Isnin, 13 Ogos 2012

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Jom! Bantah Seksyen 114A!

Posted: 13 Aug 2012 12:42 PM PDT

http://stop114a.files.wordpress.com/2012/08/stop114a-malay1.png

Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.
Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012! - http://stop114a.wordpress.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

bumiperak

bumiperak


Hudud: Umno Menolaknya, DAP Menentang

Posted: 13 Aug 2012 09:34 AM PDT

Pendahuluan

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan.Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya.Kemudian dikoyak rabak merosakkannya.Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam diantaranya hukum Hudud.Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk berbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat.Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, diantaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan.Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah.Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat: 14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi:

Maksudnya: Orang-orang  A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah: 42):

Maksudnya: Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan  bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar ditanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya.Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza.Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab diatas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal".

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud.Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud.Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu  hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah  dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO.Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini.Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA dibawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO


Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.  Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah  oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.

Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.

PRESIDEN PAS

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"STOP 114A" - Internet Blackout Day - 14 AUG 2012

Posted: 13 Aug 2012 10:39 AM PDT



Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan 'berbahaya' di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?
Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.
-harakahdaily

Sapa yang ada Blog, Facebook, Twitter mai baca - Seksyen 114A .. Undang-undang kandang lembu, ...

Posted: 13 Aug 2012 05:16 AM PDT

Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu 'common sense'. Bukan setakat 'common sense' dalam erti kata sesuatu yang 'masuk akal', bahkan mencakupi apa yang dipanggil 'kesepakatan umum'.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.
Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan 'berbahaya' di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?

Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?
Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.
-harakahdaily

MS : Humbamkan BN pada PRU 13 nanti ..

Awat hampa jadi lagu tu woi .... Fitnah maha dahsyat blogger UMporNO Kedah

Posted: 13 Aug 2012 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR- Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah.
Menurut blog http://kedahla.blogspot.com, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.
Berikut adalah petikan ulasan daripada blog tersebut yang ditulis oleh Tok Senapi.
Apakah mereka sudah tidak sabar menunggu 'rakan-rakan mereka' yang sedang dirantai dibebaskan menjelang akhir Ramadhan? Maka mereka mengambil alih kerja jahat iblis syaitan untuk terus menyesatkan manusia dengan fitnah yang maha dahsyat ini?
Mereka menyiarkan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah, walhal itu adalah sebesar-besar fitnah dan pembohongan yang diulang-ulang saban waktu.
Mereka sangat percaya dengan falsafah Goeble Menteri Propaganda Hitler yang berkata, "Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai orang." Mereka langsung tidak takut azab Allah terhadap pemfitnah, pembohong, penipu dan penyesat umat manusia.
Mereka menyiarkan foto-foto lucah tanpa memikirkan kesannya terhadap akhlak masyarakat yang melihat foto-foto seperti itu.
Dalam kamus hidup mereka tiada halal, haram, dosa, pahala, mereka akan buat apa sahaja kejahatan asal dapat memuaskan kehendak juhalak nafsu para pemimpin atasan mereka yang memberi sedikit upah kepada mereka?
Kepada umat manusia yang membaca pendedahan perihal fitnah jahat blogger UMNO ini fikirkanlah... adakah golongan terkutuk macam UMNO ini layak kita sokong??? Waliyazubillahiminzalikk...
-Harakahdaily

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANJI BERSIH MALAM MENYAMBUT MERDEKA, KITA BERKENALAN DENGAN TOKEH IKAN BAKAR

Posted: 13 Aug 2012 10:57 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERTAMBAH semangat aku untuk hadir menanti 'countdown' 31 Ogos nanti di Dataran Merdeka.  Semangat ini berlipat kali ganda apabila ada puak bangsat yang selalu rugi dalam berniaga mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang akan berhimpun berbaju Kuning BERSIH bagi merayakan detik-detik bersejarah itu.

Atas alasan kononnya perhimpunan itu nanti merugikan perniagaan mereka.  Ini lah alasan buat kaum peniaga yang malas dan sentiasa mencari alasan mengapa mereka selalu rugi.  Mereka hanya mahu untung atas angin melalui saman ke atas sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH.  Sehingga kini tiada satu pun saman mereka berjaya, sebab itulah mereka sedaya upaya cuba untuk mengganggu apa jua yang BERSIH mahu lakukan.

