Isnin, 6 Jun 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


PAS & Pakatan mampu mengubah Negara

Posted: 06 Jun 2011 07:30 PM PDT







Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Perwakilan pada Muktamar PAS ke-57 telah melunaskan impian untuk membentuk satu pasukan yang baru dalam kepimpinan tertinggi PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 yang dikepalai Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang.

Pemilihan aktivis dan golongan profesional serta gandingan mantap ulama dalam saf kepimpinan PAS mencerminkan satu wajah baharu setelah aktivis berjaya mendominasi pucuk kepimpinan tertinggi di peringkat Timbalan dan Naib-naib Presiden.

Malah keputusan pemilihan kali ini memperlihatkan bahawa perwakilan PAS tidak mudah termakan dengan propaganda Umno melalui media mereka seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Perwakilan lantas bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS dengan kepimpinan yang sentiasa merasai perjuangan dan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Walaupun Timbalan Presiden yang baru, Mohammad Sabu (Mat Sabu) akan dilabel dengan pelbagai tuduhan oleh media Umno, namun ia sebenarnya menunjukkan naiknya Mat Sabu akan membuatkan Umno 'pening kepala'.

Semasa muktamar berlangsung, terutamanya apabila ada sidang media, maka ada sahaja wartawan akhbar arus perdana yang datang dengan soalan yang jelas mahu menjerat kepimpinan PAS.

Dakwaan demi dakwaan dilontarkan, kononnya Presiden PAS 'pening kepala' dengan saf baharu yang dipilih perwakilan kononnya akibat tidak sehaluan.

Apa yang pasti, soalan demikian telah dirancang oleh kehendak 'pemilik' akhbar iaitu Umno-BN agar apa yang bakal disiarkan dalam laporan mereka akan berjaya memupuk minda masyarakat kononnya PAS menuju kepada detik mencemaskan.

Tidak kurang komen-komen kepimpinan Umno termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin; menteri-menteri yang kononnya melihat PAS meninggalkan kepimpinan Ulama.

Walhal seperti kata Presiden PAS, kepimpinan yang ada hari ini adalah saf terbaik dan kabinet yang mantap untuk berdepan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Barangkali telahan Dato' Mahfuz Omar ada benarnya, bahawa Umno cukup bimbang dengan keputusan pemilihan PAS kali ini yang mana bakal menunjukkan jalang penamat kepada parti nasionalis itu daripada terus menerajui pentadbiran negara.

Kebimbangan ini jelas ketara dengan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno setiap hari sebelum, semasa dan selepas pemilihan menyerang Mat Sabu.

Lebih menghairankan, Utusan Malaysia seolah-olah cukup lunak dengan Ulama, sedangkan majikan (Umno) merekalah yang mencaci, menghina golongan Ulama setiap kali pilihan raya berlangsung.

Tuan Guru Nik Aziz sering menjadi bahan hinaan mereka, malah ulama berkecuali seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjadi sasaran Umno untuk dihentam.

Umno sebenarnya 'rimas' dengan ulama, namun terpaksa menggunakan jalan berpura-pura memuji ulama bagi memecahbelahkan perpaduan jitu dalam PAS.

Pada pemilihan kali ini, nyata usaha itu gagal kerana bak kata Mahfuz, PAS memiliki dinamisme baru dalam menentukan kepimpinan dengan sikap perwakilan yang jauh lebih terbuka.

Utusan dan Umno barangkali terlupa, Mat Sabu adalah antara pihak yang mengagaskan konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an.

Mat Sabu adalah pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, yang masak dengan ujian perjuangan termasuk dihumban ke tirai besi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang bersama Mahfuz yang juga Naib
Presiden PAS.


Mat Sabu dan rakan-rakannya akan menjadi pemimpin yang turun ke bawah kerana latar belakang perjuangannya yang sentiasa bersama 'rakyat marhaen' adalah aset utamanya.

Beliau cukup terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan dan memiliki hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO). Lebih penting, pasukan yang terbentuk pada muktamar kali ini akan menggegarkan dunia politik tanahair dengan himpunan BERSIH
2.0 9 Julai ini bersama Jawatankuasa BERSIH 2.0 yang dipimpin Dato' Ambiga Sreenevasan.

Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini.

Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu kemasukan semula Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa juga membawa satu senario yang menarik dalam saf baru kepimpinan PAS Pusat kali ini.

Husam yang tewas dalam persaingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden bersama Mat Sabu dua tahun lalu di Shah Alam kembali mewarnai politik PAS dengan berada di barisan depan kepimpinan.

Dengan watak 'brilliant' yang dimilikinya, serta mempunyai iltizam yang kuat, Husam mampu menjadi tulang belakang kepada Mat Sabu dan rakan-rakan lain termasuk Salahuddin Ayub untuk menelanjangkan Umno pada pilihan raya umum ini.

Kemenangan besar Mazlan Aliman yang terkenal dengan perjuangan NGO Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) memangkin kekuatan PAS, kerana beliau cukup digentari oleh Umno.

Resepi lengkap ditambah dengan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Muslimat, kewarakan Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda; dan 'keulamakan' Dato' Harun Taib mampu memandu PAS ke lapang sasar yang menjanjikan agenda PAS menggantikan Umno akan tercapai.

Saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan Umno dan yang jauh lebih penting ialah untuk mengusung Umno ke Muzium Negara seperti kata Husam.

bumiperak

bumiperak


Pimpinan baru PAS menggerunkan Umno

Posted: 06 Jun 2011 06:25 AM PDT

Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup, saya tidak mahu sesiapa pun memimpin PAS kecuali orang-orang yang bertaqwa. Apabila ulama ("berpendidikan aliran agama") yang dipilih perwakilan memimpjn PAS, biarlah ulama itu ulama yang bertaqwa. Apabila insan bukan ulama ("bukan dari pendidikan aliran agama") dipilih perwakilan memimpin PAS, biarlah insan itu insan yang bertaqkwa, Insha Allah.

