Khamis, 17 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Skandal "Lembu" Shahrizat - sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam.

Posted: 17 Nov 2011 09:56 PM PST

Mengikut piawaian Barisan Nasional (BN), skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak sebesar mana, kerana hanya melibatkan kurang dari RM300 juta dana awam.

Namun perdebatan hangat yang berterusan tentang skandal ini membolehkan kita menilai tahap tadbir urus negara ini. Dan yang lebih mustahak sama ada terdapat anjakan paradigma di kalangan pemimpin BN di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Skandal NFC ini memperlihatkan kebiasaan sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam. Sejumlah besar dana awam diberi kepada syarikat-syarikat kroni yang tidak kompeten yang merampok wang dan seterusnya menemui kegagalan untuk mengendalikan projek seperti yang diharapkan.

Respon daripada para pemimpin BN, dari perdana menteri ke bawah, tidak berasas melainkan hanya mencari pelbagai alasan dan percubaan untuk menutup skandal ini.

Budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban nampak begitu asing bagi manusia seperti mereka ini meskipun beratus juta wang pembayar cukai dicurahkan begitu sahaja, ibarat 'menuang air di daun keladi', bagi mengembar gembur pelan transformasi Najib untuk negara ini.

NFC diberi tanggungjawab untuk "mentranformasi industri ternakan dan daging lembu supaya muncul sebagai pengeluar daging halal bertaraf antarabangsa", menurut Bernama yang melaporkan majlis menandatangani perjanjian pinjaman mudah RM250 juta pada 6 Disember 2007.
Sasaran pengeluaran ialah sebanyak 60,000 ekor lembu bagi Fasa 1 dari ladang lembu di Gemas. Operasi dijadual bermula Februari 2008.
NFC kacau bilau
Empat tahun kemudian, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut situasi projek NFC berada dalam keadaan kacau bilau. Jumlah lembu yang mampu disembelih hanya 5,742 sehingga November tahun lalu. Walaupun sasarannya dikurangkan kepada 8,000 ekor lembu setahun, projek itu masih dianggap gagal.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila adanya laporan mengenai salah guna dana awam seperti RM9.8 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah dan lebih RM800,000 dibelanjakan untuk keraian dan elaun perjalanan dalam tahun 2009 walaupun syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM7 juta dalam tahun 2008 dan RM11 juta pada 2009.
Kelihatannya, NFC akan menerima nasib malang seperti projek mega Barisan Nasional yang lain – Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Perwaja dan lain-lain.
Siapa yang memiliki NFC? Keluarga Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno.

Suaminya, Mohamad Salleh Ismail, adalah pengerusi dan tiga anak mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah- pengarah eksekutif syarikat itu.

Lebih malang, anggota keluarga Shahrizat langsung tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ternakan lembu dan pengeluaran daging lembu.

Umtuk makluman, terdapat lebih 300 ladang feedlot di negara ini dan banyak syarikat yang terbukti berjaya dalam industri penawaran daging lembu ini.
Dengan ramainya bilangan rakyat kita yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, bukankah lebih baik kita amanahkan sahaja kepada para usahawan yang lebih berkelayakan dari anggota keluarga Shahrizat?
Dan lebih melucukan apabila diperhatikan bahawa mereka yang sibuk membela NFC dan Shahrizat adalah personaliti tertinggi Umno seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ketua Pemuda Umno dan terkini, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pemimpin Umno bela Shahrizat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Parlimen pada 11 November lalu, tidak ada apa yang salah dan sedikit masa lagi pengeluarannya akan meningkat kepada 12,000 ekor lembu dari 6,000 ekor lembu sebelumnya.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memulakan projek ini ketika beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata dalam satu sidang media pada 29 Oktober lalu bahawa beliau "tidak nampak apa yang pelik dan satu kesalahan" dengan projek itu. Beliau kemudian menyerahkan kepada penggantinya Datuk Seri Noh Omar untuk menjawab soalan-soalan berikutnya.

