Sabtu, 16 Mac 2013

bumiperak

bumiperak


Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib

Posted: 16 Mar 2013 11:14 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

"Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

"Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

"Mereka belum puas 'cincang' Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI LADAH DATU [AHAD 17/3 1300 HRS] - Seorang pengganas ditembak mati

Posted: 16 Mar 2013 10:08 PM PDT



LAHAD DATU: Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.
Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.
Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping sehingga mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah.
Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.
Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu.

Azzimudie akan diekstradisi - Polis

Posted: 16 Mar 2013 07:10 PM PDT



LAHAD DATU: Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.
"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.
"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini Sabtu.
Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA



Malaysia dan 'kesultanan' Sulu masing-masing membuat kenyataan bercanggah sama ada Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mengetuai lebih 200 pengikutnya di Sabah bulan lalu untu menuntut wilayah itu.

NONEAgensi berita nasional Bernama dan The Star melaporkan Azzimudie (kiri) sudah melarikan diri dari Sabah, sekali gus meninggalkan pengikutnya dan kembali ke Filipina.

Bagaimanapun, hari ini, Abraham Idjirani, jurucakap dan setiausaha agung kepada kesultanan itu, menolak dakwaan itu sebagai masa "propaganda" menjelang pilihan raya negara ini, lapor InterAksyon.

Idjirani memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan Azzimudie semalam.

Dan beliau dilaporkan diberitahu bahawa 'raja muda' itu masih di Sabah dan terus mengelak daripada operasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Posted: 16 Mar 2013 09:07 AM PDT



Harakahdaily,16 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.


Corry Lee [Adam Corrie] di ceramah Ustaz Don

Posted: 16 Mar 2013 08:04 AM PDT


ADAM CORRIE Hadiri Kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid | BILA HIDAYAH ALLAH S.W.T DATANG MENYAPA | Dalam tengah Abe belek-belek gambar dekat tenet, terpandang pulak Abe pada satu gambar ni. Alhamdulillah, Abe suka sgt tengok gambar ni... Alhamdulillah




Perkongsian dari Adam Corrie (Corry Lee) bagaimana mula mendapat hidayah .Sesungguhnya Islam itu untuk semua, Siapa berusaha mencari kebenaran,maka Allah akan tunjukkan ia jalan. Itulah Pengasih dan Penyayangnya Allah SWT

Semoga Adam dan kita semua terus berusaha menambah dan mencari Ilmu agama,sentiasa berada bersama Alim Ulamak,Tok2 Guru, Ustaz2, dan Para Ilmuan, dan moga kita dikekalkan taufik dan hidayah dari Allah SWT

Ribuan hadir di ceramah Hassan Ali ....

Posted: 16 Mar 2013 05:57 AM PDT


hehehehe ...  hehehe ...

Konsultan Indonesia hantar bantuan pada warganya di Felda Sahabat

Posted: 16 Mar 2013 05:47 AM PDT

LAHAD DATU 16 Mac - Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu hari ini menghantar bantuan keperluan asas kepada 193 pekerjanya yang dipindahkan di Dewan Embara Budi di FELDA Sahabat berikutan insiden pencerobohan pengganas.

Konsul Jeneralnya, Soepeno Sahid berkata, secara keseluruhannya terdapat 10,045 rakyat Indonesia di FELDA Sahabat dengan 8,000 daripada mereka adalah pekerja ladang dan selebihnya isteri dan anak-anak mereka dan kebanyakan mereka adalah dari Sulawesi.

"Pekerja Indonesia yang dipindah di Dewan Embara Budi menerima layanan baik termasuk daripada segi penyediaan keperluan asas.

"Pihak pengurusan FELDA juga meneruskan pembayaran gaji mereka biarpun mereka tidak bekerja sejak 13 Februari," katanya kepada pemberita di Residence Felda Sahabat.

Beliau menegaskan, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan keselamatan semua pekerja Indonesia di Sabah terutama di kawasan FELDA Sahabat.

Penghantaran bantuan itu disampaikan sendiri kepada pengurusan FELDA Sahabat untuk diagih kepada pekerja terbabit.

