Selasa, 28 Ogos 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KALI INI AKU COPY CERITA MENARIK DARI YB KHALID SAMAD

Posted: 28 Aug 2012 02:28 PM PDT

Ada Berita Baik!! Dari YB Khalid Samad

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?". Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!" Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ISU LOMPAT PARTI - TERNGANGA LAGI UMNO

Posted: 28 Aug 2012 05:00 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
USAHA media pencacai untuk melaga-lagakan pimpinan di dalam PR gagal lagi di dalam isu Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disokong kuat oleh DAP.  Di dalam kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim beliau tiada masalah dengan perkara tersebut.
 
Sebelum ini, media cuba laga-lagakan PAS dengan DAP di dalam soal Hudud, tetapi apabila Presiden PAS kembalikan semula hujah tersebut kepada Umno yang menjadi tonggak kerajaan lebih dari 50 tahun, Umno terkedu kerana Umno juga mengaku dia parti Islam.
 
Nampaknya PR perlu bersedia lagi untuk dilaga-lagakan oleh mereka yang kini sedang mencari jalan untuk membantu Najib mengumumkan pembubaran Parlimen.  Najib tidak akan bubarkan Parlimen selagi PKR, PAS dan DAP bersatu dan kukuh.  Formula yang ada pada Najib adalah pecahkan kerjasama PR, itu sahaja.  Modal seks dan lucah tidak laku lagi, dubur Sepol dan mulut busuk Umi Hafilda sudah tidak membantu parti yang digelar Setan oleh Mahdey Kutty ini.
 
Baca Kenyataan DS Anwar di dalam Malaysiakini hari ini;
 
 
Anwar OK dengan enakmen antilompat parti


Ahmad Fadli KC
1:01PM Ogos 28 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini (Malaysiakini).

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wanita 15 suami diburu polis

Posted: 28 Aug 2012 08:32 AM PDT


KERALA: Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya.
Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia 'berkahwin' lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.

Shahanaz pertama kali berkahwin kira-kira 11 tahun lalu dengan seorang lelaki bernama Siddique dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinannya hanya terbongkar apabila dua daripada suaminya tampil di balai polis Chennai dan aduan susulan dibuat oleh beberapa mangsa lagi.

Keseluruhannya tujuh aduan rasmi sudah dibuat terhadapnya, tetapi tidak mustahil lebih ramai lagi mangsa yang akan muncul.

Aduan pertama dibuat oleh Manikandan, 24, yang bekerja di bilik pameran kedai kereta.

Shahanaz memberitahunya dia mencari lelaki yang menipu kawannya selepas berjanji untuk mengahwininya.

Menurut akhbar Indian Express, mereka banyak kali bercakap di telefon dan kemudian menjadi rapat.

Shahanaz memberitahunya dia anak yatim sejak kecil dan mendakwa bekerja sebagai peguam bela di mahkamah tinggi Madras. Dia juga memberitahu sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.

Mereka berkahwin April lalu tanpa restu ibu bapa Manikandan.

Dua bulan kemudian, Shahanaz meyakinkan Manikandan dia perlu tinggal di asrama supaya dapat bersedia untuk menduduki peperiksaan.

Manikandan mendakwa dia menjual barang kemas yang dibeli untuk perkahwinan mereka untuk digunakan Shahanaz. Dua minggu kemudian, Shahanaz hilang dari asrama dan tidak dapat dikesan.

Ketika polis mula menyiasat kes itu, seorang lagi lelaki, Prasanna, pemain bola sepak daerah tampil mengatakan dia juga berkahwin dengan Shahanaz beberapa tahun lalu.

Polis kini mendapati Shahanaz turut berkahwin dengan orang lain termasuk Rajesh, Chandrababu dan Saravanan. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012

Dalam 10 orang Cina, hanya 1 saja sokong Chua Soi Lek kata seorang kawan Cina

Posted: 28 Aug 2012 06:04 AM PDT

KL 9.00mlm 280812 - Alhamdulillah hari ni cuaca mendung tak panas macam bulan puasa tambah-tambah pagi tadi hujan turun dengan lebat di Shah Alam dan KL.Moga air dalam empangan terus melimpah dan pihak Syabas patut rasa malu kerana asyik politikkan isu air di Selangor.Media Umno pulak terlupa kata di Pahang yang mahu hantar air ke Selangor juga ada kawasan yang beraya tanpa air bersih untuk kegunaan harian.

