Ahad, 17 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Shaheizy Sam Ditanam Hidup-Hidup

Posted: 17 Nov 2013 11:01 PM PST


Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Kita semua akan mati. Cuma tak tahu bila giliran kita. Bagi pelakon Shaheizy Sam, pengalaman dikambus dalam lubang kubur adalah satu pengalaman yang cukup menginsafkan dirinya. Walaupun hanya beberapa minit, apa yang dilaluinya itu tak akan dilupa sampai bila-bila.
Dikambus dalam lubang kubur dalam keadaan hujan lebat. Dengan tanah merah berlumpur. Cabaran itu disahut Sam bagi menjayakan salah satu babak dalam filem terbarunya, Kisah Paling Gangster.
"Satu pengalaman baru bagi saya. Ia menguji mental dan sangat menguji kesabaran. Masa saya kena kambus tu macam-macam yang saya fikirkan. Rasa takut dan macam-macam lah yang ada dalam kepala ni. Dalam keadaan hujan pula tu, basah dan berlengas.
"Saya rasa masa tu seksi saya dah hilang. Saya macam nak balik rumah cepat nak mandi", kongsi Sam sambil sempat bergurau, ketika ditemui pada malam previu Kisah Paling Gangster bertempat di GSC One Utama, baru-baru ini.
Dalam filem arahan Brando Lee ini, Sam memegang watak sebagai Remy, seorang paramedik yang pendiam, pemalu dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya.
Namun satu insiden berlaku lantas merubah hidup Remy apabila dia akhirnya terjebak dengan kumpulan gangster. Sejak menyertai kumpulan itu Remy bukan lagi lelaki yang lembik dan dia dikehendaki melakukan kerja kotor dunia gelap itu selepas dilatih oleh ketuanya, Megat.
Kisah Paling Gangster bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 November ini.



- mD

Culik di Pulau Pom Pom : Mangsa Culik Ada Hubungan Dengan Isteri Presiden Taiwan

Posted: 17 Nov 2013 06:09 PM PST


Berbincang...Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Gan Sau Wah (tengah) dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Kapitan Semporna, Ho Kim Chang (kiri) bertemu dengan Setiausaha Pertama Kerajaan Taiwan ke Malaysia, Charles Chou di Semporna.
KUALA LUMPUR: Pelancong warga Taiwan, Chang An Wei yang dilarikan dari sebuah pulau di Sabah, berkemungkinan menjadi sasaran utama kumpulan lelaki bersenjata yang menculiknya.
Kumpulan tersebut mungkin menganggap wanita berusia 58 tahun itu sebagai sasaran berprofil tinggi kerana kaitannya dengan Christine Chow Mei-ching, isteri kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.
Mereka merupakan rakan sekolah.
Beliau dan suaminya mungkin menjadi sasaran utama kerana kekayaan yang dimiliki mereka.
Kedua-dua mangsa dikatakan telah bersara selepas menjual kilang pakaian mereka untuk melancong ke seluruh dunia.
Abang kepada Chang, Da Gong memberitahu sebuah stesen TV Taiwan pada Sabtu bahawa Chang dan Chow pernah bersama-sama menuntut di Sekolah Persendirian Tsai Hsing.
"Saya juga menuntut di sekolah yang sama," katanya dalam temubual itu.
Beberapa anggota polis menggunakan bot peronda untuk mengesan Chang di sekitar Pulau Pom Pom.
Kumpulan bersenjata itu melarikan Chang dan membunuh suaminya pada awal pagi Jumaat lalu.
Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dalang utama penculikan tersebut yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan.
Sekiranya mereka mengetahui spekulasi hubungan Chang dengan Chow, kumpulan tersebut mungkin akan meminta wang tebusan yang banyak untuk membebaskannya.
Kira-kira tiga minggu lalu, sumber perisikan kedua-dua pihak di perairan Malaysia-Filipina melaporkan khabar angin mengenai rancangan kumpulan Abu Sayyaf di Patikul, Jolo untuk memasuki perairan pantai timur Sabah.
Suami Chang, Hsu Lin Min, 57, dikatakan mati ditembak selepas menyedari kumpulan bersenjata itu cuba menculik isterinya.
Laman web The Liberty Times di Taiwan memetik abang kepada Hsu, Li Ren sebagai berkata, Li Min mungkin dibunuh kerana berbadan tegap.
Katanya, lelaki bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan daripadabergelut dengan Li Min yang berketinggian 180cm dan mempunyai berat badan 100kg.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.
Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.
Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.- mStar


