Selasa, 19 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


EKSKLUSIF: Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu

Posted: 19 Mar 2013 06:15 PM PDT


mayat pengganas


    March 20, 2013
PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.
Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.
mayat_3
Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.
" Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.
" Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.
" Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!," katanya ketika ditemui wartawan Mynewshub.my di sini semalam.
EKSKLUSIF: Cerita Ngeri Ketua Kampung Kutip Mayat Pengganas Sulu
Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan 'perangkap' yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada 'pengkhianat' di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
" Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
" Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, " katanya.
mayat_1
Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan 'lerai' kerana ia sudah membengkak.
mayat_2
" Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
" Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak," katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai 'kawasan hitam' hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
" Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
"  Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
" Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan," jelasnya. – Mynewshub.my

Projek IC : Mahathir pembohong besar - Bekas DO Sandakan

Posted: 19 Mar 2013 08:21 AM PDT


(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.
"Dr Mahathir pembohong besar," kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program 'Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.
IC PROJEK copyMahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.
Malah kata Hassnar, dirinya menjadi 'bahan tawaran' antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
"Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara," kata Hassnar.
Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
"Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!" tegas Hassnar.
Beliau berkata demikian pada Forum 'Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47750

Lahad Datu: DSAI Puji Pasukan Keselamatan Negara

Posted: 19 Mar 2013 07:37 AM PDT



KUALA LUMPUR: Selepas 15 hari Operasi Daulat dilaksanakan bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang turut mengorbankan anggota keselamatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya memuji langkah yang dilakukan pasukan keselamatan.
Ketua Pembangkang berkata pada mesyuarat khas pakatan pembangkang hari ini turut menyatakan sokongan terhadap langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan.
Bagaimanapun mesyuarat tetap mendakwa kerajaan menggunakan isu pencerobohan Lahad Datu ini untuk "meraih sokongan politik," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini Selasa.
Anwar juga menegaskan pakatan pembangkang turut menolak sebarang tuntutan asing, termasuk Filipina, ke atas Sabah kerana negeri itu adalah milik Malaysia.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang. -BERNAMA