Saja nak bagi tau hari ni kebetulan berjumpa seorang Teknisyen berbangsa Cina di kilang JVC di seksyen 22, Shah Alam. Beliau  dah 15 tahun kerja di syarikat tu.Saya berjumpa dengan Teknisyen tu kerana peralatan cd player kereta saya rosak dan disyorkan pihak service centre untuk datang ke JVC (Kenwood) untuk dibaiki. Teknisyen ni tanya kat saya,"Apa macam politik sekarang?" Saya kata, "Politik sekarang BN tengah teruk."Dia kata kat saya,"Ya la..ini kali kita rakyat kena tukar kerajaan di Putrajaya.Kasi dia (BN) tau sikit apa rasa jadi pembangkang." Teringat dalam kepala saya ,"Ishh hari-hari Umno-BN dok mainkan isu Hudud takkan tak masuk dalam kepala Cina ni.Ini maknanya yang ada dalam fikiran rakyat ialah nak tukar kerajaan di Putrajaya yang lain kira kemudian.

Seorang supplier yang juga berbangsa Cina kata kat saya ,"Saya,  ini MCA sama Umno hari-hari cakap isu Hudud saja tapi kita sudah tau apa dia orang punya politik.Saya mau kasi tau u..dalam 10 orang Cina hanya seorang saja sokong Chua Soi Lek dan MCA."Kata supplier tu lagi kat saya,"MCA sama Umno patut bagi tau kepada rakyat macammana mau jadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah,semua rakyat boleh cari makan bukan hanya kroni BN saja yang kenyang.Ini MCA sama Umno bikin wayang banyak kuat cakap agama punya hal."

La ni kata Cina tu lagi hanya tinggal di kampung-kampung saja yang sokong BN dalam bandar BN dah tak laku.Bagilah apa pun duitka, peralatan sekolah dan sebagainya rakyat Malaysia sedang bermimpi bahawa selepas pru 13 Umno-BN hanya jadi pembangkang di parlimen.

Kita pulak terus dibodohkan puak gerombolan dengan politik jual burger depan rumah orang, buat tanda lot niaga dalam kawasan perumahan, politik menari punggung dan terpengaruh dengan fikiran yang membodohkan kita dengan begitu mudah.Ingat ada pangkat Datuk semua cerdik ka?.Kita kata negara kita negara membangun tapi mentaliti berpolitik macam negara kelas ketiga malah lebih teruk lagi daripada tu.Satu dunia ketawa apabila lihat politik bodoh yang dibodohkan oleh orang yang ada gelaran Datuk - Rakyat Marhaen

Kalau ya pun, hampa jangan la buat macam ni na ....

Posted: 28 Aug 2012 03:15 AM PDT

Minum racun kerana tak dapat restu isteri pertama untuk kahwin lain

GEORGE TOWN: Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.

Beliau berkata tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.

"Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- Bernama

Sambutan Hari Merdeka di Bukit Jalil: Untuk jemputan BN sahaja?..

Posted: 28 Aug 2012 01:39 AM PDT


28 August 2012

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Kerajaan Najib Razak dibidas untuk sambutan perayaan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil yang bakal menggunakan dana rakyat, namun pada masa yang sama melayan rakyat sebagai orang luar dan hanya mengutamakan jemputan dari kalangan pro-UMNO dan Barisan Nasional sahaja.


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini menyelar sikap kerajaan tersebut yang dilihat membelakangkan rakyat dan menjadikan perayaan Hari Merdeka sebagai perayaan milik UMNO-BN sahaja.

Kit Siang berkata demikian berikutan laporan Malaysiakini semalam yang mendedahkan bahawa susun atur kerusi di dalam stadium tersebut telah diatur khusus untuk jemputan BN sahaja, termasuk pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, dan kumpulan-kumpulan terpilih, termasuk parti politik mesra BN – Indian Progressive Front (IPF) dan Kongres India-Muslim Malaysia (KIMMA).

Menurut laporan itu juga, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kamaruddin Siaraf dipetik sebagai berkata bahawa orang umum boleh mengikuti sambutan itu melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar stadium.

Apabila disoal kenapa wakil Pakatan Rakyat tidak dijemput sama, beliau berkata bahawa 'mereka' boleh turut serta bersama 'rakyat lain' di luar bangunan stadium. "Mereka boleh datang atas 'tiket rakyat'," katanya.
Kit Siang menambah bahawa ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib Razak tidak memahami apa sebenarnya konsep rakyat sebagai 'bos' dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Berapa kos sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil? Adakah Barisan Nasional akan membayarnya dengan wang parti itu sendiri?" soal beliau.

"Sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil adalah langkah ke belakang dalam pembinaan negara selama 55 tahun, apabila rakyat diasingkan daripada stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk yang hanya dikhaskan untuk 'jemputan BN' sahaja," ujar beliau. – Roketkini.com

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Syria-Dilema Perjuangan (Revolusi Rakyat atau Konspirasi Barat ?)

Posted: 28 Aug 2012 12:32 AM PDT

Koroner Azmil menolak keputusan bahawa kematian mendiang Teoh Beng Hock adalah kerana bunuh diri

Posted: 05 Jan 2011 05:49 PM PST


SHAH ALAM: Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian mendiang Teoh Beng Hock, pembantu politik kepada seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, sebagai penghakiman terbuka.

Koroner Azmil Muntapha Abas berkata tidak dapat dipastikan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri.

Mendiang, 30 tahun, setiausaha politik kepada Encik Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas beliau memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan bagi menyiasat kematian mendiang, yang membangkitkan beberapa persoalan, termasuk bagaimana, bila dan cara beliau menemui ajal dan yang paling penting, sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh.

Laporan meluas menyatakan beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalah guna peruntukan kerajaan Selangor.

Pada awalnya inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu.

Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi, termasuk seorang pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dijemput oleh kerajaan Selangor. Dr Pornthip menimbulkan tengkarah apabila beliau mendakwa mendiang mungkin dibunuh.

Mayat mendiang kemudian digali semula untuk bedah siasat kedua.

'Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,' kata Koroner Azmil semalam.

Beliau berkata masih ada isu yang belum diselesaikan berhubung hujah bunuh diri dan menegaskan bahawa menentukannya secara telahan tidak boleh diterima.

Koroner Azmil berkata ada bukti mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher mendiang berlaku sebelum beliau jatuh.

Namun, tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Beliau berkata juga tidak ada pihak ketiga terbabit dengan kematian mendiang.

Mahkamah sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues itu.

Para penyokong mendiang menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice for Beng Hock' (Keadilan bagi Beng Hock). -- Agensi.

Undang-undang jelas sebut SUK dilantik suruhanjaya perkhidmatan

Posted: 03 Jan 2011 08:39 PM PST

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor mungkin menghadapi masalah yang lebih rumit berbanding jalan buntu yang dihadapinya sekarang jika ia memutuskan membawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri itu ke mahkamah, menurut mantan hakim Datuk N. H. Chan.

Sambil merujuk kepada Seksyen 52 perlembagaan negeri Selangor, Datuk Chan dipetik oleh laporan laman berita The Malaysian Insider semalam sebagai berkata, undang-undang dengan jelas menyebut SUK dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan bukannya menteri besar ataupun sultan sebagaimana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

'Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52 (1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh suruhanjaya perkhidmatan yang sewajarnya memilih kalangan anggota perkhidmatan awam.

'Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan yang calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam,' jelas beliau.

Oleh itu, kata beliau, kemungkinan perkara yang akan dicabar berkaitan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah ia tidak dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan.

Justeru, mantan hakim Mahkamah Rayuan itu berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), harus berhati-hati dalam menentukan suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan sebelum memulakan sebarang tindakan mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi, sebagai penyandang jawatan tersebut.

Datuk Khusrin pula dilaporkan mula masuk ke pejabatnya pagi semalam.

'Jika beliau menyaman suruhanjaya perkhidmatan yang salah, mereka akan kalah seratus peratus. Kes itu akan ditolak serta-merta,' tegas Datuk Chan ketika dihubungi di Ipoh, Perak.

Seorang lagi bekas hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider bahawa suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan dalam perlembagaan negeri Selangor itu ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan ketuanya ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, Datuk Chan enggan mengulas pandangan itu.

Laman berita Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Datuk Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 6.45 pagi semalam tetapi mengelak daripada menemui sekumpulan wartawan yang menunggunya sejak awal pagi.

Sementara itu, kerajaan negeri Selangor berkata ia mencadangkan agar diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk SUK negeri kepada Menteri Besarnya dan Sultan Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menulis surat kepada Speaker DUN bagi memaklumkan mengenai cadangannya itu selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi semalam. -- Agensi

Rio Ferdinand - Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia dalam final Piala Suzuki.

Posted: 30 Dec 2010 04:12 PM PST


Oleh Mohd Sani Ali

KEJAYAAN barisan muda Malaysia menjulang mahkota Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Piala Suzuki membayangkan mereka mampu menguasai bola sepak Asia Tenggara untuk suatu jangka waktu.

Pandangan itu diperkukuh berdasarkan umur pemain yang menjulang kejohanan berprestij itu selepas mengatasi Indonesia dengan agregat 4-2 rata-rata berusia 22.8 tahun.

Keupayaan jurulatih setempat, K. Rajagobal, menghimpunkan tenaga pemain-pemain muda dengan sebahagian besarnya terdiri daripada Skuad Sukan Asia Bawah 23 Tahun, turut membuktikan beliau mampu mengubah minda pemain yang tiada pengalaman kepada pemain yang boleh dipertanggungjawabkan.

Bayangkan, Rajagobal kehilangan sebahagin besar pemain utamanya disebabkan kecederaan dan terpaksa menampilkan pasukan ala kadar sehingga dimalukan Indonesia 5-1 di peringkat Kumpulan A pada 1 Disember lalu.

Tiada siapa yang menduga, Mohd Safee Sali, 26 tahun, muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki dengan lima gol. Yang menarik, pemain asal Selangor itu memiliki semangat bekerja keras dan lincah.

Beliau juga mampu mengambil setiap peluang yang tersaji walaupun dirempuh dan diadang pemain pertahanan lawan untuk menjaringkan gol.

Kekuatan pasukan Malaysia dan kejayaan mereka menjuarai Piala Suzuki turut menerima pujian dan ucapan tahniah daripada kapten England dan Manchester United, Rio Ferdinand.

'Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia dalam final Piala Suzuki.

'Saya pernah bermain menentang pasukan Bawah 23 Tahun Malaysia 18 bulan yang lalu. Ia memang pasukan yang bagus,' kata Ferdinand dalam akaun twitternya, @rioferdy5, yang dipetik di sini semalam.

Pengakuan pemain hebat seperti Ferdinand, tidak syak lagi menjadi bukti akan keupayaan anak buah Rajagobal untuk menguasai semula era bola sepak yang pernah dikecapi Malaysia suatu ketika dulu.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU 13 : BN selesa di Kubang Pasu..?? Pas nekad rampas Jerlun..!!

Posted: 28 Aug 2012 07:11 PM PDT

Pertandingan dua penjuru bagi satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kubang Pasu dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), menyaksikan perbezaan undi yang ketara terutamanya bagi kerusi parlimen.

Biarpun Barisan Nasional (BN) tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.

Bagi kerusi berkenaan, ada desas-desus menyatakan bahawa kerusi calon BN, Datuk Ahmad Zaini Japar yang menang dengan majoriti 6,995 dalam PRU12, Ahmad Zaini menerima 13,219 undi menewaskan Che On Yusof dari PKR dengan 6,224 undi mungkin akan digantikan nama lain.

Penyandang sebelumnya juga milik calon BN, Datuk Khalidah Adibah Ayob dengan majoriti 6,972 undi.

Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 : Penduduk risau kepercayaan kepada BN berubah....Janji Dicapati...!!!

Posted: 28 Aug 2012 07:09 PM PDT


Penduduk risau kepercayaan kepada BN berubah PASIR GUDANG – Penduduk Kampung Sri Makmur Plentong, di sini meluahkan kebimbangan kepercayaan yang selama ini diberikan kepada kepimpinan Umno akan goyah sekiranya geran hak milik tanah masih belum diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Rumini Jamieong, 46, berkata, dari dahulu sehingga sekarang sokongannya tetap padu terhadap Umno, tetapi bimbang hatinya akan berubah sekiranya Menteri Besar (MB) masih gagal menunaikan janji.

Menurutnya, masalah tempat tinggal akan timbul sekiranya tanah yang diterokai sejak lebih 28 tahun itu masih gagal dimiliki memandangkan rata-rata penduduk sudah berstatus warga emas.

"Di mana kami nak tinggal kalau tanah ini tidak dianugerahkan kepada kami. Kalau nak beli rumah pun memang sudah tidak mampu apatah lagi nak buat pinjaman bank memang tak layak.

"Kami rayu MB percepatkan pemberian geran hak milik tanah ini kerana sekarang ni Alhamdulillah sokongan terhadap Umno masih kuat, tapi takut kalau tak selesai hati akan goyah dan berubah," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Bukan minta duit, cuma pegang pada janji
Read More / Baca Lagi >>

Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

Posted: 28 Aug 2012 07:03 PM PDT


Haron Din SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas KPN mahu statistik jenayah dikaji semula....ha..ha.. Musa..rakyat tahu apa cerita sebenarnya...!!!

Posted: 28 Aug 2012 06:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistic kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.
Bekas KPN itu (gambar) menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.
Pihak polis merespon semalam atas dakwaan yang disiarkan minggu lepas dalam surat yang kononnya daripada pegawai polis yang berkhidmat.
"Lebih baik kerajaan kaji semula statistik kadar jenayah.
"Kalau tak betul seperti yang didakwa, buktikan.
"Jangan diam saja kerana ini akan membuka ruang kepada orang untuk buat spekulasi," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
Pada 22 Ogos satu surat tanpa nama dikatakan ditulis oleh seorang polis menggunakan nama Sumun Osram mendakwa kes-kes jenayah dimanipulasi dengan menggunakan metodologi "jenayah bukan indeks" dan tidak dimasukkan dalam statistik kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Read More / Baca Lagi >>

Mazlan : Mengapa Pemimpin Baik Felda Diganti?

Posted: 28 Aug 2012 06:46 PM PDT



SHAH ALAM, 28 OGOS : Aktivis Felda Mazlan Aliman hari ini mempertikaikan penggantian Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dengan seorang pegawai yang dikatakan terlalu "junior" untuk jawatan itu.
Mazlan mendakwa Faizoull Ahmad yang menggantikan Dzulkifli adalah orang kepercayaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini hanya berjawatan gred N54.
"Sedangkan ada orang yang lebih senior daripada beliau. Sepatutnya, Faizoul ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3," kata Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Mazlan berkata Dzulkifli akan disingkirkan dari terus memegang jawatan itu berkuatkuasa 1 September depan.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor : ‘Task Force’ Untuk Kaji Peruntukan Tambahan Pembangunan Sekolah

Posted: 28 Aug 2012 06:45 PM PDT

KLANG, 29 OGOS : Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa bertindak (task force) bagi mengkaji keperluan belanjawan tambahan untuk urusan pembangunan sekolah di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata belanjawan tambahan itu berbeza daripada peruntukan RM16 juta setahun yang diberikan Kerajaan Negeri kepada tiga jenis sekolah.
Beliau berkata, ia merujuk kepada sekolah agama rakyat (SAR), sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina.
"Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan satu task force yang akan mencari jalan bagaimana untuk membuat belanjawan bagi menolong pihak sekolah dalam usaha menambah baik kemudahan sekolah.
"Peruntukan ini adalah berasingan daripada peruntukan sedia ada di mana ia hanya disumbangkan sebagai sebahagian daripada kos pembangunan sekolah itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Cina Pin Hua, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Teks khutbah Maik bebas pengaruh politik

Posted: 28 Aug 2012 06:44 PM PDT


Kamaruddin Mohd Zin KOTA BHARU- Teks khutbah yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin menegaskan, penghasilan teks khutbah itu melibatkan penglibatan ulama dan golongan berkelayakan dalam bidang agama sahaja tanpa terikat dengan kepentingan individu tertentu.

Menurutnya, isi kandungan khutbah dirangka Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai Pengerusi Panel bersama beberapa panel lain seperti Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali dan Pencacai UMNO nak kata apa? Tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali"

Posted: 28 Aug 2012 06:39 PM PDT

Kompom tak ada laporan polis
PM perlu perjelas tindakan upah pro Zionis

PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.
Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini. "Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin. 

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".-Malaysiakini 

Perkasa dah hilang taring,Jati Tiga Jalur yang baru lahir terkejut sebab Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali, Pewaris dah lama berkubur jadi siapa lagi yang akan buat laporan polis. Dah banyak makan hasil air tangan dan buah fikiran Zionis tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali. - 
Read More / Baca Lagi >>

Ini dia soalan cepumas yang sekog pun ulamak UMNO takleh nak jawab!!!

Posted: 28 Aug 2012 06:38 PM PDT



Oleh TOK SENAPI

Berkatalah otai besaq UMNO yang mengisytiharkan BN sebagai Parti Setan baru-baru ini, Mahathir bin Md Iskandar bahawa, "Saya tidak tolak hudud tapi saya tolak hudud PAS." Katanya lagi, hudud PAS tak adil.


Ucapan ini bukan kali pertama TS dengaq tapi dah berkali-kalai sejak dia jadi PM lagi. Apabila ditanya wartawan, tang mana yang kata hudud PAS tu tak adil? Maka jawab Mahathir, kalau orang Islam mencuri kena potong tangan, orang kapiaq mencuri kena penjara atau denda. Adil bagi Mahathir, kalau dah mencuri dua-dua tu (Muslim dan kafirin) kena potong tanganlah.

Read More / Baca Lagi >>

PPSMI , Kroni Untung... Projek Terbengkalai

Posted: 28 Aug 2012 06:34 PM PDT

Semenjak dilaksanakan masa zaman mahadey "melayu karala" tu dulu lagi dah jadi isu, sedangkan ajar budak sekolah subjek Matematik dan sains ni dalam bahasa melayu pun banyak budak tak boleh nak follow, inikan pulak nak cakap BI dengan budak-budak ni. lagi la ternganga.

Umno ni memang jenis suka test dulu, kalau rakyat bising nanti tarik balik. ni la jadi kat projek PPSMI ni, kenapa sebelum buat takmo fikir masak-masak.

Kos dah banyak dikeluarkan, bukan sikit "duit rosmah" dibazirkan untuk projek ni, konon dulu nak letak peralatan tercanggih untuk jadi "alat bantuan mengajar... sekarang apa dah jadi... tengok bawah nei.




Akibatnya , kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada peralatan bernilai lebih RM500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik jadi "tukun".

Kalau ye pun, jangan la sampai terbengkalai macam ni, kan boleh guna untuk tujuan pembelajaran, dari jadi rak simpan buku.