Noh menafikan wujudnya penyelewengan dalam pemberian projek itu dan menyifatkannya sebagai satu "kejayaan", dengan memberi berbagai alasan walaupun pengeluaran lembu dan daging lembu adalah rendah.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, kelihatan pelik kerana secara tiba-tiba beliau muncul sebagai juara, sebagai pembela yang paling lantang bersuara.
Selain itu, Pak Lah juga timbul untuk menyelamatkan Shahrizat. Pada 15 November, beliau berkata, Shahrizat tidak perlu meletak jawatan kerana beliau bukan CEO dan tidak terlibat. Pak Lah menyuarakan pandangannya kerana ramai yang meminta Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri.

Tetapi agak menghairankan, tidak ada sesiapa pun yang mendesak supaya kedua-dua menteri ini (Muhyiddin dan Noh Omar) didakwa.

Muhyiddin kerana memberi projek ini kepada syarikat yang tidak layak dan Noh Omar kerana gagal mengawal-selia pelaksanaan projek ini.

Berhubung badan pemantau rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang selama ini membisu walau pun sudah tiga minggu skandal ini muncul, hanya baru-baru ini menyerahkannya kepada pihak polis dengan alasan bahawa ini kes polis, bukan SPRM.

Adakah pihak polis akan melakukan sesuatu? Tekaan anda adalah serupa dengan saya. Inilah yang dikatakan transformasi Najib! - FMT

Pengarah Terbaik FFM24 - Mamat Khalid atau Syamsul Yusuf?

Posted: 17 Nov 2011 09:29 PM PST

Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) sudah menjadi milik Pengarah Filem 'Libas', Jurey Latiff Rosli. Siapa pula akan dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik tahun ini? Mudah-mudahan keputusan pada malam kemuncak esok tidak mengundang kontroversi lagi? Biarlah yang benar-benar layak mencipta kejayaan. Bukan kerna pengaruh, kawan-kawan atau sebaliknya? Macam yang dikatakan oleh penerbit Raja Azmi, juri harus telus agar industri filem tempatan tidak rosak!

Tahun ini kategori ini menyaksikan pertandingan cukup menarik kerana ia menampilkan tiga nama yang turut berentap pada tahun lalu iaitu Ahmad Idham (Senjalaka , Syamsul Yusof (KL Gangster) dan Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)). Kehadiran Osman Ali dan Yusry Abdul Halim menambahkan kehangatan kerana masing-masing mempunyai naskah yang bagus iaitu Cun! dan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

Dalam kelima-lima nama ini Osman Ali mempunyai sedikit kelebihan kerana Cun! telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011). Namun GUA lebih berminat dengan pertembungan dua individu ini iaitu Syamsul Yusof dan Mamat Khalid. Umum mengetahui kemenangan Syamsul Yusof menerusi filem Evolusi KL Drift tahun lalu mengundang kekecewaan kepada Mamat Khalid kerana pengarah ini meletakkan harapan tinggi terhadap filem Estet.

Seandainya tahun ini Mamat Khalid tewas sekali lagi kepada Syamsul Yusof, GUA jangka kedua-dua individu ini akan 'perang'besar. Kali ini Mamat Khalid mempertaruhkan filem box office HKLBR, manakala Syamsul, KL Gangster. Kedua-dua filem ini mendapat sambutan hangat di pawagam.

Memang HKLBR mencetuskan satu fenomena, tetapi itu tidak boleh dijadikan ukuran. Populariti tidak boleh mengatasi kualiti. Bagi GUA kedua-dua naskah ini mempunyai kekuatan sendiri. Mamat Khalid memang terkenal sebagai pengarah yang mampu berfikir di luar kotak pemikiran.

Dia berjaya membentuk karektor pelakon yang mungkin sebelum ini orang lain tidak nampak. Contohnya Awie, siapa sangka rocker ini boleh menjayakan watak lucu dengan baik? Dalam kelucuan, HKLBR sebenarnya sarat dengan mesej kritikan dan sindiran yang mengajak penonton supaya sama-sama memikirkan tentang situasi masyarakat dan perkembangan dalam negara. Cerita ini begitu dekat dengan masyakarat Melayu.

Tentang naskah Syamsul Yusof pula, tidak dinafikan cerita ini menjadi pilihan utama golongan muda. Tetapi GUA melihat formula yang digunapakai oleh Syamsul masih sama dengan Evolusi KL Drift iaitu gejala sosial di kalangan muda-mudi. Mesej yang cuba disampaikan juga lebih kurang sama. Selain itu, GUA juga berpendapat filem ini tidak mencerminkan jatidiri filem Malaysia. Gangsterisma, dadah, arak, perempuan-perempuan seksi adalah mainan filem barat. Sebab itu, kanak-kanak tidak begitu sesuai menonton filem ini!

