Jumaat, 12 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros

Posted: 12 Oct 2012 09:08 PM PDT



Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.


Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir. - MSO

HARAMJADAH : Bapa 53, rogol anak sendiri 18

Posted: 12 Oct 2012 08:52 PM PDT


Bapa 53 tahun rogol anak OKU
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Oktober 2012
 Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias
Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias
IPOH – Nafsu binatang! Gelaran tepat bagi seorang lelaki yang tergamak merogol anak sendiri berusia 18 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias berkata, kejadian sumbang mahram itu disedari kakak mangsa yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa yang mempunyai masalah mental tinggal bersama-sama keluarganya termasuk suspek di sini.

"Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik dan masih bersekolah di sebuah sekolah pendidikan khas di daerah Ipoh.

"Semalam (kelmarin), mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan media yang difakskan kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, suspek yang berusia 53 tahun itu ditahan pada jam 1.40 pagi, semalam, di rumahnya dan direman tujuh hari  untuk siasatan.

Dalam perkembangan lain, Azisman berkata, pihaknya juga sedang mengesan suspek yang merempuh kereta polis di kawasan perumahan di Lebuh Bercham Selatan di sini, kelmarin.

Katanya, tindakan agresif itu menyebabkan salah seorang anggotanya melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek.

"Kejadian jam 12.30 tengah malam itu, anggota bertugas melakukan rondaan ternampak sebuah kereta Hyundai warna kuning dengan nombor pendaftaran WLX 659 dalam keadaan mencurigakan.

"Walaupun disekat di kawasan kejadian, suspek bertindak nekad membuat pusingan U lalu melanggar kereta yang dinaik anggota polis," katanya.

Suspek yang dipercayai terlibat dalam kes dadah berjaya meloloskan diri setelah merempuh dan menghimpit kereta polis.- SINAR

[Video] Ceramah DSAI di Tenom Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 07:43 PM PDT

Hampa tengok la Najib, betapa hebat nya dia. Soros yang minta nak jumpa dia tau, bukan dia yang pi jumpa Soros ... hahaha hampa dengaq la klentong Najib tu ....

Posted: 12 Oct 2012 09:41 AM PDT


October 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt — Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh  spekulator mata wang tersebut.
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.
"Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.
"Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya," kata Najib (gambar).
Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa.
"Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros.
"Asalkan ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak mengenai mendapatkan bantuan kewangan, saya rasa ia bukan satu kesalahan," tambah Najib lagi.
Semalam, naib presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa PM memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang semalam.
"Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros," kata Chua (foto fail).
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Najib, yang juga pengerusi BN, tiba di Menara Datuk Onn pada pukul 8.20 malam dan disambut oleh setiausaha agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam itu dijangka membincangkan beberapa isu politik semasa termasuk kemungkinan tentang persiapan jentera pilihan raya umum parti-parti komponen.
Turut hadir presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas, presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong, naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti-parti komponen BN lain.

[Video] Ceramah DSAI di Pensiangan Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 03:32 AM PDT

bumiperak

bumiperak


GEMPAR! Protes berani terbuka terhadap UMNO/BN oleh seorang Perempuan.

Posted: 12 Oct 2012 01:07 AM PDT

Mungkin ada antara kita pernah melihat gambar-gambar sebuah kereta Honda Accord yang dilekatkan dengan berbagai-bagai sticker yang memberitahu apa masaalah kereta yang baru diterima oleh pemiliknya itu.

Ianya dilakukan oleh pemilik kereta itu setelah rungutannya kepada wakil penjual kenderaan tersebut tidak dilayan dengan sebaiknya..


Gambar-gambar kereta itu aku cari tapi tak jumpa...


Ini pula juga tentang protes tetapi ianya bukan protes terhadap kenderaan baru yang bermasaalah tetapi protes terhadap Kerajaan UMNO/BN..


Dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina. Wanita ini telah kelihatan di Mahkamah yang menjalankan perbicaraan kes Sharzat saman Rafizi dua hari yang lalu.

"BN memupuk Samseng + Mafianism!! Msia Musnah!" itu yang dilekatkan pada belakang bajunya sebagai protes terhadap BN..