Ini betul-betul la "janji dicapati".

Pelik !!!! Ahli Parlimen Umno Kekal Walaupun Bankrap...ooops lupa UMNO kebal undang2 eh..!!

Posted: 28 Aug 2012 06:33 PM PDT

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan.


Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu

Apa sudah jadi nei...

Dosa - Dosa Umno

Posted: 28 Aug 2012 06:27 PM PDT

Oleh Musli Oli
Tajuk artikel diatas merupakan tajuk buku saya yang terbaru yang dijangka terbit sebelum Najib bubarkan Dewan Rakyat selepas Bajet 2013. 
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau nama asalnya PEKEMBAR adalah gabungan persatuan-persatuan atau NGO Melayu dan Islam yang telah bersatu untuk menjaga kepentingan dan hak orang Melayu menentang perlembagaan MalayanUnion.

UMNO sepatutnya menjadi institusi politik bangsa Melayu kerana telah memilih nama bangsa MELAYU sebagai nama parti. Melayu adalah hak bangsa Melayu. Mana-mana pertubuhan yang menggunakan nama Melayu secara langsung meminjam hak bangsa Melayu.
Dalam kes UMNO,  setiap umat Melayu Islam di negara ini berhak keatas UMNO samada mereka menjadi ahli atau tidak kerana parti itu menggunakan nama Melayu. 
Demikian halnya dengan pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama Melayu atau bumiputera. Semua bangsa Melayu dan  kaum bumiputera berhak keatas pertubuhan itu selaras dengan kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera dalam perlembagaan. 
Akan tetapi banyak pertubuhan termasuk dewan-dewan perniagaan yang hanya menggunakan nama Melayu dan bumiputera untuk mendapat keistimewaan dari kerajaan tetapi hakikatnya pertubuhan itu tidak memperjuangkan Melayu dan bumiputera secara keseluruhannya. Sebaliknya pertubuhan itu dijadikan alat untuk kumpulan tertentu mencapai agenda peribadi  mereka.
Kenapa boleh berlaku demikian?
Read More / Baca Lagi >>

Kurangnya Jalur Gemilang, Merdeka ke-55 hambar

Posted: 28 Aug 2012 06:25 PM PDT

Beberapa hari sahaja lagi menjelang tanggal ulang tahun sambutan hari kemerdekaan, rata-rata orang ramai dilihat bagaikan tidak cakna dan tidak pedulikan tarikh yang dianggap "keramat" oleh pemerintah itu.

Ini dapat diukur daripada kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah kediaman dan kenderaan sehingga sambutan merdeka ke-55 tahun ini dilihat paling hambar.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun berdasarkan pemerhatian, gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kenapa? Adakah rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotismenya? Atau mesyarakat sudah bosan dan jelak kerana merdeka asyik dikaitkan dengan Umno sahaja? Atau adakah rakyat masih mengambil kira kenyataan seorang profesor tahun lalu bahawa "Tanah Melayu tidak pernah dijajah?"

Persoalan beginilah yang kerap bermain di fikiran orang yang pernah menyaksikan sambutan merdeka saban tahun sejak dahulu.

Read More / Baca Lagi >>

Wanita Malaysia diseru sertai Janji Demokrasi

Posted: 28 Aug 2012 06:23 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru semua wanita Malaysia perihatin untuk bersama-sama mereka turun ke Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos sempena program Janji Demokrasi.

Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, sebagai rakyat yang cintakan negara, wanita juga perlu menunjukkan sikap dan komitmen mereka.

"Malam itu nanti akan menjadi simbol kesetiaan tidak berbelah bahagi kita terhadap Malaysia. Hatta sebagai manifestasi komitmen kita untuk terus memastikan Malaysia dalam keadaan  aman, harmoni berdaya maju serta berdaya saing di peringkat lokal mahupun global.
Read More / Baca Lagi >>

Ex-top cop wants crime stats reviewed....ha..ha.. Musa..i know...you know... maa...!!!

Posted: 28 Aug 2012 06:22 PM PDT


Failure to address the allegation will lead to public speculation, said Musa. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 29 ― Former Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hassan wants Putrajaya to review its crime statistics or disprove allegations that its official records were manipulated to dress up the police's success rate amid public scrutiny over security. The former police chief said the move was necessary to help blunt public anxiety over a perceived spike in the crime rate despite the government's initiatives to make the country safer.
Yesterday, the police responded to the allegation that was aired last week in a letter purportedly from a serving police officer.
"It's better for the government to review the crime rate statistic. If it is inaccurate as alleged, prove it. Don't just keep quiet because this will pave the way for people to speculate," he told The Malaysian Insider yesterday.
On August 22, an anonymous letter, purportedly written by a policeman who penned his name as "Sumun Osram", had alleged that crime cases were being methodically manipulated into "non-index" offences that were not registered as part of official statistics presented by Putrajaya's efficiency unit PEMANDU.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Keluarga diserang samseng..!!

