Isnin, 21 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anak Najib letak jawatan, saham Harvest Court menjunam

Posted: 21 Nov 2011 09:41 PM PST

November 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagaiR Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu.

Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court.

Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online.

Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu.

Dengan penandaan itu, dagangan kaunter itu dibenarkan tetapi perlu membuat bayaran awal sebelum membeli dan baki sekuriti yang tidak terikat sebelum pelupusan dilakukan.

Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40.

Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain.

Lagi tindakan kerajaan Haram jadah Najib nak kemut duit rakyat bagi pada kroni ... betul2 Haram jadah

Posted: 21 Nov 2011 03:34 AM PST

MP PAS Mujahid persoal penubuhan NHFA


Muda Mohd. Noor | November 21, 2011

"Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.


PETALING JAYA: Ahi parlimen PAS,Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mempersoalkan penubuhan lembaga kewangan kesihatan kebangsaan (NHFA) secara tergesa-gesa.

"Adalah ini syarikat berlaitan kerajaan (GLC) yang baru dan lembu tunai kepada kerajaan Barisan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NHFA ini akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata ini satu perkara baru kerana kepada rakyat Malaysia kerana ia akan menjadi wajib membayar premium kepada NHFA jika mahu rawatan perubatan di hospital kerajaan dan swasta seta klinik swasta.

"Walaupun membayar premium, kita juga perlu mengeluar lebih banyak wang kerana ia hanya membayar rawatan asas.

Mungkin menjadi GLC

"Persoalannya apa terjadi kepada rakyat yang tidak mempunyai pendapatan? Di mana mereka mahu mendapatkan rawatan?" katanya.

Menurutnya, adakah kemungkinan badan ini akan menjadi GLC?

"Persoalan lain ialah adakah syarikat ini akan diketuai oleh kroni Barisan. Jika ini berlaku, kita mungkin ditakdirkan mati kerana kemungkinan wang disalah guna jika dilihat cara GLC lain berjalan.

"Kami telah melihat banyak kes di mana pengurusan atasan menerima gaji dan faedah yang diambil dari peratusan yang besar dari kos operasi," tambahnya.

Katanya, dengan setiap kita membayar premium setiap bulan NHFA akan mendapat jutaan ringgit dan wang ini ini akan dilupuskan oleh kerajaan Barisan.

Beliau menambah ada kemungkinan GLC baru ini menjadi lembu tunai terbaru kepada mereka.

Satu forum awam untuk membincangkan isu ini dan kesannya akan diadakan di Pulau Pinang pada 27 November ini. - FMT

Hahahaha ... Rompak guna semut

Posted: 21 Nov 2011 02:27 AM PST

SUNGAI BULOH – Dua pengawal keselamatan SJK (T) Kuang melalui pengalaman yang menyiksakan selama dua jam apabila mereka bukan sahaja diikat malah badannya turut dilumur dengan semut hitam.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, kedua pengawal berusia 50 tahun itu sedang meronda kawasan sekolah sebelum dia didatangi oleh sekumpulan lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurut pengawal yang hanya mahu dikenali sebagai Devadasan berkata salah seorang daripada penyamun meletakkan parang pada lehernya dan mengugutnya tidak berbuat apa-apa dan menuruti arahan.

"Kami diikat menggunakan tali lampu suluh dan kain sebelum salah seorangnya mengarahkan kami membuka baju dan kemudiannya menuangkan ribuan semut hitam yang disimpan dalam bekas filem," katanya.


Menurutnya dia hanya mampu menahan kesakitan digigit semut sesebelum berjaya melepaskan diri dua jam kemudian selepas ikatan pada tangannya berjaya dibuka dan bertindak menghubungi salah seorang guru sekolah berkenaan untuk meminta bantuan.

"Penyamun itu telah memecah masuk bilik ICT, bilik guru besar dan bilik Guru Penolong Kanan dan melarikan pelbagai peralatan termasuk lima buah komputer riba, empat projektor dan peralatan lain yang sebahagiannya dikunci di dalam sebuah peti besi," katanya.

