Pas: Jangan mudah dakwa undi BN pahala lebihKOTA BHARU- "Jangan mudah meletakkan andaian mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti (akan) diberi ganjaran pahala lebih," kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Bagi tujuan itu, Mohd Amar meminta Pemuda Umno Kelantan supaya tidak melabelkan pengundi yang akan mengundi BN mendapat pahala berdasarkan kenyataan Pas tidak dapat mengotakan janji-janji sahaja.

"Dosa dan pahala adalah berlandaskan dasar perjuangan, bukannya dilihat pada ketidakmampuan sesebuah parti dalam mengotakan janjinya," katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang menyifatkan pengundi BN akan mendapat pahala lebih dengan mengundi parti itu jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu.