Nuffnang

Pengikut

"BERANI KERANA BENAR!"

0
sumber :-

"BERANI KERANA BENAR!"


Budak mudah terkena alahan

Posted: 24 Sep 2016 05:34 PM PDT

Oleh Zaitie Satibi

Alahan berlaku apabila tubuh bertindak balas secara keterlaluan terhadap bahan atau pencetus yang biasanya tidak berbahaya bagi kebanyakan orang. Pencetus alahan juga dipanggil alergen dan setiap orang alah pada bahan yang membangkitkan reaksi berlainan.

Dianggarkan suku daripada populasi penduduk menderita alahan dan kanak-kanak mewakili separuh daripada keseluruhan penghidap alahan. Secara saintifiknya, alahan disebabkan kesilapan identiti apabila alergen yang masuk ke dalam badan dan ia tersilap dikenal pasti oleh sistem imun sebagai bahan asing atau bahan yang berpotensi membahayakan.

Sistem imun kemudian mengumpul tindakan untuk menyerang alergen terbabit dan kesan tindakan imun itu menyebabkan gejala alahan.

Menurut Perunding Pakar Kanak-kanak dan Neonatologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Lim Wei Leng, ada pelbagai jenis gejala alahan dan kebanyakannya tidak khusus dan boleh menyerupai gejala penyakit lain yang bukan alahan.

"Gejala alahan yang biasa dalam kalangan kanak-kanak seperti ruam kulit, gegata, bersin, hidung berair, batuk, gatal-gatal mata, sesak nafas, semput, muntah, cirit-birit dan sakit abdomen.

"Tahap gejala alahan ini boleh jadi ringan atau serius termasuk berlaku serta-merta atau kronik yang terjadi berpanjangan. Paling buruk adalah lemas kerana tidak dapat bernafas atau anafilaksis iaitu tindak balas alahan paling serius dan boleh membawa maut jika lambat mendapat rawatan," katanya.

Katanya, banyak bahan yang mengakibatkan alahan bagi setiap orang dan alergen yang kerap membang­kitkan alahan adalah makanan seperti produk tenusu, telur, kacang dan makanan laut.

"Persekitaran di dalam rumah juga menyumbang bahan alergen seperti bulu haiwan peliharaan, hama dan kulat. Malah, di luar kawasan rumah juga kita terdedah kepada gigitan serangga dan debunga.

"Ubatan juga boleh menyebabkan alahan termasuk ubat preskripsi daripada doktor, ubat yang dibeli di kaunter dan herba. Selain itu, asap rokok, minyak wangi, bahan kimia kegunaan rumah seperti sabun dan pencuci juga boleh menyebabkan alahan," katanya.

Dr Lim berkata, disebabkan gejala alahan muncul dengan pelbagai rupa, adalah mustahak untuk ibu bapa supaya tidak tersilap mendiagnosis anak mereka dan melakukan rawatan sendiri tanpa nasihat doktor.

"Jika anak mengalami mana-mana gejala atau mengesyaki mereka alah pada sesuatu bahan, bawa anak anda menemui doktor atau pakar alahan. Dalam kebanyakan kes, ada ubatan yang berkesan untuk menguruskan gejala alahan dan memberikan kelegaan kepada anak.

"Bagi mengenal pasti bahan yang menyebabkan alahan, kaedah tertentu seperti ujian pada kulit atau darah digunakan walaupun dalam segelintir kes punca alahan dapat diketahui dengan hanya melihat gejala yang timbul.

"Kadangkala lebih daripada satu jenis alergen dapat dikesan dalam ujian berkenaan dan menjauhkan kanak-kanak daripada punca alahan boleh menghilangkan gejala," katanya.

Beliau berkata, bagi kes yang rumit atau mengancam nyawa, ia memerlukan jadual ketat rawatan yang khusus bagi mencegah episod alahan pada masa depan.

"Jika anak mempunyai alahan tertentu, adalah penting memaklumkan masalah itu kepada pihak sekolah, pengasuh dan perawat supaya berjaga-jaga dengan alahan terbabit untuk tindakan pencegahan dan melakukan rawatan segera jika terdedah dengan alergen," katanya.

.

0
sumber :-

.


Amanah kuasa politik baharu di Johor

Posted: 24 Sep 2016 10:26 PM PDT

ULASAN PAGI

[kemaskini] Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?

Salahuddin dan Muhyiddin sahabat baharu politik. 
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam "tumpul nafsu" sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa "putus angin".

 Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap "agah" dan "angin"nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.

Di Pantai Timur Pas oleh bertahan dan berpuasa hati dengan pengaruhnya di Terengganu dan sedikit di Pahang. Amalan politik dan sifat "Terengganusime" masih boleh mampu mengukuhkan kedudukan parti itu selagi masih ada saki baki pimpinannya yang menerima kuliah dari "Kubang Lembek".

Tetapi untuk Kelantan Pas kena beringat kalau pun mahu melupainya terus. Ini adalah pandangan di luar keanguhan dan rasa hebat diri. Terpulang.

Gara-gara itu maka apabila Amanah mengadakan kernival dan kemuncak sambutan ulang pertama penubuhannya di Sungai Abong Muar Johor, tanggal 23 dan 24 September 2016 ia merujakan saya untuk menyaksikan sendiri apa yang berlaku.

Apakah majlis itu bakal mengwujudkan gelombang baharu di Johor sebagai sambungan kepada gema di Kelantan? Apakah "geruk" (guruh) yang sudah "berkokok" (berbunyi) di Kelantan itu akan menurunkan hujan lebat di Johor?

Salahuddin meraikan Pak Samad.
Saya jadi berminat untuk menyaksikan sendiri, kerana seperti mana diketahui gagasan atau cetusan menubuhkan Amanah ia bermula di Bakeri Muar Johor rentetan terbentuknya Gerakan Harapan baharu (GBH).

Di bumi itulah terbenihnya Amanah yang kini sudah melembagakan sebuah pokok yang dahan dan akarnya menjalar ke seluruh negara hingga Sabah dan Sarawak.

Semasa himpunan GHB di Bakeri dipelopori 18 pemimpin Pas yang dibuang dalam muktamar dua tahun lepas itulah terbenihnya Amanah. Di situlah tercetusnya idea untuk mengagaskan sebuah gerakan atau wadah baharu bagi mereka yang terbuang itu meneruskan perjuangan membela rakyat dan menumbangkan politik "sengkekisme" UBN.

Pada majlis itu saya tidak hadir atas sebab dan alasan tersendiri. Saya tidak mahu bersubahat memberi sokongan moral kepada penbubuhan gerakan untuk menentang Pas. Bagi saya tidak wajar ada satu fraksi baharu dalam Pas kerana itu boleh melemahkan parti agama itu.

Tindakan itu juga menyedihkan kerana pada saat Pas diharap menjadi parti alternatif kenapa ia harus terbelah dua. Saya berpendapat pemimpin yang kalah patut memberi ruang kepada pimpinan baharu menunjukkan keupayaan mereka dan meminimakan rasa dendam. Sebab itu pada awal saya berpendapat penubuhan GHB - Amanah sesuatu yang kurang wajar.

Itu sebab saya tidak hadir. Jadi apabila majlis sambutan ulang tahun itu di buat di daerah sama, saya mahu tonton apakah semangat sambutan kepada Amanah sama atau melebihi daripada apa yang berlaku setahun lalu itu.

Mengagahi diri

Makanya walaupun dalam keadaan diri masih belum sihat sepenuhnya saya mengagahi diri juga untuk sampai ke majlis itu. Jaraknya dari rumah saya sejauh 187 km. Inilah perjalanan berkereta dalam negeri paling jauh saya tempuhi sejak sembilan bulan lalu.

Saya ke sana bukan apa kerana saya tidak mudah percaya kepada gambaran-gambaran dan cerita menerusi media sosial mengenai sambutan terhadap Amanah dewasa ini. Saya seorang yang tidak mudah percaya kepada cerita sekadar "dengar-dengar" tetapi harus melihatnya dengan mata kepala sendiri. Saya berpegang kepada prinsip menulis tentang sesuatu yang kita alami, lihat dan berada dalam sesuatu event itu.

Pelbagai fesyen baju Oren dijual.
Sepanjang perjalanan saya itu ada sesuatu yang menunjal-nunjal dalam diri saya apabila terkenang kepada zaman Pas merangkak di Johor akhir tahun persis 70-an dahulu.

Betapa susahnya Pas untuk mengembangkan sayap dan berdiri tegak di Johor ketika itu. Kerana teringat itu menyebabkan saya terfikir apakah Amanah dapat bergerak lancar tanpa halangan dan kerenah politik tahun 70-an.

Johor adalah lubuk dan kubu Umno. Betapa seksanya Pas untuk bergerak ketika itu. Walaupun Pas sebuah parti Islam (agama), namun bukan mudah rakyat Johor untuk meninggalkan Umno parti nasionalis itu.

Semangat kenegerian orang Johor cukup kuat sehingga dikenali dengan bangsa Johor. Bangsa Johor maksudnya orang Johor yang ada identiti, ada pegangan dan ada political will tersendiri. Jadi apabila mereka menerima Umno yang kebetulan ditubuh dalam Istana Abu Bakar menyebabkan mereka menjadikan Umno sebagai sebahagian kerabat di Raja Johor. Melawan Umno seakan melawan raja.

Kerana kengkangan dan penolakan itulah ceramah Pas waktu itu tidak pernah mendapat sambutan. Dalam siri ceramah yang sempat saya hadiri khususnya di sekitar Batu Pahat tidak pernah ada ceramah Pas dihadiri mencecah 100 orang. Paling ramai sekitar dua tiga puluh sahaja. Itulah nasib Pas dan jumlah itu sudah lumayan.

Kerana Amanah parti baharu saya mengcongak sendirian ia mungkin akan menjadi seperti Pas di empat atau lima dekad lalu berhadapan dengan penolakan dan cemuhan rakyat. Walaupun era ini sudah berubah tetapi ia tetap menimbulkan kurang yakin saya kepada sambutan terhadap Amanah. Apa lagi bila mendengar cercaan dan ejekan kepada Amanah, ia akan berkubur tidak sampai enam bulan, membuat sedikit sebanyak saya terkesan. Lantaran itu saya mahu menjadi saksi kepada perkembangan atau pun kekuncupannya.

Saya mahu menulis dan mengulas realiti mengenai politik bukan dengan naluri imiginasi dan retorik. Saya sebagai pelapor harus berdiri atas garisan lurus dengan penuh keadilan dan waras.

Begitu sampai di perkaragan tempat berlangsungnya majlis itu ia menjadikan saya terkaku seketika apabila melihat suasana persekitaran di majlis itu kemas dan rapi sekali. Terdapat banyak bazar atau gerai perniagaan. Ia benar-benar menyerlahkan sebuah karnival. Puluhan buah kenderaan, kereta dan motosikal sedang menghala ke tempat kernival berkenaan. Lalulintas pula siap dikawal oleh petugas khas yang memakai baju tertulis Arif.

Sebelum tiba ke lokasi itu saya singgah di sebuah gerai jualan buah-bauhan untuk membeli ubi kayu dan terserempak dengan sekumpulan lima orang berpakaian baju Oren. Mereka memperkenalkan diri dan memberi tahu datang dari Lekir, Setiawan Perak. Kata salah seorang daripada mereka, mereka sudah mula bergerak untuk pulang.

Mendengar itu terbata-bata tanda soal dihati kenapa mereka harus pulang sedangkan majlis, Gema Amanah akan bermula beberapa ketika sahaja lagi. "Kena pulang dahulu kami sejak kelmarin lagi di sini," jelas salah seoran darinya. Oh..

Mendengar itu hati saya tiba-tiba "diketik" rasa sebak dan sayu. Betapa mereka sanggup datang dari jauh untuk meraikan hari jadi parti mereka. Kesanggupan itu menjelaskan daya juang dan pengorbanan mereka cukup tinggi dalam usaha menumbangkan kerajaan kini yang rakus. Mereka adalah orang-orang yang ulit dan rajin dalam perjuangan serta tidak pernah berputus asa. Kenapa tidak,  melihat usia mereka rata-rata lebih 60 tahun ke atas seharunya mereka tidak berpergian jauh lagi dan tidak pula menukar wadah perjuangan.

Itulah saya katakan mereka ulit dan rajin. Mereka tidak menghitungkan segala kelelahan itu. Bagi mereka perjuangan perlu diteruskan hingga ke akhir hayat. Dan menukar wadah jika ia perlu dan terpaksa, wajar dilakukan. Mereka saya yakin beristiqamah dengan prinsip perjuangan dan bukan beristiqamah dengan wadah perjuangan. Apabila mereka lihat wadah dulu (Pas) sudah berubah hala tuju dan prinsipnya melencong maka mereka sanggup menukarnya kepada wadah (Amanah) untuk mengutuhkan prinsip mereka.

Melihat kepada sekawan warga emas itu mengingatkan saya kepada arwah orang tua saya, ayah dan bapak mertua yang menjadi penyokong dan pejuang ulit kepada Pas. Di mana sahaja ada majlis Pas, pidato, muktamar dan sebagainya mereka tidak pernah ketinggalan. Mereka akan mencuba juga untuk hadir walaupun ratusan batu jaraknya. Setiap ada majlis mereka tidak alpa hulurkan derma sesen dua. Sikap dan semangat itulah menyebabkan Pas berkembang sampai ke hari ini. Pas menjadi hebat dan gah kerana kegigihan penyokongnya.

Berkapala dogol

Sebaik saya melangkah memasuk ke kawasan karnival Azan Magrib berkumandang dan menuju ke masjid berdekatan. Di masjid sekali lagi keadaan merujakan saya. Penuh dengan jemaah yang kebanyakan berbaju warna Oren. Cuma sedikit berbeza di atas kepala tidak ada kopiah atau serban berbelit reribu, semuanya berkepala dogol. Inilah menyebabkan ahli Amanah dituduh sekuler? Sekali lagi di sini saya terkedu kalaulah tidak berlaku perpecahan dalam Pas pasti masjid itu akan penuh dan padat dengan jemaah berkopiah putih?

Realiti tempat berlangsungnya majlis sambutan itu meleset dengan apa yang saya bayangkan. Saya mengira ia diadakan di tanah lapang di bawah khemah yang serba dhaif. Saya tidak menduga ia diadakan di sebuah dewan konvensyen yang berhawa dingin dan punya peralatan bunyi dan penataan cahaya yang canggih.

Tempat dan peremis ini sahaja sudah menyerlahkan akan kehebatan dan profesionalismenya Amanah. Dari sini saya mengagak parti ini mudah berkembang di Johor dan sambutannya sangat pantas. Berbeza dengan apa dialami Pas Johor awal tahun 70-an hingga membawa ke zaman sebelum Reformasi.

Saya tidak mengira secara pasti berapa gerai atau both yang tersendia. Tetapi jumahnya melebihi 50 buah both hampir semua dipenuhi pelanggan. Untuk melincinkan perjalanan majlis itu ada sebuah bilik khas untuk seketerait mengurus apa-apa yang perlu. Gerai makan, peralatan aksesori parti, baju T dan sebagainya juga disediakan. Pendeknya kemeriahan dan susana saling tidak ubah dengan majlis  atau keramaian Pas. Ini semua menunjukkan kemampuan Amanah sebagai sebuah parti baharu melebihi daripada daya usianya.

Sambil meninjau saya berjumpa dengan Salahuddin Ayub sedang makan dengan beberapa pimpinan peringkat Johor dan juga penasihat Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin di sebuah gerai. Sekejap kemudian A Samad Said menjenguk masuk dan dituntun untuk berada di sebelah Salahuddin. Kami sama-sama makan nasib "ambeng". Saya sempat membuat rakaman live mengenai gelagat mereka yang humble dan tidak pernah memikirkan soal darjat dan prestaj menerusi facebook.

"Tahniah...," saya menghulurkan ucapan salam kepada Timbalan Presiden Amanah itu. Sallehuddin menyambut dengan penuh bersemangat dan terharu. Dia memahami ucapan tahniah saya itu.

"Kalau begini Amanah ada masa depan, Din. Amanah baharu berusia setahun berbanding dengan "abang"nya sudah berusia 63 tahun." Kata saya dibalas dengan senyuman yang puas.

Pada malam semalam diadakan pidato dengan menampilkan sama presiden penaja PPBM Muhyiddin Yassin. Sambutannya hangat (dewan yang mengikut perkiraan saya dapat memuatkan 2,000 penuh), beritahu Salahuddin.

Iya kehadiran Muhyiddin merupakan satu bonus buat Amanah. Ia juga tentu sudah diatur oleh Rabb. Pemimpin atau pengerak Amanah Johor kehilangan rakan semasa dalam Pas, tetapi kehadiran Muhyiddin adalah sebagai ganti. Mungkin kehadiran Muhyiddin dan tertubuhnya PPBM menjadikan Amanah lebih maju dan dapat mempercepatkan proses menakluki Johor. PPBM akan menjadi kerabat Pakatan Harapan dan menambahkan anggota komponennya.