Dan di sebelah hadapannya pula tertera "Corrupted UMNO attacked Sultan's power in 80s - 90s. Who is traitor of Malays?" (UMNO yang rasuah menyerang kuasa Sultan pada tahun 80an-90an. Siapa sebenarnya pengkhianat Melayu?)

Betullah apa yang dia lekatkan di bajunya itu.. dah memang itu hakikatnya..


Bagamanapun wanita ini yang kemudiannya bersiar-siar di PWTC telah diusir keluar dari bangunan itu oleh petugas-petugas yang dipercayai sebagai pencacai UMNO.


Malah anggota RELA juga mengheret wanita ini keluar dari bangunan itu, tindakan anggota RELA itu menimbulkan satu persoalan... tengok video di bawah ni.. dengar betul-betul..



Sejak bila Pegawai Penguatkuasa dari jantina lelaki dibenarkan memegang orang disyaki atau yang dituduh dari jantina perempuan?- ASD

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DUA SPESIS DI PINGGIR KELAMBU UMNO

Posted: 12 Oct 2012 02:15 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKALI lagi mahu cerita kisah Us Nasha.  Seronok juga melayan karenah dia ni.  Dulu aku seronok melayan karenah Hasan Jati, sekarang ni kembar dia pula.  Aku amat setuju dengan pandangan Mahfuz Omar yang menyatakan PAS tidak kisah Us Nasha mahu berunding atau bekerjasama dengan Umno kerana tiada kena mengena dengan PAS.  

Bagi aku, usahkan berunding, jika Us Nasha mahu masuk dalam kelambu Umno pun tidak mengapa sebab suatu ketika Us Nasha ini pernah cuba menjengok dalam kelambu Umno sewaktu bermulanya hikayat "Kerajaan Perpaduang".  Semua orang tahu kisah itu, jika anda tidak tahu cuba bertanya dengan YB Khalid Samad, MP Shah Alam.  Beliau amat fasih dan hafal dengan "Hikayat Kerajaang Perpaduang" tersebut.  Jadi, pelik apanya jika sekarang Us Nasha mahu masuk kelambu Umno?

Mungkin masuk di dalam kelambu terasa segan macam Hasang Jati yang segan untuk masuk dalam kelambu Umno.  Maka, si Hasang ini hanya menempek di luar saja jadi balaci.  Kesihan dia.  Begitu jugalah dengan si ustaz sekor ni.  Mahu masuk di dalam kelambu Umno terasa malu tapi mahu.  Hakikatnya kedua-dua ekor spesis ni memang teringin sangat mahu berada di dalam satu kelambu dengan para-para perasuah yang ada, tapi apakan daya.  

Oleh itu, biarkan saja Us Nasha meroyan sendirian.  Bila dia sudah habis gila meroyannya, barulah PAS campakkan dia kat Umno untuk Umno jadikan balaci macam si Hasang Jati tu.  Sekarang suara Hasang Jati pun dah hilang.  Maklumlah, ceramah pun tak ada orang mahu dengar dan puak-puak tu pun tak larat nak sponsor semua ceramah mengarut dia tu.  Umno sudah terasa bahawa memelihara spesis Hasang tidak langsung memperkuatkan parti sekular tersebut.  Adakah dengan memelihara Us Nasha nanti Umno akan kuat sedikit dari sekarang?  Jauh sekali, kerana yang ada Phd pun tak boleh nak bantu Umno apatah lagi si Nasha.

Mahu tak mahu kita dah dapat saksikan betapa hinanya mereka yang membelakangkan perjuangan Islam dan perjuangan rakyat.  Kehinaan tertinggi di dunia ini tunggu sahaja masa PRU nanti di mana kita akan lihat dua spesis ini beraksi.  Jika mereka mendapat undi agak lebih baik sikit dari Ibrahim Alkataki, kira mereka berdua ini hebatlah.  Tapi jika mereka mendapat undi lebih teruk dari Raja katak Pasir Mas tersebut, eloklah mereka duduk di dalam hutan daripada tebal muka berdepan dengan masyarakat./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Clashes between rival groups in Tahrir Square

Posted: 12 Oct 2012 09:00 PM PDT

Violence perpetuates suffering of Aleppo residents

Posted: 12 Oct 2012 08:59 PM PDT

Turkey reinforces Syria stance

Posted: 12 Oct 2012 08:58 PM PDT

PM: Bajet pembangkang tak dapat tumpuan penganalisis...tapi dibahas oleh MP BN di Parlimen....!!!

Posted: 12 Oct 2012 08:57 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kabinet bayangan pakatan pembangkang adalah helah untuk mengelirukan rakyat demi kepentingan politik.

Beliau berkata kabinet bayangan adalah satu keperluan dalam sistem demokrasi 'Westminister' di England, yang mana rakyat boleh menilai sama ada pasukan bayangan yang dibentuk pembangkang berwibawa atau tidak.

Bagaimanapun, dalam hal ini, kabinet bayangan pembangkang boleh dipertikaikan daripada pelbagai sudut antaranya tidak melibatkan penyertaan menyeluruh mengikut wilayah dan kronisme.

"Mereka selalu dakwa kita kronisme tapi bila sampai kepada mereka, mereka cuba pertahankan apa yang dilakukan, "katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar ‘Bai’ah’

Posted: 12 Oct 2012 08:55 PM PDT

Seorang pemimpin tertinggi PAS berkata bahawa tindakan Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini dipercayai disebabkan mahu dipecat dari parti PAS. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Tindakan Nasharuddin Mat Isa memprovokasi hubungan diantara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini dalam isu Hudud dan negara Islam dipercayai mahu dipecat daripada parti tersebut kerana tidak berani melanggar "Bai'ah" dengan meninggalkan PAS secara sukarela. "Jika kita lihat, semenjak dua menjak ni, Nasha agresif melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Pakatan Rakyat (PR) berpecah," kata seorang pemimpin tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider.
"Beliau lakukan semua ini dengan tujuan agar PAS memecat beliau dan bukannya beliau meninggalkan PAS.
"Meninggalkan PAS bererti melanggar sumpah 'Bai'ah' dan ini mungkin menjadi sebab besar mengapa beliau tidak tinggalkan PAS secara sukarela."
"Bai'ah" bermaksud sumpah untuk taat kepada perjuangan Islam yang kebiasaan diamalkan oleh gerakan Islam.
Jika melanggar Bai'ah, dipercayai balasan daripada Allah akan menimpa seseorang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mengembalikan demokrasi tempatan

Posted: 12 Oct 2012 08:53 PM PDT

Oleh Zairil Khir Johari

Petikan ucapan Zairil Khir Johari di Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan 12 Okt 2013, Komtar, Pulau Pinang.

Tsunami politik yang berlaku pada tahun 2008, bukan sekadar meruntuhkan dominasi politik satu-parti di negara kita, tetapi juga telah menyerlahkan ketempangan sistem federalisme yang sekian lama dipraktikkan.
Negara kita Malaysia, walaupun secara definisi sepatutnya mengamalkan struktur persekutuan atau federasi yang menjamin dan memelihara keutuhan, hak dan autonomi setiap negeri, telah secara beransur-ansur menyerah diri kepada amalan pemusatan kuasa yang dahsyat. Pada hari ini, bukan sahaja kebanyakan kuasa pemutus terletak di tangan kerajaan persekutuan, malah dalam kerajaan persekutuan sendiri kuasa makin lama makin berkisar pada Bangunan Perdana Putra.
Sebagai contoh, belanjawan persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini telah menunjukkan peruntukan kewangan sebanyak RM14.6 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM). Angka ini bersamaan dengan 5 peratus daripada jumlah belanjawan persekutuan. Bandingkan pula dengan belanjawan negeri Pulau Pinang yang hanya berjumlah RM740 juta bagi tahun 2012 dan RM1.6 bilion untuk Selangor, walhal Negeri Darul Ehsan ini merupakan negeri paling maju dan besar populasinya di negara kita.
Cuba bayangkan, jumlah keseluruhan belanjawan bagi kesemua 13 negeri adalah hanya lebih kurang 6 peratus belanjawan persekutuan, di mana nisbah ini pernah mencecah 25 peratus pada zaman 90an. Dalam erti kata lain, sementara belanjawan-belanjawan negeri dari segi nisbah semakin mengecil, peruntukan bagi JPM pula dinaikkan berkali-kali ganda sehingga ia sudah hampir sama besar dengan jumlah keseluruhan belanjawan bagi semua negeri di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Hantu Soros kejar Najib!

