Jumaat, 7 Februari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anak perempuan Zahid Hamidi nak tanding di Kajang

Posted: 07 Feb 2014 09:12 PM PST


OLEH MD IZWAN‎
FEBRUARY 08, 2014
Anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang ketika Barisan Nasional (BN) masih buntu untuk menamakan calon.
Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini, mengakui mempunyai hasrat itu, bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan.
"Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara yang sama," kata Nurul Hidayah.
Anak naib presiden Umno yang popular itu menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkannya sebagai calon ataupun tidak.
"Apa-apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Nurul yang juga menetap di Kajang mahu menunggu keputusan calon diumumkan dan enggan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara tersebut bagi mengelak ada pihak yang terguris hati.
"Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak komen lebih lanjut.
"Lainlah jika memang sudah diumum saya calon itu," katanya.
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mengumumkan tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 8 Februari, 2014. - TMI

Balai Polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan

Posted: 07 Feb 2014 07:58 PM PST

FEBRUARY 08, 2014
Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang membuat rondaan di kawasan balai.
Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.
"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah, manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.
"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.
Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini, polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan, tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.  – Bernama, 8 Februari, 2014.-

'Pallada' kapal klasik Rusia dijangka tiba di Pulau Pinang pada Khamis 27 Feb - 28/2 & 2/3 dibuka kepada orang ramai

Posted: 07 Feb 2014 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR: The classic three-mast Guinness book nominee as the world fastest (18 knots) Russian sailing ship "Pallada" is conducting its 125th anniversary tour around the world has left the port of Incheon city in South Korea and is now set for Malaysia Feb to Penang.
The ship carries 90 cadets from the Russian Far Eastern State Technical Fisheries University. The current trip started in January 2014 in Vladivostok, the Harbour at Russia's Pacific Coast. During the present trip "Pallada" will cover thousands miles and visit 4 countries of the Asia Pacific. They are South Korea, Malaysia, Singapore and Brunei.
While staying in Penang the crew will grant honors to the grave of the sailors of the Russian cruiser "Zhemchug" ("The Pearl") sunk by the German cruiser "Emden" on October 28, 1914 in Georgetown bay during the 1st World War military operations here.
"Pallada" was constructed in 1989 and since then has kept sailing for 25 years.
Several thousands Russian and foreign cadets from Holland, Vietnam, Mexico, Arab countries conducted their training on its board. The vessel usually makes 5-6 voyages per year. She is proud of vast geography of calls: Japan, China, South Korea, Vietnam, Singapore, Australia, USA and many other countries.
"Pallada" has gained honorable international reputation by its participation in different international regattas and sailing festivals in Europe, America, Australia and Asia, where she always was awarded top prizes.
Within the framework of the program of activities during the stay of "Pallada" in Penang it is settled that on Thursday morning February 27, the Russian sailing ship "Pallada" is due to arrive to Gorgetown.
The vessel will be opened for public on Friday February 28 from 10 am to 5 pm and on Sunday March 2 from 10 am till noon. The public and guests of Malaysia are warmly invited to visit this impressive voyager and to get acquainted with its crew and Maritime Museum on board highlighting the past and the present of the Russian Navy. - Bernama"

Bantahan terhadap konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani

Posted: 07 Feb 2014 12:19 AM PST

 

 
 

 
 
 
 
 

sumber : kedahlanie

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Dun Kajang: Isu ekonomi, ketegangan agama jadi modal kempen Anwar