Dari pemerhatian saya dengan mengambil kira gambaran sambutan majlis itu daripada mereka yang hadir sehari sebelumnya bahwa Amanah berpotensi untuk menapak lebih gagah dan gah lagi di Johor. Apa lagi dengan ada kombinasi bersama Muhyiddin (PPBM), PKR dan DAP yang sedia ada, ia mempercepakan perkembangannya dan menyemakkan lagi harapan orang ramai untuk melihat kerajaan Johor akan berubah. Apa lagi kalau Pas juga sedia bersama, kejatuhan BN sudah pasti.

PPBM mungkin belum begitu ketara lagi kekuatannya kerana ia masih dalam peringkat penyusunan dan pembentukkan organisasi di semua peringkat. Tetapi tunggulah sesudah semua beres nanti apabila parti itu dilancarkan masa itulah kedudukan sebenar PH di Johor akan dapat dibuat pengukuran sebenarnya. Setakat ini yang dapat saya buat konklusi Amanah sedang bergerak dan akan dianggap sebagai kuasa politik baharu di Johor. [wm.kl.12:35 pm 25/09/16]


Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


ADA SULTANG

Posted: 24 Sep 2016 07:00 PM PDT






SULTANG MELAYUANG
Teregganu 97% Melayu. Ada Sultang Melayu, Menteri Besar dan kesemua Menteri adalah Melayu. Terengganu juga ada Tuang Guru Hadi, ada Ayoh Pinn dan Tuhang dah bagi minyak banyok.

Terengganu punya pengeluarang hasil terbanyok dalam Malaysia. Malangnya negeri Ulik Mayong ini masih berterusang termisking. Apasal jadi cang ni .. hambo nak tahu jugak. on BILA MUSUH JATUH
panglimo potaseh
at 7:11 PM





------------

KESAH DARI API API

Posted: 24 Sep 2016 06:00 AM PDT







HARI INI DARI API API
tidak menarik sangat
petang gua ke pasar ikan
nasib baik masih ada tuna dan titir
esok pagi pulang
maka wajib beli ikan dulu
opp.... grab dan uber dah ada

tadi gua naik grab
kemudian gua ambil no pone dia
lepas beli barang gua talipon

ini keran gua tak ada talipon bijak
selalunya ada kawan yg tolong gua
tadi gua buat deal sendiri
gua bagi x-tra
bila gua ajak esok ke lapangan terbang
dia tak dapat - ke gereja kerja mencuci
amin



BUAH TERAP
sedang musim
sebiji 4 rm
tak ada di semenanjung
tak pernah gua jumpa
walau pun gua ini kaki rayau
kaki lawat semua pasar

gua dah makan satu biji
nak cuba bawa masuk
sebiji ke bangsar
biji ngua ak tanam di jalan talawi
atau kubur cina belakang rumah
kah kah kah

IKAN NAIK
tadi dibelakang pasar lepas jam empat
ada perahu nelayan naik
bawa ikan kembong
cukup segar
tapi saying telah ada pemilik
tok peraiah dah booking
kalau tidak gua nak buat umai



MANGGA
gila mahal
manga hodoh 20rm satu kilo
tak tahu apa hal sabah macam ini
hutan luas kenapa buah buah tempatan mahal
bayangkan buah delima 5 biji 10rm di chow kit
di pasar Sabah satu biji 10 rm
gila mahal

TAPI ADA YANG MURAH
ayam pilipina gua dengar murah
tapi ayam siam
ayam saigon
mahal

ESOK TERBANG PULANG
esok jam 8 pagi terbang
cilaka tak dapat terbang  jam 12
lepas subuh gua wajib redi
ikan dan masuk dalam deep freezer
tuan empunya hotel dah beri kebenaran

ESOK MALAM
gua ada buat show
di pj one
seksyen 17
politik dan komidi
masuh perkuma
tak payah bayar
datanglah kalau nak dengar cerita
ayam pilipina dua bawa dua ekor
kah kah kah



NOTA
disabah ini jam 6 petang dah gelap
cepat sangat siang hilang
patutlah pendatang haram
disini banyak anak
kah kah kah



------------------

SURUHAN JAYA DISURUH MENIPU

Posted: 24 Sep 2016 05:30 AM PDT









NOTA:
berapa kali
tukar tiub
dah cakap
spr penipu

INI SURUHANJAYA
DISURUH MENIPU

Umno tak sependapat dgn SPR??
Persempadan semula bukan utk kepentingan pihak tertentu??