'Kami Nikmati Percutian Menyeronokkan, Usah Bimbang' - SMS Terakhir Mangsa Sebelum Diculik
GEORGE TOWN: Tiga jam sebelum diculik, pelancong wanita warga Taiwan, Chang An Wei menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada keluarganya bahawa dia berada dalam keadaan selamat.
"Kami sedang menikmati percutian yang menyeronokkan di pulau ini. Tolong beritahu ibu, kami akan berhati-hati dan jangan bimbang," katanya dalam mesej bahasa Mandarin.
Chang abang sulung, Da Gong berkata adiknya telah menghantar SMS berkenaan pada pukul 10.17 malam, Khamis lalu.
Chang, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata pada pukul 1 pagi Jumaat selepas mereka menembak mati suaminya, Hsu Li Min, 57, ketika mereka sedang bercuti di Pulau Pom Pom, berhampiran perairan Semporna, Sabah.
Da Gong memberitahu Apple Daily di Taiwan bahawa keluarga mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk menyediakan wang tebusan sekiranya diminta oleh kumpulan penculik berkenaan.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Da Gong dilaporkan berkata kepada akhbar berkenaan bahawa polis Taiwan telah memberitahu mereka supaya tidak menghubungi atau menghantar SMS sekiranya mereka menerima sebarang mesej atau panggilan telefon daripada kakaknya.
Dia dijangka menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, Selasa ini bersama-sama dengan keluarga Hsu untuk membawa pulang mayat mendiang.
Dalam insiden yang berlaku awal pagi Jumaat lalu, kumpulan bersenjata yang tidak dikenali menyerbu tiga daripada lima vila atas air sebelum mereka menembak mati Hsu dan menculik Chang.
Hsu dan Chang mendaftat masuk di resort berkenaan pada Selasa dan dijadual mendaftar keluar pada Rabu.
Abang Hsu, Li Ren berharap pihak berkuasa dapat melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Chang.
"Dia tidak mati lagi, tolong lakukan apa sahaja demi menyelamatkan dia," katanya kepada Liberty Times.
Li Ren berkata abangnya mungkin dibunuh kerana dia memiliki tubuh badan yang sasa.
Dia berkata kumpulan bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan kerana mereka bimbang tidak dapat menewaskan Li Min, yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter dengan berat kira-kira 100 kilogram.
Li Ren berkata dia akan membawa bersama anak saudara lelakinya yang telah dianggap seperti anak kepada si mati ke Malaysia sebelum membawa pulang abu mayat Hsu.
Mengenai laporan yang mendakwa pasangan tersebut belum berkahwin, Li Ren berkata pasangan berkenaan telah pun mendaftarkan perkahwinan mereka di China dan bukannya di Taiwan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Keadilan Taiwan, Chen Ming-Tang berkata beliau telah meminta jabatan berkaitan membantu keluarga mangsa yang terjejas dengan insiden berkenaan.
Beliau berkata setiap warga Taiwan yang meninggalkan negara itu dengan dokumen perjalanan yang sah namun menghadapi malapetaka boleh memohon bantuan kewangan sehingga, TWD200,000.

Faizul Juara AF 2013

Posted: 17 Nov 2013 08:24 AM PST


Hasrat Juara AF2013 - Faizul Bantu Keluarga Sakit Terlaksana
Faizul
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Faizul menyifatkan kejayaannya dalam program realiti itu dapat memenuhi hasratnya untuk membantu keluarga terutama sekali ibu dan bapanya yang sedang sakit.
Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 28, berkata, atas sebab itu selepas berpeluang menyertai AF2013, dia melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin untuk memberi kepercayaan kepada orang ramai.
"Saya tahu, peluang masuk AF 2013 bukanya mudah, jadi saya anggap ia sebagai kerja yang menjadi tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan sempurna.
"Memandangkan mak dan ayah saya sakit tetapi mereka masih lagi bekerja demi menampung kehidupan, maka misi saya adalah untuk menyenangkan mereka," katanya selepas pengumuman pemenang AF 2013 di Stadium Negara di sini pada malam Ahad.
Dalam AF2013 yang turut disiarkan secara langsung di Astro Ria itu, Faizul berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Faizul memegang trofi kemenangan sambgil diperhatikan Datuk Siti Nurhaliza.
Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).
Tambah Faizul, ibunya, Shallena Langkab, 56, mengalami penyakit jangkitan paru-paru dan bekerja di sebuah bank manakala ayahnya pula, Sany Saliun, 61, baharu sahaja selesai menjalani pembedahan jantung, namun masih bekerja di ladang kelapa sawit selain menjaga kambing di kampungnya di Tawau, Sabah.
"Saya bercadang untuk memberikan seluruh wang kemenangan ini kepada ibu serta ayah saya dan terpulanglah pada mereka mahu buat apa dengan wang tersebut.
"Saya faham, keluarga kami memerlukan wang terutamanya apabila mak dan ayah sakit. Jadi inilah hadiah saya buat mereka. Memang niat saya daripada awal lagi, jika menang, ia akan diberikan kepada mereka," ujarnya yang sebelum ini bekerja membantu keluarganya di kampung.
Sementara itu, Faizul juga berkata, dia sudah bersedia menempuh cabaran dan dugaan sebagai anak seni dan ingin menjadikan genre muzik pop rock sebagai imejnya.
"Walaupun pop rock, saya mahu lagu-lagu saya berada dalam kategori yang tersendiri dan ia memudahkan peminat mengenali bakat saya.
"Sebagai contoh seperti Faizal Tahir, dia memiliki keunikan tersendiri dalam membawakan sesebuah lagu," tuturnya.
  • Print this story

Faizul Sani juara AF 2013
KUALA LUMPUR: Bagai dijangka, peserta Faizul diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung di Stadium Negara, di sini pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyanyikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu, Sepasang Sayap.
Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).
Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila).
Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefni (pada akhir rancangan).
Selain juri tetap, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS.
Selain persembahan para peserta, Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan program tersebut dengan muncul membuat persembahan.
Selepas dua tahun program AF dihentikan sementara, AF2013 diperkenalkan dengan konsep baharu dengan menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.
Tiga pengilham tersebut menyalurkan pengalaman mereka kepada pelajar-pelajar AF2013.

bumiperak

bumiperak


Kita jadi wakil kepada wakil rakyat – Presiden PAS

Posted: 17 Nov 2013 06:47 PM PST

MELAKA 16 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli di peringkat cawangan melaksanakan kerja wakil rakyat untuk mempertahankan kemenangan. Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.
Sehubungan itu, tegasnya kemenangan pertama PAS Melaka di Dun Bukit Baru mesti dipertahankan.
Untuk itu, ujarnya PAS cawangan mesti ditambah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu wakil rakyat.

Beliau menambah, tugas wakil rakyat PAS seharusnya turut dilakukan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat.

Justeru, katanya adalah salah menganggap bahawa wakil rakyat sahaja yang menjalankan tugas untuk membantu masyarakat selepas pilihan raya.

"Adalah salah kita anggap wakil rakyat sahaja yang buat kerja, akhirnya tinggal wakil rakyat seorang selepas pilihan raya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau mengambil contoh dirinya sendiri selaku Presiden PAS, ahli parlimen dan Adun untuk menjalankan tugas sekali gus sedangkan banyak masa perlu ditumpukan untuk parti di peringkat Pusat dan antarabangsa.

Justeru, ujarnya ahli-ahli PAS cawangan dan kawasan banyak membantu beliau menjalankan tugas di peringkat Dun dan parlimen.

Menurutnya, khidmat yang diberikan oleh ahli di peringkat cawangan bukan sahaja sebagai sumbangan kepada masyarakat tetapi untuk memecahkan kejahilan mereka.
Katanya, kejahilan masyarakat tidak hanya boleh dipecahkan melalui ilmu tetapi juga dengan khidmat yang diberikan oleh ahli-ahli PAS.

"Sumbangan yang diberikan ini supaya rakyat mendukung perjuangan Islam dan kita lakukan ini untuk perjuangan jangka panjang," ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan para pendukung PAS agar menjalankan kerja-kerja untuk memenangkan perjuangan Islam kerana mendapat pahala yang besar.

Namun, tegasnya tidak ada erti perjuangan jika tidak ada iman di dalam diri.

"Mesti ada iman dalam diri kepada perjuangan ini, jangan jadi sia-sia," katanya lagi.

Sempena konvesnyen itu, beliau turut merasmikan Kompleks PAS Bukit Katil yang berharga keseluruhannya kira-kira RM500,000.
KL-Today

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Pau Pesona Kampung Sungai Haji Dorani

Posted: 14 Nov 2013 06:00 AM PST

10 Muharram 1435 (14.11.13):
Pau Pesona jalan masuk kampung Sungai Haji Dorani, Sg Besar. Pau Pesona the best in town. Dah lah besar, inti kelapa dan kaya nya 'homemade'. Sekali gigit dah jumpa inti dalam. Tak macam sesetengah pau, gigit 2,3 kali pun tak jumpa inti lagi. Mana nak cari, besar, sedap dan harga cuma RM1.00. Semoga Allah bagi keberkatan pada tukang jual nya.

Ahmad Tarmizi Md Nadzir's photo.
Ahmad Tarmizi Md Nadzir's photo.
 Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]

Posted: 17 Nov 2013 09:00 PM PST

Dewan Rakyat: Kalimah Allah & 10 Point Solution

Posted: 17 Nov 2013 08:35 PM PST

MP DAP Gelang Patah Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]

Posted: 17 Nov 2013 08:31 PM PST

Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (2 & 3)

Posted: 17 Nov 2013 08:30 PM PST

Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (1)

Posted: 17 Nov 2013 08:30 PM PST

Dewan Rakyat 18 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 17 Nov 2013 08:29 PM PST

MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG WASATIYYAH

Posted: 17 Nov 2013 07:55 PM PST

Umno hanya lempar senyum ketika lemah - Abang Mat

Posted: 17 Nov 2013 07:53 PM PST

PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS  diingatkan jangan mudah tergoda dengan pujukan Umno untuk bekerjasama kononnya bagi memastikan hak orang Melayu dan agama Islam terus terbela.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan Umno hanya melemparkan senyuman ketika parti itu berada dalam keadaan lemah tetapi apabila kembali kuat, ia tidak lagi peduli kepada pihak yang menghulurkan tangan untuk membantu survival politiknya.

Katanya,  jika BN sanggup menghabiskan wang sebanyak RM46 bilion untuk membina imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib  Razak adalah tidak mustahil bagi parti itu memperuntukkan dua atau tiga bilion ringgit untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

"Segala propaganda yang dilakukan BN selama ini  adalah untuk melihat perpecahan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat.  Jika berlaku perpecahan maka itulah yang ditunggu BN," katanya ketika merasmikan Ijtimak  PAS Selangor, di Dewan Sivik, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu beliau yakin, jika propaganda Umno-BN dapat dipatahkan tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14. Read More / Baca Lagi >>

Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara

Posted: 17 Nov 2013 07:47 PM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Naratifnya seakan-akan filem James Bond.  Sememangnya saya tidak berminat dengan cerita-cerita konspirasi, komplot atau pengintipan, yang didakwa berlaku di alam nyata. Saya juga tidak tertarik dengan kisah pengkhianatan atau seumpama double agent, kecuali menontonnya di kaca televisyen.
Tentu ada yang bertanya, kalau begitu, mengapa kontroversi berkaitan Pejabat Peguam Negara, yang dikatakan terdapat dua agen perisik CIA, dan sumbernya dipercayai datang daripada Dr Mahathir Mohamad, mendapat tempat utama pada muka depan Harakah, dua keluaran berturut-turut?
Agen CIA di Jabatan Peguam Negara, yang menyusup masuk membawa agenda jahat Amerika Syarikat? Adegan yang suspens, 'kan? Mengapa tiba-tiba Abd Gani Patail pula, yang selama ini bertindak mempertahankan kerajaan, terutama dalam kes-kes politikal, dijadikan sasaran dan nampak seolah-olah ada usah terancang untuk menyingkirnya.
Segera saya teringat babak-babak mendebarkan 15 tahun lalu, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno, seterusnya diaibkan, dengan bermacam-macam tuduhan. Anwar juga didakwa menjadi ancaman kepada negara apabila dikaitkan dengan CIA dan perisik asing.
Bukankah Dr Mahathir juga "pengarah filem" ketika itu? Tidak terhenti setakat itu, timbul isu terdedahnya rahsia negara kepada pihak luar, dan keselamatan nasional terancam, disulami dengan kisah sensasi tilam, lendir, pelacur datang haid yang dipaksa, lelaki memakai rambut palsu ...
Ingatan saya tidaklah begitu kuat terutama selepas dua kali diserang angin ahmar, tetapi saya sukar melupakan adegan berkaitan percubaan Peguam Negara untuk "membeli" saksi, dengan mengancam membuat pendakwaan berkaitan senjata api yang boleh membawa hukuman bunuh.
Dan di situlah minat saya sebenarnya --  kedudukan, keistimewaan dan kuasa tidak terbatas Peguam Negara, tetapi begitu berkait rapat dengan Perdana Menteri --  sehingga menyebabkan kami memilih kontroversi terbaru ini sebagai laporan utama.
Peguam Negara bukan saja bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan -- yang adakalanya bercanggah dengan fungsinya untuk mewakili kepentingan umum -- tetapi kuasanya yang "menggerunkan" adalah seperti diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan: "... mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan ...."
Read More / Baca Lagi >>

Selamat tinggal KPF

Posted: 17 Nov 2013 07:42 PM PST

Irfan ES,
Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan – ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda, berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan.

Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.

Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!

Asal-usul Felda

Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap).

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Bangladesh bentang karpet merah untuk Najib....Sambutan Khas Buat Pemimpin Banglasia..!!!

Posted: 17 Nov 2013 07:40 PM PST





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan karpet merah ketika tiba di ibu negara Bangladesh sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau, bermula semalam.

Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 8.05 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dari Colombo, Sri Lanka disambut rakan sejawatannya, Sheikh Hasina serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman dan menteri kanan Bangladesh.

Kehadiran Najib, atas jemputan Sheikh Hasina, amat bermakna kepada negara ini kerana Malaysia adalah antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh dan negara Islam pertama yang berbuat demikian pada 1971.
Read More / Baca Lagi >>

GST, rasionalisasi subsidi adalah tanggungjawab ekonomi, kata menteri BN

Posted: 17 Nov 2013 07:38 PM PST


Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi yang diumumkan baru-baru ini adalah kebertanggungjawaban ekonomi yang dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) hari ini.
Pakar ekonomi Putrajaya tersebut mempertahankan pengenalan polisi fiskal seperti diumum dalam Bajet 2014 baru-baru ini bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat.
"Pelbagai mekanisma polisi fiskal telah diperkenalkan seperti penstrukturan hasil kerajaan menerusi cukai GST dan rasionalisasi subsidi adalah bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat.
"Prinsip kerajaan adalah memastikan ekonomi negara berkembang dan pada masa sama tidak boleh mengabaikan kebertanggungjawaban ekonomi untuk mengurangkan bajet defisit dan mencapai bajet berimbang menjelang tahun 2020," kata beliau dalam ucapannya di Persidangan Statistik Kebangsaan Kali Ke-2 di Sasana Kijang, Bank Negara pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ada formula tambah Adun di Melaka – Husam

Posted: 17 Nov 2013 07:34 PM PST


Husam berucap pada majlis penutup Konvensyen PAS Melaka kali kedua.

MELAKA: PAS mempunyai formula untuk mencapai kejayaan dan menambah jumlah Ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun) di Melaka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Justeru, tegasnya kemenangan Dr Md Khalid Kassim di Dun Bukit Baru pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) amat penting kepada PAS khususnya di negeri ini.

Katanya, 'anak sulung' PAS Melaka itu yang lahir daripada kerjasama PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat amat penting untuk menambah bilangan Adun di negeri ini.

"Kita nak Adun Melaka bertambah," tegasnya ketika berucap menutup Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini.

Katanya, pendekatan dakwah yang dilaksanakan PAS dan diperkukuhkan lagi oleh Presiden sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mampu menarik sokongan rakyat kepada parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Pengajaran terbaik jauhi jenayah

Posted: 17 Nov 2013 07:33 PM PST

Musa Awang SHAH ALAM – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) melihat perlaksanaan hudud perlu bagi memberi peringatan dan pengajaran buat masyarakat supaya tidak terlibat dengan jenayah.

Presidennya, Musa Awang berkata,  dari segi konsep hukumannya wujud bertujuan untuk menggerunkan masyarakat daripada melakukan kesalahan.

"Sebenarnya masyarakat tidak perlu bimbang jika hudud ini dilaksanakan kerana biarpun hukumannya berat namun ia cukup sukar untuk dibuktikan dan dijatuhkan kepada tertuduh.

"Namun hukuman ini perlu ada kerana ia akan menjadi pengajaran terbaik dan mengingatkan masyarakat untuk menjauhi jenayah dan seterusnya negara menjadi lebih aman," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, terdapat dua perkara membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman hudud kepada pesalah.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan lawan umno, sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan negara Malaysia sejak merdeka..!!!

Posted: 17 Nov 2013 07:30 PM PST



Jangan lawan umno. Sebab umno guna duit ahli parti dia bangunkan sekolah sekolah.
Sebulan ahli umno perlu bayar RM1000 seorang kepada parti untuk bayar gaji cikgu sekolah. Bina sekolah dari tadika lagi.
Duit SEKOLAH PERMATA ROSMAH tu sebenarnya dari duit ahli umno sebenarnya. Sebab itu tak perlu AUDIT.
Sekian. . Harap maklum. Sebarkan kepada jiran2..maklang..pak lang.. pak ngah.. kucin ...

Graduan perubatan menganggur, Kerajaan Pusat perlu bertindak

Posted: 17 Nov 2013 07:29 PM PST

abdul rani osmanSHAH ALAM 18 NOV : Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan segera terhadap dakwaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sektor kesihatan bakal gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan perubatan tahun hadapan.
Kekurangan peluang pekerjaan itu menurut MMA, disebabkan kegagalan kerajaan membina hospital secukupnya bagi keperluan rakyat dan juga bilangan kolej perubatan swasta yang terlalu banyak sekaligus melahirkan ramai graduan perubatan.
ADUN Meru, Dr Abdul Rani bin Osman, berkata keadaan ini menyumbang kepada ketidakseimbangan antara kewujudan bilangan peluang perkerjaan dan jumlah graduan perubatan yang dikeluarkan.
"Kalau MMA sendiri keluarkan kenyataan, ini memang serius dan satu perkara yang mengerunkan. Saya harap Kementerian Kesihatan cepat respon perkara ini, kena teliti kerana graduan kita di luar sana pun ramai lagi.
"Kita juga tidak boleh jangka graduan kita di luar negara akan bekerja di luar negara seperti Arab dan United Kingdom misalnya sebab biasanya kalau bekerja di sana sekalipun mereka akan balik untuk kerja di tanah air," kata Dr Rani kepada Selangor Kini.
Read More / Baca Lagi >>

Adun Sg Limau angkat sumpah jawatan hari ini

Posted: 17 Nov 2013 07:28 PM PST

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat selesai mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Datuk  Paduka Rozhan Sapian sebentar tadi.


Majlis angkat sumpah diadakan pada sidang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Seusai majlis angkat sumpah, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membentang Bajet 2014 Negeri Kedah.

Sidang bajet negeri Kedah berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 21 November hadapan.

Read More / Baca Lagi >>

Gantung 6 Bulan: 'Saya akan kembali dan kejutkan Parlimen' - N Surendran

Posted: 17 Nov 2013 07:25 PM PST



Penggantungannya daripada parlimen kerana memperjuangkan apa yang dirasakannya terbaik untuk kepentingan awam dan masyarakat India tidak banyak memberikan kesan kepada anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

"Saya akan terus melakukan apa yang saya buat sebelum perkara ini berlaku. Satu-satunya cara yang tidak boleh saya buat, membangkitkan isu kepentingan awam di Parlimen.

"Mereka penuh jaya menghalang saya melakukannya."Read More / Baca Lagi >>

Jangan Ketawa: Hasan Ali Bakal Jadi Orang Tengah KahwinKan UMNO Dengan PAS.

Posted: 17 Nov 2013 07:20 PM PST

Dah la aku rasa pengakuan Hasan Ali nak masuk PAS semula MEMANG LAWAK NAK MAMPOS andaikata PAS perjuangkan 3 perkara iaitu ;
1. Islam
2. Melayu
3. Sultan
Ini tambah satu lagi lawak BANGANG.


Aku nak gelak ah. Pasal KELAKAR NAK MAMPOS.

Aku sebenarnya dah ubah pemikiran aku. Mungkin disebabkan pergaualan dan pembacaan aku dan juga disebabkan keadaan sekeliling. Yelah, benda yang aku fikir tahun lepas mungkin dah tak sama dah macam benda yang aku fikir sekarang kan. So benda2 macam tue mempengaruhi gak la pendapat2 aku terhadap isu2 politik di negara ini.

Jika dulu aku rasa memang marah sangat jika PAS mahu bersatu dengan UMNO. Jika. Aku tak kata PAS nak bersatu dengan UMNO oke. Pasal aku selalu fikir bahawa PAS tidak akan bersatu dengan UMNO. Aku pegang kata2 Tuk Guru dan Presiden PAS. Aku percaya kita patut sama2 beri ruang untuk mempercayai penafian mereka. Sehingga terbukti sebaliknya baru la kita boleh buka citer lain kan.

Sekarang aku dah tak kisah dah. Sapa2 nak bersatu dengan UMNO ke, apa ke, lantak p la parti2 politik neh. Mereka talian hayat ataupun jambatan untuk aku sebagai rakyat meluahkan ketidakadilan yang berlaku. Jika tiada parti itu, akan sentiasa muncul parti2 lain yang akan sedia mengambil peranan tersebut. Tidak la aku bersandar harapan aku titik kepada satu2 parti ataupun parti2 tertentu. 

Sebab tue aku dah tak heran dah apa2 yang Hasan Ali ke Utusan ke nak buat semata2 nak satukan ahli2 PAS dengan ahli2 UMNO neh. Buat la korang macam2 pun. Kita orang tunggu dan lepak tepi je la. Kalau jadi realiti, gelak je la. Kalau tak jadi realiti pun gelak la juga. Samada jadi realiti atau tidak hidup dan perjuangan tetap perlu diteruskan. Takde apa2 yang berubah pun.

Muktamar 59: Hassan JATI Sokong Ulama - Sokongan Yang Membawa Rebah?

Posted: 17 Nov 2013 07:16 PM PST

Kami sokong ulama, kata Jati

PETALING JAYA: Kumpulan pembela Melayu dan Islam, Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kepimpinan ulama didalam parti PAS untuk muktamar pemilihan yang bakal berlangsung minggu depan.

Presiden Jati, Datuk Hassan Ali turut menempelak golongan profesional di dalam PAS yang menurut beliau adalah serpihan parasit yang cuba memecah-belahkan parti Islam itu.

Beliau turut berkata PAS pada saat ini sedang berada di persimpangan untuk memilih antara dua kelompok untuk menentukan hala tuju masa depan parti tersebut.

"Jati amat mengharapkan kelompok ulama akan terus menerajui PAS. Syukur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dan kami harap beberapa jawatan penting turut dimenangi oleh golongan ulama,"

"Kelompok profesional ini bagi saya adalah parasit yang cuba meruntuhkan asas perjuangan PAS selama ini," beliau bertegas. Dalam pada itu, Hassan Ali berkata bahawa masanya juga telah tiba untuk PAS menimbang semula perjuangan meraka di dalam parti Pakatan Rakyat.

Beliau menambah bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS ketika piliharan raya umum yang lepas menunjukkan bahawa PAS telah hilang sokongan besar undi orang Melayu ekoran penglibatan mereka bersama DAP dan PKR.

"Muktamar ini juga satu peluang besar untuk PAS menimbang semula hubungan mereka di dalam Pakatan Rakyat,"
Read More / Baca Lagi >>

Fakta Sebenar Syiah di Malaysia - Dr MAZA

Posted: 17 Nov 2013 07:10 PM PST

Muktamar 59: Haram ikut permainan media musuh – Presiden PAS

Posted: 17 Nov 2013 07:07 PM PST

PETALING JAYA: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS yang mengikut permainan media luar konon berlaku pertembungan dalam PAS antara golongan ulama dengan profesional.

Katanya, dakwaan mengatakan dalam PAS bertembung golongan ulama dan profesional merupakan permainan media dan tidak seharusnya ahli PAS terpengaruh dengan permainan media tersebut.

"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti. Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor, di dewan Sivik, Ahad lalu.

Beliau menegaskan tanggungawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti bukan memecahbelahkan mereka.

Katanya, PAS bukan sahaja telah berjaya menarik golongan muda tetapi telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS.

"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Belum apa-apa, PAS sudah mahu ‘diHasan-Alikan’

Posted: 17 Nov 2013 07:05 PM PST


Tanpa angin, tanpa ribut, bahkan mungkin tidak ada sesiapa yang mempelawanya pun, secara tiba-tiba saja bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali membayangkan kemungkinan untuk kembali menyertai PAS, parti politik Islam yang telah memecatnya tidak lama dahulu.
Mungkin muktamar dan pemilihan PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi telah membangkitkan kembali ghairahnya terhadap parti itu.
Tetapi keinginannya itu bukan tidak bersyarat, bahkan syaratnya pula seolah-olah beliau lebih besar daripada PAS itu sendiri.
Dalam sidang media semalam, Dr Hasan berkata, beliau sedia menimbangkan untuk menyertai semula PAS jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan Negara.
"Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan PAS di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi Raja dan menghormati peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara, saya sedia mempertimbangkannya," tambah beliau lagi.
Mengenai muktamar PAS yang bakal berlangsung tidak lama lagi, beliau berkata, PAS perlu dipimpin oleh golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan 'Anwarinas yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.
"Saya secara peribadi mahu golongan ulama kembali memimpin PAS - presiden, timbalan presiden, naib presiden daripada kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati golongan sebegitu masih ada dalam PAS," katanya yang juga Presiden NGO Jati atau Jalur Tiga.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Ubah dan kekal

Posted: 17 Nov 2013 07:00 PM PST



1. Sikap yang perlu kita ambil dalam satu-satu pilihan yang kita buat sama ada untuk ubah atau kekal mestilah jelas bersandarkan piawaian dan skima yang ditetapkan oleh syara'.

a] maksiat dan mungkar WAJIB diubah. Tidak boleh kekalkan kerana ia dimurkai oleh Allah swt dan sabit nas dari Sunnah an Nabawiyah supaya kita menentang mungkar dan maksiat.

b] soleh dan adil WAJIB dikekal. Tidak boleh ubah kerana ia telah dimuktamadkan oleh Allah swt dan sabit dari Sunnah an nabawiyah supaya kita menjadi soleh dan berlaku adil.

c] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya soleh dan adil. Baik dan bagus, maka HARUS untuk ubah atau kekal. Namun AFDHAL memilih yang terbaik dari keduanya.

d] adapun perkara yang melibatkan kedua - duanya jahat dan zalim. Buruk dan tidak baik, maka WAJIB tolak keduanya. Namun jika tiada pilihan malah terpaksa memilih salah satunya, maka PILIHlah yang paling minima mudharatnya.

2. Asasnya, kita mesti bijak memilih. Berdasarkan neraca Islam. Perkara ini banyak dibahas dalam Feqh Al Awlawiyat dan juga Feqh al Muwaazanat.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir miliki ‘sarjana’ kosong, kata Pak Samad

Posted: 17 Nov 2013 06:53 PM PST


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (gambar) meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belajar mengakhiri karier politiknya dengan cara yang lebih mulia dan dihormati.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata sikap Dr Mahathir yang suka memberikan ulasan dalam pelbagai isu telah memperlihatkan dirinya hanya memiliki 'sarjana kosong' yang mahu mengkritik tetapi tidak mempunyai hujah konkrit.
"Saya fikir Dr Mahathir mahu masuk dalam semua bidang. Dia memiliki 'sarjana' kosong. Apa isu pun dia masuk juga.
"Beliau harus berakhir sebagai pemimpin mulia dan dihormati. Bukan pemimpin yang terlalu banyak cakap. Biar cakap sedikit tetapi berisi. Ini semuanya dia mahu cakap," katanya kepada The Malaysian Insider.
Awal Oktober lalu, Perdana Menteri paling lama memerintah negara itu menyelar tindakan kerajaan membatalkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana menurutnya tindakan kerajaan itu diambil kerana terlalu mendengar permintaan Pak Samad.
Read More / Baca Lagi >>