Menurutnya suspek dipercayai menggunakan peralatan khas untuk membuka peti besi yang turut mempunyai wang tunai RM 400 dan kerugian sehingga kini mencecah RM 50,000.

Difahamkan ini merupakan kejadian kedua sekolah berkenaan dipecah masuk tahun ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama.

Tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Kuang berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu kini sedang disiasat. - SH

Isu Lembu Shahrizat : NFC gagal jawab dakwaan

Posted: 21 Nov 2011 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Nov : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pihak National Feedlot Corporation (NFC) tidak menjawab satu pun dakwaan yang telah dikemukakan KEADILAN sebaliknya mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi terhadapnya.

Sebelum ini pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menafikan semua dakwaan KEADILAN dan mengeluarkan kenyataan bahawa Rafizi tidak mengetahui selok-belok perniagaan walaupun merupakan graduan luar Negara.

Menurut Rafizi, meskipun sesuatu perniagaan ada turun naik, namun beliau mengganggap pengurusan NFC sendiri tidak sedar bahawa syarikat itu bukan syarikat milik peribadi.

"NFC adalah syarikat rakyat iaitu milik kerajaan. Ia diberikan segala-gala kemudahan, tanah diberikan, wang diberikan dan peruntukan geran itu diberikan malah projek tersebut berasaskan kertas cadangan yang menunjukkan bahawa projek ini berimpak tinggi dan tidak boleh gagal," kata beliau.

Berhubung perdebatan isu penyelewengan NFC dengan Khairy Jamaluddin, Rafizi berkata beliau difahamkan Ketua Pemuda Umno itu telahpun menerima surat jemputan dari beliau.

"Saya dimaklumkan dalam media arus perdana bahawa dia dah terima surat, tapi kalau masih belum menerima berita dalam sehari dua hari ini, KEADILAN akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan beliau," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Turut sama pada sidang media itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu Saifuddin berkata, KEADILAN sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang tindakan mahkamah dari pihak NFC.

"Kita mengalu-alukan untuk mereka mengemukakan saman dan tidak gentar," Sindirnya.
NFC sebelum ini membuat kenyataan membuat pertimbangan samada untuk menyaman KEADILAN kerana kononnya melakukan dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.

Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.

KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.

Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Corporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23221

Yang Di Pertuan Agong tiba di Antartika

Posted: 20 Nov 2011 11:40 PM PST

2011/11/21

SCOTT BASE (ANTARTIKA): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tiba bagi lawatan khas ke Antartika.

Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku, pada 1 tengah hari waktu tempatan.

Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah; dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Zaharin Ahmad.


Turut sama Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan dan Luar Negara New Zealand, Caroline McDonald; Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson; dan petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohamad Mudanoran Mohamad Mushaari, yang akan membuat liputan sepanjang lawatan baginda ke Antartika.

Pesawat berkenaan juga membawa sekumpulan 70 petugas lain terdiri daripada penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan di sekitar kawasan benua itu.

Tuanku Mizan yang disambut Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer, kemudiannya dibawa ke Pusat Penyelidikan Scott dalam perjalanan yang mengambil masa 20 minit sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan itu.

Seri Paduka Baginda kemudian diberikan taklimat oleh Sanson di Kem Scott sebelum dibawa melawat Castle Rock dan Kem Lapangan Latihan Antartika dengan menaiki kenderaan khas dipanggil Hagglund, iaitu kenderaan litar permukaan ais.

Pada hari kedua di Antartika, Seri Paduka Baginda, dijadual menaiki helikopter bagi lawatan saintifik melalui udara ke kawasan McMurdo Sound termasuk singgah melawat pondok yang digunakan oleh Kapten Scott pada tahun 1910-1912 di Cape Evans dan pondok Sir Ernest Shackleton pada tahun 1907-1909 di Cape Royds.

Kedua-dua pondok tersebut kini menjadi destinasi bersejarah dan ikon bagi para saintis dan penyelidik di Antartika. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Posted: 21 Nov 2011 10:50 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik.  Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada.  Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim.  Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.  Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
 
 
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk'  terbalik kereta dibuatnya.  Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu.  Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia?  Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar?  Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno?  Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya?  Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu?  Semua negara tahu.  Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?

Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali?  Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut?  Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka?  Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni?  Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik.  Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai.  Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
 
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia.  Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini.  Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia.  Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Nusantara : Dua Penyokong Indonesia MATI Kerana KUNCI Ambulans HILANG

Posted: 21 Nov 2011 08:53 PM PST

Polis membawa keluar seorang penonton yang pengsan pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi.

JAKARTA – Kepedihan warga Indonesia malam tadi semakin bertambah apabila menerima perkhabaran dua penyokong fanatik mereka terkorban di sektor 15 Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) kerana dipijak penyokong lain.

Maklumat yang diperolehi dari pasukan perubatan, salah seorang mangsa dikenali sebagai Reno Alvino, salah seorang drummer band DOT. Manakalan seorang lagi masih belum dikenal pasti.Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC ,,,,,,ada berani gomen...!!!

Posted: 21 Nov 2011 08:52 PM PST

PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.


Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.Read More / Baca Lagi >>

In Malaysia, Muslim preachers now wear tudung

Posted: 21 Nov 2011 08:42 PM PST

Siti Adibah presents herself during the first live telecast of "Solehah", in Kuala Lumpur September 23, 2011. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Nov 22 — Already accounting for more than 60 per cent of undergraduates and over half of civil servants, Malay-Muslim women are now breaking into the male bastion of Islamic preaching. In a New York Times (NYT) article published yesterday, it was reported that two local new reality TV programmes are shining a spotlight on the rise of women in the male-dominated arena of religion.
The reason for this phenomena, the paper appeared to suggest, was because there was a significant gender role in Islam that could only be filled by women.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: ISA replacement ‘old wine in new bottle’

Posted: 21 Nov 2011 08:40 PM PST

Nurul Izzah said yesterday's announcement confirms earlier fears that the repeal of the ISA was just a rebranding exercise. — File pic
KUALA LUMPUR, Nov 22 — Repealing the Internal Security Act (ISA) would be pointless if its replacement law will still include detention without trial, Pakatan Rakyat (PR) leaders have argued. Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said yesterday the ISA substitute will continue to provide for such arbitrary detention.
He cited countries such as the United States, United Kingdom and Australia as examples of governments that exercised detention without trial in the fight against terrorism, naming the US's Patriot Act as well as the UK and Australia's Anti-Terrorism Acts.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : K'jaan BN tak cadang daftar pengundi secara automatik

Posted: 21 Nov 2011 08:39 PM PST

Kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pengundi didaftarkan secara automatik, parlimen diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan memutuskan demikian memandangkan sebahagian besar rakyat Malaysia didapati tinggal di alamat yang tidak mengikut rekod kad pengenalan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Bisness Politik : Saham Harvest merundum selepas anak Najib undur

Posted: 21 Nov 2011 08:38 PM PST

Harga saham Harvest Court Industries Bhd hari ini menjunam ke bawah tahap 30 peratus selepas anak kedua Perdana Menteri, Nazifuddin Najib mengumumkan perletakan jawatannya  sebagai pengarah semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Mesir Berhimpun Di Tahrir, Pelajar Malaysia Bimbang

Posted: 21 Nov 2011 08:32 PM PST


Kaherah, 21 Nov : Para pelajar Malaysia di Mesir dilanda kebimbangan ekoran kekacauan yang berterusan di ibu kota negara berkenaan ekoran rusuhan melibatkan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah sejak kelmarin.
Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

PMUKM : Sistem Pilihanraya Kampus UKM Kelakar!