Takdirnya, pada pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini, para perwakilan telah, buat kesekian kalinya, memilih insan yang bertaqwa untuk memimpin parti dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Kali ini, insan yang bukan dari aliran pendidikan agama (tidak semestinya mereka ini bukan ulama) telah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Mereka memiliki kelebihan – dua orang dari mereka pernah melalui proses pentarbiyyahan Kem Kemunting dan kesemuanya adalah aktivis parti yang paling ketara (visible), terserlah dan berwibawa yang telah menjelajah seluruh pelusuk negara. Lebih dari itu, mereka telah menyertai pilihan raya dan menang dan mereka juga adalah jaguh demonstrasi di jalan raya. Kalau keadaan memaksa rakyat untuk turun ke jalan raya seperti mana yang telah berlaku di Tunisia, Mesir dan beberapa buah lagi Negara Arab, saya rasa inilah orangnya yang akan berada di barisan hadapan.

Mereka adalah ahli PAS yang telah melalui proses pentarbiyyahan yang panjang, lalu mereka itu kenal dengan apa itu Islam dan perjuangan Islam. Dari segi ilmu Islam dan ketaqwaan yang dimiliki, mereka sebenarnya layak dipanggil ulama. Lidah mereka sentiasa basah dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadith-hadith. Mereka kenal akan hukum hakam Islam. Di sana ada Majlis Syura Ulama yang memberi legitimasi kepada seluruh keputusan yang diambil parti. Sistem pembuatan keputusan yang wujud di dalam PAS memberi keanjalan yang luas bagi ahli-ahli memilih pemimpin. Sama ada yang dipilih itu "ulama" atau "bukan ulama," legitimasi perjuangan PAS dan segala tindak tanduknya tetap bersumber dan berpaksikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma Ulama. Harus diperhatikan bahawa kebanyakan gerakan Islam di dunia hari ini – dari Negara-negara Arab, Turki dan lran hinggalah ke Asia (India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia) – dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional.



Satu kejayaan besar dari sistem pentarbiyyahan PAS ialah ia telah berjaya "mengulamakan" golongan profesional dan yang bukan dari aliran pendidikan Islam dan ia telah berjaya pula "memprofesionalkan" golongan ulama dan yang dari aliran pendidikan Islam. Sesungguhnya, insan yang ada nilai di sisi Allah hanyalah insan yang bertaqwa. Inilah dia intisari daripada sistem pentarbiyyahan PAS – untuk mewujudkan insan yang bertaqwa, Insha Allah. PAS adalah parti bagi orang bertaqwa yang sentiasa tunduk kepada perintah Allah SWT.

Di luar sana ramai insan yang berstatus ulama. Ada ramai ulama di dalam Biro Agama UMNO. Di Pusat Islam ada ramai ulama. Di Majlis Agama Islam negeri-negeri ada ramai ulama. Tetapi perjuangan mereka (harus ditekankan, tidak semua) itu berbeza dengan perjuangan para ulama yang berada di dalam PAS. Ulama dalam PAS, yang bertaraf pemimpin nasional mahu pun pemimpin negeri, kawasan dan cawangan atau ahli biasa, semuanya insan yang bertaqwa, Insha Allah. Kalau mereka tidak memiliki ketaqwaan yang tinggi, mana mungkin mereka berada di dalam sebuah jemaah Islamiah seperti PAS. Mana-mana jemaah yang perjuangannya bermatlamat menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah, Qias dan Ijma Ulama sebagai perlembagaan dan undang-undang bagi ummah, maka itulah dia jemaah Islamiah dan sesiapa sahaja yang berada dan berjuang di dalam jemaah Islamiah, maka mereka adalah orang-orang bertaqwa, Insha Allah. Di dalam bahtera PAS hari ini terhimpun orang-orang bertaqwa dari setiap lapisan dan golongan masyarakat yang pada kalbu mereka sentiasa bersemarak kalimah "Lailaha Ilallah Muhammadur Rasulallah." Yang lebih menggerunkan musuh ialah sudah wujud pula golongan orang bukan Islam yang merestui perjuangan PAS dan mahu bersama-sama untuk melangsungkan perjuangan.

Umno bukan satu jemaah Islamiah. Ianya jemaah kovensional yang dasarnya "agama suku dan politik suku." Pemimpin-pemimpinya selalu melaungkan kata-kata "jangan campur-adukan agama dan politik." Pemimpin UMNO tidak pernah tahu bahawa berpolitik itu adalah cara hidup para nabi. UMNO, kerana dasarnya konvensional, cukup serasi dengan pendekatan "matalamat menghalalkan cara." UMNO menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan lawan. Ia memainkan isu perkauman supaya bila tercetus rusuhan kaum seperti "Peristiwa 13 Mei," maka bolehlah ia terus berkuasa. Dalam tempoh lebih daripada 50 tahun UMNO berkuasa ia telah merosakkan lembaga-lembaga utama di dalam masyarakat dan Negara seperti badan kehakiman, polis, tentera, badan pencegah rasuah, suruhanjaya pilihan raya dan sistem pendidikan Negara. UMNO gagal mengagihkan kekayaan Negara secara adil. Kebokrokan ini berlaku kerana ulama yang ada di dalam UMNO semuanya bisu. Mereka melihat kemungkaran dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka tetapi mereka tidak berani melarang. Malah, mereka tergamak pula mencipta hujjah dan hukum untuk memberi legitimasi kepada kemungkaran yang dilakukan.

