Sabtu, 24 November 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NAJIB PATUT LETAK JAWATAN UNTUK BERI UMNO BERNAFAS SEKETIKA

Posted: 24 Nov 2012 08:39 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel yang ditulis dari sebuah portal pro Umno yang 'kritis' iaitu Umno-reform di SINI, terlihat oleh kita betapa mereka juga sudah hilang keyakinan bahawa Umno bakal bertahan di dalam PRU akan datang.

Sememangnya ada lojik, Najib perlu letak jawatan segera iaitu sebelum PRU sekiranya mahu Umno 'bernafas seketika', walaupun tidak menjamin Umno dari berkubur.  Jika Najib sanggup mengorbankan dirinya, terutama mengorbankan kesenangan isteri tersayangnya itu, maka ahli-ahli Umno mungkin mendapat sedikit 'udara' untuk bernafas.  Tetapi jika Najib terus mencuba untuk menjadi 'tikus membaiki labu', hayat Umno semakin  tiba. 

Bukan menjadi rahsia lagi, Umno terpaksa menanggung banyak isu semenjak Rosmah dianggap 'First Lady'.  Jika di zaman Pak Lah, menantunya KJ dianggap ramai orang sebagai punca kejatuhan PM Islam Hadhari ini.  Di zaman Najib, semua telunjuk menghala kepada Rosmah.  Maka tidak hairanlah seperti apa yang banyak banyak dikempenkan di dalam ahli-ahli Umno bahawa sudah sampai masanya Muhyiddin patut dicuba untuk menghalang kemaraan DS Anwar Ibrahim.

Semua isu telah dimainkan oleh Umno, namun gagal menarik perhatian rakyat bahkan rakyat semakin berminat untuk mendengar ucapan DS Anwar yang begitu berani mencabar Najib berdebat.  Rakyat berfikir, jika DS Anwar itu banyak melakukan penyelewengan atau rasuah sewaktu beliau di dalam kerajaan, mana mungkin Ketua Pembangkang ini begitu berani mencabar PM.  Bukankah semua fail menteri kabinet semenjak Merdeka berada di tangan kerajaan?  Rakyat juga berfikir, mengapa susah sangat Najib memberanikan diri untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar?  Apa yang mahu beliau sorokkan?

Andaikata alasan Najib tidak mahu berdebat dengan DS Anwar kononnya Ketua Pembangkang itu 'rendah moral'nya, tetapi dengan pemimpin PAS pun Najib tak pernah berani berdebat.  Itu semua alasan kebudak-budakan dan itu bukan standard PM yang baik untuk sesebuah negara.  Adakah jika Muhyiddin jadi PM, beliau sanggup menjadi lebih berani untuk berdepan dengan DS Anwar?  Jawapannya tetap sama kerana selagi mereka merasakan ada sesuatu yang disorokkan dari rakyat, sesiapa pun yang menjadi PM dari kalangan Umno tidak akan berani berdepan dengan rakyat.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sengal Ahad : Wahai Cermin Ajaib Siapakah Mereka..???? ..

Posted: 24 Nov 2012 08:37 PM PST

Siapa tua atau siapa yang muda.... entahlah,, siapa lebih lawa, siapa lebih cun... uweekk..., lu orang tengok sendirilah.... 

Apa pun kalau lihat kat kepala memang hampir sama,, serugum... 

Ke mana PAS selepas muktamar?