Posted: 21 Nov 2011 08:31 PM PST


Bangi, 21 Nov : Majlis Perwakilan Pelajar UKM atau lebih sinonim PMUKM (Persatuan Mahasiswa) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu tujuh ahli kabinetnya yang telah bergraduan dan tidak mempunyai baki pengajian semester ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terima pecacai siber kaki fitnah, petanda PRU kotor, penuh penipuan

Posted: 21 Nov 2011 08:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Nov –  Apabila Datuk Seri Najib Razak secara rasminya mengiktiraf pencacai siber kaki fitnah pro-UMNO, ia  jelas membuktikan Barisan Nasional  terlibat dalam kempen politik kotor yang penuh dengan fitnah dan penipuan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri akhirnya mengakui BN bukan sahaja memaafkan tindakan keji pecacai siber pro-BN, malah menggalakkan mereka meneruskan kerja-kerja kotor itu.
"Najib menyokong pencacai siber yang telah menyebarkan fitnah dan penipuan liar bukan sahaja terhadap Pakatan Rakyat, malah termasuk pemimpin-pemimpinnya dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Dari sudut mana sekali pun, rakyat yang menanggung beban

Posted: 21 Nov 2011 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 NOV – Rakyat perlu menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana telah terbukti pemerintah gagal menggunakan wang rakyat secara amanah dan bertanggungjawab.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata bahawa oleh kerana sudah banyak  kes rasuah dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN, mereka tidak berhak meminta lebih wang dan cukai daripada rakyat.
"Kini pun ramai orang tidak mampu membayar cukai. Statistik menunjukan bahawa 75 peratus daripada pekerja sekarang tidak mampu untuk membayar cukai pendapatan.
"Jika GST dilaksanakan, semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang dan status, kesemuanya terpaksa membayar cukai. Dan sistem percukaian ini tidak adil terutamanya kepada mereka yang miskin," katanya di forum bertajuk 'GST dan Inflasi' di sini malam tadi.
Turut hadir dalam forum itu ialah Ketua Eksekutif Majlis Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli (PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS).
Read More / Baca Lagi >>

Pertahan kedaulatan Islam di Malaysia

Posted: 21 Nov 2011 08:23 PM PST


Oleh ABU FIRDAUS
SEJAK Parameswara dan keturunannya menjadi Sultan Melaka, wilayah semenanjung Melayu ini berada di bawah kedaulatan Islam.Malah bukan saja semenhttp://restlesspilgrim.net/blog/wp-content/uploads/2011/01/islam.jpganjung Melayu tetapi kepulauan Melayu yang sekarang muncul dalam bentuk negara moden Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menerima Islam.
Sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah negara moden, sekular dan demokratik dengan memiliki perlembagaan bertulis dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Namun, kedudukan Malaysia sebagai wilayah yang berada dalam kedaulatan Islam sejak Kesultanan Melaka tidak terjejas walaupun ia dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin Wakil Rakyat Paling Sistematik

Posted: 21 Nov 2011 08:22 PM PST


Oleh Mohd Sayuti Omar
TIDAK melampau kalau saya isytiharkan Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali adalah wakil rakyat yang bersistematik berdasarkan pengalaman saya sendiri. Belum pernah saya terjumpa cara berkerja dan juga melayani rakyat seperti dilakukan oleh Azmin. Saya bergaul dengan lebih 300 orang wakil rakyat dari semua fraksi, Umno, Pas, PKR dan juga DAP.

Tetapi tidak ada seorang pun dari 300 orang wakil rakyat itu termasuk menteri yang berhubung dengan rakyat atau menyatakan terima kasih kepada rakyat seperti mana Azmin walaupun perkara kecil. Maaf ... dalam hal ini wakil rakyat Pas terkebelakang sekali. Selain dari Azmin ada dua tiga orang lagi wakil rakyat yang menggunakan surat untuk berintraksi dengan saya.
Read More / Baca Lagi >>

Apa makna Audit Negara?

Posted: 21 Nov 2011 08:20 PM PST


Oleh DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Laporan Ketua Audit Negara dan teguran terbuka adalah mencegah dengan lidah. Kebencian dalam hati adalah tidak mehttp://zulhusni07.files.wordpress.com/2008/09/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang-thumb.jpg?w=140&h=198nyokong lagi pemimpin yang dibejati mungkar.
GENERASI awal Islam menerima pendidikan Ilahi daripada Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya dalam semua aspek ibadah, cara hidup bermasyarakat dan berpolitik.Ia adalah amalan manusia yang dimasukkan dalam perhitungan baik dan jahat, adil dan zalim, seterusnya dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat.

Apabila seorang yang ditugaskan ke suatu wilayah, pulang membawa hasil pungutan harta zakat dan cukai, lalu menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w. dengan menyatakan: "Ini semua adalah tugas saya memungutnya dan ini pula diberi hadiah kepada saya," dengan murka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah sekiranya kamu berada di rumah ibu dan bapa kamu tanpa menjalankan tugas ini, maka hadiah ini diberi juga kepada kamu?"
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Shahrizat susahkan Umno

Posted: 21 Nov 2011 08:19 PM PST


KUALA LUMPUR: Menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) patut meletakkan jawatan, tegas Timbalan Pengerusihttp://news.carlist.my/wp-content/uploads/2011/03/bung.jpg BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) Dato' Bung Mohtar Radin.
Tegasnya ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN

Posted: 21 Nov 2011 08:17 PM PST

AMPANG 22 Nov: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah berkata, wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres Nasional KEADILAN yang dianjurkan di Johor 25 hingga 27 November ini.
Ini kerana katanya, beberapa minggu lalu, petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan Pulai Spring Resort, tempat kongres itu bakal berlangsung.
"Wujud pihak tertentu' yang seolah bertujuan mahu menggagalkan kongres KEADILAN yang berlangsung di Johor kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno sudah habis ikhtiar

Posted: 21 Nov 2011 08:14 PM PST


Oleh LANJUSOH
BIARPUN Dato' Seri Najib Razak menolak nujum awal pilihan raya pada tanggal 11.11.2011, namun semboyannya sudah lama ditiup. Orang politik sedia maklum mainan di belakang tabir sekarang.
Inilah kelebihan yang masih dipertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila rahsia tarikh pilihan raya menjadi keramat milik Perdana Menteri atau Presiden Umno.

Sedangkan status quo seperti itu sudah lama ditinggalkan negara lain. Inilah keunikan Malaysia yang masih kekal di bawah ketuanan Umno dan BN sehingga melewati lebih 54 tahun.
Ketuanan diktator lain yang dikatakan sangat kebal sebelum ini, satu demi satu jatuh dan tersungkur. Ramai masih ingat nasib Suharto dan Marcos sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

2 died as Malaysia won gold medal

Posted: 21 Nov 2011 08:12 PM PST

Two fans died in a stampede at the Southeast Asian Games football final in Jakarta, a report said on Tuesday, overshadowing a win on penalties for defending champions Malaysia against hosts Indonesia.The two men, wearing Indonesian red-and-white football team T-shirts were taken to hospital at 8:30 pm, around 90 minutes after the stampede broke out, according to a report by the Detik.com news portal, which cited a paramedic.
Local media reported that several other spectators had been taken to hospital, including a nine-year-old boy who had fallen into a coma, as tens of thousands of fans swarmed to the Gelora Bung Karno stadium for Monday night's final.
Read More / Baca Lagi >>

Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang!

Posted: 21 Nov 2011 08:11 PM PST

Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang!Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.
Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.
Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata

Posted: 21 Nov 2011 08:10 PM PST

Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semataBukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular.
Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi.
Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Najib terlalu sibuk “membaiki” Umno, orang Cina mengambil alih

Posted: 21 Nov 2011 08:07 PM PST

Dr M: Najib terlalu sibuk Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh penting dalam Umno, adalah pemimpin terbaru untuk menawarkan pandangan beliau mengenai kesihatan parti menjelang perhimpunan tahunan yang dijadualkan pada awal Disember.
Walaupun Mahathir yang berusia 85 tahun itu berhati-hati untuk menutup belang beliau, ia adalah jelas bahawa beliau berjaya untuk mengatakan apa yang beliau mahu tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi parti, untuk kemajuan rohani semua ahli.
Najib bukannya pengubah Umno. Beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian, walaupun tiada siapa yang tahu apa yang beliau buat bagi menghabiskan masa. Ini merupakan intipati kata-kata Mahathir dalam temu bual dengan akhbar Utusan milik Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Dari Jalan Istana ke Jalan Duta

Posted: 21 Nov 2011 07:47 PM PST

Secara umumnya, Istana Negara merupakan tempat bersemayam rasmi bagi DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong yang merupakan simbol kedaulatan serta ketua negara tertinggi di dalam sistem raja berperlembagaan negara ini.Asalnya, Istana Negara terletak di satu kawasan seluas 11.34 hektar di Jalan Istana, Bukit Petaling pada kedudukan yang berhadapan dengan Sungai Klang.
Menurut sejarah, bangunan tersebut telah dibeli dari seorang jutawan dari negara China, Chan Wing, pada harga RM150,000 yang kemudiannya digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga RM328,000 selepas Jepun menyerah kalah.
Read More / Baca Lagi >>

LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Posted: 21 Nov 2011 07:45 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's son quits Harvest board amid talk of using stock market to raise funds for GE-13

Posted: 21 Nov 2011 07:44 PM PST

Najib's son quits Harvest board amid talk of using stock market to raise funds for GE-13Amid talk that Prime Minister Najib Razak was stirring up the market for funds to finance an imminent general election and to pay off Umno warlords for their support, his 28-year-old son, Nazifuddin Najib, has resigned from the board of Harvest Court Industries Bhd
Although Nazifuddin was appointed to the Harvest board less than a month ago, he was previously on the boards of Sabah-linked firms Sagajuta and 1Green Enviro, two firms controlled by East Malaysian tycoon Raymond Chan Boon Siew.
The 39-year-old Chan controls about 15.7 per cent of Harvest Court, while filings to the stock exchange show that Nazifuddin holds nearly four million Harvest Court shares. All eyes are now on whether Nazifuddin is still a shareholder or has sold off for a tidy profit.
Read More / Baca Lagi >>

Ini baru nama...Bumi Di Pijak Milik Orang..!!

Posted: 21 Nov 2011 07:42 PM PST

Senario di Jalan TAR memalukan

LAPORAN mengenai longgokan warga asing yang menjadi peniaga benar-benar menecewakan saya. Saya amat malu kerana pihak berwajib hanya membiarkan sahaja perkara ini berlarutan sehingga menjejaskan mata pencarian anak Malaysia sendiri.
Bukan sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) malahan kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan warga asing sehingga saya kadang-kadang berasa berada di negara luar.
Kita kena tegakkan nasib kaum bumiputera di Malaysia. Jangan kerana dek rasuah habis negara tergadai.
Peniaga dari Pakistan dan negara- negara lain dikatakan mempunyai sejumlah wang modal yang besar dan tidak hairanlah sekiranya ada pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab meminta duit daripada warga asing ini sebagai perlindungan untuk mereka berniaga.
Read More / Baca Lagi >>

Forum : GST zalimi golongan miskin

Posted: 21 Nov 2011 07:22 PM PST

AMPANG 22 Nov: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menzalimi golongan miskin.
Itu antara kesimpulan dalam Forum GST yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, GST secara teorinya nampak baik kerana setiap peringkat perniagaan dari pengilang hingga pembeli  dikenakan cukai.
Namun dari segi praktikalnya, kata beliau, ia sebenarnya zalim kepada golongan berpendapatan rendah yang terbeban sekiranya cukai itu dilaksanakan.
"Bagaimana golongan miskin hendak membayar cukai dalam keadaan pendapatan mereka rendah," soalnya.
Selain beliau, turut hadir dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Read More / Baca Lagi >>