Dengan menobatkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar ke barisan kedua dan ketiga di dalam hiraki kepimpinan PAS, bermakna para perwakilan terus memperkasakan gabungan kepimpinan ulama dan profesional di dalam parti. Sekali gus, para perwakilan menghantar isyarat-isyarat berikut kepada UMNO-BN:

Revolusi rakyat yang dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional telah berjaya menumbangkan dua orang diktator paling liat dan "notorious" dalam zaman moden ini, iaitu,El Zine Abidine Ben Ali (Tunisia) dan Hosni Mubarak (Mesir), maka dengan memperkasakan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS, adalah diharapkan akan tercetus pula revolusi rakyat Malaysia yang kelak berkemampuan menumbangkan kerajaan zalim UMNO-BN dalam pilihan raya ke 13 ini.
Personaliti yang dipilih memang terkenal sebagai "great mobilizer of people" (penggerak orang ramai yang berwibawa)." Mereka telah membuktikan kemampuan memobilisasikan puluhan malah ratusan ribu manusia untuk turun ke jalan raya memprotes kezaliman. Jika UMNO-BN mahu terus menodai sistem pilihan raya pada pilihan raya ke 13 ini, maka jangan dipersalahkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar, jika sekiranya rakyat turun ke jalan raya memprotes pilihan raya yang tidak adil.
Dengan menambahkan golongan profesional di dalam hiraki kepimpinan PAS, pengundi bukan Melayu melihat bahawa PAS menjadi sebuah parti yang semakin mesra rakyat bukan Melayu. Pengundi-pungundi bukan Melayu, khasnya orang Cina dan India, telah lama menyuarakan bahawa mereka ingin melihat lebih ramai profesional menjadi pemimpin PAS kerana mereka berkeyakinan kejayaan pengurusan ekonomi Negara menuntut kehadiran golongan profesional yang bersih, berintegriti, bijaksana dan berilmu tinggi. Ulama memandu dan golongan profesional melaksana. Para perwakilan melihat bahawa jalan yang selesa untuk memenangi dan menambat hati orang bukan Melayu supaya bersama dengan PAS ialah dengan melakanakan apa jua perkara baik dan bermanfaat untuk semua yang mereka suarakan.

Pemerkasaan gabungan pimpinan ulama dan profesional di dalam PAS menghantar angin dingin ke dalam sum-sum UMNO. Ia menambahkan lagi kegerunan mereka untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya ke 13 yang akan berlangsung bila-bila masa selepas Muktamar PAS ke 57 ini. Tahniah kepada semua calon yang menang. Kepada yang kalah jangan pula berbalasungkawa kerana ruang perjuangan itu amat luas. 
Dr. Rosli Yaakop- Harakahdaily

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Skandal Scorpene : Zahid, Muhyiddin perangkap Najib

Posted: 06 Jun 2011 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut CheGuBard, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

"Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

"Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

"Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

"Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

"Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

"Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14860

PAS tak perlu ganti Umno

Posted: 06 Jun 2011 08:47 PM PDT

Oleh Dinsman
Ya, kenapa PAS ganti Umno? Kalau tak ganti Umno, tak bolehkah? Biarkan sahajalah Umno itu rosak dan reput begitu saja. Tak perlu ganti. Dia rosak, dia reput, dia hilang – habis. Yang pentingnya dia tak berkuasa lagi di negara ini. Kenapa pula PAS mesti ganti dia?

Apabila Umno rosak, reput dan hilang habis, dia tak berkuasa apa-apa lagi. Tak boleh lagilah dia nak perintah negara ini. Masa itu kalau PAS yang lebih banyak mendapat kepercayaan rakyat, PAS-lah yang mengambilalih atau membentuk kerajaan yang akan memerintah atau mentadbir negara ini

Bukan mengganti Umno, tapi mengambilalih teraju pemerintahan/ pentadbiran. Tak ganti Umno. Dan Umno tak perlu diganti. Biarkan saja dia reput dan hilang dimakan zaman.

Saya tak tahulah dari mana datangnya pemikiran PAS ganti Umno itu, dan saya rasa tak perlulah saya nak tahu itu. Dan saya pun tak pernah fikirkan pun pasal ungkapan itu. Ia bukan urusan saya. Tapi bila orang semua tiba-tiba bercakap pasal muktamar PAS, dan hari itu saya ke Kundang nak dengar ceramah Tok Guru Nik Aziz, saya tengok banyak tergantung T-shirt "PAS ganti Umno" di gerai jualan.

Sejak itulah fikiran ini mula mengganggu minda saya. PAS ganti Umno. Kenapa PAS menti ganti Umno? Saya rasa saya fahamlah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Ia ditujukan kepada orang Melayu yang sangat taksub dengan Umno, yang berfikir hanya Umnolah sahaja parti yang boleh menolong orang Melayu.

Maka kepada mereka itu seperti ingin dikatakan: Jangan bimbang. PAS akan ganti Umo, atau PAS boleh ganti Umno.

Tapi saya terfikir juga – hari itu kita duk kempen kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama, kita kata "PAS for All / PAS untuk Semua". Sekarang tiba-tiba sudah jadi PAS ganti Umno pula. Macamana ni? Betulkah PAS untuk semua itu, atau itu hanya kata-kata untuk sementara hendak memujuk orang bukan Melayu sahaja?

Saya juga terfikir – bila orang bukan Islam baca kata-kata PAS ganti Umno itu, apa yang mereka fikir? Eh,
PAS hendak ganti Umno pula? Nak jadi parti untuk orang Melayu pula?

Dan itu boleh tahan lagi. Tapi kalau mereka fikir: Eh, PAS nak ganti Umno? Umno itu 'kan parti yang jahat, yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Kenapa PAS nak ganti Umno? PAS pun nak jadi parti jahat jugakah bila Umno sudah tak ada nanti?

Itu fikiran yang terlintas dalam kepala sayalah. Mungkin tak betul. Tapi memang saya tertanya-tanya begitu. Mengapalah mesti nak ganti Umno! Kalau tak ganti Umno tak bolehkah? PAS sebagai PAS sahaja tak bolehkah?

Apakah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri, maka ia perlu bersandar dan bergantung pula dengan yang lain? Itu implikasinya bila dikatakan PAS ganti Umno. Seolah-olah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri. Maka ia perlu berdiri di atas tapak Umno. (Ganti Umno itu bukankah maknanya berdiri di atas tapak Umno?) Perlukah Umno berbuat begitu? Padahal antara PAS dengan Umno itu bezanya terlalu besar dan terlalu banyak. Bukankah itu boleh mengelirukan?

Bagi saya apabila dikatakan "PAS ganti Umno" itu ia memang mengelirukan. Cubalah fikirkan: kalau PAS boleh ganti Umno kepada orang-orang yang taksub dan fanatik Umno itu, apa implikasinya? Implikasinya ialah PAS tak banyak bezanya dengan Umno. Sebab itu PAS boleh ganti Umno.

Lagipun apalah pentingnya dan mustahaknya sangat nak ganti Umno itu? Kalau dengan tak mengganti Umno pun PAS mampu untuk menang dan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, untuk apalah pula nak berfikir PAS ganti Umno, setelah semua orang sudah dengar kita melaung-laung "PAS untuk Semua"?

Kalau sudah PAS untuk Semua, teruskan sajalah PAS untuk Semua! Mengapa perlu diubah-ubah lagi? Seolah-olah perjuangan PAS itu boleh berubah-ubah? Sekejap kata Umno itu aqidahnya sesat, sekejap kata PAS itu untuk semua, sekejap kata PAS boleh ganti Umno bagi orang Melayu pula. Apa sebenarnya ini?

Dulu saya pernah tulis buku "PAS jangan jadi Umno", dan kebetulan baru-baru ini ada kawan mencadangkan supaya buku itu dicetak semula dengan beberapa penambahan isu-isu baru. Mengikut pandangan kawan itu sekarang lebih banyak tanda-tanda orang PAS yang cenderong bersikap macam orang Umno, dibandingkan waktu buku itu diterbitkan dulu.

Saya tak menjawab apa-apa kepada cadangan kawan itu. Tetapi apabila sekarang memikirkan kekeliruan yang terjadi sekitar pemikiran "PAS ganti Umno" ini, saya teringat semula kepada cadangan tersebut. Barangkali ada kebenarannya di situ. Kalau tidak, masakan idea "perpaduan" itu boleh sekejap timbul sekejap hilang dan sekejap timbul lagi begitu?

Nampaknya seperti wujud semacam pertalian antara dua perkara ini – kerajaan perpaduan dan PAS ganti Umno. Kedua-duanya ada hubungan dengan Umno. Mengapa pimpinan PAS mesti berfikir dalam kerangka yang ada Umno di dalamnya?

Bukankah Umno itu sudah jadi sesuatu yang jijik, kotor, lucah dan "busuk hingga ke usus"? Kenapa PAS masih tak mahu berpisah dengannya, hingga mahu menggantikannya pula?

Untuk menawan hati orang Melayu, PAS tak perlu ganti Umno. PAS hanya perlu belajar dengan Kelantan. Di Kelantan itu orang Melayu 95 peratus. Negeri yang paling ramai orang Melayu. Jadi, siapa kata orang Melayu sukar hendak terima PAS?
Inilah sebabnya saya telah berulang-ulang kali mengatakan PAS mesti akui kejayaan Kelantan, dan belajar daripada Kelantan. Berhentilah berfikir secara berbolak-balik sekejap begitu dan sekejap begini.

"Saya hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia" - Zarina

Posted: 06 Jun 2011 07:52 PM PDT

KUALA NERANG - "Pengalaman hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia kira-kira jam 4 pagi pada 4 Jun lalu pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan," kata Zarina Abu Bakar, 30, wanita yang ke Lombok, Indonesia selepas mengikuti teman lelakinya yang dikenali sebagai Helmi kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Zarina yang tidak pandai berenang berkata, dia dan beberapa orang lain yang mahu memasuki sempadan Malaysia melalui Ulu Tiram, Johor diarahkan terjun ke dalam laut kerana bot yang membawa mereka tidak menghampiri pesisiran pantai.

Menurutnya, sebaik sahaja terjun, dia tidak ingat apa-apa dan dimaklumkan oleh tekong bot bahawa dia pengsan.

"Nyawa saya masih panjang dan bersyukur kerana telah diselamatkan oleh tekong bot berkenaan dan saya mula sedar dari pengsan kira-kira jam 6 pagi.

"Kemudian dengan bantuan orang-orang tekong bot itu, saya telah dibawa untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur kerana ibu saya, Maryam Kasim, 49, sudah menanti di sana," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kuala Pai, Kuala Nerang.

Kisah Zarina sebelum ini mendapat liputan media cetak dan elektronik yang luas selepas dia merayu dan memohon bantuan untuk kembali ke negara ini selepas pergi ke Lombok pada September 2009.

Dia yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 6, 7 dan 10 tahun pergi ke sana selepas teman lelakinya yang dikenali Helmi, 29, berjanji akan mengahwininya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, dia terus jatuh hati kepada jejaka berkenaan yang mengambil berat akan dirinya.

"Pada awal berkenalan, sekiranya sehari tidak bertemu saya akan teringat-ingat kepadanya, setiap yang diperkatakan dan diminta olehnya langsung tidak dibantah.

"Saya pun tidak tahu mengapa saya tidak sabar-sabar mengikutinya pulang ke Lombok selain mendapat pelawaan dari pada ibu Helmi untuk pergi ke sana," katanya.

Dia mengakui semasa di dalam perjalanan menuju ke sana melalui Ulu Tiram, ingatannya kepada ibu bapa dan juga anak-anak di Kedah seolah-olah tidak ada dan hanya memikirkan untuk ke Lombok saja.

"Saya seolah-olah dipukau tetapi pada waktu yang sama rasa sangat bahagia," katanya.

Namun, selepas lima bulan menetap di Desa Jeruk Mani, Dusun Jawa Guar, Kacamantan Timur, barulah rasa rindu kepada kampung halamannya di Malaysia kembali berbunga.

Menurutnya, dia mendakwa selepas lima bulan menetap di sana, layanan ibu Helmi kepadanya semakin dingin.

"Selain menetap di rumah yang tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air, kadang-kadang makanan tidak cukup dan perlu bergantung kepada roti sahaja, makanan yang sering saya jamah ialah ubi kayu, ubi keladi dan pucuk paku-pakis.

"Saya pun tidak tahu mengapa ibu Helmi bersifat dingin dan sering memarahi dan memukul saya, sifat ramah mesra seperti saya dengar di dalam telefon sebelum ini sudah tidak ada," katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa pergi bekerja mengambil upah menanam padi dengan upah sebanyak RM2.50 sehari.

"Setiap hari saya memikirkan untuk pulang sahaja, selain hidup umpama pelarian di sana," katanya yang mendapat bantuan suaminya untuk mendapatkan kad pengenalan palsu di sana dengan harga RM80.

Bagaimanapun, impiannya berkecai apabila Helmi membatalkan hasrat untuk berkahwin dengannya selepas dia melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulit dengan lelaki berkenaan kira-kira lima bulan yang lalu.

"Biarlah kisah perjalanan hidup saya ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada wanita di negara ini supaya ia tidak akan berulang lagi.

"Kepulangan saya ke negara ini juga turut dibantu oleh Helmi selepas melihat saya sudah nekad untuk pulang ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Maryam ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana masih lagi dapat memeluk anak sulungnya itu.

"Setiap hari saya berdoa kepada Allah SWT, akhirnya doa saya dimakbulkan, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi dorongan kepada keluarga kami," katanya.

Tambahnya, dia mendapat bantuan daripada adik angkatnya dari Kubor Panjang, Pendang, Kedah untuk membantu membawa pulang Zarina.

- Artikel semalam mengenai Zarina DI SINI

Politik - Yang mana hujungnya, yang mana pangkalnya?

Posted: 06 Jun 2011 05:41 PM PDT

Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja; bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Saya tidak nampak lagi isu yang lebih merbahaya dari isu agama yang di mainkan oleh beberapa kerat manusia 'desperate' yang menggunakan isu agama mungkin sebagai isu yang mereka anggap sebagai isu yang paling selesa bagi mereka untuk mencapai matlamat peribadi mereka. Bagi setengah pihak, rasanya yang sedang berkuasa isu ini merupakan jalan yang terakhir yang memungkinkan untuk meneruskan sokongan orang Melayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa.

Isu ini isu yang sengaja diada-adakan. Itu pandangan saya dan saya tetap dengan pandangan itu. Seseorang yang hendak diceraikan selalunya akan bercakap tangkap muat untuk melindungi kelamahannya. Politik BN begitulah. Apabila ada rasa-rasa akan ditolak maka isu demi isu akan diperbesarkan dan tentulah mangsanya ialah parti pembangkang.

Ahli-ahli DAP yang kebanyakannya adalah beragama Buddha dituduh mahu meletakan kristian sebagai agama rasmi. Di mana lojiknya kita pun tak tahu. Apabila isu ini diperhangatkan oleh Utusan maka berderu-deru opotunis bercakap dan berucap dengan nada yang keras kononnya akan berjuang habis-habisan. Ibrahim Ali pula akan berjihad untuk Islam. Bila Ibrahim Ali hendak berjihad dalam isu ini secara langsung Ibrahim di dalam hidupnya belum lagi berjihad.

Tetapi apa pun, keadaan politik negara begitu bercelaru dengan berbagai-bagai isu tepian yang begitu ghairah diperbesarkan oleh setengah pihak. Isu sebenar yang membuatkan merudumnya sokongan ramai terhadap kita tidak dipertikaikan dan diperbahaskan dengan betul. Isu agama ini betul-betul isu untuk melarikan dari isu sebenar yang kita hadapi iaitu ketirisan kewangan negara dan nilai budaya yang sudah berubah keterlaluan sehingga kita sudah hilang identiti sebagai parti nasionalis.

Bagi adik-adik yang muda sekarang ini mereka hanya mengenggeh sahaja. UMNO kata orang UMNO kata mereka. Tetapi apabila ditanya apa dia UMNO itu, mereka akan menjawab UMNO membawa bekalan api letrik, membina jalanraya, membekalkan air bersih, memberi lembu pawah, hendak menang pertandingan ketua pemuda dan naikkan sipolan dan sipolan, mesti benci Nik Aziz, mesti tuduh DAP komunis, mesti undi UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan orang Melayu dan berbagai-bagai retorik yang lain.

Ada anak-anak yang muda sekarang ini bercakap dan menulis menggunakan kata-kata kesat seperti BABI, bingai , anjing dan berbagai-bagai lagi istilah kotor dan memanggil nama buruk kepada orang yang mereka tidak suka. Tetapi apabila ada seorang yang mereka takuti menggunakan istilah pandikutti ianya menjadi isu besar sedangkan manusia ini dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang kotor seolah-olah manusia yang lain itu bukan ciptaan Tuhan.

Perbalahan politik memang dari dahulu kala berlaku tetapi mereka yang berbalah mempunyai bahasa politik yang lebih berseni dan finesse nya yang tinggi. Kata mengata di antara yang berbalah semasa dahulu ada sempadannya. Sempadannya bukan di adakan dengan undang-undang tetapi persempadanan kata mengata itu digariskan dengan etika dan budaya bangsa yang begitu tinggi. Begaduh, tetapi ada sempadan moralnya. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut dikeluarkan.

Seperti kita bersolat, ada tata caranya. Dalam solat wajib ada sunatnya dalam solat sunat itu ada wajibnya. Bersolat waktu yang wajib, membaca ayat lazim itu adalah sunat, di dalam sembahyang sunat itu membaca al-fatihah itu adalah wajib. Pendeknya ada wajibnya dan ada sunatnya.

Kita lupa nasihat agama kita; apabila terjumpa perkara yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga kalau terjumpa perkara yang cantik molek jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya.

UMNO seolah-olah adalah 'the almighty'. Segala-galanya datangnya dari UMNO bukannya dari Tuhan. Takburnya tidak terhingga. Kata mereka kalau tidak ada UMNO Melayu tidak boleh hidup. Tetapi apabila Melayu yang cuba untuk membuktikan yang UMNO bukan penentu segala-galanya mereka memaki hamun dan mencerca puak ini. Kalau benar UMNO adalah penentu kepada semua bagaimana masih ramai orang Melayu yang terkapai-kapai; hanya pemimpin-pemimpin sahaja yang kaya raya dan hidup 'glamorous' yang tidak terbatas oleh adat dan budaya bangsa kita.

UMNO membawa isu rasis, tetapi yang dituduhnya membawa isu rasis itu ialah DAP. Orang Cina tidak akan ada representasi dalam kerajaan jika MCA tewas dalam pilihanraya. Tetapi orang Melayu lupa yang paling banyak menyumbang kepada kantung kerajaan pada hari ini adalah orang Cina yang telah berjaya di dalam perniagaan mereka. Merekalah yang pembayar cukai yang paling banyak kepada kerajaan.

Bangsa Cina tidak menghormati mereka kerana kita tidak berfikir sebelum bercakap. Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus dan mereka tidak gemar cukai yang banyak dibayar oleh mereka ke dalam perbendaharaan kerajaan itu terlalu banyak diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Tetapi apabila saya bercakap seperti ini saya akan dituduh menyokong kaum Cina dan tidak hormat kepada kaum sendiri.

Kita selalu lupa yang 'respect has got to be earned'. Itulah sebabnya ramai di antara yang berfikir tidak lagi mahu bergiat kerana kami tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan itu dan kami mengharapkan pemimpin kita untuk mendapatkannya. Orang seperti saya yang kerdil ini sedar yang kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan sebagai pemimpin maka kami berundur dari awal lagi.

Tetapi pemimpin Melayu yang diharapkan untuk mendapatkan penghormatan itu tidak juga berjaya menjadi pemimpin yang 'magnanimous' dan terus sahaja mengertak kesana dan mengugut di sini dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan pernghormatan yang sangat penting itu secara natural. DAN mereka tidak pula mahu berfikir kenapa mereka gagal untuk mendapatkan penghormatan itu. Apabila menemui kegagalan maka pihak lain pula dipersalahkan. Pihak sendiri tidak juga bersalah.

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. "Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah" kata seorang kawan professor dari universiti tempatan.

Sumber : blog Aspan Alias

Video klip separa lucah : Gambit dikutuk pembaca

Posted: 06 Jun 2011 08:27 AM PDT


baca selanjutnya DI SINI

Utusan kencing lagi ...

Posted: 06 Jun 2011 06:24 AM PDT

Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid

GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu "dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian".

Berita Utusan itu menambah, "jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu".

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

2008 (BN)            2009 (PR)             2010 (PR)          2011 (PR)

RM12.5 juta        RM20.5 juta           RM24.3 juta      RM33.3 juta


"Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA," tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

"Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu," tambahnya. – Roketkini.com

Bagaimana Nazri Aziz yakin DSAI akan dipenjara? ....

Posted: 06 Jun 2011 04:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.

Beliau mengulas kenyataan Nazri hari ini, kononnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengintai jawatan perdana menteri dan meletakkan dirinya sebagai pengganti Anwar.

Ini kerana menurut Nazri, Anwar ketika ini sedang berdepan masalah dalam perbicaraan kes fitnah II, termasuk fitnah video seks yang dihadapinya.

Menurut Fariz, kenyataan itu menjadi bukti bahawa pertuduhan terhadap Anwar satu konspirasi politik untuk memenjarakannya semula.

"Kenyataan Nazri membuktikan konspirasi yang melibatkan pimpinan Umno dan kerajaan bagi memastikan Datuk Seri Anwar ke penjara. Jelas kes ini menunjukkan konspirasi dan satu sandiwara," katanya kepada keadilandaily.com

Beliau juga mengecam kenyataan tersebut yang bersikap subjudis sedangkan kes Anwar masih dibicarakan di mahkamah.

"Kenyataan ini menunjukkan ketakutan Umno-BN kepada Anwar Ibrahim dan menggambarkan keadaan mereka yang cukup tertekan," katanya sambil memberi amaran, rakyat akan bangkit sekiranya Anwar dipenjarakan.

Selain itu, katanya pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak akan sesekali terpengaruh dengan dakyah tersebut, yang juga bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam gabungan itu.

"Nazri cuba melaga-lagakan untuk memecah belahkan pimpinan Pakatan Rakyat sedangkan perkara itu tidak berlaku seperti yang digambarkan.

"Nazri belum memahami solidariti dan kerjasama dalam Pakatan, bahawa sesuatu keputusan yang diambil bukan secara individu tetapi secara kolektif dan bersama demi kepentingan rakyat," tegas Fariz.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat sebelum ini telah mengambil pendirian yang jelas untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sekaligus melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi pilihan raya umum kelak.

"Kita yakin walaupun sebelum ini terdapat ahli parlimen KEADILAN yang melompat parti, namun keputusan dibuat secara bersama dalam Pakatan untuk mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bermakna Anwar diterima baik oleh semua pihak," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14830

Cakap saja deras, tapi penakut rupanya ... hahaha kesian

Posted: 06 Jun 2011 12:19 AM PDT

Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya- Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.

Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.

"Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir.

"Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN," ujarnya.

Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010, muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi.

Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini.

"Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung.

Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama.

Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka.

Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai 'Parti Ajaran Sesat', bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis.

"Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau?

"Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?' soal beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14795

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Haram Tonton Buletin Utama TV3

Posted: 06 Jun 2011 06:33 AM PDT

 Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
sejak mutakhir ini TV3 semakin biadap dengan menyiarkan telenovela dan drama -drama tahyul dan seksi  yang lebih teruk lagi dengan berani menayangkan video lucah dalam slot berita Buletin Utama yang ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak kecil.

Apakah tv Malaysia sekarang sudah bebas terbuka macam internet,kalau dulu artis-artis lelaki berambut panjang melebihi paras bahu dan artis perempuan yang pakai mini skirt atau terlampau seksi tidak dibenarkan muncul di tv ,sekarang bukan sahaja dibenarkan  saya rasa kalau ada penerbit dan pengarah yang berani buat video lucahpun tv3 akan siarkan.dah siarpun dlm Buletin Utama.kalau inilah prinsip yang diamalkan oleh tv3 ,telus terbuka tanpa pedulikan minda kanak-kanak yang menonton tanpa kira hukum halal haram.maka jelas hukumnya HARAM menonton TV3,ya saya bukan mufti yang boleh bagi fatwa,tapi jika kita lihat kaedah islam,sesuatu yanng harus tapi mengandungi unsur haram akan menjadi haram.Buletin utama satu slot yang bagus sebab mengandungi berita semasa tapi dikotorkan dengan politik kotor fitnah dan video lucah jadilah ia seperti nasik lemak bercampur tahi babi.

-ijoks2009-
Dah dekat setengah tahun rasanya saya tak tengok Buletin utama tv3.baca blog lagi bagus.
Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PRESIDEN PAS PERNAH KAFIRKAN UMNO - ZUL LEMBU DARI KULIM

Posted: 06 Jun 2011 09:36 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN Utama TV3 malam tadi di penghujung siarannya sempat lagi menemubual Zul Kulim dan seorang lagi bekas orang kanan di dalam PKR yang menjadi `katak berkerusi roda' iaitu Dr Chandra. Mengulas tentang pemilihan pimpinan PAS, tetapi tetap mahu dikaitkan dengan DS Anwar kerana memang itulah musuh mereka yang sebenar.

Zul Kulim yang bakal dikuburkan selepas PRU akan datang nanti mengulas betapa PAS telah menjual prinsipnya. Tanpa rasa berdosa dan malu, Zul Kulim secara terang-terangan menuduh Presiden PAS pernah mengkafirkan Umno. Semua tahu, Zul Kulim dahulunya ahli PAS juga dan sewaktu itu PAS telah lama dituduh suka mengkafirkan Umno, tetapi Zul Kulim tetap memilih PAS. Masakan Zul Kulim tidak tahu semenjak bila PAS dituduh mengkafirkan Umno dan ketika itu beliau bermati-matian mempertahankan PAS.

Akhirnya Zul Kulim `terpecat' dengan sendirinya dari PAS setelah beliau menjadi calon PKR atas ihsan musuh ketatnya sekarang iaitu DS Anwar. Jika tidak kerana DS Anwar memilih beliau sebagai calon, sampai kiamat PAS tidak akan calonkan beliau kerana pemimpin PAS sudah lama tahu `auta' Zul Kulim ini. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi-pengundi mahu calon dari Pembangkang dan dengan sebab itu PKR yang diwakilinya menang. Tetapi, Allah mahu tunjukkan kepada kita siapa Zul Kulim ini, maka PKR terpaksa `sepak' Zul Kulim keluar dari parti atas sebab disiplin dan egonya.

Di dalam TV 3 malam tadi, Zul Kulim mendakwa PAS kini diresapi oleh `Anwarisme' atau `fahaman Anwar'. Zul Kulim guna hujah bodoh dia dengan menyebut PAS tidak lagi berminat dengan Negara Islam tetapi mahu melaksanakan Negara Berkebajikan. Sebagai seorang peguam walaupun mungkin sebagai tukang bawa fail keluar masuk mahkamah, Zul Kulim sepatutnya tahu apakah dasar PAS. Ibarat menuju ke satu lokasi, jika kita merasa sukar atau jauh mungkin juga terlalui banyak halangan, kita boleh bertukar arah perjalanan yang lebih baik dan selamat asalkan tidak mengubah lokasi tujuan kita.

Tujuan PAS adalah untuk laksanakan Islam. Bagaimana untuk ke arah itu? Di sinilah pemimpin perlu bijak memilih jalan yang ingin dilalui menuju ke lokasi (matlamat) tersebut. Mungkin tahun ini dicuba jalan yang lain, jika gagal tahun depan kita mencuba pendekatan atau jalan yang lain, tetapi matlamat tetap sama. Dakwaan Zul Kulim bahawa PAS telah mengubah dasarnya adalah satu kenyataan yang terlalu dungu dari seorang peguam yang dahulunya pernah berada bersama PAS. Adakah Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan sebarang pindaan atau mengubah dasar parti tersebut? Zul Kulim cuba untuk memperbodohkan orang ramai dengan hujah yang bodoh, maka yang akan percaya hanya yang bodoh sahaja.

Dr Chandra pula tidak kurang perangai busuk hatinya terhadap PAS. Beliau dulu berada di dalam Parti Keadilan di kerusi nombor dua sebagai Timbalan Presiden, sebenarnya tidak diminati oleh ahli-ahli Keadilan sendiri. Seorang yang lembab, tidak berkarisma dan berpengaruh pun, tetapi oleh kerana ketika itu beliau adalah seorang Akademik yang ada nama sedikit dan ditonjolkan oleh DS Anwar (ketika itu dipenjara) dan Wan Azizah, ahli-ahli terima jua seadanya. Apa kehebatan beliau yang boleh dibanggakan ketika itu? Tiada langsung, bahkan Wan Azizah walaupun seorang wanita dilihat lebih bekerja kuat untuk parti ketika itu.

Kini, beliau di pihak sana dan seperti lazimnya bila berada di pihak itu maka yang cerdik sehebat profesor pun akan menjadi bodoh. Semua hujah dan pandangan menampakkan kebodohan belaka. Dr Chandra juga seperti Zul Kulim yang mendakwa PAS juga turut mengubah dasarnya demi untuk berkuasa.

Sebab itu lah saya katakan, hujah yang tidak berpijak di bumi nyata dan kelihatan amat bodoh sekali sering keluar dari tokoh yang dahulunya bijak tetapi menjadi bengap bila berada di sebelah sana. Mengapa terjadi begitu kalau tidak kerana memikirkan perut?/wfauzdin.blogspot.com

JAMIL KHIR SEMAKIN KUAT `MENGIPAS'

Posted: 05 Jun 2011 11:05 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR nampaknya kurang senang apabila ada perwakilan dan pemimpin PAS yang bercakap tentang `Syaitan bisu' apabila mereka merujuk kepada segelintir ahli ugama di dalam Umno yang `membisu' melihat kemungkaran di depan mata. Hujah paling bijak dari Menteri yang menjaga ugama di dalam Umno ini adalah sekadar menyebut, " Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," (Malaysiakini).

Jika begitulah hujah seorang ilmuan Islam, maka apa akan jadi dengan umat Islam? Bukankah perangai `Syaitan Bisu' ini ada digambarkan di dalam Al-Quran yang menggelar mereka sebagai `Ulamak As-su' (ulamak jahat)? Satu dunia tahu bahawa media kita telah mensensasikan video seks beserta gambar-gambar yang penuh mengaibkan dengan memberi bayangan kepada seseorang untuk melakukan fitnah jahat, adakah ini boleh didiamkan sahaja oleh mereka yang berilmu dan dianggap Ulamak?

Jika mereka tidak mahu memuji atau menyokong mana-mana tokoh pembangkang sekali pun, wajarkah tokoh itu diaibkan sedemikian rupa tanpa dapat membuktikan sebagaimana yang diajar oleh Islam? Jamil Khir orang yang berpendidikan agama dan beliau adalah bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), walaupun beliau gagal memartabatkan Islam di dalam kehidupan dan kerjaya tentera, beliau tidak perlu menjadi pencacai agama yang murahan di dalam Umno. Di dalam Umno, golongan agama tidak akan ke mana.

Cuba sebut siapa tokoh agama yang berjaya naik di dalam Umno? DS Anwar dahulu walaupun bukan Ulamak, tetapi berjiwa Islam semenjak dari ABIM lagi hanya berjaya ke peringkat nombor dua di dalam Umno dan Kerajaan. Itu pun Umno `sembelih' tokoh ini dan sehingga kini dendam kesumat tidak berkesudahan. Siapa lagi selepas Anwar? Di mana bekas Imam Besar Masjid Negara, Firdaus? Setakat mana hebatnya Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Yusof Nor, Mashitah dan bekas Naib Presiden PAS iaitu Us Nakhaie Ahmad? Setakat tukang baca doa makan dan Imam Tahlil atau doa selamat semasa perhimpunan Umno sahajakah?

Di mana yang bunyinya dulu hebat `40 Ulamak Muda' itu? Tiada seorang pun yang berani menegur dan membantah keras kelakuan media yang dikuasai oleh Umno itu untuk melakukan kemungkaran. Hanya seorang yang berani mengulas tentang isu video seks yang kini semakin dijaja ke merata kampung sehingga ke pintu masjid, itu pun sekadar mengulas tanpa ada tindakan tegas atau membantah keras pemimpin Umno.

Umno berkali-kali menyebut tidak terlibat di dalam video seks berkenaan. Kita mahu percaya atau tidak, terpulang kepada kita setelah kita melihat betapa media-media yang mereka kuasai terus menayangkan sedutan atau babak lucah berkenaan. Kita juga boleh berfikir dengan waras mengapa sehingga kini Trio Datuk `T' masih bebas tanpa didakwa atas kesalahan menayang video lucah walaupun mereka telah mengaku melakukannya. Umno boleh melepaskan tanggungjawabkah apabila semakin meluas kegiatan pengedaran video seks ini? Bukankah Umno tunjang kerajaan dan pihak berkuasa di bawah kerajaannya?

Buat Jamil Khir, cukup-cukuplah jika ingin membodek pemimpin. Jawatan Senator tanpa perlu bertanding dan dipilih oileh rakyat itu sudah memadai buat beliau. Tidak guna beliau mengipas kuat pemimpin Umno kerana di dalam wadah Umno, golongan agama tidak diperlukan. Sejarah ada bukti kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com