Soepeno bersama rombongannya turut melawat pekerja rakyat Indonesia yang dipindah di dewan itu sejak 13 Februari lalu.

LAHAD DATU : SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI

Posted: 15 Mar 2013 11:55 PM PDT



Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini. 

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini.



Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.

Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERMULA DARI LUCAH, MATINYA PUN AKAN BERAKHIR DENGAN LUCAH

Posted: 16 Mar 2013 02:54 PM PDT

DARI lucah kembali kepada lucah juga akhirnya.  Memang itulah saja modal yang ada buat parti lucah bernama Umporno untuk berhadapan dengan DS Anwar Ibrahim.  Dari awal mereka menendang Ketua Pembangkang itu dari parti lucah tersebut, rakyat sudah faham dan mengerti bahawa insan yang bernama Anwar Ibrahim memang tidak layak berada di dalam parti sekutu APCO tersebut.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah menasihatkan Anwar agar tidak masuk di dalam 'tong najis' walaupun nawaitunya untuk mencuci segala najis yang ada kerana pasti kelak jasad Anwar akan dilumuri Najis jua.  Terbukti benar apa yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor.  Anwar akhirnya diterajang oleh mamak kutty dari parti baru yang beliau tubuhkan itu setelah parti asal yang wujud tahun 1946 itu di'haram'kannya kerana mahu menjadi Presiden seberapa lama yang boleh.

Alhamdulillah, itu 'Kifarah' buat Anwar kerana tersilap masuk gerombolan dan beliau telah 'membayar' kesilapannya dengan 6 tahun merengkok di dalam penjara angkara fitnah jijik dan kotor oleh mamak kutty.  Mamak kutty kini masih bernyawa walaupun sudah nyanyuk kerana Almarhum Us Fadzil Noor pernah berdoa agar umur Mamak Kutty dipanjangkan agar beliau boleh bertaubat dari segala dosa fitnah dan kezalimannya jika pun tidak beliau boleh melihat sendiri bagaimana hasil kerja tangan kotornya itu mengakibatkan parti peninggalan penjajah tersebut dikuburkan di hadapan matanya.

Bermula dengan fitnah Seks ianya pasti akan berakhir dengan benda yang sama sebelum kita melengkapkan jangka hayat parti Umporno ini.  Kini, seks dimainkan lagi setelah berbagai-bagai cara dicuba untuk meyakinkan rakyat agar menolak DS Anwar Ibrahim.  Bermula dengan fitnah Liwat, ejen Amerika, ejen Israel, Liwat II, Video Seks Eskay, Ejen penceroboh Lahad Datu dan berbagai ejen lagi yang belum disebut hanyalah ejen Insuran, kini kembali pada asal iaitu Seks.  Fitnah terbaru adalah video/gambar Seks aktiviti Gay pula. Apakah ianya terhenti setakat ini?  Tidak.  Selagi Umporno wujud, fitnah tidak akan mati.  

Alhamdulillah, semakin difitnah kita dapat lihat semakin kuat sokongan rakyat terhadap DS Anwar Ibrahim.  Rakyat menyokong beliau bukan kerana taksub tetapi rakyat boleh menilai sendiri dengan akal yang sihat, bagaimana DS Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pemimpin Umporno siang malam melalui media berlidah syaitan seperti TV3 Suku dan Utusan Meloya itu boleh berani mencabar Najib Altantuya berdebat?  Pada akal kita, masakan orang yang berbuat salah berani mencabar orang yang dikatakan punyai cukup bukti dan fakta berkaitan salah laku dirinya?  Mustahil orang yang 'bersih' takut untuk berdepan dengan orang yang dikatakannya 'kotor' itu?  Berani kerana benar, takut kerana salah!! 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Projek IC : "Mahathir Mengaku Beri IC Pendatang Yang Layak "

Posted: 16 Mar 2013 09:05 PM PDT

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri..

"Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC.

"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.
Read More / Baca Lagi >>

The Mysterious Case of the Sulu Sultan

Posted: 16 Mar 2013 09:01 PM PDT


by NILE BOWIE
Kuala Lumpur, Malaysia.