Posted: 24 Nov 2012 08:29 PM PST

Survival PAS
Soalan yang diajukan oleh para penganalisis sejurus selesai Muktamar ialah "ke mana Pas lepas Muktamar?'' Bagi para analisis, soalan ini menuntut jawapan bagaimana Pas dapat meletakkan dirinya dalam lanskap politik pasca PRU ke 13 yang semakin hampir. Petunjuk penting ialah bagaimana Pas dapat menguasai kerusi yang dipertandingkan kerana itu akan mengimbas sokongan orang ramai kepadanya dan sekaligus menentukan nasib dan potensi kewujudannya di persada politik tanahair.
Akar umbi PAS
Muktamar bagi pengamat politik adalah sumber penting bagi menilai arah tuju parti melalui ucapan para perwakilan yang membentuk satu mesej atau desakan mewakili hasrat akar umbi parti. Begitu juga dengan kepelbagaian pandangan dari perwakilan, ianya boleh ditafsir sebagai simpang siur pemikiran yang berlegar dalam parti membentuk dinamika sesebuah organisasi politik. Akar umbi penting bagi parti yang berasaskan ideologi seperti Pas kerana mereka adalah pendokong setia yang menggerakkan aktiviti parti. Pemimpin akan terus terdesak untuk memenuhi kehendak akarumbi bagi menggambarkan kesetiaan kepimpinan kepada dasar dan perjuangan parti. Dari aspek ini penganalisa boleh melihat hubungan pemimpin dan akar umbi yang diikat dengan ideologi parti yang begitu mendasar sifatnya. Dalam hal ini tidak diragui oleh sesiapa pun bahawa PAS masih mendahului dari sudut akar umbi yang setia pada kepimpinannya selagimana mereka masih setia dengan perjuangan Islam.
Konservatif dan reformis
Mana-mana parti politik akan terdedah kepada faktor tarik dan tolak antara menjadi kelompok konservatif atau reformis dalam parti. Antara kedua kelompok itu yang paling hangit akan menjadi Radikal dalam mempertahankan dasar dan pada suatu hujung pula akan menjadi Liberal dalam menafsirkan keperluan semasa parti. Pertembungan kelompok ini akan terserlah melalui hujahan perwakilan mempertahankan dasar-dasar parti dalam melaksanakan keperluan strateginya. Apa yang dianggap Liberal atau Radikal terpulang kepada bagaimana kepimpinan PAS menguruskan dan menentukan di atas garisan apakah para perwakilan perlu berada. Ia tidak akan berlaku tanpa penetapan tegas kepimpinan di manakah peringkat PAS pada tahap ini dari sudut keupayaan organisasinya dan kemampuannya untuk mencapai strategi politiknya.
Suasana politik negara
Read More / Baca Lagi >>

Kaum India tiada IC ‘duduk bantah’ depan JPN 12 Disember

Posted: 24 Nov 2012 08:27 PM PST

KUALA LUMPUR 24 NOV: Pakatan Rakyat mengulangi hasrat mengadakan himpunan 'duduk bantah' di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 12 Disember ini.
Ia bertujuan  menuntut kerajaan menyelesaikan masalah kira-kira 300,000 masyarakat India yang masih tidak memiliki kad pengenalan.
Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, masyarakat India sudah  lama meminta kesengsaraan mereka diakhiri dan dan hak mereka diberi tapi
 tidak dilayan pihak berkuasa.
"Ini  tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
"Mereka sengaja langgar hak (masyarakat India) yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
"Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan nyatakan sesiapa yang lahir di Malaysia, secara automatik akan jadi warganegara. Jangan cakap mereka tak tahu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung satu lagi kes sama di Balai Polis Jalan Travers, semalam.
Ia melibatkan keluarga Letchumy A/P Suppiah lahir di Tanjung Sepat, Selangor pada 23 Mei 1943 yang hanya diberi kad pengenalan merah (penduduk tetap).
Dua anaknya, Sivamalar dan Sarojini pula tidak memiliki sebarang kad pengenalan hingga menyebabkan Sivamalar tidak bersekolah manakala Sarojini dihalang dari mendaftar perkahwinannya.

Stronger Umno for M'SIANS, says Najib: But has he asked Dr M?