Walau apa pun, GUA percaya barisan juri lebih bijak membuat penilaian. Mungkinkah pengarah HMM, Yusry Abdul Halim yang mencipta keyaaan? Jangan lupa, lelaki ini sudah membawa pulang trofi Kesan Visual Terbaik di Malam Anugerah Cipta pada Rabu lalu.

Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi pada 20 November ini. - gua.com

Raja Azmi mengamuk di Majlis Perasmian FFM 24

Posted: 17 Nov 2011 07:12 AM PST

Pengarah kontroversi, Raja Azmi mengejutkan beberapa jemputan yang hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam tadi apabila beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum meninggalkan majlis tersebut.

Tindakannya itu telah menarik perhatian beberapa penggiat seni dan media yang berada di sekelilingnya kerana pengarah '…Dalam Botol' ini bercakap dalam nada yang kuat seolah-olah beliau sedang memarahkan sesuatu. Antara perkataan yang didengari oleh para media yang hadir ialah "Tak faham, tak faham…Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar."

Difahamkan, tindakannya itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Malam Anugerah Gemilang Cipta di mana filem terbitannya, '…Dalam Botol' tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah pada malam itu.

Insiden tersebut berlaku ketika nama Presiden GAFIM merangkap Pengarah FFM 24, Jurey Latiff Rosli diumumkan sebagai pemenang Pengarah Harapan pada malam itu. Tindakan wanita kontroversi ini lebih berani apabila beliau membebel tidak berpuas hati ketika berselisih dengan Jurey yang sedang turun untuk mengambil anugerah.

'…Dalam Botol' tercalon dalam tiga kategori pada malam tadi iaitu Poster Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki menerusi Arja Lee serta Pengarah Harapan (Khir Rahman). Filem ini mempunyai satu lagi kategori pada Malam Anugerah Gemilang Perdana yang akan berlangsung pada 20 November ini iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Fauziah Datuk Ahmad Daud. - gua.com

Haji Terpantas di Dunia - Zunar

Posted: 17 Nov 2011 04:59 AM PST

Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengkritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam.

Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.

Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?"

Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum?

Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menunaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hipokrasi, rasuah dan seumpamanya.

Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional - Seterusnya

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FITNAH TERHADAP NURUL IZZAH, KANTOI LAGI BLOGGER UMPORNO

Posted: 17 Nov 2011 07:30 PM PST

Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..


Boleh dikatakan semalam kebanyakkan blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mempunyai akaun bank di Israeli National Bank, Berbagai tajuk diberikan mereka antaranya seperti printscreen diatas "Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?"

Ada dengan tajuk "MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??" seperti printscreen di bawah..


Ada pula dengan tajuk"Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel" seperti dibawah..


Dan banyak lagi Blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah ini..

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..

Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.

Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.

Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..

Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.

Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.

Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.

Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.

Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..

Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..

Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.

7. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah fitnah terhadap Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity

12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir

Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?

Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

8. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
Dan juga yang ini..
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

9. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
Hanya nama dan post yang ditukar mereka..

Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..

Sumber dan maklumat selanjutnya klik di SINI (ASD).

TAHNIAH HARIMAU MUDA, PENYOKONG INDON `KURANG AJAR DAN BRENGSEK'

Posted: 17 Nov 2011 07:05 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah menewaskan Indonesia 1 - 0 di dalam menentukan kita ke Separuh Akhir Bolasepak Sukan Sea di Stadium Bung Karno sebentar tadi.

Kemenangan tipis Harimau Muda itu amat bermakna sekali apatah lagi pasukan kita berhadapan dengan puluhan ribu penonton `kurang ajar dan brengsek' dari Indon yang memenuhi setiap ruang di stadium berkenaan.  Saya menyebut sebilangan besar penonton Indon itu `kurang ajar dan brengsek' atau `bangsat' adalah kerana mereka langsung tidak profesional dan beradab apabila menyorak dan membuat bising apabila lagu Kebangsaan Negara kita berkumandang sebelum perlawanan.

