Ahad, 16 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PROF AZIZ BARI DISIASAT SKMM, LIHAT VIDEO INI UNTUK PERBANDINGAN

Posted: 16 Oct 2011 10:37 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN Prof Dr Abdul Aziz Bari kini sedang disiasat oleh SKMM atas isu kononnya menghina raja-raja. Sebelum ini Utusan Meloya seperti mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Pakar Perlembagaan itu.

Betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina raja? Atau, salahkah beliau menegur atau menasihati raja-raja? Jika dibandingkan dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari dengan kenyataan Tun Mahathir di dalam klip video di atas, siapa lebih hebat?



Utusan meloya pula jangan cakap banyak. Semak balik apa yang tidak pernah dilakukan oleh akhbar pencacai ini untuk menghentam raja-raja. Rakyat berharap agar raja-raja boleh menimbang semula isu ini secara bijaksana tanpa terpedaya dengan puak-puak yang suka berpura-pura itu./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM

Posted: 16 Oct 2011 03:58 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini.

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.


Jangan lupa kisah ini.....

Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, "orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku."


Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?

Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.



Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...

Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

Sumber lanjut, baca di sini.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Posted: 16 Oct 2011 06:20 AM PDT

Projek Hospital Shah Alam: Kerajaan tanggung lebihan kos RM70 juta

Neo Chee Hua

Akhirnya, Gadang Holdings Bhd yang "direstui" Kementerian Kerja Raya (KKR) memperolehi projek Hospital Shah Alam, mungkin dilihat sebagai tanda noktah kepada kemelut yang berlaku sekian lama. Namun demikian, di sebalik kemelut ini, timbul pertikaian ketidaktelusan dalam kementerian kerajaan, di mana KKR menyerah projek ini kepada Gadang tanpa melalui Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, dan mengakibatkan kerajaan perlu menanggung lebihan kos setinggi RM70 juta.

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta. Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Pernah dalam satu laporan eksklusif, MerdekaReview (edisi bahasa Cina) melaporkan bahawa terdapat enam syarikat yang menyertai perbidaan semula projek ini, dan Gadang Holdings Bhd yang "direstui" KKR telah berjaya memperolehi projek tersebut. Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan asal yang dikemukakan Gadang Holdings Bhd adalah RM431.66 juta, namun telah dikurangkan kepada RM410.87 juta kemudiannya, dan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Masalah ketidaktelusan


Menurut laporan sebelum ini, setelah perbidaan tamat pada Disember 2010, KKR mengesyorkan Gadang Holdings Bhd kepada Kementerian Kewangan. Namun demikian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat perintah pada 22 Mac 2011 kepada KKR, menyatakan bahawa cadangan Gadang sebagai kontraktor projek Hospital Shah Alam tidak diluluskan, malah meminta agar KKR mengadakan perbidaan semula.

Walaupun KKR membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2011, agar Gadang Holdings Bhd yang berjaya dalam perbidaan dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil-alih projek Hospital Shah Alam. Namun demikian, bukan sahaja Kementerian Kewangan menolak permintaan KKR dalam surat balasnya, malah cuba menyenaraikan Frontier Structure Sdn Bhd yang tidak berkelayakan ke dalam senarai perbidaan semula.

Bukan itu sahaja, lebihan kos untuk projek Hospital Shah Alam melebihi RM70 juta selepas perbidaan semula, mengakibatkan nilai kontrak baru melebihi nilai kontrak asal yang diluluskan, malah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk meluluskannya. Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum mengeluarkan surat kelulusan. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menangguhkan kelulusan yang diminta oleh KKR.

Dengan kata lain, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk tidak meluluskan Gadang Holdings Bhd daripada mengambil-alih projek Hospital Shah Alam, namun KKR bukan sahaja tidak menurut perintah Kementerian Kewangan, malah terus mengumumkan bahawa projek ini diserah kepada Gadang Holdings Bhd tanpa melalui Kementerian Kewangan. Sebagaimana yang diketahui, bukan sahaja Kementerian Kewangan, malah Jabatan Perdana Menteri tidak mengetahui keputusan KKR ini.

Lebihan kos yang ditanggung


Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta. Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan BN masih mengekalkan budaya ketidaktelusan dalam perbidaan. Ia bercanggah dengan program transformasi kerajaan yang disarankan kerajaan Najib, dan menyebabkan dasar pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam ini menjadi hanya satu retorik semata-mata.

Lebih penting, masalah lebihan kos projek Syarikat Hospital Shah Alam mungkin tidak dapat diselesaikan dengan pengambil-alihan oleh Gadang Holdings Bhd. Isu pokoknya, walaupun Gadang Holdings Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan sokongan KKR, namun projek Hospital Shah Alam ini juga berdepan dengan risiko kegagalan atau lebihan kos sekali lagi.