Posted: 24 Nov 2012 08:18 PM PST

WELL PREPARED- General assembly should portray a party which is firm, strong and has fighting spirit, says Najib
THE 2012 Umno general assembly is set to give a signal that the party is thoroughly prepared for the general election, has become stronger, more disciplined, solid and capable of assuring a better future for Malaysians under the Barisan Nasional.
Umno president Datuk Seri Najib Razak said the gathering of 5,447 party delegates should portray a party which was well prepared.
"Whether in terms of image, direction, unity, organisation or the grassroots, the assembly should portray a party which is already firm, strong and has fighting spirit to ensure a major victory for Umno and BN."
In an interview with editors of Bernama and Utusan Malaysia prior to the general assembly in the coming week, the prime minister stressed the importance of organisational discipline in ensuring the success of the party.
"If we have organisational discipline, I believe it will give us great strength, because we have the numbers which must be buttressed with the strength of party discipline.
"If we do not receive an order following the chain of command, it means we have gone against discipline, and as a consequence, we can lose in a war."
Read More / Baca Lagi >>

Duping the Umno warlords AGAIN? GE13 can be in Dec - Najib

Posted: 24 Nov 2012 08:17 PM PST

KUALA LUMPUR -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the 13th general election (PRU-13) can be held in December, even though the country will be facing the monsoon at that time.
He was confident that despite the monsoon season, the machinery of the political parties contesting in the election could face any eventuality.
"If it rains or a flood occurs, (then we) can use the boat," he said in jest when asked whether the PRU-13 would be held in the near future or Parliament would dissolve on its own on the expiry of the current mandate.
He said this in an interview with editors of Bernama and Utusan Group in conjunction with the Umno General Assembly 2012 at his office in Parliament House, recently.
Najib, who is also Umno president, however, did not rule out the possibility that the election would be held next year if it is not held next month.
"If there is no election in December, then it will be held next year," he said.
Najib has up to April 28 next year to dissolve Parliament to make way for the 13th general election before the Parliament dissolves on its own, and the Election Commission is compelled to set a date for the general election within two months of the dissolution of Parliament.
-- BERNAMA

Umno BN gandakan fitnah agama menjelang PRU 13 – Anwar

Posted: 24 Nov 2012 08:14 PM PST

KOTA KINABALU 24 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Umno BN akan menggandakan fitnah menggunakan sentimen agama bagi menutup penyelewengan mereka sekali gus cuba menghalang perubahan politik.
Ketua Umum KEADILAN itu memperingat ahli dan pimpinan KEADILAN untuk bersiap sedia menghadapi tohmahan menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Dalam dua tiga bulan terakhir, serangan Umno BN macam orang gila. Macam orang sasau. Sebab dah habis modal.
"Kejap saya penyokong Yahudi, kemudian itu saman Rafizi. Sebelum itu video Azmin, kemudian tuduh Nurul Izzah sokong orang murtad. Sebab nak tutup skandal sebenar.
"Skandal ini bukan rekayasa. Tak boleh dicipta kerana berdasarkan fakta. AES, tak boleh jawab. Kes lembu, tak boleh jawab. Akhirnya dia serang, 'tanduk' merata," katanya disambut ketawa.
Beliau berucap demikian depan 2,000 perwakilan pada Konvensyen KEADILAN Sabah di Star City Convention Hall, Asia City, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

DBKL tiba2 tutup Dataran Merdeka, kini Polis di keliling dataran... !!!

Posted: 24 Nov 2012 08:12 PM PST

 

Dataran Merdeka tiba-tiba ditutup dipercayai untuk menghalang kemaraan pejalan kaki Anti-Lynas dari memasuki perkarangan tersebut yang dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang ini.

Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 semalam telaj memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, lapor malaysiakini.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.

Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.

"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.

 
Dataran sealed again due to 'renovation work'...

As the Himpunan Hijau marchers head towards Dataran Merdeka today, DBKL has once again sealed the iconic square, saying that this is because of on-going renovations and upgrading works.

At the same time, about 100 police personnel and 30 Kuala Lumpur City Hall (DBKL) enforcement officers showed up this early morning.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 'Pembangkang mabuk nak kuasai Putrajaya' kata Najib....!!! ha..ha..mabuk laut BN sekarang..??

Posted: 24 Nov 2012 08:06 PM PST

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan pembangkang sebagai "sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meminta bantuan asing atas alasan sistem pilihan raya negara ini tidak bersih.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) dalam Umno dan BN pun tak pernah pertikai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Australia pun  dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata Najib dalam temubual eksklusif bersama pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012. Transkrip temu bual dikeluarkan oleh Bernama lewat semalam.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditanya berhubung pelbagai usaha yang dilakukan bagi menanam persepsi kononnya pilihan raya di negara ini tidak adil, menolak elemen ketelusan termasuk pelbagai tohmahan sehingga memaksa campur tangan dari negara luar sepertimana yang dilakukan oleh Anwar.

"Sekarang timbul seolah-olah mereka nak sediakan minda rakyat bahawa kalau BN menang dia menang kerana penipuan. Ini menafikan amalan demokrasi kita yang selama ini berjalan dengan baik," ujar Najib, yang juga Presiden Umno.

Sehubungan itu, Najib ditanya sama ada tindakan Anwar itu kerana beliau sendiri tidak yakin pembangkang mampu meraih kemenangan dalam ibu segala pilihan raya ini.

"Sebab itu saya kata dia menyediakan minda rakyat. 'Preemptive'. Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil.

"Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun  dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata beliau.

Baru-baru ini Anwar dilapor menulis kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya di negara ini.

Beliau turut mempertikai kebebasan SPR dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memberitahu beberapa pemerhati Asean akan dibawa untuk memantau pilihan raya kali ini supaya tidak timbul sebarang keraguan bahawa ia dijalankan mengikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan supaya keputusan rakyat tidak boleh dipertikaikan.

Tubuh suruhanjaya siasat skandal tanah Umno BN

Posted: 24 Nov 2012 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon menggesa kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera untuk membuat semakan yang terperinci ke atas semua harta benda yang dimiliki oleh parti Umno BN.

Ini ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Kuang dan Kuala Kubu Bharu bahawa tiada salahnya beli tanah dengan murah serta Umno itu adalah rakyat.

"Kedua-dua wakil rakyat dari Umno BN Selangor bukan sekadar tidak dapat membezakan konsep kerajaan dan parti, malah tanpa berasa salah langsung dengan menyalurkan harta kerajaan kepada harta parti atau peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan mereka menghalalkan pemberian hak millik tanah kepada parti politik sendiri dengan tanah Umno BN diguna untuk rakyat adalah alasan tempang.

Kata beliau AMK percaya skandal 24 keping tanah yang dijual dengan murah cuma merupakan hujung iceberg (tip of iceberg) daripada rasuah dan salahguna kuasa Umno BN yang memerintah Malaysia lebih setengah abad.

"Memandangkan Umno BN yang begitu lantang dan langsung tidak berasa salah, maka tidak mustahil cara sedemikian juga diamalkan oleh negeri-negeri lain yang lama diperintah oleh Umno BN," ujarnya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Lima sebab Umno/BN perlu diberi mandat besar rayuan Najib

Posted: 24 Nov 2012 08:02 PM PST

Visi, wawasan dan hala tuju BN, termasuk Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya.

"Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

"Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.
Read More / Baca Lagi >>

Problems in Pahang

Posted: 24 Nov 2012 07:59 PM PST

Najib Tun Razak's homestate Pahang is riddled with issues and thus far he's avoided direct involvement.

The people of  Pahang have been crying out to their Barisan Nasional government and to their honourable representative Prime Minister Najib Tun Razak.
But are their pleas being heard? The answer is an emphatic 'no' from the ground.
Both Kuantan and Raub are in Pahang – Najib's home state. Both are riddled with issues – Lynas rare earth plant in Kuantan and the contentious goldmine in Rabu.
But Najib pretends nothing is wrong, and he allows it to happen. Can a man who does not even care for his own home state, care for the country?
Najib has not dared go and meet the people in Kuantan. The question now is will Najib go to Raub? Will he meet with citizens who live next to the gold mine?
Or will he allow "interested" parties to twist the arms of the poor who live there into conceding that everything is alright?
I went to Raub and saw for myself what is happening there. Some of the citizens are so scared to speak.
Should we always wait to see and regret matters in hindsight.
Read More / Baca Lagi >>

SAVE OUR COUNTRY: Open letter to all Malaysians

Posted: 24 Nov 2012 07:57 PM PST

Dear Fellow Malaysians
It is true that there are things that we Malaysians should be proud of, and be thankful for. It is equally true that many things are not well in our country. They have not been well for some time now.
SAVE OUR COUNTRY: Open letter to all MalaysiansMatters of safety and security, price hikes, education, issues of equal opportunities and equal treatment, constriction of various forms of freedom, marginalization of several segments of society, the failing justice system, corruption in the public sector, the rising denial syndromes, the arrogance of wrongdoers nourished by their repeated ability to get off scot-free, and the numbness of the public reaction towards misdeeds and the lack of accountability, just to describe a few.
Many of the ills that we complain about in our society are the symptoms of the underlying causes. Some of the major root causes are:
(a) epidemic corruption in a system that does little to prohibit or redress it,
(b) lack of a system of transparency and accountability,
(c) the suppression of various freedoms so as to turn a silent majority into a silenced majority,
(d) a Government that is more interested in commanding than serving,
(e) a Parliament whose overwhelming majority cares more about power-consolidation than nation-building, and
(f) a weak "last bastion" in the form of a failing justice system.
Breaking point
Can things be allowed to go on this way? Can we afford to do so?
Should our future generations suffer the consequences of our permissiveness?
It is quite obvious that we need a better Government and a better Parliament.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: 'Biarkan Mahathir...'

Posted: 24 Nov 2012 07:56 PM PST


Hadi: 'Biarkan Mahathir...'
Abdul Hadi (dua, kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta Program Perkaderan dan Tarbiyah Anak Ahli Pas di Madrasah Darul Iman, semalam.
 
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu memanjangkan polemik siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Pusat nanti.

Abdul Hadi enggan mengulas panjang mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau (Abdul Hadi) lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tak mahu komen apa-apa. Biarkan beliau (Mahathir). Komen saya habis dah, cukup dah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Program Perkaderan dan Tarbiyah Anak Ahli Pas di Madrasah Darul Iman di Titian Baru di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Selangor : Anak Kristian antara sertai khatam beramai-ramai

Posted: 24 Nov 2012 07:54 PM PST


(Kanak-kanak ini berpeluang mandi dalam kolah sebelum mereka dikhatamkan - foto Teo Nie Ching))

SHAH ALAM: Musim cuti sekolah datang lagi dan aktiviti yang paling popular sepanjang musim ini adalah kenduri kahwin dan berkhatam.
Khatam biasanya majlis biasa untuk orang Islam tetapi sejak adanya Pakatan Rakyat dan kerjasama baik antara PAS dan DAP ia telah menjadi majlis bersama.

Majlis khatam yang selama ini asing bagi orang bukan Islam menjadi majlis yang sangat menarik bagi mereka.

Yang paling sibuk dan sangat teruja dengan majlis ini adalah para wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini, sekurang-kurangnya dua wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat meraikan rakyat di kawasan mereka dalam majlis berkhatam beramai-ramai.

(Kanak-kanak yang akan dikhatamkan di Kajang Utama. Salah seorang dari mereka adalah anak Kristian- foto Teo Nie Ching)

Anggota Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching meraikan 22 kanak-kanak berkhatam beramai-ramai di Surau Kajang Utama hari ini.

Salah seorang dari mereka adalah kanak-kanak dari keluarga Kristian di kawasan berkenaan yang turut mahu dikhatamkan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mesej Najib kepada pengundi Cina..!!! Sendiri Mau Ingat Maaa...???

