Khamis, 22 Mac 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DEBAT TIGA PENJURU - TAKKAN NAJIB TAKUT LAGI KOT?

Posted: 22 Mar 2012 10:50 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKALI lagi DS Anwar mempertaruhkan maruahnya untuk berdebat dengan Najib, bahkan sanggup berdebat sekaligus tiga penjuru dengan Raja Petra Kamarudin (RPK). Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".  Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter (Malaysiakini).

Debat Anwar - Shabery Cheek suatu ketika benar-benar menghantui Najib
Alaahaiii...ini pemimpin Umno yang hebat?

Diberitakan RPK juga telah memberikan jawapan bersetuju untuk perdebatan tiga penjuru. Nah, sekarang kita tunggu samada Najib benar-benar `anak jantan' atau tidak. Najib jangan cuba memalukan anak Pahang yang terkenal dengan sifat pahlawan Tok Gajah. Najib tidak perlu berkokok di dalam media perdana sahaja kerana jurukamera TV3 suku itu pun sudah naik jelak dengan mengadap muka Najib bercakap seorang diri.

Keberanian Najib mencabar DS Anwar hanya terhad di atas pentas majlis beliau bersama orang ramai yang diberi jamu dan diangkut dengan bas dan adakalanya dipaksa datang. Maka Najib pun terasa lah hebatnya. Jika dikira semenjak Najib jadi TPM hinggalah beliau menjadi PM sekarang, sudah berpuluh kali beliau dicabar untuk sepentas dengan DS Anwar, namun anak Pahang keturunan Tun Razak ini sentiasa menyorok di bawah ketiak Bik Mama.

Najib beri alasan, DS Anwar tidak layak berdebat dengan beliau kononnya Ketua Pembangkang ini moralnya rendah. Baiklah, jika Najib rasa moral beliau setinggi atau setaraf dengan Tok Guru Nik aziz atau Haji Hadi atau pun paling tidaknya Mat Sabu, adakah Najib sanggup berdebat dengan mereka? Jawapannya, Najib tetap tidak berani. Muhyiddin juga pernah dicabar oleh Mat Sabu berdebat di dalam isu Mat Indera, Muhyiddin tetap berpenyakit sama seperti Najib.

Semua pemimpin Umno kaki ampu mahu DS Anwar berdebat dengan RPK. Sekarang DS Anwar sahut cabaran mereka tetapi kali ini beliau tetap mahu Najib di atas pentas dan RPK hanya layak jadi `Batman' Najib sahaja. Jika mahu DS Anwar berdebat dengan RPK sahaja tanpa Najib, hanya ada satu cara sahaja iaitu lantik RPK sebagai PM dan Najib boleh jadi Ketua Umno Cawangan di Pekan./wfauzdin.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Najib ajak Muhyiddin, Sri Gading dan Kinabatangan Debat Anwar....Kahkahkah!!

Posted: 22 Mar 2012 01:59 AM PDT

Muhyiddin bolehlarrr jadi pembantu....

Sri Gading dengan Kinabatangan boleh jadi tukang sorak....(kalau faham larrrr)...


Anwar mahu debat Najib &RPK sekali gus 

Hazlan Zakaria
1:16PM Mac 22, 2012

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.


Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Ceramah Khas Pendedahan, Lukut 22/03/2012 (Part 1/2)

Posted: 22 Mar 2012 09:09 PM PDT

Askar AS hadapi 17 tuduhan bunuh warga Afghan

Posted: 22 Mar 2012 09:06 PM PDT


askar bunuh
NEW YORK - Pegawai-pegawai Pentagon menjangkakan Staf Sarjan Robert Bales, 38, akan dikenakan 17 tuduhan membunuh berhubung insiden menembak mati dan membakar sebahagian daripada 16 rakyat Afghanistan dua minggu lalu.

Tuduhan-tuduhan "dijangka dibawa esok (hari ini)", kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) kepada Yahoo News semalam.