Malaysia has been in the midst of an ongoing security crisis since early February, when a group of 235 rag-tag militiamen from the neighboring southern Philippines slipped into the eastern state of Sabah and began occupying several villages. While engaging police in several firefights, the insurgents beheaded and mutilated several captured Malaysian security personnel, prompting Malaysian forces to deploy fighter jets in an unprecedented air assault over the area in an operation to flush out the intruders. The gunmen call themselves the "Royal Army of the Sulu Sultanate", representing the heirs of a long-defunct kingdom which once controlled the territory up until the late nineteenth century. The so-called Sultan of Sulu, Jamalul Kiram III, who is believed to be directing the militant incursion from Manila, insists that Sabah is rightfully part of his kingdom and has vowed not budge on his claims even if his personnel are killed in the standoff.
Malaysians, who are preparing to vote in a pivotal general election just around the corner, have been fixated on events in Sabah as they unfold. The Philippines are soon expecting congressional elections as well, and given the timing, local analysts are wondering how exactly did this elderly self-proclaimed Sultan obtained the resources needed to establish his own private army. Both the Malaysian and Philippine governments have launched official investigations into allegations that figures within Malaysia's political opposition had a hand in aiding the Sulu gunmen. Reuters cited an anonymous Filipino military officer who claimed that Sulu rebels were "invited to Sabah by a Malaysian opposition politician".
The blame has been laid on Malaysia's de-facto opposition leader, Anwar Ibrahim, who Malaysian reports say has links to Filipino insurgent networks that have long eyed the resource-rich state of Sabah in northern eastern Borneo. Local journalist Adrian Lai recently unearthed classified diplomatic cables from the US embassy in Manila brought to light by WikiLeaks, which document ties between Nur Misauri, former chairmen of the Moro National Liberation Front (MNLF), and Malaysia's main opposition leader Anwar Ibrahim. The MNLF is a political movement that pitted itself against predominately Christian Manila by seeking political autonomy for Muslim majority provinces in the islands in the southern Philippines. In 2001, Manila accused Misauri of terrorism when he led an MNLF unit that attacked an outpost of the Philippine army, prompting him to seek refuge in Sabah on the assumption that authorities in Muslim-majority Malaysia would empathize with him and block his extradition. Misauri was detained by Malaysian security forces in Sabah and sent back to the Philippines where he was jailed until 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Insurgency: A Setback for Malaysia’s Role as Regional Conflict Mediator

Posted: 16 Mar 2013 08:57 PM PDT

by Dr. Johan Saravanamuttu* (March 15, 2013)
Johan-Saravanamuttu_avatar-96x96The month-long crisis in Sabah, which has seen an incursion of rebel fighters from the Philippine island of Sulu into Malaysia's northern-most state on the island of Borneo, is a stark reminder that Southeast Asia remains engulfed in unresolved territorial disputes and conflicts.
Malaysia has been deeply involved in several of these conflicts as both a stakeholder and a mediator. The Sabah crisis now presents Malaysia with a thorny domestic security challenge that also has implications for its regional role.
As a member of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Malaysia has so far subscribed actively to the ASEAN principle of "pacific settlement of conflicts" espoused in the organization's 1976 Treaty of Amity and Cooperation, of which Malaysia was a founding signatory. Malaysia played a major role, as both host and mediator, in the negotiations that recently brought the conflict in the southern Philippines to a peaceful resolution.
NajibOn October 15, 2012, after 15 years of negotiations and 27 rounds of talks in Kuala Lumpur, the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front signed a comprehensive peace accord establishing a political settlement to the Islamic insurgency in the Muslim-majority region of Mindanao.
Malaysia also recently agreed to help try to broker an end to the conflict involving Muslim insurgents in four provinces in the deep south of Thailand. In a state visit to Malaysia on Feb. 28, 2013, Thai Prime Minister Yingluck Shinawatra agreed to begin talks in Kuala Lumpur with the "Barisan Revolusi Nasional" ("National Revolutionary Front"), the main Muslim group involved in southern Thailand's conflict.
In the past decade, Malaysia has also peacefully resolved external territorial disputes with both Indonesia and Singapore. Indonesia took a dispute over the islands of Sipadan and Ligitan off the Sabah coast to the International Court of Justice (ICJ), which in 2002 deemed the islands to be Malaysian. Singapore and Malaysia settled the dispute over Pedra Branca, called Pulau Batu Puteh in Malaysia, in 2008, again through the ICJ, with Singapore retaining the island.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysians tweet about Jacel Kiram