Posted: 12 Oct 2012 08:50 PM PDT

Kerana permainan busuk pencacai-pencacainya, Najib Razak pulak yang terkantoi! 
Najib kata  "tak salah dia jumpa Soros" tapi dua tahun perjumpaan Najib-Soros disenyapkan! Nasib baik ada orang PKR dedahkan, kalau tidak... sampai sekarang orang tak tahu, terus menjadi rahsia! KAH!
Sebuah perjumpaan yang tak salah, yang konon tak ada apa-apanya, tapi 'dirahsiakan'! Kelakar jugak!
Dan bagi Najib Razak lagi, panduannya dalam hal Soros ialah tok gurunya Mahathir! Kalau Mahathir boleh jumpa maknanya tak salah kalau dia juga ikut sama jumpa macam Mahathir jumpa!
Begitulah ilmu 'sesat' yang diamal oleh puak-puak pencacai Umno ialah, asal Najib, Mahathir dan NGOnya buat, tak salah! Kalau NGO yang sealiran Pakatan Rakyat buat,  salah!
Orang yang dah busuk ni, dia sentiasa terhidu bau busuk dan kadang-kadang dia terlupa, busuk yang dikatakan berpunca dari orang lain itu sebenarnya adalah busuk dirinya sendiri! Itulah pencacai Umno!

Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros

Posted: 12 Oct 2012 08:47 PM PDT

Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.
Read More / Baca Lagi >>

Speeding up the game?

Posted: 12 Oct 2012 08:45 PM PDT

Enemy plotters are stepping up attacks on PAS and DAP to drive a wedge between them in time for the general election.

Certainly the 13th general election cannot be too far away. Just when there seems to be a lull in the political goings-on besides the usual Talam and the so-called water crisis stuff, PAS has again been rudely jolted with attacks from within its ranks.
PAS' collaboration with DAP has again been brought into question by Nasharuddin Mat Isa, the Bachok MP from PAS.
Of late, this former PAS deputy president seems to be making statements not aligned with the party stand. He has questioned Bersih co-chairperson S Ambiga's leadership of Bersih and currently he is questioning PAS' collaboration with DAP.
The latter point is certainly made with the aim of driving a wedge between DAP and PAS. Has he become a Trojan Horse?
Definitely he has plunged PAS into a dilemma. To sack him would be an extremely bad move as it would portray PAS as undemocratic and, worse still, of being a stooge of DAP. Thus the better move would be to just let him be.
It is not unusual for the enemy plotters to step up attacks on PAS and DAP at this point in time as they want to make sure that Pakatan Rakyat is sufficiently weak before the 13th general election is called and time is running out if they intend to call for the polls this year.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: Generasi muda cenderung sinikal pada politik

Posted: 12 Oct 2012 08:42 PM PDT

Struktur dan proses demokrasi negara perlu diperluas dan diperdalam bagi membolehkan generasi muda terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata secara umum, generasi muda cenderung bersikap skeptikal dan sinikal terhadap politik, namun rata-ratanya masih mempunyai keyakinan kepada amalan demokrasi.

"Untuk mendapatkan keyakinan mereka, demokrasi perlu ditambah baik. Dalam banyak cara, lakukan transformasi terhadap proses dan struktur institusi demokrasi yang akan meletakkan kedudukan demokrasi pada tempatnya," katanya pada Forum Anak Muda dan Demokrasi Tempatan anjuran Penang Institute di George Town malam tadi.

