Jumaat, 2 Ogos 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Politik menantu dan politik anak hantu - Shahbudin Husin

Posted: 02 Aug 2013 10:54 PM PDT

Presiden PAS, Haji Hadi Awang tidak pernah tercemar kedudukan dan wibawanya sebelum ini. Tetapi kini kerana menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh serta sering campur tangan dalam urusan parti, titik-titik hitam seakan mulai muncul membayangi kepimpinannya.
Ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya. Semuanya kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi adalah pemimpin digeruni dan disanjung tinggi.
Isu ini bermula dengan pertelingkahan beberapa kerusi antara PAS, PKR dan PSM dalam pilihanraya lalu. Di DUN Kota Damansara, Zaharudin dikatakan  mempengaruhi Haji Hadi menandatangai surat watikah kepada calon PAS meskipun dipersetujui bahawa kerusi itu ditandingi oleh calon PSM yang menggunakan lambang PKR.
Disebabkan hal itu, kerusi Kota Damansara yang sebelumnya milik PR melalui calonnya, Dr Nasir berubah tangan kepada BN. BN seperti menang percuma kerana berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN itu.
Di beberapa kerusi DUN di Terengganu yang berlaku pertindihan kerusi antara PAS dengan PKR dan kemudian timbul isu pil kuda dan sebagainya yang dibangkitkan oleh Haji Hadi sebagai alasan mengapa PAS turut meletakkan calonnya, juga dikaitkan dengan pengaruh Zaharudin terhadap bapa mertuanya itu.
Dalam isu Kota Damansara, Zaharudin juga berlaga angin dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempertahankan konsep pengagihan kerusi yang dipersetujui sebelum ini. Pertelingkahan itu berlarutan sehingga sekarang apabila Zaharudin masih mempertahankan hujahnya bahawa tindakan PAS meletakkan calon bukan penyebab calon BN menang di kerusi itu. Beliau memberikan alasan pengundi Kota Damansara adalah "educated" dengan turut mengambil kira latar belakang calon dan sebagainya sebagai asas untuk mengundi dan bukan semata-mata kerana berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Sebenarnya adalah menyedihkan mengapa isu mengenai Karl Max, pil kuda dan sebagainya hanya ditimbulkan di saat-saat akhir menjelang hari penamaan calon sehingga akhirnya menggugat persepakatan dalam PR dan menyebabkan bukan saja kekalahan di beberapa kerusi bahkan juga menyebabkan rakyat terus memilih BN kerana BN dilihat lebih berjaya mengurus masalah serta perbezaan dengan lebih baik berbanding PR.
Terbaru, Zaharudin yang dikenali dengan Din Ayam juga membangkitkan adanya golongan yang mahu menjatuhkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS dan ini segera dikaitkan dengan usahanya untuk mengekalkan kepimpinan ulama dalam PAS dan cuba mengurangkan pengaruh golongan profesional yang berjiwa Islam yang mulai mengambil tempat dalam parti itu.
Zaharudin turut dikaitkan dengan beberapa tokoh berpendidikan agama dalam parti itu yang ingin ditonjolkannya seperti Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan sebagainya. Pengaruh golongan profesional yang mulai melebar dalam PAS dikatakan ingin disekat pengaruhnya kerana Zaharudin ingin PAS kekal dengan identiti lamanya.
Tindakannya itu bagaimanapun menyebabkan seorang ahli seumur hidup Pas mengemukakan aduan kepada jawatankuasa disiplin parti kerana mendakwa Zaharudin membuat dakwaan tidak berasas dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada parti.
Sejauh mana campur tangan dan pengaruh Zaharudin kepada bapa mertuanya sukar dipastikan. Golongan dalam PAS juga berbelah bagi mengenainya tetapi dengan caranya mempertahankan calon PAS bertanding di Kota Damansara sekurang-kurangnya menunjukkan peranannya itu tidak boleh dinafikan.
Walau apa pun peranan dan campur tangan Zaharudin sebagai menantu kepada Haji Hadi, keadaan ini mengingatkan rakyat kepada Khairy Jamaluddin atau KJ di era kepimpinan Pak Lah dahulu. Beliau juga sering didakwa campur tangan dan mempunyai pengaruh kepada kepimpinan Pak Lah sehingga akhirnya ia menjadi isu utama kepada Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah.
Walaupun KJ kini sudah boleh berdiri sendiri dalam politik tanpa dibayangi lagi oleh Pak Lah tetapi kewujudan "eleman budak-budak Tingkat 4" yang dikaitkan dengan KJ dan kaitannya dengan kejatuhan Pak Lah adalah suatu sejarah yang tidak boleh dinafikan dan ia akan kekal menjadi rujukan sampai bila-bila.