Apakah ugutan bodoh dari puak pemalas itu kita takut?  Mereka silap.  Kita telah cukup diuji beberapa kali oleh pihak berkuasa, kita telah diuji dengan water canon dan gas pemedih mata malahan ada yang telah diuji dengan sepak terajang, jangan pula dengan hanya bermodalkan `ikan bakar'  puak ini mahu menakutkan kita.  BERSIH pernah diugut oleh Mahaguru Silat terkenal berkerusi roda, adakah kita lari?  BERSIH juga telah diancam oleh PERKOSA Sang Katak, siapakah yang lari akhirnya?  

Sehubungan itu, pesanan buat Tokey Ikan Bakar yang tidak laku itu agar lupakan sahaja cerita lawak kamu.  Lebih baik kamu usahakan perniagaan ikan bakar kamu yang kini telah lingkup itu kerana ia adalah lebih baik daripada membuat kerja bodoh yang kamu rancangkan itu.  

Detik 31 Ogos tetap kami nantikan.  Tiada demontrasi, tiada ceramah umum malahan kami bersedia untuk mengibarkan Jalur Gemilang malam itu nanti.  Berbaju Kuning, marilah kita berbondong-bondong ke Dataran Merdeka untuk berkenalan dengan Tokeh Ikan Bakar tersebut./wfauzdin.blogspot.com


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Khairy, keringkan hingus dahulu sebelum bercakap besar — Aspan Alias

Posted: 13 Aug 2012 09:43 AM PDT

13 OGOS — Khairy Jamaluddin memberikan reaksi kepada penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat seperti orang yang sedang merasakan perasaan "jilted" dan bercakap benar-benar seperti "attribute" yang ada pada Umno.

Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang Umno dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah orang tidak laku dalam BN khususnya Umno.
Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang yang kena "jilted"? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin Umno apabila mereka di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang "sour grape".

Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam Umno kalau hendak dikaji secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Ghaffar keluar dari Umno.
Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam Umno bercakap seperti yang dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak sanggah.

Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang Umno tetapi membuka langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli Umno yang lain nescaya Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.

Khairy harus sedar yang Umno itu sendiri tidak laku dan tidak ada maknanya jika dia laku di dalam Umno. Apa faedahnya laku dalam Umno jika Umno itu sudah tidak laku lagi?  Umum faham yang mereka yang baik dan sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam Umno kerana budaya Umno itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.

Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.
Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa berada dalam Umno itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang ramai di luar Umno. Di dalam Umno Khairy adalah orang tidak laku kerana beliau bukannya ada sokongan yang "legitimate" dalam parti itu.
Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa tahun dahulu. Itu sahaja.

Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang Umno menjadi lemah kerana pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan Umno tidak bergerak dan tidak di hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya Umno kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau jika ada duit untuk bergerak.

Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak bersusah payah untuk menegakkan Umno dan BN. Semasa mereka bergerak dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.
Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN. Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya Umno yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.

Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan faham tentang Umno hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di mana-mana.
Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal… masak diluar mentah di dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau tidak di sabotaj oleh ahli-ahli Umno di Rembau sendiri, kerana dia bukannya laku sangat pun dalam Umno itu.

Yang Khairy anggap tidak laku dalam Umno dan BN itu, sangat laku kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku inilah yang akan menurunkan Umno dari memimpin negara dalam PRU yang akan datang ini.

Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini, mereka yang kuat dalam Umno itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin Umno itu akan menjadi laku dalam PRU yang akan datang.

Apa faedahnya laku dalam Umno, tetapi tidak laku kepada rakyat? Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau sebenarnya dalam Umno itu. — aspanaliasnet.blogspot.com
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

KEMPEN 114A

Posted: 13 Aug 2012 09:38 AM PDT

Apa itu 114A?

Ia adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

Mengapa anda patut menyokong kempen ini?

Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam.

Apa yang kita mahu?

Kerajaan mesti memansuhkan Seksyen 114A.

PATUT DIA KALUT UGUT SOAL AIR DAN SYABAS....RUPANYA ADA UDANG SEBALIK MEE

Posted: 13 Aug 2012 06:39 AM PDT


AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar



SHAH ALAM, 3 OGOS – Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.


Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.

"Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.


Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.


Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.

APABILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Posted: 13 Aug 2012 06:14 AM PDT

Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.

Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.

Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.
Berita diatas tu macam dengki ja bunyinya.Tak ganggu peniaga mana pun.Buat pula di Dataran merdeka.Berhimpun bukan nak ganggu gugat restoran ikan bakar pun.Boleh juga orang datang makan ikan bakar, langsung orang tak datang.Sendiri bikin bagi tutup rezeki sendiri.

Sementara itu orang ramai dijangka hadir bagi memberi sokongan keatas akta bagi menyokong tuntutan BERSIH agar pihak kerajaan menunaikan janji tranformasi untuk membantu memulihkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

~penarik beca

~penarik beca


Ugutan Jamal ikan bakar: Wa langgar je!!

Posted: 12 Aug 2012 10:37 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Posted: 13 Aug 2012 04:53 PM PDT


Bantah Seksyen 114A
Hari Internet Blackout,
14 Ogos 2012

  1. Ketahui lebih lanjut bagaimana pindaan ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.
  2. Sokong:Satu Juta Ratyat Malaysia Bantahan Seksyen 114A

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Posted: 13 Aug 2012 09:00 AM PDT


ADMIN : BERMULA JAM 12 T/MALAM 14-8-2012 SEHINGGA JAM 12 T/MALAM 15-8-2012
BLOG/ TWITTER/FB RAKYAT MARHAEN TIDAK AKAN DI KEMASKINI TANDA PROTES
 "PINDAAN AKTA KETERANGAN"

"Protes Pindaan Akta Keterangan Bermula"

Posted: 13 Aug 2012 09:00 AM PDT


ADMIN : BERMULA JAM 12 T/MALAM 14-8-2012 SEHINGGA JAM 12 T/MALAM 15-8-2012
BLOG/ TWITTER/FB RAKYAT MARHAEN TIDAK AKAN DI KEMASKINI TANDA PROTES
 "PINDAAN AKTA KETERANGAN"

Batalkan undang-undang haram jadah ini...!

Posted: 13 Aug 2012 08:54 AM PDT

DAP, Bar Council to go dark on Internet Blackout Day - August 14

Posted: 13 Aug 2012 08:52 AM PDT

DAP will suspend all its online activities tomorrow in solidarity with the Internet Blackout Day in protest against the recent amendment to the Evidence Act that critics say will curb Internet freedom.

"The DAP national headquarters will suspend all of its online activities for 24 hours after midnight on Aug 14 in support of the Centre for Independent Journalism's (CIJ) 'Internet Blackout Day' campaign.

"For 24 hours, from midnight of Aug 14 to Aug 15, the official websites, Twitter accounts and Facebook accounts of DAP Malaysia will not be posting any updates, news or activities," it said in a statement today.

NONEAlso to go dark is the website of the party organ's Roketkini.
When contacted, CIJ executive officer Masjaliza Hamzah (right) said the Bar Council too has pledged to take down its website tomorrow.

Meanwhile other sites such as popular forums cari.com and jbtalks.com, news portals Malaysiakini and Free Malaysia Today, civil society websites Women's Aid Organisation and Aliran, top blogs and even famous commercial sites will be uploading a pop-up on their sites in support of the campaign.
"We are suggesting that they upload the pop-up at midnight on Aug 14 but some have already uploaded it," Masjaliza said.