Posted: 24 Nov 2012 07:52 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 Nov — Datuk Seri Najib Razak berkata masyarakat Cina yang menyukai kepimpinannya harus memberi sokongan menyeluruh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika mereka mahu beliau membawa lebih banyak kejayaan kepada negara menerusi program transformasi negara.
Perdana Menteri (gambar) berkata demikian dalam wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno ke-66 minggu depan ketika diminta mengulas pemerhati politik mengatakan segolongan masyarakat Cina menyukai kepimpinan Najib tetapi bukan partinya serta BN dan berbelah bahagi untuk memberi sokongan.
Najib yang juga Presiden Umno dalam wawancara satu jam dengan Bernama dan Utusan Malaysia bagaimanapun, berkata beliau nampak ada angin perubahan bertiup dalam tahap sokongan terhadap kerajaan termasuk dalam kalangan kaum Cina berbanding 2008 kerana mereka suka dengan hala tuju kerajaan.
Mengulas lanjut mengenai golongan masyarakat Cina yang masih berbelah bahagi menyokong kerajaan, beliau berkata
"Kalau dia nak saya sebagai PM yang boleh membawa transformasi kepada negara sebagaimana yang mereka dah yakin selama ini, mereka perlu beri sokongan kepada saya." "Sebab PM yang kuat adalah PM yang mendapat sokongan secara menyeluruh, agar boleh membawa lebih banyak kejayaan kepada negara," tambahnya.
Najib berkata seorang perdana menteri tanpa mandat menyeluruh adalah lemah dan boleh dipertikaikan, termasuk apa jua pembaharuan yang hendak dibawa sebab sebarang perubahan menghadapi banyak cabaran.
"Kepimpinan tanpa sokongan politik adalah kepimpinan yang tak ada kekuatan moral. Kalau tiada kekuatan moral, dia (pemimpin) sukar nak menghadapi cabaran-cabaran untuk bawa perubahan yang besar kepada negara," kata Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini?

Posted: 24 Nov 2012 07:49 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib (gambar), yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.
Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. — Bernama

Polis Boleh Iringi 100 Kontena Nadir Bumi, Digesa Iringi Perarakan Rakyat

Posted: 24 Nov 2012 07:48 PM PST


SHAH ALAM, 25 NOV: Polis digesa mengiringi Perarakan Anti-Lynas di beberapa batang jalan sekitar Kuala Lumpur hari ini sepertimana mereka mengiringi lebih 100 kontena yang mengandungi bahan nadir bumi ke loji Lynas (Lamp) di Gebeng, Kuantan.
Keengganan polis berbuat demikian bakal menimbulkan persoalan kesanggupan agensi itu melindungi rakyat sebagaimana mereka melindungi kepentingan syarikat tersebut.
Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kepada TV Selangor semalam.
"Polis harus elakan tanggapan begini dengan bertindak melindungi keselamatan peserta yang sertai perarakan esok (hari ini).
"Bantuan pasukan pengiring pasukan polis amat kami alukan dan saya percaya akan menaikan lagi imej polis di mata rakyat," kata beliau.
Peserta jalan kaki anti-Lynas Kuantan-Kuala Lumpur yang memulakan perjalanan mereka pada 13 November 2012 lalu dijangka akan tiba di Dataran Merdeka pada jam 4.00 petang hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pengundi tidak dikenalpasti’ @ 'Pengundi Hantu' masih mempunyai hak mengundi, kata pengerusi SPR

Posted: 24 Nov 2012 07:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Disebalik kebimbangan Selangor tentang 28 per peratus pengundi baru di negeri Pakatan Rakyat (PR) itu berkemungkinan "pengundi hantu", Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak boleh menghalang mereka yang berdaftar oleh kerana mereka mempunyai hak sah untuk membuang undi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Dibawah undang-undang, mereka adalah pemilih berdaftar yang sah di Selangor dan mereka boleh mengundi di Selangor, tidak kisahlah mahu panggil mereka 'pengundi hantu' atau tidak, mereka berdaftar.
"Mereka boleh mengundi di Selangor semasa hari pilihan raya," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider melalui telefon semalam.
Pengerusi suruhanjaya tersebut mengulas laporan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lepas -menunjukkan satu kajian dijalankan baru-baru ini yang menyatakan negeri itu dapat mengesan sebanyak 134,675 daripada 497,084 pengundi baru berdaftar bagi suku keempat tahun lepas.
Untuk pengundi yang Selangor dakwa tidak dapat dikesan, walaupun tidak dapat dikenal pasti "bukan bermakna mereka tidak boleh mengundi sama sekali", kata Abdul Aziz.
Beliau juga berkata bahawa SPR menentukan tempat pengundi seseorang berdasarkan alamat dinyatakan dalam kad pengenalan beliau (IC) dan bukan mengikut tempat kediaman semasa pengundi, yang boleh menjadi antara kesukaran dihadapi negeri tersebut dalam percubaan untuk mengesan pengundi berdaftar.
Read More / Baca Lagi >>

Pasang LAGU Sebelum Suami Isteri TIDUR - Ustaz Haslin Baharin

Posted: 24 Nov 2012 07:39 PM PST

04/04 (Eksklusif) Adakah Kita Bersama Pasangan Dunia Ketika Di SYURGA - Ustaz Haslin Baharin

Posted: 24 Nov 2012 07:38 PM PST

03/04 (Eksklusif) Adakah Kita Bersama Pasangan Dunia Ketika Di SYURGA - Ustaz Haslin Baharin

Posted: 24 Nov 2012 07:37 PM PST

02/04 (Eksklusif) Adakah Kita Bersama Pasangan Dunia Ketika Di SYURGA - Ustaz Haslin Baharin

Posted: 24 Nov 2012 07:34 PM PST

01/04 (Eksklusif) Adakah Kita Bersama Pasangan Dunia Ketika Di SYURGA - Ustaz Haslin Baharin

Posted: 24 Nov 2012 07:33 PM PST

Leka Main GOLF - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Nov 2012 07:32 PM PST

Ustaz Shahril Long: Pemimpin zalim...Rakyat Selamat ?

Posted: 24 Nov 2012 07:30 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE DATARAN MERDEKA - JAM 4:00 BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA

Posted: 24 Nov 2012 12:18 PM PST






 HIMPUNAN HIJAU BERJALAN
DARI KUANTAN KE DATARAN MERDEKA
SEMUA DI JEMPUT BERHIMPUN 
PETANG INI JAM 4:00 
DI DATARAN MERDEKA



PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
esok sesiapa yang ingin berjalan sama
sila  datang ke markas trabih jam 10:00 pagi
himpunan hijau akan memulalan perjalanan
dari markas tarbiah menuju ke sentul dimana
mereka akan disambut oleh yb tian chua

jam 2:30 petang mereka akan bergerak menuju
ke kuil kampong railway berhampiran sentuk pasar
sesiapa yang ingin berjalan sama sila tunngu mereka

dari kampong railway mereka akan menuju ke maju junction
jam 3:30 himpuanan hijau akan berada di maju junction
sesiapa yang mahu berjalan sama sila tunggu di maju junction

jam 3:30 mereka akan bergerak dari maju junction  
menuju ke DATARAN MERDEKA

4:00 petang mereka sampai ke DATARAN MEREKA
sila berhimpun di DATARAN MERDEKA

 

ANTI LYNAS : AHLI PAS DISERU KE DATARAN ESOK – harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.  Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.

"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas.  Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Kumpulan pejalan kaki yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack tiba di Tol Gombak, jam 3 petang tadi sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Selain PAS, turut bersama mereka berarak ke Taman Melewar ialah Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut bersama menyambut ketibaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas, di Taman Melewar.

Malam ini, kumpulan tersebut akan bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka hari ini.




llllllllllll

LUAHAN HATI DAN PERASAAN BAKAL PERDANA MENTERI

Posted: 24 Nov 2012 02:30 AM PST





MELAYU TELAH SEDAR  
SATU AKAN JUTA BERHIMPUN 12 JANUARI
MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH
Melayu sudah sedar
 Ziauddin Sharuddin | zia@bharian.com.myCetak
gambar sebelum  gambar berikut
  • Foto
    SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar (kanan) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Muar malam tadi sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharaan Bandar Maharani Bandar Diraja.
  
MELAYU SUDAH SEDAR
  
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin melihat imej parti UMNO  kini semakin meningkat menyebabkan orang Melayu mula kembali meyakini kemampuan UMNO untuk dikalahkan.

"Orang Melayu sudah sedar. Walaupun di sesetengah negeri yang kita menang dulu, mereka menyatakan bahawa kita ada banyak dosa dan kelemahan, kita mengamal rasuah, kita menyalah guna kuasa, kita ambil komisen,  rembat tanah orang kampong, kita bodohkan orang Melayu. Kita cuba mengrahsiakan semua ini. Tetapi agak  susah kerana  adanya internet.