Posted: 07 Feb 2014 04:31 PM PST

Kenaikan kos sara hidup selain polemik ketegangan kaum dan agama terus menjadi intipati utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) yang berlangsung malam tadi di Dataran Prima Saujana, Kajang.
Biarpun masuk hari ketiga ceramah diadakan, kempen PRK itu tetap mendapat sambutan daripada penduduk Kajang yang hadir, dan tumpuan sudah tentu diberikan kepada calon PR bagi kerusi DUN tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu dalam ucapannya menegaskan peningkatan kos sara hidup boleh dipulihkan sekiranya kerajaan persekutuan menghentikan keuntungan kepada syarikat yang dimonopoli oleh kroni-kroni pemimpin Barisan Nasional (BN).
Hujah Anwar itu didengar khusyuk oleh hadirin, biarpun duduk dalam keadaan kurang selesa dengan hanya beralaskan surat khabar selama hampir sejam ucapan berlangsung.
Malah, sesetengah juga dilihat bersorak dan mengiyakan setiap kali Anwar, yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berhujah.
Selain itu, Anwar menyelar tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP.
Anwar turut menyelar perbuatan lebih kurang 50 orang daripada NGO Islam itu yang bertindak menyembelih ayam dan melumurkan darah kepada kain rentang yang terdapat wajah pemimpin Cina DAP dan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran dari Tun Dr Ismail.

Posted: 07 Feb 2014 03:26 PM PST

An honest man is not neccessarily a nice man- Tun Dr Ismail.
Bila kita tengok suatu kumpulan Melayu menyembelih ayam dan menyimbah darah keatas beberapa potret MP bukan Melayu kita sedih. Apa sudah jadi kepada bangsa Melayu? Sudah lah miskin, laku perangai pun miskin. Ini agak nya, kebenaran dalam pengamatan pendita Zaaba bahawa orang Melayu pada hitung panjang nya miskin dalam serba serbi. Miskin wang Ringgit tidak terperi, ditambah miskin pula dalam laku perangai. Bagaimana perlakuan sedemikian menegakkan maruah bangsa Melayu, pemimpin Melayu dan Raja2 Melayu?
Maruah Melayu macam mana yang tercemar dan tercalar? Takkan lah Melayu seperti ini yang kaya raya, gagah perkasa memerlukan kaedah samseng dan samseng2 untuk mempertahankan harga diri dan maruah mereka?
Sembelihlah ayam, itik atau unta sekali pun, keadaan orang Melayu tidak akan berubah. Seperti saya sebut dalam artikel yang lalu, lama sangat sudah kita memekik ketuanan Melayu sana sini- tapi kita yang tuan duduk rumah setinggan, rumah pprt, rumah kos rendah. Yang pendatang duduk rumah besar, pangsapuri ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit. Maruah Melayu, pemimpin Melayu tidak pula dianggap tercalar. Maruah raja Melayu saya tidak hendak sebut, sebab semua mereka kaya raya.
Ramai Melayu tidak faham- taat kita kepada kerajaan adalah taat bersyarat. Its always a qualified loyalty and allegiance. Mereka yang cetek akal tidak faham konsep bertaat setia. Demang lebar Daun semasa berbaiah dengan Seri Teri Buana dahulu pun, mesyaratkan taat setia anak cucu dia. Selagi pemerintah(ketika itu Raja lah) tidak menganiayai anak buah Mr. Demang, maka mereka taat. Tapi jika dianiayai dan dizalimi, taat itu batal. Mr Demang nyata lebih farsighted dari budak2 yang balik dari Amerika dan England yang turut memekik Malay supremacy sana sini.
Nabi kita pun ada sebut supaya memuliakan raja dan membesarkan akan dia- kerana raja itu bayangan Allah dimuka bumi dengan syarat dia berlaku adil.
Dalam semua kes, ketaatan kita mesyaratkan pemerinatahan yang adil.
Saya cukup benci mendengar pengakuan orang melayu, mereka tidak akan sanggup menyebelahi bansga lain . Ini pemikiran Nazi Germany. Jahat mana pun Melayu, kita mesti sokong. Sebab itu saya kata orang macam ini adalah calon terbaik untuk samseng Melayu masuk kerumah mereka, tidor dengan isteri dan anak perempuan mereka, mereka sedia menyebelahi perbuatan samseng Melayu tersebut, sebab, apa pun, mereka itu Melayu.
Hidup Melayu!.
Read More / Baca Lagi >>