Posted: 28 Aug 2012 06:19 PM PDT


Rakaman CCTV
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah.
CCTV
Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah.
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit.
Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit.
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras.
Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras.
 
KALUMPANG - Akibat dendam, sekumpulan ahli kongsi gelap bertindak memecahkan cermin empat kenderaan dan membakarnya serta membaling objek dipercayai berisi minyak tanah ke dalam rumah sebuah keluarga di Taman Musabika di sini dalam kejadian amuk awal pagi semalam.

Amukan lebih 10 orang lelaki yang sebahagiannya bertopeng itu disasarkan terhadap tiga keluarga bersaudara dengan motif menakut-nakutkan mangsa.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Hina Islam dalam twitter

Posted: 28 Aug 2012 06:17 PM PDT


hina islam
Azmi menunjukkan salinan laporan polis dan penghinaan Islam di laman web di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang.
 
TANJONG KARANG - Penghinaan agama Islam di laman web sosial dilihat semakin berleluasa sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam berikutan tiada garis panduan berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti keagamaan diambil pihak berkaitan.

Seorang penduduk, Azmi Daud, 46, berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung penghinaan seorang individu di Twitter yang melampau apabila kata kesat itu terhadap ALLAH SWT, Rasul dan Nabi ketika melayari laman sosial di rumahnya.

Menurutnya, dia berasa terhina membaca kata-kata dilemparkan individu tidak bertanggungjawab itu dan jika tidak dibendung akan membawa ketegangan sekali gus mampu memperdayakan akidah serta pemikiran anak muda zaman kini.

Read More / Baca Lagi >>

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta

Posted: 28 Aug 2012 06:15 PM PDT

Hiasan
Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Read More / Baca Lagi >>

As 55th Merdeka looms, Malaysians fret over their future, hanker for CHANGE

Posted: 28 Aug 2012 06:14 PM PDT

Malaysians are gearing up for the 55th Merdeka or Independence anniversary celebrations. But few are feeling joyful and distinctly missing is a sense of involvement. However, that has not stopped Prime Minister Najib Razak and other BN leaders from jumping on the Merdeka bandwagon, trumpeting on a daily basis how fine the country and its economy are doing due to their leadership.
As 55th Merdeka looms, Malaysians fret over their future, hanker for CHANGEBut are the people and the economy really faring so well? Most Malaysians don't feel so. They worry that things will only get worse if the BN continues to stay in power. Should they boot the BN out, avert the national bankruptcy that they can feel in their bones may be inevitable due to the government's prolonged profligacy? Should they put their foot down before apartheid becomes a fixture in the social and political system with Malays and non-Malays permanently divided into 1st and 2nd class citizens?
The best possible way to assess the future of a country is to basically look into certain basic fundamentals. These fundamentals, if accurately gauged and analysed, will give a clear indicator of what's in store for a nation despite global uncertainties.
In Malaysia, the fundamentals that are often looked into by economists, politicians and others in assessing the economic and political and social climate of the country is considered "narrow" and perhaps even limited.
However, these fundamentals serve a purpose. While BN politicians tinker and manipulate these fundamental factors to suit their agenda and fulfill their purpose, it is the trained eye that is able to filter the truth of Malaysia's financial and economic standing.
What people with the trained eye say?
Read More / Baca Lagi >>

Weary nation keeps guessing

Posted: 28 Aug 2012 06:13 PM PDT

Why is the prime minister still toying with the polls date if he is so popular judging by the large numbers who attend his official functions?

For readers who enjoy the 13th general election date-guessing game, the latest from the rumour mill is that Prime Minister Najib Tun Razak is now also considering an October/early November date besides the September option.
"However, the October or November date is dangerous for him as that is the Haj season and holding the polls during the Haj season will ruin his image as a Muslim leader as it infringes on Muslim sensitivity," said PAS strategist and Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad.
PAS Shah Alam MP Khalid Samad concurred, saying that "if the Barisan Nasional government holds the general election during the Haj season, it will only serve to reveal the true colours of Umno which claims to champion Islam".
Besides, why is the prime minister still toying with the polls date if he is so popular judging by the large numbers who attend his official functions? Why is he still dragging his feet over the election date?
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Rumah Imuda dipecah masuk, pencuri sempat ratah kuih raya...Penyamun Raya Sakan...!!!

Posted: 28 Aug 2012 06:11 PM PDT


IMUDA menunjukkan jeriji besi yang diumpil oleh pencuri untuk memasuki rumahnya.