Eleman menantu juga pernah menggerhanai kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan apabila menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman dilantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Pelbagai isu dan persepsi cuba dibangkitkan mengenai kedudukan beliau itu dengan tujuan untuk mencemarkan kepimpinan Nik Aziz, termasuk mengenai amalan kronisme dan nepotisme.
Mujurlah Ariffahmi cepat digugurkan daripada kedudukannya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Jika tidak, mungkin hingga sekarang, Nik Aziz turut dikaitkan dengan pelbagai isu mengenai peranan dan pengaruh menantunya. Hanya setelah menantunya tiada lagi berdekatan dengan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Nik Aziz, barulah Nik Aziz agak kurang menjadi bahan pertikaian mengenai wibawa dan ketelusan kepimpinannya.
Di dalam Umno sekarang pula, isu menantu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut menjadi percakapan ramai. Walaupun menantu Muhyiddin ini tidak terlibat dalam politik dan mempengaruhi perjalanan politik bapa mertuanya tetapi penglibatannya dalam beberapa kontrak kerajaan tetap menjadi isu.
Menantu Muhyiddin dikaitkan dengan pembekalan mesin biometrik untuk pemutihan pekerja asing di mana bapa mertuanya adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing. Dalam isu BestariNet kepada sekolah seluruh negara, menantu Muhyiddin itu turut dikaitkan dengan konglomerat YTL yang memperolehi kontrak itu.
Sedikit-sebanyak imej Muhyiddin sekarang turut tercemar adalah kerana penglibatan menantunya dalam perniagaan yang ada kaitan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.
Apa pun peranan menantu dalam perjalanan politik bapa mertua masing-masing di Malaysia ini, ia sebenarnya lebih banyak mengundang masalah berbanding mendatangkan kebaikan. Apa yang pernah dialami oleh Pak Lah dan Nik Aziz serta apa yang sedang dihadapi oleh Haji Hadi dan Muhyiddin, menyerlahkan hakikat itu.
Daripada anak menantu, peranan mereka sering bertukar menjadi "anak hantu", dibenci oleh sesetengah orang dan menimbulkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Walaupun menurut kata Ketua Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi bahawa penglibatan menantu ini bukan sesuatu yang asing dan berlaku sejak zaman Rasulullah lagi tetapi tetapi barangkali menantu pemimpin di zaman itu berbeza dengan menantu zaman sekarang dari segi kecintaan kepada dunia dan kuasa.
Sebab itulah banyak menantu di zaman Nabi dan di awal perkembangan Islam dahulu dilihat lebih berjaya membantu menyemarakkan lagi obor perjuangan bapa mertua masing-masing berbanding menantu-menantu orang berkuasa di zaman sekarang ini kerana mereka hanya fokus kepada perjuangan semata-mata. Tidak pernah pula terdengar karenah menantu di zaman Nabi yang berlebih-lebihan sehingga menimbulkan kebencian pengikut.
Peranan menantu yang mendatangkan masalah bukan saja berlaku dalam politik tetapi juga dalam kehidupan seharian, terutama jika mertuanya kaya raya serta berada. Sudah banyak kisah menantu bertukar menjadi anak hantu ini menjadi santapan telinga sejak dulu sehinggalah sekarang tetapi nampaknya ia terus juga berlaku.
Bapa mertua sering malu alah dengan menantu kerana terlalu sayang kepada menantu yang menjaga anak perempuannya dengan baik. Lebih-lebih lagi bila ada cucu, sayang mertua kepada menantu naik berlipat kali ganda. Jika mertua ada kuasa atau kaya raya, keadaan ini sering diambil kesempatan oleh menantu sama ada mengaut faedah atau menonjolkan diri.
Kegagalan bapa mertua mengawal menantu dan memberi muka secara berlebih-lebihan adalah antara punca timbulnya masalah ini. Seringkali mertua menyayangi menantu melebihi kasih sayang kepada parti dan organisasi yang sedang dipimpinnya.
Menantu kepada orang-orang berkuasa pula, seharusnya menyedari kedudukan mereka sebagai menantu bukanlah suatu keistimewaan. Mereka mungkin hanya istimewa dalam keluarga tapi bukan dalam organisasi atau parti. Mereka sepatutnya kekal mencintai dan hanya berkahwin dengan anak pemimpin berkenaan saja bukannya turut mengahwini jawatan bapa mertua masing-masing. – shahbudindotcom.blogspot.com, 3 Ogos, 2013.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Parti rasuah jual agama