Posted: 16 Mar 2013 08:55 PM PDT

By
Sultan of Sulu Jamalul Kiram III and his daughter, Princess Jacel Kiram, blame the fresh violence in Sabah on the government's refusal to talk to them about their claim to the Malaysian territory. FILE PHOTO

DIGOS CITY—The tension surrounding the Sabah invasion has hit social media, with Malaysian supporters and haters putting their thoughts on Princess Jacel Kiram on the microblogging service Twitter.
Jacel was the former spokesperson for her clan that is claiming Sabah.
Jacel's Twitter account, which now has more than 5,000 followers since it went live on March 13, as well as other blog sites, found a number of Malaysian men saying she could be an actress if she wanted to.
Twitter user Malaysian Narimah Nahalan (@narimanahalan) said Jacel could even qualify to model for Jakel, a very popular chain of fabric stores in Malaysia.
One Malaysian guy, obviously smitten by Jacel, went even  further, offering himself to be her lover.
"As a princess who wants to claim Sabah, here's a guy you need to know and love," Public Rin (@ditapis) wrote on Jacel's Twitter account, @jacelkiram.
Read More / Baca Lagi >>

Daulat Sultan Overbeck, Tulah Sultan Sulu (Bahagian I)

Posted: 16 Mar 2013 08:50 PM PDT

"SEPERTI Belanda minta tanah" memperihalkan ketamak-halobaan Syarikat Hindia Timur Belanda (Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC) menjarah tanah Melaka selama lebih 183 tahun. Peribahasa baru "seperti Sulu jual tanah" boleh menggambarkan sikap lintah darat Kesultanan Sulu dalam serah jual tanah Borneo Utara seluas 29,388 batu persegi yang kini menjadi bahagian timur negeri Sabah.

Tuntutan buruk siku Sultan Sulu telah bermula sejak 1921 sehingga kini setelah 135 tahun usia Triti 1878 antara Sultan Sulu dan Baron de Oveberbeck serta bergilir pemiliknya daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kepada United Kingdom Great Britain sehingga Sabah merdeka bersama Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
'Kesultanan Sulu' sekarang sebenarnya adalah 'Sultan tanpa negara' apabila menyerahkan kedaulatan kepada Amerika Syarikat melalui Perjanjan Carpenter 1915 dan kini merdeka sebagai provinsi Filipina. Lebih awal lagi pada Protokol Madrid 1885, kepulauan Sulu diiktiraf sebagai kedaulatan Sepanyol sementara Britishmemperoleh hak terhadap Borneo Utara.
Berbanding Sabah adalah lebih strategik untuk menuntut kemerdekaan ibu negara 'KeSultanan Sulu' di Jolo bersama wilayah asal yang lain iaitu Sulu, Basilan, Palawan, Tawi-Tawi dan Zamboanga yang kini menjadi Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di sebelah barat daya Filipina.

Jurai keturunan Sultan Sulu selepas Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat tanpa waris pada 1936 sudah tidak disahkan taraf diraja oleh Republik Filipina melalui Presiden Manuel Quezon. Presiden Diosdado Macapagal mengiktiraf Sultan Esmail Kiram (1950-1972) sementara Presiden Ferdinand Marcos menyambung pengiktirafan kepada anakanda baginda Sultan Mahakuttah Kiram (1974-1986) semata-mata untuk kepentingan politik Manila terhadap wilayah Sulu dan Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Foto intim mirip Anwar sudah dijangka, taktik basi serang Pakatan

Posted: 16 Mar 2013 08:43 PM PDT


Haniza Mohamed Talha SHAH ALAM – Penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk 'menyerang' Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga sudah boleh 'menghidu' dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain.
Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Pas tanding 76 kerusi parlimen, tambah 10

Posted: 16 Mar 2013 08:41 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim: Kerusi Parlimen Pas lebih banding DAP

Posted: 16 Mar 2013 08:39 PM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man KOTA BHARU- Ketua Penerangan  Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan parti itu akan bertanding lebih kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding peruntukan lima tahun yang lalu.