Ini kerana walaupun Gadang Holdings Bhd memiliki rekod membina hospital, namun pada hakikatnya ia tidak memiliki pengalaman yang sebenar dan profesional yang khusus. Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview sebelum ini, Gadang Holdings Bhd walaupun pernah memperolehi satu projek Hospital Rehabilitasi Cheras pada tahun 2008, namun syarikat ini terpaksa mendapatkan bantuan luar, iaitu perkhidmatan rundingan yang berkenaan dengan peralatan perubatan - kerana tidak memiliki pengetahuan dan pakar dalam bidang yang berkenaan.

Latar belakang:

Projek Hospital Shah Alam: Nilai pembidaan semula melebihi baki peruntukan

Tuntutan wang berterusan: Sub-Kontraktor akhirnya adu kepada Sultan

Antara GM Healthcare, Sunshine Fleet dengan Bank Rakyat...

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 13 Oktober 2011.

Serangan ke Jantung UMNO

Posted: 16 Oct 2011 06:19 AM PDT

Serangan ke Jantung UMNO

Hasmi Hashim

Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada sebelah siang, tidak mengalih pandangan untuk perbincangan soal sejarah yang sekian lama dimanipulasi sebagai alat parti pemerintah. Lebih 120 orang memenuhi ruang dewan yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 100 orang sahaja. Rata-rata adalah anak muda selain tokoh politik dan ahli akademik.

Memandang keadaan dan minat yang tak pernah terasa begini hebat, terutama sejak Reformasi 1998, subjek sejarah kini menjadi hantu yang bergantayangan di kepala pemerintah. "Mampukah sejarah menumbangkan UMNO-BN?" begitu soalan yang kemudiannya menyusul. Terlebih dahulu saya siapkan halaman karangan yang dibahagi-bahagikan kepada hadirin yang hadir.


Allahyarham Mat Indera tak ada peluang menjawab satu pun tuduhan dan kata nista yang dilempar kepadanya. Walaupun beliau punya tempoh setahun terdekam dalam penjara - ditangkap pada 1952 sebelum digantung mati pada 1953 - beliau tetap tak mahu tunduk sujud di bawah telapak duli Inggeris. Betapa pun batang tubuhnya diseksa.

Orang yang tak pernah dizalimi, mungkin tak mengerti apa artinya kezaliman; namun aneh andai anak bangsa yang pernah ditindas penjajahan, tak merasa peri-perihnya penjajahan. Sungguh tak dapat dimengertikan bagaimana segelintir orang akademik bergelar "profesor" terbelit dengan persoalan mainan istilah dan semantik sehingga ketepi kenyataan bahawa bangsanya pernah dijajah.

Hal ini jadi bahan tawaan orang apabila penyataan "Malaysia tak pernah dijajah" dihembur tanpa bukti kajian dan jilid ilmiah terperinci untuknya. Ia hanya dilontar dalam satu sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) dan disusuli satu-dua forum awam.

Tujuannya pula lebih hanya untuk meyakinkan rakyat dalam jangka masa pendek; bukan menyatakan kebenaran dan perincian fakta sejarah yang sesungguh-sungguhnya. Dalam kata lain, MPN melalui dua-tiga orang profesor yang bersekongkol menyatakan "Malaysia tak pernah terjajah" lebih berperanan sebagai "orang politik". Bukan sebagai juru akademik dan ilmuan. Sidang media oleh MPN berhubung isu itu diadakan pada 9 September 2011.

12 hari kemudian, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun dihadap ke mahkamah, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Bukan kelaziman polemik sejarah jadi perbicaraan mahkamah. Apakah yang sangat ditakuti dengan kenyataan daripada isi ceramah Mat Sabu (gambar kiri)? Atau mengapa ada yang begitu gementar dengan Mat Indera; seorang lelaki guru agama kelahiran Batu Pahat, Johor yang menganggotai sayap Angkatan Pemuda Insaf (API)? Di bawah direkodkan kembali sepotong kenyataan media oleh MPN yang barangkali boleh membuka kotak pandora untuk menjawab soalan-soalan di atas:

Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta.

Sejak sekian lama, murid-murid sekolah diajarkan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan dengan "jalan rundingan". Tunku Abdul Rahman diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan. Tunku adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sejak 1957, UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah perikatan tunggal yang memerintah. Parti itu jua yang dikatakan memperolehi kemerdekaan dari Inggeris, dengan jalan rundingan: "merdeka cara aman".

Keperluan menyokong UMNO-BN pada hari ini bukan sahaja kerana UMNO-BN telah berjasa memerdekakan tanahair, tetapi kemerdekaan itu tanpa tumpah darah - di sinilah titik khianat di dalam sejarah yang dipertahan segelintir orang itu. Biar bagaimanapun bobrok kepimpinan elitnya, atau dasar-dasar yang sudah tidak sesuai dengan zaman, namun, tetap UMNO-lah yang harus didukung kerananya Malaysia merdeka.

Gambaran ini berderai apabila muncul nama Mat Indera.

