MIMPI SENJA |
- Suami saya ada teman lelaki ...terserempak suami dalam bilik tidur rumah bersama seorang lelaki.....
- Artis BerHijrah : Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI
- 'Sultan' dicari bantu kes bunuh
- Pakat mai ramai2 - HIMPUNAN JANJI BERSIH - SAMBUTAN MALAM MERDEKA - Dataran Merdeka
- Ku Li: Selesai segera isu royalti
- SABAH : Ketua Cawangan keluar PBS (BN) sertai APS
- Badminton: Nasib Baik Kalah, Kalau Tidak UMNO Malu
- Pakatan Rakyat Bakal Takluk Kepala Batas (Parlimen Pak Lah)
Suami saya ada teman lelaki ...terserempak suami dalam bilik tidur rumah bersama seorang lelaki..... Posted: 08 Aug 2012 11:25 PM PDT MASALAH saya rumit. Nak diluahkan pun macam membuka pekung sendiri. Saya dah kahwin tapi macam tak ada suami. Dia tak pernah nak ambil tahu tentang saya, malah ke mana saya pergi, di mana saya berada dia tak pernah tanya," pantas wanita muda ini melontar tekanan yang jelas ketara pada wajahnya. Pertemuan dengannya tidak dirancang. Ia berlaku di sebuah taman di tengah ibu kota, sementara menunggu waktu berbuka puasa. Duduk sendirian di bangku kayu dengan wajah yang cukup sugul menggamit hati untuk mendekatinya. Selepas menghulur salam sambil saling memperkenalkan diri, wanita berkurung biru dengan tudung sedondon yang cuma membahasa diri sebagai Ina, sedikit demi sedikit mula membuka cerita. Katanya, dia sudah bersuami tetapi masih belum dikurniakan anak walaupun sudah hampir dua tahun mendirikan mahligai rumah tangga bersama lelaki pilihannya. "Saya memang nak sangat anak. Tapi macam nak mengandung kalau hubungan dengan suami sangat dingin. Waktu itu saya pun tak tahu apa puncanya sedangkan kami berkahwin suka sama suka," katanya. Menurut Ina, dia berkenalan dengan suaminya, Hadi, ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Tidak mengambil lama untuk mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya memutuskan untuk berkahwin. "Sebelum ini saya pernah beberapa kali kecewa dalam bercinta. Jadi kali ini saya bertekad tak mahu bercinta lama-lama yang penting lelaki itu baik dan bersedia untuk mengambil saya sebagai isteri. "Kebetulan Hadi pun sedang mencari pasangan hidup. Lagipun waktu itu usia kami pun bukan muda lagi dan memang sudah sepatutnya berumah tangga dan saya percaya cinta selepas berkahwin pasti lebih manis," kata Ina. Begitupun, hasrat murni tersebut tidak berjalan lancar seperti diharapkan kerana keluarga Hadi tidak merestui hubungan mereka. Walaupun tidak mendapat restu, Hadi mahu teruskan juga rancangan untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Peringkat awal perkahwinan mereka, berjalan lancar seperti biasa di mana masing-masing masih meneruskan proses untuk mencari keserasian. Seperti pasangan suami-isteri lain, Ina juga menaruh harapan yang tinggi dengan rumah tangga yang dibina. "Saya akui Hadi lelaki yang baik, tutur katanya lembut dan tidak pernah meninggi suara cuma agak kurang romantik. Dia juga agak pendiam berbanding saya suka bercakap," katanya. Enam bulan berlalu, Ina mula merasakan ada sesuatu yang kurang dalam rumah tangga yang baru dibina. Kemesraan yang cuba dipupuk antara mereka berdua seolah-olah tidak menjadi. Rumah tangga terasa hambar tidak ada keceriaan seperti yang diharapkan. Walaupun tinggal sebumbung, kata Ina, mereka jarang sekali dapat makan atau berbual bersama, apatah lagi untuk tidur sekatil. "Saya mula perasaan Hadi seolah-olah mahu mengelak atau menjauhkan diri dari saya. Walaupun bekerja pejabat, dia cuma akan pulang ke rumah menjelang tengah malam ketika saya sudah masuk tidur dan dia akan tidur di sofa. "Bila ditanya, katanya dia menghabiskan masa lepak di rumah rakan-rakan bujangnya dan tak mahu menganggu tidur saya. "Rupa-rupanya bukan setakat keluarganya yang tidak tahu kami berkahwin, dengan kawan-kawannya juga dia tidak beritahu kami