KUALA LUMPUR - Rumah pelawak dan pelukis terkenal, Imuda dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri yang sempat menjamu selera sebelum lesap dengan barangan serta wang tunai yang kesemuanya bernilai RM7,000 di Taman Datuk Ahmad Razali di sini baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari oleh Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 52, pukul 3 petang kelmarin selepas beliau bersama tiga ahli keluarganya pulang daripada bercuti raya di Pulau Pinang sejak 10 hari lalu.
Apa yang mengejutkan Imuda, kumpulan pencuri itu sempat membancuh beberapa gelas air sirap serta menjamah kuih raya yang diletakkan di dapur sebelum mereka menghilangkan diri.
Katanya, sebelum lari, mereka telah menggeledah rumah teres dua tingkat yang dihuni oleh keluarga Imuda sejak setahun lalu.
"Seluruh rumah termasuk kelima-lima bilik berselerak. Saya percaya kejadian ini dilakukan oleh tiga hingga empat orang.
"Setelah memeriksa persekitaran rumah, saya yakin penyamun berkenaan masuk ke dalam rumah setelah mengumpil jeriji besi di ruang tamu rumah dengan pemutar skru," katanya yang mula dikenali menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an.
Beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya dengan melaporkan kehilangan komputer bimbit, empat utas jam tangan, tiga buah telefon bimbit serta wang tunai RM300.

Malaysia Kita : Umpama berniaga di pekan koboi...Jenayah merosot dan aman damai...!!!

Posted: 28 Aug 2012 06:09 PM PDT



seorang peniaga menghulurkan barangan yang dibeli pelanggan dari celah jeriji kedainya di Taman City, Segambut semalam.



KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai empat kes dalam sehari.
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan kedai mereka.
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
"Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia kita : 'Si Tanggang Moden' diarah mohon maaf secara terbuka

Posted: 28 Aug 2012 06:06 PM PDT

Tuntutan ayah berhasil
KUALA TERENGGANU- Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengarahkan seorang anak yang disifatkan sebagai 'Si Tanggang Moden' memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak terhadap kedua-dua ibu bapa, dua anaknya yang diabaikan lebih lapan tahun serta ahli keluarga lain tidak lebih dari tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Rosdi Harun turut mengarahkan Nasrun Mustafa, 38, yang kini bekerja di Bintulu, Sarawak, sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kuala Lumpur membayar tuntutan sebanyak RM400 sebulan terhadap kedua ibu bapanya serta RM400 sebulan setiap seorang terhadap dua anaknya, Mohd Amirul Nasrun, 17, dan Nur Thahirah Nasrun, 15.

Dia yang berpendapatan RM18,000 sebulan itu turut diarahkan membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang anak dalam tempoh dua minggu setiap kali menyambut Aidilfitri sebagai persiapan.

Selain itu, responden turut diarahkan membayar sebanyak RM18,866.50 atau tunggakan perbelanjaan dan sebagai teladan kerana tidak pulang ke rumah menemui keluarga termasuk kedua-dua anaknya dalam masa lebih lapan tahun sebelum ini.

Semua tuntutan tersebut difailkan  pasangan warga emas ini, Mustafa Ismail, 65, dan Che Meriam Abdullah, 58, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, terhadap anak lelakinya, setelah mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anaknya lebih lapan tahun selepas berlaku penceraian dengan isteri pertamanya pada 30 Disember 1998.

Malah, kini, anak lelakinya itu telah berkahwin lain dan begitu juga dengan bekas isterinya.

Dalam prosidingnya, Rosdi turut menyelar perbuatan Nasrun dengan ungkapan "Si Tanggang Moden' yang mana tidak pernah hadir setiap perbicaraan mahkamah bermula pada 2 Mei tahun lalu dan sentiasa mengemukakan pelbagai alasan melalui peguamnya.

Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat

Posted: 28 Aug 2012 06:03 PM PDT


Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - "Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

"Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Samad sah pernah mengundi

Posted: 28 Aug 2012 04:18 PM PDT

samad said KUALA LUMPUR - Pengerusi bersama Pemandu Bersih 2.0, Datuk Abdul Samad Said hari ini mengaku dirinya telah mendaftar sebagai pengundi.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang mempersoalkan status pendaftar undinya tetapi beliau enggan memberi sebarang ulasan untuk memberi ruang kepada pihak terlibat memeriksa status itu.

"Ya, saya sudah daftar sebagai pengundi. Sebelum ini saya sengaja tak jawab kerana mahu pihak yang meragui itu buat semakan sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad, seorang Sasterawan Negara berkata beliau akan turut menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila tarikhnya diumumkan kelak.

"Sudah tentu saya akan turut serta mengundi seperti yang saya perjuangkan dalam Bersih. Tidak ada sebab saya tidak turun mengundi," katanya.