Posted: 02 Aug 2013 07:39 PM PDT

Ku Nan: ABU ertinya Allah bersama Umno
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.

"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.-M'kini

Aku tak terkejut bila Ku Nan kata 'Allah Bersama Umno'..Firaun pon
mengaku dia 'Tuhan Yang Maha Tinggi'..Budak-budak pon kenai yang mana pensel dan yang mana pen..takkan kita dah tua-tua ni tak tau beza ..tambah tambah sat ngaku jadi syaiton ..sat2 ngaku 'Allah Bersama Umno'..ubat kuat yang dok jual kot pasar malam tu ada macam-macam jenama tapi semua disebut ubat kuat jugak..


Tun Madey pernah kata Umno Parti rasuah yang dah busuk hingga ke usus..bayangkan Ku Nan kata Allah Bersama Umno..

Cina bakuteh hina Islam masuk lokap.Melayu bela dan main2 ngan anjing dituduh hina Islam masuk lokap..Melayu Umno Parti Rasuah kata 'Allah Bersama Umno' (ABU) hebat..

Ahli bawah ikhlas..pemimpin tak ikhas pun tak guna !!

Posted: 02 Aug 2013 07:34 PM PDT

Antara diskaun had laju dan ‘skim cepat saman’

Posted: 02 Aug 2013 07:32 PM PDT


KUALA LUMPUR "Saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya.

"Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan," tulis aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, semalam di laman http://anakmudamalaysia.com.

Justeru, beliau mempesoalkan apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula semalam.

"Apakah ada papan tanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!" tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikan harga sayur, kenaikan harga gas dan sebelum itu kenaikan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.

Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuh raya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100 km/j untuk semua jenama kereta.

Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?

Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macam mana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama.

Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang 'longgar'. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan 'spare-part'nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir kerajaan haram yang ketiga

Posted: 02 Aug 2013 07:26 PM PDT

Sudah lebih sebulan Mesir diperintah oleh kerajaan haram dan menjadikannya yang ketiga di rantau itu.

Yang pertama ialah Israel yang ditegakkan atas sebahagian besar bumi Palestin sejak tahun 1948 oleh Britain, Perancis dan Amerika. Yang kedua ialah kerajaan Palestin yang Tebing Barat yang dirampas Fatah dari Hamas di luar pilihan raya atas restu Amerika dan Israel.

Dan yang ketiga ialah yang di Mesir yang dirampas oleh tentera dipercayai atas arahan Israel dan direstui oleh Amerika.

Tentang Israel itu semua tahu ia tidak ditegakkan oleh orang Yahudi. Ia ditegakkan oleh kuasa barat -  Eropah dan Amerika – orang yang dipanggil rakyat zaman kerajaan Melaka dulu sebagai Benggali Putih. Tentera Benggali Putih ini dari India dan lain-lain memerangi rakyat Palestin dan menyerahkan pemerinah kepada Yahudi.

Palestin baru yang dibentuk oleh dunia yang dikuasai oleh Benggali Putih dan diterima oleh Fatah pimpinan Yasser Arafat terdiri dari Tebing Barat dan Ghaza, dalam pilihan raya umumnya yang terakhir dimenangi oleh Hamas selepas kematian Arafat.

Penerimaan semua Benggali Putih terhadap kerajaan Hamas itu sama dengan penerimaan mereka terhadap kerajaan demokrasi pertama Mesir pimpinan Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin.

Kerajaan-kerajaan Benggali Putih – Amerika dan Eropah - yang membiayai kerajaan Palestin Kecil itu menghentikan semua bantuan kepada kerajaan sah Hamas dan akhirnya mereka memperalatkan Fatah merampas kuasa tetapi gagal masuk ke Gaza. Selepas itu Tebing Barat menjadi kerajaan dan  suara Palestin yang tidak sah.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman

Posted: 02 Aug 2013 07:24 PM PDT


MARANG: PAS bersama dengan gerakan Islam dunia menyokong resolusi perbincangan di Istanbul, Turki baru-baru ini bagi meneruskan bantahan secara aman oleh rakyat di Mesir.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mengikut resolusi yang dibuat oleh parti-parti gerakan Islam bersetuju bantahan secara aman diteruskan di Mesir.

"Perkembangan politik di Mesir, mengikut resolusi yang telah diambil oleh parti-parti (gerakan) Islam yang mengadakan perbincangan di Istanbul (Turki), ialah supaya bantahan secara aman diteruskan, kerana bantahan secara aman inilah yang paling sesuai dan munasabah kepada umat Islam sesama umat Islam dalam menghadapi dalaman mereka walau pun sangat mencabar.

"Berbeza dengan kita menghadapi serangan dari musuh yang datang menceroboh negara. Itu memaksakan kita berdepan dengan senjata, ada pun membetulkan pemikiran umat yang telah lama tenggelam dalam pemikiran sehingga terpengaruh dengan ideologi sekularisma, yang menyebabkan mereka menganut pelbagai teori yang asing dari Islam kerana kejahilan mereka, sama ada kerajaan atau pun rakyat," tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya, semalam.

Justeru, katanya dengan bantahan secara aman itu boleh menyedarkan rakyat hingga membawa satu gelombang yang positif di peringkat nasional Mesir dan antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

PAS ingatkan Melayu, BR1M bukan bukti kemampuan kewangan negara

Posted: 02 Aug 2013 07:22 PM PDT


Komuniti Melayu, Islam di negara ini disarankan untuk tidak menilai pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai kayu pengukur kepada keupayaan kewangan negara kerana mereka adalah bangsa yang akan terjejas jika berlaku kejatuhan ekonomi, kata PAS.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menegaskan, Melayu selaku kaum majoriti di negara ini lebih melihat kepada bantuan dan "gula-gula" pilihan raya sebagai kayu pengukur ekonomi negara sedangkan Malaysia kini berada di paras bahaya daripada struktur ekonomi berdasarkan kajian agensi penilaian global, Fitch Ratings.
"Ini bukan ukuran kekuatan ekonomi negara, dan orang Melayu-Islam perlu sedar segalanya memerlukan sumber untuk membayarnya," kata Tuan Ibrahim, dalam satu kenyataannya lewat malam tadi merujuk kepada BR1M dan bantuan kerajaan BN menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), baru-baru ini.
"Kesihatan ekonomi negara juga perlu dilihat dari sudut hutang negara, yang kini menghadapi tahap maksima 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), defisit belanjawan yang semakin meruncing dan kejatuhan nilai Ringgit secara mendadak," katanya.
Rabu lalu, Fitch Ratings dalam penilaiannya melihat unjuran kredit Malaysia berubah daripada stabil kepada negatif berikutan kemungkinan kelemahan kewangan awam selepas PRU13.
Penilaian berkenaan muncul selepas ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan tempoh 15 tahun terendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno@BN

Posted: 02 Aug 2013 07:21 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan lanjut ke atas Maznah untuk jaga air muka TPM, kata peguam

Posted: 02 Aug 2013 07:20 PM PDT



Latheefa Koya dalam satu sidang akhbar semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Ogos, 2013.Latheefa Koya dalam satu sidang akhbar semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Ogos, 2013.Penyiasatan lanjut yang dilakukan terhadap pelatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Chetz adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan bertujuan menjaga air muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata peguamnya Latheefa Koya.
Menurut Latheefa, Maznah tidak seharusnya dirujuk semula ke Majistret dan dikenakan bon di bawah Seksyen 118 yang tidak pernah berlaku bagi orang yang dianggap suspek kerana perintah itu hanya terpakai ke atas saksi atau pengadu.
Katanya, bon yang bertindak seperti akujanji ke atas saksi itu jika diingkari boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000.
"Proses penyiasatan ini amat meragukan kerana selepas Maznah mengemukakan laporan polis segala butiran peribadinya seperti jumlah gaji, tempat tinggal, bilangan adik beradik dan lain-lain tersebar di laman sosial Facebook.
"Siapa lagi yang harus dipersalahkan? Polis tidak sewajarnya melakukan hal seperti ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR semalam.
Read More / Baca Lagi >>

High Malaysian election petition costs seen as punishment for appellants, say lawyers

Posted: 02 Aug 2013 07:19 PM PDT


The Malaysian courts have been breaking all sorts of records by awarding costs as high RM150,000 when dismissing election petitions this year, up from the normal range of about RM20,000.

The Bar Council, lawyers and former judicial officers said the high costs as well as dismissal of the petitions on technical grounds have given the impression that the judges are punishing candidates and voters and also discouraging litigants from taking the matter further by instilling fear of huge monetary losses.

They added the election petitions cannot be equated to civil and commercial cases where costs are awarded on preliminary objections, noting it was unprecedented to award exorbitant amounts.

Senior lawyer Karpal Singh, who has handled election petitions for years, said the costs awarded previously were less than RM20,000, adding the costs was not meant to enrich any party.

"Ideally, it should be minimum costs, or each party should be ordered to bear their own costs," Karpal told The Malaysian Insider in Kuala Lumpur this week.

But this was not the case recently with the latest decision on Thursday when an election court awarded  RM150,000 after allowing a preliminary objection for the Kuala Berang state seat in Terengganu.

Similarly, the judge presiding over the Pasir Panjang state seat in Perak, ordered the petitioner to pay RM120,000 in costs to three respondents, including the Election Commission (EC).

For the election petition filed for the Balik Pulau federal seat in Penang, another court ordered payment of RM120,000.

Bar Council chairman Christopher Leong (pic) said election petitions were of public interest and should not be equated to civil and commercial cases.

"Since the petitions are of public nature, the award of costs should not be exorbitant.

"It is also important to note that almost all petitions were dismissed without going through the merits of the cases," he said.

Leong said the high awards gave the impression that the courts were punishing the litigants.Read More / Baca Lagi >>

Petisyen pilihan raya: Mala petaka kepada sistem kehakiman negara

Posted: 02 Aug 2013 07:18 PM PDT

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi,
1). JUHAM amat terkejut dengan 'trend' penolakan majoriti Petisyen Pilihanraya oleh Mahkamah-Mahkamah Pilihanraya di seluruh Malaysia yang berasaskan alasan dan tafsiran undang-undang yang berbeza antara satu Mahkamah dan satu Mahkamah yang lain. JUHAM melihat 'trend' ini adalah suatu perkara yang amat berbahaya dan merupakan malapetaka kepada sistem kehakiman Malaysia.

2). Barisan Peguam JUHAM yang terlibat secara langsung dengan Petisyen Pilihanraya di seluruh negara rata-rata melahirkan rasa hairan dan terpinga-pinga dengan 'trend' ini, lebih-lebih lagi wujudnya pelbagai pandangan yang berbeza dan tiada konsistensi antara Hakim-Hakim Pilihan Raya sehingga menyebabkan ada Petisyen yang ditolak dan ada pula yang diteruskan dengan Perbicaraan walaupun alasan kepada Bantahan Awal terhadap Petisyen tersebut adalah alasan yang sama dan pernah diputuskan oleh Mahkamah-mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

3)JUHAM melihat pendirian berbeza seperti ini memprejudiskan semua Pempetisyen kerana Pempetisyen bukan sahaja diprejudiskan hak beliau untuk mendapatkan hak sama-rata di sisi undang-undang akibat kekeliruan sebegini, malah Pempetisyen terpaksa menanggung kos yang tinggi setelah Petisyen itu ditolak. Apatah lagi, para Hakim Pilihan Raya seolah-olah telah bersepakat untuk meletakkan had minima bagi kos penolakan setiap Petisyen Pilihan Raya iaitu sekitar RM30,000.00 hinggalah RM150,000.00 yang mana merupakan satu jumlah yang tidak munasabah dalam sejarah perjalanan Petisyen Pilihanraya di Mahkamah Pilihanraya Malaysia.

4). JUHAM ingin memberikan beberapa contoh terhadap keputusan Mahkamah tersebut.Pertamanya, terdapat Petisyen yang ditolak begitu sahaja dengan alasan Petisyen tersebut tidak diserahkan oleh Pempetisyen sendiri kepada Responden. Keputusan ini jelas adalah tidak munasabah, lebih-lebih lagi isu penyerahan Petisyen ini telah lama diputuskan (precedent) oleh Mahkamah Pilihan Raya pada tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contoh, YA Datuk Ramly (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah pun memutuskan di dalam kes Mohamad Sabu lwn Pegawai Pengurus Pilihan Raya [2007] 9 CLJ 26 bahawa penyampaian Petisyen boleh dibuat oleh Peguam atau ejennya kerana adalah tidak praktikal untuk menghendaki Pempetisyen menyampaikan sendiri Petisyen tersebut kepada Responden.

Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek now the main actor in MCA's coup, says Tee Keat

Posted: 02 Aug 2013 07:12 PM PDT

Dr Asri: Haram Mendedahkan Keaiban Peribadi Seseorang Sbg Senjata Politik

Posted: 02 Aug 2013 07:11 PM PDT

TGHA: KULIAH JUMAAT 24 RAMADHAN 1434 / 02 OGOS 2013

Posted: 02 Aug 2013 03:08 PM PDT

Lahad Datu: Menyingkap insiden pencerobohan pengganas 2

Posted: 02 Aug 2013 03:06 PM PDT

TGNA | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013

Posted: 02 Aug 2013 02:54 PM PDT

Syiah dan hak asasi manusia..!!!