INGAT, rakyat bodoh ka nak percaya kata2 mereka !!!.., Dgn MAKCIK PAKCIK Felda boleh la kamu kelentong..

SEJAK BILA Umno & SPR tidak sebulu !!!























---------------------

HARI INI DALAM SEJARAH

Posted: 24 Sep 2016 05:00 AM PDT





 NOTA
hari ini dalam sejarah
gua berada di kota kinabalu
memberi pencerahan
menghasut dan
meneruskan perjuangan



HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT: 21 September 1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, aktivis-aktivismahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari.

Akhbar Berita Harian melaporkan:

"Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang mahasiswa yang ditangkap di Johor Bahru kemarin bersabit dengan tunjuk perasaan setinggan-setinggan di Tasek Utara."

Dua orang aktivis mahasiswa yang ditangkap ialah Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Yunus Ali, ahli-jawatankuasa PMUM.

Pada hari yang sama seramai 1,000 orang aktivis-aktivis mahasiswa dari Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM telah berdemonstrasi di luar kampus UM untuk menuntut pembebasan 2 mahasiswa yang ditangkap. Seramai 360 orang anggota polis FRU telah dihantar untuk menyekat demonstrasi tersebut. FRU telah bertindak melepaskan 18 das gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dijalankan oleh mahasiswa itu. 

Sumber: Akhbar Berita Harian, 22 September 1974
 
 







------------

BILA MUSUH JATUH

Posted: 24 Sep 2016 04:00 AM PDT



MASA TEPAT

BILA MUSUH

JATUH KITA

LAGI TEKAN

LAGI TIBAI
 


Adun Terengganu tuntut 10 perkara, kembalikan royalti minyak, telaga minyak Bertam
 
Najib diminta untuk mempertimbangkan terma perjanjian dalam 'amicable agreement' serta mengembalikan semula hak royalti minyak dan telaga minyak Bertam 307 kepada kerajaan negeri Terengganu.
 
Gesaan ini dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam sepucuk surat terbuka kepada perdana menteri hari ini.
 
Menurut Dr Syed Azman sebagai anak Terengganu dan mewakili rakyat negeri itu beliau rasa tercabar dengan perjanjian dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dengan syarikat milik kerajaan Petronas dengan persetujuan tujuh terma perjanjian yang disebut sebagai '7 amicable agreement' yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat, Petronas dengan kerajaan negeri Sarawak


JANGAN BAGI

PELUANG

JANGAN BERI

UDARA TEKAN

LAGI TEKAN

 


----------

SILA AMBIL PERHATIAN

Posted: 24 Sep 2016 01:00 AM PDT





 
NAK JADI RAJA AFRIKA
madey..sila ambil perhatian..jgn tak percaya, dulu mahatir bercita2 ngin menjadi raja afrika.bukan saja mahatir malah daim juga ada bank dinegara afrika..kini raja afrika sudah jadi milik rosmah..kini rosmah adalah raja afrika dan queennya adalah najib..
 
maka segala haiwan disahara, didarat, di air, digurun atau didalam kolah2 berendam, wajib taat dan patuh akan arahan sang raja afrika..namun kuasa raja afrika ini ada hadnya, kesetiaan hanya la dari haiwan2 afrika sja , segala tumbuh2an seperti koko adalah kepunyaan negara british..
 
walaupun british sudah keluar eu, namun tanah nya masih terbentang luas diafrika..hanya padang masyar adalah milik ulama..tuhan hanya menunggu dan melihat keimanan2 ulama yg bersinar2 walaupun didunia ulama mungkir janji lepas raya...
 
yg mati wajib dihormati, maka firaun, abu lahab, abu jahal, turunan muawiyah yg membunuh hasan husin juga wajib dihormati..bukan dimaki2 dlm syarahan atau doa solat jumaat. on BERITA TER NOWW
Anonymous
on 9/23/16







-----------------

SILA BUAT PERSEDIAAN

Posted: 24 Sep 2016 12:00 AM PDT




BERSEDIA

sila ambil cuti jika perlu
sila tempah hotel
sila tempah tiket
kapal terbang
keretapi
bas
sila buat kumpulan
untuk datang ramai ramai
BERSIH5

SATU JUTA 

KE DATARAN

19 NOVEMBER



-----------

MENGGELODAK HASUT SATU NEGARA

Posted: 23 Sep 2016 11:30 PM PDT







KITA GELODAK

SATU NEGARA

MULA 

SATU OKTOBER


KITA HASUT

PEKAN 

 BANDAR 

KAMPONG


 