A check with the Bar Council website showed that it has already uploaded the pop-up, prior to going on its complete shutdown tomorrow.
Read More / Baca Lagi >>

Internet Blackout Day on 14 August gaining momentum

Posted: 13 Aug 2012 08:48 AM PDT

CIJ Release
13 August 2012

Kuala Lumpur — Malaysian civil society's latest effort in campaigning against the newly introduced Section 114A to the Evidence Act 1950 — Internet Blackout Day – is gaining momentum and has received more endorsements from prominent websites, Netizens and politicians.
Bar Council has confirmed taking down their website (http://www.malaysianbar.org.my/) to support this while the Democratic Action Party (DAP) is shutting down all websites administered by them and will not be updating their Facebook and Twitter accounts all day on 14th August, 2012. Tech-savvy DAP politician Lim Kit Siang and lawyer/avid Twitter user Edmund Bon have both vowed to go offline for 24hours.
Bloggers who have pledged to support a pop-up to promote the Stop 114A campaign include Marina Mahathir, Hishamuddin Rais (Tukar Tiub), Uppercaise, Nat Tan, Niki Cheong, Anil Netto, Juana Jaafar, Sarawak Bloggers, Fahmi Fadzil, myasylum etc.
Internet Blackout Day pop-up is also being supported by news sites Free Malaysia Today, Malaysiakini, Digital News Asia, The Nut Graph, bfm, Merdeka Review, and party organ news sites Harakah Daily and Keadilan Daily. Supporters from commercial/entrepreneurial sector include lelong.com.my, entrepreneurs.my, nexusmediaworks and MOL. From the online resources & community sector, cari.com.my, anixekai.com, LoyarBurok, mobile88, jbtalks and edu.joshuatly.com
The pop-up will also appear on these civil society organisation websites: SUARAM, Women's Aid Organisation, ALIRAN, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling Analysis (REFSA), Sinar Project, SEACeM, Tindak Malaysia, Islamic Renaissance Front (IRF), Lawyers for Liberty, Perak Women for Women, Empower, Women's Centre For Change, All Women's Action Society (AWAM), Sisters in Islam (SIS) and more.
On Twitterverse, the campaign is also supported by @sultanmuzaffar – who has 248,119 followers and @klubkiddkl with 223,105 followers.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO gila isim?

Posted: 13 Aug 2012 08:39 AM PDT

Gila Isim
Keterangan Gila Isim (dari SINI):  "Napo Zikir tu jadi Panas ? Mano tak panas, Hentam zikir sampai bepuluh ribu, Jin dalam badan tak buang, tak panas ke badan kita jadinya, yang jin ni pun selagi mana mampu dia bertahan,dia akan bertahan, dah tak tahan dia cabut la, tapi kita pulak yang tak tahan dulu, terasa panas je ,terus malas amal zikir..so panas la jadinya…sebenarnya bukanla kalimat zikir tu yang panas…Jin dalam badan tu yang panas…otomatik kita pun jadi panas…yang amik ijazah dari aku takdo pun kata panas..rilex dan bertambah cool adalah..ya la, masa aku ijazatkan tu, aku dah tarik or campak keluar jin-jin yang menempel tu, so takdo la isu panas lagi!"
Zikir UMNO:  KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA KUASA……………………………………………………………………………………………   siang malam pagi petang hatta dalam mimpi!
dalam masa yang sama sifat tamak haloba, rasuah, perangai busuk hati tidak dibuang dari diri!
Dengar pendapat seorang kafir Mua'hid tentang UMNO (rujuk SINI untuk pencerahan mengenai jenis2 kafir).
Read More / Baca Lagi >>

Hari Ini Dalam Sejarah akta 114A dikuatkuasa

Posted: 13 Aug 2012 08:32 AM PDT

Akta ini merupakan sejarah, ianya adalah sejarah paling hebat dalam tamadun manusia, dimana pendapat tidak lagi boleh menyatakan pandangan sudah tidak lagi boleh berkongsi pendapat  kita disuruh diam.



Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?

Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

 Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.

Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.

Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.

Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!

AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
 

Umno Sudah Tak ketahuan Hala

Posted: 13 Aug 2012 08:30 AM PDT

Hari itu riuh rendah Utusan kata haram sokong DAP. La ni Dr. M kata penyataan tersebut pendapat guru pondok tu saja. Mengapa tak ketahuan hala sangat? 