sudah bernikah," kata Ina yang waktu itu menerima saja alasan diberi oleh Hadi. Sejak berkahwin, Ina juga jarang berpeluang menghabiskan hujung minggu bersama suami kerana lelaki itu akan sentiasa mencari alasan untuk keluar sama ada pulang ke kampung atau keluar daerah bersama rakan-rakannya. "Jadi setiap hujung minggu melangut saya seorang di rumah. Ingatkan dapatlah bermanja-manja dengan suami. Sebulan dua, saya tahan juga tapi bila dah nak masuk dua tahun hati saya mula memberontak . "Saya rayu Hadi supaya beritahu kepada keluarga dan rakan-rakannya yang dia sudah berkahwin. Tapi Hadi enggan katanya tunggu dulu. "Saya pun tak tahu apa yang dia nak tunggu. Malah kerana terlampau memikirkan hal rumah tangga saya pernah jatuh pengsan di pejabat dan doktor kata saya terlalu tertekan," katanya. Kemuncak kesedihan Ina apabila baru-baru ini dia terserempak Hadi dalam bilik tidur rumah mereka bersama seorang lelaki. "Waktu itu kebetulan saya tak sihat dan mendapat pelepasan balik awal daripada majikan. Sampai di rumah hati saya cuak terlihatkan kereta Hadi ada di depan rumah. "Dengan menggunakan kunci rumah yang ada, saya masuk dan saya temui Hadi bersama seorang lelaki di atas katil. Selebihnya fikirlah sendiri. "Waktu itu dunia saya bagai gelap gelita. Luluh hati saya melihatkan perbuatannya. Padanlah dia cuba mengelak mendekati saya. "Rupa-rupanya nafsu Hadi bukan pada saya tapi pada kaum sejenisnya. Dia mengaku lelaki tersebut teman istimewanya. "Kenapalah saya tak nampak selama ni. Suami saya pengikut umat Nabi Luth. Saya tak tahu nak buat apa sekarang, saya minta diceraikan dia tak mahu, saya nak buat laporan di Jabatan Agama kasihan nanti dia malu. "Itu yang saya datang ke sini mencari ketenangan dan jawapan terhadap kemelut saya," kata Ina sambil menyeka air matanya dan berlalu tanpa menemui sebarang jawapan yang dicari. |
Artis BerHijrah : Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI Posted: 08 Aug 2012 06:51 PM PDT KUALA LUMPUR - [9/8/12] Pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain. Nurul Syuhada di'lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik. Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis "Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah." Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di'atas imej baru ini |
'Sultan' dicari bantu kes bunuh Posted: 08 Aug 2012 05:54 PM PDT SHAH ALAM 9/8/12: Polis memburu seorang lelaki warga Myanmar bernama Sultan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Ampang, Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki terbabit berusia lewat 20-an yang juga rakan sekerja mangsa di bengkel kereta di Ampang menghilangkan diri sejurus kejadian. Mohd Adnan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di bengkel berkenaan pada jam 6.10 petang. Katanya, hasil siasatan lanjut, polis menemui sebilah pisau dan sebatang kayu dipercayai diguna suspek untuk membunuh mangsa. "Beberapa jam kemudian, polis menahan enam lelaki berusia 23 hingga 37 tahun yang juga rakan sekerja mangsa di sekitar kawasan kejadian. "Semua mereka kini direman hingga 13 Ogos ini untuk polis mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kejadian berkenaan," katanya sewaktu ditemui semalam. Polis juga masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Arshad di nombor 017-5902878 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk menyalurkan maklumat. |