SATU JUTA

TURUN

19 NOVEMBER

DATARAN
-----------


ADA MACAM MACAM PAKAGE

Posted: 23 Sep 2016 11:00 PM PDT





 
 
 
TIDAK ADA ULAMA
 
diakhirat juga tiada ulama mufti..yg ada hanya la tidak dpt dibayangkan difikirkan..melainkan angan2 dan bayangan agakan sendiri..hakikatnya tiada siapa tahu..terlalu byk bayangan dari manusia bernafsu mengenai kehidupan disana..malaikat berkepak mcm tiru kitab kristus..nape tak berkepak mcm ikan terbang, nape tak berkepak mcm patung2,mcm kuda unicorn..
 
ketika amalan haji, sume nampak putih samada miskin atau kaya, namun putih saja tiada makna sb yg kaya pakai ihram putih berharga mahal berjenama barat dan bukan made in china, yg miskin memakai ihram berharga murah dan jarang, yg miskin tinggal bwh pokok kurma, dlm khemah panas bekipas khind, yg kaya duduk khemah berhawa dingin dan buah2an anggur dari negara kapir sejuk..
 
package miskin dan kaya juga berbeza2.tak mungkin tuhan bole ditipu dgn warna putih atau warna yg sama..atau tuhan buta warna dgn ulama perjuang keadilan dgn ulama tutup keadilan..yg pasti sekarang ini, ketua keadilan duduk dlm penjara..tiada la mana2 malaikat berkepak on BILA NAK SAMAN SARAWAK REPORT
Anonymous
on 9/23/16
 




------------

KERJA BERAT LAGI HEBAT

Posted: 23 Sep 2016 10:30 PM PDT





HEBAT HEBAT

TAHNIAH

UNTUK DIRI

MALAYSIA BARU


| September 23, 2016
anina-ppbm
Anina Saadudin berkata pasukan sukarelawan sedang menyelinap ke pelosok negara mengumpul keahlian dan permohonan secara online juga sedang rancak... More ››
 
BRO LU

INGAT SENANG

LU INGAT

BUAT PARTI

MACAM MAIN

GASING

 





----------------

MEMBADAK TANPA SUMBU

Posted: 23 Sep 2016 09:30 PM PDT




 
BERBADAN ROSMAH
dengan persempadanan semula maka padan la muka yb2 harapan dan berbahagia la wakil2 baru seperti ali tinju , dato jamal, rani kulup dan pejuang2 melayu asal keling..mereka tak perlu penat lelah keluarkan air liuh berceramah kerana semua kemenangan sudah pasti..tak perlu solat hajat atau doa selamat, pasti akn menang..dan kemenangan itu akan diberkati tuhan..kpd ahli2 pukida, perkasa dan lain2..
 
sila kerja keras pertahan najib , moga2 usaha kalian mendapat sinar dari kaca najib utk dijadikan wakil rakyat..gaji yb ni besor oiii..macam2 projek bole buat..namun perlu diingat, gaji besar nanti, jgn la berbini baru dgn gadis pun berbadan rosmah..c
 
ari la yg cun slim..puteri, sila sign up kelas2 kecantikan..kelas make up..cantik luaran je diperlukan, bila dah dpt laki dari yb, maka nasi kangkangkan je..bior dia dengor cakap..tak pun, minta ust2 ustazah2 ajarkan ayat2 pengasih al quran..lagi berkat dan selamat.. on INI SANDIWARA
Anonymous
on 9/23/16
 



------------

DENGAR DENGAR DENGAR

Posted: 23 Sep 2016 09:00 PM PDT



DENGAR ENCIK

CAKAP JANGAN

TAK DENGAR

NANTI ENCIK

MARAH



Ahmad RazifSpekulasi tukar 4 menteri besar disebar supaya Umno bergaduh

 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkata spekulasi mengenai pertukaran 4 menteri besar sebelum pilihan raya umum akan datang, disebarkan pihak yang mahu menimbulkan konflik sesama anggota UMNO.
 
"Usah peduli dengan apa sahaja spekulasi dan khabar angin yang tersebar ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut kepulangan beliau dan isteri Halina Zakaria dari Tanah Suci selepas menunaikan ibadah haji, di Seri Iman di sini, hari ini.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH



-----

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT