Rabu, 20 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


KRISIS LAHAD DATU : Terkini 2pm - 21/2

Posted: 20 Feb 2013 10:08 PM PST


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datuk kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.
Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan.
"Setiap orang dan saya maksudkan kita semua harus lebih bertanggungjawab," katanya selepas sesi taklimat mengenai situasi di Kampung Tanduo oleh Pesuruhjaya Polis Sabah pada Khamis.
Seramai 150 lelaki bersenjata diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III, menceroboh masuk ke perkampungan yang terletak kira-kira 160km dari Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.
Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V K Liew berkata tuntutan kumpulan itu tiada asas.
"Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik.
"Dalam hal ini, soal tuntutan tidak timbul sama sekali kerana dinasti tersebut sudah jelas dibubarkan," kata Liew yang juga seorang peguam dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah.

Isu Fizz Fairuz bertunang dgn Bini Orang - Penjelasan 'Bini Orang'

Posted: 20 Feb 2013 09:14 PM PST



Bekas Tunang Dakwa Fizz Fairuz Berbohong!

KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Industri hiburan tempatan terus kecoh dengan berita putus tunang pelakon Fizz Fairuz dengan wanita yang didakwa isteri orang. Menerusi laporan akhbar Berita Harian ini , bekas tunang Fizz Fairuz yang bernama Azlyn Massiela telah tampil ke depan untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh Fizz.

Dalam kenyataan tersebut, Azlyn yang berasal dari Kuantan, Pahang telah menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam mengenai dia isteri orang dengan menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.
"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.

"Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya," katanya.

Meneruskan penjelasan, wanita ini terus menyangkal bahawa dia sudah berkahwin dengan usahawan usia 4o tahun di Thailand.

"Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.

"Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya.

"Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukan Fizz," jelas.


Dakwaan 'Suami' Ezlyn

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2013: Krisis dan kekeliruan melibatkan aktor terkenal, Fizz Fairuz yang dilaporkan bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela pada minggu lalu dilihat semakin berlarutan apabila ada pihak mendakwa wanita itu adalah isteri orang.

Wanita tersebut pula tampil membuat kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini, dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan Fizz boleh memeriksa di mana-mana pejabat agama.

Menurutnya lagi, tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarga kerana Azlyn Massiela mendakwa ibu bapanya tahu mengenai perihal dirinya.

Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada 'suami' kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.

"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan," petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini.

Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang.

Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand.

"Wanita itu isteri kedua dana diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga Azlyn sendiri. Tidak disangka perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz sekaligus memmburukkan namanya,"jelas Ramli yang turut meberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Fizz sendiri pada Sabtu lalu.

Ramli turut memberitahu bahawa dia jarang bertemu isteri keduanya itu kerana bimbang diketahui isteri pertamanya.

"Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,"tambahnya lagi.

Sekali lagi Ramli memohon agar pihak umum tidak meletakkan kesalahan kepada Fizz yang didakwa telah ditipu oleh isteri keduanya itu sehinggalah majlis pertunangan itu diatur.

"Saya tidak meletakkan kesalah itu kepada Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin,"kata usahawan yang berumur sekitar 40-an.

Dia juga menjelaskan bahawa wanita itu kini masih isterinya yang sah walaupun mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan yang berlaku di selatan Thailand di mana-mana pejabat agama di Malaysia.

TERKINI DARI LAHAD DATU - Penceroboh minta campurtangan Amerika

Posted: 20 Feb 2013 08:07 PM PST


Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu. 
                                 Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu.

Jakarta: Kesultanan Sulu tengah menjajaki kemungkinan adanya pihak ketiga untuk memediasi sengketa wilayah dengan pemerintah Malaysia. Untuk peran ini, Sulu memilih Amerika Serikat, negara yang mereka anggap mampu melindungi hak-hak warganya.

Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama.

"Pemerintah Amerika terkenal selalu melindungi hak-hak warga negaranya, tidak seperti pemerintahan kami di sini (Filipina). Putra saya tengah mencari cara untuk meminta bantuan Amerika," kata Santanina.



Santanina mengatakan, putranya dan enam orang keturunan Kesultanan Sulu lainnya telah menjadi warga negara Amerika dan akan menuntut hak mereka di Sabah dari negara itu.

Sementara itu, desa Tanduao, wilayah Lahad Datu, negara bagian Sabah, masih dikepung tentara Malaysia. Sedikitnya 300 pasukan Sulu telah menguasai desa itu sejak seminggu lalu. Mereka menuntut dikembalikannya wilayah Sabah yang menjadi tanah leluhur mereka pada Sultan Jamalul Kiram III.