Pakat mai ramai2 - HIMPUNAN JANJI BERSIH - SAMBUTAN MALAM MERDEKA - Dataran Merdeka Posted: 08 Aug 2012 07:29 AM PDT KENYATAAN AKHBAR 9/8/12 Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun. Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini. Untuk merayakan tema ' JANJI BERSIH' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing. Terima Kaseh NGO YANG TURUT BERSAMA JANJI BERSIH EMPOWER Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT) Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Jingga 13 Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) Asalkan Bukan Umno (ABU) Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) KILL THE BILL WARGA AMAN SEED Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA) Pemuda PRM Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) HIMPUNAN HIJAU STOP LYNAS COALITION (SLC) Radio Bangsar Utama (RABU) UBU - Universiti Bangsar Sangnila Utama Era Pasca PRs NOTA: esok jam 11:00 sidang akhbar pak samad dan ngo yang bersama di dewan china kuala lumpur |
Ku Li: Selesai segera isu royalti Posted: 08 Aug 2012 06:18 AM PDT SHAH ALAM - 8/8/12 Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat. Bekas Pengerusi Petronas berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian semasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya hak milik Petroleum kepada syarikat minyak negara itu. Beliau beberapa kali menekankan bahawa isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas. "Jadi sekarang Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini dengan kerajaan negeri, jadi tak berbangkit lagi soal pertikaian antara sesiapa pun cuma kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri," katanya dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini. Bekas Menteri Kewangan ini mengulas penubuhan Jawatankuasa Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu. Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Tengku Razaleigh juga berharap semua pihak yang terlibat dalam jawatankuasa itu dapat mencari penyelesaian yang terbaik demi kepentingan rakyat. "Saya harap dengan ikhlaslah cuba selesaikan tuntutan rakyat ini kerana ini adalah hak dan milik mereka jadi kalau kita berlengah-lengah susahlah semua pihak dan saya percaya kerajaan mahu jawatnkuasa khas ini bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara ini. "Bagi saya kerjanya mudah sangat, rujuk balik kepada akta dan perjanjian itu saya rasa selesailah," katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan menawarkan khidmat nasihat sekiranya diminta oleh jawatankuasa berkenaan. Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian tersebut dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975. Dalam wawancara dengan Astro Awani baru-baru ini, beliau mahu kerajaan BN menyelesaikan isu royalti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dalam pada itu, Tengku Razaleigh membidas sikap pihak tertentu yang didakwa suka berdolak dalih dalam itu royalti minyak Negeri Kelantan. Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam Facebooknya kelmarin mempersoalkan "Mengapa kita masih suka berdolak-dalik dalam perkara yang begitu jelas seperti yang termaktub dalam akta dan perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui?" Beliau menghubungkan komen tersebut kepada muka hadapan Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan lain-lain negeri. Najib telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghantar nama wakil kerajaan negeri untuk menyertai jawatankuasa tersebut |
SABAH : Ketua Cawangan keluar PBS (BN) sertai APS Posted: 08 Aug 2012 05:07 AM PDT [8/8/12] Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran. Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu. John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS. "Saya bersetuju dengan kenyataan Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat. "Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John dalam satu kenyataan. Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu. Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu. Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan bekas Pengerusi BN Tuaran. APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan. Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.JP |
Badminton: Nasib Baik Kalah, Kalau Tidak UMNO Malu Posted: 08 Aug 2012 03:33 AM PDT 8/8/12 PERASAAN penulis dengan keputusan perlawanan akhir badminton Olimpik London semalam, sebetulnya bercampur baur. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah penulis mahu Datuk Lee Chong Wei menang, tapi sebagai orang politik, pandangan penulis sedikit berbeza. Sebetulnya ramai tidak sedar, kalau Chong Wei menang semalam, UMNO sebagai parti orang Melayu akan menerima tamparan paling hebat, malu. Mana tidaknya, dari banyak kejayaan memajukan orang Melayu (dalam pelbagai bidang) yang UMNO dakwa mereka capai selama memerintah negara ini, kejayaan emas Olimpik pertama negara diraih oleh kaum cina!! Malulah tu. Ini fakta, bukan perkauman ya. Kita cakap dari segi pencapaian orang Melayu dalam bidang sukan dan siapa lagi yang sesuai dikaitkan kalau bukan UMNO – dah UMNO juga yang ke sana sini sibuk mendakwa mereka jaguh Melayu dan seumpamanya. Walaupun dari segi sejarahnya Razif dan Jailani Sidek menjadi rakyat Malaysia pertama yang memperolehi pingat di Olimpik Barcelona 1992 dengan memperolehi pingat gangsa menerusi acara badminton, tapi 'kejayaan' itu bukanlah kejayaan yang sebenarnya. Ini kerana badminton pada waktu itu baru pertama kali dipertandingkan di peringkat Olimpik dan penganjur memutuskan semua pemain yang layak ke peringkat separuh akhir, akan menerima pingat gangsa – tidak seperti format sekarang bila pemain perlu bermain untuk penentuan pingat gangsa. Kejayaan Olimpik sebenar negara ialah pada Olimpik Atlanta 1996, bila gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock memperolehi pingat perak, kalah kepada gandingan Ricky dan Rexy Mainaki dari Indonesia. Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock dari kaum mana? Begitu juga dengan beberapa pingat lain badminton yang diperolehi dalam Olimpik selepas itu, semuanya oleh orang cina, mana Melayu? Apa yang penulis nak katakan, UMNO sebenarnya masih gagal meningkatkan mutu orang Melayu dalam pelbagai bidang, kalau tidak semua bidang. Masih banyak ruang-ruang kosong yang tidak terisi sepanjang 55 tahun UMNO dan BN memerintah dan sukan adalah salah satu darinya. Malah kalau nak disebut disini, UMNO masih gagal meningkatkan mutu sukan orang Melayu di negara ini. Kalau ada yang menyerlah pun, hanya di sekitar peringkat serantau. Kalau tak Asia Tenggara, Asia (itupun jarang), dunia? Lambat lagilah kot. Kejayaan yang sebenarnya sesuatu bangsa itu ialah apabila ia berjaya menguasai hampir kesemua bidang, bukan setakat mencipta beberapa kerat jutawan dari senarai panjang yang dikuasai kaum lain!! Apa sekalipun, dengan kekalahan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mungkin mahu memikirkan untuk menarik kembali darjah kebesaraan yang membawa gelaran Datuk kepada Chong Wei. Dah tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan Chong Wei sekarang, ranking dunia dah jatuh nombor 2, Olimpik dah 2 kali kalah. Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=41285 |
Pakatan Rakyat Bakal Takluk Kepala Batas (Parlimen Pak Lah) Posted: 07 Aug 2012 11:38 PM PDT 8/8/12 SETAHU penulis, Kepala Batas tidak pernah berada dalam senarai kerusi Parlimen yang boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat sebelum ini. Penguasaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selama 9 penggal di situ terlalu kuat untuk diganggu gugat oleh sesiapa. Ini hakikat yang diketahui semua orang. Tapi dengan jangkaan bahawa Abdullah akan mengundurkan diri dari politik dalam pilihanraya umum akan datang setelah melepaskan jawatan Perdana Menteri pada April 2009, jangan terkejut kalau penulis katakan bahawa Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk menang di kawasan tersebut. Penulis guna perkataan 'jangkaan' sebagai ayat berlapik sahaja, hakikatnya, mana pernah terjadi dalam sejarah negara ini Perdana Menteri yang meletakkan jawata kembali bertanding dalam pilihanraya. Takut nanti dikatakan orang gila kuasa atau paling tidak, tak ikhlas semasa melepaskan jawatan. Serentak dengan pengunduran Abdullah, ura-ura Ketua Pemuda Bahagian merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang bagi menggantikan tempat Abdullah, menjadi semakin kuat. Abdullah sendiri pun dikatakan bersungguh-sungguh mahu Reezal menggantikan beliau. Reezal, walaupun lantang dan kedepan dalam banyak isu berkaitan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sebenarnya tidak mempunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat di Kepala Batas, selain dikatakan seorang yang sombong. Malah, Reezal yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri di era pemerintahan Abdullah juga dikatakan sering membantu orang-orang tertentu mendapatkan projek kerajaan secara runding terus (direct nego), seterusnya menimbulkan persoalan kepada kredebilitinya sebagai pemimpin. Penyokong UMNO dikawasan tersebut dikatakan lebih berminat dengan Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus yang telah lama berkhidmat di bahagian tersebut dibandingkan dengan Reezal yang hanya bergantung kepada menantu Abdullah, Khairy Jamaludin untuk menyinar dalam politik. Sebagai bekas Ketua Pemuda Bahagian sendiri (sebelum dirampas Reezal), Ahmad Darus lebih dekat dengan masyarakat disitu selain hakikat bahawa beliau bukan terdiri daripada keturunan 'mamak'. Ramai penyokong UMNO dan penduduk Pulau Pinang yang sudah bosan dengan kebanjiran keturunan 'mamak' dalam politik negeri itu. 'Mamak' menurut mereka, hanya layak menjual nasi kandar, nasi beriani dan seumpama dengannya. Sejarah membuktikan, hanya perpecahan dalam UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang mampu memberi keuntungan besar kepada pembangkang di negara ini. Kalau nak dirujuk kepada sejarah itu, sila kaji keputusan pilihanraya umum bermula dari 1990, 1998 dan 2008. Pada 1990, perpecahan team A dan team B membawa kepada kemuncula S46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. 1998, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 2008, protes berterusan penyokong UMNO terhadap kepimpinan Tun Abdullah. Keadaan yang berlaku di Kepala Batas sekarang ini pun begitu jugalah, yang mana penulis yakin akan berlaku perpecahan antara penyokong Reezal dan Ahmad Darus. Walaupun tidak mempunyai hubungan baik dengan pengundi yang lebih ramai jumlahnya, Reezal masih mempunyai sokongan yang kuat diperingkat cawangan UMNO, kalau tidak bagaimana pula dia boleh menang sebagai Ketua Pemuda Bahagian? Pakatan Rakyat perlu mengambil kesempatan di atas konflik yang berlaku ini dengan menguatkan jentera dan meletakkan calon yang lebih berwibawa dari calon pada 2008. Kalau penulis boleh mencadangkan supaya PKR mengambil alih kerusi ini dari PAS kerana ia akan menjamin sokongan bukan Melayu, disamping penyokong Pakatan Rakyat tegar dikalangan orang Melayu. Walaupun PAS telah banyak berubah untuk disesuaikan dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, tapi ada sesetengah pendapat merasakan perubahan PAS itu tidak ikhlas dan masih mencetus rasa curiga pengundi bukan Melayu terhadap parti tersebut. Justeru, untuk menjamin kemenangan Pakatan Rakyat, calon dari PKR perlu diketengahkan. Mungkin YB Yusmadi Yusof yang diketahui berhadapan masalah mengekalkan kerusi di Balik Pulau, boleh di pindahkan ke kawasan ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Pada yang tidak tahu, penulis ingin memaklumkan disini bahawa Yusmadi hanya diletakkan sebagai calon dalam pertimbangan untuk kerusi Balik Pulau, walaupun beliau adalah penyandang kerusi tersebut sekarang. Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=38667 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |