Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu.
Umno telah menggunakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR.
Tuan Ibrahim: Tidak pelik.
Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri.
Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya.
Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.
Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu!
Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad.
Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha...
Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno? Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh.
Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh.
Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid.
Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya.
Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti. -mso
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
US NASHA di dalam PAS, bolehlah dianggap "ada tidak menambah, tiada pun tidak mengurang" tetapi lebih baik tiada. Us Nasha bertuah kerana berada di dalam PAS kerana kepimpinan PAS tidak pernah berlaku tidak adil jauh sekali zalim terhadap mana-mana ahlinya. Sebarang tindakan kepada ahli, PAS tidak pernah berlaku tidak adil.
Jika tidak percaya, cuba bertanya Hassan JATI. Sebelum beliau dicampak keluar dari PAS, berapa kali PAS menegur, menasihati dan memberi amaran kepadanya? Hassan JATI tidak dicampak begitu sahaja walaupun memang wajar kalau PAS mahu berbuat demikian, tetapi PAS adalah Parti Islam maka sebarang tindak tanduknya mestilah mematuhi kaedah Islam. Malangnya, terdapat orang yang ingin mengambil kesempatan di atas `kelembutan' PAS tersebut.
"agak-agak ana nak guna taktik apa ye?" ermmm....
Sekarang, berlaku pula ke atas Us Nasha. Sebagaimana Us Tuan Ibrahim Tuan Man sebut, tiada yang pelik dari apa yang Us Nasha sebut tentang betapa PAS mesti mendahulukan Islam dari mendapatkan kuasa. Us Tuan Ibrahim juga sebut, PAS sememangnya mahukan kuasa dan kedudukan untuk memartabatkan Islam itu sendiri. Tanpa kuasa, PAS hanya mampu bercakap dan percakapan PAS berkenaan Islam selama ini adakah yang berkuasa sekarang mahu dengar?
Percayalah, jika sehari dua atau sebulan dua ini jika Us Nasha dipecat dari PAS, orang pertama yang Us Nasha tudingkan tidak lain tidak bukan adalah DAP kalaupun tidak DS Anwar. Pastinya beliau akan kata PAS ikut telunjuk DAP atau DS Anwar untuk memecatnya. Itu taktik yang mudah dibaca kerana taktik itu telah digunakan oleh Pengasas JATI. Harap-harap Us Nasha boleh cari taktik lain yang tidak menampakkan kebodohannya nanti./wfauzdin.blogspot.com
Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.
Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.
"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya. - Malaysiakini
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lalu.
Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi tuduhan pertama, Mohd Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan.
Hakim memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini.
Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata, Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat.
Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol.
Mohd Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara jam 1.40 pagi hingga jam 4.30 pagi, 3 April 2011.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
"Saya menghadapi tekanan perasaan dan pelajaran terganggu di sekolah. Semua impian dan cita-cita saya dah hancur," kata mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah yang dinyatakan menerusi laporan Bernama.
Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberui keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusoff Ag. Lah dan Mohd Firdaus Mohd Razi.
Memperdagangkan seorang remaja, Mak dipenjara 2 tahun
PENJARA.....Mak dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah.
Oleh : CLARICE USOP
KOTA KINABALU: Akibat tergamak memperdagangkan seorang remaja perempuan warga asing bagi tujuan pelacuran, seorang wanita tempatan berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.
Mak Gonda Ab Rahman dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Caroline Bee Majanil, selepas mengaku bersalah memperdagangkan mangsa berusia 13 tahun bagi maksud eksplotasi, pada 27 September lalu jam 2 petang di sebuah bilik hotel,Jalan Hj Yaakub, Kg Air, di sini.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeledupan Migram 2007, yang diperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pengadu mengetuai sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan pemerhatian di kawasan Kg Air. Semasa pemerhatian, tertuduh sedang memegang tangan mangsa yang berjalan dari perhentian teksi Kg Air.
Pengadu bersama pasukannya kemudian mengekori kedua-duanya dan melihat mereka masuk ke sebuah hotel. Tertuduh dipercayai menghantar mangsa kepada seorang pelanggan. Apabila tertuduh turun ke lobi, pengadu bertindak menahannya.
Hasil soal siasat, tertuduh mengaku mangsa adalah anak kandungnya dan memperdagangkan untuk pelacuran dengan bayaran RM80 hingga RM150 untuk seorang pelanggan. Pengadu bersama pasukan anggota menyerbu bilik terbabit dan telah dibuka oleh seorang lelaki.