Laporan AP pula menyebut tuduhan dikenakan lebih daripada 17 termasuk melanggar undang-undang perkhidmatan ketenteraan.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : 2009 paling banyak kes rogol di Malaysia

Posted: 22 Mar 2012 09:04 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24, 635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.

Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar).

Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.

Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.
Read More / Baca Lagi >>

1Care: Kerajaan tidak belajar dari SBPA

Posted: 22 Mar 2012 09:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan kerajaan berhubung sesi penerangan 1Care yang hanya dibuat selepas dibantah rakyat.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak belajar dari rekod Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan dan kemudiannya dimansuhkan selepas dibantah rakyat.

"Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.
Read More / Baca Lagi >>

Cakap Benar Dalam Umno Satu Dosa Besar.. Ini Buktinya..

Posted: 22 Mar 2012 08:54 PM PDT

Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.Read More / Baca Lagi >>

How much was Oxford Business Group paid?

Posted: 22 Mar 2012 08:51 PM PDT

The Oxford Business Group's Country Report on the Malaysian economy is nothing more that a public relations spin commissioned by the Barisan Nasional government, claims a British journalist.

First it was APCO and FBC Media. Now the grandiosely entitled Oxford Business Group (OBG) has stepped into the role of paid cheerleader for the Malaysian Government.
I draw attention to this, because the news agency Bernama has been faithfully reproducing 'OBG' economic announcements and forecasts as if they were some form of genuine and independent analysis, when in fact they are just further public relations (PR), purchased at taxpayers' expense.
On March 17, Bernama quoted the OBG in order to speculate on a June election in Malaysia.
According to the news report: "The fourth factor which points towards May or June is Malaysia's economy which is poised to continue its progress in 2012, as stated by Oxford Business Group (OBG), a global publishing, intelligence research and consulting firm.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Kes khalwat belia paling tinggi

Posted: 22 Mar 2012 08:49 PM PDT


diskusi
GOMBAK – Tangkapan membabitkan kes khalwat masih mencatatkan angka tertinggi di antara kesalahan utama jenayah syariah direkodkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2011 iaitu sebanyak 1,734 kes.

Pegawai Hal Ehwal Jais, Ustaz Sharom Maarof berkata, statistik itu masih dianggap besar meskipun ia mencatatkan penurunan berbanding tangkapan kes sama pada 2010.

"Sebanyak 1,783 kes tangkapan dibuat pada 2010 dan kebanyakan mereka yang ditangkap khalwat berumur 20 hingga 30 tahun," katanya pada Diskusi Isu Sosial Semasa (Diksi) Siri 3 anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Kebenaran yang diabaikan dalam pembunuhan Altantuya: Mengapa tak siasat?

Posted: 22 Mar 2012 08:48 PM PDT


Selepas beberapa tahun menunggu keputusan adil berkaitan pembunuhan rakyak Mongolia di Malaysia,keadilan yang diputuskan oleh mahkamah di Malaysia masih tidak dapat diterima orang ramai.Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terkejut dengan keputusannya.
Kita tinggalkan seketika lunas undang-undang,mari kita lihat ada yang rakyat masih tertanya tanya selama ini dan tiada jawapan dari institusi dan pihak berkuasa-termasuk pucuk pimpinan negara.
Soalan-soalan cepu mas adalah:
1. Rekod imigresen: siapa yang arahkan rekod masuk dan keluar Altantuya di padamkan? Siapa yang disitu sebelum rekod dipadam dari sistem dan kenapa? Apkah motif disebaliknya?
2. Bahan letupan C4 :Siapa yang benarkan bahan letupan tentera yang dikawal ketat dengan SOP? Siapa yang arahkan pengeluaran tersebut? Apa motif disebalik pengunaan letupan pemusnah dan tidak senjata lain?
Read More / Baca Lagi >>

RPK sedia debat Najib, Anwar tentang Islam.....Najib apa citer diam jer..!!! Demam ke..!!

Posted: 22 Mar 2012 08:45 PM PDT


logo najib-raja petra-anwar
SHAH ALAM - Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan fokus pada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," kata Raja Petra dalam entri blognya, menjawab respons Anwar petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PAS jangan leka dan rasa selamat

Posted: 22 Mar 2012 08:43 PM PDT

Mohd Sayuti Omar,
Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.
Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkat itu.
Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.
Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.
Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.
Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.
Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Delay polls until all reforms met

Posted: 22 Mar 2012 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 23 — The general election must be delayed until all of Bersih 2.0's electoral reforms demands are implemented, its president Datuk Ambiga Sreenevasan said today.
"Most of these reforms can be implemented within a few months. Who says we don't have time? Is there something they know that we don't?
"Hold off polls until reforms are met. We still have until next year, there is still time," Ambiga (picture) told The Malaysian Insider.
Her remarks were a response to Datuk Seri Maximus Ongkili who said yesterday that the Parliamentary Select Committee on electoral improvements could not meet all of Bersih's demands as some matters required a longer-term solution.
The panel chairman told reporters only six of the eight demands by the coalition of 62 NGOs will be addressed in the panel's report which, he said, was likely to be ready by the end of next week.
He said certain issues required new legislation, which must be passed by Parliament over time.
But Ambiga said that this was "disappointing", and that most of the reforms should already have already been implemented last year.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah 'pre-emptive' Najib gagal: Peluang berubah arah, PRU-13 selepas pemilihan Umno

Posted: 22 Mar 2012 08:40 PM PDT

Langkah 'pre-emptive' Najib gagal: Peluang berubah arah, PRU-13 selepas pemilihan UmnoSejak 12 pilihanraya umum yang lepas,UMNO dapat menentukan tarikh untuk mengundi bila-bila masa tanpa bimbang dan ragu.Penuh yakin pemimpin mereka ,setiap kali diumumkan pembubaran Parlimen, mereka sentiasa tersenyum lebar,melangkah bertenaga dan sentiasa menunggu dengan penuh debar.
Calun-calun untuk kerusi negeri dan parlimen dengan segera nya akan mengesahkan pesanan dengan tukang jahit mereka, yang akan mula menerima tempahan untuk sut baru dengn songkok, untuk di pakai oleh klient mereka yang 'sudah pasti terpilih' pada majlis angkat sumpah di hadapan Agong atau Sultan kelak.
Tapi keadaan tersebut dah berlalu bagi yang pasti menang, bila jenaka kegemaran ramai ialitu jika Umno mencalunkan batang pokok pun, batang pokok tersebut pasti akan ke Parlimen.Malahan masa lampau tersebut mungkin telah berlalu selama nya ,sejak tsunami politik 2008 bila parti tersebut mengalami kejutan besar bila hampir diundi keluar dari Putrajaya oleh para pengundi yang semakin bosan.
Read More / Baca Lagi >>

Meet latest political aspirant - Green Party of Malaysia

Posted: 22 Mar 2012 08:39 PM PDT

Meet latest political aspirant - Green Party of MalaysiaIf Malaysia's Azlan Adnan could have his way, he would like to register a new political party that solely focuses on the environment and its sustainability.
The Green Party of Malayisa, as it is called, has already taken off although it maintains a low profile. It was founded two years ago by the 53-year-old Azlan, an entrepreneur-activist and single father to two grown children,
What drove Azlan to start the party, was, as he said, to give political clout to environmentalism in Malaysia and push the green agenda into the nation's political consciousness.
"For a long time, the human species has adapted to the world around it, to the natural environment, but once man received a certain amount of knowledge… and gained technology, man was able to change the environment to suit himself. We have come to the point we have changed the natural environment so much, and in such negative manner, that it is no longer sustainable, or even natural, for that matter. We've changed it for short term gain in such a way that we jeopardize the long term future of the planet. Not just the future of wildlife and exotic species but of man himself. This is our only planet, and we have to take care of it. If you want a place not just for yourself, but your future generations as well, that is livable, then you have to do something now," said Azlan.
Read More / Baca Lagi >>

Barua UMNO : Kerja jahat JPN dikesan....