[Video] Jawapan Taib Mahmud terhadap pendedahan Global Witness

Posted: 19 Mar 2013 05:52 AM PDT


Video awal pendedahan Global Witness

Mahathir yang tidak pernah bertanggungjawab

Posted: 19 Mar 2013 03:41 AM PDT


Mahathir yang tidak pernah bertanggungjawab — Mohd Sayuti Omar

MARCH 19, 2013
19 MAC — Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.
Justeru sesiapa saja yang menganggap negara ini negara mereka, wajib mempertahankan kedaulatan negara sampai ke titisan darah terakhir. Mempertahankan negara sebahagian daripada cabang iman.
Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain. 
Begitu juga dengan cadangan Mahathir agar melarang pembinaan rumah atas air di Sabah yang menjadi penempatan kebanyakan pendatang tanpa izin dari Filipina, bagi keselamatan negara perlu difkir secara mendalam. Apakah tindakan itu tidak termasuk dalam tindakan kezaliman? Mahathir Mohamad mencadangkan bagi mengatasi penceroboh di Sabah yang kini digelar pengganas rumah atas air itu perlu dihancurkan bagi mengelak ia dijadikan sarang pengganas.
Alasan beliau kerana selagi rumah itu ada, penceroboh dan pengganas akan berlindung di situ. Beliau membela dirinya sendiri apabila ditanya kenapa tindakan itu tidak diambil semasa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu? Seperti biasa dia menjawab masa itu tidak sesuai dan kalau dilakukan mereka akan memberontak. Jadi apakah pula alasan mengatakan masa ini sesuai? Apakah sesudah matlamat Mahathir sudah tercapai? Dan apakah kalau dilakukan hari ini mereka (pendatang Filipina) itu akan melihat begitu saja?
Atau pun apakah sesudah beliau tidak menjadi perdana menteri, di mana kalau tindakan meroboh rumah atas air itu risikonya ditanggung oleh Najib Razak maka ia sesuai? Begitu perkiraan Mahathir? Kalau itulah cara Mahathir berfikir dan bertindak jelas dia seorang tidak bertanggungjawab dan jahat.
Seloknya sebelum Mahathir membuat cadangan itu dia melihat kepada sumber dan mengenali faktor masalah yang berlaku sekarang ini. Beliau kena akui kesilapannya. Bukankah percambahan rumah atas air itu berlaku sejak dizamanya? Apakah alasan Mahathir sebelum itu yang memberi galakan atau tidak ada larangan meruntuhkan rumah-rumah itu? Apakah mata Mahathir baru cerah hari ini dulunya kabur?
Sebenarnya banyak kesilapan Matahir lakukan yang baru disedari hari ini setelah ibarat air sudah sampai ke paras hidung. Salah satu ialah mengenai kuasa politik Melayu mengikut kawasan pilihan raya. Gara-gara politik jahat Mahathir yang tidak menambahkan kawasan pilihan raya menyebabkan kawasan Melayu berkurangan. Tetapi anihnya Mahathir masih dijulang sebagai pemimpin agung bangsa dan negara. Kepala hotak dia?
Sudah pasti waktu itu ada motif kenapa dia membenarkan rumah-rumah atas air itu dibina. Mustahil penguasa tempatan (PBT) tidak menyedari akan kewujudan rumah itu ia sudah menjadi satu tradisi berdekad-dekad. Mustahil juga pihak kerajaan tidak terfikir akan implikasinya. Jangan pula sesudah madu dihisap dari "penceroboh" itu maka sempahnya dibuat begitu sahaja. Kalau hendak buang pun biarlah bertempat dan dikendali dengan betul.
Kita setuju kalau ia tidak dibenarkan hatta rumah yang ada dirobohkan, tetapi kerajaan harus melakukan dengan cermat dan penuh perikemanusiaan. Bukan semua rumah atas air itu menjadi sarang dan kloni perlindungan pengganas. Mereka harus dibela dan dipertahankan. Sebelum roboh satu kaedah atau program 'mendaratkan' mereka perlu diadakan. Kerajaan Sabah kena kenal pasti kawasan khas untuk menempatkan mereka.
Dalam masa sama kerajaan Sabah dan Persekutuan juga kena pastikan kemasukan pendatang tanpa izin yang ada diperalatkan pengganas itu dipantau dan dikawal serapi mungkin. Jangan sahaja mengambil tindakan meroboh kedimaan mereka tetapi kemasukannya dibiarkan. Apa yang kita tidak mahu dengar dunia akan menuduh Malaysia akan melakukan kezaliman manusia dengan tindakan emosi Mahathir itu. Cerita pengusiran mereka sesuatu yang menakutkan. Biarlah bangsa bersatu tidak memuji kita tetapi jangan sampai PBB mengungkitkan kebejatan kita.
Apapun Mahathir kena menjawab tindakan itu dulu sebelum dia membuat cadangan itu ke atas penyelesaian kemelut perang di Lahad Datu kini. Selain itu Mahathir juga kena jawab kenapa beliau mengizinkan projek IC di Sabah. Berlakunya projek ini ia tidak boleh dinafikan. Semua orang sudah tahu bahawa pendatang tanpa izin dari Filipina mendapat kad pengenalan Malaysia. Atau pun kad pengenalan yang diberikan itu palsu? Kalau palsu Mahathir sekali lagi harus disabitkan kesalahan menipu.
Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya sendiri macam mana orang Sulu dari Selatan Filipina memiliki kad pengenalan berkenaan. Ia juga mendakwa pernah mengundi di dua pilihan raya.
Mahathir kena jawab untuk apa pemberian kad pengenalan itu. Pemegang kad pengenalan Malaysia oleh rakyat Filipina itu diberi kuasa untuk mengundi, memilih wakil rakyat negeri dan Parlimen. Status mereka sama dengan status warganegara Malaysia yang lain. Kalau yang diusir dan dihalau dari kampung kedimanan mereka atas air, tidakan itu sebagai menghalau rakyat sendiri?
Jawab juga apakah pemberian itu bertujuan politik? Kita tunggu jawaban Mahathir dan hendaknya beliau tidak berkluk klik didalam hal ini. Jawablah seberani diri anda yang digelarkan dengan pelbagai nama indah dan hebat kepada anda. Jangan pula berdolak dalih dan cuba "mengetutkan" kepada orang lain.
Dalam projek kad pengenalan ini beberapa orang pegawai kerajaan, imigresen, polis, pendaftr negara telah dikenakan tindakan. Ada yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Penahanan pegawai kerajaan tidak berdosa itu yang mengikut arahan orang tertentu satu kezaliman yang nyata. Ia dilakukan bagi menunjukkan projek pemberian kad pengenalan itu satu kesalahan dan bukan merupakan satu projek. Yang jelasnya mereka seakan teraniaya kerana disamping melaksana projek yang disuruh, mereka dikenakan tindakan.
Wahai Mahathir, kebusukkan dan kejahatan tidak boleh diselindungkan. Ia akan terbongkar juga. Ia boleh dikawal dan ditusuk kepada umum untuk beberapa ketika saja, mungkin 10 atau 15 tahun, tetapi tidak untuk selamanya. Yakin dan percayalah kepada Yaumil Mahsyar? Kalau kita semua beriman kepada Allah s.w.t. setiap apa yang kita lakukan ini bukan saja berakhir di atas dunia ini tetapi ia juga akan dibangkit dan dikira di akhirat kelak.
Saya menunggu pengakuan dan jawaban ikhlas dan benar daripada Mahathir terhadap beberapa persoalan itu. Dan kalau Mahathir enggak berani harap ada orang lain menjawab bagi pihaknya. — msomelayu.blogspot.com