Setelah siasatan dijalankan kepada mangsa, mangsa memberitahu tertuduh bukan ibunya. Sebaliknya, dia bekerja dengan tertuduh sebagai pencuci pinggan di Tawau. Mangsa telah dibawa ke ibu kota dan tinggal di sebuah penginapan di Kg Air dan didagangkan bagi tujuan perkhidmatan seks.
Terdahulu, Mak yang mempunyai enam orang anak merayu agar hukumannya diringankan dan mengaku telah melakukan kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dia juga menyatakan kepada mahkamah, dia mengalami penyakit asma dan suaminya telah tua.
Timbalan Pendakwaraya Monica Linsua menegaskan hukuman berat harus dijatuhkan demi kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang mengeksploitasi mangsa demi tujuan pelacuran.
"Mahkamah mesti mempertimbangkan fakta, tertuduh telah membawa mangsa ke ibu kota tapi sebaliknya telah dijadikan pelacur. Mangsa mengalami trauma dan takut kepada tertuduh dan ingin kembali kepada ibu bapanya di Tawau," katanya. (UB)
KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhi hukuman penjara selama setahun ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka akan dibebaskan tengah hari esok.
Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.
Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar.
"Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja. Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.
Ekoran pembebasan Hoslan, Juham akan mengadakan majlis kesyukuran pada malam esok bertempat di Surau PPR Chochrane.
Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas.
Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu.
Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas.
Penyanyi Indonesia, Rossa, yang terkenal di negara ini, akan menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat. Dalam satu majlis membaca Quran di Jakarta Selatan beberapa hari lepas, Rossa dilihat telah mengenakan hijab.
12 Oktober ini ialah tarikh Rossa menunaikan haji. Menurut Rossa dia akan cuba untuk berpakaian lebih tertutup selepas menunaikan haji dan memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah ini. Semoga segala urusan Rossa dipermudahkan. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredi gambar, detikFoto.
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Status Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebagai bapa saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dipernah dipergunakan untuk kepentingan diri. Pada beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka, kepentingan rakyat Terengganu lebih menjadi keutamaan. Di atas kesedaran itu, Ku Duka menyerahkan borang menyertai PAS pada 6 Oktober 2012 kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi. Ikuti temuramah beliau dengan wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan KHAIRUL AZLAM MOHAMMAD di Batu Buruk, Kuala Terengganu, 7 Oktober 2012.
Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS?
TENGKU SERI PADUKA RAJA: Pertamanya, saya ingin katakan bahawa saya menyertai PAS kerana Allah. Umur saya pun sudah mencecah 73 tahun, saya tiada apa-apa kepentingan, selain mahu menyaksikan Islam dan kebenaran tertegak di Terengganu dan di Malaysia amnya.
Saya melihat perkembangan politik dalam negara kita, keadaan sekarang ini begitu teruk dari segi penyelewengan, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional, baik di Pusat dan di Negeri.
Saya bimbang, jika saya duduk diam sahaja di rumah, pandangan saya tidak laku kerana saya tidak di pentas politik. Sebab itu saya memilih PAS, yang saya rasa PAS adalah sebuah parti yang sesuai pada saya. Read More / Baca Lagi >>
Penganugerahan kontroversi tender pembekalan pagi RM164.8 juta kepada petender yang didakwa tidak layak menimbulkan lebih persoalan, ekoran sebab Kementerian Kewangan meluluskan dikatakan tidak sah.
Dalam surat bertarikh 20 Julai lalu yang bocor, bahagian perolehan kerajaan di kementerian menjelaskan walaupun petender tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, kelulusan diberikan ekoran keperluan benih padi yang mendesak dan "faktor kesegeraan" bagi musim penanaman semula.
Surat itu, yang diedarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lalu, dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah.
Dua alasan yang diberikan itu pada mulanya dipersoalkan melalui artikel "Skandal Padi Benih yang Terburuk Dalam Sejarah Industri Padi/Beras Negara" oleh penulis yang merujuk dirinya sebagai "Warga Moe".
Artikel yang disebar secara meluas sejak bulan lalu itu membuat lebih banyak dakwaan berhubung tender itu.
"MOF (Kementerian Kewangan) pun kena tipu dengan (menteri pertanian) Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (amalan biasa MOA selama ini).
"Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak," artikel itu dipetik.
SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga dan ternakan beliau.
JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menerima satu SMS berbentuk ugutan semalam berhubung peranan beliau menganjurkan aktiviti ceramah di kawasan Felda Serting Hilir 5 di sini. Menurut Karip, SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga dan ternakan beliau. "Penghantar SMS itu turut mahu saya menghentikan program ceramah yang dilabelkannya sebagai ceramah pembohongan; kalau saya mahu kelurga saya dan ternakan saya selamat. "Penghantar SMS itu turut mengingatkan saya jangan selalu anjurkan siri ceramah di Serting Hilir kalau saya mahu selamat dan memberitahu bahawa kaum wanita tidak akan berubah dan berani memusnahkan saya," dakwa Karip. Read More / Baca Lagi >>
Dia pulak yang kalut terlebih anjur debat piala dia punya...
Najib... Najib...
Maka terkedulah Piem Umno neh bilamana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi pembangkang dalam debat neh memenangi debat & sebagai pendebat terbaik piala bapak dia punya. UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam debat tersebut... tahniah pada pemenang
Dari kiri: Maszlee, Abdul Rahman , Tony Pua dan Wan Saiful pada Wacana Sinar Harian Mengenai Bajet 2013, malam semalam.
SHAH ALAM – Kedua-dua pihak - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) - bersetuju bahawa bajet defisit negara perlu dikurang dan memberi tempoh sehingga 2015 bagi mencapai hasrat itu.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, berdasarkan keadaan semasa, dijangka dalam tahun itu bajet defisit negara dapat dikurang sebanyak tiga peratus.
Menurutnya, kerajaan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan dan memastikan setiap wang mampu memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus penjimatan boleh dilakukan. "Hutang atau defisit ini adalah relevan, tetapi apa yang penting adalah negara masih boleh menguruskannya.
Pilihanraya Umum ke 13 bagi sudah hampir tiba. Kalau semak semua kenyataan pembentangan Bajet 2013 tempoh hari yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, beberapa bantuan akan diberikan pada pada awal 2013. Memberikan "signal" bahawa kononnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2013. Walaubagaimanapun….
Walaubagaimanapun, hati kecil kami kuat mengatakan yang mana Pilihanraya akan diadakan pada bulan November atau selewat-lewatnya Disember 2012 ini….
SPR Malaysia Minta Semak Senaraian Daftar Pemilih & Selesaikan Segera!!
Yang sedihnya, walaupun sudah beberapa tahun Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 sekarang ini semakan daftar pemilih yang dilakukan di portal SPR Malaysia menunjukkan masih ada lagi senaraian daftar pemilih Malaysia yang berumur lebih 100 tahun seramai 1538 orang. Ini apa yang kami perolehi. Yang masih lagi belum dibongkarkan?
Ya…benar kita faham orang dulu-dulu umur boleh senang-senang menginjak melebihi umur 100 tahun. Ini semua disebabkan faktor pemakanan, persekitaran dan cara hidup mereka yang menyebabkan mereka "boleh bertahan lama". Sekarang?
Tetapi….yang menghairankan kami bagaimana boleh ada begitu ramai rakyat Malaysia dari negeri Perak dalam daftar pemilih di SPR Malaysia melebihi 1538 orang.
SPR Malaysia, apakah alasan anda kali ini?
Yang menakjubkan kami adalah kesemuanya mereka mempunyai hak untuk mengundi?
Kami sempat merakam paparan beberapa butiran daftar pemilih yang berumur 100 tahun di laman web SPR Malaysia. Melayu ada, Cina ada, India ada. Lengkap 1 Malaysia….
We are still here – the Penan are demanding a proper settlement with signatures.
Penan blockaders, who have brought construction on the Murum Dam to a standstill over the past ten days, have reacted with outrage at the news that their assemblyman, BN's Liwan Lagang, has been telling the media that a settlement has been reached. In response they have instead tightened and extended the blockade to another approach road to the dam. Our reporter in the area has informed us that the blockade is now manned by all the Penan Chiefs from the nine villages due to be affected by the flooding from the dam and they have refuted Lagang's report of a settlement as a total falsehood:
"They clarified that their protest is growing from strength to strength with the full involvement and support of all their Village Headmen and Leaders of their respective Village Development and Security Committees (JKKK). The only Penans who have left the site have been forced to do so in order to search for food to sustain their protest or to return their wives and children to their villages. They will return in greater numbers."[ground report for Sarawak Report]
While their protest is in every way peaceful the Penan, who face eviction from their homelands in just a few months, made plain their determination by lighting tyres in front of lorries who have been waiting to proceed to the dam construction site. Read More / Baca Lagi >>
Nasharudin Mat Isa tanya " ADAKAH BENAR ADA USAHA UNTUK MENJADIKAN NEGARA INI NEGARA KRISTIAN?