Posted: 22 Mar 2012 08:37 PM PDT

Macam-macam cara dan muslihat kotor yang UMNO rancang dapat dikesan,, Kalau dah sampai masanya nak kojol tu, tak perlulah dok susah payah buat kerja-kerja macam ni...


RAPID : Nelayan Pengerang sedia pindah jika ada pampasan

Posted: 22 Mar 2012 08:34 PM PDT

Ketika hujan renyai-renyai petang Ahad lalu, wartawan Malaysiakini berkesempatan menemui sekumpulan nelayan Melayu di Kampung Jawa dan nelayan Cina di Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Johor - kawasan yang akan dibangunkan untuk projek Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion.

NONEKetibaan kami disambut mesra beberapa orang nelayan Melayu - yang selesai menghirup kopi pekat sambil menghisap rokok di sebuah kedai kopi yang menghadap sayup-sayup Selat Tebrau yang dilitupi awan gelap.

Rata-ratanya, mereka mewarisi rumah di sini sejak puluhan tahun lalu dan cukup berpengalaman 'bermain' dengan arus ombak dan arif tentang 'lubuk' ikan yang banyak.

Mereka menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati berikutan pembinaan pelantar minyak dan projek tambakan laut, sehingga menjejaskan kawasan menangkap ikan yang semakin cetek dan lubuk ikan turut berkurangan.
Read More / Baca Lagi >>

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

Posted: 22 Mar 2012 08:31 PM PDT

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.
Read More / Baca Lagi >>

Lima isu perlu selesai punca PRU yang dijangka Jun diperlengahkan

Posted: 22 Mar 2012 08:30 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR,  23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun. The Malaysian Insider difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).
Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.
"JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut," menurut sumber kepada The Malaysian Insider, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.
Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.
"Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut," menurut sumber BN.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.
"Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'......wanita umno pulak kena selak..!!!

Posted: 22 Mar 2012 08:29 PM PDT

NONELima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri  - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Facebook, Twitter foster national security threats, say police

Posted: 22 Mar 2012 08:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 23 — Social media sites such as Facebook and Twitter have made Malaysians "liberal" and thus more willing to commit acts that can threaten national security, the police have said.
Internal security and public order director Datuk Salleh Mat Rasid said the Internet posed a challenge to the police as it allowed people "to know what was going on in and outside the country".
File photo of the Facebook logo displayed on a computer screen. Police say Facebook can be a security threat to the nation. — Reuters pic
This would encourage those who have been "influenced by liberal thinking" to replicate locally what was happening in other countries, Utusan Malaysia quoted him as saying today. "In a borderless world, human thinking will change greatly, particularly towards the liberal. They will say things which cannot be done can be done...," he said at the 205th Police Day celebrations in Bukit Aman yesterday.
Read More / Baca Lagi >>

Kerja Barua UMNO : Petugas Nurul Izzah dituduh culik kanak-kanak hilang?

Posted: 22 Mar 2012 10:23 AM PDT


Kalau ikut laporan Bharian, petugas Nurul Izzah tu ditahan di balai polis atas tuduhan menyamar sebagai pegawai SPR. Aku dok ingat kita hebat la kalau boleh menyamar sebagai pegawai SPR ni. Bukan calang-calang orang berani menyamar ni, pasainya benda tu memang salah.

Bila baca laporan dalam Kedilandaily baru aku faham, depa bukan setakat didakwa menyamar sebagai kakitangan SPR tapi lebih teruk dari tu depa kata yang tahan depa tu ugut akan tahan depa sebagai saspek penculik budak.

Ni dah kira hebat punya celaka.

Tapi, nak kata apa, macam juga dalam SPR dan JPN, dalam polis pun memang ramai yang sanggup bila-bila masa beraksi sebagai 'si anjing Umno'. kalau takat ugut macam tu biasa la. Lebih teruk punya ugutan pun biasa kita dengar.
Read More / Baca Lagi >>

SPR gagal urus daftar pemilih..jadi kuda tunggangan UMNIO@BN..!!

Posted: 22 Mar 2012 10:20 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah gagal menguruskan daftar pemilih dengan baik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PKR) merupakan salah satu pilihan raya yang pastinya kecoh.

Menurutnya, ini dapat dibuktikan berikutan berlakunya penambahan pengundi di beberapa kawasan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara.

Read More / Baca Lagi >>

EU mahu kenakan sekatan ke atas isteri Assad.......kat M'SIA ada sorang..!!!

Posted: 22 Mar 2012 10:14 AM PDT


Asma Assad
NEW YORK - Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara untuk mengenakan sekatan ke atas Asma Assad, isteri kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad pada hari ini jika ia mendapat kelulusan rasmi.
Di bawah sekatan itu, Asma tidak lagi boleh melancong ke negara Eropah atau membeli barangan dari rangkaian kedai milik EU dengan menggunakan namanya.
Tindakan tersebut diambil selepas akhbar Britain, The Guardian mendedahkan kandungan ribuan emel peribadi Asma yang menunjukkan dia berbelanja mewah secara dalam talian walaupun Syria masih lagi bergolak.
Sementara itu, semasa taklimat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin Amerika Syarikat (AS) dan Britain turut menuduh Iran membekalkan senjata ke Syria yang digunakan oleh rejim Assad untuk membunuh rakyatnya sendiri.
Namun, Iran dan Syria berkeras menafikan tuduhan tidak berasas tersebut.

Jika RM250 juta untuk NFCorp diberi kepada rakyat Sabah…

Posted: 22 Mar 2012 10:11 AM PDT


KUALA LUMPUR, 22 MAC: Alangkah baik jika peruntukan RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) yang telah disalahgunakan untuk membeli kondo mewah dan pasaraya di Singapura, disalurkan kepada penternak-penternak lembu di Sabah.
Itulah harapan Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu, yang berpendapat bahawa penternak-penternak lembu di negeri di bawah bayu itu, khususnya di Kota Belud yang terdapat tanah luas, dapat membantu rakyat mendapat bekalan daging yang cukup.
"Sekurang-kurangnya setiap keluarga di Kota Belud boleh dapat dua ekor lembu. Ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya dan Sabah boleh menjadi negeri pengeluar daging pada masa hadapan" katanya sewaktu membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.
Menurutnya, jika langkah itu dilaksanakan untuk Sabah, matlamat jaminan bekalan makanan, khususnya daging, yang mencukupi akan dapat dicapai.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi 13 Mei: Hakikat yang sebenar

Posted: 22 Mar 2012 10:10 AM PDT

Oleh Lim Kit Siang
Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.
Saya mencabar Najib Razak supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman.
Ini bermakna UMNO-BN tidak akan membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", dan sebaliknya menjadikan PRU ke-13 "paling bersih, bebas dan adil" setara dengan sebuah "demokrasi paling baik di dunia".

13 Mei – Fitnah keji terhadap saya
Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Mission Possible (3)

Posted: 22 Mar 2012 10:06 AM PDT

Oleh: MSK
Pada tahun 1997, dunia dilanda kemelesatan ekonomi dan diantara negara yang teruk ialah Indonesia. Rakyat Indonesia marah diatas keborosan dan pemerintahan kukubesi Suharto.
Suharto cuba mengelak kemarahan rakyat ini dengan mencipta beberapa kekacauan kaum. Contohnya diantara Dayak dan Madura di Kalimantan. Pembunuhan penduduk kaum Cina dan serangan terhadap gereja Kristian. Selelpas itu, Suharto membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya Presiden pada tahun 1998 dengan menghidangkan kepada rakyat Indonesia dua pilihan. Sama ada terus memilihnya untuk kestabilan politik atau terus berhadapan dengan pelbagai kekacauan.
Dalam pemilihan tersebut, Suharto menang besar kerana sistem pilihanrayanya begitu korup. Akhirnya, rakyat Indonesia bangkit untuk menentang Suharto .
Read More / Baca Lagi >>