Plot Membunuh Kiram

Posted: 19 Mar 2013 02:50 AM PDT


Sultan of Sulu Jamalul Kiram III. AP FILE PHOTO
MANILA, Philippines – An alleged foreign hit squad has arrived in the country to assassinate Sulu Sultan Jamalul Kiram III and his adviser Pastor "Boy" Saycon, according to sultanate spokesperson Abraham Idjirani.

In a news briefing Tuesday, Idjirani disclosed that a "foreign military colonel" arrived with four "commandos" and hired three local assassins allegedly to kill Kiram and his followers.

Idjirani asked the National Bureau of Investigation, the Philippine National Police and Armed Forces of the Philippines to check on their information that the hit squad stayed at the Maxim's Hotel in Pasay City.

Idjirani said a lawyer, who was supposedly approached by the foreigners, told Saycon about the plot.


Read more: http://globalnation.inquirer.net/69593/plot-to-assassinate-kiram-followers-bared#ixzz2NyW74l3k
Follow us: @inquirerdotnet on Twitter | inquirerdotnet on Facebook

DSAI saman Papa Gomo rm100 juta

Posted: 19 Mar 2013 01:33 AM PDT


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Mac 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi "mesra" penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.

Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.

"Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka," ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno.

"Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini," ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.

Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.

"Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya," katanya.

Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya.

Lahad Datu - Empat pertempuran berlaku semalam

Posted: 19 Mar 2013 12:58 AM PDT



LAHAD DATU - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, di sini semalam.
Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini.
Beliau berkata dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.
Segala laporan siasatan telah siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.
"Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya.
Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Feb lepas mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.
Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain. - Bernama

Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini - Hamza

Posted: 19 Mar 2013 12:45 AM PDT



SEDIA GEMPUR...Sebahagian daripada kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat yang digunakam bagi membantu mengukuhkan lagi pertahanan anggota keselamatan untuk menggempur saki baki pengganas Sulu. - FotoBERNAMA

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.
"Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.
Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.
"Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PKR dakwa Agbimuddin rakyat Malaysia, bekas kakitangan kerajaan

Posted: 19 Mar 2013 09:42 PM PDT

Rafizi berkata ini membuktikan 'Projek IC' jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar failPETALING JAYA, 20 Mac — Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.
"Perkara ini membuktikan 'Projek IC' jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ...  yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," tegas Rafizi.
Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Patriotisme Lahad Datu yang merimaskan media

Posted: 19 Mar 2013 09:41 PM PDT

 
 Satu dasawarsa lalu, semalam, Amerika Syarikat melancarkan perang di Iraq di tengah-tengah bantahan dunia tetapi didukung kuat oleh elit politik dan rangkaian medianya.

Perang pada 19 Mac 2003 itu bertujuan menggulingkan Saddam Hussein dengan alasan tokoh politik Baath itu menyimpan "senjata pemusnah besar-besaran".

Hampir 4,500 tentera Amerika terkorban dan lebih 100,000 warga Iraq terbunuh; sementara jutaan lagi menjadi pelarian.

Iraq hari ini, berbanding sejarah dan legendanya, tidak lebih daripada sebuah negara yang disumpah seranah Dewata Mulia Raya dengan 1,001 mala petaka.

Minggu lalu, seorang wartawan kanan menulis di laman web CNN, media yang terkedepan mendukung perang ke atas Iraq, dengan nada penuh kecewa dan kesal.

Dalam artikelnya 'Media's failure on Iraq still stings', Howard Kurtz melampiaskan rasa kesalnya atas sikap media Amerika yang tidak mempertikaikan tindakan ketenteraan secukup-cukupnya dan sewajar-wajarnya.Read More / Baca Lagi >>

‘Sultan Sulu’ dakwa Malaysia hantar skuad penembak untuk membunuhnya

Posted: 19 Mar 2013 09:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac—Malaysia dikatakan menghantar komando tentera diketuai oleh seorang kolonel untuk membunuh Jamalul Kiram III, kata jurucakap kepada yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang menuntut tuntutan abad ke-17 mereka ke atas Sabah, menurut laporan media Filipina semalam.
Abraham Idjirani, jurucakap sultan dan setiausaha agung, dilaporkan portal berita Interaksyon, berkata seorang kolonel Malaysia bernama Sunny Ng tiba di Filipina bersama empat orang "skuad penembak" dan menyenaraikan tiga orang dari New People's Army dari provinsi Quezon.
Seorang peguam Filipina yang dahulunya sebagai penasihat Jamalul, Pastor "Boy" Saycon mendedahkan rancangan membunuh sultan, kata Idjirani dilaporkan berkata demikian.
Beliau menambah seorang peguam yang tidak dinamakan menemui seorang ahli perniagaan Malaysia, Kenneth Lee, atas permintaan kolonel tersebut, meminta alamat rumah Jamalul.
"Dalam perkembangan terkini, saya mahu bertanya kepada kerajaan: Adakah kita sudah serahkan kedaulatan (Filipina) dan membenarkan skuad penembak Malaysia untuk melakukan keganasan di Filipina?" kata Idjirani lagi.
Portal berita tersebut melaporkan Jamalul berkata beliau tidak takut dengan "skuad penembak" tersebut.
"Kenapa saya perlu takut dengan mereka? Saya tidak nampak mereka. Jika saya nampak, saya akan lari," kata Jamalul yang dipetik dari portal tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Lawyer to bare details of alleged Kiram slay plot

Posted: 19 Mar 2013 09:35 PM PDT


Kami Bersama PAS Untuk Membantu Islam - Imam Muda Fatah

Posted: 19 Mar 2013 09:32 PM PDT

Xpresi Ulamak Muda Haraki 2013 - Imam Muda Faris

Posted: 19 Mar 2013 09:32 PM PDT

Di sebalik bayang-bayang sebuah negeri di Malaysia

Posted: 19 Mar 2013 09:29 PM PDT

Tanggungjawab Orang Berilmu - Imam Muda Azhar

Posted: 19 Mar 2013 09:29 PM PDT

Ini Janji Allah S.W.T - Imam Muda Fakhrul

Posted: 19 Mar 2013 09:28 PM PDT

Tuan Ibrahim Man - Betulkah Jika Pakatan Ke Putrajaya Kuasa Islam & Melayu Akan Terhakis

Posted: 19 Mar 2013 09:13 PM PDT

TGNA | Kuliah Jumaat 15 Mac 2013

Posted: 19 Mar 2013 08:19 PM PDT

Pandangan Raja Dr. Nazrin terhadap PAS

Posted: 19 Mar 2013 07:52 PM PDT

Kalimah Allah & Bible Melayu | ISMA vs PAS & Dr MAZA

Posted: 19 Mar 2013 07:49 PM PDT

Dr Asri - Rakyat Kena Pastikan Kuasa Rakyat Melebihi Kuasa Kerajaan

Posted: 19 Mar 2013 07:49 PM PDT

WAJIB TONTON : PADA PRU13 KENA KASI MAMPUS UMNO NIE....!!!

