Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ketidaksempurnaan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan berlaku berikutan tidak ada rasa gerun kepada undangundang ALLAH sebaliknya lebih takut kepada peraturan yang diwujudkan manusia.

"Apa sahaja salah laku yang dibuat oleh manusia, tidak kira di Kelantan ataupun di mana sekalipun berpunca daripada orang hormat pada undang-undang yang orang buat dan orang tersebut tidak hormat pada undang-undang ALLAH.

"Kalau kita letak tumpuan kita kepada undang-undang ALLAH, kita akan rasa bahawa ALLAH lebih berkuasa, lebih bijak dan pandai, maka automatik orang tak berani nak melawan, selagi kita didik orang hormat pada orang undang-undang yang kerajaan buat, selama itu lah kegerunan itu tiada," katanya kepada media semalam.