"Jika anda bertanya sama ada berlaku perubahan, ini jawapan saya: Perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja, turun padang hingga peringkat akar umbi, berjumpa pengundi dan memberi bantuan.

Dulu ceramah yang kita buat hanya ahli jawatan kuasa yang hadir. Kali ini ceramah dan program yang kita susun anak isteri dan bini ahli jawatan kuasa juga di wajibkan datang sama.Saya lihat ada penambahan. Dari 7 ahli jawatan kuasa yang hadir kini bertambah menjadi 15 orang.  

"Jadi sudah ada keyakinan baru bahawa UMNO adalah parti yang cekap menerima dan  melindungi rasuah saperti  kes Dutuk Seri Nazri Aziz. Saya juga tak hendak bersorok-sorok rakyat makin muak melihat tindak tanduk dan perangai sasatengah isteri pemimpin tinggi  UMNO. Tak perlu  saya menyebut nama disini. Rakyat sudah tahu."

" Inilah kesedaran yang dibawa oleh UMNO untuk orang Melayu.'


LAGIO LAWAK SERAM DARI MAT MONGOL

Posted: 24 Nov 2012 12:00 AM PST



DARI BERITA HAIRAN HARI INI:



Ikhlas bantu kaum India

Kuala Lumpur: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membela kepentingan setiap kaum dengan perancangan untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak. »





 




Ikhlas bantu kaum India

Kuala Lumpur: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membela kepentingan setiap kaum dengan perancangan untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak. »


llllllllllllllll

LAPORAN TERKINI DARI TOL GOMBAK

Posted: 23 Nov 2012 10:34 PM PST





HIMPUNAN   HIJAU TELAH SAMPAI 
KE TOL GOMBAK JAM 2:00
JAM 4:00 PETANG
MEREKA AKAN BERARAK KE MARKAS TARBIAH PAS TAMAN MELEWEAR
MEREKA MENJADI TAMU PAS BATU
MALAM INI MEREKA AKAN DISAMBUT OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT
HUSAM  MAT SABU ANWAR DAN DAN DAN
AKAN BERMALAM  DI MARKAS TARBIAH PAS
ADA PROGRAM MENGHASUT MALAM INI
ESOK HIMPUNAN HIJAU
BERARAK KE DATARAN MERDEKA
SEMUA DI JEMPUT UNTUK BUAT RAMAI


PROGRAM PROGAM MENGHASIT DAN MELAWAN YANG DISEDIAKAN

Posted: 23 Nov 2012 08:43 PM PST



PENGUMMAN
program menghasut sedang berjalan di sana sini
sila pilih dan ikut serta
semua program ini menjurus ke himpunan
lebih bersar dari besar
lebih merga dari mega
di kuala lumpur
pada 12 januari 2013
MALAM INI FORUM PENABUNG DI UBU
SIARAN LANGSUNG DARI RADIO BANGSAR UTAMA

 FORUM DI UBU
DEMO PERTAMA ANTI MEK DOGAL
DI MALAYSIA
 ANAK MUDA KUANTAN BUAT SEJARAH
 BANYAKKAN LAGI BERDEMO
 ANTI ZIONIS
ANTI MEK DONAL
JADIKAN DEMO BUDAYA KITA

HIMPUNAN SATU JUTA RAKYAT
MENUNTUT PILIHAN RAYA ADIL DAN BERSIH


KETAWA LAH KAMU SEBELUM KETAWA DIKENKAN LESEN

Posted: 23 Nov 2012 08:28 PM PST




 SATU JUTA RAKYAT MENUNTUT 
PILIHAN RAYA BERSIH


 AKAN DATANG BUKU
 KOMIK ANTI KERAJAAN



pra-tempahan sekarang. akan dapat buku selepas 29hb.
"target kita setiap org beli sekurang2nya 2 naskah....lagi banyak lagi
bagus..sebarkan maklumat kepada ibubapa dikampung" zunar
buku akan dilancarkan pada 29hb nov 2012 di Chinese Assembly Hall jam 8.00
malam.




HIMPUNAN SATU JUTA RAKYAT
MENUNTUT PILIOHAN RAYA BERSIH