Posted: 19 Mar 2013 09:44 AM PDT

Anwar Ibrahim: Kita Nak Calon Yang Berani, Kita Nak Calon Yang Kuat Kerja

Posted: 19 Mar 2013 09:24 AM PDT

PENGKHIANAT NEGARA : WARGA PAKISTAN KINI DI'MELAYU'KAN UMNO?

Posted: 19 Mar 2013 08:54 AM PDT

Oleh : MUTALIB M.D
KEPUTUSAN UMNO Malaysia meluluskan Cawangan Pakistan Sabah Bersatu secara tergopoh-gopoh di Bahagian Silam pada 1991 menyebabkan parti terbesar di Malaysia itu menghadapi dilema kerana kemungkinan besar Presiden UMNO boleh diheret ke Panel RCI yang akan menyambung sidangnya pada 15 hingga 20 April 2013.
Sejak tertubuhnya cawangan Pakistan Sabah Bersatu, Pakistan sudah menjadi komuniti elit dalam UMNO kerana mereka mendapat kad pengenalan projek, menjadi pemilih berdaftar dan mendapat semua kemudahan yang dimiliki Orang Melayu dan Bumiputera Sabah kerana mereka dijenamakan sebagai Melayu atau Bumiputera.
Berikut adalah semakan rambang yang dilakukan terhadap cawangan berkenaan dan mendapati ahli berikut menggunakan Kad Pengenalan Palsu Yang Dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi masih menjadi ahli UMNO sehingga ke hari ini.
01 GUL BIN WALI H0492445 Nombor Ahli : 2651446
02 SAKANDAR BIN HAMBALI H0492846 Nombor Ahli : 1599166
03 RAZAK BIN SHARI H0493836 Nombor Ahli : 2651445
04 SAHI BIN WAZIR H0493843 Nombor Ahli : 2651441
05 AMIR BIN MOHAMMAD H0494269 Nombor Ahli : 2651452
06 HALID BIN RAHMAT H0543382 Nombor Ahli : 2651426
07 TAHIR BIN MIRAHMAD SHAH H0547413 Nombor Ahli : 2651433
08 USMAN BIN ABDUL SHAKOR H0547544 Nombor Ahli : 2286128
09 RASIK BIN SUAIDI H0550087 Nombor Ahli : 1599193
10 ABDULLAH BIN MUHAMMAD H0551027 Nombor Ahli : 1599191
Agak menakjubkan juga kerana saya menemui ramai ahli Cawangan Pakistan Sabah Bersatu bukan sahaja memegang kad pengenalan palsu yang tiadak dalam rekod JPN; malah turut memegang kad pengenalan yang ada dalam rekod JPN tetapi tidak merujuk kepada mereka kerana dimiliki penama lain.
Berikut adalah beberapa contoh yang ditemui;
KES PERTAMA
Rekod Umno Malaysia
Nama: ABD RAHMAN JAAFAR
N0. KP: H0577614
No. Ahli: 228613
Alamat: Taman Pertama 1, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 6/10/1995
Tarikh Lahir: 5/8/1955
Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: WONG WEE CHOON @ PETER
N0. KP: H0577614 (541015-12-5175)
Alamat: Kg. Takis, Kelanahan, Pantai Manis, Papar.
Tarikh Lahir: 15/10/1954
KES KEDUA
Rekod Umno Malaysia
Nama: ABDUL KARIM BIN BAKAZEH
N0. KP: H0328016
No. Ahli: 1547464
Alamat: Peti Surat 152, Lahad Datu.
Tarikh Lulus: 5/25/1991
Tarikh Lahir: 4/9/1955
Rekod Jabatan Pendaftaran Negara
Nama: ABD AZIZ BIN SHER AZIZ KHAN
N0. KP: H0328016 (560503-12-5303)
Alamat: Bandar Lahad Datu.
Tarikh Lahir: 03/05/1956
Read More / Baca Lagi >>

ANWAR IBRAHIM SAMAN BLOGGER PRO UMNO PAPAGOMO RM100JUTA

Posted: 19 Mar 2013 08:49 AM PDT

 

KERANA MEMFITNAH BELIAU SEBAGAI INDIVIDU TERBABIT DALAM SEKS SONGSANG SEJENIS DIBLOGNYA!!!!



KESABARAN ADA HADNYA...JANGAN INGAT SETAKAT MENJADI BLOGGER PUJIAN PARA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO BOLEH LAKUKAN APA SAJA...DULU DENGAN SOMBONG, MEGAH DAN TAKBUR CABAR DSAI SAMAN JIKA BERANI... NAH GILIRAN ANDA SUDAH TIBA!!!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap pro-Umno blogger kaki belasah bini "Papa Gomo" a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris k/p 830121-03-5019 kerana didakwa cuba untuk mengaitkan dirinya lagi dalam skandal seks dengan menyiarkan gambar-gambar palsu didalam blognyaSabtu lepas.

Read More / Baca Lagi >>

PETANDA JELAS UMNO/BN BAKAL TERBALIK PADA PRU 13 NANTI!!!!

Posted: 19 Mar 2013 08:48 AM PDT


Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuang dan Pusat Daerah Mengundi Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Operasi cerdaskan minda pengundi PRU13

Posted: 19 Mar 2013 08:47 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Kemenangan Pakatan Rakyat mahupun BN dalam PRU13 dilihat banyak ditentukan oleh pengundi Melayu. Walaupun trend mengundi masyarakat Tionghua tidak sukar diramal dan Umno-BN bakal berputih mata dengan sikap mereka, namun kompleksiti orang Melayu untuk membuat pilihan rancak dibincangkan.


Sejak awal, selepas tsunami politik lima tahun lalu, pemimpin Umno seperti sudah berkerat rotan, dalam usaha meraih kembali sokongan pengundi Cina yang telah menyelamatkan BN dalam Pilihan Raya Umum 1999, menyaksikan protes terbuka orang Melayu kepada Dr Mahathir Mohamad dan BN.
Justeru, masyarakat Melayu pasca PRU 2008 menjadi sasaran utama momokan propaganda jahat dan sentimen kebencian Umno. Media yang dimiliki suku-sakat kerabat Umno-BN dan dikawal ketat penguasa tidak segan silu menabur fitnah, mendorong politik jahat, mengulangsiar tohmahan dan menyemarakkan lagi api perkauman.
Bukan saja DAP, salah satu komponen Pakatan,  dilabel sebagai "penindas Islam" (seperti ucapan Perdana Menteri di Kuala Terengganu baru-baru ini), malah PAS ditohmah sebagai parti yang rela menggadaikan prinsip perjuangan  demi meraih sokongan ke Putrajaya. Tiba-tiba saja Umno mendakwa sebagai wira Islam sekali gus cuba merendahkan kredibiliti seteru utamanya, PAS.
  
Read More / Baca Lagi >>

In deep trouble but GE13 is still for BN to lose

Posted: 19 Mar 2013 08:46 AM PDT

Later today, the prime minister is scheduled to give his 'state of the union' address. Although not touted as such, the so-called 'presidential style' of the Najib Abdul Razak administration is said to be a winning factor for the BN ahead of the 13th general election.
There is no need to go over old ground as to whether a presidential style is a winning formula. We will soon find out when Malaysians go to the polls.
In deep trouble but GE13 is still for BN to lose But what is more troubling will be the rising temperature as competition for every vote becomes more intense, and for some quarters, more desperate.
Key personalities have already sounded the alarm. Former premier Dr Mahathir Mohamad has said that Kedah will make up for parliamentary seats lost in Sabah and Sarawak.
Umno deputy president Muhyiddin Yassin (left) has said the BN's weakness is not only due to Umno but to the component parties as well.
The Malacca chief minister reminded Malaysians not to blame BN for the Sulu incursion into Lahad Datu, Sabah.
Never before has the federal ruling coalition been so embattled. Past general elections were easy to contest but this time round, after more than half a century governing, the world's longest-ruling political coalition is in uncharted waters.
There are five reasons why this situation has come about.
Its longevity is a reason for its weakness. A new generation has grown up taking the present state of development as a given. No one below the age of 75 has any real experience of the deprivations of the Japanese Occupation. Nobody below the age of 70 can remember the fight for Independence. All of those under the age of 50 have had a reasonably good life.
In short, present-day BN leaders, including the PM, are not old enough to claim credit for the things the Alliance Party achieved. This general shift means that the element of 'gratitude' no longer wins votes. For those under 40, it means nothing at all.
The second reason for the present state of affairs has to do with BN leaders who have lost touch with current aspirations of Malaysians. The PM is exhorting reforms like his predecessor but every step of the way, the conservatives who dislodged Abdullah Ahmad Badawi have stymied the PM's 1Malaysia programme.
This explains Najib's 'presidential style' because he is unable to get his own party to take ownership of the 1Malaysia policy.
Najib is seeking his own mandate based on the 1Malaysia platform, which he says is transforming Malaysia into a developed state but even he is unable to define what 1Malaysia really means.
All Najib is able to say is that 1Malaysia is deliberately vague in order to be inclusive. Any government policy that is vague and implemented tentatively is doomed to fail.
Lost opportunity
Read More / Baca Lagi >>

Tanggungjawab terbesar PR untuk sedia, siapkan masa depan anak muda

Posted: 19 Mar 2013 08:41 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 MAC: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tanggungjawab terbesar yang harus dilakukan per'UBAH'an oleh Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan PAS apabila memerintah nanti adalah untuk menyedia dan mempersiapkan masa depan untuk anak muda.
Beliau berkata, untuk pertama kalinya dalam sejarah 56 tahun negara, terdapat peluang untuk perubahan, wujud pilihan yang jelas dan ketara di antara rejim yang tidak demokratik, korup, mengamalkan politik perkauman dan bankrap, berbanding alternatifnya yang lebih bersih, mengamalkan integriti, nilai kebebasan dan hak asasi manusia serta terbukti Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Bagaimanapun, katanya, yang pasti perubahan tidak akan datang dengan mudah kerana beberapa hari lalu kita melihat karenah ganas oleh samseng BN, apabila Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pun boleh diserang oleh gerombolan yang tidak terkawal dan bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu menyebabkan beberapa orang cedera.
"Ini adalah hanya permulaan dan tindakan terdesak BN itu akan berterusan dan bertambah buruk," katanya dalam kenyataan media sempena sambutan ulangtahun ke-47 DAP yang buat pertama kalinya di Johor sejak 1966, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

DAP cekap tadbir Pulau Pinang, UMNO-BN takut kalah: Mat Sabu

Posted: 19 Mar 2013 08:40 AM PDT


SKUDAI, 19 MAC: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu memuji kecekalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tabah mengharungi tekanan dan cercaan penyokong taksub UMNO-Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun 'adiknya' Lim Guan Eng sering menjadi sasaran fitnah, diserang dan pernah diberi 'hadiah' yang menjijikan daripada mereka, Pulau Pinang terus melakar kejayaan ditadbir dengan baik dan menjadi negeri paling telus dan maju.
"Pulau Pinang catat negeri paling kurang rasuah dalam Malaysia. Hutang RM600 juta tinggal RM30 juta, adakah BN mampu lakukan ini?" soalnya ketika berucap di majlis ulangtahun DAP ke 47, di sini, malam tadi.
Katanya, ini tidak termasuk pelbagai jenis program kebajikan kepada rakyat yang sebahagiannya ditiru BN termasuk peruntukan kepada pembangunan Islam negeri itu yang meningkat berkali ganda berbanding zaman pentadbiran BN.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tegas mahu dakwa pemimpin rasuah, salah guna kuasa

Posted: 19 Mar 2013 08:39 AM PDT


SKUDAI, 19 MAC: DAP mengulangi tekad memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat mentadbir Putrajaya pada Pilihyan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan bahawa tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
"Apa natijah kepada pemimpin BN yang menipu, mencuri wang rakyat. Mana boleh lari," katanya berucap sempena sambutan ulangtahun DAP ke-47, di sini, malam tadi.
Pada masa sama Karpal turut menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh lari jika berlaku peralihan kuasa seolah-olah mengakui kesalahan yang dilakukan.
"Kawan-kawan kita mahu kalau ada bukti terhadap Dr Mahathir, kita akan dakwa dia.
"Dalam masa 22 tahun Mahathir memerintah, beliau melakukan menyalahgunaan kuasa. Kini rasuah, salah guna kuasa berlaku di mana-mana termasuk di jabatan kerajaan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Nazrin: Jangan heret istana ke dalam politik

Posted: 19 Mar 2013 08:37 AM PDT


KUALA KANGSAR -  Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.
Raja Dr Nazrin Shah Titah Raja Nazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

"Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

"Beta menegaskan bahawa raja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik," titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.