Ia sekali gus dikatakan lebih besar berbanding kerusi yang ditandingi DAP.

"Walaupun agihan satu dua kerusi belum selesai, saya yakin Pas akan bertanding jauh lebih besar berbanding 2008," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Wacana Perdana Pasca PRU13: Melayu Islam di mana?, semalam. Majlis yang dikendalikan, penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusof itu turut menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Read More / Baca Lagi >>

Najib pun tak kan berani tanya soalan ini

Posted: 16 Mar 2013 08:37 PM PDT

Mazidul Akmal Sidik tersilap langkah apabila membuat satu status dengan pertanyaan "Siapa Sokong Anwar Ibrahim? di laman facebook beliau.

Mungkin Mazidul mengharapkan facebokers yang lain akan komen "saya memang tak sokong Anwar" atau pun "saya sokong Najib"...

Tapi pertanyaan Mazidul itu mendapat respons di kalangan facebookers dengan majoriti menyatakan sokongan kepada Anwar dan ada yang jawab A.B.U....

Najib pun sure takkan berani punya untuk menanyakan soalan yang sebegini..



Read More / Baca Lagi >>

Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita Kelantan

Posted: 16 Mar 2013 08:36 PM PDT

KOTA BHARU: Artis Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan Najwa Latif, telah memeriahkan majlis Karnival Wanita Kelantan Peringkat Negeri Kelantan.

Program yang diadakan di Kelantan Trade Center itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

Noryn Aziz menyampaikan dua buah lagu 'Mutiara' termasuk sebuah lagu baru ketuhanannya yang bertajuk 'Tinta Putih'.

Najwa pula menyampaikan tiga buah lagu hitsnya termasuk lagu 'Kosong'.

Sementara itu, Yatt pula tampil dipentas bicara santai bersama Noryn dan Najwa.

Kupasan yang diberikan banyak berkisar penghijrahan masing-masing kecuali Najwa yang menceritakan bagaimana beliau mula dikenali di Youtube.
Read More / Baca Lagi >>

Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida

Posted: 16 Mar 2013 08:35 PM PDT


Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu.

Turut sama dalam rombongan lawatan ke Pengerang itu ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bersama kepimpinan PAS negeri yang lain.

Read More / Baca Lagi >>

Biar bebeza agama, Arun tetap sayang keluarganya

Posted: 16 Mar 2013 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perbezaan agama dan kepercayaan tidak menghalang hubungan silaturahim dan kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Itulah yang ditunjukkan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor Arun @ Harun Abdullah yang merupakan 'saudara baru' yang turut bertungkus lumus menjayakan perkahwinan anaknya yang beragama Hindu.

Arun memeluk Islam pada 2008 atas kesedaran dan pilihan dirinya. Beliau tidak pernah memutuskan hubungan keluarga walaupun isteri dan anak-anaknya masih beragama Hindu.

Beliau juga merupakan antara orang terawal menyertai Kelab Penyokong PAS ketika kelab itu ditubuhkan yang kini dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Puchong.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang spells out Pakatan’s Parliamentary reforms to take Putrajaya

Posted: 16 Mar 2013 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, March 17 —  Pakatan Rakyat (PR) will decentralise power to return the spirit of Malaysia's constitution, the DAP's Lim Kit Siang proposed today, in his bid for the opposition bloc to take Putrajaya in Election 2013.
The opposition party's parliamentary leader spelled out a seven-step formula he said would roll back five decades of the current concentration of power in the hands of the executive, one of the three branches of government Lim said has turned Parliament into a subordinate institution and weakened the basic concept of democracy.
"The centralisation power in the hands of the Executive has enabled the emergence of an authoritarian system of government," he said in a statement today.
To restore Parliament's supremacy, Lim said the PR pact will appoint an independent Dewan Rakyat speaker who is not beholden to the executive government, and will revise the current standing orders for the lawmaking house to level the existing lopsided playing field for the two parties to play their respective roles.
Read More / Baca Lagi >>