Masalah ini tidak hanya memusingkan Malaysia, tapi juga Filipina. Pasalnya, persahabatan kedua negara terancam terganggu dengan masalah ini. Filipina utang budi pada Malaysia yang sukses memediasi konflik dengan separatis di Mindanao.

Menteri Kehakiman Filipina, Leila de Lima, kemarin mengatakan bahwa kabinet juga tengah merundingkan masalah ini. "Tapi kami tidak bisa memberitahukan hasil diskusi dan langkah yang akan diambil pemerintah," kata Lima.

Pemerintah Malaysia, melalui Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, mengatakan bahwa mereka memilih opsi damai dan menahan diri. Itu sebabnya, memasuki minggu kedua, masih belum ada agresi pada kedua kubu. Namun dia mengatakan, tentara akan melakukan apapun jika mereka terpaksa. (Vivanews)

Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri

Posted: 20 Feb 2013 07:16 PM PST



Hattan
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.
"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya.
Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Arianie
Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.
"Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.
"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya.
Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.
"Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau.
Dalam perkembangan lain, Hattan yang dijemput menyaksikan rakaman konsert Led Zeppelin berkata, ia mengimbau semula kenangan di mana dia dan beberapa artis Warner Music pernah mengadakan persembahan tribute untuk kumpulan itu pada 1995.
"Ketika itu saya, Amy (Search), Ramli Sarip dan Maman (Teacher's Pet) pernah terlibat dalam pertunjukan tribute untuk Led Zeppelin di Hard Rock Cafe.
"Mungkin Led Zeppelin tidak begitu dekat dengan generasi sekarang tetapi mereka sepertigodfather kepada penyanyi dan peminat muzik rock lama," katanya.
Album Celebration Day yang dirakam ketika konsert "reunion" kumpulan itu pada 10 Disember 2007 di Arena O2, England kini berada di pasaran.
Ia ditawarkan dalam empat set iaitu edisi standard - 1 DVD/2 CD, edisi deluxe (2 DVD/2 CD atau 1 Disk Blu Ray/1 DVD/2 CD), edisi audio versi Blu Ray dan edisi vinyl (3 piring hitam).

PERHATIAN - Untuk ibu-ibu dan bapa-bapa .....

Posted: 20 Feb 2013 09:48 AM PST


mintak perhatian!!!.....
Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.  Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.  Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.  Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.  Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.  Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!
Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.



Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar! - Pencinta Keadilan

TERKINI - Lahad Datu tegang

Posted: 20 Feb 2013 08:06 AM PST


Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu
Feb 20 2013
Tiga orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah (SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.
Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.

Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.


Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.

Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.

Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.

Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal. - mkini

Mai tengok - Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS dilancar esok

Posted: 20 Feb 2013 12:30 AM PST

Muhammad Faizal,20 Feb 2013


KUALA LUMPUR: PAS akan memulakan Program Jelajah Negara Berkebajikan mulai esok apabila treler yang digunakan bagi program tersebut telah siap sepenuhnya.

Penyerahan jentera Jelajah Negara Berkebajikan itu akan dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, jam 1 petang esok sebelum memulakan perjalanan ke Kedah.

PAS melalui progam Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan program sulung, hi-tea di Kubur Panjang, Pendang, Kedah pada 22 Februari, bermula jam 4 petang bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas pelakon Abby Abadi.

Selepas itu treler tersebut meneruskan perjalanan ke Alor Setar bagi program Sambutan Tahun Baru Cina bersama Presiden PAS, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan barisan Exco Kerajaan Kedah pada jam 9 hingga 12 malam.

Manakala pada 23 Februari treler berkenaan akan menjelajah kesemua Dun yang berada dalam kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai dan Sik sebelum program ceramah perdana di pekan Pendang jam 9 hingga 12 malam bersama Timbalan Presiden PAS, aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan artis jemputan, Ito dan Nik Jidan.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas ceramah akan kembali ke Kuala Lumpur pada 24 Februari (Ahad) dan diserahkan kepada Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP) untuk program jelajah seterusnya.

TERKINI - Penceroboh Lahad Datu Akan Tetap Diusir - IGP

Posted: 20 Feb 2013 12:00 AM PST



Pihak polis mahu melihat satu kesudahan yang baik dlam episod kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan akan mengusir mereka pulang ke Filipina mengikut saluran undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita dan maklumat menerusi media sosial yang kurang tepat kerana pihak polis sudah mengambil langkah yang perlu untuk membendung insiden itu.