Bosnia protesters attack presidency building

Posted: 07 Feb 2014 03:15 PM PST

Bosnia rocked by third day of anti-government unrest

Posted: 07 Feb 2014 03:14 PM PST

Aleppo: From commercial hub to war zone

Posted: 07 Feb 2014 03:13 PM PST

Hang Tuah Mall: Pak Ali The Legend

Posted: 07 Feb 2014 03:06 PM PST

Dr. Dzulkefly Ahmad: We Are On The Right Move, On The Trajectory To Win Putrajaya

Posted: 07 Feb 2014 02:59 PM PST

Dr. Dzulkefly Ahmad: Apakah PAS Akan Menjadi Penghalang Utama?

Posted: 07 Feb 2014 02:58 PM PST

Ambiga Sreenevasan: Participating In An Election, Are We Endorsing A Corrupt Electoral System?

Posted: 07 Feb 2014 02:58 PM PST

Rafizi Ramli: Having These Objectives Achieved, We Will Move Closer To Putrajaya

Posted: 07 Feb 2014 02:56 PM PST

Rafizi Ramli: Can We Guarantee That Everything Would be Resolved After Kajang Move?

Posted: 07 Feb 2014 02:54 PM PST

Rafizi Ramli: What Will Happen To Najib?

Posted: 07 Feb 2014 02:53 PM PST

Rafizi Ramli: How Anwar Would Have Done Thing Differently?

Posted: 07 Feb 2014 02:52 PM PST

Rafizi Ramli: Failure Of Najib To Wrest Selangor Is A Failure To Maintain Supremacy of UMNO

Posted: 07 Feb 2014 02:51 PM PST

Tony Pua: If We Were To Lose Kajang, It Would Be A Masive Blow To Pakatan Rakyat

Posted: 07 Feb 2014 02:49 PM PST

Dr. Dzulkefly Ahmad: After Kajang, We Should Consolidate And Come Out Stronger

Posted: 07 Feb 2014 02:48 PM PST

Tony Pua: We Have 55 Days Of Non-Stop Onslaught From Barisan Nasional

Posted: 07 Feb 2014 02:47 PM PST

Ambiga Sreenevasan: Very Concerned That There Are People Trying To Destabilize Selangor & Penang

Posted: 07 Feb 2014 02:46 PM PST

Ambiga Sreenevasan: TS Khalid Ibrahim Has Shown Tremendous Grace In This Episode

Posted: 07 Feb 2014 02:45 PM PST

Isu PKNS: Khalid tidak sebut tentang Azmin, kata Anwar

Posted: 07 Feb 2014 07:59 AM PST


Anwar Ibrahim tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang untuk bertemu para penyokongnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014. 
Anwar Ibrahim tiba di Taman Koperasi Cuepacs Kajang untuk bertemu para penyokongnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Februari, 2014.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam konflik mengaitkan menteri besar Selangor itu dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berhubung isu pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings (PHSB) Sdn Bhd.
Anwar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu langsung tidak menyebut nama Azmin sebagai pemimpin yang terlibat dalam pengambilan pekerja kontrak PKNS.
Ketua umum PKR itu juga menyifatkan bahawa ia adalah permainan media pro Umno yang suka melagakan Abdul Khalid dan Azmin.
"Saya sudah meneliti semua dakwaan, Tan Sri Khalid Ibrahim langsung tidak menyebut atau menuduh nama Azmin.
"Dan saya percaya ini semua adalah permainan media  seperti TV3, dan kita PKR akan tetap dengan fakta sebenar," katanya kepada media selepas menghadiri program minum petang bersama penduduk di Taman Delima, Kajang hari ini.
Terdahulu, Azmin mengecam Abdul Khalid kerana menggunakan PKNS sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.
Read More / Baca Lagi >>

Insurans kenderaan naik: Jaga hak rakyat, bukan utama kroni..!!

Posted: 07 Feb 2014 07:20 AM PST

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif insurans kenderaan terus membebani rakyat apabila Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Namum perkara tersebut terus menjadi persoalan apabila sebelum kelulusan kadar kenaikan tersebut ia langsung tidak dimaklumkan kepada rakyat serta pengguna kenderaan.