Posted: 02 Aug 2013 02:52 PM PDT


Ada satu fakta yang mesti kita terima bahawa Syiah sudah pun bertapak di Malaysia. Kenyataan ini menjadi bukti bahawa negara kita sedang menuju kepada masyarakat yang berkepelbagaian (multicultural society). Bukan saja berkepelbagaian dalam beragama, tapi juga berkepelbagaian dalam bermazhab.
Dengan menerima fakta bahawa memang sudah terdapat orang Syiah di Malaysia, maka kita juga mestilah menerima fakta bahawa dunia kemasyarakatan kita pada hari ini sudah semakin terbuka. Kerana itu, tindakan terbaru kerajaan untuk mengharamkan Syiah telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Dalam dilema inilah, maka kita dituntut untuk memikirkan tindakan tersebut dalam-dalam dulu.
Pertamanya, adakah kita ingin menangkap semua orang Syiah tersebut kerana mereka berbeza mazhab dengan kita? Jika demikian, maka apakah penjara itu dapat menukar iman mereka dari bermazhab Jafari kepada bermazhab Shafie? Saya pasti, takkan semudah itu. Maka, apa lagi pilihan kita yang berikutnya? Di sini, saya hanya mampu berdoa agar minoriti Syiah ini tidak diancam pula secara fizikal akibat kelainan iman mereka.
Sehubungan dengan itu, dengan menyedari bahawa masyarakat sudah mengalami kepelbagaian yang pesat, maka untuk kita terus hidup aman-damai, kita mestilah mempunyai satu asas yang sepatutnya disepakati secara bersama. Pada saya, asas ini tidak lain tidak bukan ialah sebuah sistem nilai universal. Menerusi sistem nilai universal inilah, maka kita akan dapat mendamaikan segala perbezaan yang terdapat di dalam masyarakat.
Lebih jelas lagi, sistem nilai yang universal yang saya maksudkan ini ialah hak asasi manusia. Menurut saya, tanpa adanya hak asasi manusia ini, maka harga diri manusia (tanpa mengira agama dan mazhab apapun) itu akan sentiasa berada dalam keadaan terancam. Kerana itu, golongan Syiah di Malaysia sedang merasa diri mereka terancam kerana hak mereka sebagai seorang manusia telah dicabar dan dianggap tidak bernilai.
Lalu, apakah dosa orang Syiah ini sampai kita dengan semudahnya mencabut hak asasi manusia dari diri mereka ini?
Read More / Baca Lagi >>

Syiah: Bertindak secara ilmu, bukan jadi isu politik

Posted: 02 Aug 2013 02:48 PM PDT


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan kerajaan dalam menangani isu kontroversi fahaman Syiah lebih bersifat politik.

Katanya, ajaran Syiah itu bukan perkara baru tetapi telah lama wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam.

Menurutnya, kerajaan pula mengambil sikap bukan hendak menangani masalah ajaran Syiah tetapi hendak jadikan isu politik.

"Kerajaan lebih bersikap untuk menjadikan isu politik, bukan suatu tindakan. Sebenarnya, Syiah telah wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam dan bukan perkara baru.

"Seperti mazhab-mazhab lain juga dan kita tidak menafikan bahawa ajaran Syiah ini tidak sesuai diamalkan di Malaysia.

"Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi hendak jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini hendaklah dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tak tahu hala bincang tentang mazhab ini," ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni

Posted: 02 Aug 2013 02:47 PM PDT


Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati

Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran.

Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi.

Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan.

Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahu Lari Dari Hantu Altantuya: Pendedahan sensasi P Bala

Posted: 02 Aug 2013 08:14 AM PDT

Lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua.
Bahagian Akhir
Di antara banyak drama, barangkali tidak ada yang dapat menandingi kehebatan dari segi sensasinya daripada yang dicipta oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam.
Dalam afidavitnya yang pertama yang dikeluarkan pada 3 Julai 2008, Bala mendakwa Altantuya sebenarnya adalah bekas perempuan simpanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Razak adalah orang kepercayaan Najib.
Maklumat ini disampaikan kepada Bala oleh Razak dan Altantuya pada masa yang berbeza melalui perhubungannya dengan kedua-dua Razak dan Altantuya, ketika beliau bertugas sebagai penyiasat peribadi bagi melindungi Najib daripada diganggu oleh bekas perempuan simpanannya.
Malahan lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua yang dikeluarkan pada pagi esoknya (4 Julai 2008). Ini diikuti dengan 'kehilangan' kesemua anggota keluarga Bala dari Malaysia dalam tempoh beberapa jam sahaja afidavit itu dibacakan kepada umum.
Kita mendapat tahu kemudian bahawa keluarga Bala dipaksa keluar negara selepas mengeluarkan afidavit kedua dan melalui berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum bermastautin di Chennai, India.
Cerita yang kita boleh cantumkan melalui persekongkolan pelakon-pelakon yang relevan dan tidak boleh dipertikai dalam episod Bala, ialah Bala sendiri, Deepak Jaikishan (kawan baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor) dan Americk Singh Sidhu (peguam Bala) adalah seperti berikut:
Pada hari Bala mengeluarkan afidavit yang pertama, Rosmah mengarahkan Deepak supaya membuat persiapan agar Bala menarik balik tuduhan-tuduhannya dan kemudian melarikan diri bersama keluarganya ke luar negara.
Pada malam hari itu juga (3 Julai 2008), di bawah perancangan Deepak, Bala menemui adik Najib, Nazim (dan isterinya). Beliau menawar RM5 juta kepada Bala di atas kerjasama beliau untuk menarik balik ceritanya dan segera meninggalkan negara ini bersama keluarganya.  Keselamatan keluarga Bala tidak terjamin sekiranya Bala enggan.
Kemudian peguam Cecil Abraham yang menerima arahan daripada Najib, bekerja sepanjang malam tersebut untuk menyediakan afidavit kedua Bala. Setelah siap, Bala menandatanganinya.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah: Mahkamah Pilihan Raya Ruang Bersihkan Nama

Posted: 02 Aug 2013 07:47 AM PDT

Dewan Muslimat, Harakah santuni anak yatim Banting

Posted: 02 Aug 2013 07:46 AM PDT

Syria's war children suffer mental illness

Posted: 02 Aug 2013 07:45 AM PDT

Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013

Posted: 02 Aug 2013 07:44 AM PDT

Adakah Kerajaan BN dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..!!!

Posted: 02 Aug 2013 07:41 AM PDT

Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.

Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.

Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.

Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.

Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..

Padan Muka Depa: Dulu.. semasa Kerajaan PR Perak tukar Proton kepada Toyota..La ni depa pulak yang lebih..!!!

Posted: 02 Aug 2013 07:39 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dialog & Iftar Anak Muda Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 02 Aug 2013 02:12 AM PDT


Siasat penyelewengan anak syarikat Felda – Rafizi

Posted: 02 Aug 2013 02:04 AM PDT

Siasat penyelewengan anak syarikat Felda – Rafizi

Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Semasa pelancarannya, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan:
1.      Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan;

2.      Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan

3.      Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat.
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka.
Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji.

Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan.Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini.

Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek
Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato' Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta.
Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin!


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
2 OGOS 2013


HEBAT SANGATKAH DIN AYAM?

Posted: 02 Aug 2013 02:02 AM PDT

Din Ayam penyebab Dr Rani ingin melepaskan jawatan PJ negeri?

Aku respek!

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Kota Damansara menghantui PAS Selangor, Dr Rani letak jawatan?

Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.
Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.
Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Arkitek kemelut Kota Damansara
Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).
Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.
Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.
Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.
Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.
"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.
Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.
"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.
Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.
Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.
Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri  itu selepas Muktamar Tahunan November ini.
Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.
"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.
Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.
Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.
Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.
KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:
"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.
"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.
Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.
PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.
Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.
Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.
Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir,  dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.
Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr  Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.
Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam,  Selangor.
Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.
Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya. – 2 Ogos, 2013.

Ali Rustam dua kali lima dengan Noh Omar - Mohd Sayuti Omar

Posted: 02 Aug 2013 01:45 AM PDT

Ali Rustam dua kali lima dengan Noh Omar - Mohd Sayuti Omar

August 02, 2013
Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kalah sambil 'menyenggeng' di kerusi parlimen Bukit Katil kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pilihan raya lalu, saya tercari-cari apakah sebab musababnya. Pening saya mencari faktor kekalahannya. Sebagai seorang Ketua Menteri orang berkuasa dalam negeri Melaka, beliau sudah pasti mencari kawasan paling selamat untuknya. Tentulah kerusi Bukit Katil itu kawasan paling selamat. Tetapi kenapa kerusi itu memalukannya?

Tidak mungkin Ali Rustam memilih Bukit Katil kalau kerana alasan lain. Tetapi kenapa beliau kalah, bukan sedikit dengan majoriti cukup untuk dimakan selama 10 tahun. Situasi itulah yang menjadikan minda saya bergelabu mencari punca kekalahannya.

Jadi apabila beliau membuat ualasan selepas kekalahan, termasuk membangkitkan soal khidmat dan jasanya di Melaka selama ini yang tidak dikenang pengundi (Cina) dan kenyataan terbarunya berhubung kekerapan berlaku jenayah berat (tembakan curi) akhir-akhir ini kononnya disebabkan parti pembangkang, baru saya tahu kenapa wajar kalau Ali Rustam kalah.
Pandangan dan pendapat Ali dalam membela diri yang busuk mendedahkan faktor kepada saya kenapa bekas KM Melaka itu patut kalah.

Ali Rustam dalam melahirkan rasa resahnya dengan kejadian jenayah berat kebelakangan ini dengan cuba meletakkan atau mencari salah kepada Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat berlakunya jenayah itu ialah apabila Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.

Mungkin beliau berpendapat apabila dua akta itu tidak lagi dipakai, maka penjenayah menjadi berani untuk melakukan perbuatan jenayah. Bagi Ali Rustam, kenapa dua akta itu dimansuhkan ialah kerana Pakatan Rakyat beriya-iya ia dimansuhkan. Jadi setelah dimansuhkan ia memberi implikasi dan risiko maka Pakatan Rakyat hendaklah bertanggungjawab. Pendapat Ali itu memberi konotasi yang Pakatan Rakyat mahukan kepada kejadian itu.

Senang dan mudah sekali cara Ali menyelesaikan masalah. Dia masih menggunakan teori lama dengan mengheret pihak lain, pembangkang.  Untuk melihat kelemahan dan kesalahan sendiri sama sekali tidak. Kalau iya pun ingin membela Najib dan Umno bukan sanggup menyerlahkan kebodohan dan kebebalan cara kita berfikir.

Apakah Ali yakin 100 peratus pemansuhan dua akta itu semata-mata kerana desakan pembangkang? Apakah tidak ia atas usaha Najib Razak sendiri yang berjanji untuk melakukan transformasi? Apakah Ali lupa janji Najib sebagai mengangkat sumpah menjadi perdana menteri?

Jangan pula kerana tindakan Najib buat itu mendatangkan masalah maka ia ditunding kepada pembangkang. Umum tahu keputusan Najib memansuhkan kedua-dua akta itu tidak mendapat persetujuan di kalangan Umno. Muhyiddin Yassin sendiri terkilan dengan cara Najib yang tidak berunding dengan beliau. Ertinya Najib bertanggungjawab ke atas pemansuhan kedua akta itu yang kini bagi Ali membahayakan negara.
Sebagai orang yang berada dalam Majlis Tertinggi Umno, apakah Ali mengetahui hal ini? Atau pun Ali waktu itu tidak dapat menebak awal implikasi daripada cadangan Najib itu? Atau pun kalau tahu Ali menjadi pandir, atau wak long saja kerana ia datang dari Najib. Seorang pemimpin hebat ialah berani menegakkan pendirian dan pandangan di hadapan siapa saja.

Dengan pemansuhan akta itu selain daripada hendak membuat transformasi Najib juga mempunyai serampang dua mata di sebalik tindakan itu. Najib mahu menunjukkan dia sebagai seorang pemimpin yang terbuka dan tidak menggunakan akta seweneng-wenengnya. Najib cuba merombakkan akta yang sudah jumud dan usang. Selain itu Najib mengharap dia dan Umno akan mendapat political mileage dengan tindakan itu dan menjadi modal pula untuk menang pilihan raya.

Saya hendak tanya bekas KM itu, apakah dia yakin Najib berbuat begitu atas kehendak pembangkang? Kalau betul Najib bertindak atas kehendak dan desakan pembangkang, banyak lagi desakan pembangkang kepada Najib tetapi kenapa tidak dilaksanakan. Pembangkang bukan saja mendesak akta itu dimansuhkan tetapi Akta Darurat 1948 juga minta dimansuhkan. Apakah Najib akur? Akta dan peraturan pilihan raya juga didesak pembangkang dipindah tetapi, Najib tidak berbuat apa-apa.

Begitu juga pembangkang mendesak ditubuhkan IPCMC, untuk menyiasat pegawai polis, apakah Najib setuju dan sedia menuruti pembangkang? Banyak lagi yang pembangkang desak dan suruh tetapi tidak diendahkan oleh Najib. Jadi dakwaan Ali kononnya Najib mengikut kehendak pembangkang itu adalah 'gombal' semata-mata.

Sebenarnya mengenai kekerapan berlaku jenayah disebabkan kerana mansuhnya dua akta itu seperti ditanggapi Ali, Ali tidak perlu gusar. Beliau boleh cadangkan kepada Najib mengguna pakai semua kedua-dua akta berkenaan. Untuk itu ia tidak memerlukan kelulusan parlimen, sampai peringkat perlu kena pinda perlembagaan negara atau perlu suara majoriti 2/3. Kuasa untuk mengembalinya terletah di tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara saja.

Sound kepada Zahid Hamidi pasti dia akan akur sebab Zahid juga ada merit untuk menyalahkan kepada pemansuhan akta itu menyebabkan berlakunya jenayah berat. Saya tidak tahulah apakah tujuan Ali menimbulkan itu kerana dia bermotif politik untuk mengkritik Najib. Dia sengaja bersandarkan kepada pembangkang, walhal niatnya untuk mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri. Bahawa Najib melakukan kesilapan besar dan kesilapan itu harus ditebus. Satu cara untuk menebus kesilapan itu ialah Najib perlu meletak jawatan. Begitukah tujuannya?

Konklusinya buat saya ulasan dan pandangan Ali Rustam mengenai hal itu ia lebih kurang sama saja dengan sikap cengeng Noh Omar yang mencadangkan supaya ibu bapa yang memasukkan gambar anak mereka makan di tandas disiasat di bawah Akta Hasutan.

Tahap pemikiran Ali sama tinggi dan sama level saja dengan Noh Omar. – msomelayu.blogspsot.com, 2 Ogos, 2013.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.