Forum yang dikendalikan Pengarah Akademi Pak Sako, Dr Afif Baharudin itu turut diambil bahagian anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan aktivis anak muda dari Diskopi Group, Teo Lee Ken.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene: Peguam Perancis beri taklimat di parlimen, visa sudah dipohon

Posted: 12 Oct 2012 08:39 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.
"Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.
"Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai," ujar Cynthia.
Read More / Baca Lagi >>

Peminat hormati keputusan Aishah untuk bersama PAS

Posted: 12 Oct 2012 08:23 PM PDT


Wan Aishah Wan Ariffin
Aishah (tiga, kiri) beramah mesra bersama peminatnya ketika menghadiri program Santai bersama Selebriti di Kerajaan Negeri Kelantan, semalam.
 
KOTA BHARU- Penglibatan penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah dalam kancah politik tidak menjejaskan popularitinya walaupun ramai mengecam tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.
Malah menurut Aishah, semua peminat setianya menghormati keputusan beliau untuk terlibat dalam politik walaupun ada kecaman diterima terutama di laman sosial facebooknya.
"Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik, kecaman- kecaman yang ada bukan dari peminat saya, " katanya kepada Sinar
Harian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.
Aishah yang juga ibu kepada dua anak berkata, mengakui jadualnya kini agak padat malah semakin sibuk selepas secara rasmi menyerahkan borang menyertai Pas Mei lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Rodziah : RM3.95 Juta Selesai Masalah Trafik Di Padang Jawa

Posted: 12 Oct 2012 08:21 PM PDT

SHAH ALAM, 13 OKT : Kesesakan lalu lintas di Padang Jawa  sejak bertahun lamanya berjaya di atasi Kerajaan Negeri dengan pembinaan laluan baru.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM3.95 juta bagi cadangan pembinaan jalan raya menghubungkan Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa ke Persiaran Jubli Perak Seksyen 17.
Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja memandang isu itu dari segi kesesakan tetapi juga keselamatan penduduk di situ serta Kapung Padang Jawa yang selama ini menghadapi masalah keluar masuk dari kawasan tersebut.
"Usaha bagi pembinaan jalan tersebut melalui perbincangan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak lain di mana kita sudah mendapat satu kata putus mengenai pembinaannya.
"Dengan perancangan dan usaha ini yang kita tunggu hampir dua tahun dan Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan bagi membina laluan alternatif ini yang dijangka bermula pada hujung tahun ini," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pengawal Keselamatan Menang Kes Tuntutan Gaji Minima

Posted: 12 Oct 2012 08:02 PM PDT


SHAH ALAM 13 OKT : Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan mendapatkan bayaran penyelaran gaji minima dan kerja lebih masa berjaya apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada pekerja terbabit.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Negara bankrap guna bajet PR tidak benar: DAP

Posted: 12 Oct 2012 07:59 PM PDT


Dr Tan Seng Giaw SHAH ALAM – DAP menolak dakwaan kerajaan sekiranya bajet Pakatan Rakyat (PR) dilaksanakan, ia akan mengakibatkan negara jatuh bankrap.
Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut tidak benar kerana negeri di bawah pentadbiran PR tidak pernah mengalami situasi seperti itu.
Beliau berkata, negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor berjaya mengatasi defisit belanjawan dan ia tidak seperti yang diuar-uarkan oleh parti pemerintah.
"Malah kami telah mencatat lebihan dalam belanjawan PR.
"Situasi begini akan berlaku sekiranya menggunakan strategi PR," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pemimpin pembangkang lemah matematik dan bajet PR boleh menyebabkan negara bangkrap.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa penyumbang RM40 juta duit seludup untuk Umno Sabah

Posted: 12 Oct 2012 07:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

SELUDUP DANA: UMNO TAK PER YE???? PR SALAH... CAMTU YE????

Posted: 12 Oct 2012 07:55 PM PDT

UMNO JERIT : "PENCURI PENCURI…" RUPANYA UMNO LA PENCURI TU…..
NAJIB DAH TERKANTOI LAGI, TEMBELANG UMNO DOK SELUDUP DANA PILIHANRAYA SEMAKIN TERBONGKAR….
DALAM MAHADEY KUTTI DAN RAKAN2 SEMANGKUK UMNO BE END MENEMBAK PR MENDAPAT DANA SOROS DAN LAIN2… RUPANYA UMNO LA YANG MENCURI…

Kenyataan Pemimpin Umno Paling Banggang...