Berkata kepada Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menjelaskan walaupun rakyat hanya membayar insurans kenderaan pada setiap tahun tetapi sebagai pengguna tindakan tidak memaklumkan kepada mereka berhubung cadangan kenaikan tarif adalah suatu yang tidak wajar.

Jelasnya, kerajaan mahupun BNM perlu mendapat maklum balas dari rakyat terlebih dahulu mengenai cadangan kenaikan tarif dan ia perlu diputuskan berdasarkan pandangan rakyat sebelum keputusan kelulusan itu diperolehi.

"Perkara ini telah lama berlaku, apabila berlakunya kenaikan tarif insurans kenderaan ia hanya dilaporakn dalam akhbar dan itu pun setelah mendapat kelulusan.

"Bagi saya kerajaan dan BNM perlu mencari mekanisma di mana sebelum cadangan kenaikan tarif dilakukan, rakyat perlu dimaklumkan agar mendapat maklum balas daripada mereka.

"Pandangan rakyat perlu diambil kira, dan mereka tidak perlu dibebankan demi kepentingan syarikat insurans dalam negara ini," jelas beliau yang merupakan pakar ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Ingat kepincangan Umno negeri sebelum dedah kelemahan Anwar

Posted: 07 Feb 2014 07:19 AM PST

GEORGETOWN: Gabungan 13 badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bertekad akan mendedahkan kepincangan Umno Pulau Pinang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac ini bagi menyahut kenyataan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mahu mendedahkan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada kempen PRK tersebut.
Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali (gambar) berkata, pihaknya bersedia mendedahkan "Diari Jambu" Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bahagian Permatang Pauh yang dikepalai Zaidi sepanjang kempen PRK Kajang nanti.
Amir menyifatkan  kenyataan Zaidi umpama bola tanggung untuk Pakatan Rakyat negeri.
Antara isu yang bakal dibawa NGO Pulau Pinang pada kempen PRK Dun Kajang adalah tindakan pemimpin Umno negeri menggadai tanah milik orang Melayu di negeri tersebut.
Antaranya, jelas beliau adalah isu penjualan tanah orang Melayu seluas 362 hektar di Kampung Terang, Balik Pulau oleh sebuah syarikat yang dimiliki pemimpin Umno negeri.
Syarikat tersebut, ujarnya memperolehi keuntungan 'atas angin' berjumlah RM5.5 juta hasil penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM13.5 juta.
"Zaidi kena jelaskan terlebih dahulu penyelewengan syarikat milik pemimpin Umno ini sebelum berhasrat mendedahkan kelemahan Anwar di Kajang kelak, " saran beliau.
Antara NGO negeri yang akan membantu kempen Pakatan Rakyat di Kajang adalah Bara,  Turun, Ragas,  Jingga 13, Hapus dan Langgar.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Jentera wanita PKR perlu bergerak agresif, bantu tingkat undi golongan terbabit

Posted: 07 Feb 2014 07:17 AM PST

haniza talha 2SHAH ALAM, 7 FEB: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Haniza Talha mahu jenteranya bergerak secara agresif sebaik tempoh kempen bermula dan bertemu pengundi wanita bertujuan meningkatkan undi golongan itu.
Beliau berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang melewatkan tarikh pengundian adalah peluang kepada jentera untuk berkenalan dengan seberapa ramai pengundi.
Katanya, jentera wanita sudah bersedia berdepan dengan cabaran getir dan kritikan seterusnya akan mengejutkan pihak lawan dengan masa lebih lama dan stamina yang tinggi.
"Pelancaran jentera wanita pilihan raya yang dilancarkan malam ini menggambarkan komitmen bersama dalam memenangkan calon. Langkah SPR mengumumkan tarikh mengundi memberikan kemenangan moral bahawa Barisan Nasional (BN) tidak bersedia meletakkan calon.
"Oleh sebab itu SPR umumkan tarikh lebih lewat dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila PRK ambil masa yang lama bagi penamaan calon.
"Namun, ia baik untuk kita. Kita sasarkan majoriti lebih ramai kali ini dengan kemenangan lebih 10,000 majoriti," katanya dalam sidang media selepas pelancaran jentera, di Kajang, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama

Posted: 07 Feb 2014 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasca PRU13 menyaksikan banyak insiden perkauman dan agama, seolah-olah sengaja dicetuskan pihak berkepentingan, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Di Pulau Pinang, ujarnya rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah berlaku provokasi molotov cocktail di gereja dan kain rentang 'Jesus Anak Allah' menimbulkan ketegangan.

Sebelum ini, di Shah Alam terdapat pihak tertentu mengheret kepala lembu dan membuang kepala babi di masjid.

Tambahnya, terkini respons sebuah NGO terhadap seorang ahli politik dilihat keterlaluan yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Justeru, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas segera serta penyiasatan yang adil tanpa memilih bulu terhadap mana-mana pihak yang mengapi-apikan sensitiviti perkauman dan agama di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Isu pekerja PKNS tak ganggu PRK Dun Kajang

Posted: 07 Feb 2014 07:10 AM PST

Isu penamatan perkhidmatan pekerja kontrak anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan mengganggu kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana ia bukan isu politik, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, setelah mendapat penjelasan dari pihak terlibat termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan wakil kakitangan kontrak itu Dr Alif Aiman Abdullah, beliau menganggap isu itu tiada kena mengena dengan perseteruan Khalid dengan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Saya periksa semua media terrmasuk TV3 dan mendapati Tan Sri (Khalid) tidak pernah menyebut atau merujuk kepada Azmin. Ini soal pentadbiran korporat," kata Anwar kepada media di Kajang hari ini.

Menurut beliau, isu antara Khalid dan Azmin dimainkan oleh media Umno semata.

Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan semua yang terlibat bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Kerana kena waspada mainan media Umno. Yang kata Tan Sri Khalid serang (Azmin) tidak ada. Jangan beri reaksi kepada media fitnah."
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MSO DAKWA NASRUDDIN TANTAWI ADA BERSAMA umno

Posted: 07 Feb 2014 03:33 PM PST


Nasarudin Hasan, "kokok berderai tetapi ekor bergelumang tahi" – MSO



Bekas ketua pemuda Pas, Nasarudin Hasan menegaskan Pas tidak akan menyokong Anwar jadi MB Selangor. Nada Nasarudin mirip dengan nada bekas timbalannya Nik Abduh.

Kata Nasarudin Pas akan hulur bantuan kepada PKR dalam pilihan raya Kajang. Perkataan hulur itu, seakan PKR menagih simpati dan Pas kuat sangat. 

Saya nak pesan kepada Pas khasnya Nasarudin jangan tekabul sangat. Peliharalah sikit kata dan tunjukkan minda politik sihat. Abdul Hadi sudah menyatakan pendirian Pas dalam hal sama, untuk apa diulang lagi kerana ia boleh memanaskan hati dan telinga rakyat lain. Beliau juga kena sedar, siapalah belliau dalam hirearki Pas. Beliau hanya ahli jawatankuasa saja. 

Kalau abang2 kita naib presiden pun tidak bersuara kenapa kita harus galak mahu menjadi si jaguh yang kokok berderai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

Dalam politik perlu ada rezeb kemarahan dan kebendian. Jangan luahkan sampai habis. Mana tahu selepas ini Pas memerlukan bantuan Anwar. Semua itu tidak boleh dijangka.

Dan tentunya orang terkilan beliau mencemuh Anwar dalam masa sama Anwar masih berakan dengan Pas. 


Saya ada sekeping gambar beliau sedang dalam majlis 'orang-orang Umno', apakah hendak saya pamirkan gambar ini? Sedikit sebanyak gambar ini menjadikan orang kenal dan tahu siapa Nasarudin Hassan ini. Kenapa nadanya sumbang bila bercakap soal PKR. Wassalam Mso. – FB Mohd Sayuti Omar



Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

Posted: 07 Feb 2014 05:50 AM PST

Perpecahan dalaman Umno lebih jelas dalam masa dua bulan

tamrin_ghafarKUALA LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.
Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.

"Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga," kata Tamrin kepada Keadilandaily.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

najib n rosmahMalah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.


"Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.


Tukar Tiub

Tukar Tiub


AL-FATIHAH

Posted: 07 Feb 2014 07:02 PM PST




AL-FATIHAH  UNTUK CURVEY 
2005 - 7 Febuari 2014
rohnya akan bersama
kawan kawan yang lain
di firdausi
NOTA
ketika aku menulis ini
air mata menitik ke atas komputer
segala ingatan
segala babak
berputar kembali

au revoir mon ami

------------

PROJEK ABIHKAN BOREEH

Posted: 07 Feb 2014 06:30 PM PST







Mahkamah Tinggi tolak percubaan Pakatan batal keputusan PRU13

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi semua 222 kerusi... SELANJUTNYA



PERGI MAHKAMAH
kah kah kah

PROJEK ABIHKAN BOREH
kah kah kah

MAHKAMAH GEROMBOLAN PUNYA
kah kah kah


HAKIM GEROMBOLAN NAIKKAN PANGKAT
kah kah kah

woit... TAK KAN TAK FAHAM... kah kah kah


KITAB WAJIB BACA
untuk faham ilmu politik


------------

INI BERITA FITNAH

Posted: 07 Feb 2014 05:07 PM PST






KENYATAAN RESMI
ini berita fitnah
fail gagalis mustahil digudam
fail gagalis dijaga dengan rapi




mustahil ada kebocoran
saperti kertas soalan spm

para juri
menjalan tugas
dengan penuh ketrampilan

terima kaseh

 pengerusi juri gagalis 2013/2014


    DARI FACE BOOK


8 hours ago · Edited 

Hati-hati. Anda sedang diperhatikan. 


Like ·  · Stop Notifications · Share



MASIH ADA  MASA
 UNTUK BERUSAHA

--------

APA DIA YOUJI

Posted: 07 Feb 2014 06:30 AM PST




DARI FACE BOOK


Hairan?

Mengapa Nasrudin Hassan At Tantawi bercakap mewakili Lujnah Politik PAS Pusat dalam kenyataan beliau di Sinar Harian hari ini.

PAdahal dia bukan pun ahli Lujnah Politik PAS Pusat?

Mengikut kenyataan rasmi Lujnah Politik yang lepas, isu pertukaran MB tidak dibincangkan.

Tiada disebut PAS menolak atau menerima pertukaran MB.

Tantawi ni bercakap bagi pihak PAS atau bagi pihak UG/DIn Ayam?

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-tetap-tolak-anwar-jadi-mb-selangor-1.248395
Like ·  ·  · 8 hours ago · Edited · 

R U YOUJI?
--------

APA DIA NGO ISLAM

Posted: 07 Feb 2014 05:30 AM PST





ISLAM KUNUN 
KAH KAH KAH

Tampar RM500: Islam tidak ajar cara begitu
  • 07-02-2014 HAZAYANI ZAKARIA
    Tampar RM500: Islam tidak ajar cara begituKUALA LUMPUR: "Bila mereka tawar nak bagi RM500 kemudian tambah jadi RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Teresa, bayangkan kalau aksi itu dibuat kerana nak dapat duit," kata Suhaizan.