Cuma aku nak tanya Nasha ?,,, siapa yang tukar hari cuti mingguan negeri Johor dan Perlis dari Jumaat yang merupakan syiar penghulu segala hari buat umat Islam kepada hari Ahad... Hari Ahad ni syiar untuk siapa,,,
Siapa yang terhegeh-hegeh pergi jumpa Pope ?
Siapa yang membenarkan gereja terbesar didirikan di Malaysia
Dan akhir sekali berapa ramai Ahli UMNO yang selama ini mengaku parti Islam yang ahlinya dari Sabah berugama Kristian,,, tolong bagi kira sat
Soalan Cepumas,, berapa ramai pemimpin UMNO mengaku beragama Islam yang menjadi ahli kelab freemason......
SHAH ALAM – DAP menyangkal kritikan bahawa Bajet Alternatif 2013 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai bajet "lemah matematik", seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebaliknya menegaskan kenyataan dikeluarkan oleh Husni adalah "dakwaan yang tidak mengikut fakta."
Pua muncul dalam Wacana Sinar Harian Bajet 2013 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf malam tadi. Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
Menurut Husni, "mengikut perkiraan" bajet bayangan 2013 PR sebagai mengelirukan dan akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa Islam sememangnya menjadi prinsip utama dalam perjuangan parti Pas.
Beliau berkata, perkara itu tidak pernah berubah sejak dari dulu sehingga ke hari ini.
"Sebab itu saya masih di sini (dalam Pas), kerana prinsip itu masih lagi dipegang. Majlis Syura sebagai badan tertinggi parti masih lagi menegakkan perkara itu dan tiada arahan baru diterima.
"Beliau (Nasharudin Mat Isa) juga ahli di dalam Majlis Syura seharusnya lebih tahu apa yang diperjuangkan parti," katanya yang mengulas kenyataan Bekas Timbalan Presiden Pas itu.
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas ada dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dedah Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Dalam Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kuantan itu membawa bukti salinan carian di laman web SPR, terdapat pemegang Mykas didaftar sebagai Hasmidah Surahbil dengan nombor kad pengenalan 820315-12-6446. Hasmidah disenaraikan sebagai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat. Turut dinyatakan ialah lokaliti pengundi di Taman Baiduri Jaya dan daerah mengundi di Bandar Teknologi Kajang. "Perkara ini bukannya kali pertama berlaku. Kita telah lapor kepada Jabatan Pendaftararan Negara (JPN) dan SPR. Mengapa sampai hari ini nama tidak digugurkan?" soalnya pada perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat. Read More / Baca Lagi >>
Sebanyak 2,303 pemilih terlibat dalam tindakan pembetulan kawasan pendaftaran mengundi yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata tindakan sama membabitkan 2,579 pengundi pada tahun lepas.
Mohamed Nazri berkata langkah itu dilakukan mengikut Sub-peraturan 5(3)Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Read More / Baca Lagi >>
(Dari kiri) Wakil Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Sahabat Pannir Salvam A. Rajoo, Mohd Norhaidi Abdullah (pemandu teksi), pengerusi BBPTB Amran Jan dan Manugharan Sellandy semasa menemui wartawan The Malaysian Insider bagi membuat luahan mereka ekoran situasi yang berlaku.
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pemandu teksi mengadu kepada The Malaysian Insider semalam ekoran kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL. Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi. "Kenyataan Aslah baru-baru ini jelas membuktikan dia mengambil kesempatan atas perkara tersebut dan seolah-olah menjadi pembela kepada SPAD. "Selama 29-30 tahun jadi presiden, apa yang sudah dia lakukan untuk menjaga kebajikan pemandu teksi? "Hingga kini pemandu teksi tiada caruman KWSP dan Socso," kata Amran Jan, pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) yang ditemui semalam. Read More / Baca Lagi >>