"Saya ada baca berita dan media sosial yang memberikan gambaran yang tidak tepat dan saya menyangkal semua itu.



"Janganlah mudah sangat percaya dengan kata-kata itu kerana kita nak cari solusi terbaik untuk mengusir mereka ini ikut perundangan negara kita," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurutnya lagi, polis sedang mengusahakan agar kumpulan itu pulang ke negara mereka secepat mungkin.

"Kita harapkan satu episod penyudah yang baik.

"Kita hendak (ia berakhir) secepat mungkin," katanya lagi selepas majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dalam Op Selamat 2 sempena tahun baru Cina.

Menjawab soalan tentang persepsi orang ramai yang menganggap polis tidak tegas terhadap kumpulan itu, Ismail berkata polis berbuat demikian kerana "mereka tahu apa yang mereka buat".

"Anda boleh buat andaian, tapi saya nak mengesahkan kita tahu apa kita buat, banyak pertimbangan kita ambil kira untuk kepentingan semua," katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis ke atas kumpulan dari Filipina yang kini dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Akhbar Daily Express dari Sabah melaporkan kumpulan itu tiba pada jam 2 pagi Selasa lalu dengan membawa panji berlambang harimau dan mempunyai lima anggota wanita tanpa senjata.

Kumpulan itu juga dilaporkan meyakinkan penduduk Kampung Tanduo yang diduduki mereka bahawa mereka datang dengan aman dan mahu memuktamadkan satu perjanjian.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Saifuddin Nasution: Kalau BN Boleh Bayar Hutang Perwaja, Kenapa Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN

Posted: 20 Feb 2013 09:11 PM PST

GM13 : 'Yang serang kami keluar dari bangunan Umno Pekan'

Posted: 20 Feb 2013 09:05 PM PST


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) hari ini menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng Umno terhadap mahasiswa di Parlimen Pekan.

Memorandum tersebut turut disertakan dengan salinan laporan polis, video dan gambar sebagai bahan bukti tambahan bagi membantu siasatan polis.


Gambar-gambar samseng yang mereka ambil dari rakaman video juga diedarkan kepada wartawan hari ini. (gambar)

Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, GM13 menggesa pihak polis mengadakan siasatan segera berhubung insiden yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi itu.

"GM13 mahu siasatan dijalankan dengan adil terhadap mereka yang melakukan keganasan ini kerana kami telah membuat laporan polis pada hari insiden serangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil polis Bukit Aman, Kavetha.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Adnan yakin BN menang semua kerusi di Pahang..Sama seperti Khir Toyo 2008 Pembangkang Sifar...!!!!

Posted: 20 Feb 2013 08:59 PM PST


 Datuk Seri Adnan Yaakob
KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kemahuan rakyat negeri ini yang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang.
Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun.

"Kami akan tunaikan kemahuan rakyat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Pahang berkata persiapan jentera BN negeri kini berada pada tahap 100 peratus dan sedia digerakkan pada bila-bila masa.
Read More / Baca Lagi >>

Journalists stopped, standoff continues

Posted: 20 Feb 2013 08:56 PM PST

Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security froces and the Sulu armed group drags on well into the second week.
LAHAD DATU: Three Al-Jazeera journalists covering the standoff with the Sulu armed group were detained by police for nearly seven-hours and then released.
They were detained at about 8am yesterday as they were in a boat near the Tanjung Labian not far from the seaside village of Kg Tanduo and taken to the Cenderawasih police station for questioning.
Detained together with them was a boatman and three Sabah Progressive Party (SAPP) youth wing members.
Sabah Police Commissioner Hamza Taib said all were released except for the boatman who did not have a proper identity document on him.
Hamza said that they were detained as they were trying to enter a security area and it was for their own safety.
Hamza urged local and foreign journalists to avoid trying to enter the area as it might create untoward incidents.
SAPP assistant secretary Suaib Mutalib said the three SAPP youth members were accompanying the Al Jazeera journalists who wanted to cover the stand-off between the Malaysian security and the Sulu gunmen.
He said that the General Operation Force (PGA) which detained them handed them to the police who recorded their statements and released them at about 3.30pm.
Weariness is creeping in as the standoff between Malaysian security forces and the Sulu armed group holed up at the seaside village of Tanduo in the east coast of Sabah drags on well into the second week.
Negotiations, according to the authorities, are continuing at various levels though several deadlines have passed with no clear indications as to when the armed foreigners will be deported.
Farmers, fishermen face losses
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna

Posted: 20 Feb 2013 08:54 PM PST

Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.

Najib dan pemimpin BN tanda tangani ikrar.

Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. 

Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat?

Sehubungan itu Najib menerusi blognya 1Malaysia berharap rakyat memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pentadbiran mereka yang berasaskan kepada semangat baru itu. Barang kali permintaan Najib itu sudah pun terlewat. UBN bukan saja patut sedar mengenai masalah mereka dan kelemahan dalam kerajaan mulai hari ini tetapi sejak lama dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR

Posted: 20 Feb 2013 08:46 PM PST

Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.

NONEKedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR
sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau.

Mahkamah halang MPS lupuskan kamera AES

Posted: 20 Feb 2013 08:44 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kontraktor kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd menang permohonan  semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Syarikat swasta itu mencabar notis MPS tahun lalu untuk melupuskan kamera mereka di lebuhraya PLUS dan SKVE dengan berhujah sebelum ini jalan tersebut merupakan jalan persekutuan yang tidak tertakluk di bawah kuasa Selangor.
Keputusan Hakim Datuk Zaleha Yusof hari ini menyatakan kerajaan pusat adalah penguatkuasa sebenar untuk meluluskan pemasangan kamera AES dan bukannya kerajaan tempatan.
"Berdasarkan hujah di atas, saya berpendapat tempat dimana struktur AES dibangunkan adalah terletak di jalan persekutuan dan tidak jatuh di bawah bidang kuasa responden.
"Permohonan dibenarkan," kata hakim sambil menambah tiada arahan untuk membayar kos oleh kerana ini adalah kes berkait dengan kepentingan awam.
Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap memohon penangguhan keputusan MPS dan kemudian mendapat penangguhan dari Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.

Hatta Ramli: We Have No Choice! Kita Di Malaysia Dah Sampai Ke Peringkat "Breaking Point"

Posted: 20 Feb 2013 08:43 PM PST

Anwar Ibrahim: Nak Tolong Melayu, Jgn Tekan Orang Lain, Mahu Angkat Islam, Jgn Ugut Mahu Bakar Bible

Posted: 20 Feb 2013 07:58 PM PST

Sulu Minta AS Campurtangan Sengketa Dg M'sia ...??

Posted: 20 Feb 2013 07:57 PM PST

Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu. 
 Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu.

Jakarta: Kesultanan Sulu tengah menjajaki kemungkinan adanya pihak ketiga untuk memediasi sengketa wilayah dengan pemerintah Malaysia. Untuk peran ini, Sulu memilih Amerika Serikat, negara yang mereka anggap mampu melindungi hak-hak warganya.

Demikian ungkap mantan senator Filipina yang juga salah satu pewaris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul, seperti dilansir Inquirer, Rabu 20 Februari 2013. Dia mengatakan, saat ini salah satu putranya di AS tengah menjajaki kemungkinan untuk meminta bantuan dari pemerintahan Barack Obama.

"Pemerintah Amerika terkenal selalu melindungi hak-hak warga negaranya, tidak seperti pemerintahan kami di sini (Filipina). Putra saya tengah mencari cara untuk meminta bantuan Amerika," kata Santanina.

Read More / Baca Lagi >>

Melayu umno dan Champagne tower pouring!!

Posted: 20 Feb 2013 07:45 PM PST

Apa itu Champagne tower pouring?

Lihat gambar...



Champagne tower pouring


Korang dah nampak? 
dah faham? 
bagus!

Next.. isunya.. ini amalan mulia ker amalan orang orang kafir?
Ok... umat umat Melayu yang menyokong umno.. lihat gambar ini pula..


Perhatikan betul betul.. adakah gambar ini EDIT?
Apabila gua postkan gambar ini di pages gua.. bertalu talu melayu umno ini maki hamun gua kata gua edit gambar nih.. Sengaja gua pilih gambar ni untuk provok puak puak ni dan tengok apakah mereka terima atau meragui gambar ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Tamin taja Umi Felda kempen untuk UMNO@BN

Posted: 20 Feb 2013 07:39 PM PST

Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.
Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin (gambar kanan) adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.
Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin!
Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini.
Petikan akhbar:

Rafizi, Tee Keat SHOWDOWN shapes up: All eyes on ex-MCA chief's next move

Posted: 20 Feb 2013 07:29 PM PST

Rafizi, Tee Keat SHOWDOWN shapes up: All eyes on ex-MCA chief's next moveSpeculation is heating up over the future plans of Pandan MP Ong Tee Keat - whether he will continue to stay in Prime Minister Najib Razak's BN coalition, or become an independent Member of Parliament, or join the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Tee Keat, 56, was dropped from his MCA party's lineup of candidates for the coming general election. He is due to hold a press conference this morning, saying in a text message to Malaysia Chronicle that "among other issues, I might comment on this."
While Tee Keat has to put on a brave face on his current situation, he is in a quandary and his political future at a final crossroad. With the general election expected to be called in weeks, the doors are starting to close down on him.
Critics say he has no one to blame but himself for refusing to make a clear-cut decision sooner. Nonetheless, Tee Keat is not yet political history by any means. His next move is closely watched as it will also "seal the fate" of the MCA in the coming general elections.
Can Tee Keat burn his bridges?
Political watchers say there are several steps Tee Keat can take including appealing to Najib to step in and overturn Soi Lek's decision, which was announced on Wednesday.
However, even if Najib agreed, such a move would have major implications for the MCA, which has long been accused of being tied to the apron-strings of the PM's Umno party.
If Tee Keat were to insist on contesting as an Independent, his chances of success would be reduced as he would have to face the full might of BN's election machinery as well as the Pakatan Rakyat's.
It also means that Tee Keat would have to be sacked from the MCA and BN for flouting party decisions, bridges that he may not wish to burn after having been with the MCA since 1986.
Doors start to close
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Perbezaan pendapat tidak patut didedah – Wan Azizah

Posted: 20 Feb 2013 07:26 PM PST


PETALING JAYA: Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.


Demikian penegasan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"PAS, DAP dan PKR telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.

Read More / Baca Lagi >>

Kelantan isytihar China Town di Jalan Kebun Sultan

Posted: 20 Feb 2013 07:25 PM PST


KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai 'China Town' dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.

Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun dikekalkan, 'gelaran' kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar, memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak sekian lama.

Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan terbabit.

Read More / Baca Lagi >>

Sebab utama Senator Australia di usir Umno@BN...

Posted: 20 Feb 2013 07:20 PM PST

Senator Australia yang ditahan di KLIA tempoh hari atas kesalahan memburukan imej negara pernah berkata undang-undang negara seperti kangaroo dan tidak demokratik.

Apa yang dimaksudkan tidak demokratik dan kangaroo?

1 - Perasuah hanya didakwa jika dia pegawai kerajaan dan penjawat awam biasa. Kalau kena pada pemimpin pemerintah, tiada tindakan dan siasatan dibuat. Dan badan bebas seperti SPRM dan POLIS pejam mata tanpa melakukan siasatan yang adil sepertimana dikenakan terhadap pemimpin parti politik pembangkang dan rakyat biasa.

2 - Demontrasi yang dimonopoli parti politik pembangkang susah mendapat permit dan kelulusan sehingga dataran kemerdekaan negara ditutup tidak membenarkan warganegara berhimpun secara aman untuk meluahkan perkara yang rakyat tuntut seperti pilihanraya bersih dan adil demi memastikan setiap perjalanan pilihanraya dinegara ini bersih tanpa ada sebarang penipuan. Biarpun perhimpunan aman dijamin undang2 tertinggi negara (perlembagaan persekutuan) pemerintah telah menafikan perkara yang dulu mereka persetujui.
Read More / Baca Lagi >>

MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DIPAKSA MENYOKONG UMNO/BN ?????

Posted: 20 Feb 2013 07:14 PM PST


Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar yang dimuat naik.

Budak-budak sekolah rendah dikerah beratur panjang sambil dipaksa memegang placard lambang dacing serta kata-kata I love PM serta slogan UMNO/BN kini Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan dalam premis sekolah mereka sendiri untuk menyambut kehadiran pemimpin tinggi UMNO.

Kini bukan saja premis sekolah menjadi tempat UMNO/BN berkempen lebih teruk diheret sama murid-murid sekolah yang tidak berdosa dan sifar maklumat politik demi batuan politik UMNO.

Tidakkah ini zalim dan berhati perut dan berperikemanusiaan namanya?

Nampak sangat UMNO sudah amat terdesak kini.UMNO JELAS PARTI HAPRAK.