"Nama saja NGO Islam, tindakan tak Islamik" »

perkasa_ayam
KUALA LUMPUR 6 FEB: KEADILAN menyelar tindakan melampau dilakukan sekumpulan NGO menamakan diri sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' menyembelih…
Feb 6 2014 /  / Read More »


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..ISLAM ITU HANYA NAMA.... kah kah kah...

kah kah kah... DIGUNA UNTUK TIPU MAK CIK FELDA... kah kah kah..

kah kah kah... ISLAM KUNUN DAPAT ONLINE DENGAN ALLAH... kah kah kah.

kah kah akh... ISLAM SEBAGAI ALASAN .... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU TOWKAY LENDIR BAGI DUIT AMBIL... kah kah kah...

kah kah kah..ISLAM SUKU... LENDIR SUKU... kah kah kah




----------

BERITA GUMBIRA UNTUK SEMUA

Posted: 06 Feb 2014 11:30 PM PST




TIGA DARA PUSPITA

Pilihan raya Sarawak mungkin diadakan lebih awal?

Spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan.
KAH KAH KAH
SERONOK DATANG

BERTIMBUN TIMBUN

TAPAI DATANG
BERKILO KILO


LANGKAU DATANG
BERKOYAN KOYAN

---------

GAGALIS SEDUNIA BERSATULAH

Posted: 06 Feb 2014 08:30 PM PST



KATA HIKMAH
DARI GAGALIS TEGAR
SMS YANG DITERIMA
gagalis sebenarnya
adalah manusia yang bijak dalam cinta
mereka memilih untuk menjadi gagalis
sahingga cinta sejati
mengetuk pintu hati
gagalis sekarang bukan bermakna
gagalis selamanya
ewah!
NOTA
senarai gagalis
akan muncul seminggu lagi
masih ada masa 
untuk berusaha


----------

JUS JAMBAN MASUK MALAYSIA

Posted: 06 Feb 2014 08:00 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah hasil globalisasi
inilah ciri dan pola sistem ekonomi kapitalisma
akhir anak negara dunia ketiga jadi hamba
kepada kuam kapitalis antara bangsa

malaysia menjadi tempat
lambakan pasaran
malaysia menjadi pasaran cari untung

apa akan jadi kepada peniaga tempatan?

giant tesco telah membunuh peniaga tempatan
kini kedai dodo tempat pula diserang

akhirnya kita dijajah 
dengan cara baru
kini modal menjajah kita
lebih perit dari penjajah british
kerana menjajah cara baru menggunakn barua tempatan
yang bawa masuk kaum kapitalis zionis ini
ialah barua tempatan
yang akan mengunkan ayat ayat
untuk menghalal kan
pemodal zionis

pekara ini ngo melayu islam tak nampak
pekara ini pekida tak nampak
pekara ini majlis fatwa tak nampak
pekara ini isma tak nampak

yang mereka heboh klip video teresa kok


PNS ingin bawa tujuh jenama AS ke Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) mengenal pasti tujuh jenama francais dari Amerika Syarikat (AS) yang berminat mengembangkan prospek perniagaan ke negara ini.

Lima daripadanya adalah produk makanan iaitu Let's Yo! dan Forever Yogurt (makanan yogurt), Dippin' Dots (ais krim), Chester (ayam goreng) dan Jamba Juice (minuman jus), manakala dua lagi ialah kedai gunting rambut kanak-kanak, Snip-its dan Oxxo (kedai dobi yang beroperasi 24 jam).

Pengarah Urusan PNS, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, kesemua jenama tersebut mempunyai potensi perniagaan yang sewajarnya direbut golongan usahawan bumiputera di negara ini.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu terhalang apabila PNS mendapati tiada usahawan yang menepati kriteria dikehendaki bagi menjalankan perniagaan francais berkenaan.

"Sebenarnya, modal bukan satu masalah kerana PNS menyediakan bantuan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan pembukaan cawangan, sebaliknya usahawan-usahawan ini harus melengkapkan diri mereka dengan ilmu terutama dalam menguruskan perniagaan francais.

"Malah, PNS turut menyediakan latihan berkaitan jika ada usahawan yang berminat, kami sedia membantu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kesemua jenama tersebut dikenal pasti ketika PNS menyertai Ekspo Francais

KAH KAH KAH
KAH KAH 
KAH

JAMBAN JUS

MASUK MALAYSIA



------