Posted: 12 Oct 2012 07:04 PM PDT

Gua rasa inilah PM paling banggang dalam sejarah negara..Umpama sendiri berak,kemudian komen berak tu busuk..kuah3...Nak kata bodoh.,Ahli Umno kata dia cerdik..Gua rasa mana ada PM yang cerdik kalau kena tipu hidup-hidup dengan medianya sendiri yang ambil maklumat dari blog Umno kemudian masuk dalam suratkhabar dan minta PM banggang komen...Macam kat bawah nii...

Kabinet bayangan pakatan pembangkang disifatkan sebagai suatu 'permainan' yang hanya mengelirukan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pembangkang memberi mesej yang bertentangan apabila ada yang mendakwa ia adalah kabinet bayangan dan juga menafikan serta tidak memerlukannya yang mereka cuma boleh membentuk kerajaan apabila menang pilihan raya sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB MENGAKU BERJUMPA SOROS!!! PERKASA, JATI, ISMA akan buat demo besar-besaran ?

Posted: 12 Oct 2012 05:27 PM PDT


Akhirnya, setelah terbongkar kelmarin seperti yang didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Perdana Menteri Najib mengesahkan bahawa dia mengaku telah bertemu dengan spekulator matawang keturunan Yahudi, George Soros di New York dua tahun lalu.


Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997-98.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Duit Haram : Walaupun dituduh rasuah, BN Sabah puji Musa kerana kerja keras

Posted: 12 Oct 2012 05:24 PM PDT

Pemimpin BN tetap memuji Datuk Musa Aman walaupun dilemparkan tuduhan menerima rasuah. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Walaupun ditampar dengan tuduhan menerima rasuah, Ketua Menteri (KM) Sabah, Datuk Musa Aman telah digambarkan sebagai "melakukan kerja yang besar" dan "bekerja keras" bagi negeri di bawah bayu ini, kata rakan-rakannya dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN). Mereka juga berkata bahawa Umno Sabah boleh menerima sumbangan politik walaupun mereka tidak menghubungkannya kepada Musa yang telah dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan pemindahan wang haram lebih S$16 juta (RM40 juta), yang telah didakwa diseludup dari Hong Kong ke negeri itu oleh laman web pendedah maklumat, Sarawak Report.
"Saya rasa pembangkang perlu memohon maaf kerana merosakkan reputasi KM oleh kerana dia bekerja keras untuk Sabah," kata setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider.
"Tidak ada kebenaran kepada dakwaan yang dibuat oleh pembangkang kepada KM. Mereka telah mempunyai masa yang menyeronokkan mengejek KM, menuduhnya ...
Read More / Baca Lagi >>

TRUE COLORS: No need to tell source of Musa's RM40mil 'donation' - Najib

Posted: 12 Oct 2012 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Najib Razak refused tonight to disclose the source of a political donation received by Umno Sabah that was the subject of the Malaysian Anti-Corruption Commission's (MACC) investigation of Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman.
"It is a political donation. All parties have a right to receive political donations. As long as it is through the right channels, it is not an offence," the Umno president (picture) told reporters after chairing a Barisan Nasional (BN) supreme council meeting.
"We are not at liberty to disclose... the opposition also receives donations and they don't disclose," he said.
Yesterday, Parliament was told the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had cleared Musa of graft and money-laundering allegations after finding that the over S$16 million (RM40 million) allegedly channelled to the Sabah chief minister through corrupt means was meant for Sabah Umno's use.
Read More / Baca Lagi >>

Rintihan Pekan (Part 4 - Kemiskinan di Kuala Pahang)

Posted: 12 Oct 2012 05:10 PM PDT


Rintihan Pekan (Part 3 - Kampung pengundi import)

Posted: 12 Oct 2012 05:09 PM PDT


Rintihan Pekan (Part 2 - Nelayan jadi mangsa)

Posted: 12 Oct 2012 05:03 PM PDT

Rintihan Pekan (Part 1 - Gajah putih Tanjung Agas)

Posted: 12 Oct 2012 05:02 PM PDT