UMNO Baru ni sebenarnya dah lemas. Dalam keadaan mamai Dr. M kata dia isytihar Malaysia negara Islam, Karpal tak setuju dengan negara Islam dan hudud, hudud satu interpretasi PAS. Masih juga nak sisihkan undang-undang Allah. Ikan, kalau kepala dia busuk sampai ke ekorlah busuk!!!

Yang dia sembunyikan ialah pernyataan Karpal tu bersifat peribadi, bukan dasar DAP. 
DAP akui Islam agama rasmi Malaysia. DAP tak terima negara Islam dan hudud tetapi menghormati pegangan PAS. 
Read More / Baca Lagi >>

UMNO ada Khalid alWalid ke?

Posted: 13 Aug 2012 08:26 AM PDT

Setahu saya tak ada. Yang UMNO ada ialah Khaled Nordin. Dia nak kawal Saifudin Abdullah pun tak terdaya. Kemudian dahulu ada Khalid pipit uban Yunus. Khalid Yunus tentulah bukan role model untuk UMNO. Orang nak panjat gunung, dia pun nak panjat. Sampai kaki gunung tercungap cungap. Bab mencontohi tercungap cungap , yang ini ada kat UMNO. Parti ini sedang tercungap cungap. 

Saya sudah buat ulasan politik dan prospek pilihanraya untuk kebanyakan negeri2 di Malaysia. Lepas ini kita akan pergi ke Malaysia Timur. Last sekali saya akan buat analisa untuk negeri kelahiran saya- Pahang. I am saving the best for last. 
Tapi sebagai mukaddimah, saya hendak bercerita sedikit mengenai pengajaran bila PM Najib melawat Raub baru2 ini. habis semua orang dari seluruh negeri Pahang datang. Yelah- Khalifah datang. Tentu disambut meriah.
Saya hendak komen mengenai cerita Najib mengenai Khalid alWalid. Contoh yang baik, tapi sama ada puak UMNO yang keras kepala boleh hayati nya, merupakan hal yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Villagers suffer effects of Iran earthquakes

Posted: 13 Aug 2012 08:23 AM PDT

Pakistan-India Independence

Posted: 13 Aug 2012 08:22 AM PDT

Rebels aim to control key Aleppo supply route

Posted: 13 Aug 2012 08:22 AM PDT

Politik Haram Jadah : RM10 Juta Untuk Belot?

Posted: 13 Aug 2012 08:20 AM PDT

Phobia akan berlaku pembelian calon atau wakil rakyat di Sabah kini sudah mula dirasakan. Ini berikutan sudah ada perundingan-perudingan kecil menerusi 'calo-calo' politik dengan orang tertentu.

Sudah ada tawaran dengan nilai berbagai-bagai dibuat ke atas mereka yang berpotensi menang di dalam pilihan raya akan datang.

Karim Ghani (kiri) bersama Wilfred Bamburing.
Politik beli calon dan beli wakil rakyat semacam sudah menjadi budaya di Sabah. Perilaku ini adalah sejarah yang diketahui umum. Semacam tidak sah kalau aktiviti pembelian ini tidak berlaku. Di Sabah pembelian bukan setelah seseorang menang, tetapi sebelum menang lagi ia sudah berlaku. 

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri sebagai calon sudah ada nilai harga tersendiri mengikut kelas dan standardnya. Diibaratkan ketika masih dalam telor lagi sudah ada harga.

Tektik menajakan calon bebas atau menawarkan imbuhan kepada calon belot sudah menjadi permainan biasa yang tidak menghairankan. Kalau urusan ini tidak berlaku seakan pilihan raya Sabah tidak sah. Cakap-cakap ataupun tawar menawar bukan lagi di dalam gelap tetapi secara terus terang dilakukan oleh calon atau wakil masing-masing.

Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa khas royalti taktik lapuk Umno untuk PRU13

Posted: 13 Aug 2012 08:15 AM PDT

Oleh Greencresent
Jawatankuasa khas mengkaji bayaran tunai hasil petroleum dilihat sebagai taktik untuk membaiki imej Umno yang tercalar di mata rakyat Kelantan. Pengumuman yang dibuat menjelang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib hadir untuk iftar dan solat terawih di Kelantan semakin mengesahkan taktik itu.


 Agak terserlah tatkala Mohd Najib berucap di Kelantan pada 5 Ogos lalu telah 'merayu dan merintih' kononnya pihak Umno dan Kerajaan BN sentiasa mengamalkan prinsip adil dan telus terhadap rakyat Kelantan. Atas prinsip ini telah dilaksanakan jawatankuasa khas tersebut.

Kemudiannya, pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengaku, kononnya rancangan penubuhan jawtankuadsa khas ini merupakan inisiatifnya sekian lama bagi membolehkan rakyat Kelantan dibayar wang tunai (cash payment) daripada hasil petroleum. Lagak Mustapa telah disambut dengan lakonan anugerah wira para penyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

RCI Sabah: Lagi wayang piliharaya BN

Posted: 13 Aug 2012 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak akan mampu untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah jika ia tidak dibenarkan mengenal pasti siapa yang terlibat dan mengapa mereka memberi kerakyatan Malaysia kepada orang asing secara haram, dan ia tiada kuasa untuk mencadangkan hukuman kepada pesalah-pesalah.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ia merupakan wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot terhadap Barisan Nasional Sabah, ekoran rasa puas hati rakyat serta pemimpin Sabah yang ditipu oleh BN selama 25 tahun.
Katanya, adalah jelas bahawa pengumuman RCI itu adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti.
Beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah yang kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing negeri itu meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Towkey 'Sekinchan Ikan Bakar' Ancam Buat Kacau Keatas "JANJI BERSIH"

Posted: 13 Aug 2012 07:55 AM PDT

Jawatankuasa Bersih akan membincangkan ugutan Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH.

Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk A Samad Said ketika dihubungi TVSelangor memberitahu satu mesyuarat akan diadakan malam ini.

"Asalnya kita hanya menganjurkan majlis berbuka puasa namun apabila perkara ini dibesar-besarkan maka kita akan berbincang lanjut mengenainya.

MISTERI - 1000 Tanda Nama Polis Disorok Bunian Masa BERSIH 3.0

Posted: 13 Aug 2012 07:54 AM PDT

Seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan itu di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berkata beliau tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal ketika perhimpunan tersebut memuncak.

ASP Ahmad Jais Usang, yang mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, semua 1,000 pegawai itu memakai tanda nama ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April.

Abby Abadi: Banyak publisiti, fitnah selepas hijrah

Posted: 13 Aug 2012 07:53 AM PDT


Abby Abadi BATU CAVES - Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Hal itu diakui sendiri oleh bekas ahli kumpulan Elite itu ketika menjadi ahli panel dalam program Forum Perdana di Kompleks Muhibbah, Taman Boltan di sini, malam semalam.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

"Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.
Read More / Baca Lagi >>

Seksyen 114A - Awas Blogger, Facebooker Dan Twitterer

Posted: 13 Aug 2012 07:51 AM PDT





Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu 'common sense'. Bukan setakat 'common sense' dalam erti kata sesuatu yang 'masuk akal', bahkan mencakupi apa yang dipanggil 'kesepakatan umum'.
Read More / Baca Lagi >>

‘Utusan board of directors work as Umno’s reps’

Posted: 13 Aug 2012 07:51 AM PDT

Utusan editor-in-chief in Anwar's defamation suit named two Utusan board members as Umno representatives.
KUALA LUMPUR: Utusan editor-in-chief Abdul Aziz Ishak admitted to the court today that several members of the broadsheet's board of directors were working in the capacity of Umno representatives.
Earlier today, PKR de facto leader Anwar Ibrahim had claimed that Utusan board member Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad was Prime Minister Najib Tun Razak's representative.
"Generally I agree [that a member of the board of directors is a representative of the Umno president], but I don't see him as the prime minister's representative," Abdul Aziz told the court today when questioned by Anwar's lawyer N Surendran.
"I know about him, but he is not working in the capacity of the prime minister's [representative]. He is working in the capacity of Umno [representative]."
When asked who exactly Abdul Aziz was referring to, he replied he wasn't sure as there were "several names".
"Tan Sri Haji Hussein Ahmad. I view him as one of Umno's representatives," he said when shown a list of the Utusan's board of directors.
He also agreed that he "viewed" Sarrifuddin as an Umno representative as well.
Read More / Baca Lagi >>

R.A.H.M.A.N prophecy close to fulfillment: Lack of good leaders the BN's DEATHBLOW

Posted: 13 Aug 2012 07:49 AM PDT

R.A.H.M.A.N prophecy close to fulfillment: Lack of good leaders the BN's DEATHBLOWMalaysians often like to toy with the idea of the R-A-H-M-A-N formula, which is the surname taken from Tunku Abdul Rahman, whereby all the country's leaders' names are derived from the letters beginning with 'R' for (Tunku Abdul) Rahman, 'A' for Abdul Razak, 'H' for Hussein Onn, 'M' for Mahathir, 'A' for Abdullah Ahmad Badawi and the end with 'N' for Najib. fulfillment
Is it really the end for BN with Najib as depicted by the "Rahman formula?" While certain soothsayers are of the opinion that its doomsday for BN after Najib, what is taking place in the Malaysian political landscape are better indicators that it's the end game for BN.
Perhaps the best bet to hedge that it's the end of Barisan Nasional is based on the glaring and evident fact that the coalition that obtained Independence from the British with Tunku Abdul Rahman at the helm is nowhere near what it used to be.
Since Independence, the subsequent leaders that Malaysia have witnessed in power as prime ministers have begun to diminish in value and the current leadership under Najib Tun Razak is probably a BN that is at its lowest and weakest ebb.
Worries over the ability of BN leaders
Read More / Baca Lagi >>

Jangan caci hudud, kata Nik Aziz

Posted: 13 Aug 2012 07:48 AM PDT


Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan 'cacian'.

Nik Aziz bagaimanapun  berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung  memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

"Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai  mencaci," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Laman ternama sokong protes pindaan Akta Keterangan

Posted: 13 Aug 2012 07:46 AM PDT



 
Beberapa pengendali laman web terkemuka menyatakan sokongan mereka ke atas kempen "Stop 114A" dalam usaha untuk membatalkan pindaan ke atas Akta Keterangan.

Salah satu diantaranya ialah portal perkhidmatan bayaran dalam talian MOL yang digunakan di lebih 80 negara di seluruh dunia.

Pengunjung ke laman berkenaan akan menemui imej berwarna hitam dengan maklumat kempen oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengenai seksyen 114A Akta Keterangan.Read More / Baca Lagi >>

Tiada polis cedera ketika perhimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu

Posted: 13 Aug 2012 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Tiada polis cedera dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) pada 28 April di tengah ibu kota, berbeza dengan laporan kecederaan teruk pegawai polis yang didakwa menjadi punca polis menyerang balas, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberitahu.
Inspektor Norazmee Mohamed dari balai polis Dang Wangi berkata, dia tidak menyedari mana-mana anggota polis yang tercedera dalam perkelahian menuju ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih.
"Saya tidak diberitahu tentang kecederaan yang dialami oleh pegawai saya," katanya di hadapan tiga orang panel Suhakam, diketuai oleh naib pengerusinya Datuk Dr Khaw Lake Tee (gambar).
"Jika ada yang tercedera, adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk para pegawai memberitahu saya, tetapi saya tidak mendapat sebarang maklumat," katanya lagi.
Norazmee adalah orang kedua yang dipanggil hari ini, selepas seorang pegawai polis, ASP Ahamad Jais Ujang.
Read More / Baca Lagi >>

Noh patut desak Muhyidin letak jawatan

Posted: 13 Aug 2012 07:41 AM PDT


SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar  sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya rundingan penstrukturan air  di Negeri Selangor gagal diselesaikan selewat-lewatnya September ini.

Ini kerana, Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di Selangor dan jawatankuasa tersebut  baru-baru ini membenarkan penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan ini selewat-lewatnya September ini.

Demikian kata Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husein dalam kenyataan medianya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>