Sebab itu apabila Najib Razak berjanji dengan aku janji kononnya UMNO/BN akan bertempur dengan Pakatan Rakyat pimpinan DSAI secara Bersih lagi Adil dalam PRU 13 ini, rata-rata rakyat tersenyum sini sambil mencibir Najib Razak.

Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit

Posted: 20 Feb 2013 07:11 PM PST


KUALA LUMPUR: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) mendapat durian runtuh daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan  anak syarikat  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perjanjian itu ditandatangani antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang menjadi seorang pemegang saham minoriti Boustead Holding Bhd untuk meneliti dokumen perjanjian, Raja Ropiaah telah "dianugerahkan" lebihan RM130 juta dalam keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut.

"Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Bahang demam PRU-13 sudah terasa

Posted: 20 Feb 2013 07:10 PM PST

Walaubagaimanapun perlu difahami mood dan sambutan ceramah anjuran Pakatan Rakyat ketika pilihan raya dan ketika bukan pilihan raya amatlah berbeza. 

SEREMBAN: Barangkali sudah tidak sabar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membubarkan parlimen; bahang demam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sudah mula terasa.
Perang bendera masih belum begitu meriah lagi, senario mengantung bendera setiap masa oleh parti politik di atas pokok, di tiang lampu dan tempat awam merupakan perkara biasa.
Setakat hari ini perang bendera belum lagi 'all out', mungkin takut bendera cepat lusuh, maka parti politik menyimpan dulu sebelum parlimen dibubarkan.
Lebih-lebih lagi melihat bendera Barisan Nasional (BN) yang lusuh, koyak dan lunyai tergantung di tiang lampu merupakan pemandangan biasa di sekitar taman perumahan tertentu di Senawang, Ampangan dan Nilai. Ini semua gara-gara kepimpinan BN setempat menjangkakan PRU-13 diadakan pada tahun 2011  dan telah mengantung bendera BN seawal tahun itu lagi.
Tidak pula dapat melihat bendera PAS, PKR atau DAP dalam sedemikian rupa bukan kerana ketiga-tiga parti dari Pakatan Rakyat ini rajin menggantikan bendera yang lusuh tetapi Pakatan Rakyat tidak mempunyai keistimewaan untuk mengantung bendera di tiang lampu atau tempat awam melainkan di atas pokok atau di tempat persendirian.
Kalau gantung juga, dalam sehari dua, pihak berkuasa tempatan akan menurunkan bendera PAS, PKR atau DAP tetapi akan membiarkan bendera BN tergantung sehingga menjadi lunyai. Perkara ini diketahui umum di Negeri Sembilan.
Belum nampak keghairahan
Read More / Baca Lagi >>

Nasib Rakyat Marhaen - Short Film

Posted: 20 Feb 2013 07:02 PM PST

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek

Posted: 20 Feb 2013 07:00 PM PST


(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Calon ulama hanya jadi pak turut Umno

Posted: 20 Feb 2013 06:59 PM PST


KOTA BHARU: Hasrat Umno untuk meletakkan calon ulama pada PRU13 bertujuan menagih sokongan rakyat dan bukannya sebagai rujukan bagi kepentingan masyarakat Islam.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah ketika ditemui berkata malah golongan itu tetap akan menjadi alat kepentingan politik mereka sebagaimana sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ura-ura Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama dalam pilihan raya umum nanti.

Rosli seterusnya memberitahu, bukannya Umno tidak pernah mengambil golongan beragama sebagai calon dan pemimpin mereka, sebaliknya golongan itu hanya akan menjadi pak turut sahaja.

Katanya, Umno bukan sahaja tidak menjadikan ulama sebagai panduan, bahkan kenyataan mufti juga tidak diendahkan sekiranya pihak berkenaan mengkritik tindakan kerajaan yang tidak betul.

Jadi, jelas golongan ulama atau beragama digembar-gemburkan untuk dipilih sebagai calon nanti hanya untuk menarik sokongan rakyat.

13 Sebab Mengapa Undi Dacing..!!!

Posted: 20 Feb 2013 06:53 PM PST

Fatwa dari Mursyidul Am UMNO- Dr Mahathir Mohamad

Posted: 20 Feb 2013 05:18 PM PST

Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- "saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman".
Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu.
Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong?
Read More / Baca Lagi >>

Rupanya Ini Punca Stadium Sultan Mizan, T'ganu Roboh..

Posted: 20 Feb 2013 05:16 PM PST


Mungkinkah ini punca Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu roboh buat kali kedua semalam??
Terbaik.. He.. He.. He..!!