT  KEMBALI

KE BANGSAR 
NOTA 
old town Apa CERITA


KONSPIRASI PULAAK DAH

Posted: 06 Apr 2014 08:30 PM PDT




Krisis MH370: Utusan tumpu teori konspirasi CIA

Satu tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini cuba membangkitkan teori yang mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat yang didakwa untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China.

Penolong pengarang akhbar itu Ku Seman Ku Hussein dalam tulisannya itu turut berpendapat kerajaan juga mengambil kira sebahagian dari "teori konspirasi" mengenai serangan 11 September itu.


 KAH KAH KAH
konspirasi pulaak
kah kah kah

altantuya dibunuh
konspirasi sapa?

kapal selam
tak nyelam
konspirasi sapa?
 KAH KAH KAH


--------

Biaqpila

Biaqpila


MISTERI MH370

Posted: 07 Apr 2014 11:16 AM PDT


Misteri 'pulse' dua jam

PERTH: Dua isyarat 'pulse' yang dikesan berterusan selama dua jam 20 minit diikuti isyarat kedua berlanjutan selama 13 minit memberi harapan baru dalam usaha mencari kotak hitam di Lautan Hindi.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston mengesahkan, isyarat 'pulse' dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield semalam agak konsisten dengan kotak hitam yang dicari pasukan misi mencari dan menyelamat.
"Kapal Ocean Shield dapat mengesan isyarat pertama selama dua jam dan 20 minit sebelum terputus hubungan. Namun ia berpatah balik dan cuba mencari semula isyarat itu.

"Ia berjaya mengesannya buat kali kedua selama kira-kira 13 minit. Pada kali ini, dua 'ping' berlainan dapat didengar dan ini konsisten dengan isyarat daripada perakam data penerbangan dan perakan kokpit," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.



LOKASI isyarat dikesan kapal Australia dan China. GRAFIK JACC
Menurutnya, isyarat itu dikesan alat pengesan kotak hitam atau 'Towed Pinger Locator' pada kedalaman Lautan Hindi kira-kira 4,500 meter.
"Ia adalah petunjuk yang memberi harapan baru," katanya.
Kapal Ocean Shield akan terus berada di kawasan penemuan isyarat itu dalam tempoh 24 jam bagi meneruskan pencarian.
Beliau memberitahu, kejayaan terbaru itu adalah hasil pakar dari Malaysia yang berjaya mengecilkan kawasan pencarian MH370.
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan isyarat itu memandangkan Ocean Shield masih lagi menyiasat lokasi sebenar sumber isyarat itu, kata Houston.
Katanya, terdapat beberapa langkah sebelum isyarat ini dapat disahkan.
"Pertama, lokasi tepat perlu ditentukan. Selepas itu Ocean Shield boleh menggunakan pesawat Bluefin 21 untuk mencuba mencari serpihan di dasar laut.
Pengesahan ini hanya boleh dibuat dalam masa beberapa hari, katanya.
Sebelum ini, agensi berita rasmi China, Xinhua juga melaporkan isyarat dikesan kapal China ketika menjalankan operasi mencari, Sabtu lalu.
Kapal perang Haixun1 mengesan isyarat itu di lokasi sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur iatu kira-kira 600 kilomter dari Ocean Shield.
Xinhua juga melaporkan beberapa objek terapung berwarna putih dikesan pesawat di kawasan pencarian.

mountdweller