KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar berundur secara terhormat jika tidak mahu terus berkhidmat sebagai wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang pemimpin muda Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah tidak "manis" mengakhiri kerjaya politik dengan bertanding di kawasan yang menjadi kubu kuat orang lain termasuk di Pekan sendiri, yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mengalami kekalahan.

Malah katanya, oleh kerana sudah ada ramalan Hadi akan kalah di kerusi sendiri iaitu di Marang, "adalah perkara yang paling tidak manis untuk menamatkan karier politik beliau sebagai Presiden Pas dan negarawan".

"Sejarah negara kita, belum pernah ada perdana menteri yang berkhidmat kalah di kawasan (sendiri)," tambah beliau.