Badan hak asasi manusia Manila akan jumpa Suhakam

Posted: 16 Mar 2013 08:33 PM PDT

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHR) merancang untuk bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menekankan isu keganasan keatas warga Filipina di Sabah, lapor akhbar STAR Filipina hari ini.
Laman akhbar Filipina tersebut memetik pengerusi CHR,  Loretta Ann Rosales hari ini berkata penting untuk menumpukan terhadap pelanggaran hak asasi manusia keatas warga Filipina, susulan pencarian penceroboh Sulu.
"Keutamaan adalah keatas rakan Filipina kami. Kami patut lakukan sesuatu untuk bantu dan selamatkan mereka," kata Rosales dipetik dari laman berita STAR itu.
"Malahan ia akan membawa lebih berpersefahaman antara kedua-dua kerajaan. Pejabat CHR kami dan mereka akan dapat berkongsi pengalaman dalam menangani perbezaaan isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang dilakukan oleh kedua-dua negara," tambah beliau tetapi tidak menyebut tarikh pertemuan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Penggiat seni lancar 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat'

Posted: 16 Mar 2013 08:32 PM PDT


(Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat dilancarkan malam tadi)

KUALA LUMPUR: Para penggiat seni bersama tokoh ulama, Ustaz Azhar Idrus melancarkan 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat' malam tadi.

Mereka melancarkan pasukan sukarela itu bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Dr Syed Azman Nawawi dan Dr Muhaimin Sulam, AJK PAS Pusat.

Selain Ustaz Azhar, turut serta di majlis itu adalah penyanyi Yassin dan Ito serta aktivis seni dan budaya tanah air.


(Layar dipasang di tengah padang Kelab Sultan Sulaiman dengan berlatar belakangkan KLCC)

Antaranya Hishamudin Rais, Hairie Othman, Ringgo dan lain-lain.

Pelancaran ini dibuat sempena Malam Seni Untuk Perubahan yang menyaksikan masyarakat Kuala Lumpur khasnya orang Melayu berkumpul di pusat bandaraya itu iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Orang ramai boleh menyertai sukarelawan ini dengan mendaftarkan nama masing-masing di laman web Harakahdaily ini dengan klik pada ikon Sukarelawan 2013.
Read More / Baca Lagi >>

ANWAR : JMR-REMBAU N9

Posted: 16 Mar 2013 08:29 PM PDT

Kuliah : Ustaz Muhammad Nazmi Karim

Posted: 16 Mar 2013 08:28 PM PDT

Speaker Kelantan Jawab " 7 Dosa Besar Najib "

Posted: 16 Mar 2013 06:43 PM PDT

7 Dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib

Posted: 16 Mar 2013 06:43 PM PDT


Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

"Dosa pahala ini sebutan Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

"Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Untung RM4.3 bilion bukti monopoli penyiaran kayakan kroni Umno

Posted: 16 Mar 2013 06:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 MAC: Amalan monopoli yang diamal kerajaan Umno BN menguntungkan syarikat kroni hingga memperoleh pendapatan berbilion ringgit setahun, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Merujuk laporan media arus perdana semalam yang memapar keuntungan sebuah syarikat penyiaran berbayar tempatan hingga mencecah RM4.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013, beliau berkata:
"Ia sangat memualkan kerana mereka kutip untung dengan menindas pengguna yang terpaksa bayar bil langganan setiap bulan. Ia berpunca dari amalan monopoli yang direstui Umno BN.
"Syarikat berkenaan berkuasa menaik kadar langganan sesuka hati tanpa sekatan kerajaan. Apatah lagi, kita tahu pemiliknya ialah Ananda Krishnan iaitu sahabat baik pemimpin Umno BN.
"Jadi, syarikat itu menikmati peluang monopoli yang luas," katanya kepada Keadilan Daily sambil secara sinis mencadangkan syarikat berkenaan menjadi hak milik kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang PRU13, iklan mesra BN, video memenuhi ruang siber