Di belakang nama Mat Indera, tak dapat ditutup lagi hakikat ada pertubuhan dan parti lain, selain UMNO, yang dibentuk lebih awal daripada UMNO, yang, berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu. Parti-parti seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin diharamkan Inggeris - bagaimanakah Inggeris boleh mengharamkan parti-parti ini kalau bukan Inggeris yang berkuasa? Ini juga satu bukti bahawa tak punya beza pengertian antara "tanah lindungan" dengan "tanah jajahan" macam yang didakwa.

Yang dibenarkan bergerak hanya UMNO: sebuah parti yang ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2, iaitu tempoh waktu untuk "menyambut" kedatangan Inggeris kembali ke Tanah Melayu. Orang Melayu sebagai kaum majoriti haruslah disatukan di bawah satu pertubuhan politik bagi tujuan itu.

Onn Jaafar, si pendiri UMNO, juga akhirnya terhindar keluar apabila beliau melihat bahawa gagasan parti satu kaum akan mendatangkan mudarat bagi masa hadapan Tanah Melayu. Terutamanya selepas merdeka. Buah fikiran parti pelbagai kaum, bukan idea Inggeris; tidak cocok dengan Inggeris, dan kerana itu Dato' Onn harus dikesamping daripada barisan elit UMNO.

Malayan Union digemparkan untuk ditubuhkan. Berserta itu, orang-orang Melayu ditakut-takutkan. Terasa pula bahawa Inggeris seakan tidak serius. Inggeris-dengan segala kekuatan yang ada padanya- boleh sahaja meneruskan gagasan Malayan Union kalau mereka mahu; kala mana kuasa sultan-sultan Melayu berada dalam keadaan cukup lemah. Namun kenyataan sejagat pertengahan abad 20 ialah memiliki wilayah jajahan bukan lagi keutamaan mana-mana empayar Eropah. Ketika sama, Barat sudah cukup matang wacananya mengenai imperialisme, kebebasan, hak-hak asasi manusia dan kerakyatan.

Daripada perspektif dan latar ini, mencanangkan Malaya Union tak lebih hanya justifikasi agar UMNO (parti anak emas Inggeris) itu jadi releven. Sementara di mata "golongan kiri", tanpa atau dengan Malayan Union, Inggeris tetap penjajah yang harus dihalau. Pengalaman Indonesia tentulah munasabah untuk dijadikan contoh rujukan. Indonesia merdeka dan terbangun sebagai sebuah negara-bangsa pada 1945; 12 tahun lebih awal daripada kemerdekaan Tanah Melayu.

Entah apa yang dimaksudkan "radikal" sepertimana dalam kenyataan media MPN, kalau bukan sebermula kenyataan API iaitu "merdeka dengan darah", yang turut dipetik daripada perjuangan nasionalis sebelum Indonesia merdeka. Ia, sesungguhnya lebih awal dari itu…

Saudara Syed Shahir mengutarakan pandangan ketika sesi soal jawab.

Kemerdekaan India - satu lagi koloni Inggeris - adalah kemerdekaan yang datang daripada semangat penentangan sama, iaitu menolak kerjasama dengan penjajah. India merdeka pada 1947. Mahatma Ghandi, pejuang dan bapa pendiri India berslogan "lakukan atau mati", yang menjadikan sosok tubuhnya sebagai "senjata". Yang dimaksudkan sebagai "lakukan" ("do") adalah "merdeka".

Demikian sembang-sembang mengenai "siapa Mat Indera" membuka selera dan semangat baru kepada kita hari ini untuk selidiki lebih mendalam mengenai sejarah bangsa berhubung perjuangan kemerdekaan. Adalah sesuatu yang angkuh bila dikatakan kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu terputus dengan kesedaran di negeri-negeri lain yang sama terjajah, sama ada Indonesia (Belanda), Filipina (Sepanyol) mahupun India (Inggeris), misalnya.

Sendal-sendal dan alang-alang sejarah aliran pemerintah pun ada yang mulai patah. UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini sejak merdeka, dan sejak itu tak pernah sekalipun anak watan dapat melihat sejarah daripada versi yang bukan versi pemerintah UMNO-BN.

Catatan dan buku-buku sejarah yang bukan ditulis dan diterbitkan pemerintah, dianggap tidak berwibawa meskipun ditulis oleh individu pencipta sejarah itu sendiri. Misalan yang ada ialah buku Merintis Jalan Ke Puncak, iaitu memoir Ahmad Boestaman. Buku 188 muka surat ini pertama kali diterbitkan oleh Penerbitan Pustaka Kejora pada 1972. Sejak penerbitan sulung, tidak ada usaha untuk ulang terbitkannya kembali.

Di dalam buku itu, turut diceritakan bagaimana PKMM yang mulanya salah sebuah badan gabungan UMNO, keluar daripada UMNO kerana ingin menentukan lambang atau bendera UMNO. Persoalan yang timbul bukanlah tertumpu sangat kepada Sang Saka Merah Putih sepertimana yang dicadangkan oleh KMM, tetapi sistem undian yang memberi hak satu badan dengan dua undi; tanpa mengira kecil atau besar sesuatu pertubuhan berkenaan. Cadangan PKMM, kalah dengan hanya satu undi. Sidang pertama UMNO itu diadakan di Ipoh, Jun 1946.

Maka tidak hairan, bagaimana asas bendera UMNO sepertimana yang wujud hari ini adalah daripada Sang Saka Merah Putih, sama seperti bendera Indonesia. Sama juga seperti bendera PAS mahupun bendera Republik Singapura. Hanya bendera UMNO dibubuh lingkung bulat kuning yang di tengahnya diletakkan imej keris tanpa sarung.

UMNO adalah parti aliran kanan. Sebuah parti perkauman yang tidak menjadikan slogan "merdeka" sebagai slogan awal mereka. Slogan awal UMNO ialah "hidup Melayu". Slogan merdeka dibawa awal oleh parti-parti kiri, termasuklah PKMM.

Hanya selepas mendapati ada ruang di mana Inggeris mahu memberikan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu, barulah UMNO mengguna-pakai slogan merdeka sebagai slogannya. Dengan yang demikian, tidakkah UMNO secara tak sedar menerima dan mengakui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan itu adalah kesedaran awal oleh parti-parti dan tokoh-tokoh lain di luar UMNO?

Begitulah sejarah yang jelas nyata ini tak juga selesai, demi survival UMNO khususnya. Atas sebab itu jualah, nama pejuang seperti Mat Indera begitu ditakuti. Membuka kenyataan sejarah ini bakal menjadikan teras sejarah UMNO terbongkar dan tercabut. Kesannya psikologinya ialah, generasi muda takkan lagi terasa terhutang budi untuk terus menyokong sebuah parti yang memerintah Malaysia sekian lama. Mat Indera bukan hanya telah menyerang Bukit Kepong, sepertimana 61 tahun lalu. Dia juga kini sedang menyerang titik tengah kekuatan parti pemerintah. Kepada UMNO, barangkali keadaan inilah yang paling ditakutinya.

*Karangan ini asalnya adalah bahan bacaan sisipan bertajuk Siapa Takut dengan Mat Indera? yang disediakan untuk forum awam "Malaysia dan Sejarah yang Belum Selesai" anjuran Akademi Pak Sako di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011 (Jumaat), jam 8 malam.

**Hasmi bin Hashim, 35 - seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat. Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi

Kerajaan Negeri Ambil Alih Hutang Unisel

Posted: 16 Oct 2011 06:14 AM PDT

SHAH ALAM 15 OKT : Kerajaan Selangor telah mengambil alih bond Universiti Selangor (Unisel) berjumlah RM235 juta agar ia dapat memberi tumpuan dan dana kepada meningkatkan tarafnya sebagai insitusi pengajian tinggi di negara ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata bond atau hutang yang ditanggung Unisel selama 12 tahun operasinya sudah hampir dua kali ganda hutang asal.

Hutang asal RM150 juta, yang diambil dari bank untuk tujuan pembinaan Unisel, kini berjumlah RM235 juta, selepas dicampur faedah, kata Halimah.

Beban hutang ini telah menyekat usaha Unisel untuk mengembangkan operasi pendidikan dan pembangunnya, Halimah berkata.

"Kerajaan mengambil ketetapan untuk tidak membebankan Unisel. Unisel kerjanya melantik dan mendidik pelajar supaya mereka boleh maju dan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan lebih cergas."

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis konvokesyen ke-6 Unisel.

Halimah berkata dalam usaha meningkatkan taraf program pendidikannya, Unisel telah menandatangi beberapa perjanjian dengan universiti-universiti tersohor dunia.

"Unisel mendatangai MOU dengan universiti berprestij di dunia seperti Manchaster Universiti, Imperial College dan Cambridge University."

Majlis Konvokesyen ini dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seramai kira-kira 4,000 graduan menamatkan pengajian dengan daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas.

Istiadat konvokesyen kali ini juga menganugerahkan tiga anugerah istimewa kepada tiga orang pelajar cemerlang iaitu Nor Izzati Muhammad,22, Muhammad Asraf Mat Nor,25, dan Veera Shamaraj Balacandran,24, yang paling cemerlang sepanjang pengajian mereka di Unisel.

PAS Terengganu Lancar Manifesto Berkebajikan

Posted: 16 Oct 2011 06:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 OKT: Pengecualian cukai kediaman dan skim khas rakyat miskin antara dasar awal yang akan dilaksanakan Pas jika diberi mandat sekali lagi untuk memerintah Terengganu.

Menurut manifesto terbaru Pas Terengganu, parti itu juga akan menyediakan 17,000 peluang perkerjaan dan meyelesaikan isu tanah negeri yand didakwa dirampas Barisan Nasional.

Laporan laman Pas Harakahdaily menyatakan manifesto yang bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan" dilancarkan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Di dalam manifestonya, Pas juga berjanji akan memberikan cuti bergaji kakitangan kerjaan selama 30 hari semasa kematian suami.

Dalam ucapannya Abdul Hadi berkata, sebuah kerajaan yang diberi amanah memerintah perlu menunaikan tiga tanggungjawab utama iaitu menjadi kerajaan yang memperhambakan diri pada tuhan, memberi makan kepada rakyat sehingga rakyat tidak lapar dan menjaga keselamatan dalam negara.

Dalam pilihanraya 1999 Pas berjaya menawan majoriti kerusi di Terengganu dan membentuk kerajaan negeri. Pentadbiran Pas berakhir selepas BN merampas majoriti kerusi DUN pada pilihanraya 2004.

Sementara itu, Pemuda Pas Perak mengerakkan jentera mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan mengadakan himpunan besar-besaran bertema "Gelombang Kuning".

Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 akan diadakan pada 27 November bagi mengumpulkan kesemua anggota seluruh negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya.

Pemuda Pas Perak mensasarkan 10,000 ahli akan menghadiri himpunan tersebut. Sayap parti Pas itu juga telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 bagi mengumpul sumbangan untuk jentera piliha

PDRM Sudah Bersiap Sedia Hadapi PRU-13

Posted: 16 Oct 2011 05:51 AM PDT

GEORGE TOWN, 15 Oktober : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata beliau telah mengarahkan semua kontingen negeri memberikan latihan kepada pegawai polis di kontinjen masing-masing untuk menghadapi pilihanraya lapor Bernama.

"Kami menunggu sahaja, kalau pihak kerajaan mengumumkan pilihan raya padabila-bila masa, InsyaAlah kami sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan Peladang (Upstream) Malaysia anjuran Sime Darby Plantation Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis khususnya anggota polis baru adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam menjaga tempat pengundian semasa pilihan raya.

"Tugas-tugas ketika pilihan raya ini lebih spesifik dan setiap pegawai polis harus memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin," katanya.

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cara Terbaru Untuk Pregnant

Posted: 16 Oct 2011 07:24 PM PDT


Oh yeah...mesti ramai wanita yang gembira di luar sana.
"KITA SUDAH TIDAK PERLUKAN LELAKI UNTUK PREGNANT!"

Cover up hebat maha agung.
Menunjukkan IQ askar USA berada dibawah paras beku.

~penarik beca

~penarik beca


Kavita Kaur tidak kurang ajar dan menurut sahaja

Posted: 16 Oct 2011 07:02 PM PDT

Motivasi berapi-api dari polis untuk himpunan ala-Bersih seterusnya

Posted: 15 Oct 2011 09:18 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Ahli umno kena paksa Najib bagi jawapan kenapa tak boleh??!

Posted: 16 Oct 2011 05:42 AM PDT

Gurkah-gurkah di'port' cukup tahu kenapa umno tak boleh tuntut dan jangan mimpi mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebab yang selalu melepak bersama-sama kami di 'port' ada lah salah seorang bekas pengasas parti Gerakan yang bersama-sama dengan Lim Chong Eu dah lama cerita dekat kami punca umno hanya bermimpi di-siang hari untuk nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Olih itu kepada ahli-ahli umno yang sering memukul gendang bercakap tentang perkara mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini diserahkan kembali pada umno, gurkah-gurkah di'port' nasihatkan supaya anda semua kena paksa Najib supaya dia ceritakan hal yang sebenar kerana Najib dan lain-lain PM sebelum ini pun tahu apa perjanjian Lim Chong Eu/Gerakan dengan arwah bapa Najib, Tun Razak.

Hari ini cerita ini di-timbulkan kembali olih ahli-ahli umno (yang cap jari sebagai ahli pun belum kering) sehinggakan memaksa Najib telah membuat keputusan ....

Mimpi Disiang Hari Umno/BN Di Pulau Pinang
Umno tak akan tuntut jawatan KM P Pinang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.
"Umno tidak akan meminta kerusi ketua menteri sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat Pulau Pinang sekali lagi," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

dollah yankee -
Ini lah masalah bila ahli-ahli umno yang cap jari mereka sebagai ahli masih belum kering, tapi mahu tunjuk lagak, mahu tunjuk juara dan mahu tunjuk 'champion'.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Biasalah orang tua...lupalah tu!!

Posted: 16 Oct 2011 07:15 PM PDT





  • Aziz Bari: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?
  • "Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz.

Aziz Bari Sambut Cabaran Zulbabwe Untuk Berdebat..Jangan Lari Ha...!!

Posted: 16 Oct 2011 03:58 AM PDT

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991 Aziz menambah "orang-orang seperti Senator Ezam Mohd Nor Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor Hamidzun Kamarudin dan Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku ".

"Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain," katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

"Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.


Dan di bawah ini ialah cabaran Zulbabwe kepada Dr. Aziz Bari dalam blognya...

Malahan, dengan sikap partisan kepartian yang ditunjukkan oleh Aziz Bari, teman mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan ceburkan diri dalam politik kepartian. Persilakan. Sertailah parti Anwar Ibrahim kalau mahu. Atau daftarlah sebagai ahli PAS, mahupun DAP.

Kalau tak ada parti yang mahu menerima beliau, buatlah parti sendiri. Parti tupperware pun takpe. Nanti dalam PRU 13, masuklah bertanding sebagai calon. Kalau takde sangat tempat, teman persilakan Aziz Bari bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, atau mana-mana kawasan Parlimen yang beliau mahu. Bertandinglah mewakili parti apa yang dia nak, ataupun atas lambang apa juga dia pilih.

Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain. For once, be man enough to face the people, the voters!

Uhh... kesiannya. Tak tau lagilah ko ni dipilih bertanding semula ke idak oleh Najib bawah BN? Nak bertanding sendiripun hutang dulu tak bayor lagi. Ada hati nak pelawa orang bertanding di Kulim Bandar Baru. Lu sapa yob? Hehe...

Lagi satu tang perenggan akhir tu lu kena ingat sendirilah...lu menang dulupun atas tiket PKR. Lu tumpang tuah aje yob...kalu ada maruah lu letaklah jawatan...!! Haha...kembang kempis hidung nak menipu lagilah tu...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video-Libyan revolution: Interim fighters advance on Bani Walid

Posted: 16 Oct 2011 09:26 PM PDT

Video : YB Dato Husam Musa - cadangan agihan royalti minyak kepada rakyat kelantan

Posted: 16 Oct 2011 09:25 PM PDT

Serang kubu Umno dengan 25,000 risalah Imelda Rosmah

Posted: 16 Oct 2011 09:23 PM PDT

REMBAU 16 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggempur kubu-kuat Umno dengan 25 ribu risalah seluruh negara bagi mendedahkan pemborosan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah setebal 16 muka bertajuk "Penjelasan Isu Cincin, Imelda Rosmah Boros" itu akan mendedahkan pembelian cincin berlian berharga RM24.45 juta dan pembaziran lain yang dilakukan Rosmah.
Menurutnya, serangan risalah itu akan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti, terutama di kawasan luar bandar dan pengundi majoriti Melayu yang masih menyokong Umno-BN.
"(Kita) sedia maklum pengundi Melayu di luar bandar terlalu bergantung kepada media pro Umno seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3. Mereka masih tidak faham isu cincin berlian bernilai RM24.45 juta ini. Pelbagai fitnah dilemparkan ke atas saya kononnya saya menipu dalam isu ini.
"Dalam risalah tebal ini saya bukan sahaja menjawab segala pertuduhan dengan bukti nyata tetapi merungkai kronologi isu cincin ini daripada mula ia dibawa masuk sehingga kononnya telah dibawa keluar dari negara," katanya
Read More / Baca Lagi >>

Wacana ilmu bincang kepimpinan Tuan Guru

Posted: 16 Oct 2011 09:20 PM PDT

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan saja dilihat sebagai pemimpin parti politik Islam, bahkan sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan jauh, malah menhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBFTQ2mfhk_Rf5W-_aWeIFspQ8XK9ippS-mDwJy1nn9JZ6JHeJu35WvB2-QsDjJr6FYFG2TDVLYSB92nV0cseihmYRc7xIddo6W8v_dwyQJRJuAgdGKsxOAR1vFhYuvbEF2YM9ktg5FlyA/s1600/tok-guru-potrait.jpgdahului zamannya.
 
ADA dua ciri pemimpin, iaitu pemimpin yang bertaraf negarawan dan satu lagi pemimpin politik biasa. Negarawan memikirkan nasib masa depan negara dan rakyatnya, sementara pemimpin politik hanya memikirkan kemenangan pilihan raya.

Tentu saja tidak mudah untuk menjadi negarawan, tetapi mudah untuk menjadi pemimpin politik biasa, lebihlebih lagi yang sekular, yang mengkesampingkan agama dalam interaksi politiknya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Apabila nyanyuk menjadi suatu kenikmatan......

Posted: 16 Oct 2011 09:16 PM PDT

Oleh: tokpepijat

"Bila Dr Mahathir melabel Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari sebagai "kurang ajar" kerana sikapnya menegur Sultan Selangor, ini semacam satu "lawak jenaka" bagi politik Malaysia.

Pelik betul perangai Mahathir. Semua orang tidak betul. Dia sahaja betul dan bagus. Adakah ini tanda umurnya diambang sore. Mengidap sindrom kenyanyukkan?

Read More / Baca Lagi >>

Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial

Posted: 16 Oct 2011 09:05 PM PDT

KOTA BHARU, 17 Okt: Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan hudud adalah suatu langkah yang baik.
"Pihak kami mewakili suara pelajar mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut," kata Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Syahiran Muhammad.
Jelasnya, hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam.
Katanya, perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati'e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada bukti dalam 'konspirasi Kristian', kata Hisham

Posted: 16 Oct 2011 09:04 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan konspirasi oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan.

Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara
Read More / Baca Lagi >>

Isu hina Sultan: SKMM siasat profesor

Posted: 16 Oct 2011 09:03 PM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.

"Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 ini.

"Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Anak muda bakal dijadikan pekakas UMNO-BN… sekali lagi

Posted: 16 Oct 2011 08:58 PM PDT

Oleh Muhammad Zir
17 OKTOBER – Tiga cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk anak muda telah menimbulkan banyak persoalan tentang niat dan hasil di sebalik keindahan nama-nama program yang cuba dijualnya kepada golongan belia.
Dalam pembentangan Bajet 2012, satu syarikat modal teroka milik kerajaan, iaitu MyCreative Venture Capital, akan ditubuhkan untuk menggalakkan pembabitan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
Untuk kesekian kalinya, ia membawa maksud, kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan  menggunakan wang rakyat untuk berniaga.
Ini adalah format perniagaan sentralisasi oleh kerajaan, kuasa dan monopoli kerajaan sedang berjalan rancak.
Dalam asas demokrasi sosial atau dalam konsep Pakatan Rakyat sekali pun, dasar disentralisasi menjadi  matlamatnya. Inilah konsep Ketuanan Rakyat, kita mahu rakyat bijak berdikari dan hanya dipandu oleh kerajaan, bukan dicucuk hidung oleh kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

21st (i)

Posted: 16 Oct 2011 08:54 PM PDT

Oleh: MSK
"The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn."
Tajuk ni Chor yang bagi yang bermaksud, illiterates of the 21st Century, dan mintak aku tambah semangkuk sebab dia dah fed-up dengan pemikiran politik cabang. Petang semalam aku join Xenan and bros kat Taiping…juga sembang perkara yang sama. Tentang kualiti pemimpin. Kata-kata Alvin Toffler ini selalu digunakan dalam kursus pengurusan. Nak kaitkan dalam konteks politik…susah jugak nak cari modai.
Zaman berubah..persekitaran berubah…dan kita juga kena berubah.
Read More / Baca Lagi >>

Anugerah Projek 250Juta Kepada Keluarga Menteri.?

Posted: 16 Oct 2011 08:50 PM PDT


Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan" sehingga begitu mudah
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan mampu maju jika Pusat telus

Posted: 16 Oct 2011 08:43 PM PDT

Negeri Kelantan sebuah negeri di pantai timur dan terkenal dengan adat dan budaya ketimuran sebenarnya boleh menjadi sebuah negeri yang termaju di negara ini. Rakyat Kelantan yang rajin berniaga tidak kira apa juga bangsa dan keturunannya setidaknya boleh mencapai tahap sebuah bangsa yang maju setanding dengan rakyat di Korea dan Jepun.
Namun, segala impian itu telah tersekat kerana kerakusan pemimpin di kerajaan pusat yang hanya tahu mengaut hasil mahsul negeri termasuk minyak dan gas asli yang menjadi sumber baru untuk negeri Kelantan.
Apakah punca dan sebab mereka bertindak kejam terhadap rakyat Kelantan sedangkan rakyat Kelantan juga beragama Islam dan berbangsa Melayu secara majoritinya. Mahu tidak mahu rakyat Kelantan terpaksa melangkah dan berhijrah di bandar lain di Malaysia ini demi memenuhi kehendak dan budaya keusahawanan yang telah dipupuk sejak lahir lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Cerpen : Hanya lima ratus ringgit

Posted: 16 Oct 2011 08:41 PM PDT

Oleh KERIS ALAM
SMS ringkas yang diterima Arman pagi itu agak meresahkan dan mengocak perashttp://images.collectorbox.multiply.com/image/Sm-axNAcDfKuR8ji6L2XZA/photos/1M/orig/743/RM5006th...jpg?et=sCX6pXTVNemogQvKZS7GSg&nmid=0aannya apabila waktu itu berada di pertengahan Ramadan. Isteri dan anak-anaknya sedang menanti kiriman wang; terasa sayu bila berulang kali dia menatap telefon bimbitnya.
Dia mahu menyudahkan kerjanya sebelum pergi ke bank pada petang itu, dia akan membalas SMS isterinya dengan menjanjikan petang itu juga dia akan mengirimkan wang untuk mereka.

Kawan sepejabatnya, Ravi berjalan melintasi hadapannya seraya menyapa. "Bonus kerajaan sudah masuk. Apa lagi Arman, petang boleh pergi cucuk wang."
Read More / Baca Lagi >>

Budaya menulis pemimpin PAS hambar?

Posted: 16 Oct 2011 08:36 PM PDT

Oleh ZAHIRUDDIN ZABIDI
SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke manhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDRWKLDSfy6affSgqxq33XP9bZxQxSPbNs60R3Ul-SYS0xo77f1ywfZ8Ddm3OXOZl3uZadrcifgSo0-JsaTbaQGcwgK471vrAYAZCytGtaB48d8heXr-mtB3ghrx2SJnZF20yMT8_KbK_9/s1600/218321_0_kursus_menulis_writing_course.jpga-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan Popular.
Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membelibelah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana.