Kita memahami sememangnya rakyat di Indonesia memang `bermasalah' dengan negara kita atas beberapa isu.  Isu terbaru adalah kononnya negara kita merampas wilayah mereka.  Sebelum ini Kedutaan negara kita di Jakarta telah dikepung dan dilempar dengan najis dan cat merah.  Itu semua isu politik dan sepatutnya tidak dibawa secara melampau ke dalam Sukan Sea di mana mereka menjadi Tuan Rumah.  

Mungkin ramai di kalangan kita yang berada di rumah yang menyaksikan Siaran Secara Langsung sebentar tadi begitu sakit hati melihat kelakuan buruk penyokong-penyokong Indon yang menghina Lagu Kebangsaan negara kita.  Itu lah sikap para penyokong negara jiran kita itu yang lupa diri bahawa rakyat mereka semakin lama semakin ramai merempat dan mencari sesuap nasi di negara ini bahkan lebih istimewa ada di antara mereka yang boleh mengundi menentukan pemimpin di negara ini.  Itulah hebatnya layanan kerajaan kita terhadap mereka, dan itu lah balasan yang boleh mereka berikan kepada kita. 

Akhirnya, dengan provokasi yang melampau dari mula lagu Kebangsaan dimainkan, sepanjang 90 minit perlawanan pemain kita bertambah semangat untuk memalukan skuad yang disokong oleh `para-para brengsek' itu.  Kita berjaya memalukan mereka dan kita berharap aksi lebih cemerlang apabila bertemu dengan Myanmar di Separuh Akhir nanti.  Sekali lagi tahniah kepada semua pemain Harimau Muda dan pegawai-pegawainya./wfauzdin.blogspot.com

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Mahfuz cabar Najib pecat Shahrizat!

Posted: 17 Nov 2011 08:36 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dicabar memecat Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berikutan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Cabaran itu dibuat Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Dato' Bung Moktar Radin yang mahu Shahrizat melepaskan jawatan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Senan berkata, skandal RM250 juta bukan suatu isu yang kecil yang harus didiamkan oleh kerajaan.

Sebaliknya ia adalah dana rakyat yang digunakan sewenang-wenangnya termasuk untuk pembelian kondominium mewah RM9.8 juta dan mencari keuntungan peribadi dengan simpanan tetap, katanya.

Beliau hairan bagaimana projek RM250 juta itu boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada ahli keluarga menteri kabinet, dan akhirnya menemui kegagalan.

"Saya mencabar Najib selaku PM memecat Shahrizat.Kes ini berlaku sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin harus menjawab mengapa projek ini diberi kepada keluarga Shahrizat," katanya lagi.

Menurut Mahfuz, kes ini memperlihatkan bagaimana suatu kelulusan pinjaman dan projek diberikan secara mudah kepada individu berkepentingan tanpa me,ihat risikonya.

Akhirnya berlaku kegagalan dan penyelewengan yang hingga kini belum lagi disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun pihak berkuasa lain, katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula berkata, Shahrizat harus melepaskan jawatan segera dan pihak berkuasa harus menyiasat skandal tersebut.

Ujar Mohd Firdaus lagi, kerajaan tidak boleh melindungi mana-mana pihak sekalipun menteri kabinet dalam isu penyelewengan wang awam.

"Ini suatu isu yang sangat serius, yang harus disiasat dan pihak yang terbabit harus diambil tindakan segera," katanya.

Sambil menyifatkan ia suatu kes yang mirip kepada Skandal PKFZ, Mohd Firdaus juga menyeru rakyat agar melihat kes ini sebagai suatu lagi sebab mengapa harus menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini sebagai bukti BN hanya menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi," ujarnya.

Sebelum ini, Bung Mokhtar ada menyatakan pendirian agar Shahrizat melepaskan jawatannya berikutan skandal RM250 membabitkan NFC.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab," kata Bung Mokhtar semasa berbahas di Parlimen 14 November lalu.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Orang Asli bantah tanah adat diceroboh

Posted: 17 Nov 2011 09:48 PM PST

MARAN, 18 Nov: Kira-kira 50 penduduk dari kampung Orang Asli Paya Besar, Chenor dekat sini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Maran semalam kerana mendakwa berlaku pencerobohan terhadap Wilayah Tanah Adat mereka oleh kontraktor pembalakan.

Jurucakap penduduk, Kamar Hamzah, 42, berkata mereka menyedari pencerobohan itu sudah berlaku selama lebih daripada sebulan di mana pihak pembalak yang dipercayai didalangi pemimpin politik tempatan, telah menebang pokok dan menyodok tanah di kawasan wilayah adat mereka.

Beliau yang turut membuat laporan polis, berkata kegiatan menceroboh Wilayah Tanah Adat Orang Asli itu telah menyebabkan 79 keluarga yang mendiami kampung berkenaan mengalami kerugian dan dinafikan hak.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal ‘lembu’ lambang transformasi Najib

Posted: 17 Nov 2011 08:35 PM PST

Skandal NFC ini memperlihatkan kebiasaan sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam.

Mengikut piawaian Barisan Nasional (BN), skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak sebesar mana, kerana hanya melibatkan kurang dari RM300 juta dana awam.
Namun perdebatan hangat yang berterusan tentang skandal ini membolehkan kita menilai tahap tadbir urus negara ini.  Dan yang lebih mustahak sama ada terdapat anjakan paradigma di kalangan pemimpin BN di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Skandal NFC ini memperlihatkan kebiasaan sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam.  Sejumlah besar dana awam diberi kepada syarikat-syarikat kroni yang tidak kompeten yang merampok wang dan seterusnya menemui kegagalan untuk mengendalikan projek seperti yang diharapkan.
Respon daripada para pemimpin BN, dari perdana menteri ke bawah, tidak berasas melainkan hanya mencari pelbagai alasan dan percubaan untuk menutup skandal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nusantara : Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

Posted: 17 Nov 2011 08:29 PM PST


JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).
Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Rakyat meluat perlu terima RM100 bantuan sekolah melalui BN’

Posted: 17 Nov 2011 08:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Arahan Kementerian Pelajaran agar pemberian RM100 untuk pelajar sekolah mestilah dihadiri pemimpin BN semakin menguatkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Umno BN.
Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, rakyat tahu bahawa wang itu datangnya daripada duit cukai mereka  sedangkan pemimpin BN pula cuba berlakon seolah-olah wang itu datang daripada poket mereka sendiri.
"Umno terkenal dengan imej rasuahnya dan begitu juga dengan pemimpin mereka, sebab itu wajah pemimpin Umno BN ini mudah dilupakan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Mencuri, merompak, rasuah di mana-mana dan setiap masa

Posted: 17 Nov 2011 08:20 PM PST

Ini kes yang sangat memalukan. Polis telah mendapatkan kembali sebahagian wang dari tiga perompak dari MACC yang telah melakukan rompakan terhadap pengurup wang di KLIA baru-baru ini. Wang yang menjadi barang kes itu telah hilang dari simpanan Polis. Wang sejumlah rm 11700 itu di dapati hilang dari bilek pegawai penyiasat ibu pejabat kontigen polis Selangor.pada pukul 2 petang semalam.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah seksyen 457 dan 201 penal code untuk menyiasat samada ianya berlaku oleh kecuaian pegawai polis yang bertanggung jawab atau ada elemen krminal di dalamnya. Isu ini sebenarnya tidak menarik minat ramai, tetapi ianya adalah perkara yang sangat penting untuk diulas.
Read More / Baca Lagi >>

Bos Mydin kemuka cabaran minum susu 1M'sia

Posted: 17 Nov 2011 08:14 PM PST

Perang mulut kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah kini berpindah ke alam siber.

Isu itu dipanjangkan sejak Isnin lalu, apabila setiausaha publisiti DAP Tony Pua berbalas tulisan di twitter dengan ketua pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai kualiti dan keselamatan produk KR1M.Read More / Baca Lagi >>

Anwar trial politically motivated, ASEAN Parliamentary Group ticks off Najib

Posted: 17 Nov 2011 08:12 PM PST

Anwar trial politically motivated, ASEAN Parliamentary Group ticks off NajibChair of the ASEAN Parliamentary Group Dr Thomas Gambke, within the framework of the "MPs protect MPs" program in sponsorship of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, says on behalf of the Board:
"We are carefully observing the trial of opposition leader Anwar Ibrahim which is set to resume on November 23 and due for completion in December. During a visit to Malaysia at the start of 2011, our suspicions were confirmed that the trial may well be a process of eliminating political opponents.
The team of lawyers defending Anwar Ibrahim were gravely disadvantaged during the entire two years of the drawn-out trial. We believe that the timing of the impending conviction of Anwar Ibrahim on sodomy charges has been planned to coincide with the Parliamentary elections due in spring 2012. If convicted, the opposition leader would lose his parliamentary seat thus weakening the entire opposition movement.
Read More / Baca Lagi >>

Transnasional Bhd mula gulung tikar?

Posted: 17 Nov 2011 08:10 PM PST

Selepas 10 tahun menanggung kerugian, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) juga terpaksa menggulung tikar di beberapa kawasan tanah besar.KTB telah memberikan notis 10 hari kepada kerajaan negeri bahawa bas Cityliner akan berhenti beroperasi bermula 21 November ini."Antara sebab-sebab yang diberikan ialah kebanyakan laluan tidak menguntungkan berpunca daripada persaingan daripada pengusaha lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Khamis.
"Syarikat itu juga menjangkakan kerugian sebanyak RM4 juta dari operasi di tanah besar semata-mata," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dear Malaysian Cabinet, please be reminded that stealing is illegal!

Posted: 17 Nov 2011 08:00 PM PST

Dear Malaysian Cabinet, please be reminded that stealing is illegal!Stealing is illegal – except when it is approved by the Cabinet. Ordinary people or those who do not get Cabinet approval will be investigated and quite possibly be prosecuted, unless some sort of "deal" is made to avoid it.
But ministers, party strongmen and their business cronies are free to legally steal or trade stock based on non-public information they have obtained through their official positions as elected officials — and they do so on a regular basis.
Economic crimes
What do you call the PKFZ scandal, the MAS losses year after year, shortage in the FELDA funds, the Gemas NFC debacle, and the overpricing in the government procurement - if not stealing?
Read More / Baca Lagi >>

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

Posted: 17 Nov 2011 07:59 PM PST

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS  baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk," katanya ketika memberi ucapan di Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.
Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

Asri gesa Hasan Ali dedah nama Muslim murtad, buktikan dakwaan benar

Posted: 17 Nov 2011 07:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Bekas mufti Perlis menggesa pihak berkuasa agama Selangor mengeluarkan nama-nama umat Islam yang murtad jika benar-benar pemurtadan di negeri tersebut benar-benar wujud dan semakin serius agar dapat mengambil tindakan mengatasinya.
Sambil menegaskan tuduhan murtad amatlah besar, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menyatakan sejumlah besar Muslim murtad adalah memalukan umat Islam itu sendiri dan Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) wajar mengeluarkan senarai mereka yang meninggalkan Islam untuk memberi gambaran sebenar dan mencari punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut.
"Perlu tanggungjawab atas dakwaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini sambil menambah bahawa "saya mengharapkan pihak beliau boleh mengeluarkan nama-nama mereka berkenaan jika benar wujud.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : NFC timbang tindakan undang-undang terhadap Rafizi

Posted: 17 Nov 2011 07:50 PM PST

Occupy Miami in Financial District

Posted: 17 Nov 2011 07:49 PM PST

Protests end Monti's honeymoon with Italians

Posted: 17 Nov 2011 07:47 PM PST

At least 50 arrested at new Wall Street protests

Posted: 17 Nov 2011 07:46 PM PST

Occupy DC Protesters March to Bridge

Posted: 17 Nov 2011 07:46 PM PST

23 Occupy Protesters Arrested in LA

Posted: 17 Nov 2011 07:45 PM PST

In new Egypt, politics are still local

Posted: 17 Nov 2011 07:44 PM PST

Police and protesters clash in Athens

Posted: 17 Nov 2011 07:42 PM PST

Occupy Wall Street protesters march on NY stock exchange

Posted: 17 Nov 2011 07:42 PM PST

MP PAS Kuala Selangor Vs Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI)

Posted: 17 Nov 2011 07:41 PM PST

Isu AP: MP PAS Pokok Sena Vs Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa

Posted: 17 Nov 2011 07:40 PM PST

MP PAS Padang Terap Bahas Peruntukan 2012 Kem. Perdagangan Antarabangsa ...

Posted: 17 Nov 2011 07:40 PM PST

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2012 Kem. Perdagangan Antarabangsa & ...

Posted: 17 Nov 2011 07:39 PM PST

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2012 Kem. Perdagangan Antarabangs...

Posted: 17 Nov 2011 07:38 PM PST