Posted: 16 Mar 2013 06:40 PM PDT


Diantara yang mempunyai bajet iklan besar adalah Unit Pengurusan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu), BN Pulau Pinang dan inisiatif komponen BN lain. – Gambar failKUALA LUMPUR, 17 Mac — Agensi kerajaan, jabatan-jabatan dan parti Barisan Nasional (BN) sedang membeli sejumlah besar ruang pengiklanan atas talian dikala klip video pro kerajaan dikeluarkan untuk menyaingi bahan-bahan dan iklan pro pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 bulan depan, kata satu sumber dalam industri.
Sumber dari industri pengiklanan mengatakan mereka menerima lebih banyak permintaan di laman sesawang dan portal yang popular di Malaysia dengan semua agensi meminta untuk eksklusif sehingga akhir April, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangkakan untuk mengadakan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU12 sudah 5 tahun 10 hari, bila lagi PRU13

Posted: 16 Mar 2013 06:39 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hari ini sudah berlalu lima tahun 10 hari semenjak Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) diadakan, lama mana lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hendak menunda PRU13.

Demikian luahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) yang dipetik menerusi twitter.

Justeru, beliau yang juga AJK PAS Pusat bertanya adalah Najib tidak merasa malu kerana semua sedang menunggu PRU13.

"Maka pada Subuh ini kita doakan kepada Allah, semoga peralihan kuasa yg bakal berlaku dengan izin-Nya akan berlaku dengan aman dan lancar, insya Allah," ujarnya.

Baginya, berpuluh program yang dijalankan serentak di seluruh negara malam tadi termasuk di Shah Alam, Kampung Baru KL, Pengerang Johor dan lain-lain menandakan Pakaran Rakyat semakin kuat.

Menurutnya, lagi lama ditunggu, maka PR semakin kuat menjadikan Umno BN semakin terdesak.

"Budaya samseng, fitnah lucah, politik rasuah hanya mengurangkan sokongan Umno," tulisnya lagi.

Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu

Posted: 16 Mar 2013 06:38 PM PDT


SHAH ALAM, 16 MAC: Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia.
Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah.
najib dalang lahad datu blog 01Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci.
"Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.
"Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara," katanya kepada TVSelangor.
Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai 'kambing hitam' untuk 'menyelesaikan masalah'.
Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa 'bukti' yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial.
Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation "Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia", Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib.
"When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak," rujuk portal berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Dalang FITNAH LIWAT 3 di dedah lagi.. Macainya ialah...

Posted: 16 Mar 2013 06:25 PM PDT

Posted by era pasca

Untuk siri 1 siapa dalang pertama yang mendakwa dirinya memiliki video asal fitnah liwat ini boleh tahu di sini link [DALANG PERTAMA]

Dalang fitnah liwat siri 2 baca di bawah,

Pelakon kali ini lebih macho , lebih muda , dan tidak boroi , bukan yang macam fitnah dulu, badan lelaki dalam gambar adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu di bandingkan lelaki berusia 65 tahun. Adakah kerana menggunakan produk kecantikan UMporNO?! Hahahahahaaaa..


Blog Dummy yang di cipta MU (Macai UMNO), di cipta untuk membuat sebaran kepada para macai-macai yang lain, tujuan di buat blog dummy kerana masing-masing macai UMNO tidak berani untuk di ambil tindakan undang-undang.. kehkehkeh

1) Liwat pertama gagal.

2) Liwat kedua gagal abah sayfool pun kata gagal.

3) Kes Chinadoll gagal..

4) Liwat ke-3 <-- b="" berkuasa..="" harapan="" kekal="" tok="" umno="">Read More / Baca Lagi >>

Ketua Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi - Jen (B) Hashim

Posted: 16 Mar 2013 06:21 PM PDT

SONY DSCBAGAN SERAI 17 MAC: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi.
"Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.
"Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu," katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.
Read More / Baca Lagi >>