Read More / Baca Lagi >>

Calon boleh menang belum tentu ‘boleh menang’

Posted: 16 Oct 2011 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sementara Datuk Seri Najib Razak mengulangi mahu meletakkan calon-calon boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13 mewakili Barisan Nasional (BN), penganalisis dan pemerhati politik melihat aspek atau pendekatan itu tidak semestinya akan membawa kemenangan kepada perikatan tersebut.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kriteria sebegini menjadi pilihan rakyat mahupun parti kerana rakyat mahukan calon terbaik yang dapat mewakili kepentingan dan memberi khidmat terbaik serta memahami masalah rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Agenda Selangorku: Ke Arah Menjadikan Selangor Negeri Idaman Dan Contoh

Posted: 16 Oct 2011 08:20 PM PDT


Agenda Selangorku Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun 2011-2013 telah dilancarkan oleh YAB Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 16 September 2011.
Agenda Selangorku bertujuan menjelaskan falsafah pentadbiran dan wawasan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor serta menggariskan program-program dan perancangan kerajaan negeri untuk tempoh dua tahun akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia reka jam Menara Mekah

Posted: 16 Oct 2011 08:18 PM PDT

MEKAH – Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.Katanya menara itu memerlukan 'lightweight steel structure' untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.
Read More / Baca Lagi >>

Selamatkan akidah umat Islam!

Posted: 16 Oct 2011 08:16 PM PDT

Ridhuan Tee Abdullah
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.
Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah", secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dapat RM500 lepas tu siap-siaple...LHDN sudah ada fail anda...!!!

Posted: 16 Oct 2011 08:09 PM PDT

Oleh: sifuyus

"Bagi korang yang rasa macam best sangat dapat RM500 tu, aku cuma nak ingatkan dan tolong bagitau orang2 kampung..

 Sebenar-benarnya BN nak pastikan yg semua orang x kira apapun statusnya ada fail kat LHDN..Caranya mudah utk pastikan org ramai termasuk org kampung x boleh lari dr cukai pendapatan.

 Logiknya target tahun ni kerajaan mesti capai lebih daripada RM90 bilion. Mungkin sekali tu je dapatnya maklumle one off.Bagi makcik pakcik yg ada berniaga nasi lemak ke, ada sawit ke, siap-siaple untuk dikenakan cukai. Sekarang ni pegawai2 LHDN pun tengah meronda keliling Malaysia..Bijakkan kerajaan BN..Bagi RM500 tp pulangannya nanti sangat lumayan..pada yg syok sangat tu jangan marah..hi..hi"

Menteri kata tak payah bayar yuran PIBG....

Posted: 16 Oct 2011 08:03 PM PDT

Oleh: amkns

" Hancurlah pendidikan negara macam ni. Bajet 2012 bukan main lagi Najib berbangga yuran sekolah yang hanya RM24.50 dimansuhkan. Najib lupa yuran PIBG ada yang sampai RM300 apa cerita? Yuran PIBG lah selama ini diguna untuk membantu sekolah dan guru dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah sebab peruntukan kerajaan BN yang selalu tak ada, lambat, tak cukup.
 

Akhirnya Menteri dibawah pun kata pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG. Pelajar miskin bermakna mereka dari keluarga pendapatan RM3,000.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Sengal : Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah

Posted: 16 Oct 2011 07:59 PM PDT

SEGAMAT, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.
Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: ‘Bolehkah orang tentang hudud sokong Akta Murtad’

Posted: 16 Oct 2011 07:58 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.
"Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.
"Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?" kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal

Posted: 16 Oct 2011 07:53 PM PDT

Oleh Hafiz Zainuddin

17 OKTOBER – Datuk Seri Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang 'menjanjikan bulan dan bintang' yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.
Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Bukti-bukti kejujuran Pakatan
Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 mellaui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).
Read More / Baca Lagi >>

Peter Chin mahu jawatan presiden SUPP

Posted: 16 Oct 2011 07:38 PM PDT

peter chinPersidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Disember ini dijangka menyaksikan jawatan presiden ditandingi oleh menteri kabinet kerajaan negeri dan menteri kabinet persekutuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin (kanan) semalam mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden semingu selepas Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh mengumumkan hasratnya.

Peter Chin merupakan ahli parlimen Miri sementara Wong adalah ADUN Bawang Assan.

Chin yang juga setiausaha penganjur SUPP berkata beliau membuat keputusan itu berikutan gesaan daripada 306 pemimpin akar umbi dari 33 cawangan parti yang bermesyuarat di ibu pejabat parti semalam.

SUPP mempunyai 43 cawangan di seluruh Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS Sabah lancar Kempen Selamatkan Pulau

Posted: 16 Oct 2011 07:36 PM PDT

KOTA KINABALU, 17 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) yang komited dan serius terhadap isu penjualan pulau Sabah ke pihak asing melancarkan kempen Selamatkan Pulau-pulau Sabah di Pejabat PAS Putatan, semalam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu berkata, Pemuda PAS Sabah bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia menganjurkan kempen bagi mengutip tandatangan rakyat Sabah bagi memberi sokongan membantah penjualan Pulau Montokud, Pulau Pandanan dan Pulau Mengalum.
Read More / Baca Lagi >>